PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI SUBJEK KIMIA ... · PDF filepembangunan perisian...

19
PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI SUBJEK KIMIA, TINGKATAN 4, ELECTROCHEMICAL SERIES BERDASARKAN TEORI KONSTRUKTIVISME FATIMAH HISHAMUDDIN Laporan ini dikemukakan bagi memenuhi sebahagian daripada penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2009

Transcript of PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI SUBJEK KIMIA ... · PDF filepembangunan perisian...

Page 1: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI SUBJEK KIMIA ... · PDF filepembangunan perisian multimedia bagi subjek kimia, tingkatan 4, ... bab tajuk mukasurat ... 3.8 carta alir 4 44 3.9

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI SUBJEK KIMIA, TINGKATAN

4, ELECTROCHEMICAL SERIES BERDASARKAN TEORI KONSTRUKTIVISME

FATIMAH HISHAMUDDIN

Laporan ini dikemukakan bagi memenuhi sebahagian daripada penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

Page 2: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI SUBJEK KIMIA ... · PDF filepembangunan perisian multimedia bagi subjek kimia, tingkatan 4, ... bab tajuk mukasurat ... 3.8 carta alir 4 44 3.9

v

ABSTRAK

Perkembangan teknologi komputer pada masa kini banyak memudahkan

kehidupan dalam pelbagai aspek. Komputer juga banyak diaplikasikan dalam menjalani

proses pengajaran dan pembelajaran. Sebuah perisian multimedia bagi tajuk

“electrochemical series” telah dibangunkan berdasarkan teori konstruktivisme. Tujuan

perisian ini dibangunkan ialah untuk meningkatkan lagi pemahaman pelajar terhadap

sub topik ini di samping memberikan satu suasana baru kepada pelajar. Perisian ini juga

boleh digunakan sebagai suatu sumber tambahan kepada pelajar untuk mengulangkaji

sub topik ini. Selain itu, perisian ini banyak menekankan pembelajaran berdasarkan teori

konstruktivisme di mana memberi peluang kepada pelajar melaksanakan dan meneroka

pembelajaran mereka sendiri. Kelebihan perisian ini ialah ia dibangunkan berdasarkan

pendekatan inkuiri. Pendekatan inkuiri dalam perisian ini mendedahkan pelajar kepada

kemahiran saintifik dalam menjalankan eksperimen. Perisian multimedia ini

dibangunkan menggunakan perisian Macromedia Flash Professional 8 dan beberapa

perisian lain seperti Adobe Photoshop Cs dan Sound Forge. Perisian multimedia ini juga

menerapkan pelbagai elemen multimedia seperti teks, grafik, audio dan animasi.

Page 3: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI SUBJEK KIMIA ... · PDF filepembangunan perisian multimedia bagi subjek kimia, tingkatan 4, ... bab tajuk mukasurat ... 3.8 carta alir 4 44 3.9

vi

ABSTRACT

Nowadays, development of computer technology gives us an easy life.

Application of computer technology in education helps teacher to enhance students

understanding in teaching and learning process. Multimedia courseware for

electrochemical series is developed based on constructivism theory. The purpose of the

development of this courseware is to enhance students understanding in this sub topic

and provide new learning environment for students. This courseware can be a source for

students for their revision at home. This courseware is the application of constructivism

theory which gives students opportunity to explore their lesson by their own selves

based on their prior knowledge. Inquiry method is one of the uniqueness of this

courseware. Inquiry method provides students to build their scientific skills in planning

an experiment. This courseware is developed by using Macromedia Flash Professional 8

and other software such as Adobe Photoshop CS 2 and Sound Forge with the integration

of multimedia elements such as text, graphic, audio and animation

Page 4: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI SUBJEK KIMIA ... · PDF filepembangunan perisian multimedia bagi subjek kimia, tingkatan 4, ... bab tajuk mukasurat ... 3.8 carta alir 4 44 3.9

vii

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKASURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

ISI KANDUNGAN

SENARAI RAJAH

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

xi

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Rasional Kajian

1.6 Kepentingan Kajian

1.7 Skop dan Batasan Kajian

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Perisian

1.8.2 Multimedia

1.8.3 Teori Konstruktivisme

1.9 Penutup

1

2

5

5

6

7

7

8

8

9

10

Page 5: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI SUBJEK KIMIA ... · PDF filepembangunan perisian multimedia bagi subjek kimia, tingkatan 4, ... bab tajuk mukasurat ... 3.8 carta alir 4 44 3.9

viii

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

2.2 Pendidikan Kimia di Malaysia

2.3 Masalah Pembelajaran Kimia

2.4 Pengajaran dan Pembelajaran Kimia

Menggunakan Komputer

2.5 Teori Pembelajaran

2.5.1 Teori Tingkahlaku

2.5.1.1 Teori Pelaziman Klasik Pavlov

2.5.1.2 Teori Pelaziman Operan Skinner

2.5.2 Teori Kognitif

2.5.3 Teori Konstruktivisme

2.6 Strategi Pembelajaran

2.6.1 Pendekatan Inkuiri-Penemuan

2.6.2 Pendekatan Konstruktivisme

2.6.3 Pendekatan Pembelajaran Konstektual

2.7 Model Rekabentuk Perisian

2.7.1 Model ADDIE

2.7.2 Model ASSURE

2.7.3 Model Air Terjun (Waterfall)

2.7.4 Model Hanaffin & Peck

2.7.5 Model Dick & Carey

2.8 Penutup

11

11

13

17

20

20

21

22

22

23

24

25

25

25

26

26

26

27

28

29

29

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Model rekabentuk

3.2.1 Fasa Analisis

3.2.2 Fasa Rekabentuk

3.2.2.1 Teori Pembelajaran

31

31

33

34

35

Page 6: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI SUBJEK KIMIA ... · PDF filepembangunan perisian multimedia bagi subjek kimia, tingkatan 4, ... bab tajuk mukasurat ... 3.8 carta alir 4 44 3.9

ix

3.2.2.2 Carta Alir

3.2.3 Fasa Pembangunan

3.2.4 Fasa Perlaksanaan

3.2.5 Fasa Penilaian

3.3 Rasional Pemilihan Model Rekabentuk

3.4 Spesifikasi Perisian

3.5 Spesifikasi Perkakasan

3.5.1 Perkakasan Pembangunan

3.5.2 Perkakasan Main Balik

3.6 Penutup

40

45

46

46

47

48

48

49

49

50

4 PEMBANGUNAN PERISIAN

4.1 Pengenalan

4.2 Kandungan Perisian

4.2.1 Montaj permulaan

4.2.2 Menu utama

4.2.3 Pengetahuan Sedia Ada Pelajar

4.2.4 Pengaplikasian Pendekatan Inkuiri

4.2.5 Glossari

4.2.6 Kuiz

4.2.7 Montaj penutup

4.3 Kesimpulan

51

51

52

52

53

54

61

62

64

65

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KEISMPULAN

5.1 Pengenalan

5.2 Perbincangan

5.2.1 Aplikasi Model Rekabentuk ADDIE

5.2.2 Masalah yang dihadapi

5.2.2.1 Kurang Kepakaran dan Kemahiran

5.2.2.2 Kekurangan Sumber

66

66

67

68

68

68

Page 7: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI SUBJEK KIMIA ... · PDF filepembangunan perisian multimedia bagi subjek kimia, tingkatan 4, ... bab tajuk mukasurat ... 3.8 carta alir 4 44 3.9

x

5.2.3 Kelebihan perisian

5.2.3.1 Aplikasi Teori Konstruktivisme dan

Pendekatan Inkuiri

5.2.3.2 Berpusatkan pelajar

5.2.3.3 Elemen grafik dan animasi

5.2.4 Kelemahan perisian

5.2.4.1 Kurang Elemen Audio

5.2.4.2 Tiada Elemen Video

5.2.4.3 Maklum Balas Soalan

5.2.4.4 Kurang Aktiviti Pengukuhan 5.3 Cadangan

5.3.1 Menambahkan Elemen Audio

5.3.2 Memasukkan Elemen Video

5.3.3 Maklum Balas Soalan

5.3.4 Pelbagaikan Aktiviti Pengukuhan

5.4 Kesimpulan

69

69

70

70

71

71

77

72

72

72

72

73

74

74

75

RUJUKAN

76-79

Page 8: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI SUBJEK KIMIA ... · PDF filepembangunan perisian multimedia bagi subjek kimia, tingkatan 4, ... bab tajuk mukasurat ... 3.8 carta alir 4 44 3.9

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA

SURAT

2.1 Model Waterfall 28

2.2 Model Hanafin & Peck 29

3.1 Model ADDIE 32

3.2 Konsep pembelajaran mengikut teori konstruktivisme 36

3.3 Model pembelajaran berfikrah 37

3.4 5-E Model- Model Instruksi Inkuiri 38

3.5 Carta Alir 1 41

3.6 Carta Alir 2 42

3.7 Carta Alir 3 43

3.8 Carta Alir 4 44

3.9 Carta Alir 5 45

4.1 Paparan Montaj Permulaan 52

4.2 Paparan Main Menu 53

4.3 Paparan Student’s Prior Knowledge 54

4.4 Paparan Think… 55

4.5 Paparan Hipotesis dan Pemboleh ubah 56

4.6 Paparan Pemilihan Radas 57

4.7 Paparan Eksperimen 58

4.8 Paparan Penyusunan Logam 59

4.9 Paparan Perbincangan 60

4.10 Paparan Laporan Pelajar 61

4.11 Paparan Glossary 62

Page 9: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI SUBJEK KIMIA ... · PDF filepembangunan perisian multimedia bagi subjek kimia, tingkatan 4, ... bab tajuk mukasurat ... 3.8 carta alir 4 44 3.9

xii

4.12 Paparan Soalan Kuiz 63

4.13 Paparan Semakan Jawapan Kuiz 64

4.14 Paparan Keluar Perisian 65

Page 10: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI SUBJEK KIMIA ... · PDF filepembangunan perisian multimedia bagi subjek kimia, tingkatan 4, ... bab tajuk mukasurat ... 3.8 carta alir 4 44 3.9

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia sering mengalami revolusi yang membawa kepada satu

perubahan yang lebih baik dan dapat memberikan faedah kepada semua pihak. Matlamat

utama sesuatu sistem pendidikan adalah untuk mempertingkatkan pemahaman pelajar

terhadap konsep asas, di samping mengembangkan kebolehan mereka untuk mengenali

dan menyelesaikan masalah yang berkaitan. Melalui pendidikan, pelajar dilatih untuk

memahami (kejadian) alam persekitaran bagi kesejahteraan manusia, di samping dilatih

untuk pengembangan diri- secara seimbang dan bersepadu dari segi jasmani, emosi,

rohani, intelek dan sahsiah. (Abu Hassan, 2006)

Kecanggihan teknologi pada masa kini mula memudahkan pelajar untuk

menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Ia bukan sahaja memudahkan guru

menyampaikan ilmu malah melatih pelajar untuk meneroka sendiri pembelajaran yang

ingin dipelajari. Sejak awal tahun 60 an lagi, negara-negara maju seperti Amerika dan

Eropah telah mempraktikkan penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan.

Negara Malaysia juga merupakan salah sebuah negara yang tidak ketinggalan dalam

menikmati arus pembangunan berasaskan komputer ini. Penggunaan komputer semakin

meluas di mana ia bukan sahaja digunakan dalam pentadbiran malah semasa proses

pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

Page 11: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI SUBJEK KIMIA ... · PDF filepembangunan perisian multimedia bagi subjek kimia, tingkatan 4, ... bab tajuk mukasurat ... 3.8 carta alir 4 44 3.9

2

Teknologi multimedia mampu memberi kesan yang besar dan mendalam dalam

bidang komunikasi dan pendidikan. Menurut Halimah (1999) teknologi multimedia

menjadi menarik kerana teknologi ini baru diperkenalkan pada tahun 1990 – an. Kesan

penggunaan multimedia ke atas proses pembelajaran dijangkakan begitu mendalam

sekali. Teknologi ini dijangka akan mengubah kaedah pendidik mengajar dan cara

murid belajar pada masa hadapan.

Proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer akan menjadi lebih

berkesan dengan kewujudan teknologi multimedia kerana pendidik boleh

mempelbagaikan persembahan mereka.Teknologi multimedia dapat mempercepatkan

dan mampu memberi kefahaman tentang sesuatu dengan tepat, menarik dan dengan

kadar yang segera serta dapat mengembangkan proses pengajaran dan pembelajaran ke

arah yang lebih dinamik dan bermutu. Penggunaan teknologi akan menjadi lebih efektif

jika dapat menggunakan teori dan pendekatan yang bersesuaian dengan pelajar. Setiap

pelajar mempunyai perbezaan dari segi tahap pendidikan dan memerlukan pendekatan

yang berbeza untuk memastikan mereka memahami matapelajaran yang ingin di

sampaikan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Walaupun penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi

semakin penting ekoran wujudnya pelaksanaan sekolah bestari, namun cara pengajaran

di sekolah masih berpusatkan guru atau pengajaran tradisional dan bahan pengajaran

yang digunakan adalah setakat buku teks, carta dan gambar rajah. Semua ini merupakan

cara penyampaian pengajaran yang linear dan membosankan pelajar. Buku teks atau

buku rujukan tidak dapat menunjukkan audio dan animasi, rajah yang berwarna juga

sukar dihasilkan dengan banyak memandangkan kos cetakan yang tinggi. Menurut

Smellie et al. (1997), media pengajaran yang menggunakan teknologi multimedia

berupaya untuk menarik perhatian pelajar, memahami idea dan mendapatkan maklumat

Page 12: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI SUBJEK KIMIA ... · PDF filepembangunan perisian multimedia bagi subjek kimia, tingkatan 4, ... bab tajuk mukasurat ... 3.8 carta alir 4 44 3.9

3

yang kompleks dari hanya jika dibuat dengan penjelasan lisan dan membantu mengatasi

kesuntukan masa, saiz dan ruang.

Tambahan lagi, pengajaran subjek Sains dan Matematik menggunakan bahasa

Inggeris (ETEMS) telah dimulakan di Tahun Satu sekolah rendah, Tingkatan Satu dan

Enam Rendah di sekolah menengah mulai tahun 2003. Penukaran bahasa dalam

pengajaran sains dan matematik ini juga agak menyukarkan pelajar kerana pelajar perlu

menukarkan terminologi yang sudah biasa digunakan di dalam bahasa melayu kepada

bahasa Inggeris. Malah ia juga menyukarkan guru kerana ABM yang sebelum ini juga di

dalam bahasa melayu dan tidak boleh digunakan lagi dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Oleh itu, perisian multimedia yang menggunakan bahasa Inggeris amat

diperlukan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Matapelajaran kimia merupakan salah satu cabang dalam matapelajaran sains.

Konsep kimia sama seperti sains iaitu sukar difahami tanpa melakukan eksperimen.

Menurut Amstrong (1869), kaedah saintifik tidak boleh diajar secara kuliah atau melalui

teknik demonstrasi. Menurutnya pelajar perlu melakukan eksperimen dengan sendiri

sebagaimana yang dilakukan oleh ahli sains atau penyelidik asal. Namun begitu, untuk

melakukan eksperimen di sekolah pelajar memerlukan masa yang panjang dan kadang

kala mereka tidak sempat menyudahkan eksperimen mereka dan tidak dapat keputusan

yang mereka inginkan.

Matapelajaran kimia melibatkan kemahiran daya pemikiran dan kreativiti pelajar

pada aras yang tinggi. (Abu Hassan, 2003). Oleh itu, mempelajari kimia bukan sekadar

melalaui kaedah hafalan tetapi memerlukan kefahaman. Topik elektrokimia dalam

matapelajaran kimia tingkatan 4 merupakan salah satu topik yang agak sukar difahami

tanpa melakukan eksperimen. Di dalam siri elektrokimia terdapat susunan logam yang

disusun mengikut keelektronegatifan logam tersebut. Seseorang pelajar boleh menghafal

susunan tersebut tetapi tidak tahu bagaimana cara logam tesebut di susun. Logam

tersebut boleh disusun dengan kaedah eksperimen. Untuk melakukan eksperimen di

sekolah pelajar memerlukan masa yang panjang.

Page 13: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI SUBJEK KIMIA ... · PDF filepembangunan perisian multimedia bagi subjek kimia, tingkatan 4, ... bab tajuk mukasurat ... 3.8 carta alir 4 44 3.9

4

Kurikulum pendidikan kimia mengharapkan agar pelajar dapat menguasai

sesuatu konsep kimia selaras dengan pandangan ahli sains. ( Freyberg & Osborne, 1981;

Dawson, 1993; PPK, 2000) Oleh itu, dengan perisian multimedia yang dibangunkan

untuk membolehkan pelajar melakukan eksperimen berkenaan dengan siri elektrokimia

ini boleh memudahkan pelajar memahami konsep kimia. Pelajar boleh melakukan

eksperimen sendiri pada bila-bila masa dan memberi peluang kepada pelajar meneroka

sendiri tanpa berasa risau akan keselamatan ketika menjalankan eksperimen.

Tidak semua pelajar dapat memahami sesuatu pelajaran hanya melalui kaedah

hafalan. Menurut Halimah (1999) teknologi multimedia menjadi menarik kerana

teknologi ini dapat memberikan kesan yang berlainan daripada kaedah biasa semasa

proses persembahan. Dengan penggunaan visual, ia dapat mambantu pelajar memahami

konsep-konsep yang abstrak. Pengajaran melalui visual sama ada menggunakan

televisyen atau komputer dapat memberikan gambaran dunia sebenar yang boleh

memberikan pengalaman yang konkrit kepada pelajar bagi memudahkan proses

pembelajaran.

Terdapat banyak lagi fungsi visual seperti meningkatkan ketahanan ingatan,

menimbulkan respons emosi, memperkayakan pembacaan dan sebagai bahan

demonstrasi. Seperti yang dinyatakan oleh Jamaludin Harun (2003), mengikut ahli

psikologi teori behaviorisme, pembelajaran merupakan satu proses perubahan tingkah

laku yang berlaku pada seseorang. Pembelajaran boleh di katakan satu keputusan

daripada pengalaman atau interaksi dengan persekitaran. Dengan pembelajaran

menggunakan teknologi visual yang memberikan gambaran hidup sebenar kepada

pelajar dapat memberikan input yang lebih berkesan kepada pelajar.

Dengan adanya perisian multimedia yang dapat memberikan peluang kepada

pelajar meneroka sendiri pembelajaran yang ingin dipelajari boleh menimbulkan minat

kepada mereka untuk terus mempelajari pelajaran tersebut. Selain itu, perisian ini sangat

penting bagi pelajar untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam dan belajar

Page 14: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI SUBJEK KIMIA ... · PDF filepembangunan perisian multimedia bagi subjek kimia, tingkatan 4, ... bab tajuk mukasurat ... 3.8 carta alir 4 44 3.9

5

secara aktif tanpa bergantung kepada guru. Guru hanya bertindak sebagai pembimbing

dan pelajar itu sendiri yang meneruskan pembelajarannya.

1.3 Pernyataan Masalah

Meskipun kebanyakan guru sains dan matematik di semua peringkat begitu

prihatin tentang penguasaaan konsep asas, malangnya begitu banyak kritikan

mengatakan ramai pelajar tidak menguasai konsep dan kemahiran yang diperlukan

(Gilbert, 1977; Osborne dan Gilbert, 1979). Ramai di kalangan pelajar menghadapi

masalah untuk menguasai konsep serta kemahiran asas sains dan matematik yang

dipelajari secara formal di sekolah. Justeru, bagi membantu pelajar mempertingkatkan

penguasaan pengetahuan, kemahiran serta nilai yang di pelajari, guru memerlukan alat

bantu mengajar yang sesuai semasa menjalani proses pengajaran dan pembelajaran.

Oleh yang demikian, bagi menggalakkan pelajar terdedah kepada pembelajaran

berdasarkan teori kontruktivisme menggunakan teknologi multimedia bagi topik siri

elektrokimia, sebuah perisian multimedia akan dibangunkan. Ini bertujuan bagi

mengatasi masalah pelajar dalam memahami dengan lebih jelas dan mendapat gambaran

yang tepat tentang topik tersebut. Dengan adanya perisian multimedia ini, ia dapat

memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar tingkatan 4 khususnya

dan pelajar yang akan menduduki SPM umumnya.

1.4 Objektif kajian

i. merekabentuk sebuah perisian multimedia berdasarkan teori

konstruktivisme dengan pendekatan inkuiri bagi menerangkan topik Siri

Elektrokimia bagi subjek kimia tingkatan 4.

Page 15: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI SUBJEK KIMIA ... · PDF filepembangunan perisian multimedia bagi subjek kimia, tingkatan 4, ... bab tajuk mukasurat ... 3.8 carta alir 4 44 3.9

6

ii. membangunkan sebuah perisian multimedia sebagai rujukan bagi pelajar

tingkatan 4 khususnya dan pelajar SPM umumnya yang mengambil

subjek kimia

1.5 Rasional Kajian

Perisian multimedia perlu dibangunkan untuk membantu guru dalam menangani

masalah pelajar yang menghadapi masalah memahami pelajaran semasa proses

pengajaran dan pembelajaran. Topik siri elektrokimia di pilih kerana ia merupakan salah

satu topik yang penting di dalam elektrokimia. Setiap eksperimen di dalam elektrokimia,

pelajar perlu tahu tentang susunan siri elektrokimia. Oleh itu, eksperimen yang

menentukan bagaimana logam di dalam siri elektrokimia disusun perlu diketahui oleh

pelajar. Pelajar bukan sekadar menghafal siri elektrokimia tetapi juga mengetahui

bagaimana cara meletakkan sesuatu logam di dalam siri elektrokimia.

Dalam membangunkan perisian multimedia ini, teori konstruktivisme telah di

pilih sebagai panduan untuk mereka bentuk perisian ini. Ini kerana, menurut teori

konstruktivisme pelajar akan mengaplikasikan ilmu yang diperolehi kepada situasi baru

dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperolehi dengan binaan intelektual yang

sedia wujud. Ini akan memberi peluang kepada pelajar membina pengetahuan baru

dengan memahaminya melalui penglibatan mereka dengan situasi sebenar.

Teori konstruktivisme ini ialah teori yang berpusatkan pelajar di mana pelajar

perlu membina sesuatu pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalaman masing-

masing. Oleh itu, pelajar akan lebih berfikir, lebih faham, lebih ingat, lebih yakin, lebih

berkemahiran sosial dan lebih seronok semasa menggunakan perisian multimedia ini.

Selain itu, perisian multimedia ini juga mengenengahkan pembelajaran yang

menggunakan pendekatan inkuiri-penemuan. Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan

Page 16: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI SUBJEK KIMIA ... · PDF filepembangunan perisian multimedia bagi subjek kimia, tingkatan 4, ... bab tajuk mukasurat ... 3.8 carta alir 4 44 3.9

7

penyelesaian masalah; dengan menggunakan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.

Inkuiri secara saintifik memerlukan dan membolehkan pelajar memperkembangkan

sikap yang positif. Pendekatan inkuiri ini menggalakkan pelajar berfikir dan melibatkan

pelajar secara aktif dalam pembelajaran. Dengan pendekatan ini, ia dapat mencetuskan

pemikiran kritis dan kreatif pelajar. Inkuiri memberikan peluang kepada pelajar

melaksanakan eksperimen sendiri dan mendapatkan keputusan eksperimen sendiri.

1.6 Kepentingan kajian

Perisian multimedia ini dibangunkan supaya dapat membantu guru-guru dalam

memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya perisian multimedia

ini, pelajar boleh belajar sendiri dan melaksanakan eksperimen sendiri tanpa

pengawasan guru. Guru hanya sebagai pembimbing dan eksperimen sepenuhnya perlu

diterokai oleh pelajar sendiri.

Perisian multimedia ini dibangunkan bagi pelajar tingkatan 4 khususnya dan

pelajar yang akan menduduki SPM umumnya. Pelajar boleh menggunakan perisian

multimedia ini sebagai bahan rujukan selain daripada buku teks, buku rujukan, nota guru

dan sebagainya. Perisian multimedia ini dapat memberikan pembelajaran yang efektif

kepada pelajar.

1.7 Skop dan Batasan Kajian

Perisian multimedia ini dibangunkan untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 yang

mengambil dan menduduki peperiksaan SPM bagi matapelajaran kimia. Tajuk yang

difokuskan di dalam matapelajaran kimia ialah siri elektrokimia yang terdapat di dalam

bab 6: Elektrokimia.

Page 17: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI SUBJEK KIMIA ... · PDF filepembangunan perisian multimedia bagi subjek kimia, tingkatan 4, ... bab tajuk mukasurat ... 3.8 carta alir 4 44 3.9

8

Teori yang dipilih untuk digunakan dalam pembangunan perisian multimedia ini

ialah teori konstruktivisme. Teori ini dipilih kerana memberi peluang kepada pelajar

membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan mereka dengan

situasi dunia sebenar. Teori ini berpusatkan pelajar dan pengetahuan yang diperoleh

adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh pelajar. Pendekatan yang digunakan

pula ialah kaedah inkuri-penemuan. Kaedah ini perlu melibatkan pelajar secara aktif dan

berteraskan kemahiran berfikir, strategi berfikir dan kemahiran saintifik.

1.8 Definisi Istilah

Beberapa istilah yang berkaitan dengan projek seperti perisian, multimedia dan

teori konstruktivise akan diterangkan dengan lebih lanjut.

1.8.1 Perisian

Perisian merupakan satu produk yang terdiri daripada atur cara komputer, yang

dibangunkan khas bagi membolehkan komputer melaksanakan sesuatu tugas. Ia

merupakan suruhan dalam bahasa komputer yang telah direka bentuk dan dibangunkan

mengikut prosedur pembangunan perisian. (Ensiklopedia Sains dan Teknologi, 2000).

1.8.2 Multimedia

Multimedia terdiri daripada gabungan elemen-elemen teks, grafik, animasi,

bunyi dan video untuk mempersembahkan maklumat kepada pengguna melalui

Page 18: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI SUBJEK KIMIA ... · PDF filepembangunan perisian multimedia bagi subjek kimia, tingkatan 4, ... bab tajuk mukasurat ... 3.8 carta alir 4 44 3.9

9

komputer. Menurut Mohd Aizaini Maarof (2004) , multimedia selalunya digunakan di

dalam perisisan bagi membantu pelajar atau pelatih dalam memahami dan menunjukkan

bagaimana sesuatu kerja dapat dilakukan. Dengan adanya elemen bunyi, animasi, teks,

dan grafik, perisian kursus yang menggunakan teknologi multimedia akan lebih

berkesan

Menurut Jamaludin Harun, 2005, secara amnya terdapat dua ciri utama apabila

seseorang ingin membina definisi bagi multimedia. Ciri-ciri tersebut ialah :

• multimedia merujuk kepada suatu persembahan informasi berasaskan

penggunaan komputer dengan menggunakan gabungan pelbagai media seperti

teks, grafik, audio, animasi, video dan sebagainya

• multimedia merupakan suatu sistem yang membolehkan capaian secara bebas

serta interaksi berlaku di antara komputer dengan pengguna

Ringkasnya, multimedia dapat didefinisikan sebagai suatu proses komunikasi

interaktif berasaskan penggunaan teknologi komputer yang merangkumi penggunaan

media audio visual seperti teks, grafik, audio,video dan animasi.

1.8.3 Teori Kontruktivisme

Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada

penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar ( McBrien dan Brant, 1997). Semasa

proses pengajaran dan pembelajaran, setiap individu membina pengetahuan mereka

sendiri secara aktif, bukan hanya menerima pengetahuan tersebut secara pasif daripada

orang lain. Pelajar membina pengetahuan dan konsep secara aktif berdasarkan

pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

Page 19: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI SUBJEK KIMIA ... · PDF filepembangunan perisian multimedia bagi subjek kimia, tingkatan 4, ... bab tajuk mukasurat ... 3.8 carta alir 4 44 3.9

10

1.8 Penutup

Penggunaan komputer dengan pendekatan multimedia interaktif boleh

meningkatkan lagi mutu pembelajaran. Alasan ini sejajar dengan kajian yang dijalankan

oleh Oouz (1998) dan Norhayati (1999) yang menunjukkan bahawa kadar pembelajaran

dan pemahaman manusia dapat dipertingkatkan dengan menggunakan pendekatan

multimedia yang interaktif dalam suatu persekitaran pembelajaran. Persekitaran ini akan

membenarkan manusia melihat, mendengar, bertindakbalas dan beraksi.

Pembangunan perisian multimedia ini diharapkan dapat membantu guru

menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam menjelaskan konsep kimia kepada pelajar-

pelajar. Pelajar-pelajar akan lebih mudah memahami dan mengalami pembelajaran

secaar aktif dengan penerokaan yang boleh menimbulkan minat dalam matapelajaran

kimia. Perisian multimedia yang dibangunkan dengan teori dan pendekatan yang sesuai

membolehkan pelajar menjalani proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif.

Selain itu, dengan pembangunan perisian multimedia ini akan dapat memberikan

manfaat kepada semua pihak termasuk guru-guru dan juga pelajar-pelajar.