PANDUAN PENULISAN ILMIAH JABATAN SEJARAH FAKULTI …Format yang digariskan di bawah adalah...

31
1 PANDUAN PENULISAN ILMIAH JABATAN SEJARAH FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYA PENGENALAN Format yang digariskan di bawah adalah berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak Institut Pengajian Termaju, Universiti Malaya namun disesuaikan mengikut keperluan penulisan Jabatan Sejarah. Pelajar Ijazah Dasar Jabatan Sejarah yang sedang menyediakan Projek Ilmiah juga mesti mematuhi garis panduan ini sebagai latihan penulisan ilmiah yang baik dan memastikan pelajar menulis mengikut prosedur penulisan ilmiah yang betul. Hakikatnya wujud pelbagai format dalam menyediakan sebuah penulisan ilmiah. Namun, untuk tujuan keseragaman bagi penulisan- penulisan Ilmiah dari Jabatan Sejarah dan juga mengelakkan kekeliruan dalam kalangan para pelajar dan pensyarah, panduan ini boleh digunapakai untuk menyediakan Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah masing- masing.

Transcript of PANDUAN PENULISAN ILMIAH JABATAN SEJARAH FAKULTI …Format yang digariskan di bawah adalah...

Page 1: PANDUAN PENULISAN ILMIAH JABATAN SEJARAH FAKULTI …Format yang digariskan di bawah adalah berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak Institut Pengajian Termaju, Universiti

1

PANDUAN PENULISAN ILMIAH

JABATAN SEJARAH

FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL

UNIVERSITI MALAYA

PENGENALAN

Format yang digariskan di bawah adalah berdasarkan garis panduan yang

disediakan oleh pihak Institut Pengajian Termaju, Universiti Malaya

namun disesuaikan mengikut keperluan penulisan Jabatan Sejarah.

Pelajar Ijazah Dasar Jabatan Sejarah yang sedang menyediakan Projek

Ilmiah juga mesti mematuhi garis panduan ini sebagai latihan penulisan

ilmiah yang baik dan memastikan pelajar menulis mengikut prosedur

penulisan ilmiah yang betul.

Hakikatnya wujud pelbagai format dalam menyediakan sebuah

penulisan ilmiah. Namun, untuk tujuan keseragaman bagi penulisan-

penulisan Ilmiah dari Jabatan Sejarah dan juga mengelakkan kekeliruan

dalam kalangan para pelajar dan pensyarah, panduan ini boleh

digunapakai untuk menyediakan Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah masing-

masing.

Page 2: PANDUAN PENULISAN ILMIAH JABATAN SEJARAH FAKULTI …Format yang digariskan di bawah adalah berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak Institut Pengajian Termaju, Universiti

2

PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN (PROPOSAL)

Setelah pelajar jelas dengan tajuk yang dipilih, setiap pelajar perlu

menyediakan ‘Kertas Cadangan Penyelidikan’ (Proposal). Apabila

semua draf bab penulisan Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah selesai kelak,

Kertas Cadangan Penyelidikan ini (atau sebahagian di dalam) perlu

dimurnikan berdasarkan kajian yang telah dijalankan dan menjadi bab

satu ‘Pendahuluan’ bagi Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah masing-masing.

Bagi tujuan keseragaman seluruh penulisan Tesis/Disertasi/Projek

Ilmiah Jabatan Sejarah, penyediaan proposal perlu mengikut format di

bawah:

1. Bidang Kajian (bagi Tesis dan Disertasi sahaja)

2. Tajuk Kajian

Pernyataan yang menggambarkan kajian.

3. Latar Belakang Kajian

Memberi gambaran secara umum tentang tajuk kajian yang dipilih.

4. Persoalan Kajian

Persoalan kajian perlu dimulakan dengan isu utama yang berbangkit

atau permasalahan yang hendak diselesaikan dan diikuti dengan satu

atau beberapa persoalan yang berkaitan dengan kajian.

5. Objektif Kajian

Objektif kajian ialah perkara-perkara yang hendak dicapai dalam

kajian bagi membolehkan Persoalan Kajian dijawab.

6. Skop Kajian

Skop kajian merupakan lingkungan kajian. Lingkungan ini

melibatkan tempoh masa, tema dan lokasi yang dipilih. Justifikasi

terhadap skop kajian ini perlu diajukan dengan jelas.

7. Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ialah kedudukan kajian yang dilakukan dalam

bidang dan penulisan sejarah sedia ada.

Page 3: PANDUAN PENULISAN ILMIAH JABATAN SEJARAH FAKULTI …Format yang digariskan di bawah adalah berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak Institut Pengajian Termaju, Universiti

3

8. Ulasan Literatur

Ulasan literatur merupakan ulasan terhadap kajian-kajian lepas yang

relevan dengan tajuk yang dipilih. Misalnya buku, bab buku, artikel

jurnal dan tesis. Laporan/kertas kerja/ prosiding persidangan atau

sumber primer tidak boleh digunakan untuk membuat ulasan

literatur. Untuk peringkat pascasiswazah, latihan ilmiah tidak perlu

dibuat ulasan literatur tetapi hanya disenaraikan sahaja (kecuali

tiada langsung sumber lain berkaitan kajian untuk dijadikan ulasan

literatur )

9. Kaedah Penyelidikan dan Sumber

Kaedah penyelidikan adalah pendekatan yang digunakan dalam

penyelidikan sejarah sama ada kaedah kualitatif atau kuantitatif atau

kedua-duanya. Sumber terdiri daripada dua kategori iaitu sumber

primer dan sumber sekunder. Pelajar perlu menjelaskan kaedah dan

sumber-sumber yang digunakan dalam kajiannya.

10. Pembahagian Bab

Pembahagian bab ialah struktur kajian yang dipersembahkan dalam

Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah.

11. Bibliografi

Keseluruhan senarai sumber yang dirujuk.

12. Cadangan jadual kerja (bagi Tesis dan Disertasi sahaja)

Cadangan jadual kerja perlu dilampir bersama bagi menunjukkan

gerak kerja yang akan dilaksanakan sepanjang pengajian.

Page 4: PANDUAN PENULISAN ILMIAH JABATAN SEJARAH FAKULTI …Format yang digariskan di bawah adalah berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak Institut Pengajian Termaju, Universiti

4

PANDUAN PENYEDIAAN TESIS/DISERTASI/PROJEK ILMIAH

Semua pelajar diharap mematuhi panduan ini bagi tujuan keseragaman

Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah yang dihasilkan di Jabatan Sejarah,

Universiti Malaya. Pelajar dinasihatkan berbincang dengan penyelia

masing-masing mengenai panduan penyediaan tesis/disertasi/latihan

ilmiah.

Penulisan Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah

1. Tajuk

- Bagi Tesis dan Disertasi, tajuk hendaklah seperti yang

diluluskan oleh Fakulti atau Senat.

- Bagi Projek Ilmiah, tajuk hendaklah seperti yang telah

dipersetujui dengan penyelia masing-masing.

2. Jumlah perkataan bagi penulisan ilmiah,

Tesis (PhD) – Tidak melebihi 100,000 patah perkataan.

(min=60,000)

Disertasi (MA) – Tidak melebihi 60,000 patah

perkataan.(min=40,000)

Disertasi (Mod campuran - MA) – Tidak melebihi 40,000 patah

perkataan. (min 30,000)

Projek Ilmiah (BA) – Di antara 15 ribu hingga 20 ribu patah

perkataan. (min. 10,000)

*Jumlah patah perkataan ini tidak termasuk nota kaki,

bibliografi, jadual, rajah dan lampiran.

3. Abstrak

- Bagi Tesis/Disertasi, pelajar perlu menyediakan abstrak

dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, tidak melebihi

500 patah perkataan setiap satu. Abstrak hendaklah ditulis

secara langkau sebaris (single spacing) dalam satu (1)

perenggan tanpa keywords dan tajuk tesis.

Page 5: PANDUAN PENULISAN ILMIAH JABATAN SEJARAH FAKULTI …Format yang digariskan di bawah adalah berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak Institut Pengajian Termaju, Universiti

5

- Bagi Projek Ilmiah, pelajar perlu menyediakan abstrak

dalam Bahasa Malaysia sahaja tidak melebihi 500 patah

perkataan. Abstrak hendaklah ditulis secara langkau sebaris

(single spacing) dalam satu (1) perenggan tanpa keywords dan

tajuk tesis.

-Abstrak mengandungi perkara utama kajian, persoalan /isu

yang ingin diketengahkan, objektif kajian, metodologi,

dapatan kajian dan sumbangan kajian

4. Format penulisan

- Menggunakan kertas bersaiz A4 yang berkualiti (80 gram).

- Teks ditaip dalam langkau 2 (double spacing) dan langkau 1

(single spacing) bagi nota kaki, jadual dan rajah.

- Jenis huruf (font) tulisan; Times New Roman, bersaiz 12,

manakala font bersaiz 10 bagi nota kaki.

- Tajuk besar dan tajuk kecil boleh dibezakan dengan

penggunaan saiz font tertentu, penggunaan cetak tebal (bold),

juga penggunaan huruf besar (uppercase) dan kecil

(lowercase).

- Jangan gunakan nombor untuk mengasingkan sub-tajuk.

(contoh: 1.0, 1.1, 1.1.1 dan lain-lain).

- Setiap perenggan baru tidak perlu langkauan.

5. Format memasukkan petikan langsung.

(Lihat contoh memasukkan petikan di dalam Lampiran 2)

- Petikan langsung yang kurang daripada 3 baris (sekitar

kurang daripada 30 patah perkataan) tidak perlu dipisahkan

dari teks namun perlu diletakkan tanda pembuka dan penutup

kata. Contoh “...........................................”

- Bagi Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah yang ditulis dalam Bahasa

Malaysia, jika petikan yang kurang daripada 3 baris itu

berbahasa Inggeris, petikan tersebut perlu diitalickan tetapi

tidak perlu diitalickan untuk yang berbahasa Malaysia.

Demikian juga sebaliknya. Petikan mestilah mempunyai

rujukan di nota kaki.

Page 6: PANDUAN PENULISAN ILMIAH JABATAN SEJARAH FAKULTI …Format yang digariskan di bawah adalah berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak Institut Pengajian Termaju, Universiti

6

- Petikan langsung lebih daripada 3 baris (sekitar lebih

daripada 30 patah perkataan) hendaklah ditaip secara indent.

• Font yang digunakan sama saiz dengan teks iaitu 12.

• Ditaip ke dalam sedikit (1 tab dari teks) di sebelah kiri

dan kanan.

• Ditaip langkau 1 (single spacing).

• Tidak perlu italic. (Bagi bahasa Malaysia dan bahasa

Inggeris)

• Tidak perlu tanda pembuka dan penutup kata.

• Bagi petikan langsung yang diambil dari pertengahan

ayat, perlu diletakkan tanda ... (3 titik)

• Petikan mestilah mempunyai rujukan di nota kaki.

- Sekiranya calon mengambil data, maklumat atau fakta dari

mana-mana sumber tetapi dimuatkan ke dalam penulisan

dalam bentuk ayat sendiri atau diolah sendiri, sumber tersebut

tetap perlu dinyatakan di nota kaki.

6. Format birai (margin)

(Lihat panduan birai (margin) di dalam Lampiran 3)

- Atas: 2.0 cm

- Bawah: 2.0 cm

- Kanan: 2.0 cm

- Kiri: 4.0 cm

Pastikan, Jadual/Rajah/Ilustrasi/Peta/Gambar juga termasuk dalam

birai ini.

7. Penomboran halaman

- Font bersaiz 10.

- Letakkan nombor halaman di kedudukan 1 cm bahagian

kanan bawah halaman.

- Halaman pertama (1) bermula di Bab 1:Pendahuluan.

- Pernomboran sebelum halaman 1, menggunakan nombor

roman (contoh: i, ii, iii) – iaitu di bahagian awal seperti

Abstrak, Penghargaan, Senarai Kandungan, Senarai Jadual,

Senarai Kependekan dan lain-lain yang seumpama

dengannya.

Page 7: PANDUAN PENULISAN ILMIAH JABATAN SEJARAH FAKULTI …Format yang digariskan di bawah adalah berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak Institut Pengajian Termaju, Universiti

7

- Halaman Tajuk (Title Page) pada muka hadapan

Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah dianggap telah bermula halaman

‘i’ tetapi tidak dicetak nombornya pada helaian tersebut.

Halaman berikutnya terus dicetak dengan nombor ‘ii’.

8. Tanda-tanda bacaan dalam penulisan.

- Menjarakkan perkataan berikutnya 1 bar (1 space bar) selepas

tanda-tanda baca berikut;

. , : ; ) ’ ” ?

Contoh: Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm. 2.

- Merapatkan perkataan berikutnya selepas tanda-tanda berikut;

/ ( ‘ “

Contoh: Masyarakat asing/luar (bukan warganegara) di

Malaysia.

- Bagi tanda-tanda bacaan ; : , / dirapatkan dengan

perkataan sebelumnya.

Persembahan

1. Format meletakkan Jadual/Rajah/Ilustrasi/Peta/Gambar

- Setiap Jadual/Rajah/Ilustrasi/Peta/Gambar dan yang lain (jika

ada) seumpama dengannya perlu dinomborkan secara

berasingan mengikut turutan bab.

(Contoh Bab 1; Bermula dengan Jadual 1.1, diikuti Jadual 1.2,

Jadual 1.3 dan seterusnya. Bab 2; Jadual 2.1, diikuti jadual

2.2, Jadual 2.3 dan seterusnya)

- Setiap Jadual/Rajah/Ilustrasi/Peta/Gambar dan yang lain

seumpama dengannya mesti mempunyai tajuk selepas

pernomboran di bahagian atas dan catatan sumber di bahagian

bawah.

- Sekiranya Jadual atau Rajah memerlukan lebih daripada satu

halaman, di halaman kedua dan berikutnya perlu ditulis

sambungan. (Contoh; Sambungan Jadual 2.1)

Page 8: PANDUAN PENULISAN ILMIAH JABATAN SEJARAH FAKULTI …Format yang digariskan di bawah adalah berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak Institut Pengajian Termaju, Universiti

8

(Lihat contoh penomboran, peletakan tajuk dan sumber bagi

Jadual/Rajah/Ilustrasi/Peta/Gambar dan yang lain seumpama

dengannya di Lampiran 4)

2. Susun atur halaman bagi perkara-perkara yang terkandung di

dalam penulisan Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah.

Untuk tujuan keseragaman, perkara-perkara berikut perlu disusun

mengikut turutan di bawah,

- Halaman tajuk

- Borang Perakuan dan pengesahan penyelia (Projek Ilmiah)

ATAU Borang Perakuan Pengesahan Keaslian

(Tesis/Disertasi)

- Abstrak

- Abstract (Tesis dan Disertasi sahaja)

- Penghargaan

- Isi Kandungan

- Senarai Jadual, Senarai Gambar, Senarai Peta, Senarai Rajah,

Senarai Lampiran (jika ada)

- Senarai Kependekan

- Bab 1: Pendahuluan (mengandungi, Pengenalan, Persoalan

Kajian, Objektif Kajian, Skop Kajian, Kepentingan Kajian,

Ulasan Literatur, Kaedah Penyelidikan dan Pembahagian Bab.

- Bab 2 dan Bab-bab Seterusnya Kesimpulan (ditulis sebagai

Bab. Contoh Bab 7: Kesimpulan)

- Bibliografi

- Lampiran

Nota:

-Pelajar tidak dibenarkan meletakkan halaman pembahagian

bab (page breaker) bagi memisahkan setiap bab.

- Tiada numbering bagi semua sub bab. Contoh 1.1: Latar

belakang….

- Size font pada setiap tajuk bab atau sub-bab ialah 12.

3. Format meletakkan Lampiran.

- Lampiran perlu dinomborkan secara berturutan.

Page 9: PANDUAN PENULISAN ILMIAH JABATAN SEJARAH FAKULTI …Format yang digariskan di bawah adalah berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak Institut Pengajian Termaju, Universiti

9

- Setiap Lampiran mesti mempunyai tajuk selepas pernomboran

di bahagian atas dan catatan sumber di bahagian bawah.

- Lampiran diletakkan selepas Bibliografi.

(Lihat contoh peletakan lampiran di Lampiran 5)

Nota Kaki dan Bibliografi

1. Penulisan nota kaki dan bibliografi.

- Rujukan dan sebarang maklumat tambahan, hendaklah ditulis

dalam bentuk nota kaki sahaja. Nota hujung tidak dibenarkan.

- Nombor penunjuk nota kaki hendaklah bermula dengan 1 di

setiap bab. Oleh itu, maklumat setiap sumber (walaupun

diulang guna) perlu ditaip sepenuhnya bermula di setiap bab.

- Menggunakan singkatan hlm. untuk halaman.

- Format menulis nota kaki dan bibliografi boleh dirujuk di

Lampiran 1.

2. Susunan dan Kandungan Bibiliografi

Untuk tujuan keseragaman, Bibilografi perlu disusun mengikut

turutan berikut.

i. Sumber Primer

- Tidak diterbitkan

- Diterbitkan

ii. Sumber Sekunder

- Buku

- Makalah/Bab dalam buku

- Akhbar

- Kertas Persidangan

- Tesis/Latihan Ilmiah/Disertasi/Projek Ilmiah

iii. Wawancara – Biodata ringkas responden, tarikh dan lokasi

wawancara dilakukan perlu dimuatkan.

iv. Laman Sesawang (memasukkan alamatnya dan tarikh

dilayari)

Page 10: PANDUAN PENULISAN ILMIAH JABATAN SEJARAH FAKULTI …Format yang digariskan di bawah adalah berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak Institut Pengajian Termaju, Universiti

10

Nota: Bibliografi disusun mengikut abjad pada bahagian masing-

masing dan tidak diberi pernomboran. Ditaip dalam langkau 1

(single spacing)

Penjilidan dan Penyerahan Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah

1. Format penulisan bagi kulit Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah dan

halaman hadapan.

(Lihat Lampiran 6)

2. Format penjilidan

- Projek Ilmiah mesti dijilid dengan kulit keras (hard cover)

berwarna hijau tua.

- Tesis/Disertasi pula dijilid dengan kulit lembut (soft cover)

(bagi tujuan semakan) berwarna merah “rexine”.

- Huruf pada kulit berwarna emas.

3. Penyerahan Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah untuk pemeriksaan.

- Pelajar perlu mendapat pengesahan (tandatangan) daripada

penyelia masing-masing terlebih dahulu sebelum mengajukan

Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah mereka.

• Untuk Projek Ilmiah, Borang Perakuan dan Pengesahan

Penyelia disediakan di jabatan dan perlu ditandatangani

oleh calon dan penyelia dan diletakkan sebelum Abstrak.

• Untuk Tesis/Disertasi Borang Perakuan Keaslian

Penulisan boleh dimuat turun dari laman web

http://ips.um.edu.my dan perlu ditandatangani oleh calon

dan saksinya serta diletakkan sebelum Abstrak. Calon

perlu menggunakan perakuan keaslian penulisan sama ada

dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris

- Pelajar perlu menghantar;

• 2 salinan Projek Ilmiah ke Jabatan pada tarikh yang

ditetapkan.

• 5 salinan Tesis/Disertasi ke Pejabat Dekan.

Page 11: PANDUAN PENULISAN ILMIAH JABATAN SEJARAH FAKULTI …Format yang digariskan di bawah adalah berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak Institut Pengajian Termaju, Universiti

11

• 1 salinan elektronik (softcopy) Tesis/Disertasi yang

disimpan di dalam CD berformat PDF.

- Projek Ilmiah tidak akan diterima sekiranya dihantar lewat

dari tarikh yang ditetapkan dan pelajar dianggap gagal.

4. Penyerahan salinan akhir setelah disemak dan dilakukan

pembaikan sebagaimana yang diminta jika ada. (Tesis dan

Disertasi sahaja)

- 2 salinan Tesis/Disertasi yang dijilid dengan kulit tebal/keras

berwarna merah “rexine”.

- 1 salinan elektronik (softcopy) Tesis/Disertasi yang disimpan

di dalam CD berformat PDF.

5. Format salinan eletronik (Tesis dan Disertasi sahaja)

- Salinan elektronik (softcopy PDF) dalam bentuk CD/Pendrive

yang diserahkan harus mengandungi Tesis/Disertasi dalam

format msword (doc) atau txt.

- Pada kulit sampul CD perlu dicetakkan maklumat berikut

(dengan font Calibri bersaiz 11);

i. Nama

ii. No. Matrik

iii. Tajuk Tesis/Disertasi

iv. Fakulti

v. Tahun

(Lihat Lampiran 7)

Page 12: PANDUAN PENULISAN ILMIAH JABATAN SEJARAH FAKULTI …Format yang digariskan di bawah adalah berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak Institut Pengajian Termaju, Universiti

12

PERINGATAN

Bagi tujuan keseragaman, penyediaan Kertas Cadangan dan penulisan

Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah, pelajar perlu memberi perhatian kepada

perkara berikut:

1. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan sebarang kata ganti nama

diri sendiri (seperti saya, penulis, pengkaji, penyelidik) semasa

pembentukan ayat di dalam Kertas Cadangan dan Penulisan Ilmiah

masing-masing.

2. Pelajar dinasihati mempelbagaikan jenis sumber untuk Ulasan

Literatur seperti buku, artikel jurnal, bab dalam buku dan

Tesis/Disertasi/Latihan Ilmiah/Projek Ilmiah tahun-tahun

sebelumnya. Sebaiknya ulasan disusun mengikut kategori yang

berkaitan dengan tajuk tesis.

3. Pelajar dilarang memplagiat sebarang penulisan. Pelajar yang

melanggar peraturan ini boleh digantung pengijazahannya.

4. Pelajar diingatkan supaya membuat pertemuan berkala (sekurang-

kurangnya sekali dalam sebulan) dengan penyelia masing-masing

dan memastikan mengisi juga menandatangani borang pertemuan.

5. Pelajar tidak dibenarkan mengaju Tesis/Disertasi/Projek Ilmiahnya

untuk pemeriksaan tanpa pengesahan daripada penyelia masing-

masing.

6. Pelajar Pascasiswazah yang menyediakan Tesis atau Disertasi perlu

sentiasa mengambil perhatian syarat-syarat lain yang ditetapkan

oleh universiti dalam pencalonan masing-masing. Misalnya

keperluan Candidature Defence, Pembentangan Proposal dan lain-

lain syarat yang dikenakan.

Page 13: PANDUAN PENULISAN ILMIAH JABATAN SEJARAH FAKULTI …Format yang digariskan di bawah adalah berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak Institut Pengajian Termaju, Universiti

13

Lampiran 1

Format Menulis Nota Kaki dan Bibliografi

Garis panduan menulis Nota Kaki dan Bibliografi bagi penulisan

Projek Ilmiah, Tesis/Disertasi M.A., Tesis Ph.D dan Esei

Jabatan Sejarah, Universiti Malaya

NOTA KAKI

Nota kaki asasnya bertujuan memberi maklumat tentang bahan (buku,

artikel, dokumen dan lain-lain) yang dirujuk oleh penyelidik. Pengunaan

nota kaki dalam penulisan ilmiah adalah penting untuk mengukuhkan

naratif, memberi penerangan mengenai sumber rujukan dan mengelakkan

tuduhan plagiat atau plagiarism. Maklumat setiap sumber yang dirujuk

(primer dan sekunder) oleh penulis harus dinyatakan dalam nota kaki

sebagai satu prinsip asas penulisan berbentuk ilmiah.

1. Buku

- Pada kali yang pertama (di setiap bab), maklumat yang lengkap

harus di beri dalam nota kaki mengikut susunan berikut.

Nama penulis

Tajuk buku (italic)

Tempat buku diterbitkan

Penerbit

Tahun buku diterbitkan

Halaman yang dirujuk

Contoh:

Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, Kuala

Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2003, hlm. 10-12.

G. P. Means, Malaysian Politics, London: Hodder and Stoughton, 1976,

hlm. 24.

Page 14: PANDUAN PENULISAN ILMIAH JABATAN SEJARAH FAKULTI …Format yang digariskan di bawah adalah berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak Institut Pengajian Termaju, Universiti

14

- Apabila disebut kali yang kedua dan berikutnya, hanya

maklumat ringkas perlu diberi:

Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung, hlm. 14.

G. P. Means, Malaysian Politics, hlm. 20-24.

- Jika penulis dan halaman yang sama dirujuk berturut-turut,

nota kaki harus ditulis seperti berikut:

Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung, hlm. 14.

Ibid. (bermaksud sumber rujukan yang sama, iaitu Ramlah Adam,

Kemelut Politik Semenanjung)

Ibid., hlm. 20-22. (jika halaman berbeza)

2. Artikel Jurnal

- Nota kaki boleh ditulis seperti berikut:

Khoo Kay Kim, “Nasionalisme di Malaysia”, Malaysia Dari Segi

Sejarah, Jil. 3, No. 2, Jun 2004, hlm. 20-22.

Richard S. Grayson, “Imperialism in Conservative Defence and Foreign

Policy”, Journal of Imperial and Commonwealth History, Jil. 34, No. 4,

Dis. 2006, hlm. 505-527.

3. Buku yang disunting/diedit

- Nota kaki boleh ditulis seperti berikut:

Mohammad Redzuan Othman dan Danny Wong Tze Ken (editor),

Sejarah Pembinaan Negara Bangsa, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti

Malaya, 2006, hlm. 10.

Page 15: PANDUAN PENULISAN ILMIAH JABATAN SEJARAH FAKULTI …Format yang digariskan di bawah adalah berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak Institut Pengajian Termaju, Universiti

15

Bila disebut kali yang kedua nota kaki boleh diringkaskan seperti berikut:

Mohammad Redzuan Othman dan Danny Wong Tze Ken (editor),

Sejarah Pembinaan Negara Bangsa, hlm. 10.

- Bagi buku yang disunting oleh beberapa editor, biasanya lebih

dari dua orang penulis, ditulis seperti berikut:

Danny Wong Tze Ken, et al., Sejarah: Sumber dan Pendekatan, Kuala

Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2006, hlm. 15-20.

4. Bab dalam buku

- Nota kaki boleh ditulis seperti berikut:

Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, “Sejarah Sosial Bandar Kuala Lumpur,

1890-1914”, dalam Mohammad Redzuan Othman dan Danny Wong Tze

Ken (editor), Sejarah Pembinaan Negara Bangsa, Kuala Lumpur:

Penerbit Universiti Malaya, 2006, hlm. 10-25.

Hong Lysa, “Ideology and Oral History Institutions in Southeast Asia”,

dalam Patricia Lim Pui Huen, Oral History in Southeast Asia, Singapore:

Institute of Southeast Asia, 1998, hlm. 20-25.

5. Rekod Kolonial British

- Nota kaki boleh ditulis seperti berikut:

Contoh untuk surat/telegram,

Sir Donald MacGillivray kepada Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan, 1

Feb. 1956, CO 537/211 (35).

[Iaitu, nama penulis surat/telegram dan penerima, tarikh surat dan

nombor fail berkenaan – CO 537 merujuk kepada nombor siri fail, 211

merujuk kepada fail tertentu; dan (35) adalah surat spesifik yang terdapat

dalam fail berkenaan.]

Page 16: PANDUAN PENULISAN ILMIAH JABATAN SEJARAH FAKULTI …Format yang digariskan di bawah adalah berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak Institut Pengajian Termaju, Universiti

16

Contoh lain,

Setiausaha Kolonial Negeri-negeri Selat kepada Residen Selangor, 20

Jan. 1875, SSF 3/75.

Surat Residen Singapura, J. Prince kepada Gabenor John Anderson, 7

Nov. 1827, SSR A39.

Contoh untuk Laporan,

Ucapan Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan, Oliver Lyttelton, 1 Ogos

1955, di Majlis Mesyuarat Persekutuan, CO 1022/210 (11).

Laporan Suruhanjaya Perlembagaan Bebas, Kuala Lumpur: Pencetak

Kerajaan, 1957, hlm. 30-40.

Minit Majlis Mesyuarat Negeri Selangor, 31 Dis. 1877.

6. Surat Persendirian

- Nota kaki boleh ditulis seperti berikut:

Tan Cheng Lock kepada Tunku Abdul Rahman, 1 Julai 1955, Surat

Persendirian Tan Cheng Lock, SP 13/1/21.

Koleksi Surat-surat Baginda Omar Terengganu, Terlampir, Surat Residen

Konsular Singapura kepada Baginda Omar, 1858, SP 6/51.

7. Surat Khabar

- Nota kaki boleh ditulis seperti berikut:

New Straits Times, 27 August 1961

Utusan Malaysia, 2 Jan. 2004.

Page 17: PANDUAN PENULISAN ILMIAH JABATAN SEJARAH FAKULTI …Format yang digariskan di bawah adalah berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak Institut Pengajian Termaju, Universiti

17

8. Majalah

- Nota kaki boleh ditulis seperti berikut:

Mohd. Khalid Saidin, “Naskah-Naskah Lama Mengenai Sejarah Johor”,

Dewan Bahasa, Bilangan 6, Ogos 1971, hlm. 9.

9. Dokumen Rasmi (yang diterbitkan)

- Nota kaki boleh ditulis seperti berikut:

Annual Report of the Federated Malay States, 1899, hlm. 1.

Report on the Administration of the Straits Settlements during the Year

1855-56, hlm. 2.

10. Tesis/Latihan Ilmiah

- Nota kaki boleh ditulis seperti berikut:

Tew Peng Kooi, Sejarah Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Tesis Ph.D,

Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2006, hlm. 20-24.

A.C. Milner, The Malay Raja: A Study of Malay Political Culture in East

Sumatra and the Malay Peninsula in the Early Nineteenth Century, Tesis

Ph.D, Cornell University, United States of America, 1977, hlm. 10.

Ramlah Jaafar, Kegiatan Bugis di Johor 1718-1824, Latihan Ilmiah

B.A., Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1979/1980,

hlm. 11.

Page 18: PANDUAN PENULISAN ILMIAH JABATAN SEJARAH FAKULTI …Format yang digariskan di bawah adalah berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak Institut Pengajian Termaju, Universiti

18

11. Temubual

- Nota kaki boleh ditulis seperti berikut:

Temubual bersama Prof. Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim di Jabatan

Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 27 April 2010.

12. Sumber Internet

- Nota kaki boleh ditulis seperti berikut:

Jim Zwick, Anti-Imperialism in the United States, 1898-1935,

http://www.rochester.ican.net/~fjzwick/ail98-35.html (accessed

12/5/2010).

Khoo Kay Kim, Sistem Pendidikan Negara,

http://www.selangorkini.com.my/my/rencana/18 (tarikh diakses 12 Dis.

2009).

Page 19: PANDUAN PENULISAN ILMIAH JABATAN SEJARAH FAKULTI …Format yang digariskan di bawah adalah berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak Institut Pengajian Termaju, Universiti

19

BIBLIOGRAFI

Bibliografi adalah senarai bahan rujukan yang digunakan oleh penyelidik

dalam menyiapkan Projek Ilmiah dan merupakan satu keperluan yang

wajib dalam penulisan berbentuk ilmiah. Ia menunjukkan sejauh mana

pelajar berkenaan mendalami subjek yang dikaji dan sumber-sumber

yang dirujuk. Bahagian ini misalnya boleh dibahagikan kepada beberapa

bahagian seperti berikut:

Sumber Primer

a. Dokumen Rasmi

(Rekod-rekod CO, Minit Mesyuarat NNS, Fail Sekretariat Negeri dan

lain-lain seumpama dengannya ). Contohnya,

CO 537: Colonies General, Supplementary and Secret Original

Correspondence.

CO 1022: Southeast Asia Department, Original Correspondence.

b. Sumber Primer lain

Contohnya,

Fail Parti UMNO

SP 13, Surat Persendirian Tan Cheng Lock..

SP 6/51, Koleksi Surat-surat Baginda Omar Terengganu.

Laporan Tahunan Lembaga Pelabuhan Klang, Klang: Lembaga

Pelabuhan Klang, 1964.

Laporan Suruhanjaya Reid, Kuala Lumpur: Pencetak Kerajaan, 1957.

Sumber Sekunder

a. Buku dan makalah di dalam Jurnal, Majalah dan lain-lain

Page 20: PANDUAN PENULISAN ILMIAH JABATAN SEJARAH FAKULTI …Format yang digariskan di bawah adalah berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak Institut Pengajian Termaju, Universiti

20

Buku

Means, G.P., Malaysian Politics, Kuala Lumpur: Oxford University

Press, 1970.

White, Nick, Business, Government and the End of Empire, Kuala

Lumpur: Oxford University Press, 2001.

Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, Kuala

Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2003.

*Rujukan bagi bab buku yang dimasukkan dalam nota kaki tidak

akan dimasukkan di sini. Hanya buku tersebut sahaja di paparkan

dalam bibliografi.

Contoh nota kaki: Khoo Kay Kim, “Dasar British di Pahang”, dlm.

Norazit Selat (ed.), Pahang Sejarah dan Budaya, Pekan: Lembaga

Muzium Pahang, 2000, hlm. 78.

Bibliografi ditulis seperti berikut: Norazit Selat (ed.), Pahang Sejarah

dan Budaya, Pekan: Lembaga Muzium Pahang, 2000.

Jurnal

Contoh-contoh jurnal adalah seperti berikut;

Journal of Imperial and Commonwealth History

Journal of Southeast Asian Studies (JSEAS)

Journal of Malaysian Branch of Royal Asiatic Society (JMBRAS)

Malaysia Dari Segi Sejarah

PURBA

Sejarah

dan lain-lain

Kaedah penulisan bibiliografinya adalah:

Khoo Kay Kim, “Nasionalisme di Malaysia”, Malaysia Dari Segi

Sejarah, Jil. 3, No. 2, Jun 2004.

Page 21: PANDUAN PENULISAN ILMIAH JABATAN SEJARAH FAKULTI …Format yang digariskan di bawah adalah berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak Institut Pengajian Termaju, Universiti

21

Grayson, Richard S., “Imperialism in Conservative Defence and Foreign

Policy”, Journal of Imperial and Commonwealth History, Jil. 34, No. 4,

Dis. 2006.

b. Surat Khabar dan Majalah

Contoh-contoh Surat Khabar dan Majalah adalah seperti berikut;

Malay Mail

Straits Times

Utusan Melayu

Kaedah penulisan bibliografinya adalah,

New Straits Times, 27 Ogos 1961.

Utusan Malaysia, 2 Jan. 2004.

Sekiranya menggunakan akhbar yang sama dengan begitu banyak tarikh,

pelajar tidak perlu menyenaraikan kesemuanya. Adalah memadai dengan

menulis seperti contoh berikut;

Utusan Melayu, Januari 1931 – Disember 1945.

c. Tesis dan Disertasi

Khoo Kay Kim, The Beginnings of Political Extremism in Malaya, 1915-

1935, Tesis Ph.D, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1973.

Rohana Mohamed Noor, Perjuangan Politik Khadijah Sidek, Disertasi

M.A., Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2003.

* Sila rujuk jurnal penerbitan Jabatan Sejarah, Sejarah, untuk maklumat

lebih lanjut mengenai pengunaan sistem Chicago dalam menulis nota

kaki.

*Nota kaki hendaklah ditulis menggunakan Times New Roman saiz 10.

Page 22: PANDUAN PENULISAN ILMIAH JABATAN SEJARAH FAKULTI …Format yang digariskan di bawah adalah berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak Institut Pengajian Termaju, Universiti

22

Lampiran 2

Contoh memasukkan petikan langsung di dalam teks dan indent.

Page 23: PANDUAN PENULISAN ILMIAH JABATAN SEJARAH FAKULTI …Format yang digariskan di bawah adalah berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak Institut Pengajian Termaju, Universiti

23

Lampiran 3

Format Birai (Margin)

Page 24: PANDUAN PENULISAN ILMIAH JABATAN SEJARAH FAKULTI …Format yang digariskan di bawah adalah berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak Institut Pengajian Termaju, Universiti

24

Lampiran 4

Contoh meletakkan rajah yang pertama di dalam Bab 1.

Page 25: PANDUAN PENULISAN ILMIAH JABATAN SEJARAH FAKULTI …Format yang digariskan di bawah adalah berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak Institut Pengajian Termaju, Universiti

25

Contoh meletakkan jadual yang kedua pada Bab 2

Page 26: PANDUAN PENULISAN ILMIAH JABATAN SEJARAH FAKULTI …Format yang digariskan di bawah adalah berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak Institut Pengajian Termaju, Universiti

26

Contoh meletakkan gambar yang kedua di Bab 3

Page 27: PANDUAN PENULISAN ILMIAH JABATAN SEJARAH FAKULTI …Format yang digariskan di bawah adalah berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak Institut Pengajian Termaju, Universiti

27

Lampiran 5

Contoh meletakkan lampiran (lampiran yang ketiga)

Page 28: PANDUAN PENULISAN ILMIAH JABATAN SEJARAH FAKULTI …Format yang digariskan di bawah adalah berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak Institut Pengajian Termaju, Universiti

28

Lampiran 6

Contoh kulit Projek Ilmiah dan tulang kulit

Warna kulit hijau tua

BA 2010/11

Page 29: PANDUAN PENULISAN ILMIAH JABATAN SEJARAH FAKULTI …Format yang digariskan di bawah adalah berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak Institut Pengajian Termaju, Universiti

29

... sambungan, Lampiran 6

Contoh kulit Tesis/Disertasi dan tulang kulit

Warna kulit ‘rexine’ merah

Page 30: PANDUAN PENULISAN ILMIAH JABATAN SEJARAH FAKULTI …Format yang digariskan di bawah adalah berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak Institut Pengajian Termaju, Universiti

30

Contoh halaman hadapan/tajuk (selepas kulit Tesis/Disertasi/Projek

Ilmiah)

Page 31: PANDUAN PENULISAN ILMIAH JABATAN SEJARAH FAKULTI …Format yang digariskan di bawah adalah berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak Institut Pengajian Termaju, Universiti

31

Lampiran 7

Contoh salinan eletronik (Tesis dan Disertasi sahaja)