Pembangunan Sumber Manusia - UPM EduTrain … · Web viewTugasan Anda dikehendaki menyediakan satu...
Transcript of Pembangunan Sumber Manusia - UPM EduTrain … · Web viewTugasan Anda dikehendaki menyediakan satu...
Teori dan Amalan Pembangunan Sumber Manusia
DCE 3102Program Bacelor Sains (Pembangunan Sumber Manusia)
1. Pengenalan
Penulis Modul:
Profesor Dr. Aminah Ahmad
2. Biodata Penulis
Profesor Dr. Aminah AhmadJabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan LanjutanFakulti Pengajian PendidikanUniversiti Putra Malaysia43400UPM SerdangSelangor Darul Ehsan
No. Telefon : (03) 89468225 (telefon pejabat)Fax : (03) 89450455E-Mail : [email protected] berhubung : Rabu petang
3. Tujuan Modul
Kursus ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada pelajar tentang teori dan amalan pembangunan sumber manusia bagi pemajuan staf dan pembangunan organisasi.
Secara khususnya pelajar akan dapat memahami pembangunan sumber manusia daripada segi fungsi dan peranan pembangunan sumber manusia, motivasi dan tingkah laku pekerja, pembelajaran dan pengajaran, latihan dan pembangunan, kepemimpinan, pemajuan kerja serta bimbingan dan kaunseling, pembangunan organisasi dan penilaian program pembangunan sumber manusia.
1
4. Pengisian Unit
Modul ini terdiri daripada 8 unit. Unit-unit dan jumlah minggu untuk anda menyelesaikan unit adalah seperti berikut:
Unit Tajuk Jumlah Minggu
1. Pengenalan Kepada Pembangunan Sumber Manusia 12. Pengaruh Terhadap Tingkah Laku Pekerja 23. Teori Pembelajaran dan Pembangunan Sumber Manusia 24. Latihan dan Pembangunan 25. Bimbingan, Kaunseling dan Pemajuan Kerjaya 26. Kepimpinan Dalam Pengurusan Sumber Manusia 27. Pembangunan Organisasi 28. Penilaian Program Pembangunan Sumber Manusia 1
5. Buku Rujukan
1. Harris, D.M. & Desimone, R.L. (2012). Human Resource Development (6th ed.). Font Worth: The Dryden Press.
2. Ibrahim Mamat (1996). Reka Bentuk dan Pengurusan Latihan Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Poon, J.M.L. (1994). Pengurusan Sumber Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Razali Mat Zin (1996). Kepimpinan Dalam Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
5. Thomson, R. & Mabey, C. (1994). Developing Human Resources. Oxford: Butterworth-Heineman.
6. Zuraidah Abdul Rahman (1999). Pengenalan Kaunseling Kelompok. Petaling Jaya: IBS. Buku Sdn. Bhd.
6. Penilaian
Anda akan dinilai dan menilai diri sendiri melalui:
A. Aktiviti-aktiviti dalam teks yang berbentuk soalan, perbincangan dan bacaan tambahan.
Anda tidak perlu menghantar jawapan anda bagi aktiviti yang diberi.
2
Jawapan bagi soalan yang dikemukakan memang sedia ada dalam teks dan di dalam bacaan.
B. Ujian Objektif
Ujian ini berasaskan modul dan bacaan tambahan yang telah diberi dan berbentuk objektif.
Ada 2 ujian
Ujian Pertama : Akan ditentukan oleh UPMET (tarikh, masa dan tempat), Nilainya: 30%Unit-unit yang diuji: Unit 1 - 4Bilangan Soalan: 40 - 50Masa: 1½ jam
Peperiksaan Akhir : Akan ditentukan oleh UPMET,Nilainya: 40%Unit yang diuji: Unit 5 - 8Bilangan Soalan: 50 - 60Masa: 2 jam
C. Tugasan
Anda dikehendaki menyediakan satu penulisan berdasarkan maklumat berkenaan amalan pembangunan sumber manusia di sebuah organisasi. Persamaan dan perbezaan amalan pembangunan sumber manusia di organisasi dengan teori yang telah anda pelajari perlu dibincangkan. Keterangan lanjut mengenai tugasan ini terdapat di halaman. Nilai tugasan ini adalah 30%.
7. Panduan bagi Ujian Objektif
1. Soalan bagi ujian objektif berasaskan unit-unit dan bacaan yang ditetapkan bagi tiap-tiap unit.
2. Soalan lazimnya berbentuk `multiple choice’ dan ‘salah betul’.
8. Panduan Membuat Tugasan
I. Tugasan (30%)
Anda diperlukan untuk mengumpul maklumat berkenaan perkara berikut daripada sebuah organisasi dengan memberi tumpuan kepada bahagian pembangunan sumber manusia.
3
Maklumat yang diperlukan::
1. Matlamat organisasi.2. Struktur organisasi.3. Struktur, fungsi dan peranan Bahagian Sumber Manusia.4. Penerangan berkenaan pekerjaan (spesifikasi tugas
pengurus/pentadbir di Bahagian Pembangunan Sumber Manusia).5. Latihan yang dikendalikan:
Tajuk latihan.Jenis (dikendalikan di dalam atau di luar organisasi).Objektif latihan.
6. Pemajuan kerjaya – aktiviti Pengurusan Kerjaya (Perancangan Kerjaya dan Bimbingan dan Kaunseling).
7. Pengurusan Perubahan dan Pembangunan Organisasi (penstrukturan semula, “desentralisasi”, “downsizing”, ‘penggabungan”).
Sila buat satu laporan yang mengandungi 15 – 20 muka surat berdasarkan format berikut:
II. Format penulisan:
1. Pendahuluan.2. Kandungan.3. Perbincangan (Perkaitan antara teori yang dipelajari dengan
amalan organisasi dari segi pembangunan sumber manusia).4. Kesimpulan.
III. Penyerahan Tugasan
Sila hantar tugasan anda kepada UPMET selewatnya-lewatnya dua minggu sebelum peperiksaan akhir. Tugasan yang lambat dihantar tidak akan diambilkira untuk penggredan.
Universiti Putra Malaysia
Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modulIni dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, salinan foto, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Institut Pendidikan Jarak Jauh Pembelajaran (UPMET).
4