Panduan HRMIS Guru

download Panduan HRMIS Guru

of 12

description

Panduan HRMIS Guru

Transcript of Panduan HRMIS Guru

  • PANDUAN PERLAKSANAAN MODUL PENGURUSAN PRESTASI MELALUI SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT SUMBER MANUSIA (HRMIS) 2.0

    Langkah 1 : Pilih pelayar web anda.

    Langkah 2 : Log masuk ke URL berikut https://hrmis2.eghrmis.gov.my

  • Langkah 3 : Masukkan ID PENGGUNA dan KATA LALUAN. Klik HANTAR. Terus ke Langkah 4.

    Sekiranya anda TERLUPA KATA LALUAN, klik Lupa Kata Laluan. Paparan seperti bawah ini akan dipaparkan.

    Masukkan ID Pengguna HRMIS dan Tarikh Lantikan Pertama Ke Perkhidmatan Awam anda dan klik HANTAR. Kata Laluan akan ditetapkan semula melalui emel.

  • Langkah 4 : Paparan utama modul HRMIS 2.0 akan dipaparkan seperti yang berikut. Klik PENGURUSAN PRESTASI Laporan Penilaian Prestasi Tahunan.

    Langkah 5 : Anda akan menerima paparan seperti berikut. Klik FUNGSI Sasaran Kerja Tahunan Pegawai Yang Dinilai Sasaran Kerja Tahunan.

  • Langkah 6 : Anda akan menerima paparan seperti berikut. Pastikan Tahun Prestasi ialah 2015 dan klik TERUSKAN.

    Langkah 7 : Tetingkap baru akan dibuka dan anda akan menerima paparan seperti

    berikut. Klik TAMBAH.

    Fungsi Aturan SKT adalah untuk pegawai

    menyusun semula semua SKT yang telah ditambah atau disalin

  • Langkah 8 : Lengkapkan bahagian Aktiviti/Projek/Keterangan dan Klik Tambah KPI. Pegawai boleh memilih lima jenis Petunjuk Prestasi. Lengkapkan bahagian Sasaran Kerja, Pencapaian Sebenar, Peratus Pencapaian dan Ulasan. Klik SIMPAN selepas melengkapkan semua KPI berkaitan.

    Langkah 9 : Anda akan menerima paparan seperti di bawah. Klik OK untuk menyimpan

    rekod ini. Klik TAMBAH untuk menambah Aktiviti/Projek/Keterangan. Ulangi Langkah 7 dan Langkah 8 sehingga semua Aktiviti/Projek/Keterangan anda selesai dikunci masuk.

  • Langkah 10 : Sekiranya PYD mempunyai sebarang Dokumen Sokongan untuk dimuatnaik, sila klik Dokumen Sokongan.

    Langkah 11 : Anda akan menerima paparan seperti berikut. Klik Upload.

    Tetingkap baru akan dibuka dengan paparan berikut. Pilih fail yang ingin dimuatnaik. Masukkan keterangan bagi fail dan klik SIMPAN.

  • Anda akan menerima tetingkap seperti berikut menandakan Dokumen Sokongan telah Berjaya disimpan.

    Tetingkap DOKUMEN SOKONGAN akan menunjukkan nama fail yang telah dimuatnaik tadi.

    Pada pautan Dokumen Sokongan akan timbul simbol lampiran menandakan terdapat dokumen yang telah dimuatnaik oleh PYD.

  • Langkah 12 : Klik Papar Laporan / Ulasan oleh PYD.

    Anda akan menerima paparan seperti berikut. Lengkapkan ulasan dan klik SIMPAN.

    Klik OK pada tetingkap pengesahan

  • Anda akan menerima paparan seperti berikut yang menyatakan rekod anda berjaya disimpan.

    Langkah 13 : Sekiranya anda telah melengkapkan Bahagian I dan tidak mahu membuat

    sebarang perubahan lagi, klik Hantar.

  • Langkah 14 : Keluar daripada tetingkap tersebut. Klik Fungsi Penilaian Prestasi Pegawai Yang Dinilai.

    Langkah 15 : Anda akan menerima paparan seperti berikut. Klik Prestasi 2015.

  • Langkah 16 : Anda akan menerima paparan seperti berikut. Klik Bahagian II.

    Langkah 17 : Anda akan menerima paparan seperti berikut. Lengkapkan BAHAGIAN II KEGIATAN DAN SUMBANGAN DI LUAR TUGAS RASMI / LATIHAN.

    Sekiranya PYD tidak mahu membuat sebarang perubahan lagi, klik kotak pengesahan kenyataan dan klik HANTAR. Klik KELUAR.

  • Klik OK.

    Tahniah!!!

    Anda telah melaksanakan Modul Pengurusan Prestasi bagi Tahun 2015.