PBS Haba

16
Topik : 7 – Haba Subtopik : 7.2 Pengaliran Haba dan Kesannya B4D14E2 :Menghuraikan tiga cara pengaliran haba melalui aktiviti Aktiviti: Menunjukkan pengaliran haba melalui konduksi, perolakan dan sinaran A. Konduksi Bahan dan radas: Rod kuprum, paku tekan, lilin, penunu bunsen, kaki retort dan pengapit, tungku kaki tiga, papan penghadang Prosedur: 1. Sediakan sebatang rod kuprum. Lekatkan 3 batang paku tekan pada rod kuprum pada selang 5cm dengan menggunakan lilin seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.7. 2. Panaskan hujung rod kuprum dengan menggunakan penunu bunsen. 3. Perhatikan perubahan yang berlaku kepada paku tekan tersebut. 4. Apakah kesimpulan yang dapat anda buat berdasarkan pemerhatian anda.

description

PBS HABA

Transcript of PBS Haba

Page 1: PBS Haba

Topik : 7 – Haba

Subtopik : 7.2 Pengaliran Haba dan Kesannya

B4D14E2 :Menghuraikan tiga cara pengaliran haba melalui aktiviti

Aktiviti: Menunjukkan pengaliran haba melalui konduksi, perolakan dan sinaran

A. Konduksi

Bahan dan radas: Rod kuprum, paku tekan, lilin, penunu bunsen, kaki retort dan pengapit, tungku kaki tiga, papan penghadang

Prosedur:

1. Sediakan sebatang rod kuprum. Lekatkan 3 batang paku tekan pada rod kuprum pada selang 5cm dengan menggunakan lilin seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.7.

2. Panaskan hujung rod kuprum dengan menggunakan penunu bunsen.

3. Perhatikan perubahan yang berlaku kepada paku tekan tersebut.

4. Apakah kesimpulan yang dapat anda buat berdasarkan pemerhatian anda.

Pemerhatian:

Paku tekan _____ jatuh terlebih dahulu diikuti dengan paku tekan ______ dan _______.

Analisis:

1. Bagaimanakah haba mengalir melalui rod kuprum?

Dari kawasan yang __________ ke kawasan yang lebih __________.

Page 2: PBS Haba

2. Namakan proses pengaliran haba yang hanya berlaku melalui pepejal?_______________________________________________________________

Kesimpulan:

Haba mengalir melalui pepejal secara _____________ dari kawasan yang

_____________ ke kawasan yang lebih ______________.

B. Perolakan

(i) dalam cecair

Bahan dan radas: tungku kaki tiga, kasa dawai, penunu bunsen, bikar 500ml, cebisan kertas dan air.

Prosedur:

1. Sediakan radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah 7.8.

2. Panaskan air dalam bikar secara perlahan-lahan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.8.

3. Perhatikan gerakan cebisan kertas dalam bikar. Apakah kesimpulan yang dapat anda buat daripada pemerhatian anda?

Pemerhatian:

___________________________________________________________________________

Kesimpulan:

___________________________________________________________________________

cebisan kertas

Page 3: PBS Haba

(ii) dalam gas

Bahan dan radas: bikar besar, kadbod berbentuk-T, lilin, ubat nyamuk berlingkar dan mancis.

Prosedur:

Rajah 7.9

1. Sediakan sebuah bikar besar dengan kadbod berbentuk-T di tengah-tengah bikar dan nyalakan lilin di sebelahnya. (Rajah 7.9)

2. Nyalakan ubat nyamuk berlingkar dan selitkannya pada bikar pada sebelah yang bertentangan dengan nyalaan lilin.

3. Perhatikan pergerakan asap dalam bikar.

4. Apakah kesimpulan yang dapat anda buat daripada pemerhatian anda?

Pemerhatian:

___________________________________________________________________________

Analisis:

Namakan proses pengaliran haba dalam aktiviti tersebut?

_______________________________________________________________

Kesimpulan:

Haba dipindahkan melalui ________________, iaitu cecair dan gas, secara ________________.

Page 4: PBS Haba

C. Sinaran

Bahan dan Radas: mentol 40W, serkup kaca kedap udara (dipasang ke pam vakum), penyumbat getah, termometer dan kaki retort.

Prosedur:

1. Sediakan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.10. Letakkan termometer berhampiran dengan serkup kaca.

2. Pasangkan pam vakum dan ambil bacaan awal termometer. Kemudian nyalakan mentol.

3. Selepas 10 minit, catatkan bacaan termometer sekali lagi.

4. Apakah yang dapat anda perhatikan?

5. Apakah kesimpulan yang dapat anda buat daripada pemerhatian anda?

Pemerhatian:

Suhu awal / 0C Suhu Akhir / 0C

Analisis:

1. Namakan proses pengaliran haba kepada termometer

____________________________________________________________

2. Bolehkah termometer diletakkan bersentuhan dengan lampu? Berikan alasan anda.

________________. Ini adalah untuk mengelakkan pengaliran haba ke termometer secara

_____________.

Kesimpulan:

Pengaliran haba secara _______________ boleh berlaku melalui udara.

Page 5: PBS Haba

Topik : 7 – Haba

Subtopik : 7.2 Pengaliran Haba dan Kesannya

B4D14E4 :Menyatakan maksud konduktor dan penebat haba

B4D14E5 :Menyenaraikan pelbagai kegunaan konduktor dan penebat haba dalam kehidupan harian

Aktiviti:

Kegunaan konduktor dan penebat haba dalam kehidupan harian.

Prosedur:

1. Pelajar berbincang di dalam kumpulan.2. Setiap kumpulan dikehendaki mengumpul maklumat serta gambar foto tentang

pelbagai kegunaan konduktor dan penebat haba dalam kehidupan harian.3. Dapatkan maklumat daripada internet, majalah, surat khabar, buku rujukan dan

sebagainya.4. Bincangkan dalam kumpulan mengenai maksud konduktor dan penebat haba serta

kegunaannya dalam kehidupan harian daripada maklumat yang dikumpulkan.5. Persembahkan hasil perbincangan dalam bentuk folio setiap individu.

Page 6: PBS Haba

Topik : 7 – Haba

Subtopik : 7.3 – Kesan Haba kepada Jirim

B4D15E1 :Menjalankan aktiviti untuk mengkaji kesan haba ke atas pengembangan dan pengecutan pepejal.

Rajah 1 menunjukkan sebiji bebola besi yang dipanaskan dan dilalukan menerusi gelang.

Rajah 1

1. Apakah yang berlaku kepada saiz bebola logam itu setelah dipanaskan?

___________________________________________________________________________

2. Mengapakah keadaan tersebut berlaku? Berikan alasan anda.

___________________________________________________________________________

Page 7: PBS Haba

Topik : 7 – Haba

Subtopik : 7.3 – Kesan Haba kepada Jirim

B4D15E2 : Menghuraikan perubahan keadaan jirim yang melibatkan penyerapan dan pembebasan haba melalui aktiviti.

B415E3 : Memberi contoh-contoh dalam pemerhatian harian yang menunjukkan perubahan keadaan jirim.

Aktiviti: Perubahan keadaan jirim dalam proses fizikal

Tujuan: Memerhatikan perubahn keadaan jirim dalam proses fizikal yang melibatkan habaBahan: Ais, air, kapur dan hablur iodin

Arahan:

Aktiviti Pemerhatian Proses perubahan jirim

A

1. Sediakan radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah (a).

2. Teruskan pemanasan sehingga stim terhasil.

3. Letakkan sekeping jubin putih secara condong si atas bikar seperti yang ditunjukkan dalam rajah (b).

4. Catat pemerhatian anda.

Ais bertukar menjadi ................apabila dipanaskan.

Air bertukar menjadi ................ apabila pemanasan diteruskan.

Stim bertukar menjadi

......................... pada jubin putih.

Page 8: PBS Haba

B

1. Isikan air sehingga satu pertiga penuh dalam satu piring kaca.

2. Letakkan piring kaca berisi air di bahagian pendingin beku selama 1 jam. Catatkan pemerhatian anda.

Air bertukar kepada

..............................

C

1. Titiskan lebih kurang 10 titik alkohol ke atas sekeping kertas turas..

2. Selepas 10 minit, catatkan pemerhatian anda.

Tompok alkohol menjadi .....................

D

(Aktiviti dijalankan dalam kebuk wasap)

1. Panaskan tabung didih yang mengandungi sedikit hablur iodin seperti yang ditunjukkan dalam rajah.

2. Catat pemerhatian anda.

Pepejal hitam bertukar menjadi ................................

............................ terbentuk semula pada dinding mulut tabung didih.

Page 9: PBS Haba

Perbincangan:

1. Nyatakan takat di mana berlakunya proses:(a) Peleburan : ................................................................(b) Pembekuan : .................................................................(c) Pendidihan : .................................................................

2. Nyatakan proses perubahan jirim yang digambarkan dalam rajah di bawah ini. Kemudian, nyatakan sama ada haba diserap atau dibebaskan semasa perubahan keadaan jirim.

Proses Haba

(a) Pemejalwapan diserap/ dibebaskan

(b)........................ diserap/ dibebaskan

(c)........................ diserap/ dibebaskan

(d).............................. diserap/ dibebaskan

(e)............................ diserap/ dibebaskan

(f)........................ diserap/ dibebaskan

(e) (a)

(f)

(b)

(c)

(d)

Page 10: PBS Haba

3. Namakan perubahan keadaan jirim yang berlaku dalam kehidupan harian.

(a) Penyediaan garam dalam air laut. ………………………………………….

(b) Minyak wangi dalam botol yang tidak bertutup menjadi kering.

...................................

(c) Saiz ubat gegat menjadi semakin kecil. ...........................................

(d)Titisan air terbentuk di bahagian dalam tudung periuk nasi.......................................

Page 11: PBS Haba

Topik : 7 – Haba

Subtopik : 7.2 Pengaliran Haba dan Kesannya

B5D7E1 : Mengkaji kegunaan bahan berbeza sebagai konduktor dan penebat haba melalui ekperimen

Aktiviti: Menjalankan Eksperimen 7.1 (Buku Teks :m/s 194)

Topik : 7 – Haba

Subtopik : 7.5 Penyerap dan Pembebas Haba yang Baik

B5D8E1 : Mengkaji objek yang gelap dan kusam menyerap haba lebih baik daripada objek putih dan berkilat melalui eksperimen

Aktiviti: Menjalankan Eksperimen 7.2 (Buku Teks :m/s 208)

B5D8E2 : Mengkaji objek yang gelap dan kusam membebaskan haba lebih baik daripada objek putih dan berkilat melalui eksperimen

Aktiviti: Menjalankan Eksperimen 7.3 (Buku Teks :m/s 210)

Page 12: PBS Haba

Topik : 7 – Haba

Subtopik : 7.4 Aplikasi Prinsip Pengembangan dan Pengecutan Jirim

B6D7E1 : Menjelaskan tentang kegunaan pengembangan dan pengecutan jirim dalam

prinsip pengaliran haba.

Rajah 1 (a) menunjukkan kebakaran yang mengakibatkan 25 buah rumah hangus dijilat api. Manakala Rajah 1 (b) pula menunjukkan sistem penggera kebakaran yang boleh dipasang di rumah bagi mengelakkan kejadian tersebut daripada berulang.

Rajah 1(a)Rajah 1 (b)

Anda dikehendaki membuat pembentangan bagi menerangkan bagaimana alat penggera kebakaran tersebut berfungsi merangkumi konsep pengembangan dan pengecutan jirim. Pembentangan boleh dibuat dalam bentuk carta, persembahan ‘Power Point’ atau pembinaan model.

Page 13: PBS Haba