PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN
description
Transcript of PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN
Disediakan Oleh:
Abd Qarim Bin Mohamed
Abdullah Syafiq Bin Ariffin
Farhan Bin Sayuati
Mohd Amirul Bin Azaman
PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN
PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan khas bukan sahaja perlu diketahui oleh
mereka yang terlibat bersama golongan kanak-kanak khas,
tetapi perlu diketahui oleh setiap lapisan masyarakat,
terutamanya para guru di sekolah. Ini penting bagi membantu
para guru mengenal pasti kanak-kanak yang mungkin
menghadapi masalah dalam pembelajaran yang dapat
dikaitkan dengan faktor-faktor tertentu.
DEFINISI MASALAH PENDENGARAN
Menurut Cruiskshank (1975), di Amerika Syarikat
kanak-kanak kurang upaya pendengaran didefinisikan
berdasarkan kepada kebolehan kanak-kanak itu menggunakan
deria dengar dan juga bila kecacatan itu dialami.
Kamus Dewan (1986) pula menyatakan bahawa
masalah pendengaran adalah masalah orang yang tidak dapat
mendengar sebarang bunyi bahasa atau bunyi yang lain.
JENIS MASALAH PENDENGARAN
Mengetahui jenis masalah pendengaran yang anda
hadapi adalah penting kerana ia akan membantu anda dan
menyelesaikan masalah tersebut. Terdapat masalah
pendengaran yang boleh dirawat dan tidak boleh dirawat. Jika
anda menghadapi masalah pendengaran yang tidak boleh
dirawat, pemakaian alat bantu pendengaran adalah perlu.
Terdapat tiga (3) jenis masalah pendengaran iaitu masalah:
• Konduktif
• Sensorineural
• Campuran
Masalah pendengaran konduktif berlaku apabila
terdapat masalah atau jangkitan pada telinga luar dan telinga
tengah.
Contoh masalah dan jangkitan yang boleh
menyebabkan masalah pendengaran konduktif:
• ketiadaan lubang telinga (atresia),
• cuping telinga kecil atau tiada cuping telinga (mikrotia /
anotia),
• sumbatan tahi telinga di salur telinga,
• jangkitan kuman pada salur telinga atau telinga tengah
• gegendang telinga bocor/pecah
Masalah pendengaran sensorineural pula berlaku apabila
terdapat masalah atau jangkitan pada telinga dalam, tempat di
mana koklea dan saraf pendengaran berada
Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal (tiada
rembesan nanah atau kecacatan fizikal) tetapi hanya dapat
dikenalpasti melalui pemeriksaan pendengaran secara
menyeluruh.
Masalah ini tidak dapat dirawat, tidak seperti masalah
pendengaran konduktif yang boleh dirawat secara pengambilan
ubat atau pembedahan
Masalah pendengaran campuran pula berlaku apabila
terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran serentak
iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural hadir
bersama.
Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah
pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi
telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalah
pendengaran campuran.
Apa jua masalah yang berlaku di telinga luar/tengah
beserta masalah di telinga dalam disebut sebagai masalah
pendengaran campuran.
Jenis masalah pendengaran juga mempunyai dua kategori iaitu:
a) Separuh pekak
Kategori separuh pekak ini biasanya walaupun deria mereka rosak tetapi
ianya masih terdapat sisa pendengaran. Biasanya deria dengar mereka
masih boleh berfungsi sama ada dengan bantuan alat pendengaran
atau tidak.
(Brill, Mac Neil & Newman, 1986)
b) Pekak
Pekak ialah kanak-kanak yang mempunyai deria dengar yang tidak
dapat berfungsi langsung. Kecacatan diperolehi sama ada sebelum,
semasa atau selepas kelahiran. (Brill, Mac Neil & Newman,1986)
CIRI-CIRI
• Meminta percakapan diulang berkali-kali
• Bercakap dengan nada suara yang lebih kuat daripada biasa
• Tidak memahami arahan yang diberikan atau silap memahami
arahan
• Sukar memahami perbualan di tempat bising
• Terpaksa memalingkan kepala ke arah sumber bunyi dalam
usaha untuk memahami apa yang didengari
Selepas Kelahiran
• Penyakit berjangkit disebabkan
bakteria dan virus
• Kecederaan telinga
• Pengambilan ubat berlebihan
ototoksik (streptomycin)
• Demam campak, beguk
• Jaundis
• Berat badan kurang dari 1500g
• Jangkitan kuman telinga tengah
• Tidak diketahui
PUNCA KECACATAN
Sebelum Kelahiran
• Baka
• Pengambilan dadah, alkohol
• Toksemia
• Jangkitan penyakit
• Tidak diketahui
Semasa Kelahiran
• Tidak cukup bulan
• Kelahiran yg terlalu lama
• Penyakit hemolosis
• Anoxia
• Sawan
DARJAH KEPEKAKAN
Menurut Paul dan Quigley (1990) seseorang yang kurang
upaya pendengaran tidak dapat menggunakan pendengarannya,
memahami pertuturan walaupun mereka mempunyai sisa
pendengaran.
Menurut Northem dan Lemme (1982) untuk memahami
pertuturan kita hanya perlu 10-15 dB (desible) kekuatan bunyi yang
didengar berbanding bunyi persekitaran.
Terdapat enam peringkat (kategori) kurang upaya
pendengaran menurut Daniel P. Hallahan dan James Kauffman (1997)
iaitu:
DARJAH KATEGORI TAHAP PENDENGARAN PENAMPATAN
> 26 dB Normal Boleh mendengar Sekolah biasa
27-40 dB Sedikit Boleh mendengar bunyi vokal
tetapi mungkin tidak
menyedari beberapa bunyi
konsonan.
Sekolah biasa dengan menggunakan
alat bantu mengajar.
41-55 dB Ringan atau
sederhana
Dapat mendengar bunyi-
bunyi pertuturan yang kuat
sahaja . Boleh dengan
pertuturan pada jarak 3-5
kaki.
Perlu perhatian sekolah biasa dengan
alat bantu mendengar yang ada guru
khas. Di tempat
56-70 dB Sederhana
teruk
Tidak dapat mendengar bunyi
pertuturan dalam perbualan
biasa
Di tempatkan di sekolah bercantum/
kelas khas
71-90 dB Teruk Tidak dapat mendengar
bunyi-bunyi pertuturan
Di tempat di sekolah bercantum/
kelas khas
91 dB
ke atas
Sangat teruk Tidak dapat mendengar
langsung bunyi-bunyi
pertuturan atau lain-lain.
Menghadapi masalah kerencatan
bahasa. Kesukaran bahasa dan tidak
dapat beri perhatian sepenuhnya.
PENCEGAHAN
• Elak mengorek telinga (benda-benda tajam dan keras)
• Bersihkan cuping telinga dengan kain lembab (lembut)
• Jika mengandungi serumen atau bendasing, titikkan
minyak
• Berjumpa pegawai perubatan (ENT) – keluar nanah atau
sakit
• Elakkan mangambil ubat tanpa nasihat doktor -
mengandung
• Jauhi daripada bunyi yang terlalu kuat
• Elakkan memukul di bahagian kepala
MENGESAN KECACATAN
SECARA OBJEKTIF
• Saringan Pendengaran
• Ujian rambang : mengetahui keupayaan pendengaran dengan peralatan
audiologi
SECARA SUBJEKTIF
• Ujian Tingkahlaku (Pure Tone Audiometry – PTA)
- Pemerhatian terhadap tindakbalas mereka pada bunyi
• Ujian pertuturan
- Keupayaan memahami apa yang ditutur dan menunjukkan tindak balas
• Pemerhatian
- Kurang memberi pemerhatian – tahap kepekakan
- Tidak memahami arahan
- Kurang melibatkan diri dalam aktiviti yang melibatkan pertuturan
- Seringkali bertanya pada rakan-rakan
- Selalu berkhayal
- Lemah dalam akademik (Bahasa)
- Cara percakapan yang janggal
- Sering memandang ke arah penutur
Prosedur Penilaian
• Menemubual ibu bapa untuk mendapatkan sejarah dan
latarbelakang klien
• Menjalankan pemeriksaan telinga luar
• Menjalankan ujian telinga tengah
• Menjalankan ujian-ujian pendengaran
• Mendapatkan keputusan tentang tahap kehilangan
pendengaran jenis kehilangan pendengaran