PEG3023 Article Review
-
Upload
tqah-shaari -
Category
Documents
-
view
11 -
download
5
description
Transcript of PEG3023 Article Review
EKONOMI MALAYSIA
[PEG3023]
GROUP B
SEMESTER 2 2014/2015
ULASAN ARTIKEL/ ARTICLE REVIEW
DISEDIAKAN OLEH:
NOR ATIQAH BINTI SHAARI
D20111048768
AT45 KEUSAHAWANAN DAN PERDAGANGAN
NAMA PENSYARAH:
DR ZAINIZAM BIN ZAKARIYA
Tajuk Artikel: Female Labour Force Participation, Infant Mortality and Fertility in Malaysia
Penulis: Audrey K.L. Siah and Grace H.Y. Lee
Tahun : 2014
Sumber: Department of Economics (ISSN 1441-5429) Discussion Paper 54/14, monash.edu/ business-economics
PENDAHULUAN
Rujukan sepenuhnya bagi artikel yang diulas ini ialah artikel tulisan Audrey K.L Siah dan Grace
H.Y .Lee (2014) yang bertajuk, “Female Labour Force Participation, Infant Mortality and
Fertility in Malaysia” dalam Discussion Paper 54/14, Department of Economics, School of
Business, Monash University, Selangor.
ULASAN ARTIKEL
Artikel ini ditulis untuk mengkaji hubungan jangka pendek dan jangka panjang dan sebab akibat
antara kadar penyertaan tenaga buruh wanita, kadar kematian bayi dan kesuburan di negara
membangun di Asia - Malaysia. Pada awal penulisan, penulis mendedahkan bahawa Malaysia
mengalami kemerosotan dalam jumlah kadar kesuburan daripada 6.0 peratus pada tahun 1960
kepada 4.9 peratus pada tahun 1970, diikuti sebanyak 3.8 peratus dan 3.5 peratus pada tahun
1980 dan 1990, ke arah 3.1 peratus pada tahun 2000 dan terus menurun kepada 2.6 peratus
peratus pada tahun 2010 (World Bank Indicator, 2012).
Penulis berpendapat penurunan berterusan jumlah kadar kesuburan dan perubahan saiz
keluarga telah memberikan kesan langsung terhadap pertumbuhan jumlah tenaga kerja dan
struktur umur ekonomi.. Tambahan lagi, penulis juga menyatakan peningkatan penyertaan
wanita Malaysia dalam tenaga buruh sebagai salah satu penyumbang penurunan kadar
kesuburan.
Di samping itu, penulis menerangkan mengenai penggubalan struktur jumlah kadar
kesuburan (1981 dan 2001) yang dikaitkan dengan pengumuman dasar 70 juta penduduk oleh
bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Malaysia selepas beliau mengambil alih jawatan
pada pertengahan 1981. Pengumuman ini telah diikuti dengan kajian separuh penggal Rancangan
Malaysia Keempat (1981-1985) yang mengumumkan sasaran demografi baru untuk mencapai
jumlah penduduk 70 juta pada tahun 2100. Manakala, penggubalan struktur bagi kadar
penyertaan tenaga buruh (1986, 1992 dan 1995) dikaitkan dengan kadar penyertaan tenaga buruh
wanita di Malaysia telah meningkat sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
METODOLOGI
Tujuan kajian ini ditulis adalah untuk mengkaji hubungan dan penyebab antara kadar penyertaan
tenaga buruh wanita, kadar kematian bayi dan kesuburan di negara membangun di Asia –
Malaysia. Penulis menggunakan ‘two-break unit root test’ terbaru yang dibangunkan oleh
Narayan dan Popp (NP, 2010). Aspek menarik ujian NP ialah ia tepat mengesan tarikh rehat
berbanding dengan ujian lain yang bersaing dengan kehadiran ‘two structural breaks’.
HASIL KAJIAN
Hasil kajian mendapati perubahan kadar kematian bayi signifikan dan memberi impak positif
kadar jangka panjang terhadap kadar kesuburan. Manakala, kesanggupan wanita untuk
mempunyai anak tidak dipengaruhi oleh status pekerjaan mereka.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya kajian yang dijalankan ini adalah signifikan. Oleh kerana dasar yang
telah diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir iaitu Dasar kependudukan Malaysia kearah 70 juta
penduduk pada tahun 2100. Tujuan dasar ini diperkenalkan adalah untuk meningkat
pertumbuhan ekonomi. Oleh itu, kadar penyertaan tenaga buruh wanita yang tinggi dapat
meningkatkan daya pengeluaran ekonomi. Maka kajian ini amat diperlukan kerana penulis telah
mencadangkan beberapa polisi yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bagi mencapai
dasar yang diperkenalkan. Antara polisi yang dicadangkan ialah membuat pembaharuan skim
cuti bergaji untuk ibu bapa untuk meningkatkan kesuburan di kalangan wanita yang bekerja. Cuti
bersalin yang lebih panjang akan menjadi satu insentif yang berkesan untuk menggalakkan
kalangan wanita yang bekerja mempunyai anak. Selain itu, penulis juga mencadangkan kerajaan
Malaysia harus melihat ke dalam dasar-dasar yang bertujuan untuk mengurangkan kos menyara
kanak-kanak seperti pengecualian cukai individu untuk kanak-kanak, subsidi penjagaan kanak-
kanak, kredit cukai kanak-kanak dan elaun keluarga.