PANDUAN _PERKHIDMATAN

22
PANDUAN PERKHIDMATAN PEGAWAI PSIKOLOGI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA JABATAN KESIHATAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS Panduan ini disediakan bertujuan untuk menerangkan skop dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Unit Psikologi dan Kaunseling di: Ibu Pejabat Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah 2011 JABATAN KESIHATAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS Tarikh Kuatkuasa: Januari 2011

description

q

Transcript of PANDUAN _PERKHIDMATAN

Page 1: PANDUAN _PERKHIDMATAN

PANDUAN PERKHIDMATAN PEGAWAI PSIKOLOGI

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA JABATAN KESIHATAN NEGERI

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Panduan ini disediakan bertujuan untuk menerangkan skop dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh

Unit Psikologi dan Kaunseling di:

Ibu Pejabat Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan

Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan

Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah

2011

JABATAN KESIHATAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Tarikh Kuatkuasa: Januari 2011

Page 2: PANDUAN _PERKHIDMATAN

PANDUAN PERKHIDMATAN PEGAWAI PSIKOLOGI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DI NEGERI SEMBILAN

1

KANDUNGAN

Sidang Pengarang...................................................................................................3 Kata Aluan Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan..................................................4 Sekapur Sireh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Bahagian Pengurusan.............................................................................................5 Sisipan Berita Isu Kesihatan Mental...................................................................6-9 Pengenalan...........................................................................................................10 Tujuan Garis Panduan..........................................................................................11 Penggunaan Pakai................................................................................................11 Definisi.............................................................................................................11-13 Penubuhan Unit Psikologi dan Kaunseling......................................................13-14 Objektif Penubuhan Unit Psikologi dan Kaunseling..............................................14 Visi Unit Psikologi dan Kaunseling........................................................................14 Misi Unit Psikologi dan Kaunseling.......................................................................14 Ringkasan Tugas..................................................................................................14 Skop Fungsi dan Bidang Tugas Pegawai Psikologi Di Ibu Pejabat, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan............................................15 Skop Fungsi dan Bidang Tugas Pegawai Psikologi Di Hospital......................15-16 Hubungan Kerja....................................................................................................16 Persekitaran Kerja.................................................................................................16 Peralatan Yang Digunakan...................................................................................16 Proses Mendapatkan Perkhidmatan Unit Psikologi dan Kaunseling Bagi Anggota Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan Untuk Sesi Khidmat Runding..............................................................................................16-18 Kriteria-kriteria Pegawai Yang Boleh Diberikan Perkhidmatan Psikologi Dan Kaunseling.....................................................................................................18

Page 3: PANDUAN _PERKHIDMATAN

PANDUAN PERKHIDMATAN PEGAWAI PSIKOLOGI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DI NEGERI SEMBILAN

2

KANDUNGAN

Proses Mendapatkan Perkhidmatan Unit Psikologi dan Kaunseling Bagi Pesakit di Hospital Serta Klinik Kesihatan Untuk Sesi Khidmat Runding..............................................................................................18-19 Jenis Perkhidmatan di Unit Psikologi dan Kaunseling.........................................20 Penutup.................................................................................................................20 Lampiran A dan Lampiran B..................................................................................21

Page 4: PANDUAN _PERKHIDMATAN

PANDUAN PERKHIDMATAN PEGAWAI PSIKOLOGI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DI NEGERI SEMBILAN

3

SIDANG PENGARANG

PENASIHAT

Dato’ Dr. Hjh. Zailan binti Dato’ Hj. Adnan Pengarah Kesihatan Negeri

Negeri Sembilan Darul Khusus

PENGERUSI

En. Nanthakumaran a/l Manickam Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan)

Negeri Sembilan Darul Khusus

PENGARANG

En. Mat Noor Kamarol Abd. Talib Pegawai Psikologi

Hospital Tuanku Jaafar, Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus

Pn. Noor Hafizah Abd. Halim

Pegawai Psikologi Ibu Pejabat, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan

Negeri Sembilan Darul Khusus

Cik Faten Hameema Rosli Pegawai Psikologi

Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah Negeri Sembilan Darul Khusus

Pn. Raja Norsyuhaida Raja Ahmad

Pegawai Psikologi Hospital Tuanku Jaafar, Seremban

Negeri Sembilan Darul Khusus

Page 5: PANDUAN _PERKHIDMATAN

PANDUAN PERKHIDMATAN PEGAWAI PSIKOLOGI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DI NEGERI SEMBILAN

4

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Unit Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan kerana berjaya menerbitkan buku Panduan Perkhidmatan Pegawai Psikologi Kementerian Kesihatan Malaysia di Negeri Sembilan Darul Khusus. Sejajar dengan usaha kerajaan dalam merealisasikan Wawasan 2020, pengujudan perkhidmatan psikologi dan kaunseling amatlah bertepatan. Ini kerana untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju, modal insan yang sejahtera dari aspek kerohanian, pemikiran, emosi, dan sikap amatlah penting. Saya berpendapat bahawa perkhidmatan psikologi dan kaunseling mempunyai sumbangan tersendiri yang dapat dikongsi bersama dengan disiplin perkhidmatan yang lain. Penerbitan panduan ini adalah inisiatif yang murni dalam menyampaikan informasi mengenai perkhidmatan Unit Psikologi dan Kaunseling kepada semua pusat tanggungjawab Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, para pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan di semua hospital serta klinik-klinik di Negeri Sembilan Darul Khusus dan juga kepada agensi-agensi lain. Panduan ini patut dimanfaatkan oleh pelanggan dalaman serta pelanggan luaran untuk mendapatkan informasi mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Unit Psikologi dan Kaunseling di Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan. Sehubungan itu, adalah menjadi harapan saya agar lebih ramai dapat memanfaatkan perkhidmatan Unit Psikologi dan Kaunseling dalam usaha untuk mewujudkan masyarakat yang sejahtera yang mampu menjadi pemangkin dan penggerak kepada agenda dan misi negara dalam menggapai Wawasan 2020. Sekian, terima kasih. DATO’ DR. HJH. ZAILAN BINTI DATO’ HJ. ADNAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

KATA ALUAN

PENGARAH KESIHATAN NEGERI

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Page 6: PANDUAN _PERKHIDMATAN

PANDUAN PERKHIDMATAN PEGAWAI PSIKOLOGI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DI NEGERI SEMBILAN

5

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana berjaya menghasilkan buat pertama kalinya buku Panduan Perkhidmatan Pegawai Psikologi Kementerian Kesihatan Malaysia yang berada di bawah naungan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan. Sepertimana sedia maklum, isu berkaitan psikologi dan kaunseling ini semakin mendapat perhatian oleh pihak kerajaan dan juga di kalangan rakyat Malaysia. Hal ini kerana, masyarakat semakin berpengetahuan terhadap peranan psikologi dan kaunseling dalam menangani isu kesihatan mental. Adalah menjadi aspirasi Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan untuk memainkan peranan yang aktif serta efektif dalam membantu negara mewujudkan masyarakat yang sejahtera dari aspek fizikal dan mental dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berdaya saing. Sewajarnya, dengan terbitnya panduan ini, semua pihak tanpa mengira disiplin perkhidmatan di Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dapat memanfaatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Unit Psikologi dan Kaunseling. Semoga perkhidmatan psikologi dan kaunseling ini dapat membantu membentuk anggota perkhidmatan awam yang mengamalkan budaya kerja profesionalisme, penyayang, dan kerja berpasukan dalam usaha mewujudkan masyarakat yang sejahtera fizikal serta mentalnya. Sekian, terima kasih. NANTHAKUMARAN A/L MANICKAM TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI (PENGURUSAN) NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

SEKAPUR SIREH

TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI

BAHAGIAN PENGURUSAN

JABATAN KESIHATAN NEGERI SEMBILAN

Page 7: PANDUAN _PERKHIDMATAN

PANDUAN PERKHIDMATAN PEGAWAI PSIKOLOGI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DI NEGERI SEMBILAN

6

Penulis ialah Felo Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, Institut Kemajuan Islam Malaysia (IKIM)

Mempertingkatkan kesihatan mental

Oleh: Khairul Azhar Idris

Kerangka dasar Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memacu pembangunan negara untuk tempoh 2011-2015. Antara beberapa dasar yang paling menarik adalah mewujudkan satu pendekatan yang menjurus kepada pembangunan kualiti hidup sempurna di kalangan rakyat.

Setiap individu berhak untuk hidup dan tinggal dalam suasana persekitaran yang kondusif dan berkualiti di bandar mahupun luar bandar. Suasana persekitaran yang kondusif itu pula perlu wujud bukan setakat di rumah mereka, tetapi juga di sekolah, tempat kerja, jalan raya dan di mana jua.

Persekitaran yang kondusif ini penting bagi mempertingkatkan kualiti hidup dan dapat menjamin tahap keselamatan yang tinggi di kalangan mereka. Di samping itu, persekitaran yang kondusif dan jaminan tahap keselamatan yang tinggi juga akan seterusnya mempertingkatkan lagi kualiti kesejahteraan sosial, fizikal dan mental mereka.

Suasana yang ceria, segar dan nyaman serta selamat sudah pasti lebih baik dan lebih menyihatkan seseorang berbanding dengan suasana yang kotor, tidak selesa dan tidak tenteram.

Kesihatan yang menyeluruh meliputi aspek fizikal, mental dan sosial, bukan sekadar ketiadaan penyakit semata-mata. Justeru, faktor persekitaran yang kondusif perlu turut dilihat daripada perspektif bagaimana ia dapat membantu mempertingkatkan kualiti hidup rakyat dari aspek kesejahteraan fizikal, mental dan sosial, keagamaan serta kepelbagaian etnik dan ideologi.

Walaupun matlamat itu terlalu ideal, tetapi ia bukan mustahil untuk dicapai kerana dasar dan garis panduan telah diwujudkan. Apa yang perlu adalah memastikan tindakan untuk menggerakkan agensi pelaksanaan bagi menjamin ia tercapai.

SISIPAN BERITA MENGENAI ISU KESIHATAN MENTAL DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA

SUMBER:UTUSAN MALAYSIA, 18/6/2010

dan Kemasyarakatan, Institut Kemajuan

Islam Malaysia (IKIM)

Page 8: PANDUAN _PERKHIDMATAN

PANDUAN PERKHIDMATAN PEGAWAI PSIKOLOGI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DI NEGERI SEMBILAN

7

Membincangkan isu persekitaran kondusif dan peranannya dalam mewujudkan kesejahteraan fizikal, mental dan sosial di kalangan rakyat amatlah menarik. Memang terdapat beberapa kajian empirikal dilakukan yang menunjukkan hubung kait antara suasana persekitaran dengan tahap kesihatan, baik fizikal mahupun mental dan sosial.

Sebagai contoh, pada tahun 2001, kerajaan Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim pernah mengkaji peranan dan hubung kait antara suasana persekitaran yang tidak kondusif dalam kehidupan sesebuah keluarga dengan pelbagai jenis gejala sosial yang wujud di kalangan penduduk.

Namun di negara ini, kajian-kajian seperti ini masih di peringkat ‘amat terlalu awal’ walaupun ada, amat sedikit jumlahnya dan perlu dipertingkatkan lagi. Ini penting kerana hasil kajian boleh digunakan untuk membantu proses penggubalan dasar yang berkaitan.

Begitu juga, kajian-kajian lain yang seumpamanya perlu turut dilakukan, seperti mengkaji apakah kesan kehidupan di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur terhadap kesejahteraan mental dan fizikal penduduknya.

Apakah kesan kesesakan jalan raya di ibu kota terhadap stres dan penyakit jantung para penggunanya, dan mungkin juga mengkaji adakah ibu negara sesuai dan munasabah untuk didiami jika berdasarkan kepada peranannya dalam peningkatan kadar tekanan dan pelbagai penyakit di kalangan penduduknya, atau sebagainya. Kajian seumpama itu memerlukan kepakaran tersendiri dan IKIM turut melihatnya sebagai satu peluang untuk penyelidikan.

Begitu juga, persekitaran yang kondusif turut akan mempertingkatkan lagi kualiti kesihatan mental di kalangan rakyat, terutama di kalangan para pekerja, baik di sektor awam mahupun sektor swasta.

Persekitaran yang kondusif boleh diwujudkan melalui penyediaan kelengkapan prasarana bagi memudahkan urusan pekerjaan agar dapat berjalan lancar dan selesa. Ia juga dapat dihasilkan melalui bentuk perhubungan dan sistem komunikasi yang baik dan mesra di antara majikan dengan pekerja atau sesama pekerja.

Di samping itu, pelbagai bentuk insentif yang boleh meningkatkan daya motivasi dan inovasi di kalangan pekerja juga boleh mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan akhirnya membantu meningkatkan kesejahteraan mental dan kestabilan emosi para pekerja.

Suasana pada hari ini menyaksikan isu kesihatan mental di kalangan para pekerja agak kurang mendapat perhatian. Ini amat berbeza dengan aspek kesihatan dan perubatan dalam bidang selain daripada kesihatan mental, terutamanya kesihatan yang melibatkan fizikal dan persekitaran.

Page 9: PANDUAN _PERKHIDMATAN

PANDUAN PERKHIDMATAN PEGAWAI PSIKOLOGI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DI NEGERI SEMBILAN

8

Golongan pekerja juga merupakan kumpulan berisiko tinggi untuk menghidap penyakit mental, gangguan emosi, masalah tingkahlaku dan disiplin, kecelaruan personaliti, gangguan identiti dan orientasi seksual, ketagihan dan sebagainya.

Tidak kurang juga terdapat di kalangan mereka yang menghidap tekanan kerja akibat persekitaran pekerjaan yang tidak membantu dan bebanan tugasan yang tidak setimpal, di samping perhubungan dengan majikan dan pekerja lain yang dipenuhi dengan konflik.

Akibatnya, ramai di kalangan mereka menderita dalam diam yang akhirnya menjejaskan produktiviti dan matlamat organisasi. Tidak kurang juga mereka yang mengambil jalan singkat dengan mencedera atau sengaja membunuh diri untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Walaupun tiada pangkalan data yang kukuh diwujudkan atau kajian khusus terhadap status kesihatan mental para pekerja dilakukan, namun hasil laporan beberapa akhbar dan media massa mendapati mereka turut menderita akibat penyakit mental dan gangguan emosi.

Ada di kalangan mereka dilaporkan telah membunuh diri atau wujud cubaan membunuh dan mencederakan diri. Ia amatlah serius, lebih-lebih lagi apabila ajaran Islam dan ajaran semua agama di dunia ini yang mengharamkan sebarang cubaan dan usaha untuk mencedera atau membunuh diri.

Kes-kes seperti ini boleh dicegah sejak awal lagi sebelum ia berakhir dengan kecederaan atau kehilangan nyawa. Ini belum lagi termasuk kes-kes yang tersembunyi daripada pengetahuan atau rujukan kepada sektor perubatan dan kesihatan mental, seperti gangguan personaliti, ketagihan dan penyalahgunaan dadah dan alkohol, gangguan seksual serta sebagainya.

Keadaan seperti itu tidak sewajarnya berlaku, lebih-lebih lagi apabila negara telah menyasarkan matlamat untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020, dengan peningkatan kualiti pekerja yang berkemahiran tinggi dan hasil pendapatan yang lebih tinggi, setanding dengan kemahiran dan pendapatan di negara-negara maju.

Inilah antara beberapa elemen dalam Model Baru Ekonomi yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri yang sewajarnya dihayati oleh setiap lapisan pekerja awam.

Matlamat dari dasar ini mungkin tidak akan tercapai sekiranya isu berkaitan kesihatan mental hanya dipandang remeh dan tidak penting oleh pihak yang bertanggungjawab.

Jika selama ini, kita mengambil pendekatan dengan mengadakan seminar, ceramah dan pelbagai kempen kesedaran bagi mendidik masyarakat berkaitan

Page 10: PANDUAN _PERKHIDMATAN

PANDUAN PERKHIDMATAN PEGAWAI PSIKOLOGI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DI NEGERI SEMBILAN

9

penyakit mental dan langkah-langkah pencegahan serta penjagaan kesihatan mental yang sempurna, ia sememangnya perlu diteruskan lagi.

Tindakan yang seterusnya perlu diberi perhatian kini adalah mengenal pasti kelompok yang berisiko untuk menghidapinya. Walaupun setiap individu berisiko untuk mengalaminya, namun tahap risiko berbeza antara individu dan harus diperhalusi.

Maklumat demografi dalam mana-mana kajian, contohnya Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan oleh Kementerian Kesihatan wajar digunakan sepenuhnya bagi memahami semua faktor risiko individu yang boleh terdedah kepada tekanan.

Kumpulan itu perlu diberi lebih pemantauan dan intervensi khusus untuk mengurangkan semua risiko gejala tekanan daripada terus berlaku.

Selain itu, ujian saringan tahap kestabilan mental dan emosi juga perlu dilaksanakan secara berkala bagi mengetahui status kesihatan fizikal para pekerja. Hasil ujian ini perlu digunakan bagi memantau sebarang kemungkinan risiko ketidakstabilan mental dan emosi mereka, di samping memilih apakah kaedah rawatan yang bersesuaian untuk mereka.

Page 11: PANDUAN _PERKHIDMATAN

PANDUAN PERKHIDMATAN PEGAWAI PSIKOLOGI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DI NEGERI SEMBILAN

10

PENGENALAN Permulaan buku panduan ini dengan petikan berita mengenai isu kesihatan mental mungkin kelihatan agak berlainan dengan norma kebiasaan penerbitan sesuatu buku panduan yang pernah disaksikan. Sehubungan itu, menjadi tanggungjawab kami, Pegawai Psikologi KKM di Negeri Sembilan ini untuk menjelaskan tujuan kami menitipkan tulisan Felo Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, Institut Kemajuan Islam Malaysia (IKIM). Dengan sisipan hasil karya beliau, kami berharap buah fikiran yang dilontarkannya dapat memberi gambaran mengenai isu kesihatan mental di kalangan para pekerja sektor awam dan juga sektor swasta serta masyarakat Malaysia secara umumnya. Padat dan tepat olahannya mengenai isu kesihatan mental yang melanda masyarakat Malaysia kini. Tidak dinafikan bahawa isu kesihatan mental menjadi satu cabaran yang terpaksa disahut oleh pihak pemimpin dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang berdaya saing dan maju. Untuk mencapai matlamat tersebut, tahap kesihatan masyarakat haruslah menjadi keutamaan negara. Tahap kesihatan ini bukan sahaja dari segi fizikal bahkan juga dari aspek kesihatan mental. Penubuhan Unit Psikologi dan Kaunseling di Ibu Pejabat,Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (IPJKNNS) termasuklah di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) dan Hospital Tunku Ampuan Najihah (HTAN) dilihat sangat bertepatan dan bersesuaian dalam membantu kerajaan mencapai hasrat yang diinginkan. Pendekatan psikologi dan kaunseling merupakan tindakan yang perlu dilaksanakan dalam usaha untuk membangunkan modal insan menggunakan beberapa pendekatan termasuklah perlembangan, pembangunan, pencegahan, pemulihan dan pengurusan krisis.

Secara amnya, khidmat psikologi kaunseling dilihat sangat penting dalam memacu negara ke arah sebuah negara berdaya saing dari segi tenaga manusia yang menekankan kepentingan pembangunan minda kelas pertama di Malaysia merangkumi kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Page 12: PANDUAN _PERKHIDMATAN

PANDUAN PERKHIDMATAN PEGAWAI PSIKOLOGI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DI NEGERI SEMBILAN

11

TUJUAN GARIS PANDUAN Garis panduan ini diwujudkan bertujuan untuk:

i. Memberi maklumat kepada Ketua Jabatan mengenai cara mendapatkan perkhidmatan psikologi kaunseling daripada Pegawai Psikologi,KKM di Negeri Sembilan

iii Menjelaskan tanggungjawab dan lingkungan senarai tugas Pegawai

Psikologi KKM di Negeri Sembilan PENGGUNAAN PAKAI Garis panduan ini diguna pakai oleh Pegawai Psikologi KKM yang berkhidmat di Negeri Sembilan Darul Khusus. DEFINISI Definisi perkataan merujuk kepada perkataan-perkataan yang diguna pakai dalam aktiviti yang melibatkan tugasan Pegawai Psikologi. Definisi dilakukan dengan merujuk kepada Kamus Dewan dan Pekeliling-Pekeliling Perkhidmatan Awam.

i. Pegawai Psikologi

Pegawai yang memenuhi syarat lantikan merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 29 Tahun 2007.

ii. Aplikasi Psikologi

Aktiviti psikologi dan kaunseling yang meliputi penilaian personel,pembangunan personel, penyelidikan dan intervensi.

iii. Instrumen

Peralatan atau kaedah yang digunakan untuk mengukur, merekod, menguji faktor-faktor seperti sikap, minat dan tingkah laku.

iv. Program Pengupayaan Kendiri

Program yang dilaksanakan untuk membantu meningkatkan kecemerlangan diri pegawai termasuk mereka yang berprestasi rendah dan bermasalah.

v. Psikologi

Cabang ilmu sains yang mengkaji tingkah laku, tindakan, pemikiran,

Page 13: PANDUAN _PERKHIDMATAN

PANDUAN PERKHIDMATAN PEGAWAI PSIKOLOGI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DI NEGERI SEMBILAN

12

proses mental, minda dan diri individu.

vi. Ujian Psikologi

Bentuk ujian yang telah dipiawaikan (ujian, inventori dan skala) untuk mengukur kecerdasan, kebolehan mental secara umum dan spesifik, kebolehan dalaman, nilai, minat, personaliti, motivasi dan bidang-bidang psikologi lain yang telah dibangunkan serta mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.

vii. Kaunseling

Satu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien.

viii. Intervensi

Langkah-langkah yang diambil dalam mewujudkan perubahan yang positif kepada pegawai seperti aktiviti kaunseling, pembimbing rakan sekerja dan pementoran.

ix. Pegawai Berprestasi Rendah

Pegawai yang tidak dapat menyumbang ke arah pencapaian objektif jabatan dan khususnya mereka gagal mencapai sasaran kerja tahunan (SKT) yang telah ditetapkan bersama berdasarkan tahap dan kedudukan jawatan pegawai tersebut. Pegawai seperti ini dikatakan pegawai yang tidak produktif, ‘non perfomer’, tidak mempunyai sikap bersungguh-sungguh, kurang berusaha dan kadangkala mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang rendah serta mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang rendah serta mempunyai masalah peribadi dan interpersonal relationship baik dengan pihak pengurusan, rakan sejawat atau kakitangan bawahan.

x. Pegawai Bermasalah

a. Dari segi kualiti peribadi iaitu masalah dari segi hubungannya (interpersonal relationship) dengan ketua, rakan sejawat, kakitangan bawahan dan juga dengan pelanggan dari luar. Ini disebabkan mereka ini mempunyai sikap agresif atau suka menonjolkan diri atau suka menyalahkan orang lain di samping menganggap dirinya

Page 14: PANDUAN _PERKHIDMATAN

PANDUAN PERKHIDMATAN PEGAWAI PSIKOLOGI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DI NEGERI SEMBILAN

13

sahaja yang betul. Permasalahan ini merangkumi aspek sikap, tingkah-laku, emosi dan nilai hidup seseorang individu itu;

b. Pegawai yang menghadapi masalah kesihatan mental dan fizikal,

yang pada zahir/fizikal memperlihatkan seorang pegawai yang normal tetapi dalam keadaan dan masa tertentu perangai dan tingkahlakunya berubah dan sukar dikawal;

c. Pegawai yang lemah dari segi daya kepimpinan, membuat

keputusan dan sebagainya;

d. Pegawai yang tidak dapat memberikan tumpuan kepada tugas hakikinya atau memberi keutamaan kepada tugas-tugasnya atau tidak dapat membawa organisasinya ke arah mencapai objektif yang telah ditetapkan;

e. Pegawai yang tidak dapat menghormati ketua;

f. Pegawai yang tidak dapat bekerja sebagai satu pasukan; atau

g. Pegawai yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran

dan perkembangan semasa.

xi. Klien

Individu yang mahukan khidmat runding daripada seseorang ahli profesional dalam menangani isu yang dihadapinya.

xii. Klien Sukarela

Klien yang merasakan mereka memerlukan khidmat intervensi psikososial/kaunseling bagi meningkatkan kualiti hidup secara sukarela datang mendapatkan khidmat tersebut.

xiii. Klien Dirujuk

Klien yang memerlukan khidmat psikologi dan kaunseling dan kedatangan mereka adalah dirujuk oleh Ketua Jabatan/Pakar/Pegawai Perubatan.

PENUBUHAN UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING Perkhidmatan psikologi dan kaunsling Kementerian Kesihatan Malaysia mula berperasi pada tahun 2003 di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban. Ketika itu ianya ditadbir oleh seorang pegawai. Perkhidmatan ini seterusnya dikembangkan ke Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan pada pertengahan tahun 2008. Pada

Page 15: PANDUAN _PERKHIDMATAN

PANDUAN PERKHIDMATAN PEGAWAI PSIKOLOGI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DI NEGERI SEMBILAN

14

tahun 2009, khidmat psikologi kaunseling telah ditubuhkan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah bagi memenuhi permintaan perkhidmatan.

Perkhidmatan psikologi dan kaunseling yang pada dasarnya ditubuhkan untuk memberi khidmat kepada anggota KKM telah dikembangkan khidmatnya kepada pesakit-pesakit di institusi kesihatan di Negeri Sembilan termasuklah hospital dan klinik-klinik kesihatan serta Kolej Kesihatan Sains Bersekutu di seluruh Negeri Sembilan. Perkembangan perkhidmatan dari anggota KKM ke pesakit adalah selaras dengan hasrat dan matlamat kerajaan dalam melahirkan bukan sahaja modal insan minda kelas pertama tetapi juga dalam memastikan kesejahteraan masyarakat Malaysia.

OBJEKTIF PENUBUHAN UNIT PSIKOLOGI KAUNSELING Objektif penubuhan Unit Psikologi dan Kaunseling adalah:

i. Memberi perkhidmatan psikologi dan kaunseling yang mensasarkan perkembangan positif serta produktif dalam aspek:

peribadi/intrapersonal

hubungan interpersonal

kerjaya

keluarga

masyarakat

ii. Merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program pembangunan insaniah;

iii. Memberi khidmat pendidikan kesihatan berterusan kepada pelanggan dalaman dan pelanggan luaran

VISI UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

Perkhidmatan psikologi dan kaunseling sebagai penggerak modal insan sejahtera. MISI UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING Membangun modal insan melalui aplikasi psikologi dan kaunseling. RINGKASAN TUGAS Bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan bidang psikologi/ psikologi klinikal/ kaunseling kepada klien.

Page 16: PANDUAN _PERKHIDMATAN

PANDUAN PERKHIDMATAN PEGAWAI PSIKOLOGI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DI NEGERI SEMBILAN

15

SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS PEGAWAI PSIKOLOGI DI IBU PEJABAT, JABATAN KESIHATAN NEGERI SEMBILAN a.Melaksanakan program pembangunan modal insan berdasarkan pendekatan psikologi merangkumi aspek pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi;

b.Membina modul program pembangunan modal insan; c.Melaksanakan aktiviti pemantauan, penyelidikan dan kajian pembangunan modal insan;

d.Membantu memberi khidmat rundingan berkaitan perkhidmatan psikologi dan kaunseling;

e.Membantu membangun, mentadbir dan menyediakan laporan ujian psikologi;

f.Membantu memberi input psikologi untuk tujuan pembangunan, pencegahan dan pemulihan;

g.Mengurus pegawai berprestasi rendah dan bermasalah;

h.Membantu memberi khidmat psikoterapi/ rawatan kepada klien; dan i. Melaksanakan tugas-tugas networking dan liason.

SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS PEGAWAI PSIKOLOGI DI HOSPITAL a.Melaksanakan aktiviti kaunseling/khidmat runding yang merangkumi aspek-aspek pertumbuhan dan perkembangan, intervensi, pencegahan dan pemulihan;

b.Melaksanakan intervensi psikologikal atau psikoterapi dalam merawat kecelaruan mental dan masalah emosi klien;

c.Melaksanakan triage semasa intake interview untuk mendapatkan pengetahuan asas mengenai pesakit dan membuat klasifikasi;

d.Menjalankan aktiviti-aktiviti pemulihan bagi masalah fungsi adaptasi dan lain-lain fungsi kognitif;

e.Mentadbir dan membuat skor bagi ujian psikologikal;

f.Memastikan keperluan alat-alat pengujian psikologikal adalah mencukupi;

g.Menyelaras dan menyimpan statistik kes-kes yang dikendalikan;

Page 17: PANDUAN _PERKHIDMATAN

PANDUAN PERKHIDMATAN PEGAWAI PSIKOLOGI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DI NEGERI SEMBILAN

16

h.Menyediakan laporan penilaian psikologikal kepada perujuk dan juga pihak-pihak yang memerlukan;

i.Membantu melaksanakan penyelidikan dan kajian; dan

j.Melaksanakan tugas-tugas networking dan liason. HUBUNGAN KERJA Pelanggan Dalaman

a. Rakan sekerja di unit/ bahagian/ cawangan/ daerah/ negeri; dan b. Pegawai dan kakitangan di dalam organisasi yang sama.

Pelanggan Luaran

a. Orang Awam; b. Para Profesional; c. Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan; d. Persatuan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan; dan e. Agensi-agensi antarabangsa.

PERSEKITARAN KERJA

Dalam dan luar pejabat.

PERALATAN YANG DIGUNAKAN

Alat-alat ujian dan inventori psikologi. PROSES MENDAPATKAN PERKHIDMATAN UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING BAGI ANGGOTA JKNNS UNTUK SESI KHIDMAT RUNDING Terdapat dua kategori klien (pelanggan dalaman) yang datang mendapatkan perkhidmatan Unit Psikologi dan Kaunseling. Kategori klien tersebut samaada dirujuk oleh Ketua Jabatan/Unit/Wad atau klien yang datang mendapatkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling secara sukarela. Perkhidmatan sesi khidmat runding ini terbuka kepada semua anggota Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan termasuk anggota di Kolej Kesihatan Sains Bersekutu serta para pelatih kolej.

Page 18: PANDUAN _PERKHIDMATAN

PANDUAN PERKHIDMATAN PEGAWAI PSIKOLOGI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DI NEGERI SEMBILAN

17

Berikut adalah proses mendapatkan perkhidmatan Unit Psikologi dan Kaunseling:

Rujukan daripada Ketua Jabatan/Unit/Wad

Klien Sukarela

1.Rujukan boleh dibuat untuk anggota yang bermasalah dari aspek disiplin,

mutu kerja/perkhidmatan dan anggota yang mencapai sasaran laporan

penilaian aktiviti yang kurang daripada 49.99%.

2.Ketua Jabatan/Unit/Wad dipohon

untuk mengisi borang rujukan seperti di Lampiran A.

3.Borang yang lengkap diisi boleh dihantar kepada Unit Psikologi dan

Kaunseling yang berdekatan dengan PTJ masing-masing samaada di:

Ibu Pejabat, JKNNS

Hospital Tuanku Jaafar

Hospital Tuanku Ampuan Najihah

4. Seandainya borang tersebut

dihantar ke Ibu Pejabat, JKNNS, Pegawai Psikologi di Ibu Pejabat akan

turun ke PTJ yang memohon untuk menjalankan sesi khidmat runding.

5. Sekiranya borang tersebut dihantar kepada Pegawai Psikologi di hospital, anggota yang dirujuk oleh PTJ yang

memohon perlu hadir ke sesi khidmat runding di hospital dimana borang

tersebut dihantar.

6.Pegawai Psikologi di Ibu Pejabat atau di hospital akan memaklumkan

butiran temujanji sesi khidmat runding anggota yang dirujuk kepada Ketua

Jabatan samaada melalui telefon, emel atau surat.

1.Klien sukarela terdiri daripada

anggota JKNNS yang merasakan mereka memerlukan khidmat psikologi

dan kaunseling bagi meningkatkan kualiti hidup dan secara sukarela

datang mendapatkan khidmat tersebut. Rujukan daripada Ketua

Jabatan/Unit/Wad tidak diperlukan.

2.Anggota JKNNS yang ingin mendapatkan sesi khidmat runding

secara sukarela dipohon untuk mengisi borang sesi khidmat runding seperti di

Lampiran B.

3. Borang yang lengkap diisi boleh dihantar kepada Unit Psikologi dan

Kaunseling yang berdekatan dengan PTJ masing-masing samaada di:

Ibu Pejabat, JKNNS

Hospital Tuanku Jaafar

Hospital Tuanku Ampuan Najihah

4. Seandainya borang tersebut

dihantar ke Ibu Pejabat, JKNNS, Pegawai Psikologi di Ibu Pejabat akan

turun ke PTJ yang memohon untuk menjalankan sesi khidmat runding.

5. Sekiranya borang tersebut dihantar kepada Pegawai Psikologi di hospital, anggota yang dirujuk oleh PTJ yang

memohon perlu hadir ke sesi khidmat runding di hospital dimana borang

tersebut dihantar.

6.Sila hubungi Pegawai Psikologi samaada di:

Page 19: PANDUAN _PERKHIDMATAN

PANDUAN PERKHIDMATAN PEGAWAI PSIKOLOGI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DI NEGERI SEMBILAN

18

Rujukan daripada Ketua Jabatan/Unit/Wad

Klien Sukarela

Ibu Pejabat, JKNNS

Hospital Tuanku Jaafar

Hospital Tuanku Ampuan Najihah

untuk mendapatkan butiran temujanji.

KRITERIA-KRITERIA PEGAWAI YANG BOLEH DIBERIKAN PERKHIDMATAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING Merujuk kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1998, berikut adalah kriteria-kriteria pegawai yang boleh diberikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling:

i. individu yang normal tetapi mempunyai masalah seharian yang tidak dapat diselesaikan kerana tekanan emosi, kebuntuan fikiran, dan sebagainya;

ii. individu yang menghadapi masalah personaliti dan emosi yang sederhana;

iii. individu yang tidak dapat membuat keputusan atau tidak mempunyai arah

atau matlamat hidup yang jelas; iv. individu yang mempunyai nilai penghargaan kendiri yang rendah (low self

esteem) serta tidak dapat menghargai potensi diri yang ada;

v. individu yang bersedia bekerjasama untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling.

PROSES MENDAPATKAN PERKHIDMATAN UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING BAGI PESAKIT DI HOSPITAL SERTA KLINIK KESIHATAN UNTUK SESI KHIDMAT RUNDING Di hospital, terdapat dua kategori klien iaitu in-patient dan outpatient.

Mana-mana pesakit daripada mana-mana jabatan yang khidmatnya terdapat di hospital yang boleh menjurus kepada masalah psikologi /kesihatan mental seperti konflik, tekanan, trauma, fobia dan lain-lain. Berikut adalah senarai kes-kes yang boleh rujuk ke Unit Psikologi dan Kaunseling:

Ibu tanpa nikah

Keganasan rumah tangga

Kemurungan dan kebimbangan

Penderaan kanak-kanak

Post Traumatic Stress Disorder (PTSD)

Page 20: PANDUAN _PERKHIDMATAN

PANDUAN PERKHIDMATAN PEGAWAI PSIKOLOGI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DI NEGERI SEMBILAN

19

Kecelaruan emosi

Pra dan pos pembedahan

Rogol

Cubaan bunuh diri

Penyalahgunaan dadah

Kes-kes berkaitan yang memerlukan perkhidmatan psikologi dan khidmat runding

In-patient Outpatient/Discharge

1.Kategori in-patient ialah mana-mana pesakit daripada mana-mana jabatan yang khidmatnya terdapat di hospital

yang boleh menjurus kepada masalah psikologi /kesihatan mental seperti

konflik, tekanan, trauma, fobia dan lain-lain.

2. Segala kes rujukan hendaklah

menggunakan borang khas dan perlu dirujuk oleh Pakar atau Pegawai

Perubatan.

3.Sila hubungi Pegawai Psikologi di Unit Psikologi dan Kaunseling, HTJS

atau Pegawai Psikologi di Unit Psikologi dan Kaunseling HTAN bagi mendapatkan salinan borang rujukan

tersebut.

1.Klien outpatient/discharge merujuk

kepada mana-mana pesakit yang mendapat rawatan sebagai pesakit luar atau yang telah discharge dari hospital-

hospital atau PTJ (klinik-klinik kesihatan).

2. Segala kes rujukan hendaklah

menggunakan borang khas dan perlu dirujuk oleh Pakar atau Pegawai

Perubatan.

3. Sila hubungi mana-mana Pegawai Psikologi yang berdekatan dengan PTJ

yang merujuk di Unit Psikologi dan Kaunseling, HTJS atau Pegawai Psikologi di Unit Psikologi dan

Kaunseling,HTAN bagi mendapatkan salinan borang rujukan tersebut.

4.Hospital serta klinik yang tidak mempunyai perkhidmatan Unit Psikologi dan Kaunseling boleh

merujuk pesakit kepada mana-mana hospital yang mempunyai Unit

Psikologi dan Kaunseling.

5.Bagi kes outpatient/discharge, mana-mana klien yang membawa sendiri

borang rujukan akan terus menjalani sesi khidmat runding seandainya

Pegawai Psikologi tidak mempunyai urusan rasmi. Jika tidak, klien

berkenaan akan diberikan tarikh temujanji yang baru.

Page 21: PANDUAN _PERKHIDMATAN

PANDUAN PERKHIDMATAN PEGAWAI PSIKOLOGI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DI NEGERI SEMBILAN

20

JENIS PERKHIDMATAN DI UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING Terdapat tiga khidmat utama yang terdapat di Unit Psikologi dan Kaunseling iaitu: a) Khidmat Psikologi i. Penilaian psikologi

Pentadbiran dan penilaian inventori psikometrik ii.Intervensi Psikososial

Psychososial Therapy

Sand Play Therapy

Expressive Therapy

Play Therapy

Relaxation Technique

Behavior adjusment/modification

Drawing Therapy

Terapi-terapi lain yang bersesuaian dengan klien b) Khidmat Kaunseling

Kaunseling individu

Kaunseling kelompok

Kaunseling keluarga c) Khidmat Pendidikan Psikososial

Ceramah / Bengkel

Continous Medical Education(CME)

Continous Professional Development (CPD) Mana-mana kes yang dikendalikan akan di tentukan jenis-jenis khidmat berdasarkan dapatan awal semasa sesi temubual. PENUTUP

Panduan Perkhidmatan Pegawai Psikologi, KKM yang digunapakai di Negeri Sembilan ini diharapkan dapat memudahkan pihak jabatan mendapatkan perkhidmatan Pegawai Psikologi KKM untuk disalurkan kepada PTJ di bawah seliaan Ibu Pejabat, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.

Page 22: PANDUAN _PERKHIDMATAN

PANDUAN PERKHIDMATAN PEGAWAI PSIKOLOGI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DI NEGERI SEMBILAN

21

LAMPIRAN A Borang Rujukan Perkhidmatan Khidmat Runding Individu

LAMPIRAN B Borang Sesi Khidmat Runding

*Borang-borang berkenaan boleh juga dimuat turun dari laman sesawang jknns.moh.gov.my pada link Unit Psikologi dan Kaunseling.