151496810 Sistem Pertandingan

download 151496810 Sistem Pertandingan

of 80

Transcript of 151496810 Sistem Pertandingan

  • JABATAN KOKURIKULUMINSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKAMPUS DARULAMANPENGURUSAN GERKO

  • PERTANDINGANDEFINISI :Mengikut Johnson (1977), pertandingan adalah persaingan bersiri di mana peserta-peserta yang mendapat skor yang tinggi mengikut kriteria-kriteria tertentu dikenal pasti sebagai pemenang pertandingan. Pertandingan juga bertujuan menguji kemahiran pesertanya dalam sesuatu bidang atau kemahiran.

  • suatu kaedah yang digunakan untuk menentukan pemenang-pemenang bagi satu-satu acara sukan atau aktiviti pendidikan jasmani atau apa saja aktiviti yang terdapat dalam aktiviti kurikulum atau ko-kurikulum

  • Tujuan-tujuan pertandingan:

    untuk memberi peluang kepada ahli atau peserta dalam satu pertubuhan atau pasukan atau sekolah menunjukkan bakat dan nebolehan mereka dalam sesuatu acara yang dianjurkan.Sebagai usaha mengadakan kegiatan-kegiatan yang sihat antara ahli-ahli atau pelajar-pelajar dalam bidang sukan dan permainan. Ini secara tidak langsung dapat menghindarkan mereka daripada kegiatan yang merugikan diri.Sebagai menguji keupayaan dan kebolehan para peserta atau para pelajar dalam sukan setelah mengikuti latihan dan tunjuk ajar untuk sesuatu tempoh.Meningkatkan prestasi dan pelaksanaan ahli-ahli dalam sukan atau permainan.Menyemaikan perasaan muhibah, perpaduan dan kerjasama di antara ahli-ahli atau pelajar-pelajar dan juga pertubuhan-pertubuhan atau sekolah-sekolah lain yang mempunyai tujuan dan matlamat yang sama.

  • Sambungan tujuan diadakan pertandinganMelatih ahli-ahli atau pelajar-pelajar agar mempunyai disiplin dan menghormati undang-undang.Memilih ahli-ahli, pelajar-pelajar atau pasukan yang layak dan sesuai untuk mewakili pertubuhan atau sekolah dalam pertandingan.Menilai rancangan-rancangan latihan yang telah dikendalikan oleh satu-satu pertubuhan atau kelab.Untuk menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta apabila berdepan dengan peserta lain yang mungkin sebelum itu tidak pernah dikenalinya.Untuk menguji keupayaan jurulatihMenguji sambutan orang ramai terhadap pertandingan.Mengukur keupayaan peserta, dan latihan untuk menghadapi pertandingan yang lebih besar dan lebih mencabar pada masa akan datang.

  • Sistem PertandinganJenis pertandingan yang dilaksanakan adalah bergantung pada :

    a. Undang-undang dan peraturan

    b. Kesesuaian acara yang dipertandingkan.

    c. Kumpulan yang menyertai pertandingan.

    d. Peringkat pertandingan.

    e. Kedudukan kewangan.

    f. Tempat / gelanggang yang ada untuk menjalankan pertandingan.

    g. Jumlah masa yang diperuntukkan.

  • Antara jenis pertandingan yang digunakan ialah:

    Pertandingan Sekali Gus.Pertandingan Kalah Mati.Pertandingan Kalah Mati dengan Sagu Hati.Pertandingan Kalah Mati Dua Kali.Pertandingan Bentuk Piramid.

  • Antara pertandingan ialah :

    Sambungan :Pertandingan Liga.Pertandingan Separuh Liga.Pertandingan Bentuk Tangga.Pertandingan Bentuk Corong.Pertandingan Bentuk Serombong

  • Sistem Sekali GusPertandingan diadakan sekali sahajaPertandingan digunakan dalam persatuan, kelab atau unit beruniform.Pasukan yang bertanding diberi markah berpandukan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.Kumpulan yang mendapat markah tertinggi diisytiharkan sebagai pemenang.

  • Sistem Sekali GusContoh pertandingan: perkhemahan, kawad kaki, memasak dan sebagainya.

  • PERTANDINGAN KEBUDAYAAN DAN KESENIANJOHAN: Kumpulan C NAIB JOHAN: Kumpulan D TEMPAT KETIGA: kumpulan A

    KumpulanDialog (40%)Mesej/OBJEKTIF(30%)Pakaian(20%)Kerjasama(10%)Jumlah(100%)A292414774B282314772C322517885D292315775

  • Sistem Pertandingan LigaPertandingan menggunakan sistem liga ini bermaksud tiap-tiap pasukan akan bermain dengan pasukan-pasukan lain.Sistem ini mengambil tempoh yang panjang. Mengambil masa yang lama terutamanya apabila terdapat banyak pasukan menyertai pertandingan itu. Johan yang diperolehi adalah memang pasukan yang terbaik.Contoh: permainan bola sepak, hoki, bola keranjang dan ragbi terutamanya pertandingan di peringkat dunia.

  • Kebaikan Sistem LigaTiap-tiap pasukan akan berpeluang bermain antara satu dengan lain sama ada bermain sekali atau dua kali.Memberi perluang kepada semua pasukan bermain lebih banyak perlawanan.Memberi peluang kepada pasukan-pasukan membuat penilaian tentang pemain-pemain pasukan sendiri atau pasukan lawan dan kelemahan-kelemahan pasukan lawan.Memberi latihan pertandingan kepada pemain-pemain. Ini kerana mungkin ada pasukan yang sudah tiada peluang untuk menjuarai pertandingan itu.Minat pertandingan dikekalkanBetul-betul memunculkan juara; kurang berdasarkan nasib sahaja.

  • Kelemahan Sistem LigaMemakan masa kerana ia memerlukan tempoh masa yang panjang untuk dihabiskan.Memerlukan perbelanjaan yang lebih banyak dari sistem kalah mati dan ini akan membebankan pasukan-pasukan yang bertanding.Kadang-kadang, johan telah diketahui sebelum pertandingan tamat. Ini menjadikan perlawanan selepas itu kurang menarik atau sekadar menghabiskan jadual pertandingan sahaja.

  • Langkah-langkah untuk menentukan jumlah pasangan perlawanan dalam Sistem Pertandingan Liga Bilangan atau jumlah perlawanan yang harus diadakan dalam satu-satu pertandingan menggunakan sistem liga boleh ditentukan menggunakan formula.

    Jumlah bilangan peserta/pasukan yang menyertai pertandingan ( N )

    Memberikan setiap peserta satu nombor dan nombor ini akan digunakan untuk mewakili setiap peserta dalam pertandingan itu.

  • Menentukan jumlah bilangan perlawanan dalam pertandingan ( L )

    L = N ( N-1 ) 2

    N = Jumlah bilangan peserta/pasukan yang meyertai pertandingan

    Menentukan bilangan pusingan perlawanan ( M )M = N - 1

    Menyusun pasangan perlawanan

  • Penyusunan Pertandingan Mengikut Pusingan Berangka GenapJumlah bilangan pasukan N = 6

    Jumlah bilangan perlawanan L = N ( N-1 ) = 6( 6-1 ) = 30 = 15 2 2 2

    Bilangan pusingan perlawanan M = N-1 = 6-1= 5

  • Penyusunan pertandingan bagi kumpulan atau peserta angka genap adalah senang.

    Pertandingan dijalankan secara berpasangan.

    Jadual perlawanan ditentukan dengan pasukan nombor satu tidak bergerak dan lain-lain nombor beredar di keliling nombor satu hingga kombinasi yang mula didapati kembali.

    1 - 2 1 - 6 1 - 5 1 - 4 1 - 3

    6 - 3 5 - 2 4 - 6 3 - 5 2 - 4

    5 - 4 4 - 3 3 - 2 2 - 6 6 - 5

  • Jadual Penyusunan Pertandingan Mengikut Pusingan Berangka Genap

    Pusingan PertamaPusingan KeduaPusingan ketigaPusingan keempatPusingan kelima1melawan 21melawan 6 1melawan 51melawan 41melawan 36 melawan 35 melawan 24 melawan 63 melawan 52melawan 45 melawan 44 melawan 33 melawan 2 2 melawan 66 melawan 5

  • Pertandingan Liga boleh dilaksanakan apabila bilangan penyertaan pasukan yang mengambil bahagian berangka ganjil.

    Cara penyusunan bagi kumpulan yang ganjil dapat dilakukan dengan mencukupkan kumpulan supaya menjadi genap.

  • Jika N adalah nombor ganjil, setiap pusingan akan dijadualkan satu petanding mendapat bye.

    Bye bermaksud pasukan atau peserta yang perlu menunggu tanpa memasuki pertandingan pusingan pertama.

    Proses penyusunan pasangan perlawanan dimulakan dengan kedudukan bye ditetapkan pada setiap pusingan

  • Penyusunan Pertandingan Mengikut Pusingan Berangka GanjilJumlah bilangan peserta/pasukan N = 5

    Jumlah bilangan perlawanan L = N ( N-1 ) = 5( 5-1 ) = 10 2 2

    Bilangan pusingan perlawanan M = N = 5

  • Untuk jumlah pasukan yang ganjil, mulakan dengan 1, dan tuliskan nombor-nombor peserta lain dari kanan ke kiri.Misalnya bentuk liga tujuh pasukan

    5 4 3 2 1

    4 - 1 3 - 5 2 - 4 1 - 3 5 - 2

    3 - 2 2 - 1 1 - 5 5 - 4 4 - 3

    Perhatikan bahawa, nombor menurun di kanan dan menaik di kiri.Pasukan nombor 5 dapat bye dalam pusingan pertama dan pasukan lain bermain antara satu sama lain.Seterusnya pasukan 4 mendapat bye dan seterusnya.

  • Jadual Penyusunan Pertandingan Mengikut Pusingan Berangka Ganjil

    Pusingan PertamaPusingan KeduaPusingan ketigaPusingan keempatPusingan kelima5 bye4 bye 3 bye2 bye1 bye4 melawan 13 melawan 52 melawan 41 melawan 35melawan 23 melawan 22 melawan 11 melawan 5 5 melawan 44 melawan 3

  • Butir-butir penting semasa menyusun pertandinganDengan jumlah pasukan yang genap, nombor satu tidak berubah, manakala nombor-nombor lain berubah di sekeliling nombor satu.

    Dengan jumlah pasukan yang ganjil, dan pasukan yang di belakang sekali tiap-tiap kali akan mendapat satu bye.

    Dengan jumlah pasukan yang ganjil, adalah serupa dari segi jumlah pasukan dengan bilangan pasukan, iaitu lima pasukan akan melibatkan lima pusingan perlawanan.

    Dengan jumlah pasukan yang genap, jumlah pusingan adalah kurang satu daripada jumlah pasukan yang mengambil bahagian.

  • Setiap pasukan akan bertanding antara satu sama lain dan markah atau mata akan ditentukan. Menang : 3 mata Seri : 1 mata Kalah : 0 mata

    Selepas pertandingan, pihak penganjur perlu mengisi satu jadual keputusan pertandingan untuk mengisi mata.

  • Contoh Keputusan Pertandingan Liga

    PasukanMainMenangSeriKalahGolMenangGolTewasMataABCDE

  • ABCDPERLAWANAN

    M KSET

    M KMata

    M KMATAKEDABCD

  • Pertandingan Separuh LigaDilaksanakan dalam sesuatu pertandingan sukan dan permainan.

    Contohnya, bola sepak dan ragbi terutamanya di peringkat antarabangsa seperti bola sepak piala dunia.

    Pasukan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan pertandingan diadakan secara sistem liga dalam kumpulan pada peringkat awal.

    Johan dan naib johan bagi setiap kumpulan akan bertanding secara kalah mati di peringkat kedua.

  • Jadual Pertandingan Separuh Liga

    Kumpulan AKumpulan BA1(Johan)A2 A3A4(Naib Johan)A5 A6B1 B2(Johan)B3B4 B5(Naib Johan)B6

  • PUSINGAN PERTAMA SISTEM SEPARUH LIGA MANA KALA PUSINGAN KEDUA DAN SETERUSNYA SISTEM KALAH MATI

    VSABCABC

    VSDEFDEF

    VSGHIGHI

    VSJKKJKL

  • Pertandingan Peringkat Separuh Akhir dan Akhir

  • Pertandingan Kalah MatiSesuai digunakan apabila:masa pertandingan adalah terhad .jumlah penyertaan adalah besar.sumber kewangan terhad.tenaga kerja tidak mencukupi danTempat/gelanggang terhad.

  • Kebaikan Sistem Kalah Mati SekaliMenggalakkan perlawanan yang positif, bukan negatif atau terlalu bersifat defensif.Lebih rancak dan menyeronokkan kerana terdapat perlawanan akhir, dan separuh akhir sebelum ini. Ini sudah tentu menemukan pasukan-pasukan terkuat.Menjimatkan masa dan tempoh pertandingan.

  • Kelemahan Sistem Kalah Mati SekaliTerdapat satu perlawanan sahaja jika sesebuah pasukan mengalami kekalahan. Ini tidak memadai dengan persiapan dan persediaan yang dilakukan.Pertemuan antara sesebuah pasukan atau peserta dengan lawan bergantung kepada nasib cabutan undi.Kemungkinan pasukan yang menjadi juara, tidak benar-benar handal kerana kemenangan yang dicapai mungkin banyak bergantung kepada nasib yang menyebelahi mereka dalam satu-satu perlawanan.

  • Kalah mati Tanpa byeBilangan pasukan atau peserta berjumlah asas lapan.

    Bye bermaksud peserta/pasukan perlu menunggu tanpa memasuki pertandingan pusingan pertama.

    Peserta/pasukan tersebut boleh memasuki ke peringkat pusingan kedua.

    peserta atau pasukan bye akan terus bertanding dengan peserta atau pasukan yang menang peringkat pertama

  • Carta Aliran Pertandingan Kalah Mati Asas Lapan

  • Kalah Mati dengan byebilangan pasukan atau peserta tidak berjumpa asas lapan.x 8

    9 ?Untuk melengkapkan jadual pertandingan bukan asas lapan bye perlu digunakan.

  • CARA PENGIRAAN BYEBye ditentukan dengan menggunakan dua ganda iaitu 2-kuasa satu 2-kuasa dua, 2 kuasa tiga, 2 kuasa empat Pengiraan dilakukan dengan mengambil dua ganda yang lebih besar daripada jumlah penyertaan menolak jumlah penyertaan yang ada.Bagi 9 peserta byenya adalah 2-kuasa empat - 9 16 9 = 7 bye

  • Carta Aliran Pertandingan bye Sembilan Pasukanbyebyebyebyebyebyebye12345678912345678

  • Peraturan-peraturan untuk menentukanpasukan atau peserta yang menunggudalam sesuatu Pertandingan Sistem KalahMati dengan bye.

    Penanti perlu diletakkan dalam pusingan awal sahaja (pertama).Penempatan pasukan dan peserta hendaklah ditentukan dengan pengundian dan sismetrikal jika ia merupakan pertandingan kali pertama.Jika ia adalah kelolaan kali kedua, penanti yang merupakan johan dan naib johan tahun lepas diletak dahulu dan yang lain melalui pengundian.

  • Peraturan-peraturan:Pengundian akan diadakan.

    Setiap pasukan atau peserta terus bertanding jika menang sehingga menjadi johan.

    Setiap peserta atau pasukan yang kalah akan terus terkeluar daripada pertandingan sama ada pertandingan peringkat pertama atau seterusnya.

  • Pertandingan Kalah Mati Dua KaliDilaksanakan dalam bidang sukan dan permainan.

    Pertandingan ini dapat memberi peluang kepada pasukan atau peserta yang kalah pada peringkat pusingan awal meneruskan permainannya.

  • Pertandingan Kalah Mati Dua KaliKeadaan ini dapat memberi peluang kepada pasukan atau peserta berkenaan menunjukkan kebolehan dalam dua perlawanan.

    Apabila pasukan atau peserta berkenaan mengalami kekalahan dua kali, mereka tersingkir daripada pertandingan tersebut.

    Seterusnya, pertandingan diadakan sehingga keputusan bagi menentukan johan diperoleh.

  • Carta aliran bagi kalah mati dua kali

  • Kebaikan-kebaikan

    Pertandingan LigaPertandingan Kalah MatiMenghasilkan pemenang yang multak.Menggalakkan perlawanan yang positif, bukan negatif atau terlalu bersifat defensive.Memberi kedudukan kepada peserta-peserta lain.Lebih rancak dan menyeronokkan kerana terdapat perlawanan akhir dan separuh akhir sebelum itu. Tiada seseorang akan disingkirkan atau dimatikan sehingga habis pusingan itu.Menjimatkan masa dan tempoh pertandingan.Menggunakan gelanggang dengan kerap dan berkesan.Tidak perlu menunggu peserta lain bermain kecauli berlawan.

  • Kelemahan

    Pertandingan LigaPertandingan Kalah MatiMengambil masa yang panjang.Terdapat satu perlawanan sahaja, jika sesebuah pasukan mengalami kekalahan. Memerlukan perbelanjaan yang besar.Pertemuan antara sesebuah pasukan atau peserta dengan lawan bergantung kepada nasib cabutan undi.Menggunakan tenaga kerja yang banyak Kemungkinan pasukan yang juara tidak benar-benar handalsatu-satu perlawanan.Peserta menjadi kurang minat jika johan diketahui sebelumpertandingan tamatRisiko kecederaan kepada peserta.

  • Sistem Cabar-MencabarPertandingan bentuk piramid, tangga, serombong, mahkota, corong dan sarang labah-labah semuanya adalah jenis pertandingan cabar-mencabar.Semua pertandingan cabar-mencabar menggunakan prinsip asas yang sama, iaitu peserta yang berpangkat lebih bawah akan mencabar peserta yang berpangkat lebih tinggi daripadanya dengan tujuan menukar tempat pangkatnya.Dengan cara ini semua peserta akan cuba menaik pangkat hingga mendapat tempat yang di atas sekali.Pertandingan ini memerlukan semua peserta meneruskan pertandingan untuk satu jangka masa yang tertentu.Tiada seorang peserta pun tersingkir

  • Sistem Piramid

  • Sistem Pertandingan Bentuk Corong

  • Sistem Pertandingan Bentuk Serombong

  • Penyediaan AwalMenyediakan Kertas KerjaPenubuhan Jawatankuasa Induk, Kerja dan PengelolaMengadakan mesyuarat-mesyuarat Jawatanakuasa pengelolaSurat-menyuratMelaksanakan Pertandingan danMesyuarat Post-Mortem

  • Menyediakan Kertas Kerja Kertas kerja merupakan cadangan dan perancangan bagi melaksanakan sesuatu aktiviti.

  • Beberapa perkara perlu dibincangkan dalam sesuatu kertas kerja yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum.

    PendahuluanObjektifTemaTarikh dan tempoh pelaksanaanTempatDif perasmianBilangan penyertaan dan kategori

    BayaranSyarat-syarat penyertaanJawatankuasa KerjaJawatankuasa Kecil PelaksanaanPerbelanjaanPendapatanPenutup

  • Mengendalikan Semua Surat-Menyurat Surat Siaran/ Surat TawaranSurat kebenaran ibu-bapapermit pihak tertentu seperti polis (perkhemahan, pengembaraan)Jabatan Pengankutan JalanPersuruhjaya Daerah, Pengawai Penjaga (OC), Pengerusi DaerahKebenaran Ibu BapaPeraturan Keselamatan

  • Anggaran Pembelanjaan 1. Jenis aktiviti dan pertandingan.2. Bilangan hadiah dan pemenang.3. Kos bagi setiap hadiah.4. Makan minum pegawai, dif, peserta dan sebagainya.5. Kos tambang.6. Sewa tapak dan penginapan (jika berkhemah, melawat).7. Cenderahati8. Kain rentang, poster dan sebagainya9. Sewa khemah dan sebagainya.10. Bayaran pengadil

  • Atur Cara2.00 ptg : Ketibaan ibu bapa2.30 ptg : Ketibaan dif jemputan2.45 ptg : Ketibaan Pengarah Pendidikan Negeri...2.50 ptg : Ucapan pengerusi majlis2.55 ptg : Doa oleh Ust. .....3.00 ptg : Ucapan Guru Besar En. ......3.15 ptg : Ucapan Yang Dipertua PIBG En ....... 3.30 ptg : Ucapan Pengarah Pendidikan Ybhg. Dato......3.40 ptg : Pertandingan di sambung semula4.00 ptg : Upacara penyampaian hadiah kepada pemenan5.00 ptg : Minuman dan bersurai

  • Buku Programdokumentasi kegiatan atau aktiviti kokurikulum di sekolah. Satu salinan buku program disimpan di dalam fail. Muka surat dan helaian buku program tersebut boleh diubahsuai dengan jenis aktiviti.

  • Perkara Dalam Buku Program Kulit hadapan (mengandungi tajuk aktiviti, tarikh dan masa, tempat, nama dif perasmian dan cogan kata).

    Kata alu-aluan (Pejabat Pendidikan Daerah, Pengetua/Guru Besar, Pengerusi Jawatankuasa Kerja/Pengelola)

    Senarai nama Jawatankuasa Kerja/Pengelola dan Jawatankuasa Kecil.

    Program/Jadual keseluruhan aktiviti.

    Atur cara majlis perasmian.

    Iklan (jika ada).

  • Peraturan Dan Langkah KeselamatanApabila menganjurkan sesuatu pertandingan di sekolah, pihak penganjur perlu mengambil kira peraturan dan langkah-langkah keselamatan.

  • Peraturan Dan Langkah-langkah Keselamatan

    Ia dibahagikan kepada 3 bahagian

    1) Peserta

    2) Penonton

    3) Jurulatih dan Pegawai Sukan

  • Peserta perlu:

    Mematuhi semua peraturan dan undang-undang permainan.Menghormati keputusan pengadilMematuhi arahan jurulatih.Menjaga disiplin dan maruah diri semasa perlawanan.Menjaga imej dan nama baik keluarga dan sekolah.Menghormati pasukan lawan.

  • Peserta perlu:Mematuhi semua peraturan dan undang-undang permainan.Bermain dengan tenang dan tidak mengikut emosi.Bermain dengan adil dan berlaku jujur.Elak daripada bermain kasar.Bermain sebagai satu pasukan.

  • Penonton perlu:Menghormati keputusan pengadil.Menghormati pemain dan pegawai pertandingan dan pegawai keselamatan.Menjada disiplin dan maruah diri.Menjaga imej dan nama baik keluarga dan sekolah.Menjaga kebersihan padang atau tempat pertandingan.

  • Jurulatih dan Pegawai Sukan:Mematuhi peraturan dan undang-undang permainan setiap masa.Menerapkan semangat kesukanan dalam diri semua atlet.Memastikan keselamatan dan kebajikan pemain.Menghormati permainan yang bersih.

  • Sebelum Pertandingan DilaksanakanTaklimat mengenai aktiviti pertandingan yang dilaksanakan.Taklimat dan mesyuarat dengan guru penasihat atau jurulatih .Memberi peluang dan masa untuk membuat latihan asas.Mengetahui latar belakang peserta .Menyediakan kemudahan alat kecemasan .

  • Sebelum Pertandingan DilaksanakanMemikirkan perkara yang boleh menyebabkan kemalangan.Kebenaran pihak tertentu perlu diperoleh.Kebenaran ibu bapa dan penjaga perlu diperoleh.Menyediakan borang-borang markah

  • Sebelum Pertandingan DilaksanakanMemastikan semua alat pertandingan yang digunakan selamat .

    Menyediakan hakim, pegawai dan urusetia yang seimbang dan cukup .

  • Semasa Melaksanakan PertandinganMemastikan tempat dan peralatan pertandingan selamat digunakan.Memastikan pegawai/ pengadil/ hakim sentiasa berada di tempat pertandingan.Mengedarkan borang pemarkahan kepada pengadil/ hakim.Memastikan semua peserta melapor diri

  • Semasa Melaksanakan PertandinganMenyediakan peralatan pertandingan yang secukupnya.Mengawasi dan memantau pelaksanaan pertandingan.Memastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil.Memberi taklimat kepada peserta .Memastikan peserta memakai pakaian yang selesa dan sesuai

  • Semasa Melaksanakan PertandinganMembuat pemeriksaan yang rapi terhadap alat-alat yang digunakan. Menunjuk ajar teknik menggunakan alat dengan betul.Memastikan hakim dan pegawai yang mencukupi.Memastikan pegawai dan hakim mengisi borang-borang markah.Menyemak bilangan peserta cukup .

  • Semasa Melaksanakan PertandinganMemastikan semua peserta adalah sihat.Mengemas kini borang-borang markah dan memberitahu keputusan kepada peserta.Memastikan peralatan yang digunakan adalah cukup seperti asal dan tidak ada yang tertinggal.

  • Selepas Pertandingan DilaksanakanMembersihkan kawasan yang digunakan.Membayar semua bil dan pembelanjaan.Memastikan barang-barang/ peralatan yang dibawa cukup.Memastikan semua peralatan yang dipinjam dipulangkan.

  • Selepas Pertandingan DilaksanakanMemastikan semua peralatan dan barang disimpan di tempat yang asal. Menyampaikan hadiah, cenderahati dan sijil kepada peserta.Membuat laporan.Menghantar surat penghargaan.

  • Penilaian, Pelaporan dan Post MortemPenilaian sesuatu pertandingan boleh dilaksanakan secara formal dan tidak formal.

    Formal : Borang soal selidik

    Tidak formal : Perbualan

  • Penilaian, Pelaporan dan Post MortemMembincangkan isu yang berkaitan dengan peranan dan tugas jawatankuasa mereka.

    Kadangkala setiausaha boleh memanggil semua jawatankuasa bermesyuarat post-mortem serentak .

  • Penilaian, Pelaporan dan Post MortemSelepas itu, setiausaha perlu membuat laporan lengkap. Antara kandungan laporan pertandingan ialah :Pengenalan (jenis pertandingan, tempat dan masa)Dif JemputanAtur cara pertandingan

  • Penilaian, Pelaporan dan Post MortemJawatankuasa Pengelola dan Jawatankuasa KecilSenarai nama hakim dan Jawatankuasa KecilPenyertaanKeputusan pertandingan bagi setiap acaraLaporan bagi setiap Jawatankuasa Kecil

  • Penilaian, Pelaporan dan Post MortemCadangan-cadanganSelepas laporan, satu mesyuarat Jawatankuasa Pengelola boleh diadakan bagi membincangkan laporan tersebut, laporan yang siap perlu disimpan untuk rekod dan menjadi rujukan untuk pertandingan pada tahun-tahun berikutnya.

  • ********************************************************************************