Pantun

4
Pantun Keluarga Penyayang Kasih saying kasih bertaut Harum sejati mawar memekar Siang bergaduh malam bertengkar Kerana kasih masih bertaut Terbang tekukur tinggi di awan Hinggap sihelang dipokok delima Tolak ansur jadikan amalan Kasih dan sayang di jalin bersama Merbuk menyepi didalam sangkar Cantik menawan dipandang sekilas Siang bergaduh malam bertengkar Mengapa anak masih berbelas Pergi ke taman berhati senang Tersadung batu tiada di elak Bercinta berkasih lautan direnang Akad dijalin mengapa di talak Puisi balada sungguh menyayat Menjadi bualan para tetamu Disayangi keluarga sepanjang hayat Leraikah kasih tidakkah jemu Pantun Budi Dari Daik pulang ke Daik Sehari-hari berkebun pisang Budi baik dibalas baik Dalam hati dikenang orang Tanam lenggun tumbuh kelapa Terbit bunga pucuk mati Budi tuan saya tak lupa Sudah terpaku di dalam hati Tenang-tenang air laut Sampan kolek mudik ke tanjung Hati terkenang mulut menyebut Budi baik rasa nak junjung Kapal belayar dari Arakan Ambil gaji jadi jemudi Mati ikan kerana umpan Mati saya kerana budi

Transcript of Pantun

Page 1: Pantun

Pantun Keluarga Penyayang

Kasih saying kasih bertautHarum sejati mawar memekarSiang bergaduh malam bertengkarKerana kasih masih bertaut

Terbang tekukur tinggi di awan Hinggap sihelang dipokok delima Tolak ansur jadikan amalan Kasih dan sayang di jalin bersama

Merbuk menyepi didalam sangkarCantik menawan dipandang sekilasSiang bergaduh malam bertengkarMengapa anak masih berbelas

Pergi ke taman berhati senangTersadung batu tiada di elakBercinta berkasih lautan direnangAkad dijalin mengapa di talak

Puisi balada sungguh menyayat Menjadi bualan para tetamuDisayangi keluarga sepanjang hayatLeraikah kasih tidakkah jemu

 Pantun   Budi

Dari Daik pulang ke Daik    Sehari-hari berkebun pisangBudi baik dibalas baik    Dalam hati dikenang orang

Tanam lenggun tumbuh kelapa    Terbit bunga pucuk matiBudi tuan saya tak lupa    Sudah terpaku di dalam hati

Tenang-tenang air laut    Sampan kolek mudik ke tanjungHati terkenang mulut menyebut    Budi baik rasa nak junjung

Kapal belayar dari Arakan     Ambil gaji jadi jemudiMati ikan kerana umpan     Mati saya kerana budi

Banyak ubi perkara ubi    Ubi keledek ditanam orang

Page 2: Pantun

Banyak budi perkara budi    Budi baik dikenang orang

Lipat kain lipat baju    Lipat kertas dalam puanDari air menjadi batu    Sedikit tak lupa budi tuan

Jentayu burung jentayu    Hinggap di balik pokok mayangBunga kembang akan layu    Budi baik bilakan hilang

 Jika belayar ke tanah Aceh    Singgah dulu di kota DeliJika hendak orang mengasih    Hendaklah baik bicara budi

Pantun Sambutan Hari Kemerdekaan

Pantun Merdeka ini untuk semuaUntuk semua penduduk MalaysiaNegara yang kita amat sayang dan cintaKini sudah berumur 51 tahun lamanya

Teringat suatu peristiwa di Stadium MerdekaStadium yang penuh dengan sejarahTunku and rakyat berdiri dengan megahMenjerit tujuh kali ‘Merdeka’

Kaum Melayu, India dan CinaAgama Islam, Hindu and BuddhaPelbagai bahasa pelbagai budayaTapi cuma ada satu bangsa, bangsa Malaysia

Kini sampailah masanyaUntuk kita membalas jasaBerganding bahu bekerjasamaMenjulang Malaysia di persada antarabangsa

Malaysia oh MalaysiaTanah tumpah darah kitaTempat kita dilahirkan, tempat kita dikuburkan juaKita berbangga digelar rakyat Malaysia

Pantun Pelancongan

dikandung tanah

Budi baik membawa faedah;

Pemandu teksi berhemah amanah

Kekalkan imej Malaysia indah

Page 3: Pantun

Pantun Alam Sekitar

Dari emas biarlah permataDalamnya digali berbatu-batuAlam ternoda didepan mataMasihkan saja di biar begitu.

Hembus pawana bayu terasaHati kehendak merasa sepiIndah buana ciptaan esaMengapa tidak di jaga rapi

Terang malam kerana bulanPucuk paku delima batuIndah alam ciptaan tuhanKemusnahan berlaku mengapa begituBerseri putih kain peteriPula ditambah hiasan beribuAlam merintih tanpa disedariKesan apakah bakal berlaku

Tepian pantai tumbuhnya bidara Kamilah tahu dari dahuluKeindahan sungai khazanah NegaraPencemaran berlaku mengapa begitu

Cenderawasih terbangnya rendahPeliharaan puteri menjadi temannyaPersekitaran bersih Negara indahKepada diri apa pentingnya

Daun selasih di tepi sumurDi petik sudah si anak pertapaNegara bersih rakyatnya makmurPersekitaran indah tanggungjawab siapa

Bunga selasih di petik nyonyaLalu di ikat di dalam perahuPersekitaran bersih banyak faedahnyaBadan sihat ceria selalu

Kerana cinta ku hantar tandaKu semat dihati si mawar putihKerana harta jiwa ternodaAngkara nafsu buana merintih

Pantun Budaya Nasionalpucuk muda bagai dicitabuah mangga dalam perahuorang muda bermain cintaorang tua menanggung malu

ke sawah menanam padirehat makan di tengah bendangelok budi, elok pekerti

Page 4: Pantun

kelak hidup disanjung orang

hinanya besi kerana karatindah bahasa dalam perbualanbiar miskin biar melaratbudi bahasa jadi amalan

harum sungguh si Bunga Tanjungmekar indah di dalam tamanbahasa dijunjung budaya disanjung mekar harapan sepanjang zaman

Pantun Media Massa

cincin suasa tumpuan pameran,warisan pusaka hati terpikat,media massa sumber hiburan,andai terleka apa hakikat?

anak rusa mencari teduhan,dibawah angsana berdahan rendah,media massa rujukan pilihan ,disalah guna apa penyudah?

cantik bahasa tidak tergambar,tersusun indah mengikut irama,media massa wadah penyebar,apa faedah nak watan terima?