Pemakanan Dan Metabolisme

7
ANATOMI DAN FISIOLOGI. SOALAN OBJEKTIF. 1. Apakah yang dimaksudkan dengan metabolisma selular ? A) Perubahan jisim badan. B) Perubahan tenaga dari satu bentuk ke bentuk yang lain. C) Peubahan suhu badan. D) Perubahan kadar denyutan nadi. Jawapan : B) Perubahan tenaga dari satu bentuk ke bentuk yang lain. 2. Nyatakan unsur yang terkandung dalam karbohidrat ? A) Karbon dan hidrogen. B) Helium dan magnesium. C) Kalium dan kalsium. D) Oksigen dan hidrogen. Jawapan : A) Karbon dan hydrogen. 3. Asid nukleik merupakan sejenis makromolekul yang terdiri daripada.. A) Rantaian enzim. B) Rantaian asid amino. C) Rantaian sel.

Transcript of Pemakanan Dan Metabolisme

Page 1: Pemakanan Dan Metabolisme

ANATOMI DAN FISIOLOGI.

SOALAN OBJEKTIF.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan metabolisma selular ?

A) Perubahan jisim badan.

B) Perubahan tenaga dari satu bentuk ke bentuk yang lain.

C) Peubahan suhu badan.

D) Perubahan kadar denyutan nadi.

Jawapan : B) Perubahan tenaga dari satu bentuk ke bentuk yang lain.

2. Nyatakan unsur yang terkandung dalam karbohidrat ?

A) Karbon dan hidrogen.

B) Helium dan magnesium.

C) Kalium dan kalsium.

D) Oksigen dan hidrogen.

Jawapan : A) Karbon dan hydrogen.

3. Asid nukleik merupakan sejenis makromolekul yang terdiri daripada..

A) Rantaian enzim.

B) Rantaian asid amino.

C) Rantaian sel.

D) Rantaian nukleotida.

Jawapan : D) Rantaian nukleotida.

Page 2: Pemakanan Dan Metabolisme

4.

Kekurangan zat apakah yang menyebabkan seseorang individu mengalami

penyakit seperti di atas?

A) Protein.

B) Lemak.

C) Zat besi.

D) Vitamin.

Jawapan : C) Zat besi.

5. Manakah yang berikut merupakan organ pengatur suhu badan :

A) Esofagus.

B) Trakea.

C) Ginjal.

D) Hipotalamus.

Jawapan : D) Hipotalamus.

Tanda-tanda penyakit :

- Berasa letih.

- Nampak pucat.

Page 3: Pemakanan Dan Metabolisme

SOALAN SRTUKTUR.

1. Senaraikan 4 jenis vitamin beserta fungsinya.

Jawapan :

a). Vitamin A

- Berfungsi untuk tumbesaran , tulang dan gigi yang kuat bagi kanak-kanak.

b). B1 atau Thiamine

- Bagi memelihara sistem saraf dan otot yang sihat serta fungsi jantung yang

normal.

c). Vitamin C

- Menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan

meningkatkan imuniti.

d). Vitamin D

- Mencegah daripada otot menjadi lemah dan ia terlibat mengatur denyutan

jantung dan meningkatkan imuniti.

2. Terangkan dengan jelas mengenai metabolisma karbohidrat.

Jawapan :

a). Merangkumi proses sintesis (anabolisme) dan penguraian

(katabolisme) molekul organik kompleks.

b). Terdiri atas tahap-tahap yang melibatkan enzim, yang dikenal pula sebagai

jalur metabolisme.

c). Metabolisma karbohidrat merupakan proses biokimia di dalam organisma.

d). Tanpa metabolisme karbohidrat, makhluk hidup tidak dapat bertahan untuk

Page 4: Pemakanan Dan Metabolisme

hidup.

3. Terangkan dengan lebih jelas mengenai bionergetik.

a) Kajian tentang proses bagaimana sel menggunakan tenaga,

b) Turut merangkumi proses menyimpan dan melepaskan tenaga.

b) Komponen utamanya ialah perubahan tenaga dari suatu bentuk menjadi

bentuk tenaga lain.

Page 5: Pemakanan Dan Metabolisme

SOALAN ESEI.

1. Metabolisma adalah berkaitan dengan segala perubahan yang berlaku di

dalam badan berhubung dengan kegunaan bahan-bahan makanan. Semua

makhluk yang hidup akan mengalami proses metabolisma.

Berdasarkan soalan di atas, sila nyatakan dengan lebih terperinci apakah

yang dimaksudkan dengan metabolisma.

Jawapan :

Metabolisma adalah jumlah tenaga yang diperlukan bagi menetapkan suhu

badan. Selain itu, ia juga untuk menggalakkan organ-organ penting dalam tubuh

untuk bekerja. Dalam metabolisma ada dua perubahan yang berlaku. Iaitu

pembinaan (anabolisma) dan penguraian (katabolisma). Kita mendapat tenaga

untuk tubuh badan melalui bahan makanan yang kita makan. Tiga jenis zat

makanan yang diperlukan oleh badan iaitu karbohidrat, protein dan lemak.

Tenaga daripada tiga jenis zat makanan ini adalah untuk menetapkan suhu

badan, menggalakkan kecergasan tugas organ penting sepeti bernafas,

pengaliran darah, penguncupan jantung dan menjalankan kerja seharian.

2. Regulasi haba adalah bagaimana kita menyeimbangkan haba yang berada

dalam tubuh badan. Keseimbangan haba adalah berlaku apabila kita berehat

atau menggunakan sedikit tenaga, suhu badan adalah pada takat 37 ˚C.

Mengikut pernyataan di atas, sila terangkan faktor-faktor yang boleh berlaku

terhadap kehilangan haba pada tubuh badan manusia.

Page 6: Pemakanan Dan Metabolisme

Jawapan :

Empat faktor :

- Perolakan (connection).

- Pengaliran (conduction).

- Radiasi (radiation).

- Penyejatan (evaporation).