Pel. 1 Al-Quran Menjana Kecemerlangan Hidup

11
BAB 1: AL-QURAN MENJANA KECEMERLANGAN HIDUP

Transcript of Pel. 1 Al-Quran Menjana Kecemerlangan Hidup

BAB 1:

AL-QURAN MENJANA KECEMERLANGAN HIDUP

(Surah al-Baqarah,1-5)

FIRMAN ALLAH

• Maksudnya: Alif,Lam,Min.(1) Kitab Al-Quran ini,tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan tentang sempurnanya),ia pula menjadi pentujuk bagi orang yang (hendak) bertakwa (2), iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) solat dan membelanjakan (mendermakan ) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka (3). Dan orang yang beriman kepada Kitab Al-Quran yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari Akhirat ( dengan sepenuhnya ) (4). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka, dan merekalah orang yang berjaya(5).

MAKSUD AYAT

AL-QURAN PANDUAN HIDUP MUKMIN

• Diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW.

• Kitab terakhir yang menjadikan panduan hidup mukmin hingga hari kiamat.

• Isi kandungannya lengkap merangkumi semua aspek seperti hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan manusia.

• Orang yang mengamalkan ajaran al-Quran terjamin hidupnya di dunia dan akhirat.

KONSEP TAQWA KEPADA ALLAH

Mengawal diri daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah dengan mengerjakan

suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

CIRI-CIRI MUKMIN BERTAQWA

Menurut Surah al-Baqarah ayat 1-5:

1. Beriman dan beramal dengan ajaran al-Quran.2. Beriman dengan hari akhirat.3. Beriman dengan perkara ghaib.4. Menunaikan solat lima waktu. 5. Beriman dengan kitab-kitab yang diturunkan

Allah SWT yang tidak diubah.6. Membelanjakan sebahagian rezeki ke jalan

Allah.

KELEBIHAN ORANG YANG BERTAQWA

• Dikasihi dan diredhai Allah SWT. • Memperolehi rahmat Allah SWT.• Menjadi orang yang berilmu dan

beramal.• Menjadi pemimpin yang berjaya dan

berwawasan.• Melahirkan ahli perniagaan yang

berdaya saing.• Sentiasa redha dan tabah menghadapi

ujian Allah.• Tidak mudah terpengaruh dengan

unsur-unsur negatif yang boleh melemahkan Iman.

CIRI-CIRI PELAJAR TAQWA

• Rajin mengulangkaji pelajaran.

• Menunaikan solat pada waktunya.

• Membaca dan memahami al-Quran.

• Berakhlak mulia.

• Meninggalkan perbuatan yang menggalakkan maksiat.

PENGAJARAN AYAT• Al-Quran memimpin manusia ke jalan yang

selamat dunia dan akhirat.• Orang yang beriman sentiasa yakin dengan

perkara ghaib dan hari akhirat sebagai hari pembalasan.

• Solat fardhu wajib ditunaikan dengan sempurna dalam waktunya walau dalam keadaan apa sekalipun.

• Orang yang dikurniakan rezeki atau harta kekayaan hendakalah membelanjakan ke jala yang diredhai Allah.

PENGAJARAN AYAT

VIDEO NASYID