PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

51
Salam sejahtera pembuka kata, Kata dirangkai dalam bicara, Bicara sastera madah satria, Terkurang bahasa maafkan peramba.

Transcript of PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

Page 1: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

Salam sejahtera pembuka kata,Kata dirangkai dalam bicara,Bicara sastera madah satria,Terkurang bahasa maafkan peramba.

Page 2: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

Apakah maksud gaya bahasa?

• Pemilihan kata, frasa dan ayat bagi menyampaikan cerita/mesej.

• Cara penulis menulis dan mempersembahkan ceritanya.

• Melibatkan tanda baca, rima,tona,pengulangan,tekanan, dan sebagainya yang berkaitan dengan ciri-ciri linguistik dan semantik bahasa.

Page 3: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

DIKSI

Page 4: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

DIKSI

• Pemilihan dan penggunaan kata, baik dalam cerpen, novel, drama atau puisi.

• Diksi yang baik terlihat pada 1. pemilihan kata yang tepat2. Penggunaan kata yang munasabah3. Penggunaan kata yang jelas dan khusus.4. Diksi mempunyai hubungan yang rapat

dengan ayat.

Page 5: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

Contoh-contoh:

• Bahasa Arab: Andayu sedar. Qada dan Qadar ialah kehendak (iradat) Allah, akan menjadikan sesuatu menurut azalnya, sebagaimana yang dikehendaki.

• Bahasa berima: “ Mai daling daling, Mai daling daling, Manuk-manuk kupulah

Ikutan kuhalara Bang umabut lisang dua Hurul kan kunisa…”

Page 6: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

metafora

Page 7: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

METAFORA

• Pemakaian kata- kata untuk menyatakan erti yang berbeza daripada yang sebenarnya (sebagai kiasan) dengan menngunakan dua kata yang berunsur konkrit dan abstrak.

Page 8: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

Contoh-contoh

• Syurga bumi (Negeri Cinta, Nahmar Jahmil)syurga(unsur abstrak)bumi (unsur konkrit)

• Kepanasan itu lahir dari api kemarahan yang membahang dalam dada bidang bapa saudaranya, Paduka Mat Salleh.

Page 9: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

simile

Page 10: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

SIMILE

• Perumpamaan atau sesuatu perbandingan dengan menggunakan perkataan”seperti”, “bagai”, “umpama”, dan “macam”.

Page 11: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

Contoh-contoh:

• Tusukan matanya yang berbinar-binar bak peluru sumpitan.

• Cuaca redup, seperti menambah-redupkan harapan penduduk tempatan untuk menuntut keadilan.

Page 12: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

IMEJAN

Page 13: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

-Penggunaan perkataan lain yang mempunyai maksud yang berlainan.

-Penggunaan unsur alam dalam sastera

Contoh:i. Dia masih hijau ketika tanah airnya diserang penjajah. (muda)ii. Dia tahu, dirinya sudah menghampiri senja. (tua)iii. Adakah merpati akan menjenguk daerahku yang penuh kesengsaraan ini. (kedamaian/ kemerdekaan)

Page 14: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

DUHAI PENTAFSIRPentafsir,sebenarnya telah lama kucari suaramu yang saratke mana jatuhnya gema itu?di manakah tempat istirahatsetelah pengembaraan yang penatdi manakah telah kaurakamkanpertemuan matahari,rimba dan lautan?

Senja ini menemuiku dengan lusuh catatanmu angin yang sedang cuba mengoyak-ngoyakkan lembar- lembar bukusedang aku belum ketemusurat yang kau tuliskan padaku.

Telah hilangkah iaAtau kau tidak pernah menulisnyaAh, aku tidak bisa tidur dan melupakanRacun keresahan telah membunuh lenakuSejak kau dahagai penawar dalam lautan nota-notamuKiranya terdampar dalam angin yang raguYang tidak mengenal arah tiupannyaAngin tanpa sabar yang telah melunturkanKehijauan dalam keriangan masa kecilku.

Page 15: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

PARADOKS

Page 16: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

-Gaya bahasa yang mengandungi pertentangan yang nyata dengan fakta-fakta yang ada.-Penggunaan unsur positif dan negatif dalam satu baris puisi.

CONTOH:

Aku kesepian(-) di tengah keramaian(+) ini.Menangis(-) dalam kegembiraan(+).

Page 17: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

simbol

Page 18: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

-Kata-kata yang dipilih memberi erti yang lain di sebaliknya.

-Disebut juga lambang.

-Simbol yang universal atau biasa mudah difahami berbanding dengan simbol yang dinamik, peribadi atau sengaja dicipta baharu oleh penyajak.

Page 19: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

CONTOH:WARNA:merah: berani, bahaya, cemas, garang, gelora putih: suci, bersih, harapan, gembira ,mengaku kalah hitam: kotor, durjana, jahat, sengsara, celaka, hantu, nodahijau: muda, baharu, harapan, segar, remaja, cemburUbiru: rindu, dendam, kasih , cinta kuning: bangsawan, kesultanan, keemasan, ketinggian, sakti, keagungan

Page 20: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

MASA:-senja: peralihan dari bahagia kepada sengsara atau derita, bimbang, keluh-kesah, peralihan ke usia tua -malam: derita, sengsara, kecewa, putus asa, tiada harapan, kecelakaan dan kemusnahan. -fajar: harapan baharu, peralihan duka kepada bahagia -siang: harapan, ketenangan, permulaan dan bahagia -pagi: hidup baharu

Page 21: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

ALAM:embun: kemurniaan dan harapan api: perang, bahaya, marah, kejahatan dan cabaran laut dan ombak: dada yang lapang dan alam yang luas angin: perubahan, pengaruh dan berita burung gagak: kejahatan dan bencana burung merpati: kedamaian dan kebebasan kumbang: lelaki, teruna mawar, bunga atau kembang: wanita, gadis, perawan

Page 22: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

AMBIGUITI

Page 23: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

-Frasa atau bahasa dalam sajak yang memberikan lebih daripada satu makna dan meninggalkan ketidakpastian atau keraguan tentang makna sebenar pernyataan tersebut. - Dengan demikian, ambiguiti disebut juga ketaksaan. -Kecenderungan si penyajak untuk memberi lebih daripada satu makna dan pada makna itu wujud kekaburan pula. - Puisi yang seperti ini memang agak sukar untuk diselami maknanya secara tepat atau jelas tetapi dianggap sebagai puisi yang kuat dan segi isi atau pemikirannya.

Page 24: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

-Penggunaan imejan boleh menimbulkan unsur ambiguiti. Melalui penggunaan unsur imejan, mesej disampaikan lebih jelas.CONTOH:‘Papatung dalam rumah tua masih bernyawa

adalah perhiasan untuk tuntutan zaman.’ Patung yang dimaksudkan diatas mungkin memberi maksud patung wayang kulit yang sudah lama atau orang tua yang sudah tidak bertenaga lagi untuk berfikir dan bergerak.http://bicarasastera.blogspot.com/2009/05/edisi-pelajar-gaya-bahasa-dalam-sajak_21.html

Page 25: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

BAHASA SINDIRAN

Page 26: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

-untuk menyindir seseorang dengan tidak disebutkan secara tepat, hanya dikias-kiaskan kepada perkara lain.

-Iaitu perkataan yang ditujukan untuk menyatakan sesuatu maksud kepada seseorang, tidak disebutkan atau dinyatakan secara tepat. Hanya disampaikan secara sinis dengan dikias-kiaskan atau dilambangkan kepada perkara lain. Ianya tidak dinyatakan atau disebutkan secara terus-terang atau ditujukan tepat terhadap seseorang.

Page 27: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

CONTOH:a) “Nampaknya mendung sahaja hari ini, hari pun dah lama tak hujan!”(ditujukan kepada seseorang yang berwajah muram atau masam sahaja.)b) “Kalau tidak ada sebabnya, masakan tempua bersarang rendah”c) “Berdrama sana, berdrama sini. Tak puas di atas pentas mereka berdrama pula di dalam kereta, di tengah sawah!”

Page 28: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

konotatif

Page 29: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

KONOTATIF

• Konotasi : aspek makna suatu kata yang berdasarkan perasaan & tanggapam yang timbul dalam pemikiran penutur/penulis/pendengar.

• • Cth : Kancil=cerdik, Harimau=garang

• Konotatif: makna yang lebih luas meksudnya dari denotatif & melibatkan perasaan.

• Cth : binatang=orang yang tidak berperikemanusiaan (Kamus Linguistik, 1997)

Page 30: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

• Makna tersirat/kata-kata yang mempunyai makna tambahan di samping makna sebenar.

• Makna konotatif berlawanan dengan makna denotatif (makna bukan sebenar atau bukan literal).

• Cth: konotatif “buaya”= manusia berperwatakkan ganas

• “bunga”= anak dara.

• Tidak melibatkan persamaan bunyi, sebutan atau ejaan sesuatu kata.

Page 31: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

• Berkaitan dengan budaya sesuatu masyarakat.

• Cth : Cina=“merah”=gembira,berjaya

• Boleh mebawa implikasi positif/negatif.

• Cth : “perempuan”/ “betina” ; “langsing”/ “kurus kering”

Page 32: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

“Jiwa Telah Bercerai Dari Tubuh”KATA-KATA MAKNA/KEPENGGUNAAN

Mati Binatang

Meninggal dunia/berpulang/kembali ke rahmatullah

Umum, kepada manusia yang sudah tidak bernyawa

Gugur “kepahlawanan”, tentera, askar,polis, panglima.

Mangkat “kebesaran”, “keagungan”, raja-raja, sultan-sultan, kerabat diraja

Wafat “kemuliaan”, nabi-nabi dan rasul-rasul

Page 33: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

DENOTATIF

Page 34: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

DENOTATIF• Denotasi : makna sesuatu kata atau kumpulan kata yang

berdasarkan rujukan jelas kepada dunia luar yang dapat dilihat berdasarkan kelaziman.

• Cth: “meja” = kamus = perkakas rumah yang dibuat daripada kayu, papan,batu, marmar, dan lain-lain yang berkaki.

• Denotatif: makna yang diterima umum yang mempunyai rujukan yang sama.

• Cth: “binatang”=makhluk bernyawa yang tidak berakal (Kamus Linguistik 1997)

Page 35: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

• Merujuk kepada makna sebenar kata atau makna literal.

• Cth: “buaya”=haiwan reptilia yang hidup di dalam air, bersisik, berkaki empat dan memakan manusia.

“bunga”= bahagian tumbuhan yang biasanya berwarna-warni dan berbau harum.

• Makna tersurat -kata-kata yang membawa makna langsung atau makna dasar.

Page 36: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

Makna-makna Lain

1. Referensial,konseptual,ideasional – menunjukkan hubungan rujukan tentu antara kata dengan objek atau idea yang dilambangkan / makna rujukan

2. Kognitif – dicapai oleh akal atau rasional manusia. Menggunakan kata-kata yang jelas dan faktual serta berkaitan dengan bahasa ilmiah.

3. Preposisi – terdiri daripada perkara yang dinyatakan dalam bentuk ayat penyata selapis yang bersifat fakta dan logik.

Page 37: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

Bahasa kiasan

Page 38: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

APA ITU BAHASA KIASAN?

• Bahasa yang maknanya tidak 100% dibawa oleh kata-kata yang membinanya, jika ditakrifkan mengikut leksikal satu persatu.

• Suatu kata, frasa atau ayat mempunyai maksud yang berlainan dengan makna harfiah kata-kata yang membinanya.

• Perbandingan sesuatu benda, kejadian, atau kegiatan benda lain, secara nyata menggunakan kata perbandingan tertentu.

• Kiasan pertama : menunjukkan perbandingan yang nyata (perumpamaan/ibarat).

Kiasan langsung/metafora atau simpulan bahasa.

Page 39: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

PERUMPAMAAN / IBARAT• Bahasa kiasan jenis ini menggunakan kata bandingan seperti,

bagai, macam, laksana, umpama, ibarat.

• Kata bandingan macam lebih kerap digunakan dalam perbualan.Cth: macam tikus jatuh ke beras; macam katak bawah tempurung.

• Ibarat & laksana lebih banyak digunakan dalam sastera klasik atau nyanyian.

• Ibarat-berasal daripada bahasa Arab=perbandingan yang menjadi teladan.

• Laksana-bahasa Sanskrit-kiasan yang indah-indah.

Page 40: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

CONTOH BAHASA KIASANKATA BANDINGAN CONTOH

Seperti 1. Seperti cacing kepanasan

2.

Bagai 1. Bagai aur dengan tebing

2.

Umpama 1. Umpama rusa masuk kampung

2.

Ibarat 1. Ibarat mencurah air ke daun keladi

2.

Laksana 1. Laksana bulan dipagar bintang

2.

Page 41: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

KIASAN LANGSUNG

• Perumpamaan boleh menjadi kiasan langsung

apabila kata bandingan dihilangkan, tetapi

makna kiasannya masih telus.

• Cth: dua orang yang sedang berkelahi boleh

diirujuk sebagai Mereka itu anjing dengan kucing.

Page 42: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

PERIBAHASA

• Satu istilah yang merangkumi pepatah,bidalan,perbilangan dan

perumpamaan.

• Za’ba – segala susunan cakap yang pendek yang telah melekat

di mulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab

bijak dan sedap perkataannya, luas dan benar tujuannya,

dipakai akan dia jadi sebutan oleh orang sebagai bandingan,

pengajaran dan teladan.

Page 43: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

PEPATAH• Mempunyai dua kerat atau dua patah.

• “kerat” / “patah” kedua dalam setiap satu contoh itu merupakan gema bagi “kerat” / “patah” pertama, seolah-olah ada sahut menyahut.

• Dari segi bahasanya, pepatah memperlihatkan penggunaan bahasa yang bijaksana dan indah. Keseimbangan patah pertama & kedua bukan hanya pada irama tetapi juga pada gambaran alam dan manusia.

• Contoh:1. Ada air adalah ikan = 2. Air dicincang tidak akan putus = 3. Bapa borek, anak rintik =

Page 44: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

BIDALAN

• Menurut Za’ba – bidalan lebih menitiberatkan teladan dan

pengajaran.

• Bentuk tidak seindah pepatah, adakalanya pendek / panjang.

• Kebanyakkan bidalan menggunakan bahasa harfiah

berbanding bahasa kiasan.

• Selain bidalan sebaris-sebaris, terdapat juga bidalan yang

panjang dan terdiri daripada banyak baris.

Page 45: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

Contoh-contoh bidalan sebarisBIDALAN MAKNA

Cubit peha kiri, peha kanan pun terasa sakit

Biar alah membeli, menang memakai Tidak mengapa berbelanja lebih untuk barang-barang yang berkualiti.

Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa

Manusia hanya mampu berusaha, tetapi hanya Tuhan saja boleh memakbulkan usaha itu.

Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar

Page 46: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

Contoh-contoh bidalan PanjangBIDALAN MAKNA

Harimau mati tinggal belangnya,Gajah mati tinggal tulangnyaManusia mati tinggal namanya

Hujan emas di negeri orang,Hujan batu di negeri sendiri,Baik juga negeri sendiri

Page 47: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

PERBILANGAN

• Za’ba – seakan-akan bidalan dan pepatah.

• Perbilangan terdapat sekurang-kurangnya dalam 2 baris, apabila

dibaca kedengaran seperti orang membilang, isinya juga sudah

menjadi undang-undang hidup.

• Boleh dikatakan sebahagian daripada kumpulan bidalan yang

mempunyai undang-undang yang wujud dalam kehidupan manusia.

Page 48: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

Contoh-contoh perbilangan yang berbentuk hampir sama dengan bidalan :

PERBIDALAN MAKNA

Hutang darah dibalas darah, Hutang nyawa,nyawa padahnya

Kecil jangan disangka anak, besar jangan dijangka bapa

Bulat air kerana pembentung,Bulat kata kerana muafakat

Page 49: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

SUMBER RUJUKAN

• Asmah Haji Omar, 2008. Bab 22: Bahasa Kiasan, Peribahasa,

Teka-teki,pP 158-168. Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala

Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

• Siti Hajar Abd Aziz, 2009. Bab 5: Semantik-Makna Denotatif

dan Makna Konotatif, pP 275-276. Bahasa Melayu ii Siri

Pendidikan Guru. Selangor, Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Page 50: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

Permainan raja di Jeddah,Anak-anak mandi di sangku,

Mohonkan ampun barang yang salah,Minta maaf madah terlalu.

Page 51: PEMBENTANGAN kmpln 5- Sharon, Regina, Ainura

TAMAT…