Pangkat Kadet Dan Pegawai KRS

8
Kadet KRS (panggilan kepada ahli yang belum terima kenaikan pangkat) Pangkat Lans Kopral dan Kopral boleh diberikan kepada pelajar yang lulus ujian kenaikan pangkat yang dikendalikan oleh pihak sekolah. Pangkat Sarjan ke atas hanya boleh dilantik setelah pelajar menghadiri kursus kenaikan pangkat yang dikendalikan oleh pihak KRS negeri.

Transcript of Pangkat Kadet Dan Pegawai KRS

Page 1: Pangkat Kadet Dan Pegawai KRS

Kadet KRS (panggilan kepada ahli yang belum terima kenaikan pangkat)

Pangkat Lans Kopral dan Kopral boleh diberikan kepada pelajar yang lulus ujian kenaikan pangkat yang dikendalikan oleh pihak sekolah.

Pangkat Sarjan ke atas hanya boleh dilantik setelah pelajar menghadiri kursus kenaikan pangkat yang dikendalikan oleh pihak KRS negeri.

Page 2: Pangkat Kadet Dan Pegawai KRS

Struktur Pangkat KRS (Peringkat Sekolah)

Panggilan Pangkat KRS (Pelajar)

1. Lans Kopral2. Kopral3. Sarjan4. Staf Sarjan5. Pegawai Waran 116. Pegawai Waran 1

Kadet KRS (panggilan kepada ahli yang belum terima kenaikan pangkat)

Pangkat Lans Kopral dan Kopral boleh diberikan kepada pelajar yang lulus ujian kenaikan pangkat yang dikendalikan oleh pihak sekolah.

Pangkat Sarjan ke atas hanya boleh dilantik setelah pelajar menghadiri kursus kenaikan pangkat yang dikendalikan oleh pihak KRS negeri.

1 2 3

4 56

Page 3: Pangkat Kadet Dan Pegawai KRS

PANGKAT PEGAWAI KRS DI PERINGKAT SEKOLAH

Dipakai bersama Uniform No 3 dan 4

PANDUAN PEMAKAIAN PEGAWAI KRS

Kategori Pegawai KRSA. Pegawai LatihanB. Pegawai Pengurusan

Pegawai LatihanPegawai/guru yang sekurang-kurangnya telah menjalani dan lulus Kursus Asas Kejurulatihan Tahap 1 (pentauliahan Leftenan Muda). Tergolong dalam kategori ini juga Guru Penasihat KRS/TKRS yang belum menjalani kursus tersebut di atas yang secara automatik menyandang pangkat Leftenan Muda. Pegawai yang berada di PPD, JPN dan KPM juga ada yang tergolong dalam kategori ini (memenuhi syarat di atas), tetapi pangkat yang disandang adalah berdasarkan pangkat lulus.Pangkat Pegawai Latihan adalah dari Leftenan Muda hingga Leftenan Kolonel.

Pegawai PengurusanPegawai yang menjawat jawatan pengurusan di sekolah, PPD, JPN dan KPM yang dianugerahkan (wajib disandang) secara automatik pangkat KRS (pengurusan) berdasarkan jawatan semasa yang disandang. Apabila beliau beralih jawatan, pangkat KRS tersebut tidak sah lagi (kecuali jawatan setara).

Contoh pangkat Pengawai Pengurusan ialah seperti Timbalan Komandan TKRS, Komandan KRS, Pegawai KRS Daerah, Pengarah KRS Negeri dan lain-lain.

Kedua-dua kategori ini layak memakai semua uniform bagi pegawai iaitu:-

Uniform No2 - Pakaian rasmi (bush jeket) Uniform No3 - Pakaian pejabat (baju hijau muda)

Uniform No4 - Pakaian aktiviti/lapangan

Pemakaian kedua-dua kategori ini dibezakan oleh:-

Lanyard - Lanyard single (latihan) dan Lanyard anyam (pengurusan) Lencana Kolar - Berlapik merah bagi pegawai pengurusan.

Page 4: Pangkat Kadet Dan Pegawai KRS

PANGKAT PEGAWAI KRS METAL

Wajib dipakai bersama Uniform No 2 (Bush Jacket). Juga dibolehkan untuk Uniform No 3 dan 4.

Page 5: Pangkat Kadet Dan Pegawai KRS

Lagu KRS

Kadet Remaja Sekolah, Menuju satu ikatan bersaudara, Bersatu menjulang, keamanan Negara, Menjayakan ilmu, iman dan amal.

Marilah kita membina peribadi, Membentuk insan yang kereatif, Kearah kecermelangan diri, Sepanjang masa yang berterusan.

Remaja sambutlah cabaran, Menjadi bangsa Malaysia, Maju dan cemerlang, remaja berwawasan, Jangan kita lupa kepada pencipta.

Remaja hayati budaya, Ilmu, iman dan amal, Tetapkan di hati dan jiwamu, Wawasan Kadet Remaja Sekolah.

Page 6: Pangkat Kadet Dan Pegawai KRS
Page 7: Pangkat Kadet Dan Pegawai KRS