PELANCARAN SUDUT KARYAWAN ms 8 · 1.30 tengahari. Pelbagai acara dan pertandingan telah diadakan...

16
PELANCARAN SUDUT KARYAWAN ms 8 BENGKEL TULISAN KHAT DAN PERTANDINGAN KHAT 2018 ms 8 Pesta Buku Bos Gaurus 2018 ms 12 -13 Buletin PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK Jilid 10 (Bil .1) MAC 2018 http://ppanpk.perak.gov.my ISSN : 2229-8851

Transcript of PELANCARAN SUDUT KARYAWAN ms 8 · 1.30 tengahari. Pelbagai acara dan pertandingan telah diadakan...

Page 1: PELANCARAN SUDUT KARYAWAN ms 8 · 1.30 tengahari. Pelbagai acara dan pertandingan telah diadakan pada hari tersebut antaranya ialah pertandingan mewarna, pertandingan kuiz Bahasa

PELANCARAN SUDUT KARYAWAN ms 8

BENGKEL TULISAN KHAT DAN PERTANDINGAN KHAT 2018

ms 8

Pesta Buku Bos Gaurus 2018 ms 12 -13

PPANPkBuletinPERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK

Jilid 10 (Bil .1) MAC 2018 http://ppanpk.perak.gov.my ISSN : 2229-8851

Page 2: PELANCARAN SUDUT KARYAWAN ms 8 · 1.30 tengahari. Pelbagai acara dan pertandingan telah diadakan pada hari tersebut antaranya ialah pertandingan mewarna, pertandingan kuiz Bahasa

ASSALAMMUALAIKUM, Salam Negaraku Malaysia, Salam Sehati Sejiwa dan Salam Senyuman Manis Bermadu.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah kurnia-Nya, kita bersua kembali pada keluaran Buletin Januari hingga Mac Bil.1/2018.

Terlebih dahulu ucapan ribuan terima kasih kepada semua warga PPANPk kerana kesungguhan, komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menerbitkan buletin keluaran tahunan 2018. PPANPK akan terus mara dalam melakukan pogram luar dan dalam PPANPk seperti Pesta Buku Bos Gaurus, Car Free Day, Permukiman, dan sebagainya.

Ucapan tahniah diberikan kepada kakitangan yang telah berjaya menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017. Semoga kejayaan ini memberi inspirasi dan semangat kepada kakitangan yang lain untuk terus berbakti dan memberi perkhidmatan yang baik kepada jabatan PPANPK. Kemurniaan bukan sahaja datang daripada membaca malah persekitaran yang bersih dan cantik menjadikan penglibatan pengunjung di PPANPK sangat mengalakan.

Harapan PPANPk semoga perpustakaan menjadi sumber ilmu utama kepada pengunjung membaca. Malahan kesedaran ilmu itu dijadikan pelonjak kehidupan yang harmoni. Perkhidmatan yang baik dan efektif dalam bidang ilmu.

PERUTUSAN EDITOR

Assalammualaikum, Salam Negaraku Malaysia dan Salam Sehati Sejiwa.

Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dipertemukan dengan keluaran

Buletin PPANPk Jilid 10 Bil. 1/2018

Saya bagi pihak sidang redaksi ingin mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan kepada kesemua ahli PPANPk terutamanya pelajar praktikal

daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) - Editor: Cik Nurul Amirah Azhar, Cik Nursyuhada Mat Rabi, Encik Muhammad Saiezuan Fakri, Cik Nur Aquriah Rambeli, Cik Fatin Nasuha Abdul Hamid, Cik Nurul Ain Nabihah Abu Kassim,

Encik Muhammad Ashayri Khalid dan Grafik: Encik Eleio Hakim Baharul Hisham - dan Universiti Teknologi Mara (UITM) Kedah - Editor: Cik Nurul Idayu Mohd Sobry - kerana kesungguhan dalam menjayakan penerbitan buletin ini. Saya

juga ingin mengucapkan tahniah kepada penglibatan PPANPk terhadap program-program yang hebat dan menarik pada

tahun 2018 ini. InsyaAllah, senyuman manis kita dendangkan sebagai kenangan untuk semua.

Terima kasih. Wasalam.

P E N G E R U S IYB Puan Salbiah MohamedADUN Temengor

T I M B A L A N P E N G E R U S IYB Haji Maslin Sham Haji RazmanADUN Bukit Chandan

A H L IYB Dato’ Seri Abdul Puhat Mat NayanSetiausaha Kerajaan Negeri

YB Dato’ Haji Mohd. Gazali JalalPegawai Kewangan Negeri

YBhg Dato’ Hasim Hj HasanPengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Perak

YBhg Dato’ Hajah Nafisah AhmadKetua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia

YBhg. Dato’ Hasim Haji HasanPegawai Kemajuan Negeri Perak

YBhg Dato’ Haji Mat Lazim IdrisPengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Tuan Haji Zairuddin Mat ZuiniPengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Perak

Encik Sabri MansorPengarah Jabatan Penyiaran Perak

YBhg Dato’ Azizan Haji Abd. MuinYang DiPertua Majlis Perbandaran Teluk Intan

YBhg Dato’ Mohamad Fariz Mohamad HanipYang DiPertua Majlis Perbandaran Manjung

YBhg Dato’ Shahrom Dato’ Abd. MalikYang DiPertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

Encik Mohamad Razif RamliYang DiPertua Majlis Daerah Batu Gajah

Puan Rusliza YaakobYang DiPertua Persatuan Pustakawan Malaysia

Tuan Haji Abd Rashid Ahmad RafieKetua Satu Lembaga Pembangun Sastera Perak

Encik Mohd Nazaruddin Mohd YusoffKetua Pegawai Eksekutif KPerak INC Corporation

Encik Zamari Haji MuhyiPengurus Koloni Karyawan Amanjaya (PORT)

YBhg Dato’ Mohammad Fariz bin Mohammad HanipYDP Majlis Perbandaran Manjung

S E T I A U S A H ATuan Haji Mohammad Nazari Haji Abdul HamidPengarah PPANPk

AHLI LEMBAGA PENGARAH PPANPk

SIDANG REDAKSI

Diterbitkan Oleh :

Perbadanan Perpustakaan AwamNegeri PerakNo.17 Jalan Raja Dihilir30350 IpohPerak Darul Ridzuan No. Telefon : 05-2491888No. Faks : 05-2491887

Ketua Editor

Timbalan Editor

Berita Gerakan Literasi & Maklumat

Berita Korporat, Pengurusan,Kewangan, PSM & Aset

Berita Rangkaian Perpustakaan

Berita Pembangunan

Berita KREKAP

Grafik & Foto

Noor Rozita binti Osman

Mohd Saiful Nizar bin Hai Sam

Farahanum Shuhaily binti Ab Malek Zaki

Junaimi binti Abdul MoinNoor Fadilah binti Haji Abdul Aziz

Mohd Zuwairi bin Mohd NawawiWirda Lisa @ Hanim Dalina binti Mohd ArsadAmirul Aizat bin Ahmad SapianNorhamilah binti Mohamed NoorAsiah binti Bohbery

Norawati binti Mohamad Ali

Noor Rozita binti Osman

Khairul Azhar bin BaharudinNorazila binti HasmiMohd Fafsal @Faisal bin Zakaria2

Page 3: PELANCARAN SUDUT KARYAWAN ms 8 · 1.30 tengahari. Pelbagai acara dan pertandingan telah diadakan pada hari tersebut antaranya ialah pertandingan mewarna, pertandingan kuiz Bahasa

erpustakaan Desa Manjoi telah memulakan perkhidmatannya kepada orang ramai pada tahun 2000. Perpustakaan ini adalah di bawah

seliaan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak dan mempunyai seorang kakitangan yang bertugas. Perpustakaan Desa Manjoi berperanan dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan antaranya memproses pendaftaran ahli baru perpustakaan, memproses peminjaman dan pemulangan buku pinjaman. Terdapat hampir 11600 buah buku pelbagai judul yang terdapat di sini. Selain itu, turut disediakan kemudahan internet dan netbook percuma kepada semua pengunjung perpustakaan.

Perpustakaan merupakan sebuah pusat gedung ilmu dan berperanan dalam menyebarkan ilmu kepada masyarakat. Oleh itu, untuk meneruskan hasrat tersebut pelbagai langkah telah diambil yang bersesuaian dengan visi Perpustakaan Desa Manjoi iaitu melahirkan masyarakat yang berteraskan ilmu pengetahuan melalui pendidikan sepanjang hayat. Selain itu, misi perpustakaan pula untuk melahirkan masyarakat yang bermaklumat dan berilmu pengetahuan menerusi kegiatan penerokaan dan penjanaan maklumat sebagai persediaan ke arah

K-Komuniti seiring dengan moto Perpustakaan Desa Manjoi “Satu Perpustakaan Seluas Pengetahuan”. Perpustakaan Desa Manjoi tidak ketinggalan dalam melaksanakan pelbagai aktiviti yang dapat menarik minat masyarakat supaya dekat dengan perpustakaan. Oleh itu, setiap tahun akan diadakan aktiviti dan program-program bersama masyarakat setempat dan salah satu program yang dianjurkan ialah program Jom Membaca, Perpustakaan Desa Manjoi.

Pada 13 Januari 2018 iaitu hari Sabtu telah diadakan program Jom Membaca yang bertempat di Perkarangan Perpustakaan Desa Manjoi dan Perkarangan Surau Al-Ikhsaniah Kampung Manjoi. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato Seri Husni Hanadzlah, Adun Parlimen Tambun. Dalam perasmian tersebut, beliau menyeru supaya masyarakat mengimpikan kejayaan yang tinggi dengan menjadikan tabiat membaca sebagai amalan dan gaya hidup. Program ini telah berlangsung pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 tengahari. Pelbagai acara dan pertandingan telah diadakan pada hari tersebut antaranya ialah pertandingan mewarna, pertandingan kuiz Bahasa Melayu dan Inggeris, pertandingan menulis khat, jawi dan rumi, kuiz agama, sesi membaca bersama YB Dato’ Husni Hanazlah dan pelbagai lagi. Sebanyak tiga belas acara berjaya dilaksanakan yang melibatkan peserta daripada kategori kanak-kanak, remaja dan dewasa. Matlamat utama program ini adalah untuk menarik minat golongan muda supaya datang ke perpustakaan dan menjadikan perpustakaan sebagai pusat gedung ilmu. Program ini telah berjaya menarik seramai 500 orang pengunjung dan 306 orang peserta.

3

Page 4: PELANCARAN SUDUT KARYAWAN ms 8 · 1.30 tengahari. Pelbagai acara dan pertandingan telah diadakan pada hari tersebut antaranya ialah pertandingan mewarna, pertandingan kuiz Bahasa

PERHIMPUNAN TAHUNAN BERSAMA

PENGARAH 30 JANUARI 2018

empena tahun baru 2018, jabatan telah mengadakan majlis bersama dengan

semua kakitangan perpustakaan di negeri Perak pada 30 JANUARI 2018. Tuan Haji Mohammad Nazari bin Haji Abdul Hamid selaku Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak telah menyampaikan amanat beliau kepada semua kakitangan. Di antaranya adalah pencapaian tahun 2017 dan seterusnya menyatakan program-program yang akan dilaksanakan pada tahun 2018. Semua kakitangan diseru agar memberikan komitmen yang tinggi dalam usaha menjayakan semua program-program yang telah dirancang oleh jabatan.

4

Page 5: PELANCARAN SUDUT KARYAWAN ms 8 · 1.30 tengahari. Pelbagai acara dan pertandingan telah diadakan pada hari tersebut antaranya ialah pertandingan mewarna, pertandingan kuiz Bahasa

Perancangan seperti yang kita ketahui adalah satu proses merancanakan atau mempersiapkan

pengurusan yang melibatkan pemilihan visi, penetapan objektif dan perangkaan pelan tindakan untuk mencapainya. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah merangka perancangan strategik bagi tahun 2018 supaya memudahkan pelaksanaan hala tuju organisasi terhadap pembangunan perpustakaan. Tujuan perancangan strategik ini adalah untuk memastikan segala perancangan yang dibuat memenuhi kehendak stakeholders dan pelanggan dalam jangka masa yang ditetapkan dan mengambil kira aspek kewangan yang ditentukan. Keperluan menimba ilmu pengetahuan terus menjadi agenda penting selaras dengan dasar dan hasrat kerajaan negeri Perak.

Antara perancangan yang akan dicapaikan melalui perancangan 2018 adalah :- Memperkukuhkan Koleksi Perpustakaan- Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan Perpustakaan- Memantapkan Pembangunan Modal Insan- Merealisasikan Pembangunan Infrastruktur yang Kondusif- Memantapkan Pelaksanaan Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi- Memperkasakan Perjawatan dan Perkhidmatan- Pengurusan Aset dan Inventori Jabatan- Memantapkan Pengurusan Kewangan- Membudayakan Kualiti

arnival “Book Lover” Sempena Program Semarak Rakyat@ Tualang Sekah anjuran Yayasan Pendidikan

Kampar dengan kerjasama Perbadanan Pepustakaan Negeri Perak (PPANPk) telah diadakan bagi mendapat galakan daripada penduduk Kampung Tualang Sekah. Program ini bertujuan untuk memupuk minat membaca di dalam penduduk kampung serta generasi muda. Objektif program ini adalah memfokuskan kepada generasi muda untuk mencintai buku-buku ilmiah yang terdapat di perpustakaan berdekatan mereka. Program ini diadakan di The Kandu Kampar pada hari Selasa bersamaan 20 Mac 2018. Program telah berlangsung dari jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Majlis perlancaran program ini telah dilaksanakan oleh YB Dato Nolee Ashilin binti Dato Mohd Radzi iaitu Adun Tualang Sekah. Di samping itu, pihak perpustakaan tidak melepaskan peluang untuk mengisi program ini dengan beberapa aktiviti. Aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut oleh PPANPk adalah pertandingan mewarna, bercerita, membaca petikan, ceramah kepentingan membaca@Read Aloud dan pameran perpustakan bergerak. Secara keseluruhannya, aktiviti yang telah dilaksanakan oleh PPANPk dalam karnival “Book Lover” sempena Program Semarak Rakyat@Tualang Sekah telah berjaya mencapai objektif program.

5

Page 6: PELANCARAN SUDUT KARYAWAN ms 8 · 1.30 tengahari. Pelbagai acara dan pertandingan telah diadakan pada hari tersebut antaranya ialah pertandingan mewarna, pertandingan kuiz Bahasa

elain itu, di bawah amalan EKSA juga telah dilancarkan satu projek yang diberi nama ‘Projek

Pertanian Bandar’ yang diadakan pada 17 Januari 2018 bertempat di kawasan sekitar Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk). Projek Pertanian Bandar ini diadakan adalah bertujuan untuk membina sebuah ekosistem yang sihat dan kondusif bukan sahaja di persekitaran dalaman organisasi malah di persekitaran luar organisasi juga. Menerusi Projek Pertanian Bandar ini, pelbagai jenis tanaman botani seperti sawi, salad dan sebagainya telah ditanam di sekitar kawasan luar Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang sihat dengan mengutamakan aspek-aspek kebersihan yang bersifat mesra alam diluar organisasi.

ersempena dengan amalan EKSA juga telah diadakan satu pertandingan iaitu

Pertandingan Sudut Zon EKSA. Pertandingan ini telah disertai oleh setiap zon iaitu Zon Lavender, Zon Bakawali, Zon Pansy, Zon Azalea dan Zon Raflesia. Pertandingan Sudut EKSA ini telah dilawati oleh fasilitator dan juga penyelaras EKSA pada 13 Februari 2018 untuk membuat tinjauan awal di setiap sudut zon EKSA yang merangkumi pelbagai info berkenaan dengan amalan EKSA seperti objektif, visi, misi, logo, slogan, carta organisasi, aktiviti, pelan lantai dan lain-lain lagi.

eperti tahun sebelum ini, amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) diteruskan lagi dengan pelbagai

aktiviti yang lebih menarik. Kali ini EKSA mengadakan Pertandingan Go-Green (Recycle Bin) yang diadakan pada 9 Februari 2018 bertempat di sekitar kawasan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) dan disertai oleh setiap zon iaitu Zon Pansy, Azalea, Bakawali, Raflesia dan juga Lavender. Pertandingan Go-Green (Recycle Bin) ini mempertaruhkan sikap kreativiti dan inovatif setiap zon dalam menghasilkan tong sampah kitar semula dengan menggunakan barang-barang terpakai seperti tong, plastik, tin, botol mineral, kayu dan sebagainya. Dengan itu, maka terhasilah pelbagai rekabentuk tong sampah kitar semula ataupun recycle bin yang telah diletakkan disudut-sudut tertentu di sekitar kawasan setiap zon. Kesemua tong sampah yang siap direka tersebut dinilai dan diberikan anugerah menerusi Anugerah Kreativiti Go-Green Terbaik yang telah dimenangi oleh Zon Lavender ditempat pertama diikuti oleh Zon Bakawali, Zon Pansy, Zon Azalea dan Zon Raflesia.

6

Page 7: PELANCARAN SUDUT KARYAWAN ms 8 · 1.30 tengahari. Pelbagai acara dan pertandingan telah diadakan pada hari tersebut antaranya ialah pertandingan mewarna, pertandingan kuiz Bahasa

PANPk menggunapakai sistem KOHA dalam mengendalikan pengurusan perpustakaan

di Perpustakaan Awam Negeri, Perpustakaan Cawangan Utama dan PK1M. Pada 14 hingga 15 Mac 2018, sekali lagi jabatan menganjurkan kursus Sistem KOHA kepada kakitangan perpustakaan. Pihak jabatan telah menjemput Encik Akla Esmael Pengurus KOHA Networking sebagai penceramah. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mempertingkatkan kemahiran dan kecekapan kakitangan dalam mengendalikan sistem KOHA di perkhidmatan masing-masing.

rogram kerohanian kali ini telah diceriakan dengan ceramah oleh

Imam Ustaz Hafiz Sulaiman daripada Masjid Muhibuddin Shah Ipoh pada 16 Mac 2018. Topik kali ini adalah “Budaya Inovasi Cemerlang” yang dihadiri oleh kakitangan perpustakaan seramai 60 orang. Antara pengisian dalam ceramah tersebut adalah mengenai kesungguhan dan keikhlasan dalam bekerja di samping memelihara tiga pancaindera kita iaitu mata, telinga dan hati. Daripada penglihatan yang baik-baik dan pendengaran yang baik akan masuk ke hati dan membuahkan inovasi cemerlang.

rogram yang berlangsung pada 9 Januari 2018 di Ipoh Convention Centre (ICC) telah disertai oleh

semua sektor kerajaan dan badan berkanun diseluruh negeri Perak. Sehubungan degan itu, 18 kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) yang turut disertai oleh kehadiran Menteri Besar Perak YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir ke program tersebut.

Dalam majlis ini beberapa amanat telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak. Antaranya adalah nilai kerjasama yang perlu diterapkan oleh pihak persekutuan dan badan berkanun untuk membina hubungan baik. Kedua, organisasi menyimpan kerahsiaan, ketiga pengurusan kewangan yang baik, keempat komitmen dan menunaikan janji menurut yang dipersetujui. Kelima, organisasi haruslah sentiasa bersih dan kemas, dan beberpa perkaralain yang juga disampaikan oleh YAB Menteri Besar.

7

Page 8: PELANCARAN SUDUT KARYAWAN ms 8 · 1.30 tengahari. Pelbagai acara dan pertandingan telah diadakan pada hari tersebut antaranya ialah pertandingan mewarna, pertandingan kuiz Bahasa

Pelancaran

ajlis Pelancaran Sudut Karyawan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) sempena Permukiman Y.A.B

Menteri Besar Perak Di Daerah Kinta diadakan pada 23 Mac 2018 jam 10 pagi bertempat di Aras 1, PPANPk. Ucapan aluan disampaikan oleh YB Puan Salbiah Binti Mohamed, Pengerusi Lembaga Pengarah PPANPk, manakala upacara perasmian disempurnakan oleh YB Dato’ Nolee Ashilin Binti Dato’ Mohammed Radzi selaku Exco Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Kerajaan Negeri Perak.

Majlis ini turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah PPANPk, ketua-ketua jabatan, wakil agensi serta pelajar sekolah menengah daripada beberapa buah sekolah yang terlibat. Tujuan pihak PPANPk mewujudkan sudut karyawan ini adalah untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan tokoh-tokoh karyawan dalam bidang seni kreatif, seni lakon, seni tari, seni nyanyian, seni halus, seni lukis dan bidang kesusasteraan.

Selain itu, sudut ini juga bertujuan untuk menyediakan pangkalan data mengenai semua pengkarya yang berasal dari Negeri Perak dan menjadikan sudut ini sebagai satu hentian pencarian maklumat yang diinginkan. Tokoh yang terlibat dalam sudut karyawan tersebut adalah seperti Abdul Rahim Bin Mohd Razali, Muhammad Bin Haji Salleh, Datuk Azanin Bin Dato Ahmad, Baharuddin Bin Zainal atau dikenali sebagai Baha Zain, Muhammad Daud Bin Kilau dan beberapa orang karyawan seni yang lain.

engkel dan Pertandingan Tulisan Khat diadakan pada 21 Februari 2018 pada jam 8.30 pagi bertempat di Aras 1,

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak. Penyertaan program ini melibatkan peserta seramai 129 orang yang terdiri daripada sekolah rendah yang berumur 9 hingga 12 tahun serta pelajar sekolah menengah. Bengkel ini dikendalikan oleh Haji Budimin Bin Mohd Tahir, Wan Ahmad Kamarulzaman Bin Wan Ahmad Anuar, Abdul Mohsin Bin Musa dan Muhammad ‘Ubaidah’ Aamir. Terdapat dua kategori pemenang bagi pertandingan ini iaitu sekolah rendah dan menengah. Hadiah disampaikan oleh Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Tuan Haji Mohammad Nazari Bin Haji Abdul Hamid. Tujuan bengkel dan pertandingan ini diadakan adalah untuk mengimarahkan seni tulisan khat di kalangan

pelajar dan memberi pendedahan teknik tulisan khat kepada peserta serta menjadikan tulisan khat sebagai seni yang tidak harus dilupakan oleh masyarakat zaman ini.

8

Page 9: PELANCARAN SUDUT KARYAWAN ms 8 · 1.30 tengahari. Pelbagai acara dan pertandingan telah diadakan pada hari tersebut antaranya ialah pertandingan mewarna, pertandingan kuiz Bahasa

yang berlangsung pada

23 Februari 2018 pada jam 9.30-10.30 malam bertempat di Auditorium Radio (RTM), Ipoh melibatkan beberapa orang seniman tanah air yang berpengalaman. Program ini membicarakan tentang wacana seni yang dibawakan khas oleh beberapa penampilan istimewa seperti Ibrahim Don, Mohd Jayzuan, Dato’ Lat dan Ilya Buang. Selain itu, turut ditampilkan dengan sebuah forum bicara seni yang bertajuk “Memartabatkan Seni Sebagai Industri” yang dibarisi oleh panel YAB Dato’ Seri Diraja Dr Zamry Abd Kadir, YB Dato’ Nolee Ashilin binti Dato’ Mohammed Radzi, YB Dato’ Shahrul Zaman bin Dato’ Yahya, Dato’ Norman Abdul Halim serta moderator, Cik Shakila Ismail. Antara topik yang dibincangkan ialah Ipoh sebagai hub seni, mengindustrikan seni, bagaimana untuk menarik minat anak muda kepada seni, nilai anak seni dan seni: karya atau kerjaya. Seterusnya, majlis ini diserikan lagi dengan pelancaran buku “IKON KESENIAN NEGERI PERAK”. Perasmian buku tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar Perak YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir.

aklimat mengenai radiasi struktur telekomunikasi terhadap keselamatan persekitaran dan masyarakat sempena program

Permukiman YAB Menteri Besar Perak bagi daerah Kinta pada 21 Februari 2018 jam 2 hingga 5 petang bertempat di Dewan Auditorium, Institut Latihan Perindustrian Meru, Jelapang. Beberapa orang staf Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah dijemput sebagai peserta bagi memeriahkan majlis ini. Majlis perasmian dan penutup telah disempurnakan oleh YB Dato Nolee Ashilin binti Mohammed Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Komunikasi dan Multimedia. 9

Page 10: PELANCARAN SUDUT KARYAWAN ms 8 · 1.30 tengahari. Pelbagai acara dan pertandingan telah diadakan pada hari tersebut antaranya ialah pertandingan mewarna, pertandingan kuiz Bahasa

ada 13 Mac 2018 penjawat awam Perbadanan

Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk)

telah dijemput ke satu program bersama YAB

Perdana Menteri iaitu Program Bajet 2018 Bersama

Rakyat Dan Seri YAB Perdana Menteri Bersama

Penjawat Awam di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu

Ulu Kinta (KSKB). Perbadanan Perpustakaan Awam

Negeri Perak (PPANPK) telah menghantar seramai

50 orang kakitangan untuk ke program itu bagi

memeriahkan lagi program tersebut.

ada 16 Mac 2018 kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam

Negeri Perak (PPANPk) dijemput untuk menghadiri Majlis Perasmian Pameran LATerasi Kewangan di Muzium Darul Ridzuan Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab. Majlis Perasmian Pameran LATerasi Kewangan ini telah dirasmikan oleh Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Encik Abu Hassan Alshari bin Yahaya bersama Pengerusi Tourism Negeri Perak iaitu Dato’ Mohamad Kamil bin Dato’ Haji Shafie. Pameran LATerasi Kewangan ini berlangsung bermula daripada 16 Mac 2018 sehingga 31 Julai 2018. Pameran hasil kerjasama bersama Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia ini menawarkan pengisian berunsurkan pendidikan kewangan menerusi karikatur-karikatur menarik hasil kartunis tersohor, Datuk LAT.

MAJLIS PERASMIAN PAMERAN LATERASI KEWANGAN

PROGRAM BAJET 2018

10

Page 11: PELANCARAN SUDUT KARYAWAN ms 8 · 1.30 tengahari. Pelbagai acara dan pertandingan telah diadakan pada hari tersebut antaranya ialah pertandingan mewarna, pertandingan kuiz Bahasa

ahun ini PPANPk sekali lagi menyertai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dalam meraikan

penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2017. Seramai 11 orang kakitangan PPANPk telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dalam majlis anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang telah diadakan pada 6 Mac 2018 di Dewan Banquet, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang menerima cenderamata berbentuk Sijil Simpanan Premium BSN bernilai RM1,000.00 berserta Sijil.

NORAWATI BT MOHD ALISARIMAH BT YAHYASUZANA BT AHMADABDUL RAZAK B ABDULLAH SANIHURAIZAH BT MAHMUDNOORHAYATI BT IBRAHIMNOR SURIAMURNI BT ABDUL RAZAKMASIZAYU BT ABD MURATMOHD AZIM B SAMSUDINHISHAMUDDIN B MOHD IZARAHIM B OMAR

11

Page 12: PELANCARAN SUDUT KARYAWAN ms 8 · 1.30 tengahari. Pelbagai acara dan pertandingan telah diadakan pada hari tersebut antaranya ialah pertandingan mewarna, pertandingan kuiz Bahasa

“Membaca Jiwa Bangsa’’ merupakan pengisian penting yang sememangnya ingin diterapkan kepada orang ramai melalui Program Pesta Buku Bos Gaurus. Program ini dijalankan di Mydin Hypermarket Jelapang pada 1 Mac 2018 hingga 4 Mac 2018. Pesta Buku Bos Gaurus 2018 ini dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Muhammad Amin Bin Zakaria selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Pengerusi Ahli Lembaga Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, YB Puan Salbiah binti Mohamed.

Pesta Buku Bos Gaurus yang diadakan setiap tahun ini adalah untuk menarik minat masyarakat dalam amalan budaya membaca di samping memberi peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan buku dengan harga yang lebih murah seperti dalam waktu “Stage Happy Hour Book Sale”. Antara pihak yang terlibat dalam pesta buku ini ialah sebanyak 4 penerbit iaitu Institut Terjemahan & Buku Malaysia

(ITBM), Galeri Ilmu, Karangkraf dan Utusan Melayu dan 44 syarikat pembekal buku yang terlibat seperti Iman Tekad, Izzat Publication, Berkat Waja dan lain-lain. Sebanyak 57 booth yang telah dibuka dalam pesta buku ini untuk kunjungan orang ramai.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan oleh pihak PPANPk dalam Pesta Buku Bos Gaurus 2018. Antaranya, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak”, ceramah “The Perak Young Writers” yang mengisahkan mengenai karya penulis-penulis muda dari Perak, Persembahan pentas Magic Show, Sesi bertemu Penulis yang membicarakan mengenai dunia kepengarangan serta penulisan buku . Selain itu, terdapat juga “Stage Happy Hour Book Sale” yang sememangnya dinantikan oleh pengunjung, kerana mereka boleh membeli buku dengan harga diskaun sebanyak 50% daripada harga asal.

12

Page 13: PELANCARAN SUDUT KARYAWAN ms 8 · 1.30 tengahari. Pelbagai acara dan pertandingan telah diadakan pada hari tersebut antaranya ialah pertandingan mewarna, pertandingan kuiz Bahasa

13

Page 14: PELANCARAN SUDUT KARYAWAN ms 8 · 1.30 tengahari. Pelbagai acara dan pertandingan telah diadakan pada hari tersebut antaranya ialah pertandingan mewarna, pertandingan kuiz Bahasa

rogram Sentuhan Seni yang disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri

Bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah berlangsung selama 2 hari pada 31 Mac dan 1 April 2018. Program ini bertempat di Perpustakaan Awam Padang Rengas bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 11.00 malam. Pelbagai aktiviti telah diadakan, antaranya ‘Sepakat Membawa Berkat’, ‘Sentuhan Seni Budaya‘, ‘Moh Ke Perpustakaan‘, ‘Moh Berpantun’ dan ‘Seni@Labu Kubong’. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) juga tidak terkecuali dalam menyertai program ini dengan membawa Bas Bergerak Riang Ria Didi, pelbagai maskot, dan pelbagai permainan menguji minda seperti puzzle, dam ular gergasi, makey-makey games dan lain-lain lagi. Program Sentuhan Seni telah berlangsung dengan jayanya serta mendapat penyertaan dan sambutan yang sangat menggalakan daripada pelbagai lapisan masyarakat

malan membaca merupakan amalan yang harus kita kekalkan kerana peratusan membaca pada masa kini

kurang mendapat sambutan daripada rakyat Malaysia. Oleh itu, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak(PPANPk) telah mengambil langkah efektif untuk menggalakkan rakyat Malaysia terutamanya rakyat negeri Perak untuk menyertai Program Jom Membaca@Perpustakaan Awam Cawangan Dato’ Seri Husni anjuran Ahli Parlimen Tambun. Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan masyarakat mula membaca serta menarik minat masyarakat membaca buku-buku ilmiah.

>> PERPUSTAKAAN AWAM CAWANGAN DATO’ SERI HUSNI

Di samping itu, Program Jom Membaca@Perpustakaan Awam Cawangan Dato’ Seri Husni diadakan sebagai salah satu cara promosi bagi menggalakkan orang ramai untuk mengunjungi perpustakaan. lanya merupakan kerjasama antara Pejabat Ahli Parlimen Tambun dan Perpustakaan. Program ini diadakan pada 11 Februari 2018 di Perpustakaan Awam Dato’ Seri Husni Chemor bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 1 petang. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Hj Ahmad Husni Bin Hanadzlah iaitu Parlimen Tambun.

Program ini menerima seramai 983 pungunjung yang memeriahkan lagi program Jom Membaca ini. Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan pada hari tersebutseperti mewarna Pra Sekolah, Mewarna Kanak-Kanak, Mewarna Berpasangan, Anyaman, Medical Kit, Translate BM ke BI, Kuiz BI, Deklamasi Sajak, Bacaan & Bahasa Inggeris, Silangkata, Sudoku, Gubahan Tuala dan Peminjam Buku Terbanyak 2017. Hampir separuh pengunjung telah mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut. Sambutan Program Jom Membaca anjuran Ahli Parlimen Tambun ini berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk negeri Perak.

14

Page 15: PELANCARAN SUDUT KARYAWAN ms 8 · 1.30 tengahari. Pelbagai acara dan pertandingan telah diadakan pada hari tersebut antaranya ialah pertandingan mewarna, pertandingan kuiz Bahasa

ari Tanpa Kereta pada tahun ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang lebih menarik. Pada

21 Januari 2018 bertemakan sambutan tahun baru telah diadakan pertandingan membuat kolaj anak bersama ibu atau bapa. Aktiviti ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada peserta yang berjumlah seramai 20 orang. Manakala jumlah pengunjung pula adalah seramai 522 orang.

Pertandingan membuat kolaj ini amat bersifat santai dan setiap peserta bebas mengolah idea dengan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan kolaj terbaik menggunakan lukisan yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

Manakala pada 25 Febuari 2018 pula telah diadakan aktiviti melukis dan mewarna bersama keluarga bersempena dengan sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Aktiviti ini juga mendapat sambutan yang baik daripada pengunjung yang berkunjung iaitu seramai 777 orang. Seramai 30 orang pengunjung yang hadir telah mendaftar untuk menjadi peserta untuk aktiviti tersebut.

(CAR FREE DAY)

Pelbagai lukisan menarik dapat dilihat dengan bertemakan sambutan Tahun Baru Cina yang kebanyakan dihiasi dengan gambar tanglung, buah limau mandarin, kepala naga, angpau, wanita berpakaian Cheongsam dan Mercun Papan Cina yang berwarna merah sinonim dengan simbolik warna semangat kepercayaan bangsa Cina.

Lebih meriah lagi pada 25 Mac 2018, bersempena dengan Hari Sindrom Sedunia telah diadakan pertandingan mewarna pelajar Sindrom Down bersama dengan ibu atau bapa yang disertai oleh seramai 24 orang peserta daripada 676 orang pengunjung. Pertandingan ini juga diiringi dengan tarian Riang Ria Tari yang telah dipersembahkan oleh pelajar-pelajar praktikal dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Teknologi Mara yang menjalani latihan industri di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk).

Pemilihan lagu dan tarian yang menceriakan telah menambahkan lagi kemeriahan Hari Tanpa Kereta pada ketika itu kerana turut disertai oleh kanak-kanak Sindrom Down yang begitu gembira sekali.

15

Page 16: PELANCARAN SUDUT KARYAWAN ms 8 · 1.30 tengahari. Pelbagai acara dan pertandingan telah diadakan pada hari tersebut antaranya ialah pertandingan mewarna, pertandingan kuiz Bahasa

as Multimedia merupakan perpustakaan bergerak multimedia yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry

bin Abdul Kadir. Perpustakaan bergerak multimedia diwujudkan kerana ia merupakan perkhidmatan utama atau key touchpoint services yang dilakukan kepada penduduk luar atau komuniti pendalaman.

Sepanjang perkhidmatan perpustakaan bergerak multimedia ini telah mendapat sambutan yang tinggi di setiap program terutamanya dalam program sekolah. Pada 5 Mac 2018, perpustakaan bergerak multimedia ini telah bergerak ke Sekolah Kebangsaan Pasir Putih atas dasar Pelancaran Pogram Nilam. Seramai 235 pelajar yang memasuki ruang

perpustakaan bergerak multimedia sebagai salah satu slot dalam program tersebut.

Bukan itu sahaja malahan infrastruktur bas multimedia ini mendapat kepuasan hati pengunjung kerana kelainan yang dibawa atas dasar untuk menarik minat pengunjung untuk menerapkan nilai membaca.

Persinggahan perpustakaan bergerak multimedia diteruskan lagi di Padang EMV Hall, Manjong. Pelbagai aktiviti telah dilakukan dan antaranya adalah pertandingan bercerita, mewarna dan melayari internet.