gurubesar.my · Web viewPersatuan Bahasa Melayu S.K Convent Ipoh akan ditubuhkan selaras dengan...

25
KERTAS KERJA CADANGAN PENUBUHAN PERSATUAN BAHASA MELAYU S.K CONVENT, IPOH Pemohon : JAWATANKUASA PENAJA PERSATUAN BAHASA MELAYU S.K CONVENT, IPOH Pada : 2 JANUARI 2018. PERSATUAN BAHASA MELAYU S.K CONVENT IPOH.

Transcript of gurubesar.my · Web viewPersatuan Bahasa Melayu S.K Convent Ipoh akan ditubuhkan selaras dengan...

Page 1: gurubesar.my · Web viewPersatuan Bahasa Melayu S.K Convent Ipoh akan ditubuhkan selaras dengan arahan penubuhan persatuan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Tujuan utama penubuhan

KERTAS KERJA CADANGAN PENUBUHAN PERSATUAN BAHASA MELAYU S.K CONVENT, IPOH

Pemohon :

JAWATANKUASA PENAJA PERSATUAN BAHASA MELAYU S.K CONVENT, IPOH

Pada :

2 JANUARI 2018.

BERTEKAD CEMERLANG.

PERSATUAN BAHASA MELAYU S.K CONVENT IPOH.

Page 2: gurubesar.my · Web viewPersatuan Bahasa Melayu S.K Convent Ipoh akan ditubuhkan selaras dengan arahan penubuhan persatuan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Tujuan utama penubuhan

1.0 PENGENALAN

Persatuan Bahasa Melayu S.K Convent Ipoh akan ditubuhkan selaras dengan

arahan penubuhan persatuan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Tujuan utama

penubuhan persatuan ini ialah untuk mengukuhkan kemahiran Bahasa yang dipelajari

oleh murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Persatuan

ini direalisasikan untuk membantu murid-murid bukan sahaja cemerlang dalam

kurikulum tetapi juga cemerlang dalam kokurikulum. Hal ini penting untuk melahirkan

modal insan yang seimbang dari aspek intelek, emosi dan jasmani. Secara tidak

langsung aktiviti persatuan akan membantu menjayakan matlamat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Di samping itu, pelbagai aktiviti yang dijalankan meliputi beberapa

kemahiran yang telah dipelajari akan dapat menajamkan penguasaan murid dalam

mata pelajaran Bahasa Melayu. Persatuan ini akan disertai oleh murid-murid tahap 2

iaitu terdiri daripada murid Tahun Empat, Tahun Lima dan Tahun Enam. Murid-murid

pada usia ini mampu bertindak sesuai dengan kehendak guru penasihat.

2.0 OBJEKTIF

1. Meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu dan

meningkatkan kebolehan berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Melayu.

2. Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang masa depan dan kepentingan

Bahasa Melayu untuk mendapatkan pekerjaan di sektor kerajaan .

3. Membentuk sikap bertanggungjawab dan amanah dalam diri pelajar sebagai

sebahagian kehidupan.

4. Mendedahkan maklumat kepada para pelajar tentang kepentingan berkomunikasi

dengan orang lain menggunakan bahasa yang bersopan untuk jangka masa yang

panjang .

Page 3: gurubesar.my · Web viewPersatuan Bahasa Melayu S.K Convent Ipoh akan ditubuhkan selaras dengan arahan penubuhan persatuan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Tujuan utama penubuhan

3.0 TEMPAT BERURUSAN

Makmal Bahasa S.K Convent,Ipoh.

4.0 CADANGAN NAMA PERSATUAN

Persatuan Bahasa Melayu S.K Convent,Ipoh.

5.0 MOTO PERSATUAN

Bertekad Cemerlang dengan Belajar Bahasa Sepanjang Masa.

6.0 KEAHLIAN

Persatuan ini akan disertai oleh murid-murid tahap 2 iaitu terdiri daripada murid Tahun

Empat, Tahun Lima dan Tahun Enam.

( Sila Rujuk Senarai nama murid di bahagian Lampiran 1 )

7.0 LAGU PERSATUAN

(Sila Rujuk Lampiran 2 )

8.0 LOGO PERSATUAN

PERSATUAN BAHASA MELAYU S.K CONVENT IPOH.

Page 4: gurubesar.my · Web viewPersatuan Bahasa Melayu S.K Convent Ipoh akan ditubuhkan selaras dengan arahan penubuhan persatuan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Tujuan utama penubuhan

DEFINISI LOGO PERSATUAN BAHASA MELAYU S.K CONVENT IPOH.

Matlamat utama kokurikulum Persatuan di sekolah ialah untuk mengeluarkan

murid-murid yang berkeyakinan tinggi, berkreatif, murid yang mempunyai ciri-ciri

kepimpinan, dan yang dapat menghayati nilai-nilai murni. Murid-murid yang mempunyai

kesemua sifat tersebut akan menjadi warganegara yang berguna dan berproduktif.

Sehubungan dengan itu, Logo Persatuan Bahasa Melayu S.K Convent Ipoh berkait

rapat dengan matlamat utama kokurikulum. Misalnya, bentuk bulat yang kami pilih

tersebut melambangkan jam mahupun peredaran masa. Disamping itu, bentuk bulat

juga berkait rapat dengan moto persatuan iaitu murid sentiasa bertekad cemerlang ,

belajar bahasa sepanjang masa. Tambahan pula, bentuk bulat dicipta bagi

melambangkan dunia pendidikan. Pembelajaran bahasa merupakan kaedah

memperoleh ilmu pengetahuan atau kemahiran berbahasa melalui pengalaman,

amalan yang dipelajari tidak kira di mana seseorang murid itu berada.

Pembelajaran informal sentiasa berlaku dalam kehidupan seseorang dan murid

hendaklah berkeupayaan berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa yang mudah

difahami oleh orang lain. Dalam konteks bentuk separa dunia pula, seseorang murid

hendaklah sentiasa berusaha untuk mengemas kini dengan ilmu Bahasa bagi menjadi

insan yang sempurna. Logo persatuan juga mempunyai isi tersirat yang akan sentiasa

mengingatkan murid dalam usaha membangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani

murid secara seimbang.

Selain itu, buku melambangkan semangat terus belajar dalam kalangan murid

yang masih bersekolah serta mempelajari ilmu. Buku merupakan medium yang sangat

berkait rapat dalam kehidupan murid dan dalam pembelajara Bahasa buku memainkan

peranan yang amat besar. Misalnya, tanpa adanya buku murid tidak dapat meluahkan

isi atau maklumat dalam pelbagai bentuk secara bertulis. Murid juga memerlukan buku

bagi membuat latihan dalam usaha memantapkan Bahasa yang dipelajari.

Akhir kata, Kami harap cadangan Logo Persatuan Bahasa Melayu ini dapat

disokong dan diluluskan oleh pihak sekolah bagi melahirkan murid yang mencintai,

menghargai Bahasa Kebangsaan kita.

Page 5: gurubesar.my · Web viewPersatuan Bahasa Melayu S.K Convent Ipoh akan ditubuhkan selaras dengan arahan penubuhan persatuan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Tujuan utama penubuhan

9.0 ORGANISASI PENTADBIRAN

(Sila Rujuk Lampiran 3 )

10.0 PERLEMBAGAAN PERSATUAN

(Sila Rujuk Lampiran 4 )

11.0 RANCANGAN AKTIVITI

Bil Aktiviti Persatuan Tarikh1. Pendaftaran Kokurikulum 8 Januari 20108

2. Mesyuarat Agung 9 Februari 2018

3. Kuiz Bahasa 12 Februari 2018

4. Bahasa Isyarat 24 Mac 2018

5. Minggu Bahasa Melayu - 29 Mac 2018- 2 April 2018

6. Syarahan ( darjah 4 dan 5 ) 7 April 2018

7. Syarahan ( darjah 6 ) 15 April 2018

8. Latihan Mendeklamasikan Sajak ( darjah 4 dan 5 ) 21 April 2018

9. Latihan Mendeklamasikan Sajak ( darjah 6 ) 28 April 2018

10. Pertandingan Bercerita 12 May 2018

11. Latihan Perbahasan Ala Parlimen 3 Jun 2018 – 20 Julai 2018

12. Perbahasan Ala Parlimen ( Murid darjah 5 dan 6 ) 21 Julai 2018

13. Lawatan sambal belajar Bulan Ogos 2018

14. Pertandingan Mencipta Sajak Bulan September 2018

15. Jamuan Akhir Tahun Bulan October

12.0 PENUTUP

Page 6: gurubesar.my · Web viewPersatuan Bahasa Melayu S.K Convent Ipoh akan ditubuhkan selaras dengan arahan penubuhan persatuan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Tujuan utama penubuhan

Sekolah merupakan wahana dalam mendaulat dan memperkasakan Bahasa

Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Oleh itu, pelbagai aktiviti akan dirancang serta

dilaksanakan sepanjang tahun bagi menarik minat warga sekolah agar mampu

berkomunikasi dengan baik dan sopan selain memupuk semangat cintakan bahasa

Kebangsaan. Pada masa yang sama melalui penubuhan persatuan seperti tersebut kita

dapat melahirkan generasi yang berkualiti dan sentiasa prihatin terhadap isu-isu

Bahasa. Aktiviti persatuan juga secara tidak langsung akan memaksimumkan

penglibatan, kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa serta

membantu murid berinteraksi dengan masyarakat.

Akhir kata, Kami harap cadangan penubuhan Persatuan Bahasa Melayu ini dapat

disokong dan diluluskan oleh pihak sekolah bagi melahirkan murid yang mencintai,

menghargai Bahasa Kebangsaan kita.

Lampiran 1

Page 7: gurubesar.my · Web viewPersatuan Bahasa Melayu S.K Convent Ipoh akan ditubuhkan selaras dengan arahan penubuhan persatuan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Tujuan utama penubuhan

Senarai nama murid Tahun 4

Bil Nama1. AIDA HANIS BINTI AIMAN

2. AISWARYA A/P SHIVA

3. ANNE A/P JAMES

4. BEEMISHA FATIN BINTI AZLAN

5. CAROLINE A/P TAN CHENG

6. CAMILIA A/P PETER

7. DARSHEENE A/P RAVINASH

8. ELIZABETH BOO A/P EDWARD BOO

9. HANISAH FARHANAH BINTI ABDUL RAZAK

10. HANANN SYOFFEEYA BINTI TAJJUDDIN

11. KAVITHA SHYRI A/P MAHESH

12. NOOR AISYAH BINTI MOHAMAD FARID

13. YOOG PEI JIEN A/P JOSHUA

Lampiran 1

Page 8: gurubesar.my · Web viewPersatuan Bahasa Melayu S.K Convent Ipoh akan ditubuhkan selaras dengan arahan penubuhan persatuan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Tujuan utama penubuhan

Senarai nama murid Tahun 5

Bil Nama1. ANNE MARRY A/P JOHN

2. CARMEN LEE A/P YUN HWA

3. DEEPA A/P ASWIN

4. ISHA PATEL A/P MELVINDER SINGH

5. JASMINE A/P PHILIP

6. LEASHITAA A/P VASUDEVAN

7. LEE CARMEN A/P TAN CHENG

8. LIWON LIM WEE A/P FRANCIS WEE

9. MAS ARREESSA BINTI ABDUL ZAILAN

10. NORISH DHANIA AFIQAH BINTI SHAHRUL HAMID

11. NUR AISYA ADRIANA BINTI ALI SUFIAN

12. NUR NAJIHAH BINTI KAMALUDIN

13. NURUL LIYANA BINTI AJMAL

14. PRAVINA A/P NAVEEN

15. REENA A/P SARAVANAN

16. ROSHINI A/P THAYALAN

17. SHEERYL A/P HARVINDER

18. YOONG SUE A/P JOSHUA

Lampiran 1

Page 9: gurubesar.my · Web viewPersatuan Bahasa Melayu S.K Convent Ipoh akan ditubuhkan selaras dengan arahan penubuhan persatuan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Tujuan utama penubuhan

Senarai nama murid Tahun 6

Bil Nama1. ASHVITHA KAUR A/P HARSWARDAN

2. BHANU A/P SURYA

3. CARAMEL VEEVIAN A/P MICHAEL FONG

4. CAROLINE MARRY A/P DANIEL

5. DARSHIKA A/P SELLAPAN

6. HEMA A/P KRISHNAN

7. JYOTIKA SRI A/P SUKVINDER SINGH

8. KEESHALINI A/P KARTIKESAN

9. LOH JAQULINE A/P JAMES

10. MANISHA KAUR A/P JAGDISH SINGH

11. MAS MARIA BINTI MOHD IMAN

12. NOOR AISYAH BINTI ABDULLAH AIMAN

13. NURUL HUDA BINTI ABU BAKAR

14. NURUL AINI BINTI IZZUDIN

15. SHANEL KASMIRA A/P NIRMAL NELSON

16. SITI KHADIJAH BINTI ALIAS

17. SITI SUBAIDAH BINTI NASRUDDIN

18. SWEETAH A/P MOHAN

19. TARAMINDER KAUR A/P NIRMAL SINGH

20. USHAA A/P VINCENT

21. VANI A/P PRAVEEN

22. WEE VEE YEN A/P LEE CHONG WEI

Lampiran 2PERSATUAN BAHASA MELAYU

S.K CONVENT IPOH.

Page 10: gurubesar.my · Web viewPersatuan Bahasa Melayu S.K Convent Ipoh akan ditubuhkan selaras dengan arahan penubuhan persatuan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Tujuan utama penubuhan

LAGU PERSATUAN BAHASA MELAYU S.K CONVENT IPOH.

Bergerak maju puteri semua

Rajin usaha bersama

Tinggikan semangat belajar bahasa

Mesti tekun dan sabar

Melangkah maju bina bangsa

Negara yang tercinta

Patuh rukun dan taat setia

Hidup aman sentosa.

Jujur dan hormat, tunjukkan jasa

Pada Bahasa kita

Gunakan ilmu setiap masa

Kita pasti Berjaya.

Lampiran 3

Page 11: gurubesar.my · Web viewPersatuan Bahasa Melayu S.K Convent Ipoh akan ditubuhkan selaras dengan arahan penubuhan persatuan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Tujuan utama penubuhan

ORGANISASI PENTADBIRAN

PENAUNG : PN. MARIANI BT KASSIM

(GURU BESAR S.K CONVENT IPOH)

PENASIHAT : PN. KHAMSIAH BINTI SAHFIQH

(GPK KO S.K CONVENT,IPOH)

PENYELARAS 1 : PN.NOORAINI BINTI ABU BAKAR

(GURU PENASIHAT PERSATUAN BAHASA MELAYU)

PENYELARAS 2 : PN WAN THE HANNISA BINTI ABDUL WAHAB

(GURU PENASIHAT PERSATUAN BAHASA MELAYU)

PENGERUSI : NURUL HUDA BINTI ABU BAKAR ( TAHUN 6 )

NAIB PENGERUSI : REENA A/P SARAVANAN ( TAHUN 5)

SETIAUSAHA : HEMA A/P KRISHNAN ( TAHUN 6 )

NAIB SETIAUSAHA : ANNE MARRY A/P JOHN ( TAHUN 5)

BENDAHARI : MANISHA KAUR A/P JAGDISH SINGH ( TAHUN 6)

PENOLONG BENDAHARI : YOOG PEI JIEN A/P JOSHUA ( TAHUN 4 )

AHLI JAWATANKUASA : MAS MARIA BINTI MOHD IMAN ( WAKIL TAHUN 6)

: LEE CARMEN A/P TAN CHENG ( WAKIL TAHUN 5 )

: CAROLINE A/P TAN CHENG ( WAKIL TAHUN 4)

Lampiran 4

Page 12: gurubesar.my · Web viewPersatuan Bahasa Melayu S.K Convent Ipoh akan ditubuhkan selaras dengan arahan penubuhan persatuan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Tujuan utama penubuhan

PERLEMBAGAAN PERSATUAN BAHASA MELAYU

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT,IPOH.

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

Pada mematuhi Sub peraturan 5(1) (a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan

(Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan

Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh

21 hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-peraturan (Perlembagaan)

Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Convent,Ipoh yang selepas ini disebut

sebagai “persatuan” sahaja.

PERATURAN 1 : NAMA DAN ALAMAT

a. Nama Persatuan :Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Convent Ipoh, Perak.

b. Alamat : Sekolah Kebangsaan Convent Ipoh

Jalan Chamberlain Hulu, 30250 Ipoh, Perak

PERATURAN 2 : TUJUAN DAN MATLAMAT

Page 13: gurubesar.my · Web viewPersatuan Bahasa Melayu S.K Convent Ipoh akan ditubuhkan selaras dengan arahan penubuhan persatuan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Tujuan utama penubuhan

2.1. Menyediakan proses pembelajaran Bahasa Melayu secara informal bagi pelajar.

2.2. Memberi keseimbanagn kepada pendidikan formal dalam domain kognitif, afektif,

psikomotor dan intelek, rohani, jasmani dan emosi pelajar.

2.3. Memberi peluang kepada pelajar menimba pengalaman yang baru melalui aktiviti di

luar bilik darjah supaya mereka lebih bersedia apabila meninggalkan bangku sekolah

dan membandung mereka daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral dan

antisosial.

2.4. Menanam sikap sayangkan bahasa Melayu di dalam jiwa pelajar yang menyertai

kegiatan luar.

2.5. Menyumbangkan usaha untuk membina iklim dan budaya sekolah yang lebih

menyeronokkan, segar dan sihat.

2.6. Membantu masyarakat dan agensi kerajaan dalam hal yang berkaitan dengan alam

sekitar dan kemasyarakatan.

2.7. Memberi peluang kepada setiap murid untuk mengembangkan potensi secara

seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

PERATURAN 3 : OBJEKTIF

3.1. Supaya ahli lebih terpimpin dalam menimba ilmu dan memupuk semangat

bertanggungjawab dan disiplin diri.

3.2. Ahli-ahli akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi

dalam aktiviti yang diceburi.

Page 14: gurubesar.my · Web viewPersatuan Bahasa Melayu S.K Convent Ipoh akan ditubuhkan selaras dengan arahan penubuhan persatuan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Tujuan utama penubuhan

PERATURAN 4 : KEAHLIAN

4.1. Dibuka kepada semua murid tahap dua sekolah ini.

4.2. Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan

dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

PERATURAN 5 : GURU PENASIHAT

5.1. Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

5.2. Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan

sesuatu aktiviti.

PERATURAN 6 : AHLI JAWATANKUASA

6.1. Dilantik semasa mesyuarat agung.

6.2. Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang

tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai ahli

jawatankuasa.

6.3. Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

6.4. Ahli jawatankuasa kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan

mesyuarat.

6.5. Ahli jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat

peletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

Page 15: gurubesar.my · Web viewPersatuan Bahasa Melayu S.K Convent Ipoh akan ditubuhkan selaras dengan arahan penubuhan persatuan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Tujuan utama penubuhan

6.6. Ahli jawatankuasa persatuan hendaklah terdiri:-

6.6.1 Pengerusi

6.6.2 Naib Pengerusi

6.6.3 Setiausaha

6.6.4 Penolong Setiausaha

6.6.5 Bendahari

6.6.6 Penolong Bendahari

6.6.7 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung kepada keperluan)

6.6.8 Pemeriksa Kira-kira (2 orang)

PERATURAN 7 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

7.1 Pengerusi

7.1.1. Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan

semua mesyuarat.

7.1.2. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang

diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

7.1.3. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa

ke semasa.

Page 16: gurubesar.my · Web viewPersatuan Bahasa Melayu S.K Convent Ipoh akan ditubuhkan selaras dengan arahan penubuhan persatuan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Tujuan utama penubuhan

7.2 Naib Pengerusi

7.2.1. Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.

7.2.2. Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaa pengerusi.

7.2.3. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa

ke semasa.

7.3 Setiausaha

7.3.1. Menguruskan hal-hal surat menyurat.

7.3.2. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.

7.3.3. Mencatat kehadiran ahli.

7.3.4. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

7.3.5. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa

ke semasa.

7.4 Penolong Setiausaha

7.4.1. Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.

7.4.2. Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.

7.4.3. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa

ke semasa.

Page 17: gurubesar.my · Web viewPersatuan Bahasa Melayu S.K Convent Ipoh akan ditubuhkan selaras dengan arahan penubuhan persatuan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Tujuan utama penubuhan

7.5 Bendahari

7.5.1. Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan.

7.5.2. Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan

bertanggungjawab di atas kesahihannya.

7.5.3. Menyediakan Penyata Kira-kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.

7.5.4. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli

jawatankuasa.

7.5.5. Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam

Mesyuarat Agung.

7.5.6. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa

ke semasa.

7.6 Penolong Bendahari

7.6.1. Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.

7.6.2. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa

ke semasa.

7.7 Ahli Jawatankuasa

7.7.1. Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang

dilaksanakan.

7.7.2. Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

Page 18: gurubesar.my · Web viewPersatuan Bahasa Melayu S.K Convent Ipoh akan ditubuhkan selaras dengan arahan penubuhan persatuan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Tujuan utama penubuhan

PERATURAN 8 : KEWANGAN

8.1. Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan

semasa mesyuarat agung dan telah diluluskan sebanyak RM2.00 seorang sebulan.

8.2. Persatuan juga boleh memperoleh sumber kewangan melalui aktiviti.

8.3. Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar

boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

8.4. Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA sekolah,

sekiranya mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar.

PERATURAN 9 : KEHADIRAN / PENYERTAAN

9.1. Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh

persatuan sepanjang tahun.

9.2. Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis

surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian

kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 10 : AKTIVITI

10.1. Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli

jawatankuasa.

10.2. Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan

kepada pengetahuan ahli.

Page 19: gurubesar.my · Web viewPersatuan Bahasa Melayu S.K Convent Ipoh akan ditubuhkan selaras dengan arahan penubuhan persatuan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Tujuan utama penubuhan

PERATURAN 11 : PERATURAN-PERATURAN

11.1. Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

11.2. Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

11.3. Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tataterbit.

PERATURAN 12 : TINDAKAN DISIPLIN

12.1. Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak

mematuhi peraturan yang ditetapkan.

12.2. Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

12.2.1 Amaran Lisan

12.2.2 Amaran Bertulis

12.3. Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan

kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat

adalah muktamad.

PERATURAN 13 : PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1. Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

13.2. Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru

Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

13.3. Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan ahli jawatankuasa

akan dibincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

13.4. Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh

Pengetua/Guru Besar.

Page 20: gurubesar.my · Web viewPersatuan Bahasa Melayu S.K Convent Ipoh akan ditubuhkan selaras dengan arahan penubuhan persatuan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Tujuan utama penubuhan

PERATURAN 14 : PEMBUBARAN PERSATUAN

14.1. Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar

perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

14.2. Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat

Agung Tergempar.

PERATURAN 15 : HAL-HAL LAIN

15.1. Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang

dijalankan.

15.2. Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

Tarikh : 2 JANUARI 2018.

Page 21: gurubesar.my · Web viewPersatuan Bahasa Melayu S.K Convent Ipoh akan ditubuhkan selaras dengan arahan penubuhan persatuan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Tujuan utama penubuhan

DISEDIAKAN OLEH :

Hema ( HEMA A/P KRISHNAN ) Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu SK Convent,Ipoh.

DISOKONG OLEH :

SiiKhadijah(SITI KHADIJAH BINTI ALIAS)Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu SK Convent,Ipoh.

DISOKONG OLEH :

Nooraini(NOORAINI BINTI ABU BAKAR)PENYERALAS 1 Guru Penasihat Persatuan Bahasa Melayu SK Convent,Ipoh.

DISEMAK OLEH :

Khamsiah( PN. KHAMSIAH BINTI SAHFIQH)GPK KO S.K CONVENT,IPOH.

DILULUSKAN OLEH :

Mariani( PN. MARIANI BT KASSIM )GURU BESAR S.K CONVENT, IPOH.