Struktur, fungsi dan metabolisme sel
-
Upload
halimah-zailan -
Category
Documents
-
view
1.606 -
download
0
Transcript of Struktur, fungsi dan metabolisme sel
PENGANTAR BIOLOGI BBR26303
STRUKTUR, FUNGSI DAN METABOLISME SEL
NAMA : HALIMAH BT ZAILAN
NO MATRIK : DB100970
MATEMATIK SEKSYEN 4
NAMA PENSYARAH :
EN AHMAD ZAINAL
PENGENALAN Semua organisme (tumbuhan & haiwan) terbina
daripada sel. Bahasa latin cellula = rongga / ruangan Merupakan unit fungsi asas hidup bagi organisme
hidup. Terdapat dalam pelbagai saiz & bentuk. Sel dapat berfungsi secara autonomi jika keperluan
hidupnya dipenuhi. Menjalankan aktiviti seperti :
- Respirasi
- Pembiakkan
- Pertumbuhan
- Perkhumuhan
TEORI SEL Semua benda hidup berasal dari sel @ sel
merupakan unit asas kehidupan.Oleh: Matthias Schleiden & Theodor Schwann
Sesuatu sel baru berasal daripada sel yang terdahulu melalui pembahagian sel.
Oleh: Rudolf Virchow Sel berfungsi sebagai satu unit iaitu semua proses
metabolisme berlaku di dalamnya.Oleh: Matthias Schleiden & Theodor Schwann
Setiap sel mempunyai maklumat genetik atau perwarisan yang boleh diturunkan kepada sel anak melalui pembahagian sel.
Oleh: Teori Genetik Moden
PEMBAHAGIAN SEL Sel dibahagikan kepada dua kumpulan
utama:
1. Sel prokariot : sel yang tidak mempunyai nukleus dan organel yang bermembran (contoh: sel bakteria dan sel alga biru-hijau.
2. Sel eukariot : sel yang mempunyai nukleus dan organel-organel yang bermembran
STRUKTUR SEL Semua sel tumbuhan dan sel haiwan
dilingkungi oleh membran plasma. Di samping membran plasma, sel tumbuhan turut mempunyai dinding sel yang dihasilkan dari selulosa (berada di luar membran plasma).
Protoplasma ialah gabungan sitoplasma dan nukleus.
Di dalam sitoplasma sel, terdapat beberapa jenis organel iaitu struktur sel yang melakukan sesuatu fungsi khusus. Contoh organel sel ialah nukleus, mitokondria, kloroplas, vakuol, ribosom dan jasad Golgi. Sesetengah organel sel seperti ribosom dan jasad Golgi hanya kelihatan apabila dilihat di bawah mikroskop elektron.
ORGANEL
ORGANEL
STRUKTUR & FUNGSI BAHAGIAN SEL
BUKAN ORGANEL
- Membran sel - Dinding sel - Sitoplasma
ORGANEL - Nukleus - Vakuol - Mitokondrion - Ribosom - Lisosom -Jalinan
Endoplasma - Jasad Golgi - Sentriol - Kloroplas
MEMBRAN SEL
MEMBRAN SELStruktur Dibina daripada
protein dan fosfolipid.
Selaput nipis, kenyal dan separa telap.
Fungsi Mengasingkan
kandungan sel daripada persekitaran luar.
Mengawal pergerakan bahan ke dalam dan ke luar sel dengan membenarkan bahan dengan saiz molekul tertentu melaluinya.
DINDING SEL
DINDING SEL (SEL TUMBUHAN SAHAJA) Struktur Terbina daripada gentian
selulosa yang keras dan teguh.
Bersifat telap sepenuh kerana mempunyai liang-liang seni yang membolehkan pergerakan bebas bahan antara bahagian luar dan dalam sel.
Fungsi Memberi sokongan dan
bentuk tetap kepada sel tumbuhan.
Melindungi sel tumbuhan daripada pecah akibat kemasukan air yang banyak.
SITOPLASMA
Struktur Bahan seperti jeli
yang terletak antara membran sel dan membran nukleus
Mengandungi banyak organel dan makanan simpanan
Fungsi Bertindak sebagai
medium bagi tindak balas biokimia dalam sel.
Membekalkan organel dengan bahan keperluan yang diperoleh dari luar sel.
NUKLEUS
NUKLEUS
Struktur Organel berbentuk
sfera dan dilingkungi oleh membran nukleus.
Nukleus mengandungi kromosom, nukleolus dan nukleoplasma
Fungsi Mengawal segala
aktiviti sel, misalnya sintesis (pembinaan) protein
Mempunyai kromosom yang mengandungi maklumat perwarisan atau bahan keturunan.
VAKUOL / VESIKEL
VAKUOL / VESIKELStruktur
Ruangan berisi cecair iaitu sap sel.
Dikelilingi oleh membran yang disebut tonoplas
Sel tumbuhan muda mempunyai banyak vakuol bersaiz kecil manakala sel tumbuhan matang mempunyai vakuol bersaiz besar.
Vakuol bagi sel haiwan adalah kecil (vesikel) dan kadangkala tidak wujud langsung. Contoh vakuol yang terdapat dalam sel haiwan ialah vakuol fagositosis, vakuol perkumuhan dan vakuol makanan.
Fungsi
Sap sel mengandungi air, asid organik, gula, garam mineral, oksigen, karbon dioksida, pigmen bahan buangan dan hasil sampingan metabolisme.
Dalam sel tumbuhan, vakuol memberi kesegahan kepada sel dengan menolak sitoplasma dan menekan membran sel ke tepi atau ke arah dinding sel.
Dalam haiwan unisel seperti paramesium, vakuol mengecut terlibat dalam mengawalatur proses osmosis dan perkumuhan
Biasanya vesikel haiwan mengandungi enzim hidrolitik untuk pencernaan bahan organik kompleks dalam sel.
MITOKONDRIO
MITOKONDRIA
Struktur Organel berbentuk
rod yang terdiri daripada dua lapisan membran iaitu membran luar dan membran dalam yang berlipat-lipat
Fungsi Tapak penjanaan
tenaga melalui proses pengoksidaan makanan semasa respirasi
Tenaga dijana dalam bentuk molekul ATP (adenosine trifosfat)
RIBOSOM
RIBOSOMStruktur Granul padat dan
berbentuk sfera. Terdiri daripada protein dan asid nukleik.
Ribosom terdapat pada permukaan retikulum endoplasma dan sesetengahnya wujud sebagai ribosom bebas dalam sitoplasma
Fungsi Merupakan tapak sintesis
protein Protein yang disintesis
oleh ribosom pada retikulum endoplasma dirembes keluar daripada sel dalam bentuk enzim atau hormon manakala yang disintesis oleh ribosom bebas digunakan oleh sel itu sendiri untuk pertumbuhan dan memangkinkan tindak balas dalam sel itu.
LISOSOM
LISOSOMStruktur. Kantung yang di lingkungi membran
Fungsi. Mengandungi
enzim hidrolitik yang mencernakan atau memecahkan molekul organik yang kompleks seperti protein, polisakarida dan lipid.
. Enzimnya memusnahkan organel yang lusuh dan rosak.
JALINAN ENDOPLASMA
JALINAN ENDOPLASMAStruktur
Terdiri daripada satu sistem pundi leper atau sisterna yang dibatasi oleh membran unit tunggal. Rongga sisterna saling berhubungan dan membentuk satu sistem terusan di seluruh sitoplasma
Membran retikulum endoplasma mungkin berterusan dengan membran nukleus, membran plasma dan jasad Golgi.
Terdapat dua jenis retikulum endoplasma iaitu retikulum endoplasma kasar (RE kasar) dan retikulum endoplasma licin (RE licin)
Fungsi
Berfungsi sebagai satu sistem pengangkutan dalam sel (intrasel) yang memudahkan pergerakan bahan-bahan dari satu bahagian ke bahagian sel yang lain
Menyediakan satu permukaan luas untuk perlekatan enzim dan tindak balas biokimia
Protein yang disintesiskan oleh ribosom akan memasuki sisterna retikulum endoplasma dan seterusnya digerakkan ke bahagian sel yang lain terutamanya ke jasad Golgi untuk diproses sebelum dirembes keluar.
JASAD GOLGI
JASAD GOLGI
Struktur Terdiri daripada
satu timbunan pundi-pundi leper (sisterna) yang setiap satunya dilapisi oleh membran unit tunggal
Fungsi Berfungsi sebagai satu
organel yang memproses dan mengubahsuaikan bahan kimia seperti protein yang baru sahaja diperoleh daripada jalinan endoplasma kepada hasil seperti glikoprotein
Hasilnya diasingkan dan dibungkus dalam vesikel dan seterusnya dirembes keluar dari sel.
SENTRIOL
SENTRIOL
Struktur. Sepasang
struktur bujur yang kecil
. Berada di luar nukleus
Fungsi. Membentuk
gentian-gentian gelendung semasa pembahagian sel dalam sel haiwan
KLOROPLAS
KLOROPLAS (SEL TUMBUHAN SAHAJA)
Struktur Berbentuk ceper
dan terdiri daripada dua lapisan membran
Mengandungi pigmen klorofil
Fungsi Klorofil menyerap
cahaya matahari untuk menjalankan proses fotosintesis dan memberikan warna hijau kepada daun.
PERBANDINGAN SEL HAIWAN DAN SEL TUMBUHAN• Persamaan: mempunyai nukleus,
sitoplasma, membran plasma, jasad Golgi, mitokondria dan retikulum endoplasma
PERBEZAAN SEL HAIWAN DAN SEL TUMBUHAN
Sel haiwan Perbezaan Sel Tumbuhan
Bentuk sel tidak tetap Bentuk Bentuk sel tetap
Tidak mempunyai dinding sel
Dinding sel Mempunyai kloroplas dengan pigmen klorofil didalamnya
Tiada vakuol / jika ada kecil
Vakuol Mempunyai vakuol bersaiz besar
Dalam bentuk glikogen Granul Simpanan
Dalam bentuk kanji
Mempunyai sentriol Sentriol Tidak mempunyai sentriol
PERBEZAANSel Haiwan Perbezaan Sel Tumbuhan
Ditengah sel Nukleus Disisi sel
Dalam bentuk glikogen
Bahan Simpanan
Disimpan dalam bentuk kanji
Biasanya boleh bergerak
Pergerakkan Jarang bergerak
HUBUNGAN ANTARA KEPADATANORGANEL DAN FUNGSI KHUSUS SEL
• Sel-sel berlainan dalam badan menjalankan fungsi berlainan.
• Misalnya, sel saraf berfungsi membawa impuls saraf dan sel darah merah berfungsi mengangkut oksigen.
• Oleh kerana fungsi yang dijalankan oleh sel-sel ini berbeza, sesetangah sel mempunyai banyak bilangan organel tertentu.
Jenis sel Fungsi Organel terlibat
Sel sperma Memerlukan banyak tenaga untuk berenang ke arah uterus dan tiub Falopia semasa persenyawaan
Mitokondria(melalui tindakan enzim respirasi dan pengoksidaan makanan dalam mitokondria, banyak tenaga yang disimpan dalam molekul ATP dapat dijanakan. Modul ATP merupakan sumber tenaga utama dalam sel. Molekul ini mempunyai ikatan fosfat yang bertenaga tinggi dan pemecahan ikatan ini membekalkan tenaga yang dibebaskan dengan serta-merta untuk aktiviti sel
Sel otot penerbangan serangga & burung
Mengecut dan meregang untuk membantu pergerakan dan penerbangan
Sel meristem
Menjana tenaga bagi pembahagian kromosom semasa proses mitosis
Jenis sel Fungsi Organel terlibat
Sel hati Memainkan peranan utama dalam metabolisma, mengawal julat kimia yang besar dalam darah.
Mengawal kandungan gula yang dibebaskan ke dalam aliran darah dan detoksifikasi
Mitokondria, jasad Golgi dan jalinan endoplasma kasar
Sel mesofil palisad
Penyerapan cahaya matahari untuk proses fotosintesis
Kloroplas
Sel pankrreas
Aktif dalam sintesis dan rembesan protein (enzim dan hormon)
Jalinan endoplasma kasar, jasad Golgi dan mitokondria
Jenis sel Fungsi Organel terlibat
Sel kelenjar adrenal
Sintesis beberapa hormon steroid
Jalinan endoplasma licin
Sel epitelium Sintesis lipid daripada asid lemakdan gliserol
Sel testis Sintesis hormon seks steroid: testosteron
Sel ovari Sintesis hormon seks steroid : estrogen
Sel goblet pada epitelium usus dan salur pernafasan
Memerlukan glikoprotein musin yang membentuk mukus apabila terlarut
Jasad Golgi
Sel jidal akar Rembesan mukopolisakarida untuk melicinkan hujung akar semasa menembusi zarah tanah.
BIBLIOGRAFI
http://biologi.blogsome.com/2007/06/17/lisosom/ http://biologi.blogsome.com/2007/06/22/sentriol/ http://www.biologi-sel.com/2013/02/dinding-sel-tumbu
han.html http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/sains/kbsm/hsp_bi
o.Tg.4bm.pdf
Suhaila Ahmad , Fuziah Bt Sulaiman, Doris Siaw Hie Kiew, Peta Visual & Diagram Biologi SPM, 2012, PNI Neuron Sdn. Bhd. Nalini T. Balachandran, Sia Chwee Khim, Kee Bee Suan , Biologi SPM, 2012, Pelangi.