PEMBANGUNAN LAMAN PEMBELAJARAN … Kaedah Susun Suai (Jigsaw) 32 2.6.4.2 Bahagian Pencapaian-Pasukan...
Transcript of PEMBANGUNAN LAMAN PEMBELAJARAN … Kaedah Susun Suai (Jigsaw) 32 2.6.4.2 Bahagian Pencapaian-Pasukan...
PEMBANGUNAN LAMAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF
BERASASKAN WEB DENGAN SOKONGAN TEKNOLOGI VIDEO
BERTAJUK RANGKAIAN SOSIAL DAN WIKIS
NORHASYIMAH BINTI HAMZAH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL : PEMBANGUNAN LAMAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF BERASASKAN WEB DENGAN SOKONGAN TEKNOLOGI VIDEO BERTAJUK RANGKAIAN SOSIAL DAN WIKIS
SESI PENGAJIAN : 2/2009/2010
Saya NORHASYIMAH BINTI HAMZAH
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
(TANDATANGAN PENYELIA) (TANDATANGAN PELAJAR)
Alamat Tetap: NO. 79, JALAN MUTIARA 6, KG. KUALA PAHANG, 26600 PEKAN, PAHANG.
Tarikh: ____________________________ Tarikh: ______________________________
PROF. MADYA DR. JAMALLUDIN BIN HARUN
Nama Penyelia
Disahkan oleh
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)”
Tandatangan : …………………………..............
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. JAMALLUDIN BIN HARUN
Tarikh : .....................................................
PEMBANGUNAN LAMAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF
BERASASKAN WEB DENGAN SOKONGAN TEKNOLOGI VIDEO
BERTAJUK RANGKAIAN SOSIAL DAN WIKIS
NORHASYIMAH BINTI HAMZAH
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2010
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : …………………………..............
Nama Penulis : NORHASYIMAH BINTI HAMZAH
Tarikh : .....................................................
DEDIKASI
“Syukur kehadrat ilahi kerana memanjangkan usiaku hingga ke saat ini dan berjaya mengharungi liku-liku kehidupan di sini”
Buat… Ayah dan Ibu
En. Hamzah Che’ Rani dan Pn. Maznah Ismail yang di kasihi dan di sayangi..........
Demi sedikit harapan Melihat kejayaanku dunia dan akhirat, Terima kasih atas doa dan restu kalian,
tidak lupa juga buat kakak-kakak, abang dan adik-adikku
Nurjumanah, Khatijah, Mohd. Zahini,
Norhalimaton, Nurhidayah dan Norsyamimi,
Ingatan dan kasih sayang kalian menjadi sumber kekuatan dan inspirasi ku……
Buat rakan-rakan seperjuangan 4 SPT yang sentiasa membantu sepanjang
perjuangan kita di sini. Terima kasih si atas segalanya, semoga kejayaan menjadi milik kita semua.
InsyaAllah.......
PENGHARGAAN
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan seikhlas hati
terutamanya kepada penyelia saya iaitu Prof. Madya Dr. Jamalludin Bin Harun atas
bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh penyediaan Projek Sarjana
Muda ini. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah
kurniaan-Nya dapat saya menyiapkan kajian ini dalam masa yang ditetapkan. Di
kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih juga kepada ibu bapa dan
adik-beradik saya yang telah memberi sokongan moral untuk saya menyiapkan projek
sarjana muda ini. Tidak dilupakan juga ucapan penghargaan ditujukan buat rakan-rakan
yang membantu dan memberi kerjasama dalam menyiapkan projek laman web
pengajaran dan pembelajaran ini. Semoga segala usaha dan sokongan kalian akan
diberkati Allah SWT di atas kesudian untuk membantu saya. Akhir sekali saya sudahi
dengan salam takzim penuh penghormatan kepada semua yang terlibat dalam
menjayakan kajian ini.
Sekian. Terima Kasih.
ABSTRAK
Tujuan kajian ini ialah untuk merekabentuk dan membangunkan sistem
pembelajaran menerusi web menggunakan pendekatan pembelajaran kooperatif
mengikut ciri-ciri yang dicadangkan oleh Johnson & Johnson (1994). Pembangunan
sistem pembelajaran ini menggunakan Model Rapid Prototyping. Topik yang dipilih
bagi tujuan ini ialah Rangkaian Sosial dan Wikis bagi kegunaan pelajar-pelajar IPT
dalam memahami bagaimana penggunaan aplikasi Rangkaian Sosial (Facebook,
Friendster dan MySpace) dan Wikis (Wikipedia dan Wikiversity) dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Pendekatan pembelajaran kooperatif digunakan kerana pembelajaran
berpusatkan pelajar, interaksi secara positif dan kerjasama antara kumpulan ditekankan.
Semasa pengguna menggunakan laman web ini, mereka akan menggunakan dua kaedah
iaitu Kaedah Susun Suai (Jigsaw) untuk aplikasi Rangkaian Sosial dan Kaedah Belajar
Bersama (Learning Together) untuk aplikasi Wikis. Sistem pembelajaran yang telah
dibangunkan ini hanya menggunakan penilaian formatif iaitu menerusi sesi temubual
bersama kumpulan fokus. Analisis isi kandungan menerusi teknik pembentukan tema
telah digunakan. Berdasarkan data yang dianalisis dan perbincangan yang telah
dijalankan, pembangun telah membuat rumusan dan memberi cadangan mengenai
sistem pembelajaran berasaskan pendekatan pembelajaran kooperatif yang dibangunkan.
ABSTRACT
Purpose of this study is to design and develop a web-based learning system that
utilized cooperative learning approach on the criterion suggested by Johnson & Johnson
(1994). This learning system use Rapid Prototyping Model. The topic selected for this
study are Social Networking and Wikis for IPT students to understand how to use Social
Networking (Facebook, Friendster and MySpace) and Wikis (Wikipedia dan
Wikiversity) in Teaching and Learning. This cooperative learning approach had been
used because students centre learning, positive interaction and group’s cooperation.
When users use this website, they would use two methods, Jigsaw Method for Social
Networking application and Learning Together Method for Wikis’s application.
Learning system that have been developed for this developed just use formative
evaluation through interview process with target group. A content analysis through
theme construction technique has been used. Based on data analysis and discussion was
being conducted, the developer then comes out with conclusion and give
recommendations about learning system based on cooperative learning approach which
had been developed.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
PENGESAHAN TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN PENULIS ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
BAB I PENGENALAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Rasional Kajian 7
1.6 Kepentingan Projek 9
1.6.1 Pelajar 9
1.6.2 Pihak Pengajar 10
1.6.3 Institut Pendidikan Tinggi 11
1.6.4 Ibu bapa dan Masyarakat 11
1.7 Skop dan Batasan Kajian 12
1.8 Definisi Istilah 13
1.8.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT)
13
1.8.2 Internet 14
1.8.3 Web 2.0 14
1.8.4 Rangkaian Sosial (Social
Networking)
14
1.8.5 Wikis (What I know is) 15
1.8.6 Video Interaktif 15
1.8.7 Pembelajaran Kooperatif 15
1.9 Penutup 16
BAB II SOROTAN KAJIAN 17
2.1 Pengenalan 17
2.2 Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PPBK)
18
2.2.1 Perkembangan PBK 19
2.2.2 Kelebihan Penggunaan Komputer
dalam P&P
19
2.3 Teknologi Web dalam Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P)
21
2.3.1 Penggunaan Teknologi Internet
dalam P&P
21
2.3.2 Pembelajaran Menerusi Web 22
2.3.2 Kajian Mengenai Penggunaan
Internet
23
2.4 Teknologi Web 2.0 24
2.5 Teknologi Video dalam Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P)
25
2.5.1 Kelebihan Teknologi Video dalam
P&P
25
2.5.2 Kelemahan Teknologi Video dalam
P&P
26
2.5.3 Ciri-ciri Teknologi Video yang
Berkesan dalam P&P
26
2.6 Pembelajaran Kooperatif (PK) 28
2.6.1 Ciri-ciri Pembelajaran Koperatif 28
2.6.2 Kelebihan Pembelajaran Secara
Kooperatif
30
2.6.3 Peranan Pelajar dalam Pembelajaran
Kooperatif
30
2.6.4 Model-model Pembelajaran
Kooperatif
31
2.6.4.1 Kaedah Susun Suai (Jigsaw) 32
2.6.4.2 Bahagian Pencapaian-Pasukan
Pelajar (Student Team-
Achievement
atau STAD)
32
2.6.4.3 Pembelajaran Bersama (Learning
Together)
33
2.6.5 Pembelajaran Kooperatif dalam
Persekitaran Elektronik
34
2.7 Model Rekabentuk Instruksional 34
2.7.1 Model Rapid Prototyping 35
2.7.2 Model ADDIE 37
2.7.3 Model Air Terjun (Waterfall) 40
2.8 Penutup 42
BAB III REKA BENTUK LAMAN WEB 43
3.1 Pengenalan 43
3.2 Model Reka Bentuk yang digunakan dalam
Pembangunan Laman Web
44
3.2.1 Fasa Menilai Keperluan dan Analisis Isi
Kandungan
44
3.2.2 Fasa Rekabentuk dan Bangunkan Laman
Web
46
3.2.3 Fasa Menggunakan Prototaip (Pengujian
dan Penilaian Formatif)
47
3.2.4 Fasa Mengimplementasikan Sistem
(Penilaian Sumatif)
49
3.2 Carta Aliran Laman Web 49
3.3 Reka Bentuk Laman Web yang dibangunkan 51
3.3.1 Reka Bentuk Informasi / Strategi
Pembelajaran
51
3.3.2 Reka Bentuk Interaksi 53
3.3.3 Reka Bentuk Antaramuka/ Visual 55
3.3.4 Lain-lain Kemudahan atau Aspek Reka
Bentuk
57
3.4 Pemilihan Perisian untuk Membangunkan
Laman Web
58
3.5 Penyebaran Laman Web yang dihasilkan 59
3.6 Penutup 61
BAB IV HASIL PEMBANGUNAN LAMAN WEB 62
4.1 Pengenalan 62
4.2 Carta Alir Laman Web yang dibangunkan 63
4.3 Paparan Laman Web yang dibangunkan 65
4.3.1 Paparan Laman Utama
4.3.2 Paparan Pengenalan
66
67
4.3.3 Paparan Pembelajaran 68
4.3.3.1 Pembelajaran “Penggunaan
Facebook dalam P&P”
70
4.3.3.2 Paparan Pembelajaran
“Penggunaan
Wikipedia dalam P&P”
77
4.3.4 Paparan Tutorial 81
4.3.5 Paparan Global 83
4.4 Ciri-ciri Laman Web 86
4.4.1 Interaktif 87
4.4.2 Mesra Pengguna 89
4.4.3 Grafik 90
4.4.4 Teks 91
4.4.5 Video 92
4.5 Penutup 94
BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
95
5.1 Pengenalan 95
5.2 Perbincangan 96
5.2.1 Pembinaan Laman Web Berasaskan
Objektif
96
5.2.2 Pembangunan Laman Web Berasaskan
Model Rapid Prototyping
97
5.2.3 Pembangunan Laman Web Berasaskan
Pendekatan Pembelajaran Kooperatif (PK)
98
5.3 Kelebihan Laman Web 99
5.4 Kelemahan Laman Web 100
5.5 Masalah-masalah yang dihadapi 101
5.5.1 Masalah Merealisasikan Pembelajaran
Kooperaktif (PK)
102
5.5.2 Masalah Penggunaan Teknologi Video 102
5.6 Komen dan Cadangan 103
5.7 Penutup 106
RUJUKAN 107
LAMPIRAN
Lampiran A - B 115
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Ciri-ciri Kaedah Susun Suai (Jigsaw) 74
4.2 Ciri-ciri Kaedah Belajar Bersama (Learning
Together)
79
5.1 Komen dan cadangan pelajar terhadap sistem
pembelajaran web
104
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Model Rapid Prototyping (Sumber: Tripp dan
Bichelmelyer, 1990)
35
2.2 Rekabentuk pembangunan berdasarkan Model
ADDIE
37
2.3 Model Air Terjun (Waterfall) 40
4.1 Carta alir laman web “Rangkaian Sosial dan Wikis”
dalam P&P
64
4.2 Paparan montaj pada permulaan laman web 65
4.3 Paparan “Laman Utama” 66
4.4 Paparan “Pengenalan” 67
4.5 Paparan ringkas mengenai web 2.0, rangkaian sosial
dan wikis dalam menu “Pengenalan”
68
4.6 Paparan utama bagi menu “Pembelajaran” 69
4.7 Paparan pemilihan menu pembelajaran 69
4.8 Paparan pemilihan watak yang anda ingini 70
4.9 Paparan pencarian maklumat melalui internet 71
4.10 Paparan pembahagian kumpulan-kumpulan untuk
tugasan
72
4.11 Paparan tiga kumpulan utama 73
4.12 Paparan kumpulan utama kepada kumpulan-
kumpulan baru
73
4.13 Paparan kerjasama antara pelajar-pelajar dan 75
bertujuan untuk mencapai matlamat serta setiap
pelajar akan memberi sumbangan kepada kumpulan
4.14 Paparan pelajar melakukan kerja secara bersama
dan saling tolong-menolong serta kemahiran
bekerja dalam kumpulan
76
4.15 Paparan video penggunaan aplikasi-aplikasi
Facebook dalam P&P
77
4.16 Paparan pemilihan watak untuk mempelajari
penggunaan aplikasi wikipedia
78
4.17 Paparan persoalan-persoalan dalam pembelajaran
aplikasi wikipedia
78
4.18 Paparan pelajar bergantungan secara positif antara
satu sama lain menggunakan email sebagai
perhubungan antara satu sama lain
80
4.19 Paparan pelajar melakukan kemahiran sosial dan
berkongsi pengetahuan dengan menggunakan
Yahoo Messenger (YM)
80
4.20 Paparan utama tutorial 81
4.21 Paparan lima menu tutorial 82
4.22 Paparan video-video tutorial 82
4.23 Paparan untuk memuat turun video-video dalam
laman web ini
83
4.24 Paparan utama dalam global 84
4.25 Paparan menu “Peta Laman” 84
4.26 Paparan menu “Bantuan” 85
4.27 Paparan menu “Kredit” 85
4.28 Paparan interaksi secara positif di antara pelajar-
pelajar
87
4.29 Paparan lima menu utama 88
4.30 Paparan kawalan aktif di setiap paparan (Button 88
Back, Home dan Next)
4.31 Paparan kawalan tidak aktif di setiap paparan
(Button Back, Home dan Next)
88
4.32 Paparan kawalan pada video yang sediakan 89
4.33 Paparan kawalan pautan pada setiap paparan yang
sediakan
89
4.34 Paparan ikon yang mudah difahami oleh pengguna 89
4.35 Paparan penggunaan warna dalam sesuatu grafik 90
4.36 Paparan penggunaan teks bersaiz 12 untuk arahan 91
4.37 Paparan penggunaan teks bersaiz 11 untuk panduan
pengguna dihalaman yang dikunjungi berada
92
4.38 Kawalan bagi video yang disesuaikan mengikut
pengetahuan dan pengalaman pengguna
93
SENARAI SINGKATAN
ABM Alat Bantu Mengajar
ADDIE Analysis, Design, Development, Implementation dan Evaluation
ASP Application Service Provider
CIRC Coperative Integrated Reading and Composition (Strategi Baca dan
Karang Sama)
COL Circles of Learning (Bulatan Pembelajaran)
CSS Cascading Style Sheets
GI Group Investigation (Inkuiri dalam Kumpulan)
HTML Hypertext Markup Language
ICT Information and communication technology (Teknologi Maklumat dan
Komunikasi)
IPT Institusi Pendidikan Tinggi
PBK Pembelajaran Berbantukan Komputer
PK Pembelajaran Kooperatif
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
PPBK Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer
STAD Student Team-Achievement (Bahagian Pencapaian-Pasukan Pelajar)
TAI Team Accelerated Instruction (Pasukan Arahan Cepat)
TGT Team-Games Tournament (Pertandingan Permainan Pasukan)
TMK Teknologi Maklumat dan Komunikasi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA
SURAT
A Carta aliran sistem pembelajaran 115
B Carta alir gambaran keseluruhan sistem
pembelajaran laman web
116
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perkembangan Internet yang terawal dicipta pada tahun 1960 iaitu teknologi
jaringan komputer. Jaringan komputer ini berfungsi agar pengguna komputer boleh
bertukar informasi dan data dengan pengguna komputer lain. Oleh yang demikian,
jaringan komputer penting kepada pengguna komputer. Ini kerana dunia yang semakin
maju atau juga dikenali sebagai dunia tanpa sempadan. Menurut Wan Mustama Wan
Abdul Hayat, et. al,. (2004), dunia tanpa sempadan telah membuatkan kita akur, bahawa
segala pergerakan dan apa yang kita lalui tidak terlepas daripada penggunaan komputer
serta sains dan teknologi maklumat. Salah satu bidang yang boleh menggunakan ICT
adalah bidang pendidikan.
Pendidikan yang berunsurkan rangkaian jaringan amat sesuai diperkenalkan
melalui pendekatan yang berunsurkan laman web dengan sokongan video interaktif. Ini
kerana, pendekatan yang bersesuaian dapat menarik minat seseorang untuk mendalami
sesuatu ilmu pendidikan dengan lebih mendalam dan terarah kendiri. Menurut Lai, Kim
2
Leong (2002), dari segi perspektif pengajaran dan pembelajaran berasaskan konsep
pembelajaran berdikari yang disokong pembelajaran akses kendiri, terarah kendiri dan
pembelajaran berpusatkan pelajar, memainkan peranan penting untuk membolehkan
pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran secara kumpulan atau individu serta
mengandungi pelbagai aktiviti yang dapat memenuhi pelbagai gaya pembelajaran yang
berbeza di kalangan pelajar.
Salah satu rangkaian yang dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
yang terkini adalah menggunakan Web 2.0. Aplikasi Web 2.0 adalah seperti Blogs,
Photo Sharing, Podcast, Social Networking, Social Boomarking, Video Sharing dan
Wikis. Penggunaan Web 2.0 amat sesuai digunakan pada masa kini, ini kerana para
pelajar lebih berminat untuk mempelajari sesuatu pengajaran dengan menggunakan
bahan multimedia interaktif seperti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan
audio, video, animasi dan grafik. Penggunaan bahan multimedia ini dapat menarik minat
pelajar dengan lebih baik berbanding penggunaan bahan melalui kaedah tradisional.
Banyak kajian telah dilakukan berkaitan dengan keberkesanan pengajaran
berasaskan laman web. Satu kajian yang telah dijalankan oleh Hambric (1997) telah
mendapati bahawa web berkesan dalam menyelesaikan masalah di kalangan pelajar-
pelajar Tahun 5 di Vista California. Anderson dan Joerg (1996) melaporkan dalam
kajian mereka bahawa web berperanan sebagai suatu alat yang berkesan dan sesuai bagi
pelajar serta pengajar untuk meningkatkan pencapaian dan minat dalam pembelajaran.
Ramai pengkaji seperti Joerg (1995), Day (1996) dan Hambric (1997) mendapati
bahawa pembelajaran melalui web lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah
tradisional.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Kebanyakan masyarakat sering menganggap pengajaran tradisional sahaja yang
dapat meningkatkan tahap penguasaaan dan pendidikan terhadap pelajar. Kebanyakkan
proses pengajaran dan pembelajaran lebih menumpukan kepada isi kandungan dalam
buku teks dan hanya menumpukan pencapaian pelajar yang bergantung kepada
peperiksaan semata-mata tanpa mengambil kira kemahiran yang patut mereka capai
setelah selesai sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Konsep yang berasaskan
peperiksaan semata-mata adalah bercanggah dengan falsafah pendidikan negara. Oleh
yang demikian, pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi
Web 2.0 dapat membantu dalam mengatasi masalah ini.
Penggunaan Web 2.0 membolehkan pelajar membina pengetahuan mereka
sendiri dalam mendalami sesuatu ilmu pengetahuan. Ini kerana teknologi adalah salah
satu alat bantu mengajar yang terpenting dalam era 20 an sekarang. Teknologi
merangkumi bidang yang meluas dan bersesuaian dengan jiwa remaja yang memerlukan
sesuatu yang terkini dan lebih berstail. Selain itu, teknologi mempunyai banyak
kelebihan dan kepentingan dalam menjayakan sesuatu. Salah satu penggunaan teknologi
terkini ialah penggunaan internet atau penggunaan yang berasaskan laman web.
Pengajaran berasaskan laman web merupakan cara baru yang digunakan dalam
pengajaran dan mempunyai banyak potensi untuk menghasilkan pengajaran yang lebih
bermakna kepada pelajar. Ini kerana, ciri-ciri antara muka dan fizikal laman web
mempunyai impak yang berlainan berbanding pengajaran konvensional. Antara ciri-
cirinya adalah hiperteks, hipermedia dan hiperlink dengan laman web lain dari seluruh
dunia. Oleh yang demikian, ia menjadikan penyampaian pengajaran dapat disampaikan
dalam bentuk tidak linear. Oleh itu, pengajaran yang berasaskan laman web seperti Web
2.0 harus diketengahkan kepada para pelajar.
4
Menurut Thuring, Mannemann dan Haake (1995), laman web juga mendokong
dan menggalakkan inkuiri dan eksplorasi, yang biasanya berkaitan dengan pembelajaran
pemikiran tahap tinggi (highorder thinking skills). Salah satu aplikasi yang terdapat
dalam Web 2.0 adalah Rangkaian Sosial (Social Networking). Perkhidmatan rangkaian
sosial seperti Facebook, MySpace dan Friendster paling terkenal kerana ia merupakan
laman-laman web yang membenarkan pengguna-pengguna dalam talian berhubung dan
berkongsi maklumat dengan pengguna-pengguna di seluruh dunia dengan mudah dan
cepat. Selain itu, aplikasi Web 2.0 yang dapat digunakan untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran adalah Wikis (What I Know Is). Wikis merupakan sebuah laman web
usaha sama atau kerjasama yang membenarkan pengguna-pengguna bagi menyumbang
dan mengubah kandungan pada laman web. Contohnya, Wikipedia, Wikia, dan
Wikiverstiy.
Selain itu, pembelajaran yang sesuai haruslah digunakan untuk meyampaikan
sesuatu pembelajaran. Pengajaran yang berasaskan pendekatan pembelajaran kooperatif
haruslah diperkenalkan kerana ia merupakan salah satu pendekatan yang berpusatkan
pelajar dan dapat meningkatkan keupayaan pelajar dalam kemahiran sosial. Menurut
Paris & Winograd (1990), kaedah pembelajaran kooperatif berpotensi untuk membantu
meningkatkan pencapaian kognitif, interaksi sosial dan metakognisi pelajar.
Pembelajaran kooperatif penting untuk melahirkan individu pelajar yang berdikari dan
bergerak aktif dalam mendalami sesuatu pembelajaran. Ini penting dan selari mengikut
arus perkembangan teknologi di hujung jari kerana pelajar boleh memperolehi sendiri
pengetahuan tanpa bantuan daripada pengajar. Oleh itu, pendekatan pembelajaran
kooperatif haruslah diperkenalkan supaya seseorang pelajar itu tidak hanya tunggu
segalanya disuap oleh guru-guru mereka semata-mata.
5
1.3 Penyataan Masalah
Walaupun dunia semakin maju dari masa ke semasa, namun dalam pendidikan di
Malaysia kita masih menggunakan cara lama seperti pengajaran dan pembelajaran yang
sepenuhnya bergantung kepada pengajar semata-mata. Justeru itu, kita haruslah
menggunakan teknologi terkini sebaik mungkin terutamanya dalam bidang pendidikan
di negara kita. Ini kerana, kita mengetahui bahawa pelajar mempunyai gaya
pembelajaran yang pelbagai (multiple intelligent). Penggunaan teknologi internet yang
boleh digunakan dalam pendidikan adalah aplikasi-aplikasi Web 2.0. Antaranya adalah
Rangkaian Sosial (Social Networking) dan Wikis yang boleh digunakan sebagai salah
satu laman web yang menyediakan satu alat perhubungan untuk digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Salah satu contoh Rangkaian Sosial yang dapat digunakan dalam P&P adalah
dengan penggunaan aplikasi Facebook. Melalui aplikasi Facebook, pelajar dapat
menguasai sesuatu pengetahuan melalui perbincangan antara rakan-rakan mereka di
seluruh dunia tanpa batasan. Selain itu, Facebook juga dapat menarik minat pelajar
untuk mengetahui sesuatu secara sendiri atau secara berkumpulan. Oleh itu, ia dapat
menggalakkan pelajar untuk membina pengetahuan mereka melalui aplikasi yang
disediakan dalam Facebook. Manakala, penggunaan aplikasi Wikis pula dapat
menggalakkan pelajar untuk berkongsi idea atau pengetahuan secara bebas tanpa
kekangan daripada pihak lain. Wikis juga membenarkan pengguna-pengguna iaitu
pelajar untuk menyumbang dan mengubah kandungan pada sesuatu laman web.
Oleh itu, kedua-dua aplikasi Web 2.0 iaitu penggunaan aplikasi Rangkaian Sosial
dan Wikis dalam P&P ini akan menggunakan pendekatan Pembelajaran Kooperatif.
Menurut Hamm dan Adams (1994), pembelajaran kooperatif memudahkan dan
mempertingkatkan keberkesanan pengajaran guru. Paris & Winograd, (1990)
6
menyatakan kaedah pembelajaran kooperatif berpotensi untuk membantu meningkatkan
pencapaian kognitif, interaksi sosial dan metakognisi pelajar. Justeru itu, diharapkan
kewujudan pengajaran bagaimana menggunakan Rangkaian Sosial (Social Networking)
dan Wikis dalam pengajaran dan pembelajaran ini dapat memupuk sikap positif dan
membina pengetahuan pelajar dalam mendalami sesuatu ilmu pengetahuan secara bebas.
Penggunaan Rangkaian Sosial dan Wikis juga diharapkan dapat digunakan
sebagai alternatif untuk mengatasi masalah pelajar yang kurang berminat dalam
mendalami sesuatu ilmu pengetahuan menggunakan cara tradisional. Oleh yang
demikian, pembangunan aktiviti pembelajaran mengenai aplikasi Rangkaian Sosial dan
Wikis ini amat diperlukan untuk mengatasi segala masalah yang dialami oleh para
pelajar pada masa kini. Pembangunan pembelajaran berasaskan laman web ini akan
menggunakan pendekatan pembelajaran kooperatif dengan sokongan teknologi video.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk:
i. Menghasilkan video penerangan dan video interaktif bagi menjelaskan konsep
dan penggunaan aplikasi Rangkaian Sosial (Facebook, Friendster dan MySpace)
dan Wikis (Wikipedia dan Wikiversity) dalam P&P.
ii. Mereka bentuk aktiviti pembelajaran menggunakan pendekatan pembelajaran
kooperatif bagi menyampaikan maklumat berkaitan aplikasi (Facebook,
Friendster dan MySpace) dan Wikis (Wikipedia dan Wikiversity) menerusi laman
web dalam P&P.