Pelan Pembelajaran Peribadi

10
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT -Pelan Pembelajaran Peribadi-

description

pmbljrn spnjg hyat

Transcript of Pelan Pembelajaran Peribadi

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT Pelan Pembelajaran Peribadi

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT-Pelan Pembelajaran Peribadi-Perkembangan dalam dunia pendidikan menuntut setiap guru meningkatkan ilmu dan kemahiran mereka sejajar dengan tuntutan semasa.Pembelajaransepanjanghayatadalah suatu amalam yang sangat tepat dan para guru perlumengamalkannyadalamkehidupan mereka.Dalam konsep pembelajaran sepanjang hayat pencarian ilmu tidak boleh dibatasi oleh masa dan tempat sebaliknya pembelajaran perlu berlaku sepanjang hayat dalam pelbagai situasi,tambahan dengan perkembangan teknologi maklumat dankomunikasi pada hari ini, pencarian ilmu bukanlah satu perkara yang mustahil.Pembelajaran sepanjang hayat memerlukan guru bersiap sedia dengan pelan pembelajaranperibadi.

Antaranya adalah seperti berikut:Pembelajaran di rumahPembelajaran secara tidak formal dan biasanya dikendalikan oleh ibubapa atau tutor.Pembelajaran boleh berlaku melaluipengawasan sesuatu pihakyang menyediakan kurikulum yangdiluluskan.Pada masa sekarang terdapat beberapa program pendidikan yang boleh berlangsung di rumah,antaranya pembelajaran melalui talian atau dikenali sebagai online learning (OLL) merupakan suatu pendekatan yangmembolehkan seseorang meneruskan pengajian tanpa perlu beradadi kolej atau universiti untuk berinteraksi secara bersemuka dengan guru atau pensyarah.Pendidikan DewasaProsespembelajarandalamkalangandewasamelalui kursus atau program-program pengajian lanjutan sama ada di kolej atau universiti. Peluang meningkatkanilmuturutberlakuditempat-tempat kerja yang kerap dirujuksebagai Latihan Pembangunan Staf (LPS) ntuk meningkatkan tahap kecekapan dan kompentensidalam kerjaya masing-masing. Pembelajaran dalam kalangan dewasa yang telah bersara lebih tertumpu kepada pengajian agama dan berlaku di masjid atau surau.Kalangan pesara kerap menghadiri kelas membaca al-Quran dan tajwid, bahasa Arab, terjemahan dan pelbagai bidang agama yang dirasakan tidak berpeluang dipelajari oleh mereka ketika usia muda.Pada tahun 1960-an, Kelas Dewasa telah diusahakan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah buta huruf dalam kalangan masyarakat Malaysia.Sasaran pelajar Kelas Dewasa ialah kalangan dewasa yang secara sukarela menghadiri kelas yang diadakan di dewan orang ramai di sesebuah kampung pada waktu petang untuk belajar mengenal huruf, membaca dan menulis.Guru yang dipertanggungjawabkan telah mengikuti kursus perguruan di maktab-maktab perguruan di seluruh negara.Usaha kerajaan tersebut berjaya apabila sebahagian besar kalangan dewasa yang buta huruf mampu membaca dan menulis. Pada hari ini, terdapat kelas komputer dianjurkan oleh pertubuhan-pertubuhan tertentu untuk memastikan masyarakat kita celik IT.

Pendidikan BerterusanHampir serupa dengan konsep pendidikan dewasa yang lebih tertumpu kepada usaha seseoranguntukmenyambungpengajiandisesebuahkolejatau universiti untuk memperolehi sijil, diploma atau ijazah lanjutan sama ada secara sepenuh masa atau secara sambilan.Pendidikan berterusan merupakan peluang kepada seseorang untuk mencapai pendidikan yanglebihtinggi. Terdapatpelbagaikaedahdalampendidikan berterusan, antaranya pembelajaran yang berlaku secara tradisional iaitu pembelajaran yang dijalankan dibilik kuliah dan makmal.Pada masa kini, Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ) dapat dilaksanakan dengan bantuan rakaman video dan bahan-bahan pengisian CD ROM, program broadcasting, pembelajaran atas talian (OLL), internet serta kursus interaktif atas talian (Online Interactive Courses).

Pengetahuan PekerjaBerfokus kepada peningkatan profesionalismedanlatihan kerjaya.Pengetahuanperkerjamenjadikayupengukurterhadappengetahuanterhadap keupayaan seseorangdalam bidang perkerjaan yang sedang dijalankan oleh mereka.Mereka sepatutnya mempunyai maklumat berhubung bidangpekerjaan mereka sehingga mampu menganalisis, merekabentuk dan membangunkan bidang yang diceburi oleh mereka.Kemahiranmenjalankankajianmembolehkanmerekamengenalpastimasalahdanmengemukakancadanganmengatasimasalahsehinggasebuahorganisasimampu memperoleh kualitidanmencapaimatlamat.Seseorang guru perlu meneroka bidang kerjaya mereka yang berkaitan dengan pengetahuan pedagogi (pedagogical content knowledge), psikologi murid dan perkara-perkara yang melibatkan pengurusan bilik darjah.Sehubungan itu, kajian tindakan ialah satu cara yang membolehkan guru mendalami profesion keguruan sehingga mampu memperkenalkan teknik dan kaedah terkini dalam melonjakkan sistem pendidikan negara.

Persekitaran Pembelajaran Kendiri (PPK)Satu sistem pembelajaran yang memerlukan pelajar mengurus dan mengawal pembelajaran sendiri. Pelajar perlu memahami dan menentukan matlamat pembelajaran, menguruskan pembelajaran sendiridan bersedia berinteraksi denganpihak lain dalammemastikan prosespembelajaran mencapai matlamat.Pengalamanbelajarsecaraformaldantidakformalmerupakangabungan yang menyempurnakan sesuatu persekitaran pembelajaran kendiri. Pelajarperlu memilikikemahiran sosial yang membolehkan mereka berhubung denga pihak lain dalam usaha perkongsian ilmu dan merentas sempadan intitusi untuk memperolehi pelbagai sumber.Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat menerusi PPK adalah sesuatu yang baru dan selaras dengan itu konsep e-learning yang diperkenalkan.