Panduan Proposal Kajian

download Panduan Proposal Kajian

of 26

Transcript of Panduan Proposal Kajian

  • 7/27/2019 Panduan Proposal Kajian

    1/26

    ABSTRAK

    (satu mukasurat dan satu perenggan)

    Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan penggunaan peta minda berbantukan

    komputer ke atas pencapaian murid dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan

    Kewarganegaraan. Kajian ini berbentuk kuasi-eksperimen yang melibatkan 70 orang

    murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Kumbar, dalam Daerah Kota

    Setar, Kedah. Sampel kajian dipilih secara bertujuan terdiri daripada dua kumpulan murid

    yang mempunyai tahap pencapaian yang hampir sama, dikelompokkan kepada kumpulan

    rawatan dan kumpulan kawalan. Pengkaji terlibat secara langsung dalam kajian ini,

    dengan kumpulan rawatan diajar dengan kaedah peta minda berbantukan komputer

    sementara kumpulan kawalan pula diajar secara konvensional. Instrumen kajian yang

    digunakan ialah satu set ujian pencapaian yang mengandungi 30 soalan objektif aneka

    pilihan. Kedua-dua kumpulan murid akan menduduki ujian pra dan ujian pasca.

  • 7/27/2019 Panduan Proposal Kajian

    2/26

    BAB I

    MASALAH KAJIAN

    1.1 PENDAHULUAN

    Mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan salah satu bidang

    ilmu yang penting untuk membentuk sahsiah dan jati diri setiap orang murid. Melalui

    pengetahuan, kemahiran serta nilai-nilai sivik yang diajar dalam mata pelajaran ini,

    adalah diharapkan murid-murid akan menjadi warganegara yang sihat sahsiah dan

    tingkah lakunya. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan juga diharapkan dapat

    melahirkan insan yang seimbang seperti yang terangkum di dalam Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan. Justeru guru-guru yang terlibat secara langsung dalam proses pengajaran

    dan pembelajaran adalah digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun

    dan mengolah aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian murid.

    Menurut Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran, YB Puan Komala Devi semasa

    menjawab soalan YB Chong Eng, Bukit Mertajam semasa persidangan Dewan Rakyat

    Kesebelas, pada 12 April 2005, murid-murid tahun 4, 5 dan 6 diwajibkan belajar mata

    pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan adalah untuk pembentukkan akhlak,

    kerana Kementerian Pelajaran berpendirian bahawa proses pembentukkan akhlak harus

    dilakukan secara berterusan bermula di peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat

    menengah melalui proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, aktiviti harian

    sekolah dan juga kegiatan ko-kurikulum. Sehubungan itu, kemahiran penyelidikan dan

    pembangunan dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan perlu diberi

    perhatian dan penekanan di semua peringkat. Usaha kementerian pelajaran melalui Pusat

    Perkembangan Kurikulum untuk mempekenalkan semula mata pelajaran Pendidikan

    Sivik dan Kewarganegaraan ini amatlah bertepatan masanya, memandangkan berlakunya

    masalah keruntuhan akhlak dan moral generasi muda masa kini. Kadar jenayah yang

    sedang melanda generasi muda hari ini amat membimbangkan. Oleh itu segala

    kelemahan yang dihadapi oleh murid-murid semasa mempelajari Pendidikan Sivik dan

  • 7/27/2019 Panduan Proposal Kajian

    3/26

    Kewarganegaraan perlu dikaji bagi mengenalpasti punca-punca serta mencari alternatif

    untuk mengatasinya.

    1.2 LATAR BELAKANG MASALAH KAJIAN

    Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan adalah suatu mata pelajaran teras yang telah

    diperkenalkan semula pada tahun 2005, secara berperingkat-peringkat bagi tahap dua di

    sekolah rendah dan bermula dari tingkatan satu hingga ke tingkatan lima bagi sekolah

    menengah. Kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

    merangkumi aspek-aspek pengetahuan sivik, kemahiran sivik, dan nilai-nilai sivik. Tema

    utama bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi sekolah rendah

    ialah sayangi diri, sayangi keluarga, hidup bersama di sekolah dan masyarakat, kenali

    budaya Malaysia, Malaysia negaraku dan sedia hadapi cabaran.

    Berhubung dengan tajuk Berbangga Dengan Identiti Negara di bawah tema Malaysia

    negaraku, didapati ramai murid tidak dapat menguasainya tajuk tersebut dengan baik. Di

    samping kebanyakan guru yang mengajar secara kaku, iaitu hanya menggunakan kaedah

    tradisional yang kurang sesuai dengan tuntutan zaman. Kaedah chalk and talk,

    penggunaan buku teks adalah contoh yang kerap digunapakai oleh guru-guru di dalam

    pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sedangkan bagi murid-murid kaedah

    tradisional ini tidak menarik dan membosankan. Apatah lagi mata pelajaran Pendidikan

    Sivik dan Kewarganegaraan bukanlah mata pelajaran yang terlibat dengan peperiksaan.

    Keadaan inilah yang menyumbangkan kepada murid-murid tidak menguasai

    pengetahuan, kemahiran serta nilai-nilai sivik yang akan mewatakkan mereka sebagai

    generasi yang berhemah dan berakhlak mulia.

    Faktor berikutnya, guru-guru dan pentadbir di sekolah-sekolah juga memandang mata

    pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebagai mata pelajaran ringan yang

    tidak perlu diberi penekanan. Biasanya mata pelajaran Pendidikan Sivik dan

    Kewarganegaraan diagihkan kepada guru-guru sekadar mencukupkan bilangan masa

    mengajar seminggu, supaya seimbang dengan rakan guru yang lain. Malah tidak menjadi

  • 7/27/2019 Panduan Proposal Kajian

    4/26

    perkara pelik dan aneh apabila didapati semua kelas Pendidikan Sivik dan

    Kewarganegaraan diajarkan oleh guru besar atau penolong kanan. Hal demikian berlaku

    kerana mereka beranggapan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

    adalah mata pelajaran yang mudah dan tidak merugikan murid-murid sekiranya guru

    besar atau penolong kanan tidak dapat masuk ke kelas disebabkan kesibukan masa

    dengan tugas-tugas pentadbiran.

    1.3 PERNYATAAN MASALAH (3%)

    Melalui mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, adalah diharapkan dapat

    membentuk keperibadian murid yang seimbang serta dapat memberi sumbangan terhadap

    kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara. Seterusnya, usaha ini akan dapat

    melahirkan generasi yang peka tentang hak dan tanggungjawab mereka sebagai

    warganegara, menghargai perpaduan dan mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat

    Malaysia. Matlamat yang ideal ini adalah untuk melahirkan modal insan dalam

    masyarakat seperti yang dicita-citakan oleh pihak kerajaan. Namun, sekiranya aspek

    pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dikesampingkan oleh guru-guru

    Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, harapan dan matlamat tersebut tidak mungkin

    akan menjadi kenyataan.

    Seterusnya, matlamat Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan secara umumnya ingin

    memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab murid dalam

    masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang

    bersatu padu, patriotik serta boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat,

    negara dan dunia. Matlamat seterusnya ialah untuk melahirkan murid yang setia pada

    negara, cinta akan tanahair, prihatin dan berbangga sebagai rakyat Malaysia serta boleh

    berinteraksi ke arah mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan sejahtera. Untuk

    memastikan matlamat tersebut dapat dicapai, murid-murid sepatutnya terlebih dahulu

    perlu menguasai pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai-nilai sivik. Bagaimanapun,

    melalui pemerhatian dan tinjauan yang dilakukan, pengkaji mendapati murid-murid tahun

    empat di Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Kumbar, tidak dapat menguasai pengetahuan

  • 7/27/2019 Panduan Proposal Kajian

    5/26

    sivik pada tahap yang sepatutnya. Hal demikian dapat dibuktikan melalui keputusan

    peperiksaan pertengahan tahun yang menunjukkan hanya 64% sahaja murid lulus (6%

    mendapat gred A, 25% mendapat gred B dan 33% mendapat gred C) manakala 36%

    murid gagal dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

    Justeru, pengkaji mengambil langkah untuk melihat kembali perlaksanaan pengajaran dan

    pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di peringkat

    sekolah rendah khususnya di sekolah pengkaji sendiri. Apakah terdapat kaedah yang

    sesuai untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran tersebut

    secara lebih berkesan supaya murid-murid dapat belajar dengan berkesan ke arah

    menguasai pengetahuan sivik. Penggunaan kaedah yang sesuai dan berkesan dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran adalah menjadi perkara yang amat penting. Oleh itu,

    pengkaji merasa perlu diberikan penekanan tentang penggunaan kaedah peta minda

    dengan berbantukan komputer semasa mengajarkan tajuk Berbangga Dengan Identiti

    Negara.

    Beberapa kajian lepas mendapati bahawa penggunaan kaedah peta minda dalam

    pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dalam

    sesuatu mata pelajaran (Altablig bt Ali 2006, Asma binti Ishak 2005, Rusilah Jais et. al

    2004, dan Sim Ah Hock et. al 1997). Pengkaji mengharapkan penggunaan peta minda

    dengan berbantukan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk

    Berbangga Dengan Identiti Negara akan dapat meningkatkan pencapaian dalam

    Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Seterusnya pengkaji juga mengharapkan kajian

    yang akan dijalankan ini akan memberikan hasil yang positif, untuk memartabatkan mata

    pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di kalangan murid-murid.

    1.4 TUJUAN / OBJEKTIF KAJIAN (4%)

    Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan peta minda yang

    dibantu oleh komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

    Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi tajuk Berbangga Dengan Identiti Negara

  • 7/27/2019 Panduan Proposal Kajian

    6/26

    yang terkandung dalam Sukatan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tahun empat.

    Tajuk ini meliputi Rukunegara, Negaraku, Jalur Gemilang, Jata Negara, Bahasa

    Kebangsaan dan Bunga Kebangsaan.

    1.5 SOALAN KAJIAN (2%)

    i. Adakah terdapat perbezaan min pencapaian Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

    yang signifikan antara kumpulan yang menggunakan kaedah peta minda berbantukan

    komputer dan kumpulan yang belajar secara konvensional?

    ii. Adakah terdapat perbezaan min pencapaian Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

    yang signifikan antara murid lelaki dan murid perempuan dalam kumpulan yang belajar

    menggunakan kaedah peta minda berbantukan komputer?

    1.6 HIPOTESIS KAJIAN

    Ho1: Tidak terdapat perbezaan min pencapaian yang signifikan dalam ujian pasca di

    antara kumpulan yang belajar menggunakan kaedah peta minda berbantukan komputer

    dengan min pencapaian kumpulan yang belajar menggunakan kaedah konvensional.

    Ho2: Tidak terdapat perbezaan min pencapaian yang signifikan dalam ujian pasca di

    antara murid lelaki dan murid perempuan dalam kumpulan yang belajar menggunakan

    kaedah peta minda berbantukan komputer.

    1.7 KEPENTINGAN KAJIAN (1%)

    Kajian seperti ini penting kerana dapatan hasil kajian nanti dijangka dapat membantu

    guru membuat refleksi tentang pengajarannya serta memperbaiki kaedah dan teknik

    pengajaran agar sesuai dengan tahap kesediaan dan minat murid. Dalam proses

    pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan guru seharusnya menggunakan

    kaedah pengajaran yang boleh meransang pembelajaran murid. Kaedah peta minda

  • 7/27/2019 Panduan Proposal Kajian

    7/26

    dengan berbantukan komputer akan dapat mengekalkan tumpuan dan perhatian murid

    kepada pengajaran guru dan seterusnya akan meningkatkan pencapaian.

    Hasil kajian ini juga penting kepada murid-murid yang berpencapaian rendah dalam

    Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Kemungkinan faktor ini disebabkan oleh kaedah

    pengajaran guru secara tradisional dan membosankan. Dengan penggunaan kaedah peta

    minda yang memaparkan imej, warna, frasa serta garisan anak panah yang sesuai akan

    membantu murid-murid untuk menguasai kemahiran yang dipelajari dan menghindarkan

    rasa bosan semasa pembelajaran. Murid-murid akan lebih mudah mengingati isi pelajaran

    kerana tidak perlu membaca ayat yang panjang serta sukar difahami. Imej, warna, frasa,

    dan sebagainya itu tidak terlalu abstrak berbanding dengan syarahan guru. Tony Buzan

    (2006) berpendapat, secara nyata peta minda merupakan penggunaan grafik. Kata kunci

    dalam peta minda selalunya dihasilkan dalam bentuk gambaran atau pola kerana otak

    manusia lebih mudah menerima ransangan yang berbentuk pola.

    Selanjutnya kajian ini juga dapat meransang guru-guru Pendidikan Sivik dan

    Kewarganegaraan untuk lebih bersedia, kreatif dan sentiasa peka dengan tugas mendidik

    di dalam bilik darjah. Penggunaan peta minda dengan berbantukan komputer menuntut

    seseorang guru itu membuat persediaan yang rapi sebelum memulakan pengajaran. Guru-

    guru juga akan lebih kreatif untuk menghasilkan peta minda yang menarik, padat dan

    mudah untuk difahami oleh murid-murid.

    Selain itu, hasil kajian ini juga mungkin mempunyai kepentingan kepada pihak

    pentadbiran sekolah, yakni guru besar yang ingin tahu kaedah yang sesuai untuk

    digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terutamanya mata pelajaran

    Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Kaedah peta minda dengan berbantukan

    komputer dapat dilaksanakan oleh guru-guru kerana kebanyakan guru-guru telah

    menguasai kemahiran asas menggunakan komputer.

    1.8 BATASAN KAJIAN (1%)

  • 7/27/2019 Panduan Proposal Kajian

    8/26

    Kajian ini melibatkan 70 orang murid daripada dua buah kelas tahun empat di Sekolah

    Kebangsaan Jalan Datuk Kumbar, Kedah. Sampel dipilih secara bertujuan untuk maksud

    kajian. Oleh itu, dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan mana-mana kumpulan

    lain.

    Kajian ini hanya melibatkan tajuk Berbangga Dengan Identiti Negara yang terkandung

    dalam Sukatan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tahun empat. Tajuk ini meliputi

    Rukunegara, Negaraku, Jalur Gemilang, Jata Negara, Bahasa Kebangsaan dan Bunga

    Kebangsaan. Tajuk ini akan diajarkan dalam masa empat minggu sahaja.

    Semasa kajian dijalankan, pengkaji sendiri yang akan mengajar kedua-dua kumpulan

    rawatan dan kumpulan kawalan. Langkah ini mungkin akan memberi kesan ke atas

    keputusan kajian.

    1.9 DEFINISI ISTILAH

    1.9.1 Ujian pra ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua sampel bagi kumpulan

    rawatan dan kumpulan kawalan sebelum kajian dijalankan.

    1.9.2 Ujian pasca ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua sampel bagi

    kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan diakhir kajian dijalankan.

    1.9.3 Ujian rintis ialah satu ujian yang diberikan kepada kumpulan murid yang tidak

    terlibat dalam kajian untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaannya.

    1.9.4 Kumpulan rawatan ialah kumpulan murid yang diajarkan dengan menggunakan

    kaedah peta minda.

    1.9.5 Kumpulan kawalan ialah kumpulan murid yang diajar dengan kaedah konvensional.

    1.9.6 Peta minda merupakan satu pembinaan yang dibuat di atas sehelai kertas, idea

  • 7/27/2019 Panduan Proposal Kajian

    9/26

    penting diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang berkaitan

    dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah

    geometri, warna dan sebagainya. Dalam kajian ini, peta minda yang digunakan

    dipaparkan melalui skrin, berbantukan komputer dan Liquid Crystal Display (LCD).

    1.9.7 Berbantukan komputer ialah penggunaan komputer dalam pengajaran dan

    pembelajaran sebagai alat (tool) untuk membantu pelajar mempelajari sesuatu topik, idea

    atau kemahiran.

    1.10 RUMUSAN

    Bab ini menghuraikan tentang masalah kajian, tujuan dan persoalan kajian yang hendak

    dijawab, kepentingan kajian, batasan kajian serta beberapa definisi istilah yang menjadi

    komponen penting dalam setiap kajian. Pengkaji ingin membuat kajian mengenai

    keberkesanan penggunaan peta minda berbantukan komputer dalam pengajaran dan

    pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tahun empat bagi tajuk

    Berbangga Dengan Identiti Negara.

  • 7/27/2019 Panduan Proposal Kajian

    10/26

    BAB II

    TINJAUAN LITERATUR(12%)

    2.1 PENDAHULUAN

    Tujuan kajian ini dijalankan antara lain adalah untuk menggunakan satu kaedah yang

    sesuai serta boleh membantu murid meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran

    Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Pengkaji menggunakan kaedah peta minda

    dengan berbantukan komputer untuk mengajarkan tajuk Berbangga Dengan Identiti

    Negara yang terdapat dalam sukatan pelajaran tahun empat. Dalam bab ini juga pengkaji

    mengutarakan literatur-literatur berkaitan mengenai peta minda, teori-teori yang

    berkaitan serta beberapa kajian berkaitan yang telah dijalankan mengenai peta minda dan

    pembelajaran berbantukan komputer.

    2.2 LITERATUR BERKAITAN PETA MINDA

    Peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1960an sebagai kaedah

    yang boleh membantu pelajar, mencatat nota dengan ringkas dan berkesan. Menurut

    Subadrah (2001), penggunaan peta minda semakin penting sebagai satu kemahiran

    mengorganisasi maklumat dan menghuraikan konsep atau objektif secara teratur.

    Shahabudin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2007) menyatakan, peta minda

    membolehkan kita merangka, mencatat nota, merekodkan maklumat atau peristiwa,

    merancang aktiviti atau membuat sesuatu persembahan. Peta minda yang dibentuk

    biasanya pelbagai dan bergantung kepada kreativiti seseorang.

    Peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semua maklumat

    daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Menurut Poh Swee

    Hiang (2006), peta minda dibentuk berdasarkan bagaimana otak manusia merakam dan

    memproses maklumat secara linear dan dalam masa yang sama membuat pengelolaan

    yang menyeluruh seperti menghubungkait, membanding, menganlisa dan sebagainya.

  • 7/27/2019 Panduan Proposal Kajian

    11/26

    Peta minda adalah kebiasaannya dibina di atas sehelai kertas. Idea penting atau idea

    utama diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang berkaitan

    dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah

    geometri, imej, underlining, anak panah, warna dan sebagainya. Peta minda juga boleh

    menjimatkan masa dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran. Dalam proses

    pembelajaran, seseorang murid itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran

    dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Menurut Dilip Mukerjea (1996), melalui

    peta minda seseorang itu dapat .... learn more, remember more, use less paper, invest less

    effort ... yang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu

    pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu

    banyak kertas serta tenaga.

    Semasa membina peta minda, maklumat penting yang disusun dan dikelolakan dengan

    cara keseluruhan. Susunan sedemikian dapat menghasilkan struktur pola yang kreatif

    selaras dengan cara otak seseorang memproses maklumat. Penggunaan peta minda lebih

    mudah untuk dirakamkan dalam ingatan jangka panjang. Poh Swee Hiang (2006)

    berpendapat, peta minda membantu anda mencatat nota dengan pantas dan mengelakkan

    pengulangan perkataan. Nota tersebut wujud sebagai satu gambaram mental yang

    lengkap, bermakna dan senang diingati.

    Penggunaan peta minda dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan boleh membantu

    mencapai beberapa matlamat. Menurut Ab Fatah Hassan (1994), antaranya

    mengorganisasi maklumat, membantu kepada pengekalan ingatan, membuat perkaitan

    antara pengetahuan yang baru dengan pengetahuan sedia ada, membantu kepada

    pengekalan konsep baru, memperjelas dan mengvisualisasikan struktur kognitif pelajar

    dan menggalakkan kreativiti. Faktor tersebut juga boleh menarik minat murid terhadap

    proses pengajaran dan pembelajaran guru.

    Keberkesanan peta minda ini telah diakui oleh pelajar cemerlang SPM 2006, Nadia

    Rohani Malik Panter-Brick, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq,

    Besut, Terengganu. Beliau mendapat pangkat 1A dalam kesemua 14 mata pelajaran yang

  • 7/27/2019 Panduan Proposal Kajian

    12/26

    diambil dalam peperiksaan tersebut. Pejabat Pendidikan Daerah Besut (23 Mac 2007)

    melaporkan, Nadia yang bercita-cita menjadi seorang doktor pakar menggunakan kaedah

    peta minda Tony Buzan bagi memudahkannya mengulangkaji dan menghafal pelajaran.

    Sasterawan terkenal tanahair, A. Samad Said telah mengadakan pameran Daerah Samad

    100 lakaran oleh A. Samad Said di Galeri Petronas, Suria KLCC. Menurut Johanna A.

    Sobrey (25 Jun 2007), manuskrip-manuskrip itu hasil tulisan tangan Pak Samad sendiri

    berperanan sebagai peta minda yang mengungkapkan secara intim, telus dan langsung

    sejarah pembentukkan karya-karya sasteranya dari mula sampai tamat. Selanjutnya

    dijelaskan, disebalik tompokan dan garisan-garisan halus mahupun cakaran liar, turut

    tersisip kata-kata puitis dan mesej mendalam yang meneropong kehidupan, keadaan serta

    perkara yang berlaku di persekitaran dan pelbagai perkara yang bermain di minda Pak

    Samad. Ini menunjukkan kelebihan penggunaan peta minda dalam membuat catatan idea

    sebelum dikembangkan dalam bentuk penulisan naratif.

    2.3 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

    Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah amatlah

    digalakkan, kerana penggunaan komputer dapat menarik minat murid-murid untuk

    mengikuti pembelajaran dengan lebih sistematik. Menurut Nor Hayati (2002), salah satu

    kaedah yang sesuai digunakan untuk menarik minat murid-murid ialah pengajaran dan

    pembelajaran berbantukan komputer, iaitu satu pengajaran yang dibantu oleh komputer

    dengan melibatkan perisian-perisian yang sesuai samada dicipta sendiri atau telah dicipta

    oleh orang lain untuk tajuk-tajuk tertentu. Ahmad Nizar (1997) pula berpendapat,

    pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ialah satu situasi pembelajaran di

    mana murid-murid dapat berinteraksi dan dibimbing oleh komputer melalui satu program

    pembelajaran terancang yang bertujuan untuk mencapai matlamat pembelajaran.

    Menurut Kanagambal (1977), pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ialah

    satu situasi di mana komputer digunakan untuk mengajar dan mengasah sesuatu

    kemahiran. Selain itu beliau menyatakan bahawa melalui pengajaran dan pembelajaran

  • 7/27/2019 Panduan Proposal Kajian

    13/26

    berbantukan komputer, adalah usaha untuk menyampaikan maklumat, membimbing,

    melatih dan menilai prestasi murid-murid. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan

    komputer juga dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang menarik dan lebih efektif

    kerana pelajaran dapat disampaikan dengan cara yang lebih menghiburkan. Menurut

    Kanagambal lagi, antara matlamat yang dicapai oleh pelajar melalui pengajaran dan

    pembelajaran berbantukan komputer ialah mempelajari sesuatu dengan lebih cepat, lebih

    mudah serta lebih banyak mengingati kembali bahan yang dipelajari, merperoleh sikap

    positif terhadap alat komputer, dapat berinteraksi dengan komputer dengan lebih aktif

    dan fleksibel dalam pembelajaran, iaitu pelajar menentukan cara menggunakan bahan

    pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer.

    Seterusnya, menurut Mohamad Hasan (1998), penggunaan komputer dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah mempunyai banyak kelebihan. Antaranya

    ialah (i) komputer mampu mendorong pembelajaran dilaksanakan secara interaktif dan

    secara tidak langsung akan menimbulkan suasana seronok belajar, (b) kecanggihan bahan

    grafik pada program komputer boleh menambahkan lagi daya kreativiti pelajar dan

    memperbaiki kemahiran penulisan murid, (c) terdapat beberapa program komputer yang

    mencabar, yang mendorong kepada kemahiran berfikir di kalangan murid, (d) guru-guru

    dapat berperanan sebagai fasilitator dan mampu membantu murid sepenuhnya dari segi

    isi pelajaran, (e) pelajar boleh mengikuti pelajaran pada bila-bila masa dan merasa kurang

    tertekan, dan (f) komputer dapat membekalkan maklumat terkini, mengambil semua

    maklumat, menyalin maklumat, menyimpan maklumat dan memaparkan maklumat untuk

    perbincangan atau persembahan.

    Mengenai konsep pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer pula, Zoraini Wati

    Abas (1992) berpendapat, langkah pertama penggunaan komputer di dalam kurikulum

    sekolah menjurus kepada pembelajaran berbantukan komputer yang boleh dianggap

    sebagai alat (tool) untuk membantu pelajar mempelajari sesuatu topik, idea atau

    kemahiran. Komputer yang digunakan di sekolah boleh diaplikasikan melalui pelbagai

    cara untuk menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran guru. Perhatian yang diberikan

  • 7/27/2019 Panduan Proposal Kajian

    14/26

    semasa proses pembelajaran sangat penting, kerana melalui perhatian tersebut akan

    menatijahkan sesuatu yang diharapkan.

    2.4 TEORI-TEORI BERKAITAN

    (sekurang-kurangnya 5 teori)

    Selain daripada bukti-bukti kejayaan penggunaan peta minda dan kelebihan-kelebihan

    pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, terdapat juga beberapa teori serta

    pandangan yang sesuai atau yang menyokong penggunaan peta minda dapat memberi

    manfaat kepada proses pembelajaran. Antaranya Teori Pembelajaran Gestalt /Kognitif,

    Teori Ausubel, dan Teori Pelbagai Kecerdasan (Gardner). Ahli-ahli psikologi gestalt atau

    kognitif berpendapat, dalam proses pembelajaran, pelajar membentuk struktur kognitif

    dalam ingatannya. Ragbir Kaur (2006) menyatakan, setiap kali seseorang individu itu

    belajar, dia akan menyusun segala pengalaman yang dipelajari dan menyimpannya di

    dalam ingatan. Penggunaan peta minda adalah selari dengan pendapat mazhab gestalt

    yang berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk

    mengelola, menyusun, menyimpan dan menggunakan semula segala pengalaman yang

    tersimpan untuk membolehkan dia menghubungkaitkan pertalian antara pengalaman

    tersimpan dengan masalah dihadapi.

    David Ausubel seorang ahli psikologi kognitif yang menekankan penguasaan maklumat

    melalui penggunaan bahasa yang bermakna. Menurut Ragbir Kaur (2006), maklumat

    yang dipelajari secara bermakna dapat diingat dengan lebih lama berbanding dengan apa

    yang dipelajari secara hafazan. Dr Ismail Zain (13 Jun 2005) Utusan Malaysia, telah

    menyatakan pembelajaran secara hafalan tidak dapat membentuk insan yang kritis dan

    kreatif, malah tidak sesuai dengan zaman yang serba maju ini. Selanjutnya beliau

    berpendapat penggunaan peta minda dan pengurusan grafik adalah sesuai ke arah

    memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna.

    Gardner yang terkenal dengan teori kecerdasan pelbagai menyatakan bahawa kecerdasan

    adalah kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah. Menurut Ramlan Hamzah dan

  • 7/27/2019 Panduan Proposal Kajian

    15/26

    Lily Mastura Harun (2006) dalam penyelesaian masalah terdapat pelbagai cara bukan

    hanya tertumpu kepada satu cara tertentu sahaja dan Gardner telah mengenalpasti

    sembilan jenis kecerdasan yang ada dalam diri individu. Dalam proses pembelajaran

    menggunakan peta minda adalah amat sesuai terutamanya bagi murid-murid yang

    mempunyai kecerdasan visual dan ruang, kecerdasan bahasa dan kecerdasan

    interpersonal. Dalam sesuatu kumpulan pembelajaran yang dibentuk mungkin terdapat

    ahli kumpulan yang berbeza kecerdasan. Perbezaan tersebut dapat membantu murid-

    murid untuk menghasilkan peta minda yang kreatif dan asli.

    2.5 KAJIAN BERKAITAN

    (kajian 2008-2012 kene ade data, sample, intrumen dll setiap kajian lampau satu

    perenggan)

    Kajian-kajian berkaitan dengan penggunaan peta minda telah banyak dijalankan oleh

    pengkaji-pengkaji di kalangan pendidik sendiri. Antaranya ialah Altablig bt Ali (2006),

    Asma binti Ishak (2005), Rusilah Jais et. al (2004), dan Sim Ah Hock et.al (1997). Begitu

    juga terdapat kajian yang berkaitan dengan pembelajaran Pendidikan Sivik dan

    Kewarganegaraan berbantukan komputer oleh Kam Foo Kong (2006).

    Altablig bt Ali (2006) telah menjalankan kajian tentang penggunaan peta minda dalam

    mengingati konsep atau fakta sejarah ke atas 35 orang pelajar tingkatan 4 di Sekolah

    Menengah Pekan Baru, Parit Buntar. Hasil dapatan kajian tersebut menunjukkan pelajar

    yang berpencapaian sederhana telah meningkat sebanyak 60% manakala pelajar yang

    lemah hanya 6% sahaja. Beliau merumuskan bahawa penggunaan peta minda dapat

    membantu pelajar-pelajar sederhana mengingat fakta sejarah bagi mendapat markah

    terutamanya dalam soalan struktur Kertas 2.

    Asma binti Ishak (2005), telah menjalankan kajian ke atas 30 orang murid tahun 4 Arif di

    Sekolah Kebangsaan Jelempok. Kajian beliau, penggunaan peta minda dapat

    meningkatkan kemahiran mencatat nota. Dapatan kajian beliau menunjukkan berlaku

    peningkatan kumpulan pencapaian tinggi dalam ujian pasca menjadi 40% berbanding

  • 7/27/2019 Panduan Proposal Kajian

    16/26

    ujian pra 7%. Bagi kumpulan pencapaian rendah pula menurun kepada 3% dalam ujian

    pasca berbanding 40% dalam ujian pra. Sehubungan itu beliau berpandangan bahawa

    penggunaan peta minda dalam mencatat nota adalah berjaya.

    Seterusnya Rusilah Jais et. al (2004) juga telah menjalankan kajian tentang penggunaan

    peta minda bagi mata pelajaran matematik di kalangan pelajar perakaunan. Kajian

    tersebut melibatkan seramai 158 responden di kalangan pelajar-pelajar matrikulasi. Hasil

    dapatan kajian tersebut menunjukkan berlakunya peningkatan pelajar yang mendapat

    gred A sebanyak 26.6% dalam ujian pasca berbanding 7% dalam ujian pra. Pelajar yang

    mendapat gred B juga meningkat daripada 7.6% dalam ujian pra kepada 12% dalam ujian

    pasca. Bagi gred C menunjukkan penurunan peratus dalam ujian pasca iaitu 3.2%

    berbanding 10.1% dalam ujian pra. Rusilah Jais et. al (2004) merumuskan bahawa

    penggunaan peta minda dalam mata pelajaran matematik adalah berkesan.

    Sim Ah Hock et.al (1997), telah menjalankan kajian tentang kesan strategi pemetaan

    konsep terhadap pemprosesan maklumat Sains dengan berbantukan komputer ke atas 141

    orang pelajar semester 3 di lima buah maktab perguruan. Dapatan kajian tersebut

    dirumuskan bahawa, terdapat perbezaan min dalam ketiga-tiga pemboleh ubah bersandar

    antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan adalah signifikan, dengan kumpulan

    eksperimen memperolehi skor yang lebih tinggi daripada kumpulan kawalan. Oleh itu

    dapatan kajian menyokong pengintegrasian strategi pemetaan konsep untuk memproses

    maklumat dengan pembelajaran berbantukan komputer.

    Kam Foo Kong (2006), menjalankan kajian ke atas 42 orang pelajar tingkatan 1L di

    Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keledang. Kajian beliau tentang meningkatkan

    minat pelajar kepada mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan melalui

    kaedah pembelajaran berbantukan komputer. Hasil dapatan kajian beliau menunjukkan

    pelajar yang memperolehi skor 40% ke atas (lulus) dalam ujian pasca meningkat kepada

    86% berbanding 47.6% dalam ujian pra. Pelajar yang memperolehi skor 40% ke bawah

    (gagal) pula menurun kepada 14% dalam ujian pasca berbanding 52.4% dalam ujian pra.

    Dengan demikian Kam Foo Kong merumuskan bahawa kaedah pengajaran Pendidikan

  • 7/27/2019 Panduan Proposal Kajian

    17/26

    Sivik dan Kewarganegaraan menggunakan komputer telah menunjukkan peningkatan

    pencapaian yang ketara.

    2.6 RUMUSAN

    Berdasarkan literatur berkaitan dan kajian-kajian yang berkaitan telah menunjukkan

    bahawa kaedah penggunaan peta minda serta peta minda dengan berbantukan komputer

    dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan memberikan kesan yang positif

    terhadap pencapaian murid-murid. Peta minda yang digunakan dalam pengajaran dan

    pembelajaran juga seiring dan sesuai dengan pandangan dan teori-teori pembelajaran

    seperti Teori Gestalt / Kognitif , Teori Ausubel dan Teori Kecerdasan Gardner.

  • 7/27/2019 Panduan Proposal Kajian

    18/26

    BAB III

    KAEDAH KAJIAN

    3.1 PENDAHULUAN

    Kajian ini adalah mengenai kaedah penggunaan peta minda dengan berbantukan

    komputer dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi tajuk

    Berbangga Dengan Identiti Negara. Dalam bab ini, pengkaji menyatakan kaedah kajian

    yang akan digunakan dalam kajian ini. Kaedah kajian yang akan digunakan dalam kajian

    ini pula akan menerangkan reka bentuk kajian, populasi dan sampel, alat kajian yang

    digunakan, tatacara pengumpulan data dan seterusnya tatacara penganalisaan data.

    3.2 REKA BENTUK KAJIAN (3%)

    Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen yang melibatkan dua kumpulan

    kelas tahun empat, iaitu kumpulan pertama yang disebut sebagai kumpulan rawatan, dan

    kumpulan kedua disebut sebagai kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan rawatan dan

    kumpulan kawalan akan diberi ujian pra sebelum kajian dijalankan, manakala ujian pasca

    pula akan diberikan diakhir kajian dijalankan. Jangka masa kajian ini dicadangkan selama

    empat minggu dan pengkaji akan menjalankan pengajaran bagi kedua-dua kumpulan,

    agar dapat mengurangkan ralat dalam kajian ini.

    Untuk menjalankan kajian kuasi eksperimen ini, pengkaji memilih dua buah kelas yang

    telah sedia ada, di mana kumpulan rawatan menerima pembelajaran dengan

    menggunakan kaedah peta minda untuk mempelajari tajuk Berbangga Dengan Identiti

    Negara sementara kumpulan kawalan akan menerima pembelajaran tajuk yang sama

    dengan menggunakan kaedah konvensional. Menurut Azizi Yahaya et.al (2007),

    kumpulan rawatan biasanya menerima atau mengalami satu layanan baru yang sedang

    dalam kajian, sementara kumpulan kawalan menerima layanan yang berbeza ataupun

    dikekalkan dalam bentuk biasa. Kedua-dua kumpulan tersebut akan diberi ujian pra dan

  • 7/27/2019 Panduan Proposal Kajian

    19/26

    ujian pasca sebelum dan selepas kajian dijalankan. Walaupun pemilihan sampel tidak

    dilakukan secara rawak, pengkaji akan mengenalpasti bahawa sampel bagi kedua-dua

    kumpulan tersebut mempunyai kebolehan pencapaian yang hampir sama berdasarkan

    peperiksaan pertengahan tahun bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan

    Kewarganegaraan.

    Tujuan reka bentuk kuasi eksperimen ini dipilih ialah untuk mengenalpasti perbezaan

    pencapaian Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan untuk tajuk Berbangga Dengan

    Identiti Negara bagi kedua-dua kumpulan, iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan

    kawalan. Di dalam reka bentuk kuasi eksperimen ini terdapat dua pemboleh ubah yang

    dikaji, iaitu pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tak bersandar (bebas). Di

    dalam kajian ini pemboleh ubah bersandar ialah pencapaian Pendidikan Sivik dan

    Kewarganegaraan untuk tajuk Berbangga Dengan Identiti Negara yang diperolehi

    melalui ujian pra dan ujian pasca, manakala pemboleh ubah tak bersandar ialah kaedah

    pengajaran dengan menggunakan peta minda dengan berbantukan komputer dan kaedah

    konvensional. Menurut Azizi Yahaya et. al (2007), satu bahagian daripada persekitaran

    yang dimanipulasikan adalah pemboleh ubah tak bersandar, manakala kesan tingkah laku

    manipulasi adalah pemboleh ubah bersandar, iaitu apa yang diukur.

    Selain pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar, terdapat pemboleh

    ubah-pemboleh ubah luaran atau pemboleh ubah ekstranus yang mungkin mengganggu

    keputusan kajian, seperti kaedah pemilihan sampel, interaksi antara kumpulan, jangka

    masa kajian dan penyediaan soalan. Bagi mengawal pemboleh ubah-pemboleh ubah

    ekstranus tersebut, beberapa langkah wajar diberi perhatian. Antaranya, pemilihan sampel

    yang terdiri daripada dua kumpulan pelajar mestilah berada pada tahap pencapaian

    Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang hampir sama. Selain itu, min ujian pra

    untuk kedua-dua kumpulan akan dianalisis melalui ujian-t untuk melihat bahawa tiada

    wujud perbezaan yang signifikan dari segi kebolehan atau pencapaian Pendidikan Sivik

    dan Kewarganegaraan sebelum kajian dijalankan. Ujian keseragaman varians juga akan

    dijalankan bagi menentukan kehomogenan kumpulan.

  • 7/27/2019 Panduan Proposal Kajian

    20/26

    3.3 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN (3%)

    Populasi dalam kajian ini ialah semua murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan Jalan

    Datuk Kumbar. Semua murid telah mengikuti mata pelajaran Pendidikan Sivik dan

    Kewarganegaraan berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran yang telah disediakan oleh

    Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Dua buah kelas telah

    dipilih daripada empat buah kelas tahun empat secara bertujuan bagi maksud kajian ini

    sebagai sampel. Sampel terdiri daripada 70 orang pelajar yang hampir sama pencapaian.

    Mereka ini dikelompokkan kepada dua kumpulan, 35 orang dikelompokkan ke dalam

    kumpulan rawatan, manakala 35 orang lagi dikelompokkan ke dalam kumpulan kawalan.

    3.4 ALAT KAJIAN (4%)

    Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set ujian pencapaian ( ujian pra

    dan ujian pasca). Ujian pencapaian ini terdiri daripada 30 soalan objektif aneka pilihan

    dengan tiga pilihan jawapan (A, B dan C), yang berkaitan dengan tajuk Berbangga

    Dengan Identiti Negara. Semua item ujian pencapaian ini telah dibina sendiri oleh

    pengkaji berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (2003),

    Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4, (2004) dan

    Buku Teks Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, KBSR Tahun 4, (2004).

    Bagi menentukan kesahan kandungan, pengkaji telah membina item-item dalam alat

    kajian ini berdasarkan jadual penentu ujian (JPU) mengikut aras Taksanomi Bloom. Bagi

    meningkatkan lagi kesahan kandungannya pengkaji juga telah merujuk kepada beberapa

    orang guru yang berpengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

    Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi mendapatkan pandangan dan komen

    mereka. Berdasarkan ulasan guru-guru pakar tersebut pengkaji telah membaiki dan

    menggantikan beberapa item yang kurang sesuai.

    Pengkaji telah menjalankan ujian rintis ke atas ujian pencapaian menggunakan kaedah

    uji-ulang-uji untuk mendapatkan pekali kebolehpercayaan alat kajian. Dua ujian yang

  • 7/27/2019 Panduan Proposal Kajian

    21/26

    sama ditadbirkan ke atas 34 orang pelajar yang tidak terlibat dalam kajian ini dalam jarak

    masa tiga minggu bagi melihat ketekalan alat kajian. Menurut Mohd Majid Konting

    (2004), markat-markat yang didapati daripada pengukuran pertama dan pengukuran

    kedua dikorelasikan. Pekali korelasi yang terhasil merupakan indeks kebolehpercayaan,

    sekiranya pekali korelasi positif dan teguh maka indeks kebolehpercayaan bagi alat ukur

    tersebut adalah tinggi.

    Berdasarkan data skor ujian kali pertama dan skor ujian kali kedua, analisis korelasi

    Pearson telah dijalankan ke atas skor-skor tersebut. Keputusan analisis korelasi Pearson

    menunjukkan nilai pekali korelasi, r = 0.861 (p < 0.05). Ini menunjukkan bahawa skor

    ujian pertama dan skor ujian kedua mempunyai korelasi yang tinggi dan signifikan. Oleh

    itu, alat kajian yang dibina untuk mengukur pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian

    pasca mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan sesuai digunakan.

    3.5 TATACARA PENGUMPULAN DATA KAJIAN (1%)

    Kajian akan dijalankan di Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Kumbar melibatkan 70

    sampel yang dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kedua-dua

    kumpulan dikehendaki menduduki ujian pra. Pengkaji menguruskan sendiri ujian pra

    tersebut dan pengkaji menyemak skor yang diperolehi oleh sampel bagi kedua-dua

    kumpulan. Pengkaji melibatkan diri secara terus dengan mengajar kedua-dua kumpulan

    tersebut. Kumpulan kawalan diajar menggunakan kaedah konvensional sementara

    kumpulan rawatan menggunakan kaedah peta minda dengan berbantukan komputer.

    Kedua-dua kaedah pengajaran ini akan dijalankan dalam masa empat minggu. Pada hari

    terakhir kajian, semua pelajar dalam kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan akan

    menduduki ujian pasca, dengan menggunakan set soalan yang sama dengan ujian pra.

    Seterusnya skor ujian pasca akan dikumpulkan untuk dianalisis oleh pengkaji.

    3.6 TATACARA PENGANALISAAN DATA KAJIAN (3%)

    Keputusan ujian pra dan ujian pasca yang telah dikumpulkan akan dianalisis dengan

  • 7/27/2019 Panduan Proposal Kajian

    22/26

    menggunakan sistem perisian Statistical Packages for Social Science, SPSS Windows

    Release 14.0. Untuk menjawab persoalan kajian, pengkaji menggunakan ujian-t dan

    ujian-F. Ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan min pencapaian, manakala ujian-F

    digunakan untuk melihat keseragaman varians kumpulan.

    3.7 RUMUSAN

    Kajian ini adalah kajian berbentuk kuasi eksperimen yang melibatkan dua kumpulan

    sampel, iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Sampel kajian terdiri daripada

    70 orang pelajar tahun empat di Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Kumbar. Kedua-dua

    kumpulan tersebut akan menduduki ujian pra sebelum kajian dijalankan dan ujian pasca

    diakhir kajian dijalankan. Data-data dari kedua-dua ujian tersebut dikumpulkan dan

    dianalisiskan dengan menggunakan ujian-t dan ujian-F. Hasil daripada penganalisaan

    statistik ke atas data yang diperolehi akan memberikan pengkaji keputusan samada proses

    pengajaran dan pembelajaran menggunakan peta minda dengan berbantukan komputer

    bagi tajuk Berbangga Dengan Identiti Negara dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik

    dan Kewarganegaraan tahun empat berkesan atau tidak bagi meningkatkan pencapaian

    dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan para pelajar.

  • 7/27/2019 Panduan Proposal Kajian

    23/26

    RUJUKAN

    Ab. Fatah Hassan. 1994. Penggunaan minda yang optimum dalam pembelajaran.

    Kuala Lumpur : Universiti Teknologi Malaysia.

    Ahmad Nizar. 1997. Sejauhmanakah keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran

    berbantukan komputer bagi mata pelajaran dalam operasi asas matematik murid-murid

    tahun 5 Sek. Keb. Jabi dari aspek minat dan pencapaian. Kertas Projek KSPK Institut

    Perguruan Darulaman.

    Aminuddin Mansor (10 Mac 2006). Daya ingatan penting Semasa Belajar.

    [atas talian] http://www.islam.gov.my/e-rujukan [31 Mei 2007]

    Altablig Ali. 2006. Penggunaan peta minda dalam meningkatkan konsep atau fakta

    sejarah-Bab 1 Tingkatan 4. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan. Jabatan

    Pendidikan Perak. hlm, 8799.

    Asma Ishak. 2005. Meningkatkan kemahiran mencatat isi-isi penting di kalangan murid

    tahun 4 dengan menggunakan peta minda. Jurnal Kajian Tindakan Guru. Institut

    Perguruan Perlis : 133-145.

    Azizi Yahaya et. al. 2007. Menguasai penyelidikan dalam pendidikan teori, analisis &

    interpretasi data. Kuala Lumpur : PTS Professional.

    Dilip Mukerjea. 1996. Superbrain Train Your Brain and Unleash The Genius Within.

    Singapore : Oxford University Press.

    Ismail Zain, Dr. (tiada tarikh). Kepentingan Penggunaan Peta Minda. [atas talian]

    http://www.tutor.com.my [31 Mei 2007].

  • 7/27/2019 Panduan Proposal Kajian

    24/26

    Ismail Zain, Dr. (13 Jun 2005). Belajar Berkesan dengan Peta Minda. Utusan Malaysia.

    (Kuala Lumpur)

    Johanna A. Sobrey. (25 Jun 2007). Peta Minda Pak Samad. Kosmo. (Kuala Lumpur):

    18-19.

    Kam Foo Kong. 2006. Meningkatkan minat pelajar-pelajar tingkatan 1L kepada pelajaran

    Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan melalui kaedah pembelajaran berbantukan

    komputer. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan. Jabatan Pendidikan Perak :

    hlm,110125.

    Kanagambal. 1997. Keberkesanan PPBK dalam matematik. Kertas projek KSPK Institut

    Perguruan Darulaman.

    Kementerian Pelajaran Malaysia. 2005. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan

    Kewarganegaraan Tahun 4. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

    Kementerian Pelajaran Malaysia. 2004. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4

    Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

    Kementerian Pelajaran Malaysia. 2003. Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan

    Kewarganegaraan Tahun 4. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

    Laporan Persidangan Dewan Rakyat. (12 April 2005). [atas talian]

    http://www.parlimen.gov.my [07 Julai 2007]

    Mohd Majid Konting. 2004. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

    Nor Hayati Hj Mt Ali. 2002. Pengajaran dan pembelajaran matematik berbantukan

  • 7/27/2019 Panduan Proposal Kajian

    25/26

    komputer: Keberkesanan perisian The Geometers Sketchpad untuk tajuk

    penjelmaan. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Pelajar Terbaik SPM 2007 (23 Mac 2007). [atas talian]

    http://ppdbesut.net/nuke/modules.php?name=News&file=article&sid=4 [15 Julai

    2007]

    Poh Swee Hiang. 2006. Kemahiran Berfikir - Kurikulum Kursus Persediaan Program

    Sarjana Muda Pendidikan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

    Ragbir Kaur a/p Joginder Singh. 2006. Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk Kursus

    Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)-Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur :

    Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

    Ramlan Hamzah & Lily Mastura Harun. 2006. Panduan Ulangkaji Psikologi Pendidikan.

    Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

    Rusilah Jais et.al. 2004. Penggunaan peta minda bagi mata pelajaran matematik di

    kalangan pelajar perakuanan. [atas talian]. http://www.kmph.edu.my/WebRnD/ [11 Julai

    2007]

    Shahbudin Hashim, Mahani Razali & Ramlah Jantan. 2007. Psikologi Pendidikan.

    Kuala Lumpur : PTS Professional.

    Sim Ah Hock, Dr. et. al. 1997. Kesan strategi pemetaan konsep terhadap pemprosesan

    maklumat sains dalam tutorial pembelajaran berbantukan komputer. Jurnal Penyelidikan

    Pendidikan 1997. Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim. hlm, 124141.

    Subadrah Madhawa Nair. 2001. Penggunaan peta minda sebagai satu strategi dalam

    pengajaran kesusasteraan melayu. Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan. Fakulti

    Pendidikan UKM.

  • 7/27/2019 Panduan Proposal Kajian

    26/26

    Tony Buzan. 2006. Mind Mapping - Kick-Start Your Creativity and Tranform Your Life.

    England : BBC Active

    Zoraini Wati Abas. 1992. Komputer dalam pendidikan. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.