Panduan Kualiti Etika Kerja Bagi Meningkatkan Penerbitan
description
Transcript of Panduan Kualiti Etika Kerja Bagi Meningkatkan Penerbitan
1
PANDUAN KUALITI ETIKA KERJA BAGI MENINGKATKAN PENYELIDIKAN, PENERBITAN,
PERUNDINGAN DAN PENGKOMERSIALAN
1.0 PANDUAN KUALITI ETIKA KERJA BAGI MENINGKATKAN PENYELIDIKAN
1.1 GARIS PANDUAN ETIKA PENYELIDIKAN
A. Memastikan segala aspek keselamatan/etika penyelidikan/hak asasi diambil kira
semasa menjalankan penyelidikan.
B. Mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Universiti.
C. Mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh agensi atau badan yang menaja geran
penyelidikan.
D. Semua peruntukan kewangan hendaklah mengikut peraturan kewangan
Universiti.
E. Setiap penyelidik dikehendaki mengemukakan laporan kemajuan dan laporan
akhir kepada Universiti bagi setiap penyelidikan yang dijalankan berpandukan
kepada garis panduan yang ditetapkan.
F. Hasil penyelidikan adalah dalam bentuk yang memberi impak kepada Univerisiti,
masyarakat dan negara.
G. Penyelidik yang gagal menyempurnakan penyelidikan dalam tempoh yang
ditetapkan boleh diambil tindakan oleh Universiti berpandukan kepada garis
panduan yang ditetapkan.
H. Penyelidik hendaklah mengemukakan laporan kemajuan penyelidikan dan
laporan akhir penyelidikan kepada Universiti menggunakan borang yang
ditetapkan.
I. Penyelidik yang gagal mengemukakan laporan kemajuan penyelidikan dan
laporan akhir penyelidikan dalam tempoh yang ditetapkan boleh dikenakan
tindakan.
J. Penyelidik boleh memohon penangguhan kepada Universiti jika penyelidikan
tidak dapat dimulakan dalam tempoh yang ditetapkan.
K. University boleh menggantung atau menamatkan penyelidikan sekiranya gagal
menunjukkan kemajuan dan menyediakan laporan akhir yang memuaskan.
1.2 TANGGUNGJAWAB PENYELIDIK
A. PENYELIDIKAN GERAN DALAM Pemohon dikehendaki menandatangani Aku Janji Penyelidikan.
Universiti menganggap pemohon menolak tawaran sekiranya pemohon gagal
menandatangani dan menyerahkan aku janji dalam tempoh ditetapkan.
Tarikh penyelidikan bermula adalah berdasarkan surat kelulusan
menjalankan penyelidikan yang dikeluarkan.
2
Penyelidik hendaklah memastikan segala aspek keselamatan/hak asasi/etika
penyelidikan dipatuhi semasa menjalankan penyelidikan.
Penyelidik hendaklah mematuhi peraturan penyelidikan yang ditetapkan oleh
Universiti sepanjang tempoh penyelidikan dijalankan.
Penyelidik hendaklah mengemukakan laporan kemajuan dan laporan akhir
penyelidikan mengikut tempoh yang ditetapkan di dalam surat kelulusan;
Penyelidik yang memerlukan tambahan masa dan pembiayaan atau apa-apa
perubahan dalam penyelidikannya perlu mengemukakan permohonan melalui
Fakulti.
Penyelidik hendaklah menggunakan peruntukan yang telah diberikan bagi
tujuan penyelidikan yang diluluskan sahaja. Peruntukan hendaklah
dibelanjakan selaras dengan pelaksanaan projek penyelidikan.
Penyelidik hendaklah mengemukakan laporan berjilid keras selepas 45 hari
dari tarikh laporan akhir penyelidikan diluluskan dan diterima oleh JPU.
Penyelidik hendaklah mengemukakan tuntutan terakhir dalam tempoh 45 hari
selepas laporan akhir penyelidikan diserahkan kepada PPP.
1.3 PENYELIDIKAN GERAN LUAR Penyelidik hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Universiti sebelum
memeterai mana-mana perjanjian penyelidikan.
Penyelidik hendaklah menerangkan kepada Universiti tentang tanggungjawab
Universiti dalam penyelidikan yang akan dijalankan.
Perjanjian penyelidikan mestilah ditandatangani antara penyelidik dengan
pihak yang terlibat (jika ada).
Penyelidik hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak pemberi
geran sepanjang tempoh penyelidikan dijalankan.
Penyelidik hendaklah memastikan segala aspek keselamatan/hak asasi/etika
penyelidikan dipatuhi semasa menjalankan penyelidikan.
Penyelidik hendaklah mengemukakan laporan pelaksanaan penyelidikan
mengikut tempoh yang ditetapkan oleh pihak pemberi geran.
Penyelidik hendaklah memastikan pendedahan dan/atau hebahan penemuan
penyelidikan tertakluk kepada terma-terma perjanjian dan/atau kebenaran
pemberi geran.
1.4 ISI KANDUNGAN PENYELIDIKAN
3
1. Kandungan Utama laporan perlu mempunyai pembahagian tajuk-tajuk seperti
berikut.
1.1 Kulit depan
1.2 Muka surat tajuk
1.3 Surat tawaran/pelantikan geran penyelidikan
1.4 Penghargaan
1.5 Tajuk dan objektif penyelidikan
1.6 Isi kandungan
1.7 Kandungan laporan
1.7.1 Ringkasan Eksekutif
1.7.2 Pengenalan
1.7.3 Ringkasan Kajian Persuratan
1.7.4 Kaedah-kaedah Penyelidikan
1.7.5 Keputusan dan Perbincangan
1.7.6 Kesimpulan dan Cadangan
1.7.7 Rujukan/Bibliografi (format APA)
1.8 Hasil penyelidikan
1.9 Lampiran
2. Penulisan laporan penyelidikan perlu mengambil kira aspek-aspek:
Margin
Tajuk
Langkauan
Spacing
Indent
Nombor muka surat
Tulang belakang
Saiz huruf dan font
Saiz laporan
2.0 PANDUAN KUALITI ETIKA KERJA BAGI MENINGKATKAN PENERBITAN
4
2.1 GARIS PANDUAN PENERBITAN
A. Pihak yang hendak menerbitkan buku hendaklah memberikan hak penerbitan
buku kepada Universiti yang ingin diterbitkannya kerana Universiti itu akan
mempunyai first rights of refusal. Ini kerana penerbit lain diberikan hak untuk
menerbitkan hanya jika Universiti yang pertama itu menolak.
B. Jawatankuasa penerbitan Universiti berhak menolak dan melarang mana-mana
manuskrip yang dipercayai mempunyai elemen yang bertentangan dengan dasar
Universiti atau boleh menjejaskan nama Universiti daripada diterbitkan.
C. Jawatankuasa penerbitan boleh meluluskan mana-mana karya untuk diterbitkan
oleh penerbit luar (termasuk luar negara) sekiranya jawatankuasa berpendapat ia
akan membawa impak yang lebih tinggi dari segi pasaran dan penonjolan imej
Universiti.
D. Manuskrip yang ditulis oleh pengarang luar boleh juga diterbitkan oleh penerbit
Universiti.
E. Karya pengarangan boleh berbentuk seperti berikut:
Buku karya asli(ilmiah/umum)
Terjemahan buku (tidak digalakkan)
Siri syarahan inaugural
Modul
Monograf
Jurnal
Prosiding
Ensiklopedia
Artikel-artikel seminar atau bengkel
F. Perincian genre atau jenis penerbitan adalah seperti berikut:
Genre ilmiah
Buku teks dan modul
Jurnal
Ilmiah popular
Fiksyen
Umum
Siri penerbitan bersiri
G. Hak Cipta bahan peneribitan diberikan kepada Universiti yang menerbitkan.
2.2 PROSES PENERBITAN
5
2.3 PERATURAN PEMBAYARAN
A. Pembayaran kepada pengarang tertakluk kepada bayaran yang ditetapkan oleh
penerbit
B. Semua pengarang bagi karya yang diterbitkan layak dibayar royalti mengikut
kadar yang ditetapkan.
C. Pengarang boleh memohon bayaran bagi penyediaan ilustrasi.
D. Kadar pembayaran sagu hati atau honorarium berdasarkan kadar yang
diluluskan.
6
Mendapatkan pengesahan Jawatankuasa penerbitan fakulti dan diluluskan Dekan fakulti.
Mengemukakan salinan dalam bentuk camera ready copy (CRC) dan final draf (hard copy) kepada penerbit Universiti.
Penerbit Universiti membuat panggilan sebut harga, pilihan pembekal dan menguruskan percetakan sehingga selesai.
Fakulti/Pusat/Institut/Jabatan akan dicaj atau dibilkan mengikut kerja yang dikehendaki.
Jumlah buku yang dicetak mengikut keperluan pihak fakulti.