Panduan Kerja Kursus PT2_ Pelajar 2014

11
PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS PENYELIDIKAN TINDAKAN II PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) 1.0 PENGENALAN Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian adalah satu program latihan perguruan praperkhidmatan untuk melatih bakal guru dalam pelbagai bidang khusus untuk pendidikan sekolah rendah. Kursus Penyelidikan Tindakan II dalam program ini adalah bertujuan melahirkan guru-guru yang mempunyai kemahiran dan keterampilan melaksana dan melaporkan Penyelidikan Tindakan sebagai wahana meningkatkan profesionalisme guru. Amalan Penyelidikan Tindakan dalam kalangan guru akan memberikan impak yang positif kepada perubahan yang terancang ke arah peningkatan amalan pedagogi dan inovasi dalam kalangan guru. Penyelidikan Tindakan juga boleh membina keupayaan intelek yang dapat membantu guru melihat proses pengajaran dan pembelajaran sebagai sesuatu yang dinamik dan berkembang sejajar dengan perkembangan ilmu keguruan dan pendidikan. 2.0 RASIONAL Proforma Kursus Penyelidikan Tindakan II PISMP memberikan penekanan khusus kepada usaha untuk melahirkan pelajar yang berkeupayaan dan berketrampilan mempraktikkan kemahiran penyelidikan yang diperolehi. Usaha bagi mengekalkan tahap penguasaan kemahiran dan pengetahuan perlu dinilai dari masa ke semasa secara sistematik. Penilaian Kerja Kursus adalah satu kaedah yang sesuai digunakan dalam usaha mengekalkan tahap dan pencapaian pelajar sepanjang pengajian di IPG. Justeru, Panduan Pentaksiran Penyelidikan Tindakan II ini disediakan sebagai satu garis panduan pelaksanaan dan pentaksiran Kerja Kursus berbentuk pelaksanaan kajian (amali) dan pelaporan bagi memastikan pelajar-pelajar mencapai tahap penguasaan kemahiran yang diperlukan dalam melaksanakan Penyelidikan Tindakan. Melalui panduan ini juga diharapkan, pentaksiran Penyelidikan Tindakan II dapat dilaksanakan dengan sistematik serta meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran tersebut. 3.0 PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS PENYELIDIKAN TINDAKAN ll 3.1 Panduan pelaksanaan pentaksiran Penyelidikan Tindakan ll ini digunapakai untuk semua kursus major berdasarkan hasil pembelajaran yang terkandung dalam proforma kursus major. Sehubungan itu guru pelatih perlu mengaitkan fokus kajian mereka kepada major masing-masing. 3.2 Kerja Kursus bagi Kursus Penyelidikan Tindakan Il ini telah diselaraskan bentuk dan format penulisan laporan dan pembentangan Penyelidikan Tindakan untuk semua kursus major. 1

description

AAAA

Transcript of Panduan Kerja Kursus PT2_ Pelajar 2014

Page 1: Panduan Kerja Kursus PT2_ Pelajar 2014

PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS PENYELIDIKAN TINDAKAN IIPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

1.0 PENGENALAN

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian adalah satu program latihan perguruan praperkhidmatan untuk melatih bakal guru dalam pelbagai bidang khusus untuk pendidikan sekolah rendah. Kursus Penyelidikan Tindakan II dalam program ini adalah bertujuan melahirkan guru-guru yang mempunyai kemahiran dan keterampilan melaksana dan melaporkan Penyelidikan Tindakan sebagai wahana meningkatkan profesionalisme guru. Amalan Penyelidikan Tindakan dalam kalangan guru akan memberikan impak yang positif kepada perubahan yang terancang ke arah peningkatan amalan pedagogi dan inovasi dalam kalangan guru. Penyelidikan Tindakan juga boleh membina keupayaan intelek yang dapat membantu guru melihat proses pengajaran dan pembelajaran sebagai sesuatu yang dinamik dan berkembang sejajar dengan perkembangan ilmu keguruan dan pendidikan.

2.0 RASIONAL

Proforma Kursus Penyelidikan Tindakan II PISMP memberikan penekanan khusus kepada usaha untuk melahirkan pelajar yang berkeupayaan dan berketrampilan mempraktikkan kemahiran penyelidikan yang diperolehi. Usaha bagi mengekalkan tahap penguasaan kemahiran dan pengetahuan perlu dinilai dari masa ke semasa secara sistematik. Penilaian Kerja Kursus adalah satu kaedah yang sesuai digunakan dalam usaha mengekalkan tahap dan pencapaian pelajar sepanjang pengajian di IPG.

Justeru, Panduan Pentaksiran Penyelidikan Tindakan II ini disediakan sebagai satu garis panduan pelaksanaan dan pentaksiran Kerja Kursus berbentuk pelaksanaan kajian (amali) dan pelaporan bagi memastikan pelajar-pelajar mencapai tahap penguasaan kemahiran yang diperlukan dalam melaksanakan Penyelidikan Tindakan. Melalui panduan ini juga diharapkan, pentaksiran Penyelidikan Tindakan II dapat dilaksanakan dengan sistematik serta meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran tersebut.

3.0 PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS PENYELIDIKAN TINDAKAN ll

3.1 Panduan pelaksanaan pentaksiran Penyelidikan Tindakan ll ini digunapakai untuk semua kursus major berdasarkan hasil pembelajaran yang terkandung dalam proforma kursus major. Sehubungan itu guru pelatih perlu mengaitkan fokus kajian mereka kepada major masing-masing.

3.2 Kerja Kursus bagi Kursus Penyelidikan Tindakan Il ini telah diselaraskan bentuk dan format penulisan laporan dan pembentangan Penyelidikan Tindakan untuk semua kursus major.

1

Page 2: Panduan Kerja Kursus PT2_ Pelajar 2014

4.0 STRUKTUR KERJA KURSUS

BIL KURSUS KOD KREDIT PEPKERJA KURSUS

CATATANPROJEK PEMBENTANGAN PELAPORAN

1. Penyelidikan Tindakan ll – Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan)

PIM3115 3 (0+3) - - 30% 70%

2. Penyelidikan Tindakan ll – Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan)

PJM3119 3 (0+3) - - 30% 70%

3. Penyelidikan Tindakan ll – Pendidikan Prasekolah (Pelaksanaan dan Pelaporan)

PRA3115 3 (0+3) - - 30% 70%

4. Penyelidikan Tindakan ll – Matematik Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan)

MTE3115 3 (0+3) - - 30% 70%

5. Penyelidikan Tindakan ll – Sains Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan)

SCE3115 3 (0+3) - - 30% 70%

6. Penyelidikan Tindakan ll PKU3115 3 (0+3) - - 30% 70%

7. Penyelidikan Tindakan ll – Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (Pelaksanaan dan Pelaporan)

PKB3115 3 (0+3) - - 30% 70%

2

Page 3: Panduan Kerja Kursus PT2_ Pelajar 2014

5.0 PANDUAN FORMAT PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Penulisan laporan penyelidikan tindakan hendaklah mengikut format berikut:

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 1.3 Pengumpulan Data Awal

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Huraian Fokus Kajian2.2 Intervensi

3.0 OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN3.1 Objektif Kajian3.2 Soalan Kajian

4.0 KUMPULAN SASARAN

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN5.1 Prosedur Pelaksanaan5.2 Cara Mengumpul Data

6.0 DAPATAN: ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

7.0 PERBINCANGAN DAN REFLEKSI

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

9.0 SENARAI RUJUKAN

LAMPIRAN

6.0 KRITERIA PENTAKSIRAN PENYELIDIKAN TINDAKAN ll

3

Page 4: Panduan Kerja Kursus PT2_ Pelajar 2014

6.1 PELAPORAN (WAJARAN : 70%)

BIL BENTUK TUGASAN KRITERIA PENTAKSIRAN MARKAH PETUNJUK PRESTASI

1. Laporan PENDAHULUAN

Pengenalan

Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu

Sorotan Literatur (berdasarkan refleksi)

Pengumpulan Data Awal

10

5

Memberi gambaran menyeluruh tentang bidang kajian

Menghurai dan menilai kembali pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus kajian

Membincangkan andaian, nilai dan kepercayaan terhadap P&P dalam refleksi pengalaman P&P berdasarkan sorotan literatur

Mengemukakan perbincangan mengenai andaian, nilai, kepercayaan dengan hujjah dan kupasan yang mendalam dengan merujuk kepada sorotan literatur yang relevan, tepat dan baik.

Membuktikan wujudnya jurang antara andaian/nilai/ kepercayaan dengan amalan P&P yang dilaksanakan

Menghuraikan cara pengumpulan data awal untuk membuktikan masalah/isu wujud.

FOKUS KAJIAN

a) Huraian Fokus Kajian

b) Intervensi

10a) Mengenal pasti dan menghuraikan fokus kajian yang berkait dengan pengalaman pengkaji dan relevan kepada keperluan murid

Dapat menilai pemilihan fokus berdasarkan: Kebolehtadbiran Kepentingan kolaborasi

Membuat ulasan karya secara kritikal serta dengan merujuk kepada sorotan literatur yang relevan, tepat dan baik.

Membuat perkaitan dengan kajian lampau yang relevan dengan fokus kajian

b) Mengaitkan fokus kajian dan peluang penambahbaikan 4

Page 5: Panduan Kerja Kursus PT2_ Pelajar 2014

BIL BENTUK TUGASAN KRITERIA PENTAKSIRAN MARKAH PETUNJUK PRESTASI

*(Langkah-langkah pelaksanaan intervensi tidak perlu dihuraikan di sini)

10 dengan amat jelas

Memperihalkan intervensi dengan mengemukakan teori atau prinsip yang menjadi asas kepada intervensi secara amat jelas

Membuat perkaitan dengan kajian lampau yang relevan dengan intervensi yang dilaksanakan secara amat jelas.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIANObjektif Kajian

Soalan Kajian5

Penyataan objektif kajian tindakan merangkumi: fokus tindakan pencapaian tindakan

Soalan kajian amat relevan dengan objektif kajian

KUMPULAN SASARAN

5

Memerihalkan ciri-ciri responden berdasarkan bilangan jantina nama kelas / jawatan prestasi akademik ciri-ciri unik yang lain

PELAKSANAAN INTERVENSI Prosedur Intervensi

Cara Mengumpul Data

5

5

Memperincikan langkah-langkah/aktiviti intervensi (P&P) Memberi rasional terhadap intervensi yang dilaksanakan

Kaedah pengumpulan data yang sesuai untuk menjawab soalan kajian Instrumen kajian tindakan dijelaskan dan dilampirkan

DAPATAN: ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA 10

Kaedah analisis data amat sesuai bagi data yang dikumpul

Analisis data telah dijelaskan dengan amat baik

Menginterpretasi semua data dengan amat lengkap (boleh memasukkan refleksi semasa tindakan sebagai sebahagian data dan interpretasi )

5

Page 6: Panduan Kerja Kursus PT2_ Pelajar 2014

BIL BENTUK TUGASAN KRITERIA PENTAKSIRAN MARKAH PETUNJUK PRESTASI

PERBINCANGAN DAN REFLEKSI

10

Dapat menilai intervensi yang diambil secara kritis (refleksi keseluruhan kajian)

Dapatan kajian yang dilbincangkan relevan dengan soalan kajian .

Menghubungkaitkan kajian lepas dengan dapatan kajian secara amat jelas

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 5 Cadangan untuk kajian lanjutan dibincangkan dengan amat jelas

PENGOLAHAN / KEJELASAN PENULISAN 10 Kesemua isi telah diolah dengan amat baik

Urutan idea yang teratur

Penggunaan bahasa amat sesuai dengan penulisan ilmiah

FORMAT DAN SENARAI RUJUKAN

5

Menyenaraikan lebih daripada 10 rujukan yang berkaitan

Penulisan rujukan adalah konsisten dengan gaya rujukan

American Psychological Association (APA)

Semua rujukan yang digunakan amat relevan dan berkredibiliti

Cara penulisan rujukan dalam teks mengikut format APA

Persembahan jadual dan rajah mengikut format APA

2. Sikap dan Sahsiah

Tindakbalas terhadap komen atau kritikan

Komitmen

Etika penyelidikan

Tahap penglibatan (Kekerapan perjumpaan dengan penyelia diambilkira)

5- Menunjukkan tindakbalas yang amat positif terhadap komen atau kritikan- Menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyelesaikan tugasan- Mengamalkan etika penyelidikan (dengan melampirkan bukti, cth: borang kebenaran menjalankan kajian dan sebagainya)- Menunjukkan tahap penglibatan yang cemerlang (melampirkan borang kolaborasi sebagai bukti)

JUMLAH 1006

Page 7: Panduan Kerja Kursus PT2_ Pelajar 2014

BIL BENTUK TUGASAN KRITERIA PENTAKSIRAN MARKAH PETUNJUK PRESTASI

6.2 PEMBENTANGAN (WAJARAN: 30%)

BIL BENTUK TUGASAN KRITERIA PENTAKSIRAN MARKAH PETUNJUK PRESTASI

1 PEMBENTANGAN 1.0 Penyampaian

Pengkaji berkomunikasi secara berkesan

20

Membentangkan hasil kajian dengan amat jelas dan yakin

Nada yang amat sesuai.

Penggunaan bahasa yang tepat dan menarik.Fokus kajian sangat jelas.

Menyokong dapatan dengan bukti yang amat tepat.

Bukti dari pelbagai sumber

Penggunaan media sangat berkesan

2.0 Pengolahan Pembentangan

Pengkaji menunjukkan pengolahan secara teratur

30

Memperkenalkan topik secara amat jelas dan kreatif.

Isi-isi disusun secara koheren.

Membuat kesimpulan yang amat baik berasaskan bukti.

Fokus kajian sangat jelas.

3.0 Isi KandunganMenerang & menjelaskan dapatan kajian

25Menyokong dapatan dengan bukti yang amat tepat.

Bukti dari pelbagai sumber

4.0 Soal JawabSoalan penilai hanya berhubung dengan kajian yang dilaksanakan (Hanya melibatkan penilai dan pembentang sahaja)

20Menjawab soalan dengan amat jelas

Berpengetahuan yang sangat baik dalam kajian yang dibentang

7

Page 8: Panduan Kerja Kursus PT2_ Pelajar 2014

BIL BENTUK TUGASAN KRITERIA PENTAKSIRAN MARKAH PETUNJUK PRESTASI

2. SIKAP DAN SAHSIAH

5Menepati masa

Penampilan diri yang sangat menarik.

Sangat yakin

JUMLAH 100

7.0 SYARAT LULUS PENTAKSIRAN PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

7.1 Pelajar lulus

7.1.1 Kehadiran 100% dalam pengajaran dan pembelajaran 7.1.2 Pelajar wajib menghasilkan pelaporan Penyelidikan Tindakan dan membentangkan dengan lengkap mengikut formatdan

kriteria yang ditetapkan 7.1.3 Mencapai markah keseluruhan sekurang-kurangnya 40%

7.2 Pelajar Gagal

7.2.1 Tidak Melengkap dan Menyempurnakan pelaporan dan pembentangan Penyelidikan Tindakan 7.2.2 Tidak mencapai markah 40% ke atas7.2.3 Pelajar yang tidak melengkap dan menyempurnakan pelaporan dan pembentangan Penyelidikan Tindakan

dikehendaki mengulang.7.2.4 Pelajar dikehendaki mengulang pentaksiran tersebut pada tarikh yang ditetapkan.7.2.5 Pelajar yang lulus pentaksiran ulangan hanya diberi gred lulus sahaja.

8