Panduan Pengujian Kelajuan Cpe Zoom 1bn

download Panduan Pengujian Kelajuan Cpe Zoom 1bn

of 4

Transcript of Panduan Pengujian Kelajuan Cpe Zoom 1bn

  • 1-A

    LAMPIRAN A PANDUAN PENGUJIAN KELAJUAN ZOOM 1BESTARINET

    SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR

    1. Keperluan Alatan a. Komputer Peribadi / Komputer Riba b. Kabel RJ45 (network cable / ethernet cable)

    2. Langkah Awal

    a. Sebaiknya pilih masa bilangan pengguna paling minima menggunakan CPE-ZOOM 1BESTARINET.

    b. Sambungkan satu RJ45 ke port CPE Zoom.

    c. Sediakan komputer riba / PC dan sambungkan RJ45 ke port yang berkaitan.

    d. Pastikan CPE Zoom dihidupkan dan hidupkan juga PC / Komputer riba anda.

    e. Pastikan sambungan internet berjaya dibuat. Jika tiada sambungan, sila hubungi HELPDESK YTL Communications sebelum meneruskan ujian ini ditalian 018-7798787.

    3. Buka Pelayar Web (Web Browser) dan layari :

    http://www.yes.my/v3/speed-test.do ATAU http://www.speedtest.net/

    Nota: JANGAN layari laman web lain semasa proses ini dilakukan!

  • 2-A

    a. Lihat paparan berikut:

    b. Klik Begin Test dan tunggu keputusannya.

    c. Paparan berikut menunjukkan keputusan kelajuan CPE-Zoom anda.

    d. Tekan butang PrintScreen (PrtSC) pada keyboard anda.

  • 3-A

    4. Buka dokumen SBB Speedtest.doc yang dibekalkan bersama panduan ini.

    a. Lengkapkan ruang asas dan keputusan UJIAN 1.

    b. Pergi ke mukasurat 2 (Lampiran 1BN-ST) dokumen tersebut.

    c. Paste ke ruang ALATAN 1. Crop dan tinggalkan grafik yang diperlukan sahaja.

    Screenshot UJIAN 1

  • 4-A

    d. Ulangi Ujian di Laman Speedtest (langkah 3) untuk CPE-ZOOM lain dan catat serta buat Printscreen untuk ALATAN 2. (Gunakan Butang Restart Speed Test rujuk perkara 3C)

    e. Paste dan Crop ke ruangan ALATAN 2 di Lampiran 1BN-ST.

    Screenshot UJIAN 2

    f. Ulangi sekali lagi untuk CPE-Zoom ke tiga.

    5. Lengkapkan keseluruhan dokumen 1BN Speedtest.doc dan simpan dalam format berikut:

    1BN Speedtest Nama sekolah.doc

    6. Cetak, tandatangan, cap dan simpan di dalam Fail Pengurusan 1BestariNet sekolah masing-masing sebagai bukti.

    7. Lawati http://kulaijaya.edu.my/forms/view.php?id=4 dengan katalaluan zoom dan lengkapkan borang online tersebut pada hari pertama setiap bulan.