Pembentukan Modal Insan

download Pembentukan Modal Insan

of 20

Transcript of Pembentukan Modal Insan

  • 8/3/2019 Pembentukan Modal Insan

    1/20

    1

    1.0 Pengenalan

    Konsep modal insan mula diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun

    Abdullah Ahmad Badawi. Modal insan merupakan satu konsep yang diperkenalkan bagi

    membangunkan masyarakat di Malaysia supaya lebih berdaya saing dan berbakti kepada

    negara. Modal boleh dikatakan sebagai sumber atau punca untuk mendapatkan sesuatu yang

    diharapkan. Insan pula merujuk kepada manusia yang hidup di muka bumi ini. Jadi, modal

    insan ialah sumber yang perlu ada pada seseorang manusia untuk mendapatkan sesuatu yang

    dihajati. Memetik kata-kata Tun Abdullah Ahmad Badawi mengenai modal insan;

    Modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu

    kemewahan. Kerajaan dan rakyat harus bersama-sama mempunyai

    tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen.

    Pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang berterusan juga akan

    memastikan modal insan negara kekal relevan dengan kehendak

    industri dan pasaran semasa serta mampu berdepan dengan cabaran

    dan suasana persaingan antarabangsa yang kian meningkat.

    YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi

    (Perutusan Hari Pekerja, 1 Mei 2006)

    Walaupun konsep modal insan masih baru di Malaysia, namun penghayatan tentangnya

    semakin tinggi. Setiap masyarakat mulai sedar akan kepentingan untuk mendapatkan nilai

    modal insan dalam mempertingkatkan kemampuan diri. Hal ini turut disedari oleh para penulis

    tanah air yang tidak pernah lupa untuk memasukkan elemen yang dapat membangunkan

    sesuatu modal insan dalam setiap individu yang membaca karyanya.

  • 8/3/2019 Pembentukan Modal Insan

    2/20

    2

    2.0 Modal Insan dalam kesusasteraan Melayu

    Menurut Kamarudin Hj Husin( 1988:1), kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang

    disampaikan melalui bahasa. Daripada huraian yang diberi oleh Kamarudin Hj Husin tersebut,

    dapatlah dikatakan bahawa penulis menggunakan karya yang dihasilkan untuk menyampaikan

    sesuatu kepada pembaca. Pembinaan modal insan boleh diterapkan melalui karya yang

    dihasilkan oleh penulis kerana dengan karya yang dihasilkan, mereka boleh menggambarkan

    watak sebagai seorang yang berimej positif. Dengan gambaran watak yang positif dan baik

    tersebut, pembaca akan terkesan dengan pembacaannya seterusnya dapat menerapkan nilai

    modal insan dalam dirinya.

    Walaupun di Malaysia terdapat pelbagai karya yang dipasarkan, namun penulis yang

    baik akan cuba memasukkan unsur yang baik dalam karya mereka bagi membangunkan modal

    insan dalam diri seseorang itu. Seperti dalam novel Wajah Seorang Wanita, karya S.Othman

    Kelantan itu, beliau banyak menerapkan nilai-nilai yang terpuji dalam penceritaannya bagi

    menyedarkan pembaca seterusnya menjadikan karyanya satu karya yang bukan sahaja

    sekadar untuk dibaca tetapi juga mendidik.

    Di samping itu, modal insan turut diterapkan dalam pengajian Kesusateraan Melayu. Hal

    ini demikian kerana, dengan pembelajaran tentang konsep modal insan dan segala kandungan

    yang ada dalam modal insan akan menyedarkan pelajar tentang kepentingan membangunkan

    modal insan dalam diri setiap individu. Pembelajaran mengenai modal insan akan menjadikan

    pelajar lebih menghayati pengertian sebenar modal insan dan akan menjadikannya sebagai

    panduan dalam hidup.

  • 8/3/2019 Pembentukan Modal Insan

    3/20

    3

    3.0 Analisis Unsur-unsur Modal Insan dalam Novel Wajah Seorang Wanita, karya

    S.Othman Kelantan

    Novel Wajah Seorang Wanitamengisahkan tentang seorang wanita yang berasal dari golongan

    keluarga yang baik-baik. Watak utama dalam cerita ini ialah Siti Musalmah. Beliau merupakan

    seorang wanita yang sedari kecil memiliki pekerti yang mulia dan tidak pernah mendekati

    kemungkaran. Penceritaannya adalah bermula dari zaman remaja Siti Musalmah sehingga

    beliau mempunyai cucu. Dalam tempoh tersebut, beliau melalui pelbagai ujian yang getir seperti

    kehilangan ayah tersayang, kehilangan suami dan anak. Namun, beliau tetap cekal dalam

    menghadapi kehidupan. Kecekalan beliau berterusan apabila tiba Zaman Pendudukan Jepun di

    negara kita.Sememangnya beliau tidak dapat dinafikan memiliki kecekalan dan semangat yang

    tinggi.

    Menerusi nilai yang ada dalam diri Siti Musalmah ini, penulis dapat memupuk nilai yang

    baik seterusnya membangunkan pencapaian diri seseorang. Hal ini demikian kerana, lazimnya

    kekuatan tulisan adalah lebih tajam berbanding mata pedang. Jadi, daripada perumpamaan

    tersebut, tulisan akan lebih mempengaruhi seseorang berbanding dengan penggunaan medium

    lain.

    Justeru itu, novel ini boleh dilihat sebagai satu novel yang dapat meningkatkan dan

    membangunkan modal insan dalam diri seseorang. Sesungguhnya, modal insan boleh dipupuk

    sekiranya menggunakan cara yang betul dan mengikut saluran yang betul. Terdapat beberapa

    ciri-ciri yang dapat membangunkan modal insan dalam novel Wajah Seorang Wanitaini.

    3.1 Ketaatan terhadap orang yang lebih tua

    Dalam novel Wajah Seorang Wanitakarya S.Othman Kelantan, watak utama adalah Siti

    Musalmah. Beliau merupakan seorang wanita Kelantan yang sangat tinggi pekertinya.

    Beliau merupakan anak kepada Haji Nik Abdullah dan Sufiah. Ciri modal insan yang

  • 8/3/2019 Pembentukan Modal Insan

    4/20

    4

    dipaparkan dalam diri Siti Musalmah adalah ketaatannya terhadap orang yang lebih tua.

    Ketaatan kepada orang yang tua dilihat sebagai ciri modal insan kerana dengan

    ketaatan kepada orang yang lebih tua, kita akan lebih menghormati orang lain dan akan

    hadir perasaan tolak ansur dalam diri. Ciri positif ini akan dapat membentuk individu

    menjadi lebih bertanggungjawab kepada masyarakatnya. Ketaatan kepada orang tua

    ditonjolkan begitu jelas oleh Siti Musalmah dalam petikan di bawah;

    Dengan tiba-tiba Siti Musalmah berasa dia sudah diikat dengan

    tali yang kukuh dan dia tidak dapat bergerak sedikit pun. Dia

    tidak mungkin bersuara dalam segala apa masalah pun. Dia tidak

    boleh menolak penerimaan ayahnya terhadap sepupunya itu.

    Selama ini pun, dia tidak pernah mengatakan tidak mahu kepada

    Omar. Tetapi dia pun tidak pernah pula mengatakan mahu

    kepada Omar

    (Muka surat 70-71)

    Melalui petikan tersebut, Siti Musalmah tidak membantah apatah lagi

    memberontak apabila ayahnya memutuskan untuk menikahkannya dengan Omar.

    Walaupun Omar merupakan sepupu Siti Musalmah dan mereka saling mengenali sejak

    dari kecil, namun beliau menerima pinangan Omar. Hal ini demikian kerana, beliau amat

    mempercayai kedua ibu bapanya kerana baginya keputusan yang dibuat oleh ibu bapa

    merupakan keputusan yang terbaik. Selain daripada contoh itu, Siti Musalmah juga

    dikatakan sebagai seorang anak yang taat adalah kerana beliau tidak langsung

    membangkang apabila ayahnya mengajak mereka sekeluarga berpindah ke tempat

  • 8/3/2019 Pembentukan Modal Insan

    5/20

    5

    yang lebih jauh iaitu di desa sedangkan mereka sudah lama tinggal di Bandar. Hal ini

    dapat dibuktikan dengan teks di bawah;

    Mah nak ikut ayah. Ke mana ayah pergi, Mah tidak kisah. Adik-

    adik juga hendak ikut ayah. Kalau tumpang duduk rumah Mak Nik

    Mah pun, Mah tak kisah. Kalau ayah suka. Kalau ayah suka adik-

    adik punsuka. Bila ayah nak pindah?...

    (Muka surat 46-47)

    Ciri taat yang ada pada diri Siti Musalmah mampu mendidik adik-adiknya supaya

    turut taat kepada orang yang lebih tua. Hal ini demikian kerana Siti Musalmah

    merupakan anak yang sulung dan apabila adik-adiknya melihat sikap taatnya itu,

    mereka secara tidak langsung akan mengikut jejak langkah kakak mereka dan ini

    menunjukkan bahawa ciri taat yang ada pada diri Siti Musalmah mampu

    membangunkan sikap yang positif terhadap orang sekeliling. Ternyata, sikap taat

    merupakan salah satu ciri modal insan yang perlu ada pada setiap individu.

    3.1.1 Kepentingan Ketaatan dalam membangunkan Modal Insan masyarakat dan

    organisasi

    Ketaatan merupakan satu elemen yang cukup penting dalam sesebuah masyarakat atau

    sesebuah organisasi itu. Hal ini demikian kerana, sekiranya sikap taat ini wujud dalam

    diri setiap individu, sesebuah masyarakat atau organisasi itu akan dapat melaksanakan

    segala perancangan tanpa sebarang kerumitan. Sebagai contoh, seorang majikan akan

    memberikan arahan kepada orang bawahannya untuk menjalankan sesuatu projek atau

  • 8/3/2019 Pembentukan Modal Insan

    6/20

    6

    kerja. Sebagai pekerja yang taat, sudah semestinya pekerja itu akan melakukan

    pekerjaan yang disuruh oleh majikannya tanpa banyak kerenah dan melakukannya

    dengan penuh dedikasi. Namun, sekiranya sikap taat kepada ketua atau orang yang

    lebih tua ini tiada, maka ini akan merumitkan keadaan kerana segala kerja tidak akan

    dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Ternyata sikap taat kepada orang atasan akan

    menjadikan seseorang itu lebih berdedikasi dan disayangi ketua atau majikannya.

    3.2 Berpegang kepada ajaran agama

    Agama merupakan panduan dalam hidup setiap individu. Agama menjadikan kita

    mempunyai pegangan kita dan menghalang kita daripada melanggar norma kehidupan.

    Berpegang kepada ajaran agama merupakan ciri yang ada dalam membentuk insan.

    Dengan bermodalkan pegangan agama, seseorang itu akan dapat mengelakkan dirinya

    daripada melakukan perbuatan yang salah dan mendorong seseorang untuk selalu

    membuat kebaikan dan kebajikan.

    Dalam novel Wajah Seorang Wanita, Siti Musalmah merupakan seorang wanita

    yang sangat berpegang teguh kepada ajaran agama. Hal ini demikian kerana, beliau

    merupakan anak kepada Nik Abdullah, seorang mufti. Keluarga beliau amat menitik

    beratkan pengetahuan agama dan penghayatan yang kuat terhadap agama dalam

    hidup. Oleh kerana beliau sudah terdidik dengan ajaran agama yang kuat sejak dari

    kecil, maka beliau amat menjaga kelakuan dan sentiasa mengamalkan segala yang

    dituntut oleh agama. Sebagai contoh, beliau sering bersembahyang berjemaah bersama

    keluarganya dan akan membaca Al-Quran, usai sembahyang. Hal ini menunjukkan

    bahawa penulis cuba untuk mendidik pembaca agar lebih mendalami agama dan tidak

    berpaling kepada ajaran agama yang sebenar.

  • 8/3/2019 Pembentukan Modal Insan

    7/20

    7

    Dengan menerapkan ciri modal insan iaitu berpegang teguh kepada agama,

    maka penulis dapat mendidik pembaca secara halus. Walaupun dengan hanya

    menggunakan watak seorang perempuan, namun hasil karangannya dapat

    melembutkan hati pembaca dan seterusnya menghayatinya. Ciri berpegang teguh

    kepada agama ini adalah merupakan modal insan kerana dengan pegangan yang teguh

    terhadap agama, seseorang itu akan mengelakkan diri daripada melakukan sebarang

    kejahatan dan masyarakat akan menjadi harmoni kerana masing-masing memiliki

    pengetahuan yang tinggi terhadap agama.

    3.2.1 Kepentingan Berpegang kepada ajaran agama dalam membangunkan Modal

    Insan sesebuah organisasi

    Setiap agama memiliki peraturan-peraturan tertentu yang boleh dijadikan panduan

    dalam kehidupan mereka. Setiap agama mengajak penganutnya supaya melakukan

    amalan yang baik. Sebagaimana dalam agama islam, setiap individu mestilah membuat

    kebaikan dan menjauhi kejahatan. Pegangan agama yang kuat boleh menjadikan

    individu itu lebih menghayati agama yang mereka anuti dan akan berusaha

    menyempurnakan semua perkara yang dituntut dalam agama.

    Apabila seseorang itu sudah memiliki pegangan agama yang kuat, seseorang itu

    akan berusaha melakukan pekerjaan yang diberi oleh majikannya dengan penuh rasa

    tanggungjawab. Tambahan pula, jika seseorang itu memegang tanggungjawab yang

    besar, dia akan berusaha untuk menjaga amanah yang diberikan kepadanya. Hal ini

    dapat menunjukkan ciri modal insan kerana apabila semua pekerja menjalankan

    tanggungjawab yang diberikan dengan penuh komitmen dan dedikasi, maka proses

    perkembangan syarikat akan menjadi lancar dan dapat meningkatkan keuntungan

  • 8/3/2019 Pembentukan Modal Insan

    8/20

    8

    dalam sesebuah orgnaisasi tersebut. Sikap yang baik itu juga akan diteladani oleh

    semua pekerja lain dan mewujudkan masyarakat yang berdaya saing.

    3.3 Mahir dalam menggunakan sumber untuk kesejahteraan hidup

    Dalam novel Wajah Seorang Wanita, Siti Musalmah digambarkan sebagai seorang

    wanita yang pandai menggunakan sumber yang adal di sekelilingnya untuk dijadikan

    sumber pendapatan. Beliau sekeluarga mengusahakan sebuah Kilang Kayu. Pada

    awalnya, kilang kayu itu diuruskan oleh suaminya, namun setelah suaminya telah

    meninggal dunia, beliau yang menjalankan semua tugas yang ditinggalkan oleh arwah

    suaminya.

    Mahir dalam menggunakan sumber merupakan sesuatu yang berkaitan dengan

    modal insan. Hal ini demikian kerana, apabila seseorang itu mahir dalam menggunakan

    sumber untuk kesejahteraan hidupnya, dia tidak akan melakukan perbuatan mungkar

    seperti mencuri atau melakukan kesalahan jenayah semata-mata untuk wang. Mahir

    dalam menggunakan sumber merupakan unsur yang penting dalam membangunkan

    modal insan. Hal ini demikian kerana, apabila seseorang itu pandai dalam

    menggunakan sumber yang ada, dia akan menjadikan orang lain akan berasa disaingi,

    dan mereka akan cuba untuk mempertingkatkan diri mereka.

    Penulis ternyata memasukkan unsur modal insan dalam karyanya ini. Siti

    Musalmah merupakan seorang yang benar-benar mahir dalam menggunakan sumber

    yang ada. Hal ini dapat dibuktikan dengan petikan berikut;

    dalam perkembangan ini, Siti Musalmah telah menceburkan dirnya

    dalam kegiatan ekonomi itu. Dia bukan sahaja menguruskan kilang kayu

  • 8/3/2019 Pembentukan Modal Insan

    9/20

    9

    yang ditinggalkan oleh gemulah suaminya, tetapi juga menjalankan

    kegiatan memasarkan barangan keperluan rumah tangga seperti yang

    telah dilakukan sebelum kematian suaminya. Bezanya sekarang, untuk

    ke Terengganu Siti Musalmah tidak sekerap dulu. Dia banyak berurusan

    di rumah kerana sibuk menguruskan perniagaan kayunya yang

    memerlukan tumpuan yang sungguh-sungguh.

    (Muka surat 184)

    Petikan tersebut dapat menggambarkan bahawa Siti Musalmah seorang

    yang pandai menggunakan sumber yang ada di sekelilingnya. Beliau begitu

    pandai menguruskan perniagaan yang dimiliki keluarganya demi menyara ahli

    keluarganya. Walaupun tanggungjawab yang dipegangnya itu cukup besar,

    namun itu tidak menjadikan Siti Musalmah gentar, malah semakin bersemangat

    untuk menjalankan perniagaan yang ditinggalkan oleh suaminya itu.

    Melalui unsur modal insan yang terdapat dalam karya ini iaitu mahir

    menggunakan sumber yang ada, penulis dapat menerapkan kesedaran dalam

    diri pembaca. Pembaca akan bermotivasi tinggi untuk melakukan hal yang sama

    dengan watak dalam cerita. Selain itu, oleh kerana Siti Musalmah memiliki unsur

    modal insan iaitu mahir dalam menggunakan sumber, beliau akan mendorong

    orang di sekeliling beliau untuk turut berusaha menggunakan sumber yang ada

    sehingga menghasilkan keuntungan.

    Mahir menggunakan sumber merupakan satu keistimewaan yang mampu

    memberikan kebaikan kepada negara. Hal ini demikian kerana, apabila

    seseorang itu mahir dalam menggunakan sumber, dia akan dapat menghasilkan

  • 8/3/2019 Pembentukan Modal Insan

    10/20

    10

    produk yang baharu dan secara tidak langsung akan meningkatkan ekonomi

    negara. Oleh itu, watak Siti Musalmah yang mahir menggunakan sumber begitu

    baik digarap oleh penulis untuk memberikan manfaat kepada para pembacanya.

    3.3.1 Kepentingan Mahir menggunakan Sumber dalam sesebuah Organisasi

    Bersesuaian dengan konsep modal insan yang mementingkan pencapaian bagi

    seseorang, ternyata mahir menggunakan sumber merupakan satu aset yang

    bernilai bagi seseorang itu. Seseorang yang bijak menggunakan sumber yang

    ada di sekelilingnya akan beroleh satu kemenangan besar dan memberikan

    manfaat yang banyak kepada negara.

    Dalam sesebuah organisasi, seseorang itu perlu mahir dalam

    menggunakan sumber yang ada di sekelilingnya. Sebagai contoh, seseorang itu

    memiliki kepakaran dalam bidang multimedia, dan terdapat satu projek yang

    memerlukan kepakarannya itu. Jadi, dia perlu menggunakan ilmu yang ada

    padanya bagi memberikan kebaikan kepada seluruh organisasinya. Kelebihan

    yang dimiliki oleh seseorang itu wajar dikongsi oleh setiap anggota dalam

    organisasinya dan tidak hanya dimanfaatkan oleh individu itu sahaja.

    Sesungguhnya bakat atau kelebihan yang dimiliki oleh setiap orang

    apabila dikumpulkan akan memberikan keuntungan dan pencapaian berganda

    kepada sesebuah organisasi tersebut. Begitu juga halnya dengan guru. Apabila

    seorang guru itu bijak menggunakan sumber yang ada di sekelilingnya dan itu

    akan memberikan kebaikan kepada seluruh organisasi sesebuah sekolah itu.

  • 8/3/2019 Pembentukan Modal Insan

    11/20

    11

    3.4 Keberanian menegakkan kebenaran

    Dalam novel Wajah Seorang Wanita, Siti Musalmah digambarkan sebagai

    seorang wanita yang begitu berani menegakkan kebenaran. Pelbagai peristiwa

    yang dapat membuktikan bahawa beliau merupakan seorang wanita yang sangat

    berani. Namun, terdapat satu peristiwa yang benar-benar membuktikan

    keberanian Siti Musalmah. Kejadian ini berlaku apabila Siti Musalmah

    mengadakan majlis mencukur jambul cucunya yang dihadiri oleh ramai orang.

    Kehadiran orang yang begitu ramai menyebabkan Jepun mengesyaki bahawa

    mereka ingin mengadakan perjumpaan untuk menjatuhkan dan menentang pihak

    Jepun. Namun, dengan keberanian Siti Musalmah dan pertolongan daripada

    Encik Suzuki, tiada seorang pun yang dicederakan. Keberanian Siti Musalmah

    dapat dilihat melalui petikan ini;

    entah dengan kekuatan dan keberanian apa Siti

    Musalmah segera menampilkan dirinya di pintu yang terbuka luas

    itu. Siti Musalmah berada di tengah-tengahnya. Seorang askar

    Jepun cuba untuk menerjah masuk setelah naik ke atas jemuran

    kecil itu. Tetapi Siti Musalmah menahannya dengan tangannya.

    Siti Musalmah menghalang di tengah-tengah pintu

    ( muka surat 272-273)

    Dengan petikan di atas, ternyata Siti Musalmah begitu berani mempertahankan

    kebenaran walaupun dirinya hampir dibunuh oleh tentera Jepun. Beliau begitu berani

    menahan tentera Jepun itu daripada masuk ke dalam rumahnya dan menghalang

    tentera Jepun itu menggunakan tangannya. Beliau juga tawakal dengan keadaan itu di

  • 8/3/2019 Pembentukan Modal Insan

    12/20

    12

    mana beliau langsung tidak memikirkan keselamatan dirinya, tetapi beliau lebih

    memikirkan keselamatan para tetamu dan sanak-saudara yang hadir pada hari cukur

    cucunya itu. Beliau bersungguh-sungguh cuba menjelaskan kepada tentera Jepun

    tentang kebenaran yang sebenarnya.

    Daripada watak Siti Musalmah itu, penulis cuba untuk menyampaikan

    pengajaran kepada para pembaca supaya sentiasa berani menegakkan kebenaran.

    Adakalanya orang akan menipu dan tidak berkata benar sekiranya diugut untuk dibunuh

    atau sebagainya. Namun di sini, keberanian yang dimiliki oleh Siti Musalmah boleh

    menjadi unsur modal insan. Hal ini demikian kerana, aset keberanian yang dimilikinya

    dapat menyelamatkan ramai orang.

    Begitu juga halnya dengan seseorang yang bekerja dalam sesebuah organisasi.

    Dia akan sentiasa diuji dengan pelbagai cabaran yang kadangkala memerlukan

    keberanian untuk mengatasinya. Dalam sesebuah organisasi kadangkala akan

    terjadinya kes rasuah. Sekiranya, kita bersikap jujur dan berani menegakkan kebenaran,

    kita akan berani mengambil risiko mengadukan hal yang sebenarnya kepada Badan

    Pencegah Rasuah. Cara ini akan membuatkan orang ramai sedar akan keburukan

    rasuah dan akan cuba mengelakkan diri daripada rasuah. Adakalanya seseorang itu

    takut untuk berkata benar yang dapat menegakkan kebenaran kerana risau akan

    dibuang kerja oleh majikannya. Namun, sebagai orang yang memiliki modal insan yang

    tinggi, kita sewajarnya mengetepikan hal itu dan bersedia untuk menghadapi sebarang

    risiko.

    3.4.1 Kepentingan Berani menegakkan kebenaran dalam sesebuah organisasi

    Keberanian merupakan satu unsur modal insan yang dapat membangunkan

    masyarakat. Hal ini demikian kerana, dengan keberanian yang ada pada individu, akan

  • 8/3/2019 Pembentukan Modal Insan

    13/20

    13

    menjadikan seseorang itu berani mencuba hingga berjaya mendapatkan hasil yang luar

    biasa. Lazimnya, orang yang takut mengambil risiko akan mendapat kejayaan yang

    minima berbanding dengan orang yang berani mengambil risiko.

    Dalam sesebuah organisasi, setiap orang perlu memiliki keberanian untuk

    menegakkan kebenaran. Hal ini demikian kerana, dalam sesebuah organisasi akan

    terjadinya penipuan dan penyalahgunaan kemudahan yang diberikan oleh sesuatu

    organisasi tersebut. Jadi, sebagai seorang yang memiliki modal insan yang tinggi,

    seharusnya lebih berani untuk membongkarkan kekhilafan yang dilakukan oleh sesiapa

    sahaja dalam organisasi termasuklah orang atasan.

    Apabila setiap individu berusaha untuk bersikap berani dalam menjalankan tugas

    mereka, maka perjalanan dalam sesuatu organisasi itu akan menjadi lebih mudah dan

    lancar. Hal ini demikian kerana, unsur keberanian ini mampu memberi manfaat kepada

    orang lain dan seluruh organisasi. Dengan keberanian juga, pelbagai perkara baru daapt

    diterokai. Oleh itu, unsur berani menegakkan kebenaran juga merupakan salah satu

    elemen yang dapat membangunkan modal insan.

    3.5 Berpandangan Jauh

    Dalam novel Wajah Seorang Wanita ini, Siti Musalmah juga digambarkan sebagai

    seorang wanita yang bijak dan berpandangan jauh. Beliau begitu bijak dalam membuat

    sesuatu keputusan dan tidak mengambil keputusan secara terburu-terburu. Beliau akan

    berfikir baik dan buruk sebelum sesuatu keputusan itu dibuat. Pandangan jauh beliau ini

    menjadikan beliau seorang yang berjaya dan tidak mudah ditindas. Berpandangan jauh

    juga merupakan unsur yang dapat membangunkan modal insan. Hal ini demikian

  • 8/3/2019 Pembentukan Modal Insan

    14/20

    14

    kerana, seseorang yang berpandangan jauh akan mudah beroleh kejayaan kerana tidak

    terburu-buru dalam sesuatu hal.

    Dalam novel ini, Siti Musalmah berpandangan jauh iaitu apabila beliau terlebih

    dahulu menyimpan semua wangnya di tempat yang tidak akan ditemui oleh orang.

    Beliau sudah memikirkan kemungkinan bahawa beliau akan menghadapi kesusahan

    pada masa depan, dan membuatkan beliau tidak teragak-agak untuk menyimpan dahulu

    wang itu sebelum sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Petikan di bawah

    menggambarkan beliau ternyata seorang yang berfikiran jauh;

    Yang dirasakan lega, dia sudah menyelamatkan sedikit sebanyak

    wang tunia. Dia telah menyembunyikannya di satu tempat yang tidak

    mungkin ditemui dan tidak mungkin akan hilang walaupun rumahnya

    itu terbakar. Dia telah menanamkannya di satu tempat setelah

    dimasukkannya ke dalam sebuah guni kecil. Sebenarnya wang itu

    telah lama ditanamkannya sebelum lagi kegemparan serangan Jepun

    berlaku

    ( muka surat 250-251)

    Daripada petikan di atas, dapatlah dikatakan bahawa Siti Musalmah merupakan

    seorang yang sangat berpandangan jauh. Beliau sudah bersedia lebih awal walaupun

    beliau tidak tahu Jepun akan datang ke Tanah Melayu. Namun, berkat kelebihan dirinya

    yang berpandangan jauh itu membuatkan beliau tidak mensia-siakan sahaja duit yang

    dimiliki malah dapat digunakan oleh seluruh ahli keluarganya.

    Seseorang yang berpandangan jauh akan sentiasa mendapat kejayaan dalam

    hidupnya dan tidak akan begitu mudah ditimpa masalah. Berpandangan jauh adalah

    merupakan unsur modal insan kerana sekiranya seseorang itu memiliki pandangan yang

  • 8/3/2019 Pembentukan Modal Insan

    15/20

    15

    jauh terhadap sesebuah perkara, dia akan berjaya memperoleh sesuatu pencapaian.

    Selain itu, orang yang berada di sekitarnya akan menghormati orang yang

    berpandangan jauh itu. Seorang pemimpin yang berpandangan jauh juga mampu

    menjadikan negara lebih berjaya dan dikenali di mata dunia. Pemimpin yang

    berpandangan jauh adalah Tun Dr. Mahathir. Beliau merupakan seorang pemimpin yang

    benar-benar berpandangan jauh kerana semasa kejatuhan ekonomi yang begitu teruk

    pada tahun 1997 dahulu, beliau berpandangan jauh dengan menolak untuk meminjam

    daripada Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF). Hal ini demikian, sekiranya pada

    ketika itu Tun Dr. Mahathir meminjam wang daripada IMF, mata wang kita akan

    mengalami kejatuhan yang sangat teruk dan negara kita akan menjadi seperti negara

    Indonesia, India, dan beberapa lagi negara lain. Ternyata, pandangan yang jauh

    terhadap sesuatu perkara, dapat mengelakkan perkara yang buruk daripada berlaku.

    Daripada novel Wajah Seorang Wanita itu, ternyata penulisnya begitu

    mementingkan unsur-unsur modal insan yang dapat meningkatkan pencapaian bagi

    setiap individu. Beliau banyak memasukkan elemen modal insan dalam karya beliau ini

    bagi memberi pendidikan kepada pembacanya dan memberi kesedaran kepada para

    pembaca.

    3.5.1 Kepentingan Berpandangan Jauh dalam sesebuah organisasi

    Bagi menjadikan sesebuah organisasi itu boleh berkembang dengan lancar dan tiada

    masalah, pelbagai aspek perlu dititikberatkan. Antaranya, sikap setiap anggota

    sesebuah organisasi itu. Hal ini demikian kerana, setiap orang dalam sesebuah

    organisasi memainkan peranan bagi meningkatkan atau menjatuhkan sesebuah

    organisasi tersebut. Modal insan perlu diterap ke dalam setiap individu dalam sesebuah

    organisasi bagi menjadikan kelancaran dalam setiap perkara.

  • 8/3/2019 Pembentukan Modal Insan

    16/20

    16

    Sebagai seorang yang berfungsi sebagai penggerak dalam sesebuah organisasi,

    seseorang itu perlulah sentiasa berpandangan jauh dalam menjalankan setiap tugasnya.

    Hal ini demikian kerana, apabila seseorang itu tidak berfikiran pendek dalam membuat

    sesuatu keputusan, maka keputusan yang dicapai adalah lebih baik berbanding

    keputusan yang dibuat secara terburu-buru.

    Oleh itu, unsur berpandangan jauh sememangnya dapat meningkatkan

    keupayaan bagi seseorang itu. Hal ini demikian kerana, dengan pemikiran yang lebih

    jauh, kita dapat membuat persediaan dari awal sebelum sesuatu yang tidak baik

    berlaku. Oleh itu, pemikiran yang jauh mampu meningkatkan produktiviti dan kualiti

    dalam sesebuah organisasi itu.

    3.6 Berbudi Bahasa

    Orang Melayu memang terkenal dengan budi bahasanya. Hal ini demikian kerana,

    orang Melayu sedari kecil sudah diajar untuk berbudi bahasa dan diajar dengan

    pelbagai adat. Berbudi bahasa merupakan satu unsur modal insan yang dapat

    memberikan kebaikan yang amat besar. Seseorang yang berbudi bahasa akan sentiasa

    disayangi dan akan disanjung oleh orang lain. Seseorang yang santun tutur katanya

    juga akan menjadikan orang menjadi selesa dengannya dan turut memberi kebaikan

    kepada negara iaitu apabila kita berbudi bahasa dengan pelancong, mereka akan

    berasa dihargai dan akan datang lagi berkunjung ke negara kita seterusnya

    meningkatkan ekonomi negara.

    Dalam novel Wajah Seorang Wanita, Siti Musalmah merupakan perempuan

    Melayu yang cukup menjaga adab dan tutur katanya. Beliau sentiasa berlembut kata

  • 8/3/2019 Pembentukan Modal Insan

    17/20

    17

    dengan setiap orang yang bertutur dengannya. Beliau begitu menjaga perilakunya

    sebagai wanita islam dan tidak sesekali meninggikan suaranya kepada orang lain. Ciri

    ini merupakan unsur modal insan kerana mampu menjadikan seseorang itu menjadi

    lebih baik dan berbudi pekerti seterusnya mewujudkan suasana aman dalam sesebuah

    negara. Bayangkan sekiranya semua orang menjaga tutur kata dan tiada yang bersikap

    tidak sopan, tentulah pergaduhan tidak akan berlaku dan akan amanlah negara kita.

    Namun, apabila nilai berbudi bahasa ini tidak tumbuh di hati setiap insan, maka

    pergaduhan akan sentiasa terjadi di negara kita.

    Penulis begitu cermat dalam menggambarkan Siti Musalmah. Siti Musalmah

    kelihatan begitu sempurna dan tiada cacat celanya. Budi bahasanya yang tinggi

    menjadikan orang tertarik kepadanya. Sebagai contoh, Encik Suzuki sering memberikan

    pelbagai hadiah kepada beliau kerana kebaikannya. Siti Musalmah berbuat baik tanpa

    mengira pangkat dan keturunan. Beliau benar-benar ikhlas dalam menuturkan kata-

    katanya. Kelembutan bahasanya dapat dilihat melalui petikan di bawah;

    kalau benar seperti yang Cik Mat fikirkan untuk membela

    nasib kaum wanita, adalah elok kalau Cik Mat mengahwini adik

    saya, Siti Aisyah yang juga telah janda lebih awal dariapda saya.

    Adik saya itu pula bergantung hidup kepada saya. Tentu itu lebih

    bermakna dan tepat. Kalau benar-benar Cik Mat nak menolong,

    itulah yang sebenarnya, bukan dengan saya..

    (Muka surat 213)

    Daripada petikan tersebut, kita dapat lihat budi bahasa yang dimiliki oleh Siti

    Musalmah. Beliau begitu berlembut menolak pinangan Cik Mat itu. Walaupun beliau

  • 8/3/2019 Pembentukan Modal Insan

    18/20

    18

    kurang berkenan dengan Cik Mat, namun beliau tidak menolak mentah-mentah

    peminangan lelaki itu sebaliknya menolaknya dengan halus. Sesungguhnya bahasa

    yang digunakan oleh Siti Musalmah itu akhirnya difahami oleh Cik Mat. Sikap berbudi

    bahasa seharusnya perlu ada dalam setiap diri individu. Hal ini demikian kerana,

    terdapat pepatah iaitu budi bahasa budaya kita. Melalui pepatah tersebut, seseorang

    yang menjaga tutur katanya akan sentiasa memberikan cerminan yang baik kepada

    budaya dan bangsanya.

    3.6.1 Kepentingan Berbudi Bahasa dalam sesebuah organisasi

    Dalam sesebuah organisasi, tolak-ansur merupakan perkara yang terpenting yang perlu

    wujud dalam diri setiap individu. Hal ini demikian kerana, sekiranya semua orang

    bersikap tolak-ansur dan tidak mementingkan diri, maka tidak akan wujud masalah

    dalam sesebuah organisasi tersebut. Budi bahasa yang baik akan menjadikan setiap

    orang akan lebih menghormati orang lain dan tidak merendah-rendahkan orang lain.

    Budi bahasa yang tinggi juga akan menjadikan seseorang itu lebih menghargai

    perhubungan yang telah dijalin bersama ahli dalam sesebuah organisasi tersebut.

    Berbudi bahasa amat penting dalam mencipta hubungan yang berkesan. Hal ini

    demikian kerana, orang akan mengenali diri kita melalui perilaku dan tutur kata kita.

    Sekiranya kita memiliki tutur kata yang baik dan tidak kasar, orang akan lebih

    menghormati kita. Namun, sekiranya kita bersikap kasar dengan orang lain, orang akan

    memandang rendah kepada kita seterusnya membenci kita.

    Dalam sesebuah organisasi, mesyuarat akan dijalankan sekiranya terdapat

    sesuatu keputusan yang perlu dibincangkan bersama dan perancangan yang ingin

  • 8/3/2019 Pembentukan Modal Insan

    19/20

    19

    dilakukan. Sekiranya tiada nilai berbudi bahasa dalam diri setiap ahli dalam sesebuah

    organisasi tersebut, maka kesukaran akan timbul. Sekiranya semua orang ingin

    memberikan cadangan dan menggunakan kata-kata yang tidak sopan, maka keputusan

    yang terbaik tidak akan dapat dicapai. Jadi, sikap berbudi bahasa amat penting dan

    merupakan satu unsur dalam modal insan yang dapat meningkatkan keupayaan diri

    sseorang. Hal ini demikian kerana, apabila kita berbudi bahasa, orang akan lebih

    menyayangi kita dan akan menerima dengan baik apa yang kita akan sampaikan.

    Dengan budi bahasa juga, permuafakatan akan dapat dibina dan akan dapat

    menjalinkan hubungan yang lebih erat sesama manusia. Budi bahasa merupakan unsur

    modal insan yang perlu dimiliki oleh semua orang bagi meningkatkan kualiti diri dan

    masyarakat.

    4.0 Kesimpulan

    Tuntasnya, modal insan merupakan satu elemen penting yang perlu dimiliki oleh setiap individu.

    Seseorang yang memiliki modal insan yang tinggi akan memiliki ilmu yang menyeluruh sama

    ada dari segi lahiriah dan batiniah. Seharusnya setiap orang berusaha untuk menerapkan nilai-

    nilai yang baik agar dapat melahirkan modal insan yang dapat membangunkan negara.

    Pembinaan modal insan adalah sesuatu yang tidaklah terlalu sukar untuk direalisasikan, tetapi

    mempunyai cara tertentu bagi menggapainya.

    Seiring dengan harapan mantan Perdana Menteri kita iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi

    yang begitu mahukan terlahirnya modal insan kelas pertama dalam masyarakat Malaysia, kita

    sebagai bakal pendidik perlulah merancang dan menerapkan semua ciri-ciri modal insan ke

    dalam diri pelajar agar harapan itu berjaya diraih. Dengan memiliki modal insan, negara akan

    lebih maju dan terhindar daripada segala budaya yang tidak bermoral. Masyarakat juga akan

    dapat hidup dalam keadaan yang lebih harmoni dan aman. Oleh itu, bersama-samalah kita

  • 8/3/2019 Pembentukan Modal Insan

    20/20

    20

    menyemai nilai modal insan dalam diri setiap individu sama ada melalui penulisan atau lisan.

    Sesungguhnya sastera menjadi medium untuk mendidik anak bangsa supaya berubah menjadi

    lebih baik dan berbudi pekerti. Benarlah sastera benar-benar mendidik bangsa.