Paperwork Ekspedisi Gunung Lambak

7
KEMBARA GUNUNG LAMBAK 2015 KERTAS KERJA KEMBARA GUNUNG LAMBAK PERSATUAN PENGAKAP & PERSATUAN KADET BERSATU SMK DATO’ ABDUL RAHMAN ANDAK TARIKH TEMPAT GUNUNG LAMBAK, KLUANG, JOHOR ANJURAN PERSATUAN PENGAKAP & PERSATUAN KADET BERSATU MALAYSIA &

description

Ekspedisi Gunung Lambak

Transcript of Paperwork Ekspedisi Gunung Lambak

Page 1: Paperwork Ekspedisi Gunung Lambak

KEMBARA GUNUNG LAMBAK 2015

KERTAS KERJAKEMBARA GUNUNG LAMBAK

PERSATUAN PENGAKAP&

PERSATUAN KADET BERSATUSMK DATO’ ABDUL RAHMAN ANDAK

TARIKH

TEMPATGUNUNG LAMBAK, KLUANG, JOHOR

ANJURANPERSATUAN PENGAKAP

&PERSATUAN KADET BERSATU MALAYSIA

&UNIT KO-KURIKULUM

SMK DATO’ ABDUL RAHMAN ANDAKSIMPANG RENGAM, JOHOR

Page 2: Paperwork Ekspedisi Gunung Lambak

KEMBARA GUNUNG LAMBAK 2015

1.0 TUJUAN

Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari Pihak Sekolah dan Unit Ko-Kurikulum SMKDARA untuk mengadakan Ekspedisi ke Puncak Gunung Lambak, Kluang, Johor.

2.0 PENGENALAN

Program KEMBARA GUNUNG LAMBAK yang dianjurkan oleh Persatuan Pengakap & Persatuan Kadet Bersatu Malaysia SMK DARA adalah bertujuan untuk mendedahkan dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan ahli persatuan yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk menghadapi aktiviti yang mencabar disamping memberi kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya mengekalkan kecerdasan tubuh badan pada tahap yang optimum. Pertama kalinya Ekspedisi ini dianjurkan oleh Persatuan Pengakap & Persatuan Kadet Bersatu Malaysia SMK DARA. Ekspedisi ini menyasarkan seramai 40 orang peserta dikalangan ahli-ahli persatuan. Di akhir ekspedisi, diharapkan semua peserta dapat menimba pengalaman baru untuk diaplikasikan di dalam kehidupan masa hadapan.

3.0 MATLAMAT

Pihak jawatankuasa pelaksana telah menetapkan matlamat penganjuran program adalah :

4.1 Memberi pendedahan aktiviti luar yang lasak dan mencabar kepada pahli persatuan.

4.2 Memupuk semangat berkerjasama dan berkepimpinan dalam kalangan ahli persatuan dan semangat berkumpulan.

4.3 Mendedahkan ahli persatuan serta rakyat Malaysia tentang kempen bumi hijau.

4.0 TEMA

“Gaya Hidup Sihat Kehidupan Harmoni”

Tema ini dipilih berdasarkan kesesuaian nama program dan matlamat serta objektif penganjuran ekspedisi yang berorientasikan kesihatan dan kecergasan fizikal. Aktiviti yang sihat dapat menjana kepada kesejahteraan dan keharmonian hidup rakyat Malaysia.

Page 3: Paperwork Ekspedisi Gunung Lambak

KEMBARA GUNUNG LAMBAK 2015

5.0 ANJURAN

Persatuan Pengakap & Persatuan Kadet Bersatu Malaysia SMK Dato’ Abdul Rahman Andak dan Unit Ko-kurikulum SMK Dato’ Abdul Rahman Andak

6.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:

Tarikh :Hari : SabtuMasa : 10.00 pagi – 5.00 petang

7.0 TEMPAT PROGRAM

Tempat program akan dijalankan ialah di Gunung Lambak, Kluang, Johor.

8.0 PENGLIBATAN AHLI PROGRAMGuru Pengiring: 4 orangAhli Persatuan : 40 orang

Jumlah : 44 orang

9.0 TENTATIF PROGRAMRujuk Lampiran A

10.0 BELANJAWAN PROGRAM

Rujuk Lampiran B

Page 4: Paperwork Ekspedisi Gunung Lambak

KEMBARA GUNUNG LAMBAK 2015

11.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar kertas kerja Program Kembara Gunung Lambak ini mendapat kelulusan daripada pihak Sekolah dan Unit Ko-kurikulum. Diharapkan pihak mempertimbangkan sewajarnya serta meluluskan permohonan bantuan kewangan seperti yang telah dinyatakan. Selain itu, adalah menjadi harapan agar program ini dapat dijayakan dengan lancar dan mencapai segala objektif yang telah digariskan. Penganjuran program seumpama ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada ahli persatuan. Program sebegini akan menjadi suatu pengalaman yang sememangnya tidak dapat dibeli dengan wang ringgit, sekaligus menjadi pemangkin dan batu loncatan buat mereka dalam menempuh zaman persekolahan dan alam pekerjaan kelak. Oleh itu, segala sokongan, komitmen dan pengembelengan tenaga daripada semua pihak amatlah dihargai. Jutaan terima kasih di atas pertimbangan daripada pihak yang terbabit.

Disediakan Oleh,

…………………………………….(MOHD FAZRIN MD SUBRE)Guru PenasihatPersatuan PengakapSMK Dato’ Abdul Rahman Andak

Page 5: Paperwork Ekspedisi Gunung Lambak

KEMBARA GUNUNG LAMBAK 2015

LAMPIRAN A

TENTATIF PROGRAM

KEMBARA GUNUNG LAMBAK 2015

SABTU, 2015

7.30 pagi : Berkumpul di sekolah : Taklimat program oleh guru penasihat/ bacaan doa

8.00 pagi : Persediaan untuk bertolak : Bertolak ke Kluang8.40 pagi : Dijangka tiba di kaki Gunung Lambak

8.45 pagi : Taklimat oleh Penunjuk Arah dan pembahagian kumpulan 9.00 pagi : Ekspedisi mendaki Gunung Lambak bermula

2.00 petang : Dijangka tiba di kaki Gunung Lambak

2.30 petang : Berehat/ solat/ makan tengahari

3.00 petang : Bertolak balik ke sekolah

3.40 petang : Dijangka tiba di sekolah

Page 6: Paperwork Ekspedisi Gunung Lambak

KEMBARA GUNUNG LAMBAK 2015

LAMPIRAN B

BELANJAWAN

Anggaran Pendapatan

BIL

PERKARA RM

1.

2.

3.

Sumbangan Unit Ko-kurikulum

Yuran Penyertaan (RM 20 × 40)

Sumbangan Luar

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 1300.00

Anggaran Perbelanjaan

BIL

PERKARA RM

1.

2.

3.

4.

5.

Pengurusan

Program

Jamuana) Makan pagi, tengahari, (RM x 40)

Publisitia) Kain Rentang 8’ × 3’(RM 70 × 1 keping)

Bayaran perkhidmatan pihak yang bekerjasama(renjer, penunjuk arah dll)

Page 7: Paperwork Ekspedisi Gunung Lambak

KEMBARA GUNUNG LAMBAK 2015

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN