Pembelajaran Berasaskan Web
description
Transcript of Pembelajaran Berasaskan Web
FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASIUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Kursus:
MTK 5013INTEGRASI TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk:
ISU SEMASA DALAM PENDIDIKAN:PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB
Oleh:
Rosiadi Tajudin L20081002254Mohd Faridzul Akmam Zulkifli L20081002251Nor Aziah Zakaria L20081002430Nur Shahidatul Akmar Mohd Shahibi L20081002255Rohaya Abdul Wahab L20081002249
Pensyarah:
PN. SAIRA BANU OMAR KHAN
DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI), 2008
Isi Kandungan
Muka Surat
1.0 Pengenalan 1
2.0 Pembelajaran Berasaskan Web 3
3.0 Kelebihan dan Kelemahan Pembelajaran Berasaskan Web 5
4.0 Isu-Isu Berkaitan Pembelajaran Berasaskan Web 6
5.0 Cadangan Penambahbaikkan Pembelajaran Berasaskan Web 10
6.0 Kesimpulan 13
Rujukan 14
1.0 PENGENALAN
Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah meningkatkan
penggunaan internet di Malaysia. Menurut perangkaan yang di keluarkan oleh
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 2005
menunjukkan daripada 27 juta rakyat Malaysia, kira-kira 10,040,000 juta rakyat
Malaysia menggunakan internet.
Secara umumnya, rangkaian sedunia WWW adalah sebahagian daripada
internet dan merupakan satu koleksi besar dokumen yang dikenali sebagai ‘halaman
web’ (TMB, 1998, Crumlish, 1996). Halaman web merupakan komponen yang
menjadikan internet lebih menarik dan paling diminati oleh sesiapa sahaja yang dapat
mengaksesnya. Dengan lebih 50 juta tapak halaman web dan dengan pertumbuhan 10
peratus setiap hari, halaman web merupakan sumber maklumat tak terhingga
kandungannya.
Kepesatan teknologi maklumat telah membawa dimensi baru dalam sistem
pendidikan negara. Kementerian Pendidikan Malaysia dan sektor swasta seperti
MIMOS dan Kumpulan Utusan telah dipertanggungjawapkan untuk menjayakan
agenda ‘e-learning’ kebangsaan. Memetik ucapan YB Tan Sri Musa bin Mohamad,
bekas Menteri Pendidikan Malaysia semasa perasmian Seminar Pembangunan
Pendidikan 2001-2010 iaitu:
‘….kepesatan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, pembangunan
pendidikan yang dirancangkan ini turut mengambilkira pembudayaan dan
penguasaan ICT di kalangan pelajar di negara ini…usaha ini juga untuk merapatkan
jurang digital terutamanya menyediakan kemudahan komunikasi melalui internet ke
sekolah-sekolah di kawasan luar bandar.. Ia melibatkan perubahan dasar utama
pendidikan negara bagi menjana pengeluaran sumber tenaga manusia menjadi
negara maju berasaskan sains dan teknologi tanpa mengabaikan kepentingan
pembangunan aspek rohani, jasmani damn emosi selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk melahirkan warganegara yang progresif,
dinamik, patriotik dan bersatu padu.….’
Pembelajaran berasaskan Web merupakan salah satu cara pembelajaran yang
dipelopori dalam konsep Sekolah Bestari. Konsep sekolah bestari merupakan satu
inovasi pendidikan kebangsaan yang metamorfik. Metamorfik kerana kurikulum,
pedagogi, teknologi yang digunakan serta penilaian pembelajaran diubah untuk
memenuhi hasrat membentuk generasi Malaysia yang lebih kreatif dan inovatif dalam
pemikirannya serta cekap menggunakan teknologi baru dan dapat mengakses serta
mengurus maklumat dalam zaman ledakan maklumat kini.
Selaras dengan itu, kurikulum Abad ke 21 menjadi agenda Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam usaha memartabatkan pendidikan ke arah kecemerlangan.
Penekanan kurikulum sains edisi bestari dan Abad ke 21 adalah pada penguasaan
kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir. Salah satu objektif dalam kurikulum sains
untuk sekolah menengah adalah untuk “membolehkan pelajar memilih,
menganalisiskan dan menilai maklumat berkenaan dengan sains dan teknologi dengan
bijak dan berkesan” (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1998, h.2). Salah satu strategi
yang tersurat dalam kurikulum sains Abad ke 21 adalah supaya aktiviti dirancangkan
dalam pembelajaran supaya “murid perlu sedar secara eksplisit kemahiran berfikir dan
strategi.
Pembelajaran berasaskan Web mula menggantikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran secara tradisional. Dalam pembelajaran secara tradisional, pelajar
menggunakan banyak masa di dalam bilik darjah bersama guru yang menyampaikan
kandungan pelajaran di hadapan kelas. Kini, pelajar boleh mengakses maklumat dan
kerja yang diberikan guru secara terus melalui penggunaan perkhidmatan Internet.
Penerokaan dan penggunaan sumber terbuka dalam pendidikan adalah satu perubahan
paradigma mengikut tren dan perkembangan ICT memandangkan kos lesen perisian
dan pembangunan sistem dapat dijimatkan.
2.0 PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB
Pengajaran berasaskan Web merupakan alternatif atau cara baru pengajaran yang
mempunyai banyak potensi untuk menghasilkan pengajaran yang lebib bermakna.
Ciri-ciri antara muka dan fizikal laman Web mempunyai impak yang berlainan
berbanding pengajaran konvensional. Antara kebaikan pengajaran berasaskan Web
ialah penyediaan ciri-ciri hiperteks dan hipermedia Web sedunia menyebabkan
penyampaian pengajaran dapat disampaikan dalam bentuk tanpa linear. Format
hipermedia memudahkan pendekatan berpusatkan pelajar kerana dapat mereka dapat
mencipta suasana pembelajaran yang aktif dan bermotivasi (Becker & Dwyer, 1994).
Web juga mendokong dan menggalakkan perayauan dan eksplorasi, yang biasanya
berkaitan dengan pembelajaran pemikiran tahap tinggi (high-order thinking skills)
(Thuering, Mannemann & Haake, 1995).
Pembelajaran berasaskan Web juga dapat menyediakan komunikasi secara
sinkronus, misalnya melalui sesi sembang (chat) dan juga asinkronus seperti
menghantar mel eletronik. Kemudahan seperti ini dapat menyediakan peluang kepada
pengguna berkomunikasi dan bekerjasama merentasi jarak yang jauh. Komunikasi
sinkronus (chat) membolehkan interaksi berlaku pada masa sebenar antara pelajar,
seperti dalam kolaborasi dalam bilik darjah, bezanya pelajar dalam suasana Internet
menggunakan papan kekunci untuk menaip mesej. Komunikasi asinkronus (e-mel)
membolehkan interaksi berlaku pada masa dan lokasi berlainan antara dua atau lebih
pengguna. Pengguna boleh berkomunikasi pada bila-bila masa sahaja. Kedua-dua
jenis komunikasi ini mengembangkan akses maklumat pengguna, sumber,
bekerjasama, dan meningkatkan sikap pelajar terhadap kerjasama dan pencapaian.
Persekitaran berasaskan Web berpotensi menawarkan banyak kelebihan
kepada pelajar untuk meningkatkan proses pembelajaran berbanding dalam pakej
pembelajaran tradisional (Collis 1996, Khan 1999). Pelajar boleh menggunakan
kursus pembelajaran berasaskan Web untuk berkomunikasi, berkolaborasi dan
menerbitkan bahan peribadi dalam interaksi di antara guru dan rakan pelajar. Keadaan
ini membolehkan pelajar akses kepada sumber pembelajaran yang lebih luas dan
munasabah melalui pautan Web dengan selesa (Betty, 1999).
3.0 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PEMBELAJARAN BERASASKAN
WEB
Antara kelebihan pembelajaran berasaskan web adalah :
1) Pelajar tidak hanya perlu bergantung kepada pembelajaran dalam kelas sahaja.
Palajar masih boleh berhubung dengan guru di luar waktu kelas melalui forum-
forum perbincangan, email, online chatting dan sebagainya.
2) Pelajar juga mudah menghubungi rakan sekelas mereka serta membincangkan
masalah serta kekeliruan yang mereka hadapi secara online terutamanya melalui
forum perbincangan. Selain itu, pelajar juga boleh berhubung atau
berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka dari sekolah-sekolah lain serta
berkongsi pendapat dan idea dengan mereka dengan menggunakan kemudahan
web.
3) Pelajar juga boleh menggunakan web untuk mencari maklumat serta artikel
yang berkaitan dengan pelajaran dengan lebih cepat dan mudah.
4) Nota-nota kuliah atau maklumat yang berkaitan dengan kelas juga boleh
disebarkan dan diperoleh melalui web di mana semua pelajar boleh
mengaksesnya dalam satu masa. Keadaan ini lebih memudahkan serta
menjimatkan masa.
5) Aktiviti e-mail pula boleh menggalakkan perkembangan bahasa di kalangan
pelajar terutamanya Bahasa Inggeris. Para pelajar dapat memantapkan lagi tahan
penguasaan Bahasa Inggeris mereka semasa berkomunikasi dengan sahabat
pena mereka dari luar Negara melalui e-mail.
6) Pelajar juga turut boleh mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan
teknikal dari pakar-pakar tempatan mahupun luar Negara berkenaan dengan
pelajaran.
Antara kelemahan pembelajaran berasaskan web adalah:
1) Akses kepada peralatan computer, peralatan teknologi serta capaian kepada
rangkaian internet mungkin menjadi satu masalah kepada pelajar terutamanya
bagi mereka yang berada di kawasan luar Bandar.
2) Kadar kelajuan internet yang lemah menyebabkan pelajar tidak dapat melihat
semua paparan pada sebuah web pelajarana seperti paparan grafik, ikej, dan
video clip. Ini menyukarkan capaian kepada isi pelajaran yang disampaikan.
3) Memerlukan infrastruktur yang mencukupi dilengkapi dengan peralatan
computer dan ini memerlukan kos yang tinggi.
4.0 ISU-ISU BERKAITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB
Adakah Pembelajaran Berasaskan Web hanya dapat dilaksanakan di semua sekolah di
Malaysia selepas semua masalah dapat dikenalpasti?. Adakah pelajar akan
didedahkan kepada Pembelajaran Berasaskan Web hanya selepas infrastruktur
telekomunikasi, perkakasan dan perisian siap sepenuhnya? Beberapa isu dan
pemasalahan dikenalpasti dinyatakan seperti berikut :-
4.1 Akses dan kos pengendalian
Akses kepada ICT merupakan masalah utama di Malaysia. 83% masyarakat di
kawasan luar bandar dan 60% di kawasan bandar mendapati akses kepada ICT adalah
terlalu mahal. Dari 1.5 juta rakyat Malaysia yang menggunakan internet, 50% berada
di kawasan Selangor dan Wilayah Persekutuan. Ini mewujudkan jurang digital yang
ketara di dalam masyarakat Malaysia. (Education Quarterly:35 : 2001).
Tiada akses kepada internet serta talian akses yang perlahan merupakan
cabaran yang dirasai di sekolah-sekolah tertentu. Begitu juga sekolah yang tidak
mempunyai komputer (kecuali untuk urusan pentadbiran) atau kuasa elektrik
memberikan cabaran yang hebat dalam perlaksanaan pembelajaran berasaskan web.
4.2 Kekurangan Web Bahasa Melayu
Menurut Mohd. Jasmy Abd. Rahman, Mohd. Arif Hj. Ismail, Shahidah Ibrahim dan
Rosnani Hj Mahmud (2001), kebanjiran perisian-perisian yang diimport dari luar
negara juga menyebabkan industri pasaran perisian kursus tempatan dalam dilema.
Mungkin bagi setengah-setengah individu, perisian kursus yang diimport terutama
dalam versi Bahasa Inggeris lebih baik daripada perisian tempatan. Kebanyakan
perisian multimedia biasanya dihasilkan oleh pakar-pakar dalam multimedia atau
lebih spesifiknya pakar dalam pengaturcaraan. Mereka hanya mencedok mana-mana
fakta atau isi yang dirasakan perlu tanpa mengambil kira keselarasannya dengan
sukatan pelajaran tempatan iaitu KBSM dan KBSR.
Laman-laman berkaitan pendidikan bercambah dengan cepat dan terdapat
sebahagiannya sesuai digunakan sebagai rujukan dan bahan pengajaran di dalam bilik
darjah. Namun, perlu disedari bahawa “bahan-bahan tersedia” dalam internet melalui
laman web ini tidak banyak dibuat dalam versi Bahasa Melayu. Azni dan Manjit
(2001) mencadangkan supaya penggunaan internet menjadikan mana-mana laman
web yang sesuai sebagai rujukan kerana sifatnya yang berpaut dengan laman-laman
web lain yang saling berkaitan.
Ini menunjukkan bahawa kemungkinan tidak ramai pendidik yang
memanfaatkan internet sebagai satu alternatif yang menyediakan akses kepada
pelbagai maklumat yang dapat membantu memantapkan bahan pengajaran dan
pembelajaran akibat kekurangan bahan web di dalam Bahasa Melayu. Kajian yang
dilakukan oleh Rosli, Zamalia dan Shafiee (2001) menunjukkan tahap penggunaan
ICT yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran di kalangan pensyarah UiTM adalah
sekitar 30 %. Kajian ini jika diperluaskan di peringkat sekolah pasti akan memberikan
peratusan nilai yang lebih rendah ekoran kekurangan kemudahan dan kemahiran.
4.3 Jatidiri Yang Lemah
Vias (1990) menganggapkan pelajar-pelajar kini “lemas dalam maklumat tetapi
laparkan pengetahuan”. Pengkaji berpendirian bahawa keadaan ini amat benar dan
memang berlaku di kalangan pelajar yang berhadapan dengan kurikulum baru di
peringkat sekolah menengah rendah.
Kebanyakan laman-laman web yang dibangunkan atau perisian-perisian
kursus yang dibangunkan termasuklah perisian yang diimport kurang menerapkan
nilai-nilai murni. Tanpa seorang guru yang bertindak sebagai fasilitator, pelajar yang
menggunakan pembelajaran berasaskan web gagal menguasai kaedah-kaedah
pembelajaran yang berkesan seperti membuat nota ringkas. (Mohd. Jasmy Abd.
Rahman, Mohd. Arif Hj. Ismail, Shahidah Ibrahim dan Rosnaini Hj. Mahmud, 2001).
Lebow (1993) menunjukkan bahawa terdapat bukti kesan negatif terhadap
pelajar yang timbul berikutan amalan pembelajaran . Deci, Vallerand, Pelletier dan
Ryan (1991) menyuarakan pendapat yang sama dengan amaran bahawa terdapat
unsur-unsur pengajar cuba mengawal tingkahlaku pelajar.
Ryan dan Powelson (1991) dan Deci dan Ryan (1987) mendapati bahawa
kebebasan terhad apabila proses pengajaran dikawal rapi oleh pengajar.
4.4 Latihan Tenaga Pengajar
1. Aplikasi ICT dalam pembelajaran berasaskan web memberi impak yang minima
Adakah guru-guru kurang kreatif atau gagal mengaplikasikan strategi, teknik dan
pendekatan pengajaran dalam bilik darjah ke dalam bahan pengajaran berasaskan
komputer? Adakah guru tidak kenal pasti tahap dan stail pembelajaran pelajar? Guru
tidak mempraktikkan ilmu yang diperolehi semasa kursus-kursus yangdihadiri. Guru
juga didapati tidak membuat cukup persediaan kerana beban kerja yang bertambah
(bukan berkaitan persedian mengajar iaitu pengurusan) dan tidak cukup masa.
2. Guru sebagai fasilitator
Guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan akses-akses teknologi yang
terkini serta bahan pengajaran yang bermutu. Selain itu, guru perlu ada stail
pembelajaran yang berbeza bagi pelajar agar lebih menarik perhatian dan minat
pelajar. Kementerian Pendidikan Malaysia perlu sediakan latihan tenaga pengajar
yang sesuai dan kursus yang berterusan kepada para guru yang tertentu serta
bersesuaian dengan kehendak sukatan pelajaran.
5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN PEMBELAJARAN
BERASASKAN WEB
Beberapa cadangan dan penyelesaian yang akan diperjelaskan bagi isu dan
pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Web di Malaysia. Terdapat tiga cadangan dan
beberapa pecahan di dalamnya. Antaranya ialah:
I. Penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan
a. bahan pembelajaran berpusatkan komputer
b. Screen design issues
c. Kaedah Penyampaian
II. Educational Learning Management System (ELMaS)
III. Program dan NaikTaraf Infrastruktur
5.1 Penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran yang baik dan
berkesan
Kita ketahui banyak pihak sedang berusaha untuk menghasilkan bahan pengajaran
dan pembelajaran pembelajaran berasaskan web. Penilaian yang rapi perlu
dilaksanakan oleh pentadbir atau guru untuk mencari bahan yang sesuai yang dapat
meningkatkan pembelajaran pelajar bagi mengelakkan kerugian atau mendapat bahan
yang tidak bermutu serta tidak mencapai kehendak pembelajaran. Dalam menilai
bahan pengajaran dan pembelajaran pembelajaran berasaskan web, beberapa faktor
perlu dipertimbangkan.
Tiga soalan yang perlu diberi perhatian dan penekanan dalam penilaian bahan
Pembelajaran Berasaskan Web:
1. Adakah ianya mematuhi ciri-ciri bahan pembelajaran berpusatkan
komputer?
2. Adakah ‘screen design issues’ telah diambil kira?
3. Adakah kaedah penyampaian bahan Pembelajaran Berasaskan Web
berkesan?
Berikut adalah ciri-ciri bahan pembelajaran berpusatkan komputer iaitu:
1. Ia ada informasi atau maklumat terkini
2. Ia menyatakan objektif pembelajaran yang jelas
3. Ia ada integrasi antara isi baru dengan isi pelajaran yang lepas
4. Pelajar dapat menunjukkan kefahaman mereka melalui latihan dalam
talian
5. Ada maklumbalas (serta merta ataupun ‘delayed’) terhadap penilaian yang
dilakukan contohnya setiap latihan pelajar ada jawapan serta pemarkahan
tahap penilaian mereka.
Screen design issues
Screen design issues perlu dipertimbangkan kerana ianya membantu meningkatkan
tahap pembelajaran pelajar. (Clarke: 78, 1992) menyatakan bahawa pelajar membaca
20% hingga 30 % lebih perlahan di atas skrin daripada di atas kertas.
Oleh itu, ayat mestilah ringkas dan padat (lapan hingga sepuluh perkataan) Clarke: 79,
1992) juga mencadangkan bahawa warna yang sesuai membantu di dalam mengingat
dan menghafal informasi. Selain itu, (Phillip: 79, 1997) mencadangkan bahawa
kebanyakan orang telah dilatih untuk membaca bermula dari sudut atas kiri dan
bergerak ke sudut kanan di sebelah bawah. Maka maklumat penting mestilah
ditunjukkan di bahagian atas skrin manakala maklumat kurang penting di bahagian
bawah skrin.
Kaedah penyampaian
Kaedah penyampaian juga haruslah dirancang dengan baik supaya pedagogi yang asas
tidak dilupakan. Ciri-ciri multimedia seperti audio, video, animasi, grafik dan simulasi
harus digunakan dengan bijak untuk meningkatkan pembelajaran
5.2 Educational Learning Management System (ELMaS)
ELMaS ialah satu Perisian Sistem Pengurusan Pembelajaran berasaskan web untuk
latihan perguruan. Guru-guru didedahkan dengan pengajaran berasaskan ICT.
5.3 Program dan Naiktaraf Infrastruktur
“Untuk lima tahun akan datang, tumpuan kita adalah untuk menjadikan Malaysia
sebagai ‘hub’ ICT dan multimedia di peringkat global. Untuk tujuan ini, infrastruktur
ICT akan dinaik taraf melaui inisiatif termasuklah meningkatkan keupayaan tulang
belakang penghantaran sehingga 10 gigabits sesaat dan memperkenalkan Sistem
Pegurusan Rangkaian untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik.
Infrastruktur ICT juga akan diperluaskan ke kawasan luar bandar bagi merapatkan
jurang digital. Antara program yang bakal dilaksanakan ialah Infodesa dan Internet
Desa yang menawarkan kursus kesedaran dan latihan’…(Petikan ucapan Tun Dr
Mahathir bin Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia ketika usul Rancangan
Malaysia ke Lapan pada 23 April 2001, Dewan Rakyat.)
6.0 KESIMPULAN
Institut Pengajian Tinggi Awam , Institut Pengajian Tinggi Swasta dan Kolej Swasta
semuanya sedang berusaha untuk menggunakan pembelajaran berasaskan web
sebagai teknik yang terkini untuk menyampai modul-modul mereka. Begitu juga
syarikat antarabangsa sudah mula menggunakan pembelajaran berasaskan web bagi
melatih pekerja mereka. Maka adalah wajar pembelajaran berasaskan web
diperkenalkan di sekolah-sekolah di Malaysia secepat mungkin supaya mereka tidak
ketinggalan dalam arus ICT yang begitu pesat sekali. Kita tidak seharusnya tunggu
sehingga semua infrastruktur telekomunikasi, perkakasan dan perisian siap sebelum
ianya diperkenalkan kepada pelajar kita. Perlu diingatkan juga bahawa unsur
Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK) perlu diselitkan secara bijak
dalam pembelajaran berasaskan web. Walau bagaimanapun, pembelajaran berasaskan
web yang dicadangkan hanya sebagai tambahan kepada semua sumber yang sedia ada
di sekolah. Guru masih memainkan peranan dalam mendidik pelajar-pelajar.
Bahan Rujukkan
Alan Pritchard. 2004. Learning on the Net: A Practical Guide to enhancing learning in Primary Classrooms. David Fulton Publisher.
Agnes Kukulska & John Traxlor. 2005. Mobile Learning. Routledge.
Cabaran dunia pendidikan masa kini. 2007. http://iznan.com/elearning/index.php/misc/cabaran-dunia-pendidikan-masa-kini/
Kevin Kruse.2004. Using the Web for Learning: Advantages and Disadvantages. http: //www. ElearningGuru.com/index.htm
Kyung-Sun Kim & Joi L. Moore. 2005. Web based learning: Factors affecting students' satisfaction and learning experience. http://www.firstmonday.org/issues/issue10_11/kim/index.html
Laura Parker Roerden.1997. Net Lessons: Web-Based Project For Your Classroom. Songline Studios.
Marilyn Leask. 2001. Issues in teaching using ICT. Routledge Falmer
Pusat Perkembangan Ko-Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.