Pembatalan dan kerosakan iman

21
PEMBATALAN DAN KEROSAKAN IMAN 1.0 PENGENALAN Bahasa:Iktiraf, membenarkan, mengakui Istilah:Tasdik/mengakui dihati bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad saw itu pesuruh ALLAH, ikrar dengan lidah iaitu syahadah dan membuktikan apa yang ditasdikkan dan membuktikan dengan amalan anggota dengan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan lara Firman Allah surah Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah dengannya. Istilah iman secara harfiah dalam Islam adalah bererti percaya kepada Allah s.w.t. Dengan itu, orang yang beriman ditakrifkan sebagai orang yang percaya (mukmin). Siapa yang percaya, maka dia dikatakan beriman. Perkataan iman diambil daripada kata kerja aamana, yukminu yang bererti ‘percaya’ atau ‘membenarkan’. Perkataan iman yang bererti 1 | Page

Transcript of Pembatalan dan kerosakan iman

Page 1: Pembatalan dan kerosakan iman

PEMBATALAN DAN KEROSAKAN IMAN

1.0 PENGENALAN

Bahasa:Iktiraf, membenarkan, mengakui

Istilah:Tasdik/mengakui dihati bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan

Allah dan Nabi Muhammad saw itu pesuruh ALLAH, ikrar dengan lidah iaitu

syahadah dan membuktikan apa yang ditasdikkan dan membuktikan dengan

amalan anggota dengan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan lara

Firman Allah surah

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna

imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya)

gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya,

menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka

berserah dengannya.

Istilah iman secara harfiah dalam Islam adalah bererti percaya kepada Allah

s.w.t. Dengan itu, orang yang beriman ditakrifkan sebagai orang yang percaya

(mukmin). Siapa yang percaya, maka dia dikatakan beriman. Perkataan iman

diambil daripada kata kerja aamana, yukminu yang bererti ‘percaya’ atau

‘membenarkan’. Perkataan iman yang bererti ‘membenarkan’ itu disebutkan

dalam Al –Quran, antaranya Firman Allah swt yang bermaksud ( al – Taubah ,62

).:

“ Dia ( Muhammad ) itu membenarkan ( mempercayai ) kepada Allah swt dan

membenarkan kepada para orang yang beriman”

1 | P a g e

Page 2: Pembatalan dan kerosakan iman

Takrif iman menurut istilah syariat Islam adalah seperti diucapkan oleh Ali bin

Abi Talib ra yang bermaksud “ Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang

benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota .”Manakala Aisyah ra pula

berkata : “ Iman kepada Allah swt itu mengakui dengan lisan dan membenarkan

dengan hati dan mengerjakan dengan anggota “.

Iman Al –Ghazali menghuraikan makna iman sebagai “ Pengakuan dengan

lidah ( lisan ) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya

dengan rukun – rukun ( anggota-anggota ). “Justeru , iman boleh dinyatakan sebagai

keyakinan yang dibenarkan oleh hati , diucapkan dengan mulut ( lidah ) dan

dibuktikan dengan amalan .Ringkasnya , orang yang beriman ialah orang yang

percaya , mengaku dan beramal.

Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang

sempurna . Ketiadaan salah satu sahaja daripada tiga syarat itu , maka lainlah nama

yang Islam berikan pada seseorang itu iaitu fasik , munafik atau kafir.Iman

bermaksud membenarkan dengan hati , menyatakan dengan lisan dan melakukan

dengan anggota badan .Iman diasaskan di atas enam perkara iaitu percaya kepada

Allah swt , percaya kepada malaikat , percaya kepada kitab , percaya kepada nabi

dan rasul , percaya kepada hari akhirat dan percaya kepada qada’ dan qadar.

Percaya kepada Allah swt ialah konsep yang paling asas iaitu percaya

bahawa Tuhan itu satu ( Tauhid ).Konsep keesaan Allah swt ini adalah mutlak , dan

tidak sama dengan apa jua yang wujud di dunia ini . Firman Allah swt dalam Surah

Al – Ikhlas yang bermaksud :

“ Katalah ( wahai Muhammad ) bahawa Allah swt itu tunggal.Allah swt tempat

meminta. Tidak dia beranak dan tidak juga dia diperanakkan . Dan tiada yang

serupa dengannya , dialah Tuhan Yang Esa ”.

Individu mukmin percaya bahawa Allah swt telah mencipta pelbagai makhluk ,

termasuk malaikat yang bertugas melaksanakan apa jua bentuk perintah-Nya

dengan penuh ketaatan.

2 | P a g e

Page 3: Pembatalan dan kerosakan iman

Secara tepat , hanya Allah swt sahaja yang mengetahui jumlah malaikat .

Namun , individu mukmin percaya bahawa Allah swt telah mencipta pelbagai

makhluk , termasuk malaikat yang bertugas melaksanakan apa jua bentuk perintah –

Nya dengan penuh ketaatan . Secara tepat , hanya Allah swt sahaja yang

mengetahui jumlah malaikat .

Namun, individu mukmin wajib beriman dan percaya terhadap sekurang

kurangnya 10 malaikat iaitu Malaikat Jibril – malaikat yang menyampaikan wahyu .

Malaikat Mikail – malaikat yang menyampaikan rezeki dan Malaikat Atid – malaikat

yang menulis segala amalan kita .Malaikat Raqib – malaikat yang menulis segala

kejahatan kita , Malaikat Ridhwan – malaikat yang menjaga pintu syurga , Malaikat

Malik – malaikat yang menjaga pintu neraka , Malaikat Mungkar – malaikat yang

menyoal kita di dalam kubur , Malaikat Nakir – malaikat yang menyoal kita di dalam

kubur ,Malaikat Izrail – malaikat yang mencabut nyawa dan Malaikat Israfil –

malaikat yang meniup sangkakala.

Individu mukmin percaya bahawa Allah swt telah menurunkan kitab – kitab

kepada para nabi dan rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar . Kitab

– kitab yang wajib diimani oleh individu mukmin ialah kitab Taurat – diturunkan

kepada Nabi Musa as.Kitab Zabur – diturunkan kepada Nabi Daud as , Kitab Injil –

diturunkan kepada Nabi Isa as dan Al –Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad

saw.

Masyarakat muslim hari ini percaya bahawa selain Al –Quran , kitab – kitab

yang diturunkan telah diubah suai mengikut kehendak pihak – pihak tertentu .

Justeru , tiada lagi naskah – naskah yang tulen dan Al –Quran menyempurnakan

segala kitab – kitab yang terdahulu.Percaya kepada Nabi dan Rasul merupakan

salah satu rukun Iman yang mengajar umatnya bahawa Allah swt menyampaikan

wahyu – Nya melalui malaikat kepada nabi dan rasul .Rasul dan nabi merupakan

manusia biasa .

Nabi bermaksud seorang lelaki yang dipilih Allah swt menerima wahyu untuk

kegunaan dirinya sahaja manakala Rasul pula merupakan seorang lelaki yang dipilih

untuk menerima wahyu bagi dirinya serta disampaikan kepada orang lain.Terdapat

3 | P a g e

Page 4: Pembatalan dan kerosakan iman

lebih 300 orang telah dipilih sebagai rasul sejak bermulanya penciptaan manusia.

Manakala , nabi pula lebih kurang 1000 orang ( termasuk rasul ).

Terdapat 25 rasul yang dinyatakan dalam Al –Quran , termasuk Adam , Idris ,

Nuh , Lut , Ibrahim , Musa ,Isa , dan Muhammad. Daripada 25 orang ini , terdapat

lima rasul yang digelar rasul ulul azmi .

Antara rasul rasul yang digelar Ulul Azmi itu adalah Nabi Nuh as , Nabi

Ibrahim as , Nabi Musa as , Nabi Isa as dan Nabi Muhammad saw.Muhammad

merupakan nabi dan rasul yang terakhir . Ini bermakna tiada nabi dan rasul akan

dilantik selepas kewafatan Baginda . Baginda telah menyampaikan peringatan

terakhir sebelum berlakunya Hari kiamat, iaitu al –Quran dan al – Sunnah kepada

manusia.

Rukun Iman yang kelima dan keenam iaitu percaya kepada Hari Akhirat dan

percaya kepada Qada’ dan Qadar.Individu mukmin wajib percaya akan datangnya

Hari Kemudian atau Akhirat , sebagaimana yang difirmankan oleh Allah swt dalam Al

–Quran .Diterangkan bahawa pada akhir zaman akan datang suatu hari di mana

semua makhluk yang ada akan menjadi rosak dan binasa , iaitu pada hari Kiamat.

Individu mukmin wajib percaya bahawa segala ketentuan yang telah terjadi

dan yang akan terjadi , semuanya menurut ketentuan Allah swt . Segala sesuatu

( baik dan buruk ) sudah diatur sejak azali . Manusia tidak mengetahui tentang

sesuatu sehingga ianya terjadi.Qadar atau difahami juga sebagai takdir merupakan

perancangan yang telah ditetapkan oleh Allah swt . Qada ‘ pula bermaksud

perlaksanaan perancangan yang telah ditetapkan oleh Allah swt.

Konsep pembatalan iman terbahagi kepada tiga bahagian iaitu syirik , kufur

dan bidaah . Syirik bermaksud menyekutukan Allah dengan sesuatu pada

zat,sifatnya dan af’al,beramal dengan anggota adalah pemangkin kemantapan iman.

Kufur bermaksud tidak percaya kepada Allah swt dan menolak ajaran yang

dibawa oleh Nabi Muhammad saw .Sesiapa yg tidak percaya kepada Allah dan

ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dikatakan kafir atau kufur.

4 | P a g e

Page 5: Pembatalan dan kerosakan iman

Bidaah pula bermaksud mengadakan sesuatu perkara baru yang tidak

terdapat dalam ajaran Islam.Bid’ah dhalah sesat bermaksud mengadakan

pembaharuan dalam agama yang tidak terdapat dalam al-Quran, hadis, amalan

sahabat dan Ijmak ulamak.

Manakala Bidaah Hasanah baik adalah membuat pembaharuan dalam

agama secara umum tanpa mengubah hukumnya dalam al-Quran dan hadis. Syirik

terbahagi kepada dua iaitu Syirik Jali dan Syirik Khafi.Syirik Jali ialah syirik yang

dapat dilihat secara terang-terangan berlaku secara lisan dan perbuatan contoh

sujud kepad berhala, memohon pada keramat atau kubur, memakai tangkal, dan

mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan.

Syirik Khafi adalah syirik tersembunyi dan tidak meletakkan Allah sebagai

yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat dan berlaku melalui hati.Sebagai

contoh riak iaitu menunjuk kehebatan diri ujub , mengkagumkan diri dan takabbur

bangga diri dan sebagai tambahan syirik Khafi tidak membatalkan iman.

2.0 PERBEZAAN USUL DAN FURU’

Sehubungan dengan itu dalam merungkai persoalan tentang pembatalan dan

kerosakan iman ianya terdapat di dalam persoalan mengenai konsep usul dan furu ‘

di dalam aqidah.Usul merupakan ajaran Islam yang menekankan kepada prinsip dan

dasar sehingga Umat Islam tidak boleh bercanggah pendapat mengenai perkara

tersebut kerana ianya boleh mengundang kepada kesesatan.

Manakala furu ‘ merupakan ajaran Islam yang sangat penting namun tidak

merujuk kepada konsep prinsip dan dasar. Umat Islam boleh berbeza pendapat

mengenai konsep furu ‘ kerana perbezaan dalam furu ‘ bukan penyimpangan

kepada kesesatan selagi ada dalil syari’ yang menyokong kepada perkara tersebut.

Sehubungan dengan itu permasalahan dalam masalah usul dan furu’ juga

berkaitan dengan taklid.Taklid dalam bahasa arab diambil daripada kalimah “ al-

Qiladah “ iaitu rantai leher.Maka taklid ertinya memakai rantai leher pada

tengkuk.Sementara taklid menurut istilah ulama fiqah terdapat berbagai takrif seperti

berikut iaitu Taklid itu ialah mengamalkan atau mengambil pakai perkataan

seseorang.

5 | P a g e

Page 6: Pembatalan dan kerosakan iman

Iaitu yang mana kata-katanya itu bukan salah satu daripada dalil –dalil

syarak, tanpa hujah atau alasan (yang disertakan sebagai asas kepada hukum).

Taklid itu ialah menerima pakai sesuatu pendapat tanpa dalil dan taklid itu ialah

mengamalkan pendapat orang lain tanpa hujah mulzimah (dalil yang

mengikatkannya).

Berdasarkan takrif di atas , dapat disimpulkan bahawa taklid itu mengambil

pakai pendapat orang lain tanpa mengetahui dalilnya dan kekuatan dalil itu.

Contohnya , seperti mereka yang berpendapat boleh difasakhkan perkahwinan

disebabkan ‘aib’ atau kecacatan kerana berdasarkan pandangan Mujtahid tertentu

mengatakan begitu tanpa dia mengetahui dalilnya dan kekuatan dalil ini.Berhubung

dengan perkara di atas dalam meletakkan hukum bertaklid dalam masalah ‘furu ‘

ialah pada asalnya menurut Syariah Islam , taklid dicela dan dilarang , kerana ia

bermaksud mengikut tanpa berdasarkan dalil dan bukti.

Antara hukum bertaklid dalam masalah furu’ adalah pada asalnya menurut

Syariah Islam,taklid dicela dan dilarang , kerana Ia bermaksud mengikut tanpa

berdasarkan kepada dalil dan bukti.Lebih lebih lagi taklid yang membawa maksud

taksub yang tercela dalam golongan muqallidin ( yang bertaklid ).Para ulama

berselisih pendapat tentang keharusan taklid dalam masalah furu’ seperti berikut

iaitu dalam pendapat yang pertama mengatakan tidak harus sama sekali bertaklid ,

bahkan mereka mewajibkan setiap mukalaf itu berijtihad , dan mempelajari segala

ilmu yang diperlukan bagi ijtihad.

Ini adalah pendapat Zahiriyyah dan Muktazilah.Pada pandangan yang kedua

mengatakan taklid diharuskan kepada semua orang , sama ada yang mampu

berijtihad ataupun tidak.Ia merupakan pendapat golongan al-Hasyawiyyah dan al-

Ta’limiyyah.Bahkan sebahagian mereka pula mewajibkan bertaklid selepas zaman

imam-imam Mujtahiddin.Manakala dalam pendapat yang ketiga mengatakan taklid

hanyalah diharuskan kepada yang tidak mampu berijtihad sahaja.

6 | P a g e

Page 7: Pembatalan dan kerosakan iman

Sementara mereka yang mampu berijtihad adalah diharamkan

bertaklid.Pendapat inilah yang muktamad dan betul.Bahkan menurut Ibnu al –

Subki , ulama telah sependapat bahawa seseorang Mujtahid tidak harus menyalahi

hukum yang telah diputuskan oleh ijtihadnya dan haram dia bertaklid kepada orang

lain dalam perkara itu.

Mengikut pendapat yang menjadi pilihan oleh kebanyakan ulama,sepertimana

yang diriwayatkan oleh Ibnu al- Subki , adalah haram ke atas mujtahid itu bertaklid

masalah tersebut.Bahkan wajib dia berijtihad , kerana dia mempunyai kemampuan

berijtihad , dan kerana ijtihad itulah yang asal.Maka tidak harus berpaling daripada

asal ( ijtihad ) yang dia mampu kepada gantinya iaitu taklid.

Taklid dalam masalah usul dan akidah pula adalah taklid dalam masalah usul

yang berkaitan dengan akidah seperti beriman kepada Allah , sifat yang wajib bagi-

Nya, sifat yang mustahil atas-Nya , sifat yang harus bagi-Nya dan sebagainya ,

maka jumhur ulama al- Usul berpendapat bahawa tidak harus bertaklid , bahkan

wajib seperti orang itu mengkaji dan meneliti dalil ijmali ( secara ringkas ) walaupun

dia seorang awam.

Al – Imam al – Syarbini berkata “ Sesungguhnya orang awam itu tidak harus

bertaklid dalam masalah al – Usul kerana mereka itu boleh mengkaji dan menyelidiki

pada dalil ijmali Al – Anbari dan pengikutnya pula berpendapat bahawa harus

bertaklid dalam masalah al- Usul .Bahkan sebahagian daripada mereka itu berkata, “

Taklid itu wajib dan nazhar ( mengkaji itu haram ) “.

Golongan ulama yang menghukumkan wajib mengkaji pada dalil –dalil itu

berhujah.Antaranya adalah yang pertama untuk mengkaji dan menyelidiki dalil –dalil

itu tidak akan menggangu dan menggendalakan urusan kehidupan harian

sepertimana dalam masalah – masalah furu ‘.

Ini adalah kerana masalah al –Usul terbatas , dalilnya berbentuk ijmali ,

mampu dikuasai oleh setiap orang dan masalahnya tidak berlaku perubahan atau

pembaharuan.

7 | P a g e

Page 8: Pembatalan dan kerosakan iman

Kedua , dalam masalah al- Usul , manusia diperintahkan supaya

mendapatkan ilmunya itu secara yakin , iaitu ilmu pengetahuan yang berasaskan

hujah dan dalil , bukan taklid yang hanya berasaskan zdhan sahaja.Ketiga adalah

kerana hadis yang diriwayatkan tatkala turun ayat yang berbunyi dalam surah

,

Ali – Imran 3:190 maksudnya sesungguhnya dalam penciptaan langit dan

bumi , silih berganti malam dan siang , ada tanda – tanda ( kekuasaan ,

kebijaksanaan , dan keluasan rahmat Allah ) bagi orang yang berakal.

Lalu baginda saw bersabda maksudnya binasalah atau celakalah mereka

yang memanah dan mengunyah ayat tersebut ( membacanya ) dan tidak mahu

memikirkan padanya ( Riwayat Ibnu Hibban dalam al-Sahih no 620 ) .Dan keempat

pada asalnya , hukum taklid itu dicela oleh Syarak dan tidak

diharuskan.Walaubagaimanapun,taklid yang diharuskan pada masalah furu’ itu

adalah dikecualikan daripada kaedah asal tersebut.

Masalah dalam pembatalan dan kerosakan iman terdapat dalam pemahaman

kepada konsep usul dan furu’ tersebut.Sebagai contoh peristiwa Israk dan Mikraj ,

rukun Islam iaitu menunaikan solat lima waktu dan berkaitan dengan zat Allah yang

perlu diyakini sifatnya dan tidak dipersoalkan.

Cara menentukan suatu masalah dalam usul atau furu’ adalah dengan

melihat kekuatan dalil dari segi sanad penyampaian dan fokus penafsiran.Sebagai

contoh masalah yang boleh dikaitkan dengan kefahaman kepada konsep usul dan

furu’ adalah mengenai peristiwa Isra dan Mikraj.

Percaya dan yakin bahawanya peristiwa Isra’ dan Mikraj adalah benar-benar

berlaku, tiada yang dapat menidakkan peristiwa tersebut. Berdasarkan dalil naqli

dari al-Quran surah Israk, ayat 1, Allah berfirman:

8 | P a g e

Page 9: Pembatalan dan kerosakan iman

“ Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu

malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkati

sekelilingnya [847] agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda

(kebesaran) Kami. Sesungguhnya dia adalah Maha Mendengar lagi Maha

Mengetahui ”

[847] Maksudnya: Al Masjidil Aqsha dan daerah-daerah sekitarnya dapat berkat

dari Allah dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya.

Terdapat dalil yang jelas daripada al-quran dan hadis sahih tentang mukjizat

al-Israk, maka wajib kita beriman bahawa Allah Taala memperjalankan Nabi

Muhammad pada waktu sepertiga malam dari Mekah ke Palestin. Al-Mikraj adalah

sebuah perjalanan yang dimulakan dari Masjid Al-Aqsa hingga ke langit yang

ketujuh dengan menaiki tangga yang diperbuat daripada emas dan perak.

Kebenaran peristiwa Isra Mi’raj Rasulullah saw adalah masalah usul, kerana

dalilnya qothi, baik dari segi wurud mahupun dalil. Namun masalah apakah

Rasulullah saw mengalami Isra’ Mi’raj dengan ruh dan jasad atau dengan ruh

sahaja, maka masuk masalah furu’, kerana dalilnya zhonni, baik dari segi wurud

mahupun dalilnya.Ini kerana, barangsiapa menolak kebenaran peristiwa Isra’ Mi’raj

Rasulullah saw maka ia telah sesat, kerana menyimpang dari usul aqidah. Namun

barangsiapa yang mengatakan Rasulullah SAW mengalami Isra’ Mi’raj dengan Ruh

dan Jasad atau Ruh saja, maka selama memiliki Dalil Syar’i ia tidak sesat, kerana

masalah furu Aqidah.

Berkaitan dengan arasy, Saidina Ali telah berkata:

‘Sesungguhnya Allah Ta’ala telah mencipta arasy demi menzahirkan kekuasaanNya

dan bukan menjadikan sebagai tempat untuk zat-nya (diriwayatkan oleh Abu Mansur

al-Baghdad).

9 | P a g e

Page 10: Pembatalan dan kerosakan iman

Maka telah kafir orang yang beriktiqad bahawa Allah duduk dan bersemayam

di atas arasy kerana Maha Suci Allah yang tidak menyerupai sesuatu pun bahkan

kewujudan-Nya memerlukan tempat.

Hal ini kerana tiada dalil dari al-Quran dan hadis sahih yang menyatakan Allah

mempunyai tempat atau kedudukan yang dinamakan al-Arasy. Maka perkara ini

menjadi usul iaitu zat Allah ini persoalan usul dan tidak sama sekali boleh disifatkan

dengan apa-apa.

Furu pula adalah bila mana diperkatakan tentang zat, maka itu adalah

samada af'al-nya, asma- nya sifat-nya (berpandukan al-quran dan as-

sunnah).Sebagai contoh Allah itu ialah nama bagi zat, menyembah nama bukan

bermakna menyembah zat, dan apabila hendak menyembah zat maka namanya pun

disebut dan Allah adalah kata ganti nama bagi zat.Bila berkata tentang zat

hakikatnya kita berkata tentang sifat-nya bukan zat-nya, kerana zat-nya iaitu tidak

diketahui sama sekali.

Hukum-hukum yang ada itu semuanya sifat-sifatNya, maknanya bila kamu

memperjuangkan dan mempertahankan hukum bukan sebenarnya kamu

memeperjuang dan mempetahankan Dia. Itu antara sebab mentauhidkan tuhan

yang bernama Allah, merupakan perkara yang paling atas bagi setiap diri manusia.

Peristiwa al-Israk dan al-Mikraj adalah salah satu mukjizat dianugerahkan

kepada Nabi Muhammad oleh Allah SWT. Dalam peristiwa ini, solat lima waktu

difardukan ketika mana baginda bertemu dengan Nabi Musa AS dan baginda

menyuruh Nabi Muhammad agar meminta kepada Allah SWT supaya dikurangkan

solat yang asalnya difardukan 50 solat kepada lima solat. Hasilnya setiap solat itu

mendapat 10 ganjaran. Maka solat lima waktu itu samalah dengan solat yang 50 itu

dari segi ganjarannya.

Solat adalah rukun Islam yang kedua, dimana sebagai Muslim wajib

melaksanakan dan jika ditinggalkan akan mendapat dosa. Dalil naqli dari al-Quran

mewajibkan setiap Muslim menunaikan solat dari surah al-Baqarah ayat 238 :

10 | P a g e

Page 11: Pembatalan dan kerosakan iman

“ Peliharalah semua shalat(mu), dan (peliharalah) shalat wusthaa [152].

Berdirilah untuk Allah (dalam shalatmu) dengan khusyu ”

[152] Shalat wusthaa ialah shalat yang di tengah-tengah dan yang paling utama

ada yang berpendapat, bahwa yang dimaksud dengan Shalat wusthaa ialah shalat

Ashar. menurut kebanyakan ahli hadits, ayat Ini menekankan agar semua shalat itu

dikerjakan dengan sebaik-baiknya.

Dalil lain dari surah ah-Hasyr ayat 7 :

“ Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada RasulNya (dari

harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota Makkah adalah untuk Allah,

untuk rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang

yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang Kaya

saja di antara kamu, apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dan apa

yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. dan bertakwalah kepada Allah.

Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya ”

Sehubungan dengan itu daripada ayat diatas dapatlah diketahui bahawa

kewajipan solat lima waktu adalah masalah usul , kerana dalilnya qothi , baik dari

segi wurud mahupun dalil.Namun masalah apakah boleh dijama’ tanpa uzur , maka

masuk masalah furu ‘ kerana dalilnya zhonni, baik dari segi wurud mahupun dalil.Ini

kerana , barangsiapa telah menolak kewajipan solat lima waktu maka ia telah sesat

kerana menyimpang dari usul syariat.

Namun barangsiapa yang berpendapat bahawa boleh menjama’ solat tanpa

uzur atau sebaliknya , maka selama dia telah memiliki dalil syari’ ia tidak tersesat

kerana termasuk dalam masalah furu syariat.

3.0 PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN DAN DALIL.

11 | P a g e

Page 12: Pembatalan dan kerosakan iman

1. Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah SWT. Dalil naqli dari

surah al-Maidah ayat 23 :

“ Berkatalah dua orang diantara orang-orang yang takut (kepada Allah) yang

Allah Telah memberi nikmat atas keduanya: "Serbulah mereka dengan melalui pintu

gerbang (kota) itu, Maka bila kamu memasukinya niscaya kamu akan menang. dan

Hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang

yang beriman ”.

2. Insan tidak mengakui segala nikmat ialah kurniaan Allah SWT. Dalil naqli dari

surah Ibrahim ayat 34 :

“ Dan dia Telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang

kamu mohonkan kepadanya dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat

kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat

mengingkari (nikmat Allah) ”

3. Beramal kerana sesuatu selain daripada Allah SWT. Dalil naqli dari surah al-

An’am ayat 162 :

“ Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku

hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam ”.

4. Hak menghalal, haram, perintah, tegahan diberi kepada tuhan-tuhan selain Allah

SWT. Dalil naqli dari surah at-Taubah ayat 31 :

12 | P a g e

Page 13: Pembatalan dan kerosakan iman

“ Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai

Tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al masih putera Maryam,

padahal mereka Hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan

(yang berhak disembah) selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka

persekutukan ”

*Maksudnya: mereka mematuhi ajaran-ajaran orang-orang alim dan rahib-rahib

mereka dengan membabi buta, biarpun orang-orang alim dan rahib-rahib itu

menyuruh membuat maksiat atau mengharamkan yang halal.

5. Mentaati dengan ketaatan yang tidak berbelah bagi selain kepada Allah SWT dan

Rasul SAW. Dalil naqli dari surah an-Nisak ayat 80 :

“ Barangsiapa yang mentaati Rasul itu, Sesungguhnya ia Telah mentaati

Allah dan barangsiapa yang berpaling (dari ketaatan itu), Maka kami tidak

mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka ”

*Rasul tidak bertanggung jawab terhadap perbuatan-perbuatan mereka dan tidak

menjamin agar mereka tidak berbuat kesalahan.

6. Berhukum dengan selain daripada Allah SWT. Dalil naqli dari surah al-Maidah

ayat 44 :

“ Sesungguhnya kami Telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya (ada)

petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang dengan Kitab itu diputuskan perkara

13 | P a g e

Page 14: Pembatalan dan kerosakan iman

orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-

orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka, disebabkan mereka diperintahkan

memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Kerana itu

janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku dan janganlah

kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit dan barangsiapa yang tidak

memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, Maka mereka itu adalah orang-

orang yang kafir ”.

“ Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan dia mengampuni

segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya.

barangsiapa yang mempersekutukan Allah, Maka sungguh ia telah berbuat dosa

yang besar ”.

102. Dan mereka mengikuti apa[76] yang dibaca oleh syaitan-syaitan[77] pada

masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu

mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (Tidak mengerjakan sihir), Hanya

syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). mereka mengajarkan sihir kepada

manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat[78] di negeri Babil

yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada

seorangpun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami Hanya cubaan (bagimu),

sebab itu janganlah kamu kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu

14 | P a g e

Page 15: Pembatalan dan kerosakan iman

apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami)

dengan isterinya[79]. dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan

sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. dan mereka mempelajari

sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat.

Demi, Sesungguhnya mereka Telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya

(Kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat

jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.

Kesimpulan daripada pembatalan dan kerosakan iman ini adalah sebagai

umat Islam kita perlu membenarkan dengan yakin akan wujudnya Allah swt ,

membenarkan dengan yakin akan keesaan Allah swt , yakin bahawa Allah swt

bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan membenarkan dengan penuh yakin

dan keinsafan yang perlu diinterprestasi dan dibuktikan melalui amalan dan

perbuatan harian makhluk-Nya sama ada dari segi perbuatan , perkataan dan juga

hati sanubari.

15 | P a g e