Pemakanan Seimbang Untuk Kanak

10
PEMAKANAN SEIMBANG UNTUK KANAK-KANAK PRASEKOLAH Kanak-kanak memerlukan nutrien yang mencukupi di dalam pemakanan mereka untuk perkembangan yang sihat dan optimum dari semua aspek iaitu intelek, fizikal, emosi, rohani dan sosial. Kebanyakkan nutrien diperolehi dari pelbagai jenis makanan dan perlu diambil dalam kuantiti yang sesuai. Pengambilan nutrien yang tidak seimbang akan mengakibatkan pelbagai masalah kepada kanak-kanak seperti masalah kurang berat badan, obesiti dan anemia. Jadi guru perlu merancang menu makanan yang seimbang mengikut piramid makanan supaya murid-murid prasekolah mendapat khasiat pemakanan yang secukupnya. Berikut merupakan jenis-jenis nutrien yang diperlukan oleh badan, :- a) Karbohidrat Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya. b) Protein Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada binatang. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama. c) Lemak Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel. d) Galian Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

description

.............

Transcript of Pemakanan Seimbang Untuk Kanak

PEMAKANAN SEIMBANG UNTUK KANAK-KANAK PRASEKOLAH Kanak-kanak memerlukan nutrien yang mencukupi di dalam pemakanan mereka untuk perkembangan yang sihat dan optimum dari semua aspek iaitu intelek, fizikal, emosi, rohani dan sosial. Kebanyakkan nutrien diperolehi dari pelbagai jenis makanan dan perlu diambil dalam kuantiti yang sesuai. Pengambilan nutrien yang tidak seimbang akan mengakibatkan pelbagai masalah kepada kanak-kanak seperti masalah kurang berat badan, obesiti dan anemia. Jadi guru perlu merancang menu makanan yang seimbang mengikut piramid makanan supaya murid-murid prasekolah mendapat khasiat pemakanan yang secukupnya. Berikut merupakan jenis-jenis nutrien yang diperlukan oleh badan, :- a) Karbohidrat Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya. b) ProteinProtein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada binatang. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama. c) Lemak Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel. d) Galian Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.e) VitaminVitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh. f) Serat Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air. Makanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana ia membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan. Selain itu,ia juga membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental serta dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan. Makanan yang berkhasiat juga menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja. Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk mengimbangkan pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang pelbagai membantu kanak-kanak mendapat semua nutrien yang diperlukan. Pilih gabungan makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia Pengambilan pemakanan yang kurang atau berlebihan boleh membawa kesan serius terhadap tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Masalah Ini mungkin merangkumi nutrien utama seperti protein, karbohidrat, lemak, termasuk juga vitamin dan mineral. Tanpa mengira sama ada kanak-kanak kekurangan atau berlebihan berat badan, mahupun mempunyai berat badan normal, mereka masih boleh mengalami masalah kekurangan mikronutrien seperti zat besi, kalsium, iodin. Amalan pemberian makanan yang kurang sihat akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan berat badan atau terbantut serta boleh menjejaskan perkembangan kognitif. Sering kali, kanak-kanak ini juga akan mengalami kekurangan pelbagai vitamin dan mineral, yang paling umum adalah zat besi, iodin dan Vitamin A. Kanak-kanak yang kurang berat badan lebih kerap jatuh sakit kerana mempunyai daya tahan lebih rendah terhadap jangkitan. Masalah pemakanan berlebihan timbul apabila kanak-kanak mengambil terlalu banyak makanan, khususnya yang tinggi kalori, dan kurang bersenam. Seorang kanak yang mempunyai berat badan berlebihan berkemungkinan akan menjadi remaja atau dewasa dengan berat badan berlebihan mahupun obes kelak. Kita semua tahu bahawa berat badan berlebihan merupakan satu faktor risiko penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser. Berat badan berlebihan atau obesiti juga boleh mengakibatkan kanak-kanak mempunyai tanggapan imej yang negatif terhadap fizikal badan dan kurang keyakinan diri. Pengambilan nutrien berlebihan juga boleh menjejaskan kesihatan akibat pengambilan mikronutrien seperti vitamin larut lemak (A,D, E dan K) secara berlebihan, tanpa mendapatkan nasihat profesional yang betul. Mikronutrien seperti vitamin boleh berkumpul di dalam tisu lemak dan akan menyebabkan ketoksikan. Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Copy and WIN :http://bit.ly/copynwin

PEMAKANAN SIHAT AWAL USIAAdalah penting untuk anda memahami tentang nutrien, amalan pemberian makanan yang betul dan Panduan Piramid Makanan! Walaupun ada ramai ibu bapa di seluruh negara seperti anda yang memberikan makanan yang sesuai dan berkhasiat kepada anak tersayang, masih ada sesetengah ibu bapa yang tidak tahu tentang status pemakanan anak mereka. Ada juga yang tidak mempunyai pengetahuan sewajarnya untuk memberikan makanan yang sesuai kepada anak. Semua ibu bapa harus sedar bahawa pemakanan tidak sihat akan mengganggu proses tumbesaran dan perkembangan fizikal dan mental anak mereka.Terbantut, lebih atau kurangLaporan Kajian Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III yang dijalankan di seluruh Malaysia pada 2006 terhadap kanak-kanak dan remaja berusia sehingga 18 tahun telah menunjukkan maklumat terperinci tentang status pemakanan mereka.Sebahagian besar kanak-kanak di Malaysia didapati mengalami masalah kekurangan berat badan, terbantut atau berlebihan berat badan secara signifikan. Walaupun masalah ini tidak terlalu membimbangkan, tetapi ia tetap perlu diberi perhatian, khususnya bagi kanak-kanak dalam peringkat umur sedang membesar (kategori umur dari satu hingga enam tahun). Kekurangan berat badan merujuk kepada peningkatan berat badan (mengikut umur) yang tidak memuaskan.Masalah ini timbul akibat pengambilan nutrien yang tidak mencukupi dalam keadaan semasa atau jangka masa pendek. Kajian berkenaan mendapati 13.2 peratus daripada kanak-kanak yang dikaji mengalami kekurangan berat badan. Lebih ramai kanak-kanak di luar bandar didapati kekurangan berat badan (16 peratus) berbanding dengan kanak-kanak di bandar (11.4 peratus). Data kajian daripada analisis lanjutan menunjukkan bahawa kategori umur kanak-kanak paling kecil yang dikaji (satu hingga tiga tahun) mempunyai peratusan tertinggi kekurangan berat badan (19.8 peratus), diikuti kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun (16.4 peratus).Selain itu, tumbesaran terbantut juga berlaku akibat kekurangan pengambilan nutrien. Kanak-kanak terbantut mempunyai ketinggian tidak mencukupi mengikut umur mereka. Dalam kajian meliputi seluruh negara, 15.5 peratus masalah terbantut berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja (dari lahir ke 18 tahun). Sekali lagi, lebih ramai kanak-kanak dan remaja di luar bandar yang terbantut (19.4 peratus) berbanding dengan kanak-kanak di bandar (13.6 peratus). Kanak-kanak dalam kategori umur satu hingga tiga tahun didapati mempunyai peratusan kedua tertinggi (17.2 peratus) dengan masalah ini, sementara mereka yang berumur empat hingga enam tahun ketiga tertinggi (16.7 peratus).Kanak-kanak Malaysia juga didapati mengalami masalah berat badan berlebihan tetapi peratusannya adalah lebih rendah berbanding masalah kekurangan berat badan dan terbantut. Berat badan berlebihan berlaku akibat pengambilan tenaga (nutrien) berlebihan. Di kalangan kanak-kanak yang dikaji, sebanyak 5.4 peratus mempunyai berat badan berlebihan. Seperti yang dijangka, lebih ramai kanak-kanak di kawasan bandar (6.3 peratus) mempunyai berat badan berlebihan berbanding kanak-kanak di kawasan luar bandar (4.0 peratus). Di kalangan kanak-kanak prasekolah, kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun adalah kedua tertinggi dalam masalah ini (6.4 peratus) dan kanak-kanak kecil berumur satu hingga tiga tahun mempunyai peratus berat badan berlebihan paling rendah (3.2 peratus).

Kesan serius masalah pemakananPengambilan pemakanan yang kurang atau berlebihan boleh membawa kesan serius terhadap tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Masalah Ini mungkin merangkumi nutrien utama seperti protein, karbohidrat, lemak, termasuk juga vitamin dan mineral. Tanpa mengira sama ada kanak-kanak kekurangan atau berlebihan berat badan, mahupun mempunyai berat badan normal, mereka masih boleh mengalami masalah kekurangan mikronutrien seperti zat besi, kalsium, iodin.- Kekurangan pemakananAmalan pemberian makanan yang kurang sihat akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan berat badan atau terbantut serta boleh menjejaskan perkembangan kognitif. Sering kali, kanak-kanak ini juga akan mengalami kekurangan pelbagai vitamin dan mineral, yang paling umum adalah zat besi, iodin dan Vitamin A. Kanak-kanak yang kurang berat badan lebih kerap jatuh sakit kerana mempunyai daya tahan lebih rendah terhadap jangkitan.- Pemakanan berlebihanMasalah pemakanan berlebihan timbul apabila kanak-kanak mengambil terlalu banyak makanan, khususnya yang tinggi kalori, dan kurang bersenam. Seorang kanak yang mempunyai berat badan berlebihan berkemungkinan akan menjadi remaja atau dewasa dengan berat badan berlebihan mahupun obes kelak. Kita semua tahu bahawa berat badan berlebihan merupakan satu faktor risiko penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser. Berat badan berlebihan atau obesiti juga boleh mengakibatkan kanak-kanak mempunyai tanggapan imej yang negatif terhadap fizikal badan dan kurang keyakinan diri. Pengambilan nutrien berlebihan juga boleh menjejaskan kesihatan akibat pengambilan mikronutrien seperti vitamin larut lemak (A,D, E dan K) secara berlebihan, tanpa mendapatkan nasihat profesional yang betul. Mikronutrien seperti vitamin boleh berkumpul di dalam tisu lemak dan akan menyebabkan ketoksikan.Pilihan tepatPetua membina asas kukuh demi kesejahteraan kanak-kanak, kini dan sepanjang hayatnya, adalah memberikan pemakanan yang baik dan memupuk tabiat makan secara sihat sejak kecil. Pemakanan baik tidak bermakna menyuap mereka dengan makanan terbaik yang boleh dibeli dengan wang ringgit. Perkara paling penting ialah membuat pilihan pemakanan yang tepat. Anda boleh melakukannya dengan mengamalkan prinsip pemakanan seperti:1) Kepelbagaian - Sediakan makanan harian daripada setiap kumpulan makanan berasaskan Panduan Piramid Makanan. Ini membolehkan anak anda mencuba bermacam jenis makanan berbeza dan mendapatkan nutrien penting yang membantu mereka membesar dan berkembang secara optimum.2) Keseimbangan - Amalkan makanan seimbang yang mengandungi kombinasi karbohidrat (nasi, mi dan roti), buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan kaya dengan protein (ikan dan ayam) serta susu dan produk tenusu. Kurangkan garam, lemak dan gula.3) Kesederhanaan - Pemakanan kurang atau berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan. Maka, ajar anak anda makan secara sederhana sejak kecil lagi. Apabila mereka semakin membesar, pengambilan makanan mereka juga akan bertambah. Oleh itu, anda perlu memastikan mereka makan mengikut waktu, elakkan melangkaui waktu makan dan elak daripada tabiat makan secara berlebihan.Sebagai ibu bapa yang penyayang, anda perlu cuba sedaya-upaya menjaga kesihatan dan kesejahteraan anak semasa mereka membesar dengan mengamalkan pemakanan yang baik. Anak anda mempunyai hak asas untuk pemakanan yang sihat untuk mengoptimumkan tumbesaran, perkembangan dan mengekalkan kesihatan. Justeru, pastikan anda terus mencurahkan kasih sayang dengan memberikan pemakanan sewajarnya kepada anak, supaya mereka dapat membesar dengan sihat, kini dan sehingga dewasa

KUALA LUMPUR - Kanak-kanak Malaysia berumur bawah 12 tahun boleh memiliki tubuh badan yang lebih sihat sekiranya ibu bapa dan penjaga prihatin dengan pengambilan makanan anak masing-masing.

Maklumat mengenai nutrisi optimum yang diperlukan oleh kanak-kanak boleh diperoleh daripada bahagian penjagaan kesihatan dan pendidikan di seluruh negara.

Menurut Kajian Nutrisi Asia Tenggara (Seanuts), kanak-kanak di Malaysia adalah lebih sihat jika dibandingkan dengan kanak-kanak di beberapa negara di rantau ini.

Bagaimanapun, jumlah kanak-kanak yang terlebih berat badan di Malaysia adalah tinggi.NUTRISI DAN KESIHATANSatu kajian mengenai nutrisi dan kesihatan dijalankan di Asia Tenggara, dan hasilnya menunjukkan terdapat kekurangan nutrisi yang agak kritikal dalam kalangan kanak-kanak bawah umur 12 tahun.

Kajian itu membabitkan lebih 16,500 kanak-kanak berumur antara enam bulan dan 12 tahun dari Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia.

Kajian itu selama dua tahun itu baru sahaja tamat dan ia menumpukan perhatian terhadap isu-isu kesihatan yang penting di negara ini dikenali sebagai 'lapar tersembunyi' (hidden hunger). LAPAR TERSEMBUNYI

Para penyelidik menggunakan istilah 'lapar tersembunyi bagi menterjemahkan kekurangan nutrisi yang tidak boleh dilihat dengan mudah.

Kanak-kanak mungkin nampak seperti sihat atau terlebih makan, tetapi mereka mungkin tidak mendapat nutrisi yang diperlukan oleh badan seperti vitamin D dan kalsium, yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

"Adalah penting untuk melihat dengan lebih dekat lagi tentang apa yang benar-benar diperlukan oleh kanak-kanak dari segi nutrisi," jelas ketua Sains Nutrisi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Professor Poh Bee Koon.

Prof Poh ialah pengetua penyiasat di Seanuts bagi Malaysia.

Beliau berkata, berdasarkan kepada hasil kajian itu, usaha perlu diambil untuk mendidik orang ramai dan mewujudkan kesedaran mengenai standard nutrisi yang dicadangkan paling sesuai untuk kanak-kanak Malaysia.

Dr Tee E Siong, yang berkhidmat di Persatuan Nutrisi Malaysia (NSM), turut bersetuju dengan pandangan Prof Poh.

"Adalah penting sekiranya hasil kajian ini dikongsi dengan para profesional penjagaan kesihatan, pembuat dasar dan ibu bapa, untuk melakukan perubahan dalam kehidupan kanak-kanak di Malaysia," kata Dr Tee.

NSM dan UKM menjadi tuan rumah persidangan serantau Seanuts di Malaysia, baru-baru ini.

DATAKajian itu ditaja oleh Royal Friesland Campina N.V, bagi meningkatkan tahap kesihatan kanak-kanak di rantau ini.

Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Berhad (anak syarikat Royal Friesland Campina), Rahul Colaco, berkata hasil yang diperoleh daripada kajian itu akan digunakan untuk dimasukkan dalam keperluan nutrisi kanak-kanak bagi produk susu yang akan dihasilkan oleh syarikat.

Data dikutip dari empat negara adalah tertumpu kepada status nutrisi kanak-kanak, penokok dan tabiat diet, selain daripada aktiviti fizikal dan biokimia darah mereka.

Di Malaysia, Seanuts diadakan dengan kerjasama UKM; di Indonesia, ia diadakan dengan kerjasama Persatuan Ahli Gizi Indonesia (Persagi); di Thailand, dengan kerjasama Mahidol University; dan di Vietnam, dengan kerjasama Institut Nutrisi Kebangsaan (NIN) - Vien Dinh Duong.

IMPLIKASIDi Malaysia, data dikutip antara Mei 2010 dan Oktober 2011 di enam kawasan iaitu bahagian utara, tengah, selatan dan pantai timur Semenanjung dan kawasan-kawasan di Sabah dan Sarawak.

Hasil data menunjukkan bahawa implikasi daripada 'lapar tersembunyi' dan kekurangan nutrisi yang berpanjangan adalah serius.

Di Malaysia, 50 peratus daripada kanak-kanak tidak mendapat jumlah vitamin D yang mencukupi untuk tubuh mereka, berdasarkan Pengambilan Nutrien Yang Dicadangkan (RNI) bagi negara ini, seperti yang disyorkan oleh pihak berkuasa kesihatan Malaysia.

Kanak-kanak juga mengalami kekurangan kalsium.

Sebanyak 50 peratus kanak-kanak tidak mengambil jumlah kalsium yang secukupnya.

Menurut hasil kajian itu juga, satu daripada setiap 10 kanak-kanak di kawasan bandar di Malaysia menunjukkan tanda-tanda kekurangan nutrisi berdasarkan nisbah berat badan dan umur.

Peratus kanak-kanak luar bandar yang mengalami kekurangan nutrisi adalah sedikit rendah daripada jumlah yang ditetapkan.

"Adalah tidak begitu mahal untuk makan makanan yang sihat. Malahan memakan pelbagai jenis makanan adalah penting dan ini termasuk ikan dan sayur. Susu juga amat penting," kata Dr Tee.PENGAMBILAN KALSIUMKalsium dan vitamin D adalah perlu untuk perkembangan fizikal. Ia juga penting untuk tulang yang sihat.

Pengambilan nutrien yang tidak mencukupi akan menganggu perkembangan minda dan keupayaan intelektual kanak-kanak. Ini seterusnya akan menghalang kanak-kanak daripada melalui pertumbuhan fizikal yang sempurna.

Bagi setiap 10 kanak-kanak, seorang kanak-kanak di Malaysia tidak mempunyai pertumbuhan fizikal yang baik.

Manakala seorang daripada lima kanak-kanak menghadapi masalah terlebih nutrisi.

Prof Poh menasihati ibu bapa agar mengajar anak mereka untuk memakan makanan yang sihat, bagi memastikan pengambilan nutrisi yang mencukupi untuk badan mereka.

Secara ini, pertumbuhan fizikal mereka tidak akan terjejas, katanya.

PENGUKURAN PERTUMBUHANSememangnya menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan pengambilan nutrisi yang diperlukan oleh badan anak mereka adalah mencukupi.

Langkah mengambil dua gelas susu setiap hari sememangnya amat digalakkan bagi kanak-kanak yang masih bersekolah.

"Ibu bapa hendaklah memberi perhatian kepada keperluan nutrisi anak kerana ia amat penting. Susu juga adalah penting kerana ia pelengkap makanan.

"Susu penting untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Pengambilan makanan mengikut diet seimbang adalah juga penting. Tabiat baik berhubung dengan pengambilan makanan hendaklah dididik kepada kanak-kanak sebelum mereka berumur 10 tahun," kata Dr Tee kepada Bernama.

Untuk mengelak daripada pertumbuhan dan kecerdasan yang terbantut, ibu bapa diingatkan agar melihat kepada keperluan nutrisi anak yang sedang membesar.

Ibu bapa tidak sepatutnya berkompromi berhubung dengan makanan, kata Dr Tee.

"Kanak-kanak memerlukan vitamin D, zat besi dan mineral yang lain untuk menjadikan mereka lebih kuat dan tidak mudah terkena penyakit seperti demam biasa.

"Kekurangan nutrisi boleh mendedahkan kepada satu masalah dan membantutkan perkembangan kanak-kanak, yang tidak dapat dikembalikan semula," katanya dan menambah bahawa nutrisi yang mencukupi dan sempurna diperlukan untuk kesejahteraan kanak-kanak