Buat duit-cari-duit-dengan-internet

18
RahsiaEbiz.Com 2007 BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET dengan Internet 10 Tips Cara Bisnes Online Yang Praktikal Ketahui Model Ebiz yang Bersesuaian Istimewa Tips daripada Mentor Jutawan Siber Sumber info ebiz percuma ! 10 Tips Cara Bisnes Online Yang Praktikal Ketahui Model Ebiz yang Bersesuaian Istimewa Tips daripada Mentor Jutawan Siber Sumber info ebiz percuma ! P P P P P P P P Disediakan oleh : Code7 aka Fahmy Webmaster Softhands.Com.My , Terbitan RahsiaEbiz.Com

Transcript of Buat duit-cari-duit-dengan-internet

Page 1: Buat duit-cari-duit-dengan-internet

RahsiaEbiz.Com 2007

BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET

dengan Internet

10 Tips Cara Bisnes Online Yang PraktikalKetahui Model Ebiz yang BersesuaianIstimewa Tips daripada Mentor Jutawan SiberSumber info ebiz percuma !

10 Tips Cara Bisnes Online Yang PraktikalKetahui Model Ebiz yang BersesuaianIstimewa Tips daripada Mentor Jutawan SiberSumber info ebiz percuma !

PPPP

PPPP

Disediakan oleh :Code7 aka Fahmy

Webmaster Softhands.Com.My , Terbitan RahsiaEbiz.Com

Page 2: Buat duit-cari-duit-dengan-internet

RahsiaEbiz.Com 2007

BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET

Copyright © 2007 RahsiaEbiz.Com

Page 3: Buat duit-cari-duit-dengan-internet

RahsiaEbiz.Com 2007

BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET

Assalamualaikum wrt dan salam ceria !

Hai teman... apa kabar ? Harap semuanya sihat dan hebat selalu..

Saya Fahmy aka Code7 selaku webmaster Softhands Creative Studio dan Admin

RahsiaEbiz.com ingin mengucapkan tahniah kepada anda yang telah berusaha untuk

mendapatkan ebook Buat Duit & Cari Duit Dengan Internet.

Ebook ini bukanlah bertujuan untuk bersaing dengan memana “infoproduct” lain atau yang

sama dengannya. Ia adalah salah satu bentuk penyampaian demokrasi maklumat yang

kita boleh berkongsi untuk manfaat semua. Tujuan ianya ditulis untuk meng’ebook’kan isi

kandungan yang penting dalam bahasa Melayu iaitu berkisar mengenai cara buat duit yang

terbukti telah berjaya dan banyak orang ambil faedah dari peluang di internet.

Tiada unsur-unsur scam investment atau skim cepat kaya dalam ebook ini, jika anda inginkan

ebook skim cepat kaya maka eloklah anda berhenti membaca tulisan ini dan boleh mencari

bahan yang lain. Untuk makluman, skim cepat kaya melalui pelaburan internet menempa

sejarah di Malaysia di mana berjuta-juta ringgit telah dihanguskan di luar negara.

Semua laman web berkisar pelaburan internet yang tidak mendapat kelulusan SC

(suruhanjaya sekuriti) telah ditutup secara berperingkat. Ini satu perkembangan positif dan

agak luar biasa memandangkan kerajaan terpaksa buat apa saja bagi melindungi pasaran

modal dalam negara.

Dari Laptop Penuliscorat-coret mukaddimah

Page 4: Buat duit-cari-duit-dengan-internet

RahsiaEbiz.Com 2007

BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET

Dalam mencari rezeki halal melalui Internet ini, saya akan menggariskan beberapa

tips mudah yang mana semua orang mampu lakukannya. Tips tersebut saya huraikan

secara umum & bersahaja yang mana selebihnya terpulang pada anda untuk ‘explore’

lagi memana yang berkaitan. Sesetengah orang mempunyai keunikan tersendiri, minat

yang berbeza dan cenderung membuat sesuatu terhadap apa yang difikirkannya suka.

Macam saya yang terlibat dalam dunia grafik digital termasuk DTP artist, web

development & internet solutions, multimedia & animation semua ini merupakan bertitik

tolak daripada minat yang mendalam pada ICT. Apabila kita lakukannya dengan penuh

‘passion’ atau ghairah ia sebenarnya memberi kekuatan yang tidak terduga.

Pernah saya bekerja di workstation berjam-jam lamanya semata-mata nak siapkan

website client, dan hasilnya mereka puas hati sehingga 5 tahun berturut-turut saya tetap

menjaga 3 jenis website bersama mereka. Begitu juga dengan membuat jualan produk

berkaitan grafik yang memberi pulangan lumayan berpuluh kali ganda daripada kos asal,

semua ini dijual secara online. Ia memberi kepuasan yang hebat, dan inilah peluang yang

seharusnya kita cari jika ia membuatkan kita gembira.

Kerja bukan lagi semata-mata kerja, ia sudah menjadi hobi.. Bila ini berlaku ia akan

membawa hidup yang lebih ‘hidup’.. Alami kehebatan membuat duit secara online adalah

satu keistimewaan zaman era siber kini. Tidak perlu terpenjara dari pukul 8 hingga 5 di

pejabat, tak perlu alami kesesakan traffic jam, tak perlu buang minyak kereta awal pagi,

tak perlu dileteri bos, tak perlu tunggu gaji cukup bulan, ada duit anytime, malah boleh

print-on-demand money from your atm.. caranya kenalah anda pelajarinya dari

sifoo atau mentor jutawan siber yang dah berjaya.

Page 5: Buat duit-cari-duit-dengan-internet

RahsiaEbiz.Com 2007

BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET

Bagi mereka yang sudah bertahun-tahun bergelumang dengan keusahawan cyber

(cyberpreneurship) sudah tentu akan memahami selok belok buat duit di Internet. Ia

adalah ibarat lautan, di mana lubuk ikan kita perlu tahu bagaimana untuk mencarinya.

Kemudian menggunakan umpan dan peralatan yang mencukupi utk mendapat hasil

tangkapan yang baik. Pemahaman yang mendalam pada situasi dan trend lautan juga

amat penting, kapten atau nakhoda kapal sure tak mau kapalnya karam dek ujian gelora

lautan yang sukar diduga.

Begitulah metafora simple yang boleh kita ketahui ttg Internet. Tak semua perkara

boleh menjanjikan keuntungan/kejayaan yang ekspress. Kesemuanya mempunyai risiko.

Sama ada kita berani atau sebaliknya. Tetapi dalam menjalankan perniagaan berasaskan

Internet adalah lebih mudah daripada perniagaan realiti. Ia tidak memerlukan kos yang

tinggi. Cukup dengan akses Internet dan beberapa model Ebiz yang sesuai anda sudah

boleh “generate money online” dengan mudah.

Setiap pengetahuan dan pengalaman kita alami sendiri dalam dunia Internet akan

mendewasakan pemilihan keputusan yang dilakukan. Misalnya keperluan terhadap

domain dan hosting adalah cukup bagus berbanding free web hosting. Penggunaan

blogger.com dan wordpress.com lelama nanti akan tidak relevan bila bisnes anda

berkembang. Sure orang mahu lihat perubahan yang lebih matang, at least ada web

domain.com sendiri.

Saya dulu pada tahun 2000 bertuah ditemukan dengan seorang mentor dan expert

dalam web hosting provider. Beliau mengajar saya percuma dari A to Z tentang web

development terutamanya dalam bab teknikal domain dan hosting. Saya rasakan apa

yang diajarnya itu cukup mudah dan jika anda baru pertama kali nak buat dan beli

domain.com sendiri sure boleh dapat dalam beberapa jam sahaja. Tak perlu masuk

class web development beribu ringgit di Cosmopoint atau LimKokWing atau MMU

menghabiskan masa bertahun-tahun untuk semata-mata sebuah domain.com

Page 6: Buat duit-cari-duit-dengan-internet

RahsiaEbiz.Com 2007

BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET

Di dalam Internet apa yang penting adalah belajar mentor, sifoo atau memana

individu yang terbukti mempraktikkan business online. Bukan sekadar cakap sahaja

tetapi dia mempunyai portfolio, produk dan servis yang telah berjaya. Dengan pengetahuan

bertahun-tahun sifoo dan mentor tersebut kita boleh serap dan kuasainya dalam masa

yang singkat sahaja. Saya praktikkan ini sejak 7 tahun yang lalu dan sehingga kini telah

berjaya mempunyai berpuluh website, 3 jenis produk baru yang dah jadi hot items dan

servis perkhidmatan “web design company” yang mempunyai jaringan dari dalam dan

luar negara.

Buat pertama kalinya saya buka keahlian untuk pelajari ebiz secara percuma di

RahsiaEbiz.Com pada awal tahun 2007 dan implikasinya cukup besar sekali dalam

membuka peluang kepada orang lain. Banyak protégé dan ahli saya secara amatur

berjaya mencipta ruang dan peluang dalam Ebiz, malah berjaya membuat website

untuk selebriti TV yang mana saya sendiri tidak menjangka mereka akan pergi sejauh

itu. Ini khusus saya tujukan kepada saudara Bibsprop yang telah mengimplementasikan

konsep Ebiz yang telah saya cuba gariskan melalui beberapa siri pertemuan tidak rasmi

dengannya. Memandangkan beliau cepat faham dan boleh mencari pelanggan sendiri ini

adalah satu kejayaan yang membanggakan.

Semua orang mempunyai ciri-ciri unik masing-masing. Apa yang penting dalam apa

jua bisnes sekalipun anda perlu ‘mengenali’ diri sendiri. Di mana keistimewaan anda, di

mana minat dan hobi anda, apa yang anda suka, apa yang anda nak tahu dan adakah

sanggup untuk buat apa saja untuk bisnes ini. Selagi anda praktikkan kaedah SWOT

Analysis sepertimana yang saya posting dalam web RahsiaEbiz sure akan lebih

memudahkan membuat pilihan niche yang menguntungkan. Kaedah ini merupakan

strategic planning tools yang diamalkan oleh multi-national company seperti Microsoft,

Dell, Apple dan sebagainya. Adalah amat praktikal kita gunakannya untuk memilih niche

yang strategik dan serasi dengan keupayaan diri kita.

Page 7: Buat duit-cari-duit-dengan-internet

RahsiaEbiz.Com 2007

BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET

Sebagai mengakhiri mukaddimah salam bicara panjang saya kali ini, sama-sama lah kita

renungkan kata-kata azimat Sir Francis Bacon seorang ahli falsafah yang terkenal..

“ A wise man will make more opportunities than he finds... ”

Saya turut copy paste mutiara kata ini dalam profil rahsiaebiz.com sebagai manfaat

bersama. Ia mengandungi erti yang tinggi nilainya.. Semoga apa jua pengetahuan di

dalam memana website mahupun dalam ebook ini akan memberi manfaat terutaman-

ya meningkatkan ekonomi & taraf hidup dengan usaha buat duit dan cari duit secara

online.

Jangan lupa sebarkan ebook ini kepada orang lain, anda boleh jual dan edarkan kepada

sesiapa sahaja yang anda suka. Membaca sambil buat duit dengan Internet !

Rakan Siber Anda,

Mohd Nuur Fahmy Bin Massailan (Code7)

Webmaster Softhands & Admin RahsiaEbiz

20 November 2007, Petaling Jaya Selangor, Malaysia

* Anda digalakkan print-out ebook ini untuk memudahkan pembacaan.

* Text yang bergaris (underline) berwarna pink adalah hyperlink yang boleh dilayari

sekiranya ada akses internet.

Page 8: Buat duit-cari-duit-dengan-internet

RahsiaEbiz.Com 2007

BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET

Dasawarsa ini terlalu banyak bahan bacaan mengenai bagaimana

mencari duit sampingan melalui internet ataupun ketahui rahsia-rahsia menjana

pendapatan dengan internet. Dengan melalui strategi yang betul dan usaha

yang berterusan kita pasti dapat memanfaatkan internet sebagai satu ‘medan’ bisnes

yang cukup menguntungkan, oleh itu ikuti 10 tips buat duit dan cari duit dengan Internet

yang diringkaskan daripada pengalaman saya untuk manfaat kita bersama. Antara yang

terbaik boleh dilakukan bagi menjana pendapatan anda secara online ialah :

1. MenyeRtAI AffIlIAte PRogRAMMe

Affiliate program adalah yang paling mudah untuk menjana duit sampingan anda.

Dengan hanya register sbg affiliate/agent anda akan dapat komisyen dari setiap jualan

yang dibuat.

Anda hanya perlu promosikan produk/servis melalui link, url, ads banner tanpa

menanggung sebarang risiko kerana ia akan ditanggung oleh company yang

menawarkan affiliate tersebut. Cara promosinya adalah lebih bebas termasuklah melalui

email, groups, blog atau web malah dalam instant messenger seperti YM, MSN & ICQ

dan MIRC. Bagi mereka yang expert boleh buat guna Google Adwords atau YPN.

Antara sifoo-sifoo atau mentor jutawan affiliate dunia adalah seperti Ewen Chia yang

berjaya mempromosikan affiliate produk jutawan John Reese dalam masa seminggu

bernilai hampir beratus ribu dollar US. So sekiranya anda ingin mencuba sepertimana

mereka boleh try di tempat yang sesuai antaranya seperti :

Buat Duit & Cari Duit d e n g a n i n t e r n e t

10 TIps MUDAh

Page 9: Buat duit-cari-duit-dengan-internet

RahsiaEbiz.Com 2007

BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET

1. Clickbank.Com

2. Commission Junction

3. Amazon.Com

4. Exabytes.Com.My

5. AdikBijak.Com

6. IdeaBisnesLuarBiasa.Com

7. MasKahwin.Com

8. Lain-lain review pelbagai affiliate programme di sini

2. JuAl PRoDuk SenDIRI

Sekiranya anda mempunyai produk atau servis perkhidmatan anda sendiri bolehlah

mencuba untuk menjualnya di internet. Ini kerana kelebihannya anda boleh

mengetahui harga kos sebenar, boleh markup price mengikut kesesuaian kerana anda

yang menjualnya sendiri. Antara contoh menjual produk dan servis ialah seperti menjual

kerongsang, gelang, buku, cd/kaset, cincin, jam, ebook, software, hosting, design service

dan lenlain yang berpotensi. Apa yang anda perlu untuk realisasikannya ialah dengan

marketing melalui website rasmi anda.

Konsep marketing melalui website ataupun minisite memerlukan strategi yang berkesan.

Antaranya anda boleh baca lebih lanjut artikel saya berjudul Cara Buat Landing Page

atau Web Minisite Yang Menguntungkan.

Sekiranya anda ‘newbie’ hendak tahu lebih lanjut utk membangunkan web anda

sendiri bagi memasarkan produk anda secara online sila hantar request anda pada

Bibsprop kerana beliau menawarkan diskaun istimewa untuk pakej web Ebiz. Untuk

membangunkan web hanya cukup mudah sekiranya anda sudah bermula dengan

domain com/net/org dan hosting yang sesuai dgn modal anda.

Page 10: Buat duit-cari-duit-dengan-internet

RahsiaEbiz.Com 2007

BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET

3. MenJuAl SeCARA ‘DRoP ShIPS’

Drop Ships ini ialah satu perancangan anda melalui pembekal (provider) dalam menjual

produk mereka di internet pada harga yang telah di’mark up’ utk mengambil untung atas

angin. Contohnya Cik Siti mempunyai webnya sendiri telah mempromosikan produk Total

Skin Care Package pada harga RM150 dan caj RM10 bagi delivery (jumlah kesemuanya

RM160).

Apabila customer membelinya secara online di web Cik Siti produk tersebut dgn harga

RM160 (termasuk delivery), dengan itu Cik Siti akan proceed melalui pembekal dengan

order yang mana akan dihantar produk tersebut kepada pembelinya tadi. Sedangkan

harga kos produk tersebut hanyalah RM100 dan Cik Siti dapat untung atas angin RM50

dgn kaedah drop ships di atas tanpa menanggung kos produk & delivery. Kaedah ini

untung atas angin ini sangat mudah, apa yang perlu ialah mengambil order

customer yang selebihnya diserahkan kepada pembekal (supplier). Mungkin boleh cuba

selanjutnya dengan melayari laman web DropShipSites.Com dan beberapa artikel

berkaitan dengannya.

4. BuAt keRJASAMA StRAtegIk

Inilah yang saya lakukan bagi menjimatkan kos dan masa. Kita wat JV (Joint Venture)

atau kerjasama strategik dengan individu/company tertentu dalam mencapai matlamat

bisnes online kita. Contohnya anda tidak tahu buat website tetapi anda boleh buat

pakatan strategik dengan mana-mana web developer utk membangunkan web anda

dengan perkongsian keuntungan yang dipersetujui.

Dengan ini anda boleh fokuskan kepada idea bisnes dan marketing strategy manaka-

la rakan kerjasama pula yang membangunkan web sepenuhnya. Dgn ini kita mampu

menjimatkan kos, masa dan tenaga.

Dengan mempelbagaikan rakan kerjasama dalam sesuatu bisnes sama ada aspek

marketing, production, development etc anda akan mempunyai team yang mantap dan

membolehkan bisnes anda berkembang dengan lebih baik.

Page 11: Buat duit-cari-duit-dengan-internet

RahsiaEbiz.Com 2007

BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET

Selain itu anda juga boleh buat JV dengan company yang menawarkan komisyen bagi

setiap jualan produk/servis mereka, ia adalah mudah kerana ia sekadar menyedia

tempat iklan produk di website kita dan mengambil order bagi produk mereka yang boleh

memberikan komisen yang lumayan. Saya telah menjimatkan kos beribu dollar USD

melalui JV dengan client luar negara yang memberi ruang dan peluang kepada akses

resources web & software development serta testimonial yang sedikit sebanyak

meningkatkan imej dan reputasi Softhands Creative Studio.

Kesemua resources hasil daripada kerjasama strategik dengan client luar negara dapat

meningkatkan pengalaman dan pengetahuan dalam bidang yang belum kita kuasai.

Misalnya anda tidak mempunyai kepakaran di dalam PHP programming namun boleh JV

dengan beberapa web programmer yang sudi bekerjasama dan mengambil untung atas

dasar profit-sharing dan seterusnya menjadikan sesuatu project itu bersifat lebih kepada

“win-win situation”.

5. MenJuAl RuAng IklAn

Sekiranya anda mempunyai website yang tinggi hits trafik pengunjung atau opt-in email

anda boleh pertimbangkan untuk servis pengiklanan. Contohnya seperti laman web

utusan.com.my dan juga bharian.com.my yang mempunyai lebih 1 juta hits sehari mam-

pu menjana pelanggan untuk sesuatu produk atau servis. Dengan itu mereka dpt menjual

ruang iklan berbayar yang cukup lumayan serta menjadi tumpuan jutawan internet

marketers seperti Dr. Irfan Khairi dan lenlain company yang mempromosikan produk

mereka.

Pada tika ini anda dapat memanfaatkan segala kelebihan hits trafik pengunjung di web

anda atau opt-in list email yang berwibawa untuk menjana pendapatan mudah. Salah

satu konsep web yang berkaitan ruang iklan ialah anda juga boleh mengambil idea dari

MyKedai2u.Com, ataupun jika anda pernah melayari web MillionDollarHomepage.Com

yang mana ia sangat terkenal dan menjadi lagenda di dalam sejarah internet kerana

berjaya menjual sejuta ruang pixel iklan di website !

Page 12: Buat duit-cari-duit-dengan-internet

RahsiaEbiz.Com 2007

BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET

6. JAnA PeluAng PenDAPAtAn DengAn ContextuAl ADveRtISIng

Ini adalah satu program buat duit dengan mudah melalui contextual advertising seperti

mana yang disediakan oleh Google Adsense.

Sebagai contoh contextual advertising bersama Google Inc yang merupakan syarikat

gergasi dalam internet search engines.. Anda hanya perlu sign up google adsense dan

implementkan code adsense dalam website anda. Contoh yang paling mudah ialah

gunakan blogspot atau web anda sendiri dgn menepati syarat-syarat yang ditentukan

google, boleh baca ebook istimewa Google Adsense Secret untuk lebih lanjut. Contoh

laman web rakyat Malaysia yang berjaya mengimplementasikan google adsense ialah

seperti di Osx-e.Com.

Sekiranya anda mencari alternatif selain daripada Google Adsense boleh juga try

contextual advertising seperti :

• TargetPoint

• RevenuePilot

• Veoda

• ValueClickMedia

• Yahoo Publisher Network

• Bidvertiser

• Clicksor

Page 13: Buat duit-cari-duit-dengan-internet

RahsiaEbiz.Com 2007

BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET

7. BuAt Blog

Sekarang ni ada banyak orang buat blog untuk mencari perhatian orang. Di sinilah

kekuatannya, yang mana anda juga boleh meniru mereka menjana pendapatan dgn

melalui blog... Contohnya blog afdlinshauki.blogspot.com yang cukup menarik kita lihat

ia mempromosikan produk filem dan karyanya yang terkini. Bagi saya blog afdlin shauki

mempunyai auranya tersendiri apabila dibaca dan diikuti oleh berjuta rakyat malaysia

dgn kerenah Chief Kodoknya itu.. Itu satu pendekatan yang murah, fleksibel dan efisien.

Bagi anda juga boleh membuat blog sendiri di www.blogger.com dan ianya percuma.

Start sumthing new with ur blog, carilah idea untuk diri anda dan promosikan blog

anda pada org lain sehingga mendapat perhatian.. Apabila mendapat attract banyak

visitor dan mempunyai traffic yang besar bolehlah memanfaatkan teknik buat duit dengan

Contextual Advertising dan juga buat ruang pengiklanan atau jual produk sendiri

sepertimana yang saya pernah jelaskan dalam cara ke 2, 5 dan ke 6 di dalam ebook ini.

Contoh rakyat Malaysia yang buat duit dengan blog ialah seperti :

• LiewCF.Com

• Jeefooi.com

• Kennysia.Com

• Sabahan.Com

• SapiensBryan.Com

Page 14: Buat duit-cari-duit-dengan-internet

RahsiaEbiz.Com 2007

BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET

8. DeveloP PoRtAl & CoMMunIty

Sekiranya anda mempunyai skills kepakaran website yang baik atau membuat

kerjasama dengan org yang mempunyai skills dlm web development sudah tentu anda

boleh mencipta sebuah portal dan komuniti untuk menjana pendapatan di sebalik free

services di dalam portal tersebut. Mengapa portal dan komuniti? Ini kerana dengan

melalui portal & komuniti kita boleh menyediakan pelbagai ruang utk free services

dan activity online seperti online discussion forum, downloads, resources, articles,

advertising, promotion, viral marketing dan lenlain elemen yang cukup banyak

menguntungkan dari segi jangka masa panjang...

Contoh portal dan komuniti yang berjaya ialah seperti Cari.Com.My, Jiwang.Org dan

Terato.Com ... kini mereka telah mempunyai 40 ribu lebih ahli dan mempunyai hits

trafik yang tinggi kerana pelbagai xtvt online & resources di dalam forum dan portal.

Di situ mempunyai tumpuan orang setiap hari dengan pelbagai isu, mempunyai jaringan

network sesama ahli dan boleh mengetahui sesuatu peluang bisnes sesama ahli. Mmg

hebat penangan portal komuniti ini jika kena caranya.. Sebagai contoh mudah jika

20ribu ahli derma RM1.00 dalam masa 2 minggu, sure dapat income Rm20k tak sampai

sebulan! .. Ini adalah kekuatan yang ada pada sesebuah portal besar ahlinya..

9. JAnA PeluAng MelAluI AuCtIon SIte

Auction Site ataupun laman web yang menyediakan kemudahan lelongan. Contoh

auction site seperti Ebay, Yahoo Auction, Lelong.Com.My dan banyak lagi.. Di laman

web lelongan ini anda boleh memulakan bisnes lelong anda tak kira apa jua jenis barang

sekalipun. Ada org berjaya lelong henset yg rosak dgn harga yg tinggi, ada juga yg lelong

barang terpakai seperti baju dan buku serta lain2 bentuk cenderamata yang menarik

ataupun duit syiling/setem lama... Kebanyakan org di luar negara suka dengan keris dan

matawang melaka ataupun yg menjadi simbol sesuatu bangsa di Asia. Namun begitu

di auction site anda boleh mencuba mengikut kreativiti dan strategi anda sendiri. Boleh

search banyak auction site di Yahoo Directory

Page 15: Buat duit-cari-duit-dengan-internet

RahsiaEbiz.Com 2007

BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET

Saya pernah melelongkan Digicam lama yang sudah tidak dipakai lagi, tetapi ada sedikit

rosak pada tempat bateri. Bermula dengan RM1 bidding price dibuka menjadi RM100

dibeli oleh pembida yang berjaya. Daripada Digicam tersebut tersimpan dan berhabuk

dalam kotak adalah lebih baik ia dijual dan dapat duit semula. Ada juga orang menjual

barangan eksklusif termasuk jam dan topi yang ditandatangani artis atau selebriti. Apa jua

barangan yang rasa mempunyai nilai juga boleh diketengahkan di dalam auction site.

10. JAnA PenDAPAtAn MelAluI SoCIAl SIte

Teknik ini antara yang terbaru di mana kita sebagai user akan menyumbangkan apa jua

content sama ada video, photo, text dan sebagainya, konsepnya lebih kepada social

site yang mempunyai ciri-ciri user-generated content, misalnya anda boleh buat duit di

Revver.Com dengan targetted ads yang disertakan bagi setiap video yang anda upload

di situ. Lagi banyak orang tengok lagi banyak boleh dapat duit. Selain itu boleh juga try di

Metacafe (producer rewards), Break.Com dan banyak lagi.

Selain video anda juga boleh share foto atau gambar dan buat duit melaluinya di

Scoopt.Com (sesuai untuk professional photographer) dan Stockxpert.Com. Ada banyak

lagi social site yang boleh beri anda peluang untuk jana pendapatan, cuma kena rajin

buat research lebih lanjut di sini. Buat duit dengan cara ini jika untuk newbie boleh la

secara sampingan dan tidak dijadikan yang utama. Namun bagi mereka yang aktif menjual

gambar dan foto bagi professional photographer maka mereka mempunyai peluang cerah

di Scoopt dan Stockxpert serta lain-lain tempat yang menyediakan peluang buat duit.

Page 16: Buat duit-cari-duit-dengan-internet

RahsiaEbiz.Com 2007

BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET

keSIMPulAn DAn PenutuP

Ada banyak lagi cara untuk buat duit dengan Internet berbanding 10 yang saya

senaraikan dalam ebook ini. Tetapi apa yang penting anda memilih cara yang mudah

dan bersesuaian dengan citarasa masing-masing. Ada orang minat melelong barang,

ada orang minat upload gambar dan video. Tak ketinggalan juga yang berminat membina

laman web dan grafik yang lawa atau jual produk/servis sendiri.

Kesemua jenis cara buat duit internet ini sekiranya digabungkan atau ditambah

kreativiti dan sentuhan resepi anda sendiri sudah tentu ia akan mendatangkan ‘passion’

iaitu keghairahan untuk melihatnya berjaya dan ‘menjadi’.

Yang penting usah rasa takut untuk memulakan Ebiz pertama anda, sebenarnya ia

merupakan satu proses perjalanan yang panjang dan memerlukan kesabaran.

Sekiranya anda masih newbie boleh rajinkan diri membaca tips dan panduan yang

disediakan oleh sifoo-sifoo Internet Marketers sama ada di dalam atau luar negara.

Paling mudah boleh dapatkan tips dan free stuffs di RahsiaEbiz.Com yang mana

disediakan khas untuk rakyat Malaysia.

Dapatkan informasi selanjutnya di RahsiaEBiz mengenai tips dan cara buat duit

mudah dengan Internet, sebab di sana akan ada update pelbagai info terbaru untuk anda

membacanya. Jangan lupa untuk download pelbagai ebook, software dan free stuffs yang

telah disediakan untuk anda di RahsiaEBiz – web portal info bisnes secara online anda!

Selamat Maju Jaya..

Wassalam.

www.rahsiaebiz.com

Page 17: Buat duit-cari-duit-dengan-internet

RahsiaEbiz.Com 2007

BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET

EKSKLUSIF !Sumber grafik Photoshop yang terhebat di Malaysia !

Lebih daripada 1000 fail PSD yang boleh digunakan bila-bila masa !

Tak perlu buang banyak duit upah graphic designer untukmerekabentuk grafik professional bagi anda !

Bonus istimewa bernilai $200 usd percuma !

Boleh lihat secara lebih detail di www.cdgrafix.rahsiaebiz.com

P

P

PP

Page 18: Buat duit-cari-duit-dengan-internet

RahsiaEbiz.Com 2007

BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET

Pakej Gold RM 150 per year* Subdomain + Shared Hosting* 2 Page Html Design* 4 gambar (maksimun)* Email Fowarder* Online Support* Online Form

PAKEJ WEB SAVERMILIKI WEB SENDIRI DENGAN MUDAH & MURAH !

yourname.enetmind.com

Pakej Silver RM 99 per year* Subdomain + Shared Hosting* 1 Page Html Design* 2 gambar (maksimun)* Email Fowarder* Online Support

Pakej Royale RM 490* Subdomain + Shared Hosting* 5 Page Html Design* 10 gambar (maksimun)* Email Fowarder* Online Support* Online Form

Pakej Diamond RM 250 per year* Subdomain + Shared Hosting* 3 Page Html Design* 6 gambar (maksimun)* Email Fowarder* Online Support* Online Form

Email : [email protected] Contact No: 03-79550661 / 017-343 8582

www.enetmind.com

Hubungi :