Pelaksanaan Sistem Agen dalam Kutipan Zakat di Negeri Perlis: Isu ...

16

Transcript of Pelaksanaan Sistem Agen dalam Kutipan Zakat di Negeri Perlis: Isu ...

Page 1: Pelaksanaan Sistem Agen dalam Kutipan Zakat di Negeri Perlis: Isu ...
Page 2: Pelaksanaan Sistem Agen dalam Kutipan Zakat di Negeri Perlis: Isu ...

Cetakan Pertama

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagianartikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apajuga bentuk dan dengan caraapa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman ataucara lain sebelummendapat izin bertulis daripada penerbit.

Perpustakaan Negara Malaysia

NorAiniAli. 1976-

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

ISU KONTEMPORARI AGIHAN ZAKAT DI MALAYSIA / NOR AINI ALI,AZIN CHE SEMAN, MOHAMMAD TAQIUDDIN MOHAMAD.rsBN 978-967- I 3583-l -3l. Zakal.2. Islam-Charities. 3. Islamic giving. I. Azizi Che Seman, 1972-.II. Mohammad Taqiuddin Mohamad, 1983-. IIL Judul.297.54

Diterbitkan OlehMajlis Agama Islam Wilayah PersekutuanAras l -7,9- l lBangunan PERKIM No. 150Jalan Ipoh51200 Kuala LumpurTel: +603-40479444Faks: +603-40449444Email : pro@maiwp. gov.my

Dengan KerjasamaJabatan Syariah dan EkonomiAkademi Pengajian IslamUniversiti Malaya50603 Kuala LumpurTel: +603-79676006Faks: +603-79676147Email : api_ekonomi@um. edu.my

Dicetak OlehAttin Press Sdn. Bhd.No.46, Jalan 3/108, Taman Salak Jaya,Salak Selatan, 57100 Kuala Lumpur.TeI:03-79847626Fax:03-7981 5253E-mail: attinpress@gmail. com

Page 3: Pelaksanaan Sistem Agen dalam Kutipan Zakat di Negeri Perlis: Isu ...

r

PELAKSANAAN SISTEM AGBN DALAMKUTIPAN ZAKAT DI NEGERI PERLIS: ISU DAN

._=r*H#LRaja Muhd 'Azmanbin Raja Azaml

Hairunnizam Wahid 2

Sanep Ahmad 3

PENGENALAN

Zakat merupakan salah satu rukun Islam yang lima. Oleh itu,tanggungjawab untuk mengeluarkan zakat merupakan sebahagiandaripada ibadat di samping menyempumakan kehidupan seorang Muslim.Allah telah berfirman dalam al-Quran bahawa menunaikan zakat ituadalah merupakan sebahagian dari ciri-ciri orang muslim. Firman Allahyang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan,setengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain,'mereka menyuruh berbuat kebajikan dan melarang daripadaberbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang danmemberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka ituakan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasalagi Maha Bijaksana."

(Terjemahan surah al-Taubah: 71)

Dalam ayat lain, Allah menjanjikan ke atas mereka yang menunaikanzakat rahmatNya:

"Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan dalam dunia ini dan juga

di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu.Allah berfirman: AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang

I Calon Sarjana, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, [email protected].

2 Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UniversitiKebangsaan Malaysia, [email protected]

3 Profesor Madya, Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti KebangsaanMalaysia. [email protected]

37

Page 4: Pelaksanaan Sistem Agen dalam Kutipan Zakat di Negeri Perlis: Isu ...

Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiapliap sesuatu: makaAku akan menentukannya bagi oraig-orang yang bertaqwa, danyang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepadaayat-ayat Kami."

(Terjemahan surah al-'Araf :156)

Seseorang Muslim yang telah sempurna segala syarat-syarat wajib tetapimasih enggan dan gagal menunaikan ibadat zakat ini akan diancam olehAllah SWT dengan ancaman yang keras. Antaranya ialah sepertimanayang terkandung dalam firmanAllah yang bermaksud:

"Dan (ingatlah) orang yang menyimpan emas dan perak sertatidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlahkepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terpeisakitnya, (iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda)itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi merekadan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakankepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk dirikamu sendiri, oleh itu rasalah (azab daripada) apa yang kamusimpan itu".

(Terj emahan surah Al-Taub ah: 34 -3 5)

Oleh itu, zakat merupakan satu instrumen penting yang dapat memberimanfaat sama ada kepada individu mahupun kepada masyarakat. Tidakdapat dipertikaikan lagi bahawakepentingan hasil zakatjuga adalah sebagaisatu instrumen kewangan dan sumber pembangunan ekonomi Islam yangberpotensi mengurangkan jurang kemiskinan di samping mengukuhkankedudukan ekonomi umat Islam setempat. Selain itu, pelaksanaan zakatdi sesebuah negara dapat menjamin keadilan dan kestabilan sosial sertadapat merapatkan jurang pendapatan antara masyarakat dan menghindaridari berlakunya permusuhan dan sifat hasad dengki sesama manusia.

Menurut Patmawati (2008), Allah SWT telah mewajibkan zakat sebagaisalah satu jaminan sosial kepada masyarakat terutamanya kepadagolongan yang amat memerlukan serta merupakan satu bentuk penyuciandan pembangunan rohani setiap muslim. Selain ifii, zakat }uga dapatmeningkatkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang melalui agihannya.Ianya juga bertindak sebagai satu mekanisma yang penting kepada

38

Page 5: Pelaksanaan Sistem Agen dalam Kutipan Zakat di Negeri Perlis: Isu ...

sesebuah negara Islam bagi menjamin kemaslahatan rakyat seluruhnya.Walau bagaimanapun, matlamat ini tidak dapat dicapai sekiranya kutipanzakat tidak memberangsangkan khususnya kutipan secara formal olehsesebuah institusi zakat. Hal ini kerana masih ramai masyarakat lebihcenderung untuk mengagihkan sendiri kepada golongan asnaf zakat.Secara tidak langsung, isu kutipan zakat menjadi faktor utama dalamsistem zakat selain dari isu asihan zakat.

Urusan zakat diurus tadbirkan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri(MAIN), di mana seluruh Negara terdapat sebanyak 14 buah MAIN.Sepanjang penubuhannya, pengurusan zakat telah melalui proses evolusi,pembaharuan dan penambahbaikan dalam banyak perkara seiring denganperubahan masa, keadaan dan perkembangan teknologi semasa. Sejakbeberapa dekad yang lalu, MAIN telah berusaha gigih dalam meningkatkanmutu perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Sesetengah MAINtelah berjaya menubuhkan agensi khusus bagi meningkatkan kualitiperkhidmatan kutipan dan agihan zakat. Justeru, fokus kajian ini adalahhanya terhadap negeri Perlis yang melaksanakan sistem agen dalamkutipan zakat bagi tujuan meningkatkan jumlah kutipan zakat negeitersebut.

ISU DAN MASALAH KAJIAN

r Zakat mempunyai dua peranan penting daripada sudut ekonomi dansosial. Salah satu daripada matlamat utama zakat ialah untuk merapatkanperbezaanjurang ekonomi atau pendapatan dalam sesebuah masyarakatke tahap yang paling minimum. Namun, matlamat ini tidak dapat dicapaisekiranya kutipan zakat tidak memberangsangkan khususnya kutipansecara formal oleh sesebuah institusi zakat. Hal ini kerana masih ramaimasyarakat lebih cenderung untuk mengagihkan sendiri kepada golonganrcnaf zakat.

Fenomena agihan zakat sendiri ini bukan sahaja melibatkan individu-individu tetapi juga syarikat-syarikat besar yang wujud di negara ini.Terdapat dua golongan; yang pertamanya golongan yang mengagihkankeseluruhan wangzakatmereka. Kedua; ialah golongan yang mengagihkansendiri hanya sebahagian dan sebahagian lagi mereka serahkan kepadaMAIN untuk pengagihan. Walau bagaimanapun, isu ini tidak dapatdibuktikan secara tepat kerana tiada statistik khas yang dapat dikeluarkan

39

Page 6: Pelaksanaan Sistem Agen dalam Kutipan Zakat di Negeri Perlis: Isu ...

bagi mengetahui tahap amalan ini. Oleh itu, isu kutipan zakat merupakanfaktor utama yang menyumbang kepada sistem zakat yang berkesan selaindari isu aglhanzakat.

Perkembangan kutipan zakatyang terkini menunjukkan trend perubahantahunan kutipan zakat di kebanyakan negeri masih belum memuaskanberbanding jumlah penduduk yang beragama Islam masih ramai. Walaubagaimanapun, kajian ini hanya memberi tumpuan kepada negeri Perlisyang secara geografinya adalah negeri yang kecil, namun jumlah kutipanzakatnya menunjukkan trend kutipan yang terus meningkat dengan ketaraberbanding negeri lain. Hal ini mungkin disebabkan oleh pelaksanaansistem agen dalam kutipan zakat di negeri ini. Jadual 1 menunjukkantrend kutipan zakat di seluruh negeri di Malaysia. Dengan melihatkepada permasalahan kajian, justeru objektif kajian ini menjurus kepadamengenalpasti kemungkinan kesan perlaksanaan sistem agen dalamkutipan zakat di negeri Perlis terhadap trend peningkatan jumlah kutipanzakatnya.

Kajian ini penting kepada institusi pengurus zakat lerutamanya di negeri-negeri yang masih tidak melaksanakan sistem agen untuk membantuMAIN dalam meningkatkan jumlah kutipan zakat negeri setiap tahun.Sekiranya jumlah kutipan secara formal meningkat, secara tak langsungperatusan agihan zakat Iurut meningkat seterusnya dapat menciptaperbezaan ekonomi yang adil dan saksama dalam kalangan orang ramaisupaya orang-orang kaya tidak akan menjadi lebih kaya manakala orangyang miskin tidak menjadi lebih miskin.

KAJIAN LEPAS

Sistem kutipan zakat melalui amil atau agen telah wujud sejak daripadazaman Rasulullah SAW. Yusuf al-Qaradawi (1993) menceritakan bahawapada mulanya pengurusan zakat dan pentadbiran zakat dikendalikanoleh Baginda sendiri dalam kapasitinya sebagai utusan Allah SWT dansebagai Ketua Negara. Namun, apabilajumlah ummat Islam meningkatdan wilayah Islam bertambah luas, Rasulullah SAW telah melantik parapemungut zakat (amil) unhrk bertugas di beberapa wilayah Islam. Dalamhadis riwayat Abu Hurairah dinyatakan bahawa Rasulullah SAW pernahmengutuskan 'IJmar bin al-Khattab ke Yaman untuk memungut zakat.Muhammad'Arafat al-Dusuki memperincikan lagi bahawa pengertian amil

40

Page 7: Pelaksanaan Sistem Agen dalam Kutipan Zakat di Negeri Perlis: Isu ...

nenurut jumhur 'ulama iaifiMazhab Syafie, Maliki, dan Hanbali adalahpetugas yang mengurus segala permasalahan zakal seperti memungutdan mengumpulkan zakat, memelihara harta zakat serta menulis jumlah

kutipan dan agihan zakat.

Anwar Mohammad Ali (2014) pula mengupas hadis yang diriwayatkanoleh Ibn Abbas, Rasulullah SAW berkata kepada Muaz ibn Jabal apabilaBaginda mengutusnya ke Yaman:

"Beritahu mereka bahawa Allah SWT telah mewajibkan keatas mereka zakat dari harta-harta mereka, yang akan diambil/dipungut dari orang-orang kaya mereka dqn diberikan kepadaorang-orang faqir mereka. "

Beliau mendapati bahawa perkataan "dipungut" menunjukkan bahawa adapihak tertentu yang melaksanakan kerja-kerja kutipan berkenaan. Al-Hafi dibnu Hajar berkata bahawa hadis tersebut menunjukkan bahwa pemerintahyang bertanggung jawab untuk memungut dan mengagihkan zakat, samaada secara langsung atau melalui mana-mana agen yang dilantik.

Khadijah (2013) merumuskan dalam kajian beliau bahawa kemudahanuntuk membayar zakat amat penting bagi merealisasikan niat pembayaruntuk membayar zakat. Kemudahan pembayaran zakatbagi setiap individuadalah berbeza berdasarkanlatar belakang dan realiti setempat. Sebagaicontoh, sekiranya pembayar zakal yang tinggal di kawasan pedalamanyang tiada kemudahan infrastruktur seperti perbankan intemet dan jauh

daripada kaunter zakaI, mungkin kaedah membayar zakat yang palingmudah baginya adalah melalui amil dan sebaliknya.

Muhsin Nor P aizin (2014) berpendapat bahawa selain daripada pengurusandan budaya cara korporat, kempen pelbagai jenis media, saluranpembayaran yang pelbagai merupakan salah satu daripada penyumbangkepada pencapaian kutipan zakat yang positif dan membanggakan.Tambahan beliau, pendekatan inovatif serta penambahbaikan berterusanmenghasilkan pelbagai pendekatan yang mengharapkan dapatmemudahkan para pembayar zakatmenunaikan kewajipan mereka. Sepertiyang pernah dilaksanakan oleh Pusat Pungttan Zakat (PPZ) antaranyasaluran potongan haji, kaunter bank, kaunter pejabat pos, kaunter pelbagaiagen dilantik, internet portal dan sebagainya. Hasilnya tahun demi tahun

+ l

Page 8: Pelaksanaan Sistem Agen dalam Kutipan Zakat di Negeri Perlis: Isu ...

PPZ mencatatkan peningkatan dari kebanyakan saluran yang merekasediakan j elas menggambarkan keperluan saluran- saluran tersebut.

Hasil daripada semua kajian ini, jelas memberi gambaran kepada kitabahawa sistem agen atau wakil pungutan zakat amat penting dan dapatmemberikan impak yang positif dalam meningkatkan jumlah kutipanzakat setiap tahun. Oleh itu, nisbah jurangantaraekonomi atau pendapatandalam sesebuah masyarakat akan ke tahap yang minimum.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan dua pendekatan yangberbeza untuk mengumpuldata institusi zakat negeri Perlis, iaitu melalui data primer dan datasekunder.

Data primer diperoleh daripada kaedah temuduga cara bersemuka denganseorang kakitangan yang berkhidmat di salah sebuah agen kutipan zakatnegeri Perlis. Maklumat yang diperolehi melalui data primer ini adalahcara pengurusan sebagai agenzakatdan kepentingan menjadi agen kutipanzakat. Selain itu, maklumat mengenai agen lain yang dikenali yang dilantikoleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Seterusnya data sekunder ialah data yang dikumpul dari sumber yangtersedia. Data ini telah dikumpulkan dan direkodkan oleh pihak lain. Disamping itu, data sekunder lain adalah diperolehi daripada MAIPs danagen-agen yang dilantik oleh mereka.

Menurut maklumat daripada temuduga yang dilakukan, sebenarnyaMAIPs telah melantik lebih daripada lima agen kutipan zakat. Walanbagaimanapun, kajian ini hanya meneliti data kutipan zakat negeri Perlisyang dibayar kepada tiga agen yang dilantik iaitu, Ma'ahad AttarbiyahAl-Islamiyah (MATRI), Sekolah Rendah Agama Attarbiyah Al-Islamiyah(SRAATI), dan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIP). Dalamkajian ini, data mengenai jumlah kutipan zakat yang dibayar kepadamereka oleh penduduk negeri Perlis dan oleh penduduk luar negeri Perlis.Namun, data yang dikumpul dalam kajian ini tidak mempunyai tempohyang sama. Hal ini disebabkan tarikh pelantikan sebagai agen kutipanzakat oleh MAIPs berbeza. Selain itu, sistem untuk merekod maklumatpembayar yang digunakan oleh MAIPs hanyaboleh akses daripada tahun2012.

42

Page 9: Pelaksanaan Sistem Agen dalam Kutipan Zakat di Negeri Perlis: Isu ...

DAPATAN KAJIAN

Jadual 1 menunjukkan data kutipan zakat pendapatan yang dikumpulbermula tahun 2000 hingga 2012 bagi seluruh negeri di Malaysia. NegeriPerlis yang secara geografinyaadalah negeri yang kecil telah menunjukkanpeningkatan kutipan zakat dai tahun ke tahun. Pada tahun 2006, jumlahkutipan adalah sebanyak RM4.57 juta telah meningkat pada tahun 2007sebanyak 88 peratus iaitu berjumlah RM8.6l juta. Seterusnya meningkatsebanyak 43 peratus pada tahun 2008 berjumlah RM12.28 juta. Manakalapada tahun 2009, jumlah kutipan zakat pendapatan terus meningkatsebanyak 46 peratus iaitu sebanyak RMl7.90 juta. Seterusnya pada tahun2010 dan 2011, jumlah kutipan terus meningkat masing-masing sebanyak72 peratus dan 60 peratus mewakili jumlah sebanyak RM30.8l juta danRM49.10 juta.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa trend jumlah kutipan zakat khusus baginegeri Perlis meningkat dari tahun ke tahun. Peningkatan tertinggi adalahdiperingkat awal sebanyak 88 peratus dari tahun 2006 kepada tahun2007.Iadual2 adalah data kutipan zakat yang dikumpul daripada agen zakatnegeri Perlis iaitu Sekolah Rendah Agama Attarbiyah Al-Islamiyah(SRAATD dari tahun 2012 hingga 2014. Data menunjukkan bahawajumlah kutipan yang dipungut oleh agen tersebut dari luar negeri Perlisadalah lebih tinggi berbanding jumlah kutipan dari dalam negeri. Padatahtn2}l2, peratus perbezaan antarapembayar dari dalam negeri dan luarnegeri adalah sebanyak 178 peratus iaitu RM78,249.82. Manakala padatahun 2013 adalah sebanyak 502 peratus iaitu RM29,944. Seterusnyapadatahun2014,perbezaan antara pembayar adalah sebanyak 484 peratus iaituw142,648.

Jadual 3 adalah data kutipan zakat yang dikumpul daripada agen negeriPerlis iaitu Ma'ahad Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) dari tahtn 2012hingga 2014. Data ini juga menunjukkan bahawa perbezaan antarapembayar dari luar negeri Perlis adalah lebih tinggi daripada dalam negeri.Walau bagaimanapun pada tahun 2014, ia mecatatkan bahawa kutipandari dalam negeri perlis melebihi jumlah kutipan dari luar negeri. Namunperatus perbezaannya sangat kecil sebanyak0.47 peratus iaitu RM682.25.Selain itu, trend kutipan dari tahun 2012hingga2014 adalah meningkat.

43

Page 10: Pelaksanaan Sistem Agen dalam Kutipan Zakat di Negeri Perlis: Isu ...

Manakala Jadual 4 adalahdata kutipan yang dikumpul daripada ,t.,rjPengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIP) lang juga merupakan agen zakat Inegeri Perlis. Kutipan hanya dari tahun 2014 dan2015 kerana IPTIP mula Idilantik menjadi agen bermula dari tahun2014. Namun, jumlah kutipan Iyang ditunjukkan amat memberansangkan. Data menunjukkan bilangan Ipembayar dari luar negeri Perlis adalah lebih tinggi berbanding d*i Idalam negeri Perlis. Pada tahun 2014, pera1ts perbezaan antara kedua- |dua kategori pembayar adalah sebanyak 598 peratus iaitu RM64,070. IManakala pada tahun 2015 sehingga bulan terkini iaitu pada bulan Ogos, Iperatus perbezaan adalah sebanyak | 47 4 perafi,ts iaitu RM202,03 8. Selain Iitu, peratus peningkatan dari tahun 2014 kepada tahun 2015 adalah Isebanyak 168 peratus mewakili RM143,990

|I

Seterusnya data primer hasil daripada temuduga dengan salah seorang Ikakitangan dari salah sebuah agen zakat ini menyatakan bahawa pihak I' MAIPs memperuntukkan 50 peratus daripada kutipan zakat diberikan Isemula kepada agen untuk diagihkan kepada asnaf zakat Selain itu, Ibeliau juga ada mengatakan bahawa terdapat lagi dua agen zakat negeri IPerlis yang berada di negeri Perak dan Selangor yang turut membantu |kutipan zakatnegei Perlis. Katanya lagi, kedua-dua agen tersebut adalah Imerupakan sebuah koperasi.

II

PERBINCANGAII DAI\ IMPLIKASI DASAR I

Negeri Perlis merupakan salah sebuah negeri yang kecil serta kos sara ihidupnya lebih rendah berbanding dengan negeri-negeri lain. Namun fmampu mencatatkan jumlah kutipan zakatyang amat memberansangkan.Kajian ini mendapati bahawa antata faktor yang membantu meningkatkanjumlah kutipan zakat negeri Perlis adalah pelaksanaan sistem agen. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa isu yang boleh dibincangkan.

Pertamanya adalah mengenai pelantikan sebagai agenzakat negeri Perlis.Berdasarkan daripada data sekunder yang dikumpul menunjukkan bahawaagen yang dilantik adalah merupakan sebuah organisasi dan institusipendidikan seperti sekolah, institutpengajian tinggi, dan koperasi. Oleh itu,ianya jelas menunjukkan bahawa MAIPs lebih cenderung untuk melantikorganisasi terutamanya institusi pendidikan sebagai agen kutipan zakatnegerinya. Namun begitu, terdapat juga agen yang dilantik oleh MAIPskepada organisasi di luar negeri Perlis seperti negeri Selangor dan Perak.

Page 11: Pelaksanaan Sistem Agen dalam Kutipan Zakat di Negeri Perlis: Isu ...

Cabaran yang dihadapi bagi kedua-dua negeri tersebut adalah jumlahkutipan zakat bagi negeri tersebut akan menurun. Hal ini akan memberikesankepada agihan zakatdi negeri tersebut.

Seterusnya adalah mengenai kepentingan agen daripada hasil kutipanzakat negeri Perlis. MAIPs menetapkan bahawa agenzakat negeri Perlislayak menerima 50 peratus daripada hasil kutipan daripada agen. Secaratidak langsung, MAIPs mengamanahkan kepada agen tersebut untukmengagihnya kepada asnaf zakat. Berdasarkan pemerhatian, peratusan iniadalah tinggi jika dibandingkan dengan negeri yang pemah atau sedangmelaksanakan sistem agen zakat.

Cabaran yang besar yang dihadapi adalah jumlah kutipan dari luar negerilebih tinggi berbanding dari jumlah kutipan dari dalam negeri. Hal inimenunjukkan bahawa pembayar daripada luar lebih gemar membayarkepada agen walaupun agen tersebut berada bukan dari negeri merekaberkhidmat. Ini akan memberi kesan yang negatif kepada jumlah kutipannegeri-negeri lain seterusnya akan menyebabkan peratus agihan kepadaasnaf zakat bagi negeri selain Perlis menurun.

KESIMPULAN

Hasil daripada kajian ini, ianya jelas membuktikan bahawa perlaksanaansistem agen dalam kutipan zakat di negeri Perlis memberi kesan kepadaterhadap trend peningkatan jumlah kutipan zakatnya. Seterusnya, ia jugaakan memberi kesan positif kepada agihan zakat. Oleh itu, ianya dapatmeningkatkan tahap sosioekonomi ummah secara keseluruhannya dinegeri Perlis.

Selain itu, hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa masyarakat lebihcenderung untuk membayar zakat kepada agen-agen yang dilantik.Terdapat beberapa faktor yang mungkin mempengaruhi keadaan ini,antaranya adalah faktor kenalan afltara agen dan pembayar zakat. Selainitu, pembayar mungkin lebih mempercayai agen dari aspek pengagihanzakat Ierutamanya agen tersebut daripada institusi pendidikan. Halini adalah kerana pembayar yakin bahawa dalam institusi pendidikantersebut, seharusnya mempunyai asnaf zakat antaranya adalah pelajar (fisabilillah), pelajar fakir, dan miskin. Oleh itu, faktor-faktor seperti iniakan lebih menguatkan lagi keyakinan pembayar untuk bayar zakat teruskepada agen.

45

Page 12: Pelaksanaan Sistem Agen dalam Kutipan Zakat di Negeri Perlis: Isu ...

Seterusnya, masyarakat pada masa kini terutamanya peniaga-peniagabesar mungkin tidak berkesempatan untuk membayar melalui sistemtradisional iaitu bayar di kaunter zakat. Oleh itu, dengan pelaksanaansistem agen ini, ianya lebih memudahkan mereka tanpa perlu ke kaunterzakat.Hal ini kerana agen sememang akan terus mencari pentbayar zakatdi samping kepentingan mereka terhadap pulangan yang diberikan, secaratidak langsung mereka membantu MAIPs dalam meningkatkan jumlah

kutipan negeri Perlis.

Sewajamya Majlis Agama Islam Negeri di negeri masing-masingpertimbangkan pelaksanaan sistem agen dalam kutipan zakat keranabukan sahaja membantu meningkatkan jumlah kutipan zakat negeri,malah mampu mengurangkan ketirisan zakat ke negeri lain. Seterusnyamampu merapatkan perbezaanjurang ekonomi atau pendapatan terhadapmasyarakat setempat ke tahap yang minimum.

RUJUKAN

Ahmad Shahir. "Pengurusan ZakxdiNegeri Selangor: Isu dan Cabaran."Prosiding Konvensyen Kebangsaan Perancangan & PengurusanHarta dalam Islam. UKM,2010.

Anwar. "Undang-Undang Pentadbiran Zakat Pada Zaman Awal Islam."Proceeding of the International Conference on Masjid, Zakat andWaqlf (MAF 2014). Kuala Lumpur, 2014.Hlm124-139.

Fidlizan Muhammad. "Kepelbagaian Kaedah Pungutan Zakat: Analisis diPusat PungutanZakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dariTahun 2003-2009;' Jurnal Syariah 20(3) (2012): 329-348.

Khadijah. "Persepsi Pengguna Laman Web LSZ Terhadap PembayaranAkat Secara Atas Talian." Jurnal Jawhar, 2013: 1 1 1- I 39.

Muhsin Nor Paizin. "Perlaksanaan Zakat Di Wilayah Persekutuan: SatuPemerhatian Terhadap Operasi Kutipan Dan Agihan Zakat." JurnalHadhari 6(2) (2013): 97 -lll.

Muhsin Nor Paizin. "Amalan DAkwah Zakat di Wilayah PersekutuanMalaysia: Satu Pemerhatian." Proceeding of The InternationalConference on Arabic Studie s and Is lamic Civiliz ati on. Kuala Lumpur,20t4,482-489.

NorAlhanaAbdMalik. Kutipan Zakat Perniagaan di Sabah: Pengalamandi Pusat Zakat Sabah PSn. Univesiti Teknolosi MARA CawanqanSabah.2014.

46

Page 13: Pelaksanaan Sistem Agen dalam Kutipan Zakat di Negeri Perlis: Isu ...

Norlela Zaman, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad. "PewartaanZakatPendapatan dan Trend KutipanZakatPendapatan: Kaj ian di Malaysia."Prosiding PERKEM 9, 2014, 199-207 .

Nur Hafizah Ishak. "Kajian Kecekapan Kutipan Zakat di WilayahPersekufuan ." Prosiding PERKEM VIII, Jil l, 2013, 414-425 .

Patmawati Ibrahim. "Pembangunan Ekonomi Melalui Agihan Zakat:Tinjauan Empirikal." Jurnal Syariah 1 6(2) (2008) : 223 -244.

Ram al-Jaffri Saad. "Peranan Sikap, Moral, Undang-Undang danPenguatkuasaan Zakat Terhadap Gelagat Kepatuhan ZakatPemiagaan." International Conference on Corporate Law, Surabaya,2009.

Yusuf al-Qaradawi. Al-Ibadah fi Al-Islam. Bayrut. Muassasah Risalah,1993.

47

Page 14: Pelaksanaan Sistem Agen dalam Kutipan Zakat di Negeri Perlis: Isu ...

---

Jadual 1: Kutipan Zakat pendapatan di Malaysia tahun 2000-2012 (RM Juta)

Aoo

2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 20t2Johor t.d t.d t.d t.d 0.83 5.68 9.97 18.49 27.76 34.07 37.93 46.7 51.62Kedah t.d t.d t.d t.d t.d 15.38 16.22 17.97 25.99 39.04 44.6 49.92 60.76Kelantan t.d t.d 3.49 t.d t.d 9.43 11.46 14.59 21.08 30.05 34.78 49.34 62.67Melaka t.d 3.18 3.94 4.73 t.d 6.42 7.19 8.43 10.3 12.25 14.25 16.95 20.85NegeriSembilan t.d t.d 4.37 5.59 6.26 9.04 10.49 11.45 14.27 18.08 22.34 26.75 32.05Pahang t.d 5.02 5.97 t.d 8.51 10.37 12.02 14.32 17.97 4.19 25.47 31.74 37.89Perak t.d t.d t.d t.d t.d t.d t.d t.d t.d 9.7 11.61 15.94 20.93Perlis t.d t.d 1.94 t.d 2.41 t.d 4.57 8.31 12.28 l7.9 30.81 49.1 t.dPulau Pinang t.d 8.21 9.65 t.d 12.46 14.56 16.54 18.63 22.16 24.52 29;19 33.69 37.59Sabah t.d t.d 0.27 t.d 0.76 l 16 1.89 3.07 4.85 7.58 9.05 12.87 15.45Sarawak t.d l.2l 2.09 t.d t.d 6.32 8.19 12.99 15.91 20.58 23.12 27.69 31.81Selangor t.d 19.73 29.53 39.58 t.d 66.34 81.07 99.59 130.69 153.96 189.98 218.27 560.79Terengganu t.d 6.08 10.14 t.d 13.55 14.53 14.65 18.02 23.26 26.76 28.67 35.7 42.53Kuala Lumpur 18.48 33.21 42.88 54.16 63.74 76.7 89.12 109.8 197.57 167.48 192.72 231.64 264.81Jumlah 18.48 76.66 114.28 104.07 108.53 235.98 283.42 355.98 464.15 566.23 695.12 846.27 939.7s

Sumber: Norlela et al. (2014)

Jadual 2: Jumlah KutipanZakat bagi agen Sekolah Rendah Agama Attarbiyah Al-lslamiyah (SRAATI)

20t2 2013Bil Pembavar Jumlah Bil Pembavar Jumlah

2014Bil Pembavar Jumlah

PerlisLuar PerlisJumlah

ilt 6) 1

RM45,000.18RM125,250.00RM170.250.18

l l

7l8

89t7

RM5.960.00RM35,904.00RM41,864.00

RM8,602.00RM50,250.00RM58,852.00

Page 15: Pelaksanaan Sistem Agen dalam Kutipan Zakat di Negeri Perlis: Isu ...

Jumlah

RM900.00RM9,020.00

Jumlah

RM20,200.00RM130,981.00

JumlahPerlisLuar PerlisJumlah RM9.920.00 RM151.181.00

RM144,512.00RM143,829.75RM288,341.75

Jadual 4: Jumlah Kutipan Zakat bagi agen Sekolah Rendah Agama Attarbiyah Al-Islamiyah (SR A,{TI)2014 2015

Perlis

Luar Perlis

Jumlah

Bil Pembavar

6t218

RM10,700.00RM74,770.00RM85,470.00

RM13,711.00RM215,749.00RM2

A

Page 16: Pelaksanaan Sistem Agen dalam Kutipan Zakat di Negeri Perlis: Isu ...

ffir lffiJM#€fiil:rejil;tite,$ffit$eililfiffi|if il.;ti$$gfifi;3rbvffiilltr Hri€:Hr

ts*g*glrrr*Is-'&!iyr1* urzrxg4&i&, .xltsF, &1;1.i3 -fiur3:-'!{€L!t*k r$i&I!4bj-I!er .r(.-r.r,

,*.*k;l*tr *Ji*k ,.F*,Jftr*:{t*}"i}-s t.*"*s{,p l[*U$.l".+t-i}x,r, 1;v4ftgr, :K*#}: -r*rl4-.* lrrsl',,rs.!&lli $a$J&lk"U, n-r-sri, h15 r.*q$ :**C[ *ily.g.131s1;rr ."J.rr.t:.Ht, rf dl. -I["f t

$&irik dliHlq :ii**3* usrlfu!*[, r*Lhlrg iqsu$ik; "sliv'ts

iJ,*ii#,ttj[ ru*d!]3.*.qtlt{".i,"&e*+&*$t*rfiSi*#"t$ rl.*"*it*49}.r s}sdfr,ffi*F, ir"c$}S*"t"sr,iifru r*l,fi*i$,lS* ui*:{*1., fkd.klCs' ft;1figpg. ,:t,tl*;r. k,-rre$tc rrq,a.ids-{{:Jpr}:"Llitr: ,*S.fl*n":*r 'e,l&}c *#-f*l**4$lSi+ktc, ii+*r1!!.f+iijtf;!t, tkry4ul, gts!!1.fi]'t'[r*t -4r,t,dF !i.rsr€L4$r:IE|t; 3,i"i*1iE1,i,6e!*

***.*tif"**

ifr!31 tU" ilrs*:tt ,t}.tl!F. rrr3tyl rjltprer{:n,rr1*:a ,Jt'|r .$rl .J:401*!$Jb ry._lr lf:,,rr_

+&l,H* ue-tr:!,. .ltrillift"* .#a{e:r, rl!l!. 1s'r*u.gr4lrg' r"r'4'ritgti ;4ttlg *rJs&*grr tki&*g'

li,**r|"if,#'#"Aitrsr

ililluLl11t1lillilll