Pekeliling PAFA 1994 - · PDF fileDiilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT,...

3
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PARAS 7, BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA 50604 KUALA LUMPUR Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia Tel : 03-2586900 Fax : 03-2535150 Kawat : “PELAJARAN” Ruj. Tuan : Ruj. Kami : KP5206/8/70 Jld.13/(14) Tarikh :12 Mac 1994 29 Ramadhan 1414H Semua Pengarah Pendidikan Negeri Jabatan Pendidikan Negeri Tuan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1994 : Penilaian Perkara Asas Fardu ’Ain (PAFA) Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Surat Pekeliling Ikhtisas ini adalah untuk memaklumkan bahawa Perkara Asas Fardu ’Ain akan dinilai dan dilaporkan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mulai Sesi 1994/1995. 2. Yang dimaksudkan dengan Perkara Asas Fardu ’Ain (PAFA) ialah : Beberapa perkara yang terpenting dariapda Fardu ’Ain, yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam, yang hendak dipastikan supaya tiap-tiap murid/pelajar benar-benar mengetahui, memahami dan boleh mengamalkannya dengan cara yang betul dan sempurna sebagaimana yang ditetapkan oleh Syara’. Dalam aspek penilaian, murid/pelajar dapat mencapai kefahaman yang betul dan boleh mengamalkannya sekira-kira ’sah’ pada tahap yang paling asas dan minimum. Perkara Asas Fardu ’Ain tersebut adalah seperti berikut : 2.1 Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ialah : (a) Mengucap Dua Kalimah Syahadah (b) Rukun Iman (c) Rukun Islam (d) Beristinjak (e) Membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada najis (f) Berwuduk (g) Mandi Wajib (h) Solat Fardu, termasuk Azan, Iqamah, menjawb Azan dan Iqamah, serta Doa selepas Azan dan Iqamah (i) Puasa : Dalam aspek niat, perkara-perkara yang membatalkan puasa dan hikmat (j) Adab terhadap ibu bapa (k) Ihsan 2.2 Bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) adalah sama seperti yang tersebut dalam para 2.1 di atas, dan ditambah dengan :

Transcript of Pekeliling PAFA 1994 - · PDF fileDiilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT,...

Page 1: Pekeliling PAFA 1994 - · PDF fileDiilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia s.k 1. Y.B. Datuk Amar Dr. Sulaiman Daud

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PARAS 7, BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA 50604 KUALA LUMPUR

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

Tel : 03-2586900 Fax : 03-2535150 Kawat : “PELAJARAN”

Ruj. Tuan :

Ruj. Kami : KP5206/8/70 Jld.13/(14)

Tarikh :12 Mac 1994

29 Ramadhan 1414H

Semua Pengarah Pendidikan Negeri Jabatan Pendidikan Negeri Tuan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1994 : Penilaian Perkara Asas Fardu ’Ain (PAFA) Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Surat Pekeliling Ikhtisas ini adalah untuk memaklumkan bahawa Perkara Asas Fardu ’Ain akan dinilai dan dilaporkan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mulai Sesi 1994/1995. 2. Yang dimaksudkan dengan Perkara Asas Fardu ’Ain (PAFA) ialah : Beberapa perkara yang terpenting dariapda Fardu ’Ain, yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam, yang hendak dipastikan supaya tiap-tiap murid/pelajar benar-benar mengetahui, memahami dan boleh mengamalkannya dengan cara yang betul dan sempurna sebagaimana yang ditetapkan oleh Syara’. Dalam aspek penilaian, murid/pelajar dapat mencapai kefahaman yang betul dan boleh mengamalkannya sekira-kira ’sah’ pada tahap yang paling asas dan minimum. Perkara Asas Fardu ’Ain tersebut adalah seperti berikut :

2.1 Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ialah :

(a) Mengucap Dua Kalimah Syahadah (b) Rukun Iman (c) Rukun Islam (d) Beristinjak (e) Membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada najis (f) Berwuduk (g) Mandi Wajib (h) Solat Fardu, termasuk Azan, Iqamah, menjawb Azan dan Iqamah, serta

Doa selepas Azan dan Iqamah (i) Puasa : Dalam aspek niat, perkara-perkara yang membatalkan puasa dan

hikmat (j) Adab terhadap ibu bapa (k) Ihsan

2.2 Bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) adalah sama seperti yang tersebut dalam para 2.1 di atas, dan ditambah dengan :

Page 2: Pekeliling PAFA 1994 - · PDF fileDiilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia s.k 1. Y.B. Datuk Amar Dr. Sulaiman Daud

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

(l) Bertayammum (m) Solat Jenazah

2.3 Bagi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah sama seperti yang tersebut dalam para 2.1 dan 2.2 di atas, dan ditambah dengan :

(n) Perkahwinan : Dalam aspek Rukun dan Syarat akad nikah, hikmat,

tanggungjawab, perceraian dan pemeliharaan anak 3. Penilaian Perkara Asas Fardu ’Ain ini dijalankan seperti berikut :

3.1 Penilaian dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah 3.2 Soalan penilaian telah ditetapkan, dan calon diberitahu lebih awal, dan tidak

ada kerahsiaan 3.3 Penilaian dijalankan secara lisan dan amali 3.4 Tempoh penilaian bermula dari hari pertama pada penggal pertama

persekolahan dalam tahun peperiksaan berkenaan, dan berakhir sebulan sebelum tarikh peperiksaan bertulis dijalankan.

3.5 Pelajar diberikan masa, peluang, dan bimbingan yang secukupnya untuk memperbetul dan memperbaiki kesalahan dan kelemahan, sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkan sesuatu kemahiran dengan betul dan sempurna

3.6 Calon adalah diakui lulus Perkara Asas Fardu ’Ain apabila berjaya memahami dan mengamalkan semua soalan yang ditetapkan.

4. Kementerian Pendidikan akan melaporkan pernyataan “LULUS atai GAGA: PERKARA ASAS FARDU ’AIN” dalam keputusan dan sijil peperiksaan. Pernyataan tersebut tidak mengubah atau memberikan kesan terhadap status quo dalam sistem penggredan dan aggregat keputusan peperiksaan yang sedang berjalan sekarang. 5. Penilaian Perkara Asas Fardu ’Ain ini hendaklah dilaksanakan di sekolah-sekolah sebagaimana yang dinyatakan di atas, dan Pekeliling ini hendaklah dimaklumkan kepada semua sekolah. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” (DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NOORDIN) Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 3: Pekeliling PAFA 1994 - · PDF fileDiilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia s.k 1. Y.B. Datuk Amar Dr. Sulaiman Daud

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

s.k 1. Y.B. Datuk Amar Dr. Sulaiman Daud Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dr. Leo Michael Toyad Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3. Y.B. Dr. Fong Chan Onn Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4. Ketua Setiausaha

Kementerian Pendidikan Malaysia

5. Timbalan Ketua Setiausaha I Kementerian Pendidikan Malaysia

6. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I Kementerian Pendidikan Malaysia

7. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II Kementerian Pendidikan Malaysia

8. Timbalan Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan Malaysia

9. Semua Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia