Pelanggan TQM

1
Pelanggan TQM Kemampuan seorang murid dalam memastikan kejayaan sesebuah organisasi adalah bergantung kepada kecekapan sistem pengurusan dan cara seseorang guru itu mengajar. Jika guru mengajar dengan baik maka prestasi murid akan meningkat dan sekali gus mencapai matlamat sekolah untuk menjadi sebuah institusi yang cemerlang. Selain belajar, pelajar juga harus diterapkan dengan pelbagai ilmu sampingan seperti kepimpinan dan kokurikulum bagi melahirkan modal insan yang sempurna. Ini bermakna pelajar juga memainkan peranan yang penting dalam TQM di sekolah. Jika hanya guru dan pihak pentadbiran sahaja yang cemerlang tetapi pelajarnya tidak cemerlang maka matlamat yang ingin dicapai tidak akan berjaya. Ibu bapa merupakan penilai utama untuk pengurusan sekolah. Ibu bapa yang prihatin terhadap persekitaran sekolah anaknya akan sentiasa memantau iklim sekolah tempat anak mereka belajar, mereka akan selalu bertanyakan kepada guru kelas atau pihak pengurusan tentang perjalanan pembelajaran anak- anak mereka. Jika ibu bapa yang prihatin seperti ini akan menghasilkan persekitaran sekolah yang lebih baik kerana mereka akan bersama- sama sedaya upaya untuk memastikan kecemerlangan anak mereka. Ibu bapa yang prihatin ini kebiasaannya akan menyokong semua aktiviti sekolah dan akan memberikan sokongan moral yang kuat dalam apa sahaja program yang sekolah jalankan. Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) juga akan menjadi hebat kerana ibu bapa akan bekerjasama untuk memastikan kecemerlangan sekolah berada pada tahap yang paling bagus. Jadi pihak pentadbiran haruslah bijak mengatur strategi bagi mendapatkan penglibatan penuh warga ibu bapa ini. Jika ibu bapa dapat bekerjasama dengan baik dengan pihak sekolah nescaya apa yang diimpikan pasti akan menjadi kenyataan oleh pihak sekolah.

Transcript of Pelanggan TQM

Pelanggan TQM

Kemampuan seorang murid dalam memastikan kejayaan sesebuah organisasi adalah bergantung kepada kecekapan sistem pengurusan dan cara seseorang guru itu mengajar. Jika guru mengajar dengan baik maka prestasi murid akan meningkat dan sekali gus mencapai matlamat sekolah untuk menjadi sebuah institusi yang cemerlang. Selain belajar, pelajar juga harus diterapkan dengan pelbagai ilmu sampingan seperti kepimpinan dan kokurikulum bagi melahirkan modal insan yang sempurna. Ini bermakna pelajar juga memainkan peranan yang penting dalam TQM di sekolah. Jika hanya guru dan pihak pentadbiran sahaja yang cemerlang tetapi pelajarnya tidak cemerlang maka matlamat yang ingin dicapai tidak akan berjaya.

Ibu bapa merupakan penilai utama untuk pengurusan sekolah. Ibu bapa yang prihatin terhadap persekitaran sekolah anaknya akan sentiasa memantau iklim sekolah tempat anak mereka belajar, mereka akan selalu bertanyakan kepada guru kelas atau pihak pengurusan tentang perjalanan pembelajaran anak- anak mereka. Jika ibu bapa yang prihatin seperti ini akan menghasilkan persekitaran sekolah yang lebih baik kerana mereka akan bersama- sama sedaya upaya untuk memastikan kecemerlangan anak mereka. Ibu bapa yang prihatin ini kebiasaannya akan menyokong semua aktiviti sekolah dan akan memberikan sokongan moral yang kuat dalam apa sahaja program yang sekolah jalankan. Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) juga akan menjadi hebat kerana ibu bapa akan bekerjasama untuk memastikan kecemerlangan sekolah berada pada tahap yang paling bagus. Jadi pihak pentadbiran haruslah bijak mengatur strategi bagi mendapatkan penglibatan penuh warga ibu bapa ini. Jika ibu bapa dapat bekerjasama dengan baik dengan pihak sekolah nescaya apa yang diimpikan pasti akan menjadi kenyataan oleh pihak sekolah.