Pembangunan Mapan Dalam Islam: Bandar Gemilang & Lestari: Putrajaya
Pembangunan Lestari
-
Upload
azraai-mayart-tusimin -
Category
Documents
-
view
43 -
download
5
description
Transcript of Pembangunan Lestari
44
BAB III
HASIL KAJIAN
3.1 PENGENALAN
Di dalam bab ini pengkaji membentangkan hasil kajian di lapangan. Maklumat yang
diperolehi melalui borang kaji selidik dianalisis dan diterangkan dalam bentuk jadual
dan carta pai secara statistik deskriptif. Maklumat sekunder yang diperolehi daripada
agensi dan jabatan yang terlibat dalam pengurusan kawasan setempat juga diterangkan
dengan lebih lanjut. Selain daripada itu, catatan permerhatian pengkaji sewaktu kerja
lapangan juga dipersembahkan dalam bab ini. Bab ini akan menerangkan gambaran
awal mengenai pengurusan pembangunan semasa yang berlaku di Perkampungan Air
Mukim Simunul ini. Selain daripada itu, kajian mengenai pesetujuan responden bagi
penempatan semula juga akan dilaporkan.
Maklumat – maklumat yang disertakan adalah berpandukan kepada kerangka
konseptual kajian yang telah ditetapkan. Berdasarkan kerangka tersebut, angkubah
perantara yang menjadi penghambat kepada angkubah bersandar diterangkan dan
dihuraikan selanjutnya. Elemen kawasan dan masyarakat di dalam angkubah
bersandar akan dianalis bagi mengetahui sama ada akan memberi kesan kepada
kelestarian sosial di Perkampungan Air Mukim Simunul atau sebaliknya.Hasil kajian
yang berbentuk kuantitatif dan kualitatif ini di akan digunakan dalam perbincangan
pada bab seterusnya.
45
3.2 MAKLUMAT TANAH PERKAMPUNGAN AIR MUKIM SIMUNUL
Keluasan keseluruhan Perkampungan Air Mukim Simunul adalah 128.57 ekar.
Perkampungan ini mengandungi 9 buah kampung yang mana direkodkan sebanyak
2364 buah rumah air telah didirikan. Mengikut Akta Perancangan Wilayah
Persekutuan (1982), di bawah Seksyen 2 (1), kepadatan boleh ditakrifkan sebagai
penggunaan tanah yang dihitung atau dikira mengikut bilangan orang, unit kediaman
atau bilik yang boleh dihuni atau apa – apa gabungan daripada faktor – faktor itu bagi
satu kawasan tanah. Dalam konteks kajian ini, tanah adalah merangkumi kawasan laut
yang dijadikan penempatan kampung air. Dengan maklumat keluasan tanah yang
sedia ada dan juga bilangan rumah air yang didirikan, kepadatan kawasan
perkampungan air ini dapat dikira berdasarkan kepada formula;
Kepadatan = Bilangan Rumah / Luas Kawasan
Oleh yang demikian, ringkasan kepadatan setiap kampung di Perkampungan
Kampung Air Mukim Simunul disenaraikan seperti dalam Jadual 3.1.
Jadual 3.1: Maklumat tanah bagi setiap kampung air di Mukim Simunul
BIL KAMPUNG LUAS
(EKAR)
BIL
RUMAH
KEPADATAN
1 Dap Dap 6.08 47 7.73
2 Ice Box 5.68 156 27.46
3 Simunul 28.61 468 16.36
4 Seri Jaya 13.94 188 13.49
5 Mesra 14.23 253 17.78
6 Batu Darat 11.17 289 25.87
7 Sejati 18.00 205 11.39
8 Sri Aman 21.11 234 11.08
46
9 Selamat 9.75 524 53.74
JUMLAH 128.57 2364 18.39
Sumber: Diolah dari Kajian Lapangan 2014
Secara keseluruhannya, kepadatan rumah di Perkampungan Air Mukim
Simunul ini adalah 18.39. Dalam erti kata lain, secara anggaran terdapat 18 buah
rumah air didirikan dalam satu ekar kawasan di perkampungan ini. Satu ekar adalah
bersamaan dengan 4046.86 meter persegi. Oleh yang demikian, anggaran keluasan
sebuah rumah kampung air di kawasan ini adalah 225 meter persegi.
Daripada jadual yang disertakan, Kampung Dap – Dap merupakan kampung
yang paling kurang padat dengan nilai 7.73. Terdapat 47 buah rumah di dalam tanah
berkeluasan 6.08 ekar. Kampung Ice Box pula mempunyai kepadatan 27.46 yang
mana 156 buah rumah didirikan dalam kawasan seluas 5.68 ekar. Bagi Kampung
Simunul yang mempunyai bilangan rumah 468 buah di dalam 28.61 ekar,
kepadatannya adalah 16.36. Seterusnya bagi Kampung Seri Jaya yang berkeluasan
13.94 ekar dan mempunyai 188 buah rumah, kepadatannya adalah 13.49.
Kampung Mesra mempunyai kepadatan 17.78 di mana 253 buah rumah dibina
di dalam keluasan 14.23 ekar, manakala bagi Kampung Batu Darat 289 buah rumah
dibina di atas 11.17 ekar menjadikan kepadatannya 25.87. Kampung Sejati
mempunyai kepadatan 11.39 berdasarkan 205 buah rumah dalam keluasan 18 ekar.
Bagi Kampung Sri Aman yang berkeluasan 21.11 ekar, sebanyak 234 buah rumah
telah dibina. Ini menjadikan kepadatan rumah di Kampung Sri Aman adalah 11.08.
Yang terakhir adalah Kampung Selamat dimana kepadatan rumah adalah paling tinggi
iaitu 53.74 oleh kerana 524 buah rumah dibina di atas keluasan 9.75 ekar.
Menurut maklumat yang diterima daripada Jabatan Tanah dan Ukur Sabah,
pemilik rumah di Perkampungan Air Mukim Simunul tiada pemilikan tanah yang sah
memandangkan kawasan perkampungan air in didirikan diatas tanah kerajaan dan juga
47
pemilik individu. Tanah milik Kerajaan Negeri seluas 107.742 adalah merangkumi
tanah kosong kerajaan, tanah rizab hutan simpan bakau, tapak penempatan pelarian,
Tapak Rancangan Kampung Simunul dan lesen pendudukan sementara. Manakala
selebihnya 20.828 ekar adalah merupakan tanah milik persendirian namun bukan
penduduk perkampungan air ini. Pecahannya adalah 2.490 ekar dimiliki oleh Abdul
Malik B Hindi dan dua yang lain, Pua & Lean Development Sdn Bhd memiliki 8.188
ekar, SESB 0.027 ekar, Rumah pam 0.136 ekar dan Keluarga Lean memiliki 10.000
ekar.
Jadual 3.2: Status pemilikan tanah di Perkampungan Air Mukim Simunul
BIL STATUS TANAH PEMILIK KELUASAN
(EKAR)
1 Tanah Kerajan Kerajaan Negeri 78.000
2 Rizab Hutan Simpan Bakau Kerajaan Negeri 24.540
3 Milik - 1275801188 Abdul Malik B Hindi
dan dua yang lain
2.490
4 Milik - 127502952 Pua & Lean Dev 0.188
5 Milik - 127508703 SESB 0.027
6 Milik - 127508696 Rumah Pam 0.136
7 Milik - 127507975 Pua & Lean Dev 4.000
8 Milik - 126168161 Pua & Lean Dev 4.000
9 Milik - 127508687 Keluarga Lean 10.000
10 Tapak Penempatan Pelarian Kerajaan Negeri 2.000
11 Tapak Rancangan Kampung Simunul Kerajaan Negeri 3.000
12 Lesen Pendudukan Sementara Kerajaan Negeri 0.202
48
JUMLAH 128.57
Sumber: Jabatan Tanah dan Ukur Sabah 2014
3.3 LATAR BELAKANG RESPONDEN
Dalam kajian ini, seramai 2,202 orang KIR yang menjadi responden telah
memberikan kerjasama dalam menjawab borang soal selidik yang telah diedarkan
daripada jumlah keseluruhan 2,364 responden. Manakala sejumlah 162 orang KIR
tidak dapat disoal selidik. Secara keseluruhannya 93 peratus KIR Perkampungan Air
Mukim Simunul berjaya disoal selidik manakala 7 peratus tidak dapat dikaji oleh
kerana mereka tiada di rumah sewaktu kajian ini dijalankan. Maklumat demografi
yang diselidiki termasuklah kewarganegaraan, jantina, etnik warganegara, dokumen
bukan warganegara, umur, agama, tahap pendidikan dan taraf perkahwinan. Maklumat
demografi responden Perkampungan Air Mukim Simunul secara keseluruhan dapat di
jadualkan seperti berikut;
Jadual 3.3: Latar Belakang Responden (Ketua Isi Rumah) Perkampungan Air Mukim
Simunul
49
DEMOGRAFI ITEM BILANGAN PERATUS
(%)
Kewarganegaraan WarganegaraBukan WarganegaraTidak Diketahui
140078913
63.5835.830.59
Jantina LelakiPerempuanTidak Diketahui
144573225
65.6033.201.10
Etnik Warganegara (1400) BajauSulukLain-LainTidak Diketahui
1188169385
84.9012.102.700.40
Dokumen (Bukan Warganegara-789)
IMM13Kad Pengenalan MerahKad Pengenalan HijauPasportKad Bancian PolisDokumen LainTiada Dokumen
31515923931616320
39.9220.152.9211.792.0320.665.64
Umur 15 – 2930 – 4950 – 6970 Tahun Ke Atas
3581045693106
16.2647.4631.474.81
Agama Islam 2202 100.00Tahap Pendidikan Pendidikan Rendah
Pendidikan MenengahPendidikan TinggiTidak Diketahui
7674260
945
34.8019.30
042.90
Taraf Perkahwinan BerkahwinBalu / DudaTidak Pernah BerkahwinBerceraiBerpisahTidak Diketahui
1801187103523326
81.88.54.72.41.51.2
Sumber: Diolah dari Kajian Lapangan 2014
Majoriti responden Perkampungan Air Mukim Simunul adalah Warganegara
Malaysia yang sah, iaitu sebanyak 1400 orang atau bersamaan dengan 63.58 peratus.
Namun begitu, responden bukan warganegara juga ramai iaitu 789 orang bersamaan
dengan 35.83 peratus manakala tidak diketahui kewarganegaraan adalah seramai 13
orang atau 0.59 peratus.
50
Daripada 789 responden yang bukan warganegara, 315 daripadanya adalah
pemegang Dokumen Pendaftaran Orang Asing Khas (IMM13). Dokumen ini
dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen bagi pelarian perang Filipina sejak tahun 1970.
Pelarian perang dari Filipina yang melarikan diri ke Sabah, telah diberikan satu pas
pengenalan yang istimewa (IMM13) yang membolehkan mereka menetap di Sabah.
Pas ini telah diberikan dan boleh dilanjutkan sehingga masih aktif hingga kini. Selain
itu, seramai 159 orang atau 20.15 peratus mempunyai Kad Pemastautin Tetap (Kad
Pengenalan Merah). Kad ini dikeluarkan apabila seseorang immigran telah menetap
lama di Malaysia. Seramai 93 orang atau 11.79 peratus adalah pemegang passport, 23
orang atau 2.92 peratus pemegang Kad Pemastautin Sementara (Kad Pengenalan
Hijau). Kad ini diberikan pada mereka yang tidak mempunyai maklumat
kewarganegaraan ibu/bapa dalam sijil lahir, walaupun mereka lahir di Malaysia.
Seramai 16 orang atau 2.03 peratus mengguna pakai kad bancian polis sebagai
dokumen mereka yang sah. Kad Bancian Polis adalah satu pengenalan yang
dikeluarkan oleh pihak Polis Di Raja Malaysia pada tahun 2003 bagi membanci
penduduk kampung air di seluruh Negeri Sabah. Di samping itu juga, seramai 163
orang responden atau 20.66 peratus mempunyai lain - lain dokumen seperti sijil lahir,
surat mahkamah anak negeri, surat akaun penduduk asal oleh ketua kampung, kad
bancian petugas khas dan kad klinik kesihatan. Manakala, seramai 20 orang atau 5.64
peratus memang benar-benar tidak mempunyai dokumen atau Pendatang Tanpa Izin
(PTI).
3.4 MAKLUMAT SOSIO EKONOMI RESPONDEN
Antara perkara yang dikaji berdasarkan sosio ekonomi responden termasuklah jumlah
pendapatan, taraf pekerjaan, sektor pekerjaan, jenis rumah yang diduduki, bilangan
bilik tidur, anggaran nilai rumah, kemudahan dan pendaftaran bekalan air serta
kemudahan dan pendaftan bekalan elektrik seperti di jadual;
Jadual 3.4: Sosio ekonomi responden (Ketua Isi Rumah) di Perkampungan Air Mukim Simunul
PERKARA ITEM BILANGAN PERATUS
51
(%)
Julat Pendapatan Bawah RM660RM661 - RM1,090RM1,091 – RM1,500Lebih RM1,501Tidak Diketahui
12722947980477
57.8013.403.603.6021.70
Taraf Pekerjaan MajikanPekerja KerajaanPekerja SwastaBekerja SendiriPekerja Keluarga Tanpa GajiLain-LainTidak Diketahui
162552359488
158636
7.402.5010.7043.100.407.2028.90
Sektor Pekerjaan PerikananPertanian dan PerhutananPembinaan dan PembuatanPerkhidmatanLain-Lain
53733243743403
24.401.5011.0033.7018.30
Rumah Rumah SendiriRumah BantuanRumah SewaTidak Diketahui
2097492927
95.202.201.301.20
Bilangan Bilik Tidur Sebuah hingga DuaTiga hingga EmpatLima dan Lebih
127650445
57.9522.8919.16
Anggaran Nilai Rumah Bawah RM10,000RM10,001 – RM50,000RM50,001-RM100,000RM100,001 dan Ke AtasTidak Di Ketahui
10398851773962
47.1040.208.001.802.80
Kemudahan Bekalan Air Air Paip DirawatSumber LainTidak Diketahui
9751008219
44.3045.809.90
Pendaftaran Bekalan Air BerdaftarTidak Berdaftar
2951952
13.4086.60
Kemudahan Elektrik 24 Jam SehariKurang 24 jamPenjana KuasaTiada Bekalan
1194318162411
54.2014.407.4018.70
Pendaftaran Elektrik BerdaftarTidak Berdaftar
6381564
28.9771.03
Sumber: Diolah dari Kajian Lapangan 2014
Berdasarkan kepada jadual, bagi perkara julat pendapatan, sebahagian besar
responden mempunyai pendapatan di bawah RM660.00 iaitu seramai 1272 orang
(57.80 peratus). Manakala 294 orang (13.40 peratus) mempunyai pendapatan di antara
52
RM661.00 hingga RM1,090.00. Seterusnya cuma 79 orang (3.60 peratus) mempunyai
pendapatan antara RM1,091.00 hingga RM1,500.00. Sebilangan kecil responden
sahaja mempunyai pendapatan melebihi RM1,501.00 iaitu seramai 80 orang (3.60
peratus). Nilai minimum RM660.00 yang diambilkira adalah merupakan nilai garis
kemiskinan yang telah digariskan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana
Menteri bagi Sabah dan Labuan.
Perkara seterusnya adalah berkaitan taraf pekerjaan responden. Seramai 948
orang (43.10 peratus) responden bekerja sendiri, 235 orang (10.70 peratus) merupakan
pekerja swasta, 162 orang (7.40 peratus) merupakan majikan, 55 orang (2.50 peratus)
pekerja kerajaan dan 8 orang (0.40 peratus) adalah pekerja keluarga tanpa keluarga.
Bekerja sendiri dalam takrifan pengkaji adalah seseorang yang bekerja untuk
mendapatkan keuntungan atau bayaran sama ada dalam aktiviti laut, perdagangan,
ladang atau lain-lain jenis perusahaan kepunyaan sendiri dan tidak mengaji orang lain
secara tetap untuk membantunya. Antara jenis pekerjaan sendiri responden yang
direkodkan adalah sebagai nelayan, petani, tukang kayu, peniaga runcit dan penternak.
Pekerja swasta pula ditakrifkan sebagai seseorang yang bekerja dengan
majikan swasta untuk mendapatkan gaji, upah, komisyen atau upahan lain yang
berbentuk mata benda. Majikan pula merupakan seseorang yang menjalankan sesuatu
peniagaan, perusahaan ladang atau perniagaan lain dan menggaji pekerja untuk
menolongnya. Manakala pekerja keluarga tanpa gaji merujuk kepada seseorang yang
membantu keluarga untuk menjalankan perdagangan, ladang atau lain – lain
perusahaan tanpa dibayar gaji.
Dalam aspek pekerjaan pula, 743 orang (33.70 peratus) responden bekerja
dalam sektor perkhidmatan. Sektor perkhidmatan termasuklah perkhidmatan
pendidikan, kesihatan, profesional, terpilih, penginapan, pengangkutan dan
komunikasi serta ICT. 537 orang (24.40 peratus) responden pula terlibat dalam sektor
perikanan yang mana merujuk kepada penternakan dan penangkapan ikan, perikanan
pinggir pantai, perikanan laut dalam dan akuakultur. Sektor pembinaan pula
dijalankan oleh 175 orang (7.90 peratus) responden. Sektor pembinaan ini bermaksud
pembinaan baru, pengubahsuaian, pembaikan dan perobohan. Seterusnya, 68
responden (3.10 peratus) terlibat dalam sektor pembuatan yang mana boleh
53
ditakrifkan sebagai proses penukaran secara mekanikal atau kimia bagi bahan bukan
organik atau organik kepada produk baru. 27 responden (1.20 peratus) pula terlibat
dalam sektor pertanian yang mana aktiviti pengeluaran makanan, makanan haiwan,
serat dan pelbagai produk hasil daripada bercucuk tanam dan penternakan. Manakala
yang terakhir sektor pekerjaan responden adalah perhutanan yang meliputi aktiviti
pembalakan dan mengutip hasil hutan, yang mana diwakili oleh 6 orang responden
(0.30 peratus).
Dalam aspek pemilikan rumah pula, majoriti responden tinggal di rumah
sendiri iaitu seramai 2097 orang (95.20 peratus) manakala selebihnya rumah bantuan
49 orang (2.20 peratus) dan rumah sewa 29 orang (1.30 peratus). Rumah bantuan
dalam kajian ini ditakrifkan sebagai rumah yang dibina oleh pihak kerajaan sama ada
Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan.
Rumah – rumah yang dibina ini tidak seragam dan berbeza dari satu sama lain.
Kajian ini menunjukkan bahawa 1276 buah rumah mempunyai satu atau dua bilik
bersamaan dengan 57.95 peratus. Bagi rumah yang mengandungi tiga atau empat
bilik, peratusannya adalah 22.89 peratus mewakili 504 rumah. Manakala bagi rumah
yang mempunyai 5 bilik dan lebih cuma 45 sahaja atau 19.16 peratus.
Bagi anggaran nilaian rumah, sebanyak 1039 buah (47.10 peratus) bernilai
RM10,000.00 dan ke bawah, 885 buah (40.20 peratus) dianggarkan bernilai antara
RM10,001.00 hingga RM50,000.00, 177 buah rumah (8.00 peratus) dianggarkan
bernilai antara RM50,001.00 hingga RM100,000.00 dan 39 buah rumah (1.80 peratus)
dianggarkan berharga RM100,001.00 dan ke atas. Anggaran nilai rumah ini
merupakan anggaran harga pasaran bagi rumah tersebut jika pemiliknya ingin
menjualnya. Anggaran ini diberikan sendiri oleh responden dan disemak oleh pengkaji
sebelum dimuktamadkan.
Berkaitan dengan kemudahan air, majoriti rumah sebanyak 1008 buah atau
45.80 peratus tidak mendapat sumber air yang terawat dan menggunakan sumber lain.
Sumber lain ini merujuk kepada bekalan air dari terusan, saluran, parit, air hujan,
perigi atau telaga. Manakala sebanyak 975 buah rumah atau 44.30 peratus menerima
bekalan air terawat yang dibekalkan oleh jabatan bekalan air. Dalam perkara yang
sama, cuma 295 buah rumah sahaja (13.40 peratus) berdaftar bagi perkhidmatan
54
bekalan air dengan Jabatan Air Negeri Sabah manakala 1952 buah rumah (86.60
peratus) tidak berdaftar. Rumah-rumah yang tidak berdaftar ini mendapatkan bekalan
air daripada sumber-sumber lain dan juga melalui penyambungan air yang tidak sah.
Dalam perkara kemudahan elektrik pula, sebanyak 1194 buah rumah (54.20
peratus) menerima kemudahan elektrik 24 jam sehari, 318 buah (14.40 peratus
mendapat bekalan elektrik kurang 24 jam, 162 buah rumah (7.40 peratus)
menggunakan penjana kuasa kepunyaan sendiri ataupun disewa dan 411 buah rumah
(18.70 peratus) tiada bekalan elektrik langsung dan hanya menggunakan lilin dan
pelita untuk pencahayaan. Dari segi pendaftaran kemudahan elektrik pula, cuma 638
buah rumah (28.97 peratus) sahaja yang mendaftar secara sah dengan Sabah
Electricity Sdn. Bhd (SESB), manakala selebihnya 1564 buah (71.03 peratus) tidak
berdaftar. Pemerhatian pengkaji di lapangan mendapati banyak penyambungan haram
bekalan elektrik dilakukan oleh penduduk Perkampungan Air Mukim Simunul ini.
Gambar 3.1: Penyambungan bekalan elektrik dan air yang tidak sah di Perkampungan
Air Mukim Simunul
Sumber: Pemerhatian Pengkaji di Lapangan 2014
3.5 PENGURUSAN PERKAMPUNGAN AIR MUKIM SIMUNUL
55
Selain mendapatkan maklumat melalui borang kaji selidik, pengkaji juga
melakukan pemerhatian di lapangan bagi mendapatkan maklumat tambahan. Pengkaji
mendapati keseluruhan binaan rumah di perkampungan air ini dibina dari kayu.
Terdapat juga binaan batu tetapi jumlah nya adalah begitu kecil. Menurut responden
yang ditemuramah, sesebuah rumah kampung air boleh dibina dalam tempoh yang
singkat menggunakan kemahiran dan kepakaran tempatan. Pengkaji juga mendapati
binaan rumah di perkampungan air ini tidak seragam dan berbeza dari satu sama lain.
Ianya berbeza dengan kediaman rumah teres yang serupa binaannya di kawasan
bandar. Pengkaji mendapati bahawa rumah ini tidak mendapat kelulusan perancangan
pembinaan dari pihak berkuasa tempatan; Majlis Daerah Semporna. Pemilik rumah
bebas untuk membuat tambahan kediaman tanpa pelan dan kelulusan.
Gambar 3.2: Keadaan rumah air di Perkampungan Air Mukim Simunul
Sumber: Pemerhatian Pengkaji 2014
Laluan utama di perkampungan air ini adalah dengan menggunakan jambatan
kayu. Pengkaji mendapati struktur jambatan di perkampungan air ini telah uzur dan
membahayakan penggunanya. Selain itu disebabkan oleh pembinaan rumah yang
tidak seragam, pembinaan jambatan juga tidak teratur dan bersimpang – siur. Tiada
56
pelan laluan di letakkan di papan kenyataan dan ini akan menyukarkan seseorang itu
untu pergi ke sesebuah rumah. Struktur jambatan yang sempit juga menyukarkan
penduduk apabila sesuatu kecemasan berlaku.
Gambar 3.3: Keadaan jambatan yang menjadi laluan utama di Perkampungan Air
Mukim Simunul
Sumber: Pemerhatian Pengkaji 2014
3.5.1 KEBERSIHAN
Selain itu, pengakaji juga melihat dan memerhatikan dari aspek kebersihan
kampung yang masih rendah dan juga tahap kesedaran sivik penduduk perkampungan
air ini juga kurang. Sampah – sampah dibuang sesuka hati ke laut dan akibatnya akan
berkumpul dan berlonggok di bawah rumah. Keadaan ini bukan sahaja mencemarkan
pemandangan, ianya juga mengakibatkan pencemaran bau. Bau busuk akibat
longgokam sampah yang terbiar ini menjejaskan imej Perkampungan Air Mukim
Simunul. Pemerhatian juga mendapati bahawa pihak berkuasa tempatan tidak
menjalankan tugas mengambil sampah dari perkampungan ini. Tiada tong sampah
dibekalkan dan ini mendorong penduduk untuk membuang sampah di merata tempat.
Selain daripada isu sampah, pengkaji juga mendapat maklumat tiada sistem
pembentungan yang sempurna di perkampungan air ini. Sisa kumbahan dibuang
secara langsung terus ke dalam laut. Menurut seorang responden yang ditemuramah,
57
kempen gotong – royong tidak dijalankan secara berkala hanya tertumpu apabila ada
majlis rasmi atau orang kenamaan hadir ke perkampungan ini. Pihak – pihak berwajib
juga tidak banyak membantu penduduk kampung dalam menyelesaikan isu sampah
dan pembentungan kumbahan.
Gambar 3.4: Keadaan sampah di Perkampungan Air Mukim Simunul
Sumber: Pemerhatian Pengkaji 2014
3.5.2 KESIHATAN
Terdapat enam jenis masalah kesihatan yang melanda penduduk
Perkampungan Air Mukim Simunul dan direkodkan; iaitu penyakit tibi, kolera,
malaria, denggi dan kepialu seperti yang dinyatakan dalam jadual berikut;
58
Rajah 3.1: Jenis – jenis penyakit yang dikesan di Perkampungan Air Mukim Simunul
Sumber: Jabatan Kesihatan Daerah Semporna 2013
Penyakit tibi juga dikenali sebagai batuk kering atau “tuberculosis”. Penyakit
ini berpunca daripada bakteria “Mycobacterium Tuberculosis”, yang biasanya
menyerang paru – paru. Bakteria ini disebarkan melalui udara. Apabila penghidap
batuk atau bersin, mereka mengeluarkan bakteria dalam udara akan dihidu orang
sekeliling. Apabila seseorang menghidu bakteria batuk kering, bakteria tersebut akan
bertapak di dalam paru-paru dan membesar serta bergerak melalui darah kepada buah
pinggang, tulang belakang dan otak. Pendatang asing secara haram tidak disaring
daripada penyakit tersebut dan menjadi faktor utama penyebaran penyakit tibi ini.
Penyakit tibi di Perkampungan Air Mukim Simunul direkodkan 170 kes pada 2009
dan terus meningkat 220 (2010), 245 (2011) dan 305 (2012).
Penyakit taun atau kolera pula merupakan jangkitan pada saluran
penghadaman yang disebabkan oleh bakteria, “Vibrio Cholera”. Penyebaran virus ini
biasanya berlaku melalui air minuman dan makanan yang tercemar. Sebanyak 30 kes
direkodkan pada 2009, 255 kes pada 2010, 60 kes pada 2011 dan 50 kes pada 2012.
Malaria adalah penyakit yang disebabkan oleh parasit protozoa yang
disebarkan oleh nyamuk betina “Genus Anopheles” (nyamuk tiruk). Nyamuk ini
membiak di kawasan persekitaran yang lembap dan kotor terutamanya di kawasan
longgokan sampah. Kes malaria yang dilaporkan di Perkampungan Air Mukim
59
Simunul adalah 102 kes pada 2009, 20 kes pada 2010, 47 kes pada 2011 dan 120 kes
pada 2012.
Seterusnya penyakit yang direkodkan adalah demam denggi. Demam denggi
merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (“Genus
Flavivirus”) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Seperti nyamuk tiruk pembawa
demam malaria, habitat utama nyamuk Aedes juga adalah di kawasan sampah dan
takungan air. Data yang direkodkan bagi pesakit demam denggi di Perkampungan Air
Mukim Simunul ada 100 orang pada 2009, 35 orang pada 2010, 10 orang pada 2011
dan 20 orang pada 2012.
Manakala kes keracunan makanan juga direkodkan berlaku di perkampungan
ini. Keracunan makanan berpunca daripada kurangnya penjagaan kebersihan dalam
penyediaan makanan dan telah tercemar dengan bakteria yang dibawa oleh agen
seperti lalat, lipas dan tikus. Data merekodkan 15 kes berlaku pada 2009, 1 kes pada
2010, 3 kes pada 2011 dan 49 kes pada 2012.
Bagi penyakit demam kepialu pula, sebanyak 9 kes dilaporkan pada 2009, 2
kes pada 2010, 6 kes pada 2011 dan 3 kes pada 2012. Demam kepialu merupakan
penyakit yang disebabkan oleh bakteria “Salmonella Typhi” yang merebak melalui
makanan atau air yang tercemar dengan bakteria dari orang yang dijangkiti, atau dari
sisi kumbahan yang mengandungi bakteria.
Maklumat – maklumat ini diperolehi daripada Jabatan Kesihatan Daerah
Semporna yang menjadi sumber rujukan utama dalam aspek kesihatan
3.5.3 KESELAMATAN
Dalam aspek keselamatan, pengkaji melihat berkaitan dengan kes kebakaran
dan juga jenayah. Pengkaji mendapatkan maklumat yang berkaitan dari Jabatan
Bomba dan Penyelamat Daerah Semporna dan Ibu Pejabat Daerah Semporna.
60
Jadual 3.5: Kes Kebakaran di Perkampungan Air Mukim Simunul
BUTIRAN 2007 2008 2009 2010 2012 2013
Bilangan Rumah
Terbakar
82 113 160 40 81 95
Bilangan Mangsa 308 659 1129 180 198 248
Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Semporna 2014
Rekod menyatakan sebanyak 571 kes kebakaran telah berlaku di
Perkampungan Air Mukim Simunul dari tahun 2007 hingga 2013. Bilangan mangsa
yang terlibat dalam kebakaran sepanjang tempoh tersebut adalah seramai 2722 orang.
Menurut maklumat daripada Urusetia Daerah, tiada bantuan yang khusus atau wajib
diberikan kepada mangsa kebakaran yang telibat memandangkan kediaman mereka
dibina secara tidak sah dan tidak diinsuranskan. Namun begitu atas dasar
tanggjungjawab sosial, pihak urusetia dan pihak Dewan Undangan Negeri
menghulurkan bantuan ikhsan berbentuk keperluan makanan dan pakaian. Tempat
tinggal juga diberikan secara sementara di dewan masyarakat sehingga mangsa dapat
membaiki atau membina rumah air mereka semula. Alternatif lain bagi mangsa untuk
meneruskan kehidupan mereka adalah dengan menumpang di rumah saudara – mara.
Bagi kes – kes jenayah yang dilaporkan dari tahun 2009 hingga 2013 adalah
melibatkan jenayah kekerasan, jenayah harta benda dan narkotik. Jenayah kekerasan
yang merangkumi bunuh, rogol, samun samada bersenjata api atau tidak dan
mendatangkan kecederaan dilaporkan 53 kes pada 2009, 50 kes pada 2010, 48 kes
pada 2011, 30 kes pada 2012 dan cuma 3 kes pada 2013. Bagi jenayah harta benda
pula sebanyak 175 kes dilaporkan pada 2009, 192 kes pada 2010, 163 kes pada 2011,
150 kes pada 2012 dan 27 kes pada 2013. Antara lain jenayah harta benda
termasuklah curi barang, curi kenderaan dan pecah rumah. Manakala kes narkotik
yang melibatkan penyalahgunaan dadah dan berkaitan dengannya adalah 251 kes pada
2009, 311 kes pada 2010, 372 kes pada 2011, 415 kes pada 2012 dan 88 kes pada
2013.
61
Rajah 3.2: Kes – kes jenayah yang dilaporkan berlaku di Perkampungan Air Mukim
Simunul
Sumber: Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna 2014
Walaupun Daerah Semporna merupakan daerah eko – pelancongan yang
menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara, ianya juga menjadi tarikan kepada
kumpulan penjenayah dari Selatan Filipina untuk melakukan jenayah rentas
sempadan. Menurut maklumat yang didapati dari pihak ESSCOM, antara jenayah
yang sering dilakukan adalah penculikan. Berdasarkan faktor geografi yang dekat,
kumpulan ini mudah keluar masuk ke dalam perairan negara untuk melakukan
jenayah. Jenayah penculikan merupakan satu aktiviti untuk mendapatkan wang segera
di mana mereka meminta wang tebusan bagi mangsa culik dilepaskan. Sejak dari
tahun 2000, terdapat 7 kes penculikan berlaku di Daerah Semporna melibatkan
penculikan seramai 39 mangsa dan pembunuhan 2 orang. Ini bermula pada tahun 2000
di Pulau Sipadan dimana 23 orang diculik dan pada tahun yang sama juga 3 orang
mangsa diculik di Pulau Pandanan. Pada tahun 2005, 7 orang diculik di Pulau
Mataking dan seterusnya rentetan penculikan berlaku; 2 mangsa diculik di Pulau
Sebangkat pada tahun 2010, 1 orang diculik di Pulau Pom Pom pada tahun 2013, dan
3 orang diculik pada tahun 2014 masing – masing 2 orang di Singamata Reef Resort
dan 1 orang di Pulau Mabul (ESSCOM 2014).
62
Jadual 3.6: Kes penculikan rentas sempadan di Daerah Semporna
Bil Tahun Tempat Kes
1 2000 Pulau Sipadan, Semporna Penculikan 23 orang
2 2000 Pulau Pandanan, Semporna Rompakan dan Penculikan 3
orang
3 2005 Perairan Pulau Mataking,
Semporna
Rompakan dan Penculikan 7
orang
4 2010 Pulau Sebangkat, Semporna Penculikan 2 orang
5 2013 Pulau Pom-Pom, Semporna Penculikan 1orang dan
pembunuhan 1 orang
6 2014 Singamata Reef Resort,
Semporna
Penculikan 2 orang
7 2014 Pulau Mabul, Semporna Penculikan 1 orang dan
pembunuhan 1 orang
Sumber: ESSCOM 2014
3.6 PERANCANGAN PENEMPATAN SEMULA PERKAMPUNGAN AIR
Hasil dapatan kajian ini juga merangkumi maklumbalas responden berkaitan dengan
program pembangunan semula Perkampungan Air Mukim Simunul. Borang kajian
yang disertakan menilai persetujuan responden untuk berpindah ke satu kawasan
perumahan yang baru. Lebih ramai responden memberi jawapan memilih untuk
tinggal di atas air sekiranya ada penempatan semula dengan catatan 46.0 peratus
(1012 orang). Pilihan kedua adalah di daratan dengan catatan 41.5 peratus (914 orang)
63
dan pilihan ketiga adalah di pulau dengan catatan 2.0 peratus (44 orang). Manakala
seramai 232 orang (10.5 peratus) tidak bersetuju untuk berpindah.
Rajah 3.3: Persetujuan responden berkaitan penempatan semula Perkampungan Air
Mukim Simunul
Sumber: Diolah dari Kajian Lapangan 2014
Selain itu juga, borang kaji selidik yang diedarkan turut menanyakan soalan
tentang kesanggupan responden membayar sewaan bulanan rumah baru seadainya
bersetuju untuk berpindah. Peratusan persetujuan responden untuk membayar sewaan
bulanan rumah pada kadar RM 100.00 hingga RM 200.00 menunjukkan seramai 1199
orang atau 54.5 peratus tidak bersetuju berbanding 758 orang (34.4 peratus bersetuju).
Manakala 245 orang atau 11.1 peratus tidak menyatakan samada setuju atau tidak
seandainya dikenakan bayaran bagi penempatan baru mereka. Pengkaji meletakkan
asas bayaraan sewaan rumah ini pada tahap maksimum RM 200.00 sebulan sahaja
berdasarkan kepada bayaran yang dikenakan kepada penghuni Program Perumahan
64
Rakyat Termiskin (PPRT) kategori perumahan awam yang dikendalikan oleh
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah RM 124.00 (Jabatan
Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti 2014).
Rajah 3.4: Persetujuan responden sewa bulanan bagi rumah baru
Sumber: Diolah dari Kajian Lapangan 2014
3.7 RUMUSAN
Pengkaji memperolehi dapatan kajian melalui borang kaji selidik, maklumat daripada
agensi dan jabatan yang menguruskan pembangunan setempat dan juga melalui
pemerhatian di lapangan. Hasil kajian ini amat berguna dan bermanfaat dalam
membincangkan persoalan utama kajian ini berkaitan dengan tahap pengurusan
pembangunan semasa di Perkampungan Air Mukim Simunul dan juga penerimaan
responden terhadap rancangan penempatan semula perkampungan air mereka. Bab
seterusnya akan mengupas hasil kajian yang diperolehi secara mendalam dan
65
berpandukan teori yang telah diselaraskan bagi mencapai objekti kajian. Pengkaji
berpuas hati dengan maklumat yang diperolehi setelah berada di lapangan kajian
selama empat hari.