Pelan Tindakan Internship

5
1.0 Pendahuluan Konsep Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengembang serta mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada sebagai seorang guru. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah/tempat bertugas. Pada peringkat ini, pelajar perlu menunjukkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan bimbingan mentor. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan, ketahanan dan jati diri serta membentuk sifat kepemimpinan dan memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru yang berkesan. 2.0 Rasional Pelaksanaan inovasi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2010 yang memberi penekanan untuk membangunkan modal insane yang kreatif dan inovatif. Dalam konteks pendidikan, kreativiti dan inovasi saling bergandingan bagi memastikan kedua-dua proses tersebut dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu menjadi amalan guru-guru sekolah. Pembelajaran yang dirangka dan dilaksanakan dapat mengembangkan potensi, pembangunan minda, pemikiran kreatif dan inovatif pelajar. Stail dan pendekatan pendekatan pengajaran juga perlu menarik,

Transcript of Pelan Tindakan Internship

1.0 Pendahuluan

Konsep Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengembang serta mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada sebagai seorang guru. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah/tempat bertugas. Pada peringkat ini, pelajar perlu menunjukkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan bimbingan mentor. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan, ketahanan dan jati diri serta membentuk sifat kepemimpinan dan memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru yang berkesan. 2.0 Rasional

Pelaksanaan inovasi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2010 yang memberi penekanan untuk membangunkan modal insane yang kreatif dan inovatif. Dalam konteks pendidikan, kreativiti dan inovasi saling bergandingan bagi memastikan kedua-dua proses tersebut dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu menjadi amalan guru-guru sekolah. Pembelajaran yang dirangka dan dilaksanakan dapat mengembangkan potensi, pembangunan minda, pemikiran kreatif dan inovatif pelajar. Stail dan pendekatan pendekatan pengajaran juga perlu menarik, menyeronokkan dan bebas daripada tekanan dan kebimbangan. Kaedah-kaedah kreatif dan inovatif dapat mencorakkan suasana belajar dan meningkatkan pencapaian positif pelajar tentang sesuatu yang dipelajari.

3.0 MatlamatMatlamat pembangunan kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid bertujuan untuk melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif. Individu yang kreatif dan inovatif berkeupayaan menghasilkan idea serta berdaya cipta yang berkualiti, agar menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan mereka. Inovasi ini diharapkan melahirkan modal insan yang kreatif , inovatif dan berdaya saing.

4.0 Objektif:i. Menghasilkan idea kreatif dan inovatif.ii. . Mempunyai keterampilan diri dan personaliti individu kreatif.iii. Menguasai kemahiran dalam proses kreativitiiv. Menguasai kemahiran dalam proses kreativiti.v. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mengurus kehidupan harian.

5.0 Pelan Tindakan Inovasi

BilTarikhAktiviti

1.20 Mac 2015 Menyediakan kertas kerja inovasi.

2.23 Mac 2015 Memuat turun bahan yang dibekalkan pensyarah dalam portal pembelajaran (Buku Panduan Internship, surat dan borang)

3.25 Mac 2015 Menyerahkan Buku Panduan Internship dan surat pelantikan mentor kepada guru besar.

4.26 Mac 2015 Perbincangan tentang perjalanan internship dengan guru besar dan mentor.

5.27 Mac 2015 Menentukan kelas untuk menjalankan inovasi pengajaran dan pembelajaran dan membina RPH.

6.29 Mac 2015 Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan bantu mengajar yang telah dibina.

7.5 April 2015 Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kali kedua dengan membuat penambahbaikan terhadap kelemahan yang dikenal pasti.

8.6 April 2015 Perbincangan bersama-sama mentor tentang sesi p&p yang telah dilaksanakan. Mendapat komen daripada mentor. Mentor mencadangkan untuk penambahbaikan untuk sesi p&p yang akan datang.

9.13 April 2015 Melaksanakan sesi p&p dan membuat rakaman video. Merancang penambahbaikan untuk mengatasi kelemahan yang terdapat dalam sesi pengajaran berdasarkan rakaman video.

10.16 April 2015 Melaksanakan p&p kali terakhir.

1119 April 2015 Membuat penilaian berdasarkan borang yang disediakan

12.21 April 2015 Menulis Laporan Pelaksanaan Intership.

1230 April 2015 Menyerahkan laporan kepada mentor.