Panduan+melaksanakan+pn p

8
1.0 PANDUAN MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1.1 PERSEDIAAN Persediaan ialah segala usaha persiapan dan kelengkapan yang dibuat oleh pelatih untuk mencapai objektif pengajarannya sebelum menghadapi pelajar di dalam kelas. Bahagian ini mengandungi dua aspek penting iaitu Objektif dan Perancangan. 1.2 OBJEKTIF Objektif ialah matlamat yang dinyatakan oleh pelatih supaya pelajar dapat menunjukkan bukti bahawa mereka telah menguasai kemahiran, memiliki konsep atau memperolehi sikap yang diharapkan sebagai hasil daripada penyertaan mereka dalam pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru. (a) Menyatakan objektif eksplisit dengan tepat. (b) Menulis objektif ekplisit dari perspektif perlakuan pelajar. (c) Memilih perlakuan yang boleh dilihat dan mudah disukat. (d) Memilih objektif yang mungkin boleh dicapai dalam satu waktu pengajaran. 2.0 PERANCANGAN Perancangan ialah segala usaha pemikiran, penyusunan dan tindakan yang akan diambil oleh guru untuk mencapai objektif pengajarannya. (a) Mengkaji dengan teliti sukatan pelajaran, buku teks dan lain-lain sumber rujukan yang berkenaan. (b) Mempertimbangkan kebolehan atau pencapaian kelas yang akan diajar. (c) Merancang untuk mendapatkan penyertaan pelajar secara maksimum. 1

Transcript of Panduan+melaksanakan+pn p

Page 1: Panduan+melaksanakan+pn p

1.0 PANDUAN MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.1 PERSEDIAAN

Persediaan ialah segala usaha persiapan dan kelengkapan yang dibuat oleh pelatih untuk

mencapai objektif pengajarannya sebelum menghadapi pelajar di dalam kelas. Bahagian ini

mengandungi dua aspek penting iaitu Objektif dan Perancangan.

1.2 OBJEKTIF

Objektif ialah matlamat yang dinyatakan oleh pelatih supaya pelajar dapat menunjukkan bukti

bahawa mereka telah menguasai kemahiran, memiliki konsep atau memperolehi sikap yang

diharapkan sebagai hasil daripada penyertaan mereka dalam pembelajaran yang dilaksanakan

oleh guru.

(a) Menyatakan objektif eksplisit dengan tepat.

(b) Menulis objektif ekplisit dari perspektif perlakuan pelajar.

(c) Memilih perlakuan yang boleh dilihat dan mudah disukat.

(d) Memilih objektif yang mungkin boleh dicapai dalam satu waktu pengajaran.

2.0 PERANCANGAN

Perancangan ialah segala usaha pemikiran, penyusunan dan tindakan yang akan diambil oleh

guru untuk mencapai objektif pengajarannya.

(a) Mengkaji dengan teliti sukatan pelajaran, buku teks dan lain-lain sumber rujukan yang

berkenaan.

(b) Mempertimbangkan kebolehan atau pencapaian kelas yang akan diajar.

(c) Merancang untuk mendapatkan penyertaan pelajar secara maksimum.

(d) Menyusun segala kemahiran atau konsep mengikut urutan yang sesuai.

(e) Menggunakan segala kemudahan yang ada di dalam kelas.

(f) Memilih dan menggunakan ABBM yang sesuai dengan objektif.

(g) Menguji segala ABBM yang akan digunakan sebelum sesi pengajaran.

(h) Menentukan kaedah untuk mengurus masa dengan berkesan.

3.0 PENYAMPAIAN

Penyampaian meliputi segala langkah yang dilakukan oleh pelatih untuk mencapai objektif

pengajaran. Antara aspek bimbingan ialah kemahiran guru penyertaan pelajar dan interaksi guru

pelajar.

1

Page 2: Panduan+melaksanakan+pn p

3.1.1 Memulakan pengajaran dengan secepat mungkin.

3.1.2 Memulakan pengajaran dengan menggunakan set induksi yang menarik.

3.1.3 Mengembangkan pengajaran dengan lancar.

3.1.4 Bercakap dengan jelas, tidak terlalu cepat dan boleh diikuti oleh pelajar.

3.1.5 Menggunakan ayat dengan betul dan sesuai dengan tahap pencapai kelas.

3.1.6 Menggunakan ungkapan soalan yang mendorong pelajar berfikir.

3.1.7 Menggunakan teknik soal-jawab yang dapat menghasilkan tindakan balas maksimum

daripada pelajar.

3.1.8 Mengemukakan soalan yang berkait rapat dengan objektif pengajaran.

3.1.9 Membentuk konsep ansur maju misalnya dari yang mudah kepada yang susah.

3.1.10 Menyampaikan isi pelajaran dengan betul dan tepat.

3.1.11 Memahami dan membuat rujukan mengenai isi pelajaran yang belum dikuasai dengan

baik.

3.1.12 Mencuba terlebih dahulu soalan, contoh atau kerja amali yang akan dibincangkan dalam

kelas, makmal atau bengkel.

3.1.13 Melibatkan penyertaan pelajar secara aktif, di setiap peringkat pelajaran.

3.1.14 Menggunakan masa dengan baik dan tidak meleret-leret atau terlalu cepat.

3.1.15 Menggunakan ABBM dalam pengajaran dengan berkesan.

3.1.16 Mengelak gerak geri yang mengganggu pencapaian objektif seperti terlalu banyak

berjalan, melambung kapur dan membebel.

3.1.17 Menggunakan teknik peneguhan yang berkesan.

3.1.18 Membina disiplin yang baik di kalangan pelajar.

3.1.19 Menggunakan kuasa guru secara bijak dan berkesan.

3.1.20 Menutup pengajaran mengikut prinsip penyimpulan.

4.0 PENILAIAN

Penilaian ialah usaha untuk menentukan sama ada segala strategi yang digunakan dalam

penyampaian telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.

4.1.1 Dapat melakukan penilaian di setiap peringkat perkembangan pengajaran.

4.1.2 Bersikap sensitif terhadap penilaian yang dilakukan, iaitu member perhatian dan

mengambil tindakan yang wajar jika penilaiannya itu menunjukkan pelajar belum

menguasai pelajaran.

4.1.3 Bersifat kreatif dalam usaha untuk memperbaiki pengajaran.

2

Page 3: Panduan+melaksanakan+pn p

5.0 PANDUAN UNTUK MENILAI PELATIH

PERSEDIAAN

OBJEKTIF 1. Pernyataan / Penulisan : Objektifnya mestilah dinyatakan

dengan jelas dan tepat mengikut

tingkah laku pelajar yang

diharapkan. Perlakuan itu

seharusnya boleh dilihat dan

diukur.

2. Kesesuaian : Tidak begitu sukar dan tidak

begitu mudah dan dapat diterima

oleh pelajar. Objektif boleh

dicapai dalam waktu pengajaran

yang diperuntukkan.

PERANCANGAN 1. Isi Pelajaran : Kandungan pelajaran sepatutnya

sesuai dengan objektif, kebolehan

pelajar dan kaedah pengajaran.

2. Susunan : Setiap bahagian mestilah disusun

mengikut ketertiban dan saling

berhubung.

3. Alat Bantu Bahan Pemilihannya bersesuaian

Mengajar (ABBM) dengan tajuk. Persediaan dan

pengurusannya baik serta

langkah-langkah keselematan

diawasi.

PENYAMPAIAN 1. Pengenalan : Pelatih sepatutnya berusaha

PELAKSANAAN memastikan pelajar bersedia

untuk mengikuti pelajaran dan

seterusnya mengarah pemikiran

mereka kepada pelajaran dengan

menggunakan set induksi yang

menarik dan sesuai.

3

Page 4: Panduan+melaksanakan+pn p

2. Persembahan dan Isi pelajaran perlu disampaikan

Penggunaan ABBM: dengan kaedah yang sesuai dan

mudah dipelajari oleh pelajar.

Pertuturan pelatih mestilah jelas,

teratur, tidak terlalu cepat,

menggunakan bahasa yang

sesuai dan tulisan yang kemas.

Pelatih seharusnya dapat

mengawal masa dengan baik,

tidak meleret-leret atau terlalu

cepat apabila menyampaikan isi

pelajaran. Pelatih juga mestilah

boleh menggunakan segala

ABBM dengan baik dan

berkesan.

3. Interaksi guru - pelajar : Pelatih mesti memberi perhatian

kepada tingkah laku pelajar dan

berusaha mendorong dan

memberi peluang kepada pelajar

untuk mengambil bahagian dalam

pelajaran secara aktif.

Mengadakan hubungan baik

guru-pelajar dan mengekalkan

disiplin.

4. Perkembangan dan Pelajaran dikembangkan tertakluk

Penilaian : pada pencapaian pelajar. Usaha

menilai dilakukan di setiap

peringkat dengan menggunakan

teknik soal-jawab yang sesuai.

Mendorong pelajar berfikir serta

menghasilkan tindak balas

maksimum daripada mereka.

4

Page 5: Panduan+melaksanakan+pn p

5. Pengurusan kelas / Pelatih sepatutnya menimbulkan

Makmal / bengkel suasana aktiviti yang sesuai

untuk pengajaran-pembelajaran.

Pelatih juga perlu memastikan

peraturan kerja amali dipatuhi,

kawalan pelajar semasa

menjalani amali baik dan

menyimpan peralatan selepas

kerja amali.

6. Penutup : Merumuskan pengajaran

bersesuaian dengan objektif.

Berusaha mengukuhkan

pelajaran dengan tugasan dan

menghubungkannya dengan kerja

akan datang.

KEPERIBADIAN 1. Keperibadian : Pelatih perlu menunjukkan

DAN IKTISAS kematangan dan keyakinan diri.

Berusaha untuk memperbaiki

kelemahan yang ada.

2. Iktisas : Sebagai guru, ia sepatutnya

menggunakan bahasa yang

sopan, menunjukkan minat,

semangat, kemahuan dan sikap

positif terhadap etika perguruan.

5