PENYELIAAN DAN BIMBINGAN Disampaikan oleh : Mohd Saad Hj. Din Timbalan Pengarah (Pengurusan)...
-
Upload
derry-rizal -
Category
Documents
-
view
234 -
download
5
Transcript of PENYELIAAN DAN BIMBINGAN Disampaikan oleh : Mohd Saad Hj. Din Timbalan Pengarah (Pengurusan)...
PENYELIAAN DAN BIMBINGAN
Disampaikan oleh :
Mohd Saad Hj. Din
Timbalan Pengarah (Pengurusan)
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
A. MOTIVASI
• PENGURUS ialah orang yang bekerja dengan melalui orang lain tetapi orang lain ini mempunyai perlakuan yang kompleks dan kadang kala tidak rasional. MOTIVASI mereka tidak mudah untuk difahami.
• TEORI HIERARKI KEINGINAN
Abraham Maslow Kesedaran
Diri
Kebanggaan
Sosial
Jaminan Fisiologi
• Manusia setelah memenuhi keinginan pertama (fisiologi), akan cuba pula untuk memenuhi keinginan yang kedua dan seterusnya.
• Keinginan yang telah dipuaskan itu tidak lagi mendorong kelakuan manusia. Hanya keinginan yang belum dipuaskan yang akan mendorong manusia untuk berkelakuan atau bertindak sehingga mendapat kepuasan.
• Kajian mendapati keinginan bangga diri (ego) dan kesedaran diri didapati paling penting apabila individu itu telah meningkat dari peringkat yang rendah ke peringkat yang lebih tinggi di dalam struktur organisasi.
Sebagai Pengurus
- Penyediaan Rangka Tugas Staf
- Penyediaan SKT
- Beri bimbingan dari segi kerja
- Menyediakan forum untuk berbincang
- Menerima cadangan
B. KOMUNIKASI
I. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KOMUNIKASI ?
Perkataan komunikasi berasal daripada perkataan Yunani “Communicare” yang bererti menjadikan sesuatu milik bersama.Ia melibatkan penggunaan deria manusia iaitu :- mata- telinga- mulut- hati- sentuhan
II. ELEMEN YANG PERLU DIAMBILKIRA DALAM KEBERKESANAN KOMUNIKASI SEBAGAI PENGURUS :
Penghantar
MesejSaluran
Penerima Maklum balas
Gangguan
Enkod
Dekod
A. PENGHANTAR
(i) Menghantar/menyalur mesej yang hendak disampaikan itu jelas
(ii) Meneliti dengan baik mesej yang hendak disampaikan
(iii) Menyatakan apa yang hendak dinyatakan dengan jelas dan yakin
(iv) Memastikan kepentingan mesej yang hendak disampaikan
(v) Mendapatkan perhatian penerima
(vi) Menghantar pada waktu yang tepat dan sesuai
(vii) Sensitif kepada maklumbalas pihak lain
(viii) Mengenalpasti gangguan
(ix) Mengurangkan gangguan
(B) MESEJ DAN ENKOD
(i) Mesej dihantar menggunakan perkataan, simbol, syarat atau bahasa yang dapat menggambarkan makna
mesej.
- memilih perkataan, simbol dan ayat yang tepat
- memberi gambaran jelas pada maksud mesej
- menggunakan bahasa yang difahami oleh penerima
- mengelakkan penggunaan perkataan yang tidak difahami
- mesej yang hendak dihantar hendaklah ringkas dan padat sesuai dengan maksud
- mesej juga hendaklah lengkap supaya dapat difahami dengan jelas gambaran keseluruhannya
(C) SALURAN
Mesej yang dihantar melalui lisan, bukan lisan, tulisan atau kaedah lain. Saluran mesej dipilih dengan sebaik mungkin.
(D) PENERIMA DAN DEKOD
Mesej yang diterima akan diterjemahkan dan ditafsirkan oleh Penerima.
(E) MAKLUMBALAS
Maklumbalas penting dalam komunikasi kerana dapat membantu
Penghantar melihat ketetapan mesej apabila sampai kepada Penerima.
(F) GANGGUAN Penerimaan oleh Pendengar dan
kefahaman yang berbeza-beza
PERHUBUNGAN INTERPERSONAL
I. TAKRIFAN
Bagaimana anda berinteraksi dan berkomunikasi dengan seorang yang lain.
Kemahiran Komunikasi Interpersonal ialah kebolehan memupuk dan membina keyakinan
TIGA PENDEKATAN MENYELESAIKAN MASALAH PERHUBUNGAN
INTERPERSONAL
(i) Menyelesaikannya – mencari jalan untuk menyelesaikan dan memperbaiki perhubungan
(ii) Menghadapinya – menempuhinya walau bagaimana keadaan sekalipun kerana tiada apa yang boleh dibuat
(iii) Membiarkannya – menghindari orang berkenaan sekiranya boleh
KONFLIK DALAM PERHUBUNGAN INTERPERSONAL
(i) TAKRIFAN KONFLIK
- Terdapat pertembungan dan pertentangan dua yang berbeza seperti dua peribadi manusia yang berbeza yang tidak boleh bekerjasama.
- Jika dibiarkan akan mengakibatkan :
- Pembaziran masa } Menggendalakan - Kewangan } kemajuan dan
- Tenaga } pembangunan/- Kesihatan } kelancaran- Motivasi diri } operasi/aktiviti
CADANGAN LANGKAH YANG DIAMBIL
(i) Berhadapan dengan orang berkenaan dan menyelesaikannya
(ii) Salah seorang mengalah dan berundur dari konflik
(iii) Melibatkan orang ketiga yang mempunyai kuasa
C. KAUNSELING
1. TAKRIFAN
Satu Proses Interaksi bersemuka di antara Kaunselor (Pengurus) dan klien yang matlamatnya ke arah melahirkan insan yang akan kenal diri, masalah kehidupannya dan cuba mengatasi dengan menggunakan kemampuan yang ada pada dirinya.
ATAU
Satu proses interaksi antara dua individu yang hampir sama tetapi dibezakan oleh kemahiran/kepakaran dan masalah.
A. PENDEKATAN
Empat pendekatan yang biasa digunakan dalam proses kaunseling
(i) PERKEMBANGAN Memberikan maklumat mengenai
sumber dan kekuatan seseorang supaya ia mempunyai azam dan usaha kepada aktiviti sihat, peningkatan sifat positif.
(ii) INTERVENSI
Mengubah dan membuka pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang bermasalah supaya menerokai, memulih dan mempertingkatkan keyakinan diri
(iii) PENCEGAHAN
Mengadakan program-program pencegahan ke atas perlakuan dan sifat yang negatif darisegi emosi dan pemikirannya.
(iv) PEMULIHAN
Penekanan adalah kepada isu-isu permasalahan peribadi, mentaliti, kerjaya dan penyesuaian diri agar seseorang dapat berfungsi sepenuhnya.
JENIS KAUNSELING INDIVIDU
Di dalam Organisasi, ada 3 jenis kaunseling:
(i) KAUNSELING KERJAYA Kaunseling kerjaya membantu individu ke arah perkembagan kerjaya.
(ii) KAUNSELING PERIBADI
Masalah peribadi termasuk masalah harian, keluarga, anak-anak dan persekitaran.
JENIS KAUNSELING INDIVIDU
(iii) KAUNSELING TEMPAT KERJA Merujuk kepada permasalahan yang timbul akibat daripada faktor-faktor tempat kerja .
Kebiasaannya menjurus kepada masalah tekanan motivasi, hubungan rakan sekerja, pegawai atasan dan bebanan tugas.
Selamat Maju Jaya