panduan guru

4
KOMPAS 1 2 3 PENULISAN BAHASA MELAYU -13- FORMAT BAHARU PENULISAN UPSR KERTAS 012 GARIS PANDUAN MEMERIKSA KERTAS 012 (PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH) Panduan dan Cara Memeriksa Kertas 1. Pemeriksaan kertas Bahasa Melayu Penulisan dilakukan secara holistik iaitu melihat secara keseluruhan. Pemarkahan atau penskoran dibuat mengikut kriteria yang ditentukan. 2. isi-isi yang diberi bagi setiap soalan merupakan panduan kepada guru mata pelajaran untuk menilai atau memberi markah. Langkah-langkah Memeriksa Kertas 1. Guru mata pelajaran (pemeriksa) hendaklah membaca setiap ayat dalam sesebuah karangan dengan teliti untuk mendapatkan kesan (impression) daripada karangan tersebut. Selepas itu, nilai dan anggarkan tahap karangan tersebut. Tahap pencapaian karangan itu akan disesuaikan dengan kriteria yang telah ditentukan. 2. Guru mata pelajaran (pemeriksa) hendaklah membaca karangan itu sekali lagi. Bacaan kali kedua diikuti dengan menurunkan tanda-tanda pemeriksaan dan menetapkan skor berdasarkan jadual kriteria pemarkahan atau penskoran. 3. Karangan yang tersasar atau terpesong ialah ayat atau karangan yang tiada kaitan langsung dengan tajuk, tema, dan tugasan yang disoal. Bagi karangan yang tersasar atau terpesong ini, lima (5) markah maksimum sahaja yang layak diberi. 4. Bagi karangan yang berformat khusus, jika karangan yang dihasilkan tidak mematuhi format, tolak dua (2) markah daripada markah keseluruhan. 5. Bagi karangan yang berformat umum tetapi ditulis dalam bentuk format khusus, tidak ditolak markah. Tetapi jika format khusus tidak lengkap atau salah format khusus tersebut, tolak dua (2) markah daripada markah keseluruhan. 6. Penilaian keseluruhan (impression) bagi karangan yang kurang jumlah perkataan yang telah ditetapkan akan diturunkan pemarkahan atau penskorannya. Bagi karangan yang melebihi jumlah perkataan pula akan terus dinilai tanpa menurunkan markahnya. 7. Markah (Bahagian A) akan diberi berdasarkan kemampuan murid-murid memahami arahan dan menjawab soalan berpandukan gambar. Hanya terdapat dua (2) kata kunci dalam membina ayat-ayat yang gramatis berpandukan gambar, sama ada situasi atau aktiviti. Jika soalan bertanyakan tentang aktiviti, murid-murid mesti membina ayat yang mengandungi kata kerja, contoh kata kerja seperti; memotong, menyiram, menyapu, mengecat dan menyepak dan lain- lain lagi. Jangan membina lebih daripada lima (5) ayat kerana markah akan ditolak. 8. Markah (Bahagian B) akan diberi berdasarkan kemampuan murid-murid mempersembahkan isi minimum sebanyak tiga (3) isi penting. Isi karangan yang dikuti dengan keterangan, huraian, dan contoh juga akan diberi markah. Karangan/karya yang dihasilkan juga mesti mempunyai pendahuluan dan penutup, jika tidak markah maksimum tidak akan diperoleh. Jumlah perkataan juga mesti tidak kurang daripada 80 patah perkataan. 9. Markah (Bahagian C) akan diberi berdasarkan kemampuan murid-murid membuat rumusan atau ulasan tentang dua (2) perkara, sama ada berbentuk pengajaran atau berbentuk nilai- nilai murni. Rumusan yang dinyatakan (pengajaran atau nilai-nilai murni) mesti mengandungi lima (5) isi untuk layak memperoleh markah yang cemerlang. Pengajaran atau nilai-nilai murni yang dinyatakan atau diulas mesti bertepatan dengan bahan atau teks yang diberi. Jumlah perkataan juga mesti tidak kurang daripada 50 patah perkataan. 10. Bagi keterangan yang lebih terperinci, sila rujuk jadual penskoran yang telah disediakan.

description

panduan guru bm

Transcript of panduan guru

Page 1: panduan guru

KOMPAS 1 2 3 PENULISAN BAHASA MELAYU -13- FORMAT BAHARU PENULISAN UPSR KERTAS 012

GARIS PANDUAN MEMERIKSA KERTAS 012 (PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH)

Panduan dan Cara Memeriksa Kertas

1. Pemeriksaan kertas Bahasa Melayu Penulisan dilakukan secara holistik iaitu melihat secara keseluruhan. Pemarkahan atau penskoran dibuat mengikut kriteria yang ditentukan.

2. isi-isi yang diberi bagi setiap soalan merupakan panduan kepada guru mata pelajaran untuk

menilai atau memberi markah.

Langkah-langkah Memeriksa Kertas

1. Guru mata pelajaran (pemeriksa) hendaklah membaca setiap ayat dalam sesebuah karangan dengan teliti untuk mendapatkan kesan (impression) daripada karangan tersebut. Selepas itu, nilai dan anggarkan tahap karangan tersebut. Tahap pencapaian karangan itu akan disesuaikan dengan kriteria yang telah ditentukan.

2. Guru mata pelajaran (pemeriksa) hendaklah membaca karangan itu sekali lagi. Bacaan kali

kedua diikuti dengan menurunkan tanda-tanda pemeriksaan dan menetapkan skor berdasarkan jadual kriteria pemarkahan atau penskoran.

3. Karangan yang tersasar atau terpesong ialah ayat atau karangan yang tiada kaitan langsung

dengan tajuk, tema, dan tugasan yang disoal. Bagi karangan yang tersasar atau terpesong ini, lima (5) markah maksimum sahaja yang layak diberi.

4. Bagi karangan yang berformat khusus, jika karangan yang dihasilkan tidak mematuhi format,

tolak dua (2) markah daripada markah keseluruhan.

5. Bagi karangan yang berformat umum tetapi ditulis dalam bentuk format khusus, tidak ditolak markah. Tetapi jika format khusus tidak lengkap atau salah format khusus tersebut, tolak dua (2) markah daripada markah keseluruhan.

6. Penilaian keseluruhan (impression) bagi karangan yang kurang jumlah perkataan yang telah

ditetapkan akan diturunkan pemarkahan atau penskorannya. Bagi karangan yang melebihi jumlah perkataan pula akan terus dinilai tanpa menurunkan markahnya.

7. Markah (Bahagian A) akan diberi berdasarkan kemampuan murid-murid memahami arahan

dan menjawab soalan berpandukan gambar. Hanya terdapat dua (2) kata kunci dalam membina ayat-ayat yang gramatis berpandukan gambar, sama ada situasi atau aktiviti. Jika soalan bertanyakan tentang aktiviti, murid-murid mesti membina ayat yang mengandungi kata kerja, contoh kata kerja seperti; memotong, menyiram, menyapu, mengecat dan menyepak dan lain-lain lagi. Jangan membina lebih daripada lima (5) ayat kerana markah akan ditolak.

8. Markah (Bahagian B) akan diberi berdasarkan kemampuan murid-murid mempersembahkan

isi minimum sebanyak tiga (3) isi penting. Isi karangan yang dikuti dengan keterangan, huraian, dan contoh juga akan diberi markah. Karangan/karya yang dihasilkan juga mesti mempunyai pendahuluan dan penutup, jika tidak markah maksimum tidak akan diperoleh. Jumlah perkataan juga mesti tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

9. Markah (Bahagian C) akan diberi berdasarkan kemampuan murid-murid membuat rumusan

atau ulasan tentang dua (2) perkara, sama ada berbentuk pengajaran atau berbentuk nilai-nilai murni. Rumusan yang dinyatakan (pengajaran atau nilai-nilai murni) mesti mengandungi lima (5) isi untuk layak memperoleh markah yang cemerlang. Pengajaran atau nilai-nilai murni yang dinyatakan atau diulas mesti bertepatan dengan bahan atau teks yang diberi. Jumlah perkataan juga mesti tidak kurang daripada 50 patah perkataan.

10. Bagi keterangan yang lebih terperinci, sila rujuk jadual penskoran yang telah disediakan.

Page 2: panduan guru

KOMPAS 1 2 3 PENULISAN BAHASA MELAYU -14- FORMAT BAHARU PENULISAN UPSR KERTAS 012

PANDUAN PEMARKAHAN ITEM BAHAGIAN A

PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

Markah

Cemerlang

(9 – 10)

1. Menulis ayat yang gramatis dan menepati bahan grafik. 2. Ayat yang mengandungi pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta

bertepatan dengan bahan grafik. 3. Pengunaan tanda baca yang betul dan bersesuaian dengan ayat. 4. Penggunaan ejaan yang tepat dan betul. 5. Mengandungi lima ayat dan lima isi yang bertepatan dengan bahan grafik.

PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

Markah Baik

(7 – 8)

1. Menulis ayat yang jelas dan menepati bahan grafik. 2. Ayat yang mengandungi pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana serta

sesuai dengan bahan grafik. 3. Terdapat beberapa kesilapan tanda baca tetapi tidak menjejaskan ayat. 4. Terdapat beberapa kesilapan ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat. 5. Mengandungi empat ayat dan empat isi yang sesuai dengan bahan grafik. 6. Menulis melebihi lima ayat, sama ada isinya berkaitan dengan bahan grafik

atau isinya tidak berkaitan dengan bahan grafik.

PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

Markah

Memuaskan

(4 – 6)

1. Menulis ayat yang mudah dan ringkas sesuai dengan bahan grafik. 2. Ayat yang mengandungi kata dan kosa kata tetapi terhad dan masih sesuai

dengan bahan grafik. 3. Terdapat banyak kesilapan tanda baca dalam ayat. 4. Terdapat banyak kesilapan ejaan dalam ayat. 5. Mengandungi tiga ayat dan tiga isi yang sesuai dengan bahan grafik.

PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

Markah

Pencapaian Tahap

Minimum

(1 – 3)

1. Menulis ayat yang tidak sesuai atau tidak berkaitan dengan bahan grafik. 2. Ayat yang mengandungi kata dan kosa kata yang terhad dan tidak sesuai

dengan bahan grafik. 3. Tidak menguasai kemahiran tanda baca dalam penulisan atau ayat. 4. Tidak menguasai kemahiran ejaan dalam penulisan atau ayat. 5. Mengandungi dua ayat dan dua isi yang tidak sesuai dengan bahan grafik.

Page 3: panduan guru

KOMPAS 1 2 3 PENULISAN BAHASA MELAYU -15- FORMAT BAHARU PENULISAN UPSR KERTAS 012

PANDUAN PEMARKAHAN ITEM BAHAGIAN B

PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

Cemerlang (24 – 30)

(27 – 30) Tinggi

(24 – 26) Rendah

1. Karya atau penyampaian isi yang jelas dan menarik untuk dibaca. 2. Pengolahan idea yang sangat baik, menggunakan pelbagai ayat yang

gramatis bertepatan dengan tema. 3. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai

dengan tema atau soalan. 4. Pengunaan tanda baca yang betul berdasarkan jenis karangan. 5. Penggunaan ejaan yang betul berdasarkan jenis karangan. 6. Mengandungi pendahuluan, minimum tiga isi, dan penutup yang bernas.

PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

Baik

(17 – 23)

(20 – 23) Tinggi

(17 – 19) Rendah

1. Karya atau penyampaian isi yang jelas untuk dibaca. 2. Pengolahan idea yang baik, dengan menggunakan ayat yang gramatis

bertepatan dengan tema atau soalan. 3. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai

dengan tema atau soalan. 4. Terdapat beberapa kesilapan tanda baca dan tidak menjejaskan karangan. 5. Terdapat beberapa kesilapan ejaan tetapi tidak menjejaskan karangan. 6. Mengandungi pendahuluan, minimum dua isi, dan penutup yang sesuai.

PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

Memuaskan (11 – 16)

(14 – 16) Tinggi

(11 – 13) Rendah

1. Karya atau penyampaian isi yang mudah dan ringkas untuk dibaca. 2. Pengolahan idea atau menyatakan isi dengan menggunakan ayat dasar

yang bersesuaian dengan tema atau soalan. 3. Menggunakan kata dan kosa kata tetapi terhad, masih sesuai dengan tema. 4. Penggunaan tanda baca yang terhad (huruf besar, noktah, dan koma)

dan terdapat banyak kesalahan tanda baca dalam karangan. 5. Terdapat banyak kesalahan ejaan dalam karangan. 6. Mengandungi pendahuluan, minimum satu isi, dan penutup yang sesuai.

PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

Pencapaian

Tahap Minimum (1 – 10)

(7 – 10) Tinggi

(1 – 6) Rendah

1. Karya atau penyampaian isi yang tidak sesuai dengan tema karangan. 2. Pengolahan idea atau isi tidak tepat dan tidak berkaitan dengan tema atau

sukar difahami jalan ceritanya. 3. Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai dengan tema. 4. Tidak menguasai kemahiran tanda baca dalam ayat atau penulisan. 5. Tidak menguasai kemahiran ejaan dalam ayat atau penulisan. 6. Karangan yang tidak mengikut format atau kehendak soalan. 7. Pendahuluan, isi karangan dan penutup kabur atau tidak jelas maksudnya. 8. Isi karangan tidak berkaitan atau tidak menepati kehendak soalan. 9. Karangan terpesong atau tergelincir dari landasan soalan atau tajuk.

Page 4: panduan guru

KOMPAS 1 2 3 PENULISAN BAHASA MELAYU -16- FORMAT BAHARU PENULISAN UPSR KERTAS 012

PANDUAN PEMARKAHAN ITEM BAHAGIAN C

PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

Cemerlang (17 – 20)

(19 – 20)

(17 – 18)

1. Menulis ulasan dengan jelas dan tepat menggunakan ayat yang gramatis

berdasarkan bahan rangsangan. 2. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai

dengan bahan rangsangan. 3. Pengunaan tanda baca yang betul berdasarkan bahan rangsangan. 4. Penggunaan ejaan yang betul berdasarkan bahan rangsangan. 5. Menyatakan minimum lima pengajaran atau nilai murni dengan tepat.

PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

Baik

(12 – 16)

(14 – 16)

(12 – 13)

1. Menulis ulasan dengan jelas dan tepat menggunakan ayat yang gramatis

berdasarkan bahan rangsangan. 2. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai

dengan bahan rangsangan. 3. Terdapat beberapa kesalahan tanda baca tetapi tidak menjejaskan ayat. 4. Terdapat beberapa kesalahan ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat. 5. Menyatakan minimum empat pengajaran atau nilai murni dengan tepat.

PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

Memuaskan

(6 – 11)

(9 – 11) (6 – 8)

1. Ulasan tepat menggunakan ayat mudah dan ringkas. 2. Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad tetapi sesuai dengan ulasan. 3. Terdapat banyak kesalahan tanda baca ketika membuat ulasan. 4. Terdapat banyak kesalahan ejaan ketika menghasilkan ulasan. 5. Menyatakan minimum tiga pengajaran atau nilai murni dengan betul.

PENSKORAN UKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

Pencapaian

Tahap Minimum

(1 – 5)

1. Ulasan tidak menepati bahan rangsangan yang disediakan. 2. Penggunaan perkataan atau kosa kata yang terhad serta tidak sesuai

dengan bahan rangsangan. 3. Tidak menguasai kemahiran tanda baca semasa membuat ulasan. 4. Tidak menguasai kemahiran ejaan semasa membuat ulasan. 5. Menyatakan minimum sifar hingga dua pengajaran atau sifar hingga dua

nilai murni daripada bahan rangsangan. 6. Ulasan tidak berkaitan atau terpesong daripada bahan rangsangan.