panduan pelaksanaan solat hajat perdana 2015.pdf

5
Disediakan oleh Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut PULAU PINANG JULAI 2015 PANDUAN PELAKSANAAN PERINGKAT DAERAH TIMUR LAUT TAHUN 1436H / 2015M

Transcript of panduan pelaksanaan solat hajat perdana 2015.pdf

Page 1: panduan pelaksanaan solat hajat perdana 2015.pdf

Disediakan oleh Unit Pendidikan Islam

Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut PULAU PINANG

JULAI 2015

PANDUAN PELAKSANAAN

PERINGKAT DAERAH TIMUR LAUT

TAHUN 1436H / 2015M

Page 2: panduan pelaksanaan solat hajat perdana 2015.pdf

2 Unit Pendidikan Islam, PPDTL

PANDUAN PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA

PERINGKAT DAERAH TIMUR LAUT Tahun 1436H/2015M

1. PENGENALAN Program Solat Hajat Perdana untuk calon-calon Peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan STPM adalah satu program yang dirancang untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya membantu para pelajar menghadapi peperiksaan sebenar dengan lebih tenang dan yakin. Penganjuran program seperti ini adalah sebagai salah satu usaha untuk membantu para pelajar dari segi kerohanian selain usaha yang berterusan dari guru- guru dan semua pihak.

2. MATLAMAT

Menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di sekolah agar dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti warga sekolah supaya cita-cita melahirkan generasi khaira ummah tercapai.

3. OBJEKTIF

3.1 Memberikan kesedaran betapa perlunya memohon kepada Allah selain usaha kita sendiri.

3.2 Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.

3.3 Membina budaya berdoa kepada Allah dan dapat menyelami kekuatan dan kelemahan diri.

3.4 Sebagai satu wadah menjelas dan membudayakan solat hajat sebagai pemangkin usaha dan kejayaan.

3.5 Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah islamiah antara warga sekolah.

4. SASARAN

4.1 Calon-calon Peperiksaan UPSR, PT3, SPM & STPM Tahun 2015 yang beragama Islam.

4.2 Barisan Pentadbir, guru-guru dan staf sokongan yang beragama Islam.

5. TEMPAT

Surau / Musolla / Dewan sekolah masing-masing

6. TARIKH

20 Ogos 2015 (Khamis)

Page 3: panduan pelaksanaan solat hajat perdana 2015.pdf

3 Unit Pendidikan Islam, PPDTL

7. MASA

1.00 petang – 1.45 petang

8. PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA

8.1 Aktiviti Utama a. Solat Zohor berjemaah b. Solat Hajat berjemaah

8.2 Aktiviti Elektif

a. Tazkirah 5 minit atau b. Motivasi Ringkas

8.3 Pelajar Bukan Islam a. Motivasi/Aktiviti yang sesuai untuk dilaksanakan

9. KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA

9.1 Semua Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah di Daerah Timur Laut diminta melaksanakan Program Solat Hajat Perdana Peringkat Daerah Timur Laut seperti ketetapan yang telah dinyatakan.

9.2 Program Solat Hajat Perdana Peringkat Daerah Timur Laut akan dilaksanakan SECARA SERENTAK pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

9.3 Semua sekolah disarankan melaksanakan aktiviti elektif program Solat Hajat Perdana mengikut kesesuaian dan kemampuan sekolah.

9.4 Pihak sekolah hendaklah memaklumkan kepada semua waris tentang program ini agar urusan pengangkutan pelajar dapat diatur lebih awal.

9.5 Program ini melibatkan semua guru Islam di sekolah masing-masing.

10. JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA

10.1 Jawatankuasa Induk 10.1.1 Pengerusi : Pengetua/Guru Besar 10.1.2 Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran 10.1.3 Naib Pengerusi I : Penolong Kanan HEM 10.1.4 Naib Pengerusi II : Penolong Kanan Ko-Kurikulum 10.1.5 Setiausaha : Ketua Panitia Pendidikan Islam 10.1.6 Penolong Setiausaha : Guru Bimbingan & Kaunseling/Kaunselor

10.2 Ahli Jawatankuasa (boleh diubah suai mengikut keperluan)

10.2.1 JK Urusetia (Imam Solat Zohor/Solat Hajat) 10.2.2 JK Tazkirah / Motivasi 10.2.3 JK Rakaman & Dokumentasi 10.2.4 JK Pengacaraan dan Bacaan Doa 10.2.5 JK Persiapan Tempat 10.2.6 JK Keselamatan dan Disiplin 10.2.7 JK Seranta dan Siaraya 10.2.8 JK Tugas-Tugas Khas

Page 4: panduan pelaksanaan solat hajat perdana 2015.pdf

4 Unit Pendidikan Islam, PPDTL

11. PENILAIAN

Dokumentasi dan laporan lengkap pelaksanaan program hendaklah disediakan dalam bentuk “softcopy “ ke email dan “hardcopy” dihantar ke: Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut No. 25, Jalan Sultan Ahmad Shah, 10050 Georgetown, Pulau Pinang (u.p : Ustaz Sharil Azrul bin Mohd Sohaimi) Emel: [email protected] Tel. : 04-210 9400/019-270 9571 Faks: 04-210 9401 (Sila rujuk kepada Lampiran 1)

12. PERKARA YANG DIPOHON

Bahagian ini memohon semua Pengetua/Guru Besar dan warga sekolah Daerah Timur Laut mengambil maklum dan bekerjasama untuk melaksanakan dan menjayakan Program Solat Hajat Perdana Peringkat Daerah Timur Laut Tahun 1436H/2015M.

Disediakan oleh: Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut Pulau Pinang

Page 5: panduan pelaksanaan solat hajat perdana 2015.pdf

5 Unit Pendidikan Islam, PPDTL

Lampiran 1

Laporan Program Solat Hajat Perdana

Peringkat Daerah Timur Laut Tahun 1436H/2015M

Nama Sekolah : …………………………………………………… Alamat Sekolah : …………………………………………………… No. Telefon : …………………………………………………… E-mail Sekolah : …………………………………………………..

Bil Aktiviti Tarikh

Pelaksanaan Kumpulan Sasaran

Jumlah Terlibat

Gambar Aktiviti (1 atau 2 gambar sahaja) Tandatangan Pengetua/Guru Besar Cap Sekolah …………………………………… ( )

Tarikh : ……………………………….. Nota : Tarikh akhir pelaporan adalah sebelum atau pada 4 September 2015.