Pelan C Teks Pengacara Majlis

13
Pelan C TEKS PENCARA MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG SMKDIM 2015 BI L TEKS TINDAKAN 1 Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, En Taib bin Kosman, wakil rasmi yb liang teck meng diiringi Yang Berusaha Puan hajah robiah binti ahamad, pengetua smk dato Ibrahim majid. Para hadirin diminta berdiri. 2 Nyanyian lagu Negaraku 3 Persembahan montaj 4 Itulah tadi persembahan montaj yang telah disunting oleh En Norabidin bin Sapuan selaku guru ICT smk DIM. 5 Bismillahirohmanirrohim….alhamdulillahirobbil alamin Assalammualaikum wbt Salam sejahtera, salam mesra, salam 1 Malaysia Bukan sulam sebarang sulam Sulam dihias kerawang indah Bukan salam sebarang salam Salam berkias pembuka madah Yg berbahagia, En Taib bin Kosman, wakil rasmi YB Liang Teck Meng. Yg berusaha, Pn Hajah Robiah binti Ahamad, Pengetua SMK Dato’ Ibrahim Majid Yg Berbahagia, Tn Hj Md Judyar bin Abd Malek, Yang dipertua PIBG SMKDIM Yg dihormati, En Katimin bin Keusni, Naib Yg Dipertua PIBG En Ibrahim bin Abu Bakar, Penolong Kanan Pentadbiran En Abd Aziz bin Ismail, Penolong Kanan HEM Puan Nik Hasni binti Nik Mahmud, Penolong Kanan Kokurikulum Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru, ahli- ahli jawatankuasa PIBG, ibu bapa dan penerima- penerima anugerah yang dikasihi sekalian. Syukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya, kita dapat berkumpul pada pagi yang

description

ucapan

Transcript of Pelan C Teks Pengacara Majlis

Pelan CTEKS PENCARA MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG SMKDIM 2015BILTEKSTINDAKAN

1Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, En Taib bin Kosman, wakil rasmi yb liang teck meng diiringi Yang Berusaha Puan hajah robiah binti ahamad, pengetua smk dato Ibrahim majid. Para hadirin diminta berdiri.

2Nyanyian lagu Negaraku

3Persembahan montaj

4Itulah tadi persembahan montaj yang telah disunting oleh En Norabidin bin Sapuan selaku guru ICT smk DIM.

5Bismillahirohmanirrohim.alhamdulillahirobbil alaminAssalammualaikum wbtSalam sejahtera, salam mesra, salam 1 Malaysia

Bukan sulam sebarang sulam Sulam dihias kerawang indahBukan salam sebarang salam Salam berkias pembuka madah

Yg berbahagia, En Taib bin Kosman, wakil rasmi YB Liang Teck Meng.Yg berusaha, Pn Hajah Robiah binti Ahamad, Pengetua SMK Dato Ibrahim MajidYg Berbahagia, Tn Hj Md Judyar bin Abd Malek, Yang dipertua PIBG SMKDIMYg dihormati, En Katimin bin Keusni, Naib Yg Dipertua PIBGEn Ibrahim bin Abu Bakar, Penolong Kanan PentadbiranEn Abd Aziz bin Ismail, Penolong Kanan HEMPuan Nik Hasni binti Nik Mahmud, Penolong Kanan KokurikulumGuru-guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru, ahli-ahli jawatankuasa PIBG, ibu bapa dan penerima-penerima anugerah yang dikasihi sekalian.

Syukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya, kita dapat berkumpul pada pagi yang cemerlang ini untuk sama-sama menjayakan Hari Anugerah Cemerlang SMK Dato Ibrahim Majid 2015

Bagi memberkati majlis ini agar dirahmati awal dan akhirnya, majlis menjemput al Fadhil Ustaz Mohd Izzudin bin Mohd Rosli untuk memimpin bacaan doa. Bagi yang bukan muslim cukup sekadar bertafakur sebentar. Silakan ustaz

6Doa oleh ustaz

7Amin, amin, amin ya robbal alamin. Kepadamu ya Allah kami berserah. Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada alfadhil ustaz atas bacaan doa itu tadi.

8Seterusnya majlis dengan hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Pn Hjh Robiah binti Ahamad, Pengetua SMKDIM untuk menyampaikan ucapan. Silakan puan,

9Ucapan pengetua..

10Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua atas ucapan puan sebentar tadi. Hadirin yang dirahmati,Majlis diteruskan lagi dengan untaian kata yang akan disampaikan oleh Yg Berbahagia, Tn Hj Md Judyar bin Abd Malek, Yang Dipertua PIBG SMK Dato Ibrahim Majid. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tuan.

11Ucapan oleh YDP PIBG

12Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yg Berbahagia, Yg Dipertua PIBG atas ucapan tuan sebentar tadi.

Buat pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, YB datuk liang teck meng tidak dapat hadir pada hari ini kerana memenuhi urusan yang tidak dapat dielakkan.

Petani muda tanam semaian Sudah merumput di laman rumahPembuka kata majlis perasmian Kami menjemput penuh berhemah

Bagi menyerikan lagi acara majlis pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yg berbahagia, Encik Taib bin Kosman, wakil rasmi Yb liang teck Meng, untuk menyampaikan segugus bicara seterusnya merasmikan acara Hari Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agung PIBG serta pelancaran wakaf LCD smk Dato Ibrahim Majid 2015. Silakan tuan

13Ucapan en taib

14Terima kasih kami ucapkan. Mohon Yg berbahagia untuk tunggu sebentar. Majlis menjemput Yg berusaha Tuan Pengetua dan Yg Berbahagia Yg dipertua PIBG untuk mengiringi Yg berbahagia en Taib bin kosman, wakil rasmi yb liang teck meng bagi acara memotong reben sebagai simbolik pelancaran wakaf LCD smk dato Ibrahim majid 2015

15Potong reben..

16Begitulah tadi gimik perasmian acara memotong reben sebagai simbolik pelancaran wakaf LCD yang telah disempurnakan oleh yg berbahagia en Taib bin Kosman, wakil rasmi yb liang teck meng sebentar tadi.

Dari Juaseh hari selasa, Hari Khamis ke sungai PetaniTerima kasih luangkan masa Merasmi majlis sekecil ini

21Meneruskan lagi acara pada pagi ini adalah Penyampaian Anugerah Cemerlang bagi kedudukan pelajar mengikut kelas pada peperiksaan akhir tahun 2014 dan anugerah mata pelajaran cemerlang setiap tingkatan. Justeru, majlis menjemput yang dihormati, en Ibrahim bin abu bakar, penolong kanan pentadbiran untuk menyampaikan anugerah

Anugerah Cemerlang Kedudukan Pelajar Mengikut kelas peperiksaan akhir tahun 2014

Bagi tingkatan 1 Inovatif,Tempat pertama : Muhammad Nurhafizuddin bin Amat Ujali. Pelajar ini juga ialah penerima anugerah mata pelajaran terbaik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian.Tempat kedua, Nur Izati Nadiah binti Sukiman. Pelajar ini juga ialah penerima anugerah mata pelajaran terbaik bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup ekonomi rumah tangga.Tempat ketiga, Muhamad Aidil bin Mohd Halid. Pelajar ini juga mendapat anugerah mata pelajaran terbaik bagi mata pelajaran Pendidikan Islam

Bagi tingkatan 1 Kreatif,Tempat pertama, Nurshariza Aina binti RamanyTempat kedua, Mazlina binti maarofTempat ketiga, saiful fitri bin Salleh

Bagi tingkatan 2 Inovatif,Tempat pertama, Diana Josef Buttinger. Pelajar ini juga menerima anugerah mata pelajaran terbaik bagi mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.Tempat kedua, Muhammad Haziq Harith bin Mohd jamri. Pelajar ini juga menerima anugerah mata pelajaran terbaik bagi mata pelajaran bahasa melayu, dan sejarahTempat ketiga, Nursalwa Syahira binti Abd. Aziz

Bagi tingkatan 2 kreatif,Tempat pertama, Siti Khatijah binti jamilludinTempat kedua, Nurul Najiha binti HaronTempat ketiga, Nurul Sulaimah binti Norman

Bagi tingkatan 4 inovatif,Tempat pertama, Nur aisyah Amirah binti md Esak. Pelajar ini juga menerima anugerah mata pelajaran terbaik bagi mata pelajaran pendidikan islamTempat kedua, Nur Amira Syahira binti JunaidiTempat ketiga, Muhammad Hafizudin Misdi. Pelajar ini juga menerima anugerah mata pelajaran terbaik bagi mata pelajaran fizik dan matematik tambahan

Bagi tingkatan 4 kreatif,Tempat pertama, Nur Ain binti Aznon. Pelajar ini juga menerima anugerah mata pelajaran terbaik bagi mata pelajaran Sains, Ekonomi Asas, Tasawwur Islam dan Sejarah.Tempat kedua, Nor Farah Hana binti KhamisTempat ketiga, Hasmah binti Ngatman

Bagi tingkatan 4 Progresif,Tempat pertama, Mohd Haziq bin Hassan. Pelajar ini juga menerima anugerah mata pelajaran terbaik bagi mata pelajaran Perdangan.Tempat kedua, Nie Afiq bin AzmanTempat ketiga, Nur Ellisa Syahirah binti Mohd Yunus

Seterusnya ialah anugerah cemerlang pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tingkatanBagi tingkatan 1,Nurul Atikah binti Zaini bagi mata pelajaran Bahasa InggerisMuhamad Nazry bin Shahrul nizam bagi mata pelajaran sejarah dan geografiMohd Farez bin mohd Amin bagi mata pelajaran MatematikMohd Nabil Hakimi bin zul kornain bagi mata pelajaran Sains

Bagi tingkatan 2Nurul Zayani binti m. mashadi bagi mata pelajaran pendidikan IslamMuhammad Aidil Hakim bin Dahlan bagi mata pelajaran geografiNur Suhaili binti zulkifli bagi mata pelajaran kemahiran hidup ertMohd Haikal bin Che Ramli bagi mata pelajaran kemahiran hidup spt

Bagi tingkatan 4Nurul Nabilah binti Maat bagi mata pelajaran bahasa melayuAfiqah Farisya binti Jumahat bagi mata pelajaran bahasa inggerisMazrizal bin Mohd bagi mata pelajaran matematikMuhd Abqari bin Darmawan bagi mata pelajaran KimiaNur Syazura Syazreen binti md Yusof bagi mata pelajaran BiologiSiti Nadiah binti Daud bagi mata pelajaran Sains PertanianSiti Suhaida binti Buang bagi mata pelajaran Pendidikan Seni

Seterusnya majlis menjemput En Ibrahim bin Abu bakar untuk mencabut lima nombor bertuah seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Silakan.. Cabut nombor dan bacakan

Tahniah kepada penerima hadiah cabutan bertuah. Yang masih belum disebutkan nombornya harap boleh bersabar kerana selepas ini mungkin giliran nombor tuan-dan puan-puan.

Hadirin yang dimuliakan, Saatnya kita menjamu mata sambil mengosongkan minda dengan hiburan seketika Cuma iaitu tarian zapin yang akan dipersembahkan oleh pelajar kelab seni dan kebudayaan sekolah. Silakan..

Tarian zapin

Begitulah tadi lengang lenggok penuh sopan dan santun tarian zapin yang telah dipersembahkan oleh pelajar kelab seni dan kebudayaan sekolah yang telah dilatih sepenuhnya oleh puan suzana binti shahrul fuzin, juga ibu kepada salah seorang penari zapin itu tadi.

Meneruskan lagi acara, majlis menjemput dan mempersilakan Tn hj Md Judyar bin Abd Malek, Yg dipertua PIBG untuk menyampaikan anugerah kepada penerima-penerima anugerah. Silakan tuan.

Bagi anugerah Pencapaian keseluruhan terbaik Pentaksiran Tingkatan 3 atau sinonimnya PT3 2014, dijemput, Nurul Farahani binti Tohari dengan memperolehi 4A 4B dan 1c. pelajar ini juga menerima anugerah mata pelajaran terbaik bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan matematik

Bagi anugerah mata pelajaran terbaik pt3 pula, dijemputSiti noraniza binti shahli bagi mata pelajaran bahasa melayuMisah airdayu binti ali bagi mata pelajaran pendidikan islamIntan nadzirah binti zamri bagi mata pelajaran sejarahNur fatin izzatul binti md Ibrahim bagi mata pelajaran sainsShahrul azri bin mohd ali bagi mata pelajaran geografiNurul natasya binti Abdullah bagi mata pelajaran kemahiran hidup ekonomi rumah tanggaMuhammad aiman bin misbani bagi mata pelajaran kemahiran hidup pertanian.

penerima anugerah cemerlang pencapaian mata pelajaran terbaik SPM 2014.

Majlis menjemput Siti Aisyah binti Abdullah bagi mata pelajaran pendidikan IslamNor fateha binti Samsudin bagi mata pelajaran sejarahMohamad khairul azizi bin khasim bagi mata pelajaran matematikNurul lilyana binti mohd salleh bagi mata pelajaran sainsMuhamad ridzuan bin md zin bagi mata pelajaran kimiaNor ain haafizah binti samjuhari bagi mata pelajaran prinsip perakaunanMohamad rahmat bin mohd ismail bagi mata pelajaran perdaganganWong yun fen bagi mata pelajaran bahasa cinaTan jia jing bagi mata pelajaran pengetahuan moral

Majlis diteruskan lagi dengan cabutan nombor bertuah. Majlis menjemput yang berbahagia tuan untuk mencabut nombor bertuah seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenangCabut nombor dan bacakan nama pemenang

Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia tuan kerana sudi menyampaikan anugerah sebentar tadi..

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Puan hjh Robiah binti Ahamad, pengetua SMK dato Ibrahim majid, untuk menyampaikan anugerah seterusnya..

anugerah cemerlang panitia yang mengecilkan gred purata mata pelajaran atau GPMP berbanding PMR 2013 Panitia tersebut ialah panitia bahasa melayu. Majlis menjemput En Iswandi bin mohd untuk menerima penghargaanSeterusnya ialah panitia Kemahiran hidup. Silakan Tn hj sakdun bin abd kadir untuk menerima anugerahDan panitia geografi yang dikendalikan oleh en hairil anuar bin sungep

Berikut pula ialah anugerah cemerlang panitia yang mengecilkan GPMP berbanding SPM 2013.Panitia-panitia tersebut ialah Panitia Bahasa Inggeris yang diketuai oleh Cik Kartika sari binti IdrisPanitia Pendidikan Islam yang diketuai oleh Cik Nur asiah binti AbdullahPanitia matematik yang diketuai oleh En Hasbul Az bin Panitia Pend seni visual yang diketuai oleh pn arni binti jamaludinPanitia perdagangan yang diketuai oleh en nasarudin bin ismailPanitia tasawwur islam yang diketuai oleh pn hjh siti asiah binti ahmad

Tahniah kepada para penerima anugerah spm dan panitia-panitia terbaik yang sentiasa merebut gelaran terbaik untuk membina insan bertamadun yang berguna kepada diri sendiri dan orang lain.

Hadirin yang dirahmati,Satu lagi anugerah rahsia yang menjadi tanda Tanya terutama dalam kalangan guru yang hanya akan diumumkan oleh tuan pengetua sahaja. Anugerah ini ialah anugerah khas pengetua. Penerima anugerah ini dinilai daripada komitmen yang berterusan, bersemangat, berdedikasi, berkaliber, pengurusan terbaik, membantu dalam pencapaian akademik, pelaksanaan pdp berkesan dan menjalankan tugas yang diberi dengan cara yang berkesan. Hanya tuan pengetua sahaja yang ada jawapannya. Justeru saya akan mengumumkan nama penerima anugerah khas pengetua

Pengacara majlis umumkan dan sampaikan hadiah

Itulah tadi pemenang anugerah khas pengetua. Sekalung tahniah daripada pihak majlis kepada _________________________ kerana telah Berjaya membawa pulang anugerah khas pengetua. Kami warga guru akan bertungkus lumus menjadi yang terbilang untuk merebut anugerah khas pengetua pada tahun hadapan.

Kita berehat lagi dengan acara cabutan nombor bertuah. Dengan ini pihak majlis menjemput yg berusaha tuan pengetua untuk mencabut nombor seterusnya menyampaikan hadiah. Silakan

Cabut nombor dan sebut

Terima kasih diucapkan kepada yg berusaha tuan pengetua kerana kesudian puan menyampaikan anugerah sebentar tadi

Mengumumkan keberangkatan masuk tokoh-tokoh Anugerah cemerlang 2014 ke dewan terbuka smk dato Ibrahim majid.

Sebentar lagi akan bermula acara penyampaian anugerah cemerlang kepada tokoh-tokoh ini

Montaj biodata dimainkan Itulah tadi biodata ketiga-tiga tokoh pelajar 2014 yang dipersembahkan dalam bentuk montaj yang disunting oleh encik norabidin bin sapuan..

Bagi acara penyampaian anugerah tokoh-tokoh pelajar ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan yang berbahagia, en taib bin kosman, wakil rasmi yb datuk liang teck meng untuk menyampaikan anugerahsilakan tuan..

tokoh yang pertama yang menerima Anugerah tokoh akademik bagi aliran sains kemanusiaan iaitu Norikmal bin suhaimi yang telah Berjaya memperoleh 6a 2b dan 1c dalam spm 2014 serta mendapat anugerah mata pelajaran terbaik dalam mata pelajaran ekonomi asas.

Majlis menjemput dan mempersilakan norikmal bin suhaimi, diiringi oleh ibu dan bapanya untuk menerima penghargaan.

Tokoh pelajar ini menerima sebuah plak, sijil anugerah, hadiah sampingan, wang tunai sumbangan PIBG dan selempang. Manakala ibunya menerima jambangan bunga.

Terima kasih diucapkan.

Seterusnya adalah penyampaian anugerah cemerlang kepada tokoh akademik aliran sain tulen.

Pelajar ini memperoleh 5a, 3b, dan 2c dalam spm 2014 juga penerima anugerah mata pelajaran terbaik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Biologi dan Pendidikan Seni

Majlis menjemput dan mempersilakan azeera binti zaini diiringi ibu bapanya untuk menerima anugerah tokoh akademik aliran sains tulen. Silakan.

Tokoh ini membawa pulang sebuah plak, sijil anugerah, hadiah sampingan, wang tunai sumbangan PIBG dan selempang. Manakala ibunya menerima jambangan bunga.

Hadirin yang dihormati,tokoh pelajar 2014 dinilai secara holistik dengan mengambil kira penglibatan tokoh tersebut dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Selain akademik, tokoh ini juga terbaik dari segi sahsiah dan berketerampilan dalam kepimpinan. Tokoh tersebut ialah Daniel Josef Buttinger. Tokoh ini memperoleh 7a, 1b dan 2c dan menerima anugerah mata pelajaran terbaik spm bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Fizik, Matematik tambahan dan tasawwur Islam.

Dijemput tokoh pelajar smk dato Ibrahim majid 2014, Daniel Josef buttinger diiringi ____________________________ untuk menerima anugerah. Silakan.

Majlis diteruskan dengan acara menyampaian sijil kepada ahli-ahli jawatankuasa pibg 2014.Penerima-penerima sijil penghargaan didahului oleh Yang berbahagia tn hj md Judyar bin abd Malek sebagai yg dipertua PIBG..

Seterusnya dijemput, En Katimin bin keusni sebagai naib yg dipertuaEn Hairil anuar bin Sungep sebagai setiausaha PIBGEn Nasarudin bin Ismail sebagai Bendahari Cik Kartika Sari binti Idris sebagai Penyelaras SaranaPn Nordianna binti Mohd Baharudin sebagai biro maklumatEn Md Aziz bin Ali sebagai pemeriksa kira-kiraSeterusnya ialah ahli-ahli jawatankuasa iaituEn Md Yusuf bin TugiminEn Abd Ghani bin AliTn Hj Sakdun bin Abd KadirPn Hjh Nitta binti MahmudEn Masion bin Gatah GochooEn Talib bin LakimonEn Ahmad Rashidi bin KamilEn Ismail bin NordinPn Masita binti Md isa.

Menyambung lagi acara majlis menjemput yang berbahagia tuan untuk mencabut nombor bertuah seterusnya menyampaikan hadiah..

Cabut nombor dan bacakan pemenang

Sebagai penghargaan terima kasih kami yang tak terhingga, majlis menjemput yg berusaha, tuan pengetua untuk menyampaikan cenderamata kepada yg berbahagia en Taib bin Kosman, wakil rasmi yb liang teck meng. Sudi-sudikan tuan menerima cenderamata yang tidak seberapa daripada kami sebagai tanda ingatan tulus dan ikhlas atas kesudian tuan meluangkan masa dalam majlis sekecil ini.

Tahniah kepada para penerima anugerah. Harapan kami agar majlis ini memberi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar dan ibu bapa yang lain untuk terus memajukan diri dalam bidang yang diceburi. Doa kami semoga penerima-penerima anugerah ini kekal namanya disebut saban tahun sebagai penerima anugerah yang berprestij tidak kira di mana sahaja mereka berada.

Madah diungkap santun bitaraPantun dilantun mengusik hatiSalah dan silap tutur bicaraPohon diampun seikhlas hati

Hadirin yang dikasihi. Tiba masanya kita berpisah. Pihak majlis memohon ampun dan maaf sekiranya ada kelemahan dan tersilap tutur bicara. Jutaan terima kasih juga kepada semua ahli jawatankuasa yang menjayakan program secara langsung atau tidak langsung. Allah jua yang membalas budi kalian.

Banyak keluk ke penarik,Keluk tumbuh pohon kuini;Nan elok bawalah balik,Nan tak elok tinggallah di sini.

Di atas dahan burung tempua,Melihat rusa tepi perigi;Salam perpisahan untuk semua,Dilain masa bersua lagi.

Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan yang berusaha tuan pengetua mengiringi yang berbahagia, en taib bin Kosman berserta yang dipertua bibg, naib yang dipertua pibg, penolong-penolong kanan, tokoh-tokoh pelajar bersama-sama ibu bapanya untuk ke bilik mesyuarat bagi menikmati juadah yang disediakan.

Tuan-tuan dan puan-puan bolehlah mengambil juadah yang disediakan di belakang. Pengumuman untuk guru-guru, anda dikehendaki berkumpul di foyer selepas ini bagi acara rakaman peristiwa bersama pengetua sebentar lagi..

sekian, saya sudahi majlis ini dengan lafaz wabillahi taufik wal hidayahwassalamualakum