PANDUAN LIBERALISASI LATIHAN PROVISIONALLY ...

12
1 PANDUAN LIBERALISASI LATIHAN PROVISIONALLY REGISTERED PHARMACIST (PRP) DI SEKTOR SWASTA KEPADA PEMILIK PREMIS LATIHAN PRP (27 September 2013) Pengenalan 1. Pada 14 September 2011, Jemaah Menteri telah bersetuju supaya tempoh khidmat wajib bagi Pegawai Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipendekkan dari tiga (3) tahun ke satu (1) tahun bertujuan mengimbangi keperluan Ahli Farmasi negara di sektor awam dan swasta. 2. Keputusan ini telah juga di umumkan oleh Y.B Menteri Kesihatan Malaysia melalui kenyataan akhbar. Sehubungan itu, liberalisasi latihan graduan farmasi di fasiliti farmasi swasta tempatan dilaksanakan dengan tujuan yang berikut: Memenuhi keperluan ahli farmasi di industri farmaseutikal tempatan supaya dapat meningkatkan lagi pengilangan ubat- ubatan generik tempatan yang mampu bersaing di pasaran antarabangsa sebagaimana ditetapkan di bawah Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA). Menangani masalah kekurangan jawatan Pegawai Farmasi di sektor awam dan kekurangan ahli farmasi di sektor swasta Mengatasi masalah ketepuan kerana hanya bergantung kepada fasiliti farmasi di hospital KKM bagi melatih graduan farmasi. Kini bilangan graduan farmasi telah menjangkau lebih 1,000 orang setiap tahun dari 17 Institut Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) dan juga dari luar negara.

Transcript of PANDUAN LIBERALISASI LATIHAN PROVISIONALLY ...

Page 1: PANDUAN LIBERALISASI LATIHAN PROVISIONALLY ...

1

PANDUAN LIBERALISASI LATIHAN PROVISIONALLY REGISTERED

PHARMACIST (PRP) DI SEKTOR SWASTA KEPADA PEMILIK

PREMIS LATIHAN PRP (27 September 2013)

Pengenalan

1. Pada 14 September 2011, Jemaah Menteri telah bersetuju supaya

tempoh khidmat wajib bagi Pegawai Farmasi di Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM) dipendekkan dari tiga (3) tahun ke

satu (1) tahun bertujuan mengimbangi keperluan Ahli Farmasi

negara di sektor awam dan swasta.

2. Keputusan ini telah juga di umumkan oleh Y.B Menteri Kesihatan

Malaysia melalui kenyataan akhbar. Sehubungan itu, liberalisasi

latihan graduan farmasi di fasiliti farmasi swasta tempatan

dilaksanakan dengan tujuan yang berikut:

Memenuhi keperluan ahli farmasi di industri farmaseutikal

tempatan supaya dapat meningkatkan lagi pengilangan ubat-

ubatan generik tempatan yang mampu bersaing di pasaran

antarabangsa sebagaimana ditetapkan di bawah Bidang

Utama Ekonomi Negara (NKEA).

Menangani masalah kekurangan jawatan Pegawai Farmasi di

sektor awam dan kekurangan ahli farmasi di sektor swasta

Mengatasi masalah ketepuan kerana hanya bergantung

kepada fasiliti farmasi di hospital KKM bagi melatih graduan

farmasi. Kini bilangan graduan farmasi telah menjangkau lebih

1,000 orang setiap tahun dari 17 Institut Pengajian Tinggi

Tempatan (IPT) dan juga dari luar negara.

Page 2: PANDUAN LIBERALISASI LATIHAN PROVISIONALLY ...

2

3. Liberalisasi latihan graduan farmasi di fasiliti farmasi swasta

tempatan secara umumnya dikategorikan kepada dua (2) jenis

iaitu:

Patient Facing Setting:

Latihan dijalankan di Hospital Swasta, Farmasi Komuniti dan

Fakulti Farmasi, Institusi Pengajian Tinggi yang menjalankan

‘Research and Development’ (R&D)

Non-Patient Facing Setting:

Latihan dijalankan di Industri Farmaseutikal

4. Bagi Patient-Facing Setting, ianya akan termasuk tempoh 4-12

minggu latihan sangkutan di Jabatan Pesakit Luar di hospital

yang berdekatan.

Page 3: PANDUAN LIBERALISASI LATIHAN PROVISIONALLY ...

3

5. Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) amat menekankan kualiti latihan

yang dianjurkan supaya hanya latihan yang berkualiti disampaikan

kepada Pegawai Farmasi Provisional (PRP) sebagaimana

ketetapan LFM.

6. Berikut merupakan panduan kepada pemilik premis yang

berminat untuk memohon akreditasi premis masing-masing bagi

tujuan latihan PRP.

Langkah 1: Permohonan untuk Akreditasi Premis Latihan

Provisionally Registered Pharmacist (PRP) agar

diiktiraf sebagai Premis Latihan PRP

a) Jenis premis yang layak memohon untuk akreditasi premis

latihan PRP adalah:

i) farmasi komuniti

ii) hospital swasta

iii) industri farmaseutikal

iv) fakulti farmasi, institusi pengajian tinggi yang menjalankan

‘Research and Development’ (R&D)

b) Sesebuah premis latihan perlu memenuhi syarat yang berikut

sebelum boleh diberikan kelulusan pengiktirafan untuk

disenaraikan di dalam laman web Bahagian Perkhidmatan

Farmasi, KKM (www.pharmacy.gov.my) bagi pengambilan PRP

untuk tujuan latihan iaitu:

Syarat 1:

Pemohon/ premis perlu mengemukakan Borang Permohonan

Akreditasi Tempat Latihan PRP 2013 beserta dokumen

sokongan ke alamat yang berikut untuk mendapatkan

persetujuan dan kelulusan Mesyuarat Lembaga Farmasi

Malaysia (LFM):

Page 4: PANDUAN LIBERALISASI LATIHAN PROVISIONALLY ...

4

Setiausaha Lembaga Farmasi Malaysia Kementerian Kesihatan Malaysia Lot 36, Jalan Universiti 46350 PETALING JAYA (No.Faks: 03-7841 3658)

Setiap permohonan yang layak akan dibentang dalam

Mesyuarat LFM yang terdekat dan keputusan akan

dimaklumkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh mesyuarat

terbabit.

Borang Permohonan Akreditasi Tempat Latihan PRP

2013 boleh dimuat turun dari laman web Bahagian

Perkhidmatan Farmasi, KKM (www.pharmacy.gov.my)

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah:

(a) Salinan Sijil Pendaftaran Ahli Farmasi bagi setiap Ahli

Farmasi yang memohon untuk menjadi presptor

dengan pengalaman kerja tidak kurang dari empat

(4) tahun di bidang berkaitan

(b) Salinan Lesen A bagi setiap Ahli Farmasi untuk

tahun semasa

(c) Salinan lesen A [bagi tempoh empat (4) tahun]

ATAU surat lantikan/ pengesahan daripada majikan

(sebagai pembuktian pengalaman Ahli Farmasi/

preseptor adalah sekurang-kurangnya empat (4) tahun

di bidang berkaitan)

(d) Salinan terkini sijil akreditasi dari Malaysia Society for

Quality in Health (MSQH)

- bagi fasiliti Hospital Swasta

Page 5: PANDUAN LIBERALISASI LATIHAN PROVISIONALLY ...

5

(e) Salinan Sijil Amalan Pengilangan Baik (GMP) dari Biro

Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian

Kesihatan Malaysia

- bagi fasiliti Industri Farmaseutikal

(f) Salinan surat Pengiktirafan Penuh dari Lembaga

Farmasi Malaysia bagi program Ijazah Farmasi dan

salinan surat Akreditasi Penuh dari Agensi Kelayakan

Malaysia (MQA) bagi menjalankan program Sarjana

atau Doktor Falsafah

- bagi fasiliti Fakulti Farmasi, Institusi Pengajian

Tinggi yang menjalankan ‘Research And

Development’ (R&D)

Syarat 2:

Preseptor di premis berkenaan telah hadir sesi latihan

“Training of Trainers” (TOT) yang dianjurkan oleh Bahagian

Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (BPF,

KKM). Syarat preseptor yang telah ditetapkan oleh LFM adalah:

Hanya Ahli Farmasi yang berdaftar dengan LFM boleh

dilantik sebagai Master Preceptor (MP) dan Principal

Preceptor (PP)

MP dan PP perlu mempunyai pengalaman kerja

sekurang-kurangnya empat (4) tahun di komponen

berkaitan (farmasi komuniti/ industri farmaseutikal/

hospital/ R&D)

Wakil preseptor dari premis akan diminta menghadiri

bengkel TOT anjuran BPF, KKM. Pihak BPF, KKM akan

mengeluarkan surat pencalonan kepada premis terbabit.

Preseptor yang telah menghadiri TOT anjuran BPF, KKM

akan bertanggungjawab menjalankan echo-training untuk

preseptor lain di premis masing-masing (yang belum hadir

TOT anjuran BPF, KKM).

Page 6: PANDUAN LIBERALISASI LATIHAN PROVISIONALLY ...

6

c) Kelulusan akreditasi oleh LFM untuk sesebuah premis boleh

dibatalkan sekiranya tiada pengambilan PRP dibuat dalam

tempoh dua (2) tahun setelah kelulusan diberikan. Tarikh

kelulusan adalah merujuk kepada tarikh kelulusan Mesyuarat

Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) yang kebiasaannya bersidang

sebanyak dua (2) kali setahun. Sekiranya sesebuah premis telah

mendapat kelulusan Mesyuarat LFM serta telah memenuhi semua

syarat yang telah ditetapkan oleh LFM, premis akan disenaraikan

di dalam laman web BPF, KKM.

d) Premis perlu memiliki fasiliti asas bagi memenuhi latihan

mengikut jenis premis serta kriteria yang berikut:

FARMASI KOMUNITI SWASTA

a) Penilaian lawatan akreditasi mematuhi syarat “Community

Pharmacy Benchmarking Guideline 2011’ oleh BPF, KKM. Sila

rujuk laman web www.pharmacy.gov.my.

HOSPITAL SWASTA

a) Mendapat akreditasi dari Malaysia Society for Quality in Health

(MSQH).

b) Mempunyai perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar.

INDUSTRI FARMASEUTIKAL

a) Memiliki Sijil Amalan Pengilangan Baik (GMP) dari Biro

Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan

Malaysia.

Page 7: PANDUAN LIBERALISASI LATIHAN PROVISIONALLY ...

7

FAKULTI FARMASI, INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI YANG

MENJALANKAN ‘RESEARCH AND DEVELOPMENT’ (R&D)

a) Mendapat Pengiktirafan Penuh dari Lembaga Farmasi Malaysia

bagi program Ijazah Farmasi.

b) Mendapat Akreditasi Penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia

(MQA) bagi menjalankan program Sarjana atau Doktor Falsafah.

Langkah 2: Permohonan dari Premis untuk Sesi “Training of

Trainers” yang dianjurkan oleh Lembaga Farmasi

Malaysia

a) Wakil preseptor dari premis akan diminta menghadiri bengkel

“Training of Trainers” (TOT) anjuran BPF, KKM.

Pihak BPF, KKM akan mengeluarkan surat pencalonan

kepada premis terbabit

Pihak premis diminta memberikan maklum balas pencalonan

kepada LFM dengan mengemukakan senarai nama Ahli

Farmasi yang berminat untuk menghadiri sesi TOT

Ahli Farmasi yang berminat untuk hadir sesi TOT perlu

memenuhi syarat preseptor yang telah ditetapkan oleh LFM

iaitu:

Hanya premis yang mempunyai calon Master

Preceptor (MP) dan Principal Preceptor (PP) dengan

pengalaman kerja sekurang-kurangnya empat (4)

tahun di komponen terbabit (farmasi komuniti/ industri/

hospital/ R&D) dibenarkan untuk menghadiri sesi TOT

b) Ahli Farmasi yang telah hadir sesi TOT anjuran BPF, KKM telah

layak menjadi preseptor di premis masing-masing.

c) Preseptor yang telah hadir bengkel tersebut seterusnya

bertanggungjawab menjalankan echo-training untuk preseptor di

Page 8: PANDUAN LIBERALISASI LATIHAN PROVISIONALLY ...

8

premis masing-masing yang lain (yang belum hadir TOT anjuran

BPF, KKM):

Bagi preseptor yang menghadiri TOT secara echo-training (sesi

latihan yang dianjur sendiri oleh pihak pemohon/premis),

salinan jadual program latihan yang dihadiri (mengikut skop

buku log PRP, LFM) perlu dikemukakan kepada LFM

Ianya bertujuan menentukan samada sesi latihan yang dianjur

oleh pihak pemohon/premis memenuhi kriteria latihan LFM

demi memelihara kualiti latihan yang dianjurkan dan

memastikan preseptor memahami sepenuhnya asas dan

keperluan latihan yang akan disampaikan kepada PRP

Langkah 3: Temuduga dan Pelantikan PRP oleh Premis Latihan

a) Premis yang telah disenaraikan di dalam laman web BPF, KKM

(iaitu yang telah mendapat kelulusan Mesyuarat LFM dan Master

Preceptor dan Principal Preceptor premis berkenaan telah hadir

TOT) boleh menjalankan urusan temuduga (jika perlu) kepada

calon PRP yang berminat

Majikan hendaklah menetapkan sesi temuduga mengikut tarikh

yang sesuai.

Proses temuduga untuk pemilihan dan pengambilan PRP

adalah tertakluk kepada premis masing-masing

Walaubagaimanapun, premis hanya boleh menemuduga calon

yang telah berdaftar sebagai PRP.

Sijil Pendaftaran PRP yang dikeluarkan oleh LFM boleh

digunakan sebagai pembuktian bahawa seseorang calon telah

berdaftar dengan LFM atau sebaliknya.

b) LFM telah menetapkan agar semua premis yang terbabit dengan

latihan PRP mematuhi keperluan yang berikut:

Page 9: PANDUAN LIBERALISASI LATIHAN PROVISIONALLY ...

9

Menawarkan gaji asas minimum sebanyak RM 2,600.

Jumlah elaun : berdasarkan surat perjanjian dua pihak

Cuti tahunan : berdasarkan surat perjanjian dua pihak

Tempoh latihan PRP adalah selama satu (1) tahun diikuti

tempoh satu (1) tahun khidmat wajib di premis yang sama

Semua perkara berhubung pembayaran gaji, cuti dan kontrak

latihan PRP dinyatakan dengan jelas di dalam “Memorandum

of Agreement” (MoA) di antara pihak majikan dengan PRP.

PRP perlu di beri surat tawaran berkerja jika berjaya

Salinan surat melapor diri dan tawaran bekerja perlu dihantar

kepada Setiausaha Lembaga Farmasi Malaysia dalam tempoh

satu (1) bulan selepas PRP melapor diri di tempat bertugas

bagi tujuan kompilasi dan rekod PRP serta untuk urusan

Peperiksaan Perundangan Farmasi

Langkah 4: Permohonan Menandatangani “Memorandum of

Aggreement” (MoA) dengan Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM)

a) Bagi PRP yang menjalani latihan di hospital swasta / farmasi

komuniti / ‘Research And Development’ (R&D), LFM telah

menetapkan keperluan agar PRP yang berkenaan turut menjalani

latihan sangkutan di fasiliti KKM (Jabatan Pesakit Luar di

klinik kesihatan yang berdekatan) dalam tempoh 4-12 minggu

bagi memberi pendedahan klinikal kepada PRP terbabit .

Page 10: PANDUAN LIBERALISASI LATIHAN PROVISIONALLY ...

10

b) Jadual latihan PRP mengikut fasiliti latihan yang berkaitan adalah

seperti yang berikut:

Hospital Swasta

Modul Tempoh Latihan di

Hospital Swasta

(minggu)

Tempoh Latihan di Hospital/

Klinik Kesihatan yang

diwartakan (Jadual Kedua,

Akta Pendaftaran Ahli

Farmasi 1951)

(minggu)

1 Ward Pharmacy 4

2 Outpatient Services 16

3 Inpatient Pharmacy 16

4 Clinical Pharmacokinetics 2

5 Parenteral Nutrition 2

6 Oncology Pharmacy 2

7 Drug Info 4

8 Manufacturing 2

9 Inventory Control & Management 4

Jumlah 42 10

Farmasi Komuniti

MODUL

Tempoh Latihan

(minggu)

Management and Business Procedure 40-44

Store Management

Medication Error Reporting /ADR Reporting

Out-patient Pharmacy Services (Hospital/Health Clinic, Ministry of

Health)

8-12

JUMLAH 52

Page 11: PANDUAN LIBERALISASI LATIHAN PROVISIONALLY ...

11

R&D

a) Modul “Fundamental of Pharmacy Practice”

Kompetensi Tempoh

Latihan

(minggu)

Tempat Latihan

Out-patient Pharmacy Services

Out-patient pharmacy

management

Dispensing and counselling

4 Hospital (kerajaan / swasta) /klinik

kesihatan / farmasi komuniti

Clinical Pharmacy Services

In-patient pharmacy services

(include manufacturing and

prepacking)

Ward pharmacy practice

Drugs and poisons information

services

Parenteral nutrition/ IV additives,

clinical pharmacokinetics services &

oncology pharmacy services

8 Hospital (kerajaan / swasta)

R&D

b) Modul “Research and Development” (R&D)

Aktiviti Tempoh

Latihan

(minggu)

Tempat Latihan

Fasa 1

Introduction to research, project

selection, literature review and

proposal presentation

Conducting research project

Data analysis

30

Fakulti/ Pusat Pengajian Farmasi di

universiti tempatan / institusi

penyelidikan

Fasa 2

Manuscript writing

Research finding presentation and

submitting to the journal

10

Fakulti/ Pusat Pengajian Farmasi di

universiti tempatan / institusi

penyelidikan

Industri Farmaseutikal

MODUL

Tempoh Latihan (minggu)

Production Processes : The Manufacturing And Packaging Of

Pharmaceutical Products

22

Logistics, Warehousing And Distribution Of Pharmaceutical Products 4

Regulatory Affair : Registration Procedures, Post Registration Activities And

Related Licenses Of Pharmaceutical Products

4

Research & Development Of Pharmaceutical Products 8

Quality Assurance / Quality Control / Stability / Validation Of 12

Page 12: PANDUAN LIBERALISASI LATIHAN PROVISIONALLY ...

12

Pharmaceutical Products

Sales & Marketing Of Pharmaceutical Products 2

Jumlah 52

c) Bagi tujuan ini juga, premis latihan perlu mengatur secara rapi

jadual latihan PRP dan memaklumkan kepada LFM jadual latihan

PRP untuk sesi klinikal yang memerlukan latihan dibuat di KKM

supaya LFM dapat membuat persediaan dan perancangan awal

dalam menyediakan MoA di antara KKM dan premis latihan serta

memberi masa kepada pihak hospital yang terbabit membuat

persediaan dan penjadualan menerima PRP.

d) MoA di antara KKM dan premis latihan perlu dimeterai terlebih

dahulu sebelum PRP dibenarkan menjalani latihan di fasiliti KKM.

Langkah 5: Penempatan Latihan Provisionally Registered

Pharmacist (PRP) Di Sektor Swasta

Sila rujuk Panduan Panduan Liberalisasi Latihan

PRP Di Sektor Swasta Kepada Graduan Program

Ijazah Farmasi di laman web yang sama iaitu

www.pharmacy.gov.my

hunaina/panduan/liberalisasi/majikan 27sept2013