PANDUAN PENULISAN LAPORAN INTERNSHIP PPG.pdf

2
PANDUAN PENULISAN LAPORAN INTERNSHIP PPG 1.0 Pengenalan Menghuraikan latar belakang berkaitan tajuk inovasi, memperkenalkan tajuk kajian, dan membimbincangkan secara umum faktor-faktor yang mungkin menyebabkan murid menghadapi masalah 2.0 Rasional Inovasi P&P Membuat justifikasi tentang keperluan/kepentingan pelaksanaan inovasi supaya tindakan yang akan dilaksanakan membawa perubahan positif dan peningkatan kemahiran murid. 3.0 Pernyataan Masalah Membincangkan masalah yang dikenalpasti dalam P&P dan implikasinya jika tindakan penambahbaikan tidak dilaksanakan. . 4.0 Objektif Inovasi P&P Menyatakan objek spesifik yang ingin dicapai melalui pelaksanaan inovasi. Penulisan objektif hendaklah boleh diukur (eksplisit). Objektif perlu dibina berdasarkan suatu masalah yang dikenalpasti dan berkait rapat dengan tindakan yang diambil dalam P&P melalui inovasi yang dilaksanakan. 5.0 Konsep Inovasi P&P : Menerangkan inovasi P&P yang telah diperkenalkan Penerangan ringkas mengenai kaedah pelaksanaan inovasi Faedah-faedah pelaksanaan inovasi bagi meningkatkan prestasi murid. 6.0 Skop dan Batasan Nyatakan jumlah murid yang terlibat dan skop standard kandungan dan standard pembelajaran yang telah diinovasikan.

Transcript of PANDUAN PENULISAN LAPORAN INTERNSHIP PPG.pdf

  • PANDUAN PENULISAN LAPORAN INTERNSHIP PPG

    1.0 Pengenalan

    Menghuraikan latar belakang berkaitan tajuk inovasi, memperkenalkan tajuk kajian, dan

    membimbincangkan secara umum faktor-faktor yang mungkin menyebabkan murid

    menghadapi masalah

    2.0 Rasional Inovasi P&P

    Membuat justifikasi tentang keperluan/kepentingan pelaksanaan inovasi supaya tindakan

    yang akan dilaksanakan membawa perubahan positif dan peningkatan kemahiran murid.

    3.0 Pernyataan Masalah

    Membincangkan masalah yang dikenalpasti dalam P&P dan implikasinya jika tindakan

    penambahbaikan tidak dilaksanakan.

    .

    4.0 Objektif Inovasi P&P

    Menyatakan objek spesifik yang ingin dicapai melalui pelaksanaan inovasi. Penulisan

    objektif hendaklah boleh diukur (eksplisit). Objektif perlu dibina berdasarkan suatu

    masalah yang dikenalpasti dan berkait rapat dengan tindakan yang diambil dalam P&P

    melalui inovasi yang dilaksanakan.

    5.0 Konsep Inovasi P&P :

    Menerangkan inovasi P&P yang telah diperkenalkan

    Penerangan ringkas mengenai kaedah pelaksanaan inovasi

    Faedah-faedah pelaksanaan inovasi bagi meningkatkan prestasi murid.

    6.0 Skop dan Batasan

    Nyatakan jumlah murid yang terlibat dan skop standard kandungan dan standard

    pembelajaran yang telah diinovasikan.

  • 7.0 Pelaksanaan Inovasi P&P

    Menyediakan PdP yang berteraskan inovasi sebagai contoh: Model Salak untuk Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Gabungan

    dalam Kalangan Murid Tahun 4. Jelaskan mengenai pelaksanaan inovasi dan

    aktiviti-aktiviti yang terlibat

    Kaitkan pengalaman P&P lepas dengan 4 perkara utama P&P iaitu guru, murid, isi kandungan pelajaran dan persekitaran.

    Rujuk bahan-bahan seperti markah ujian, buku latihan, bahan pengajaran dan lain-lain yang berkaitan.

    Laporan pelaksanaan inovasi P&P dibuat berpandukan perkara-perkara berikut:

    i. Strategi/langkah/proses pelaksanaan aktiviti yang berkaitan inovasi ii. Kebaikan dan kekurangan inovasi P&P yang dijalankan.

    iii. Laporkan kaedah yang digunakan untuk menilai inovasi P&P yang telah dijalankan.

    iv. Bincangkan impak inovasi yang dilaksanakan v. Lampirkan soalan/aktiviti yang dijalankan

    8.0 Refleksi Keseluruhan (refleksi selepas pelaksanaan inovasi)

    Membuat refleksi tentang amalan pengajaran dan pembelajaran yang lalu dan impak

    selepas pelaksanaan inovasi. Bincangkan secara umum tentang kekuatan dan

    kekurangan inovasi yang dilaksanakan serta cadangan untuk dibuat penambahbaikan.

    9.0 Penutup

    Buat kesimpulan tentang kepentingan dan hasil inovasi yang telah dilaksanakan

    merangkumi aspek murid, guru, sekolah dan pihak yang berkepentingan. Kemukakan

    cadangan inovasi yang lebih sistematik dan realistic dengan menyatakan

    rasional/justifikasi kepada amalan penambahbaikan tersebut.

    LAMPIRAN:

    Lampirkan soalan/aktiviti yang dijalankan

    Bukti penilaian selepas dan sebelum PdP

    FORMAT LAPORAN:

    Ditaip dengan menggunakan saiz font 12 "Times New Roman" dan langkau baris 1.5

    Terhad kepada 10 muka surat sahaja (tidak termasuk lampiran)