PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata...

35
PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI TENAGA DAN PERUBAHAN KIMIA BAGI MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT ROSLINA BINTI NGAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata...

Page 1: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran ... bab perkara muka surat borang ... kesimpulan dan cadangan 5.0 pendahuluan

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN

KENDIRI TENAGA DAN PERUBAHAN KIMIA BAGI MATA PELAJARAN

SAINS TINGKATAN EMPAT

ROSLINA BINTI NGAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran ... bab perkara muka surat borang ... kesimpulan dan cadangan 5.0 pendahuluan
Page 3: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran ... bab perkara muka surat borang ... kesimpulan dan cadangan 5.0 pendahuluan

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN

MODUL PENGAJARAN KENDIRI

TENAGA DAN PERUBAHAN KIMIA BAGI

MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT

ROSLINA BINTI NGAH

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2004

Page 4: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran ... bab perkara muka surat borang ... kesimpulan dan cadangan 5.0 pendahuluan
Page 5: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran ... bab perkara muka surat borang ... kesimpulan dan cadangan 5.0 pendahuluan

iii

Page 6: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran ... bab perkara muka surat borang ... kesimpulan dan cadangan 5.0 pendahuluan

iv

DEDIKASI

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah yang Maha Esa kerana

dengan izin, kasih sayang dan segala limpah kurniaNya,

laporan projek ini berjaya dibuat dengan jaya.

Buat ayahanda dan bonda yang tercinta, terima kasih kepadamu tidak terhingga.

Berkat doa restumu, aku berjaya menjadi seorang manusia berguna.

Segala pengorbananmu menjadi pendorong kejayaanku.

Sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaanmu jua.

Semoga Allah sentiasa meredhai kehidupanmu.

Buat kekanda dan adinda, terima kasih atas doronganmu.

Nasihat kalian sentiasa terpahat di sanubari ini.

Buat penyeliaku, terima kasih atas tunjuk ajarmu. Jasamu tidak terhingga,

Hanya Allah yang mampu membalasnya.

Terima kasih jua buat rakan seperjuangan dan teristimewa buat Razi.

Dorongan dan bantuanmu amat dihargai. Semoga hidup kalian

akan sentiasa bahagia di dunia dan akhirat serta diredhai Allah

yang Maha Kuasa.

Page 7: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran ... bab perkara muka surat borang ... kesimpulan dan cadangan 5.0 pendahuluan

v

PENGHARGAAN

Segala pujian baji Allah s.w.t kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya

memberikan kemudahan, kekuatan, kesabaran dan kesungguhan sehingga Projek Sarjana

Muda ini berjaya disempurnakan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga khas

kepada penyelia, Profesor Madya Dr. Hj. Shaharom bin Noordin di atas segala

bimbingan dan tunjuk ajar yang bersungguh-sungguh dalam penghasilan Projek Sarjana

Muda ini. Hanya Allah yang mampu membalas segala budi baik beliau.

Jutaan terima kasih kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan

Pendidikan Negeri Johor, tuan atau puan Pengetua serta para guru Sekolah Menengah

Kebangsaan Sri Tanjung; Sekolah Menengah Kebangsaan Benut; Sekolah Menengah

Kebangsaan Ayer Baloi; Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perhentian; Sekolah

Menengah Kebangsaan Dato’ Penggawa Barat; Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’

Ali Haji Ahmad; Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd. Yunos Sulaiman dan

Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 34 yang kesemuanya terletak di daerah Pontian

kerana memberikan kerjasama di dalam menjayakan kajian ini.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sudi memberikan buah

fikiran dan pandangan yang amat berharga ketika penyelidik ketandusan idea. Selain

itu, terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam

menyiapkan Laporan Sarjana Muda ini. Budi baik anda semua tidak akan dilupakan.

Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada anda semua di dunia dan akhirat.

Page 8: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran ... bab perkara muka surat borang ... kesimpulan dan cadangan 5.0 pendahuluan

vi

ABSTRAK Pemilihan dan penggunaan bahan yang bermutu telah memberikan kesan yang

besar dari segi tahap kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap ilmu pengetahuan

yang disampaikan oleh guru. Tujuan kajian ini adalah untuk membina dan menilai

status kesesuaian tiga MPK Tenaga dan Perubahan Kimia (Perubahan Kimia dan

Perubahan Fizik; Perubahan Haba dalam Tindak Balas Kimia; dan Kereaktifan Logam)

bagi mata pelajaran Sains tingkatan empat berdasarkan kurikulum Sains terkini (PPK,

2003) menggunakan Model Teras-Cabang (Shaharom, 1994). Status kesesuaian MPK

yang dibina dinilai secara penilaian formatif. Seramai 14 orang guru mata pelajaran

Sains terlibat dalam dua tahap penilaian formatif iaitu Penilaian Formatif Satu Dengan

Satu (PFSS) dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK). Penilaian formatif juga

dilakukan merentas satu pemboleh ubah bebas iaitu kedudukan sekolah. Satu set soal

selidik iaitu Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) (Guru) yang

dibina oleh Shaharom (1994) digunakan sebagai alat kajian dan data yang diperolehi

dianalisis secara statistik deskriptif dalam bentuk min dan sisihan min. Hasil kajian

mendapati MPK Tenaga dan Perubahan Kimia yang dibina amat sesuai (PFSS) dan

sesuai (PFKK) digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dan memenuhi

keperluan kurikulum bagi mata pelajaran Sains tingkatan empat. Di samping itu,

keputusan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan terhadap status

kesesuaian MPK Tenaga dan Perubahan Kimia merentas kedudukan sekolah dalam

PFSS (status: amat sesuai) dan PFKK (status: sesuai). Implikasi bagi MPK yang

dihasilkan ini dapat memberi kebaikan kepada pelajar, guru dan penggubal kurikulum

dari segi mutu bahan yang digunakan.

Page 9: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran ... bab perkara muka surat borang ... kesimpulan dan cadangan 5.0 pendahuluan

vii

ABSTRACT

The selection and use of quality materials have greatly affected students level of

understanding on the knowledge and students ability to acquire the knowledge delivered

by the teachers. The aim of this study is to develop and evaluate the suitability status of

the three SIMs Tenaga dan Perubahan Kimia (Perubahan Kimia dan Perubahan Fizik;

Perubahan Haba dalam Tindak Balas Kimia; and Kereaktifan Logam) for form four

Science subject based on the latest Science curriculum (PPK, 2003) using the Teras-

Cabang Model (Shaharom, 1994). The SIMs suitability status developed was evaluated

formatively. 14 Science teachers were involved in two levels formative evaluations: The

One To One Formative Evaluation (OOFE) and The Small Group Formative Evaluation

(SGFE). The formative evaluations was carried out were based on one independent

variable: school location. A set of questionnaires designed by Shaharom (1994) called

as Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) (Guru) was used as the

instrument of this study and the data obtained was analysed using the descriptive

statistics in the form of mean and mean deviation. Results of the study found that the

SIMs Tenaga dan Perubahan Kimia designed was very suitable (OOFE) and suitable

(SGFE) as a teaching and learning materials and would fulfil the needs of the curriculum

in the form four Science subject. Futhermore, the results also showed that there were no

differences in the suitability status of the MPK Tenaga dan Perubahan Kimia based on

the school location in OOFE level (status: very suitable) and SGFE (status: suitable).

The implications of the SIMs produced will benefit students, teachers and curriculum

developer in terms of the quality of the materials used.

Page 10: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran ... bab perkara muka surat borang ... kesimpulan dan cadangan 5.0 pendahuluan

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

HALAMAN JUDUL

PENGESAHAN PENYELIA ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB I PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

1.1 Latar Belakang Masalah 2

1.1.1 Teks Yang Kurang 3

Penglibatan Pelajar

Page 11: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran ... bab perkara muka surat borang ... kesimpulan dan cadangan 5.0 pendahuluan

ix

1.1.2 Gambar Rajah Yang Kurang 6

Penglibatan Pelajar

1.1.3 Soalan Di Akhir Bab Yang 7

Kurang Penglibatan Pelajar

1.1.4 Ringkasan Bab Yang Kurang 9

Penglibatan Pelajar

1.1.5 Objektif Pembelajaran Yang 10

Kurang Penglibatan Pelajar

1.1.6 Aktiviti Yang Kurang 11

Penglibatan Pelajar

1.1.7 Bahasa Melayu Merentas 13

Kurikulum

1.2 Pernyataan Masalah 15

1.3 Objektif Kajian 15

1.4 Persoalan Kajian 16

1.5 Rangka Kerja Konsep 17

1.6 Kepentingan Kajian 18

1.6.1 Pelajar 18

1.6.2 Guru 19

1.6.3 Penggubal Kurikulum 19

1.7 Skop Kajian 20

1.8 Istilah 21

1.8.1 Bahan Pengajaran 21

1.8.2 Guru Mata Pelajaran Sains 21

1.8.3 Kesesuaian 21

1.8.4 Modul Pengajaran Kendiri 22

1.8.5 Penilaian Formatif 22

1.8.6 Penilaian Formatif Satu 22

Dengan Satu

1.8.7 Penilaian Formatif Kelompok 22

Kecil

Page 12: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran ... bab perkara muka surat borang ... kesimpulan dan cadangan 5.0 pendahuluan

x

1.8.8 Kedudukan Sekolah 23

1.9 Rumusan 23

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.0 Pendahuluan

2.1 Teori-teori Berkaitan Modul

Pengajaran Kendiri

2.1.1 Penilaian Formatif

2.1.1.1 Penilaian Formatif 26

Satu Dengan Satu

2.1.1.2 Penilaian Formatif 28

Kelompok Kecil

2.1.1.3 Penilaian Formatif 29

Percubaan Lapangan

2.1.2 Model-model MPK 30

2.1.2.1 Model Burns 30

2.1.2.2 Model Klingstedt 31

2.1.2.3 Model Eijl 32

2.1.2.4 Model de Vito-Krockover 33

2.1.2.5 Model Meyer 34

2.1.3 Model Teras-Cabang 35

2.1.3.1 Pengenalan 35

2.1.3.2 Isi Kandungan 36

2.1.3.3 Penilaian Kendiri 36

2.1.3.4 Pengukuhan 36

2.1.3.5 Maklum Balas 38

2.1.3.6 Rujukan 38

Page 13: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran ... bab perkara muka surat borang ... kesimpulan dan cadangan 5.0 pendahuluan

xi

2.1.4 Rasional Penggunaan Model 38

Teras-Cabang

2.1.5 Strategi Pembelajaran 41

Penguasaan

2.2 Kajian-kajian Tentang Pembinaan 45

MPK

2.2.1 Kajian Tentang Pembinaan 45

Dan Penilaian MPK Dalam

Bidang Pendidikan Sains

2.2.2 Kajian Tentang Pembinaan 47

Dan Penilaian MPK Dalam

Bidang Pendidikan Fizik

2.2.3 Kajian Tentang Pembinaan 50

Dan Penilaian MPK dalam

Bidang Pendidikan Biologi

2.2.4 Kajian Tentang Pembinaan 51

Dan Penilaian MPK Merentas

Kedudukan Sekolah

2.3 Rumusan 52 b

BAB III PENGKAEDAHAN

3.0 Pendahuluan

3.1 Reka Bentuk Kajian

3.2 Tajuk-tajuk MPK 55

3.3 Subjek Kajian 55

3.4 Alat Kajian 56

3.5 Tatacara Kajian 57

Page 14: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran ... bab perkara muka surat borang ... kesimpulan dan cadangan 5.0 pendahuluan

xii

3.5.1 Kajian Tahap Satu: 58

Pembinaan MPK

3.5.2 Kajian Tahap Dua : 60

Kajian Rintis Dan Penilaian

Formatif

3.5.3 Kajian Tahap Ketiga: 61

Analisis Data dan Maklumat

3.6 Andaian 62

3.7 Batasan Kajian 63

3.8 Rumusan 64

BAB IV KEPUTUSAN KAJIAN

4.0 Pendahuluan

4.1 Kajian Rintis 66

4.2 Penilaian Formatif 66

4.2.1 Persoalan Kajian 1 67

4.2.2 Persoalan Kajian 2 68

4.2.3 Persoalan Kajian 3 69

4.2.4 Persoalan Kajian 4 71

4.3 Rumusan 72

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN

5.0 Pendahuluan

5.1 Ringkasan Dan Perbincangan

Page 15: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran ... bab perkara muka surat borang ... kesimpulan dan cadangan 5.0 pendahuluan

xiii

5.2 Kesimpulan 80

5.3 Implikasi 81

5.3.1 Pelajar 81

5.3.2 Guru 83

5.3.3 Bahagian Buku Teks 84

5.3.4 Penggubal Kurikulum 84

5.4 Cadangan 85

5.5 Cadangan Penyelidikan Masa Depan 87

5.6 Rumusan 89

BIBLIOGRAFI 91

LAMPIRAN

Lampiran A-H 98-113

Page 16: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran ... bab perkara muka surat borang ... kesimpulan dan cadangan 5.0 pendahuluan

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Tafsiran Indeks Bagi Menilai Penglibatan Pelajar 4

Di Dalam Sesebuah Buku Atau Rujukan

1.2 Tafsiran Pola Hubungan Antara Aktiviti Dengan 13

Ingatan

2.1 Kriteria Utama Untuk Membuat Keputusan 27

Semasa Melakukan Penilaian

2.2 Perbandingan Model-model Modul Pengajaran 40

Kendiri (MPK)

2.3 Peringkat Taksonomi Bloom 41

2.4 Jenis Pembelajaran Bloom 42

4.1 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu Oleh Guru 67

Mata Pelajaran Sains

4.2 Penilaian Formatif Kelompok Kecil Oleh Guru 68

Mata Pelajaran Sains

4.3 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu Oleh Guru 70

Mata Pelajaran Sains Terhadap Kedudukan Sekolah

4.4 Penilaian Formatif Kelompok Kecil Oleh Guru 72

Mata Pelajaran Sains Terhadap Kedudukan Sekolah

5.1 Perbandingan Penilaian Kesesuaian Status MPK Oleh 79

Guru Mata Pelajaran Sains Terhadap Kedudukan Sekolah

Page 17: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran ... bab perkara muka surat borang ... kesimpulan dan cadangan 5.0 pendahuluan

xv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Rangka Kerja Konsep 17

2.1 Konsep Penyediaan Bahan Untuk Bahagian 37

Pemulihan Dan Pengayaan Model

Teras-Cabang

2.2 Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Bermodul 43

3.1 Rangka Kerja Kajian Keseluruhan 57

3.2 Rangka Kerja Kajian Tahap Satu 58

3.3 Rangka Kerja Pembinaan MPK 59

3.4 Rangka Kerja Kajian Rintis 60

3.5 Rangka Kerja Penilaian Formatif 61

Page 18: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran ... bab perkara muka surat borang ... kesimpulan dan cadangan 5.0 pendahuluan

xvi

SENARAI SINGKATAN

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

MPK - Modul Pengajaran Kendiri

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

BMMK - Bahasa Melayu Merentas Kurikulum

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

PFSS - Penilaian Formatif Satu Dengan satu

PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

PFPL - Penilaian Formatif Percubaan Lapangan

Page 19: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran ... bab perkara muka surat borang ... kesimpulan dan cadangan 5.0 pendahuluan

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri 98

(MPK) (Guru)

B Pengesahan Guru 103

C Pengesahan MPK 104

D Jadual Skala Pemeringkatan Untuk Soal Selidik 106

Kesesuaian

E Surat Kelulusan KPM 107

F Surat Kelulusan Jabatan Pendidikan Negeri Johor 109

G Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan Universiti 110

Teknologi Malaysia

H Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tingkatan Empat 111

(Perubahan Kimia dan Perubahan Fizik Sehingga

Kereaktifan Logam)

Page 20: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran ... bab perkara muka surat borang ... kesimpulan dan cadangan 5.0 pendahuluan

BAB I

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Pendidikan merupakan wacana penting untuk menjadikan Malaysia sebagai

sebuah negara yang maju sepenuhnya pada tahun 2020. Di samping itu, pendidikan

memainkan peranan penting bagi melahirkan pelajar yang berpengetahuan tinggi

sesuai dengan cabaran yang perlu dihadapi bagi mencapai Wawasan 2020 iaitu untuk

“membentuk sebuah masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat inovatif yang

memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga

penyumbang kepada tamadun, sains dan teknologi masa depan” (Ee, 1995: 392). Salah

satu sumbangan yang dapat diberi melalui dunia pendidikan adalah dengan

menerbitkan bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Pada masa kini, terdapat pelbagai bahan P&P yang berada di pasaran. Ini jelas

menunjukkan bahawa penerbitan bahan ilmiah ini semakin bertambah. Namun,

adakah ia bermutu atau sekadar bertujuan untuk meraih keuntungan semata-mata?

Oleh itu, guru harus bijak memilih bahan P&P yang bermutu supaya pelajar dapat

memanfaatkannya di dalam pembelajaran mereka. Guru juga janganlah terpedaya

dengan kecantikan fizikal semata-mata tanpa mengambil kira isi pelajaran yang

terkandung di dalamnya seperti kata pepatah Inggeris, don’t judge the book from it’s

cover.

Page 21: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran ... bab perkara muka surat borang ... kesimpulan dan cadangan 5.0 pendahuluan

2

Pihak Kementerian Pendidikan dan guru haruslah memikirkan cara untuk

menangani masalah mutu bahan P&P yang kurang bermutu ini. Persoalan yang timbul

ialah adakah bahan P&P yang ada di pasaran sekarang sesuai untuk digunakan? Para

guru percaya bahawa kebanyakan pelajar boleh menguasai mata pelajaran tertentu

dengan syarat mereka diberi masa yang mencukupi untuk mempelajari mata pelajaran

berkenaan (Shaharom, 2003). Persoalannya, adakah bahan P&P sekarang mengambil

kira aspek perbezaan individu ini? Bagi mengatasi masalah ini, maka pelajar perlulah

menggunakan strategi pembelajaran penguasaan iaitu “salah satu strategi yang boleh

digunakan dalam proses P&P sesuatu mata pelajaran yang diindividukan seperti dalam

pembelajaran bermodul” (Shaharom, 2003: 4). Bahan P&P yang sesuai dibina bagi

tujuan ini adalah seperti modul pengajaran kendiri (MPK).

Pembinaan MPK memberi penekanan kepada penglibatan pelajar secara aktif

iaitu mereka sendiri yang memilih tahap pembelajaran yang ingin diikuti mengikut

kemampuan diri. Hal ini jelas memberi kebebasan kepada pelajar iaitu mereka tidak

terikat dengan huraian sukatan pelajaran yang diikuti oleh guru. MPK juga membantu

pelajar mengenal pasti kelebihan dan kelemahan diri supaya mereka dapat mempelajari

semula bahan pembelajaran berkenaan menerusi aktiviti-aktiviti pemulihan yang

disediakan di dalam MPK ini (Shaharom, 2000b).

Oleh itu, dengan pembinaan MPK ini diharapkan pelajar dapat

mempertingkatkan tahap pencapaian akademik dan pengkonsepan dalam aktiviti

pembelajaran seharian amnya dan khususnya bagi mata pelajaran Sains.

1.1 Latar Belakang Masalah

Pada tahun 2020, Malaysia ingin menjadikan hasratnya sebagai sebuah negara

yang maju dalam pelbagai bidang menjadi kenyataan. Jika ianya dilihat daripada

Page 22: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran ... bab perkara muka surat borang ... kesimpulan dan cadangan 5.0 pendahuluan

3

perspektif bidang pendidikan, kemajuan yang diingini dapat dicapai menerusi

kecemerlangan akademik. Namun, kecemerlangan akademik tidak akan tercapai

sekiranya masalah kesukaran mendapatkan bahan P&P yang bermutu tidak diatasi. Ini

kerana penyediaan bahan P&P yang bermutu adalah penting bagi mengembangkan

potensi individu di dalam diri setiap pelajar agar sejajar dengan matlamat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (Shaharom, 1993).

Oleh itu, di dalam penyediaan bahan P&P yang bermutu tinggi, aspek-aspek

seperti teks, gambar rajah, soalan di akhir bab, ringkasan bab, aktiviti yang

menekankan penglibatan pelajar (Romey, 1968), objektif pembelajaran dan

pencemaran bahasa perlulah diberi penekanan agar guru dapat memilih bahan P&P

yang terbaik untuk pengajarannya.

1.1.1 Teks Yang Kurang Penglibatan Pelajar

Bahan P&P yang bermutu mengandungi teks yang merangkumi aspek-aspek

(Romey, 1968):

a. Kenyataan fakta iaitu kenyataan mudah yang menyampaikan atau

mempersembahkan data atau pemerhatian yang dibuat oleh orang lain.

b. Kesimpulan atau generalisasi iaitu pendapat penulis tentang maksud atau

perkaitan antara unsur-unsur yang terdapat dalam satu siri fakta.

c. Takrifan.

d. Soalan yang dikemukakan mempunyai jawapan segera terdapat di dalam teks.

e. Soalan yang memerlukan pelajar menilai data.

f. Kenyataan yang memerlukan pelajar membuat kesimpulan sendiri.

g. Arahan yang meminta agar pelajar menilai dan menyelesaikan sesuatu aktiviti

atau kenyataan yang berbentuk masalah.

h. Soalan yang dikemukakan untuk menaikkan minat pelajar tetapi tidak terdapat

jawapan segera dalam teks.

Page 23: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran ... bab perkara muka surat borang ... kesimpulan dan cadangan 5.0 pendahuluan

4

Indeks penglibatan pelajar yang terdapat di dalam sesuatu buku atau

bahan rujukan ditafsirkan mengikut tafsiran indeks seperti berikut:

Jadual 1.1 Tafsiran Indeks Bagi Menilai Penglibatan Pelajar Di Dalam

Sesebuah Buku Atau Rujukan.

Nilai indeks Tafsiran

0 Tiada penglibatan pelajar.

<0.4 Autotarian dan kurang mencabar (hafalan dan takrifan).

1.0 Buku yang seimbang di antara kenyataan-kenyataan yang tiada

penglibatan pelajar dengan kenyataan-kenyataan yang memerlukan

pemikiran pelajar.

>1.5 Tanpa isi kandungan iaitu hanya soalan dikemukakan dan maklumat

atau data yang diberi tidak mencukupi untuk pelajar belajar dengan

berkesan.

Infiniti Setiap kenyataan dan gambar rajah tidak mengandungi isi kandungan

dan memerlukan pelajar membuat analisis.

(Sumber: Ubahsuai Romey, 1968)

Daripada penilaian kuantitatif yang dilakukan oleh Teyew (2001) terhadap

buku KBSM Sains Tingkatan 3 (Choong et al., 1990) mendapati indeks bagi teksnya

0.02 dan Husna (2001) terhadap buku KBSM Sains tingkatan 5 (Tan et al., 1996)

mendapati indeks teknya adalah 0.07. Berdasarkan Jadual 1.1, nilai indeks ini

menunjukkan teksnya hampir tiada melibatkan penglibatan pelajar. Buku ini amat

mementingkan pembelajaran secara hafalan yang kurang memberi penglibatan kepada

pelajar di dalam kemahiran berfikir dan kemahiran proses sains (Teyew, 2001). Buku

ini perlu menyeimbangkan antara kenyataan yang memerlukan penglibatan pelajar

Page 24: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran ... bab perkara muka surat borang ... kesimpulan dan cadangan 5.0 pendahuluan

5

secara aktif dan pasif kerana ingatan pelajar bergantung kepada aktiviti dan kaedah

yang digunakan (Husna, 2001).

Daripada penilaian kuantitatif yang dilakukan oleh Sharifah (2001) terhadap

buku Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Sains Tingkatan 5 (Tan et

al.,1992) mendapati indeks bagi teksnya 0.15 dan Nora (2001) terhadap buku Sains

Tingkatan 4 KBSM (Chong et al., 2001) mendapati indeks bagi teksnya adalah 0.25.

Berdasarkan Jadual 1.1, nilai indeks ini menunjukkan teksnya bersifat autotarian dan

kurang mencabar. Buku ini amat mementingkan aspek fakta, generalisasi dan takrifan

yang terdapat di dalam teks. Ini jelas menunjukkan teksnya kurang memberi peluang

kepada para pelajar untuk menaikkan semangat inkuiri dan tidak dapat meningkatkan

pemikiran kritis dan kreatif dalam pembelajaran mereka (Sharifah, 2001).

Daripada penilaian kuantitatif yang dilakukan oleh Wan Norliza (2001)

terhadap buku KBSM Sains Tingkatan 2 ( Lim et al., 1990) mendapati indeks bagi

teksnya 0.63. Berdasarkan Jadual 1.1, nilai indeks ini menunjukkan teksnya lebih baik

tetapi masih kurang penglibatan pelajar ditekankan. Buku ini perlu memberi

penekanan yang lebih banyak terhadap teks berbentuk penilaian data, kenyataan yang

memerlukan pelajar membuat kesimpulan sendiri, analisis data dan soalan

dikemukakan tidak terdapat jawapan segera dalam teks. Ini jelas menunjukkan teksnya

terlalu sedikit memberi peluang kepada para pelajar untuk membuat rumusan sendiri

tentang aktiviti atau fakta yang diberi di dalam teks (Wan Norliza, 2001).

Matlamat Kurikulum Sains KBSM menekankan bahawa setiap pelajar harus

mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk diamalkan di dalam kehidupan seharian

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000). Hal ini jelas menunjukkan bahawa teks di

dalam sesebuah buku mesti turut memberi kemahiran di dalamnya dan bukan sekadar

menekankan kepada fakta semata-mata yang akhirnya akan memberi dorongan kepada

pelajar untuk belajar secara hafalan. Jika hal ini berlaku, proses kesinambungan antara

pengetahuan sedia pelajar dengan pengetahuan baru berlaku tetapi sayangnya tanpa

Page 25: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran ... bab perkara muka surat borang ... kesimpulan dan cadangan 5.0 pendahuluan

6

kemahiran ia tidak dapat digunakan dalam kehidupan seharian.

1.1.2 Gambar Rajah Yang Kurang Penglibatan Pelajar

Bahan P&P yang bermutu mengandungi gambar rajah yang merangkumi aspek-

aspek (Romey,1968):

a. Digunakan hanya untuk tujuan penerangan.

b. Pelajar perlu melakukan sesuatu aktiviti atau menggunakan data.

Daripada penilaian kuantitatif yang dilakukan oleh Husna (2001) terhadap buku

KBSM Sains Tingkatan 5 (Tan et al., 1996) mendapati indeks bagi gambar rajahnya

0.10. Berdasarkan Jadual 1.1, nilai indeks ini menunjukkan gambar rajahnya hampir

mencecah nilai 0.00 iaitu hampir tiada melibatkan penglibatan pelajar. Gambar rajah

di dalam buku ini hanya bertujuan untuk memberi sesuatu penerangan.

Daripada penilaian kuantitatif yang dilakukan oleh Teyew (2001) terhadap

buku KBSM Sains Tingkatan 3 (Choong et al., 1990) mendapati indeks bagi gambar

rajahnya 0.31, Noor Hayati (2001) terhadap buku Sains Tingkatan 1 (Bah et al., 2001)

mendapati indeks bagi gambar rajahnya 0.40 dan Hamimah (2001) terhadap buku

KBSM Sains Tingkatan 4 (Lau et al., 1998) mendapati indeks bagi gambar rajahnya

0.47. Berdasarkan Jadual 1.1 nilai indeks ini, menunjukkan gambar rajahnya bersifat

bersifat autotarian dan kurang mencabar. Buku ini kurang sesuai digunakan kerana

gambar rajahnya jarang mengemukakan aktiviti atau data yang boleh menguji

kemahiran saintifik para pelajar (Teyew, 2001). Selain itu, gambar rajah di dalam

buku ini bertujuan untuk penerangan konsep, fakta atau eksperimen semata-mata tanpa

cuba untuk memberi peluang kepada penglibatan aktif pelajar. Walaupun gambar rajah

yang disediakan di dalam buku ini menarik tetapi ia tidak merangsang pemikiran

pelajar untuk membuat penyelidikan sendiri tentang sesuatu fenomena atau fakta (Noor

Hayati, 2001).

Page 26: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran ... bab perkara muka surat borang ... kesimpulan dan cadangan 5.0 pendahuluan

7

Daripada penilaian kuantitatif yang dilakukan oleh Sharifah (2001) terhadap

buku KBSM Sains Tingkatan 5 (Tan et al., 1992) mendapati indeks bagi gambar

rajahnya 0.62. Berdasarkan Jadual 1.1, nilai indeks ini menunjukkan gambar rajahnya

lebih baik kerana lebih menekankan penglibatan pelajar. Buku ini kurang sesuai

digunakan kerana pelajar kurang berpeluang untuk melakukan sesuatu aktiviti atau

menggunakan data daripada gambar rajah yang diberi (Sharifah, 2001).

Objektif mata pelajaran Sains KBSM ialah pelajar boleh meningkatkan

kemahiran menilai maklumat secara bijak dan berkesan (Pusat Perkembangan

Kurikulum, 2000). Sebagaimana diketahui bahawa gambar rajah adalah salah satu cara

yang digunakan untuk mengendali maklumat agar lebih bersistem. Maka, jelas

menunjukkan bahawa jika gambar rajah di dalam sesuatu buku tidak menekankan

penglibatan pelajar, pelajar tidak dapat memenuhi objektif tersebut. Jika masalah ini

tidak diatasi segera, dikhuatiri bahawa pelajar tidak mahir dalam pengumpulan,

penganalisisan, pentafsiran dan membuat laporan sesuatu data yang diperolehi dengan

sistematik.

1.1.3 Soalan di Akhir Bab Yang Kurang Penglibatan Pelajar

Bahan P&P yang bermutu mengandungi soalan-soalan di akhir bab yang boleh

dikategori kepada aspek-aspek (Romey, 1968):

a. Jawapan boleh diperolehi terus daripada teks.

b. Takrifan.

c. Soalan aplikasi pembelajaran daripada bab berkenaan ke situasi baharu.

d. Soalan yang memerlukan pelajar menyelesaikan masalah.

Daripada laporan teknik analisis kuantitatif yang dilakukan oleh Hamimah

(2001) terhadap buku KBSM Sains Tingkatan 4 (Lau et al., 1998) mendapati indeks

bagi soalan di akhir babnya 0.16 dan Wan Norliza (2001) terhadap buku KBSM Sains

Page 27: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran ... bab perkara muka surat borang ... kesimpulan dan cadangan 5.0 pendahuluan

8

Tingkatan 2 ( Lim et al., 1990) mendapati indeks bagi soalan di akhir babnya 0.25.

Berdasarkan Jadual 1.1, nilai indeks ini menunjukkan soalan di akhir babnya bersifat

autotarian dan kurang mencabar. Soalan di akhir bab di dalam buku ini mempunyai

aras kesukaran yang rendah dan berada pada tahap hafalan sahaja. Oleh itu, soalan ini

perlu diperbaiki agar bersesuaian dengan hasrat KBSM (Hamimah, 2001). Soalan di

akhir bab di dalam buku ini juga memberi terlalu sedikit peluang untuk pelajar berfikir

secara kreatif untuk membuat sesuatu aplikasi pembelajarannya dari bab berkenaan ke

dalam situasi baru (Wan Norliza, 2001).

Daripada penilaian kuantitatif yang dilakukan oleh Khamawiyah (2000)

terhadap buku KBSM Sains Tingkatan 5 (Tan et al., 1992) mendapati indeks bagi

soalan di akhir babnya 0.40, Teyew (2001) terhadap buku KBSM Sains Tingkatan 3

(Choong et al., 1990) mendapati indeks bagi soalan di akhir babnya 0.47 dan Rosliza

(2001) terhadap buku KBSM Fizik Tingkatan 5 (Chong et al., 2000) mendapati indeks

bagi soalan di akhir babnya 0.52. Daripada Jadual 1.1, nilai indeks ini menunjukkan

soalan di akhir babnya masih bersifat autotarian dan kurang mencabar (takrifan atau

jawapan terus disediakan) kerana nilainya menghampiri nilai indeks 0.40.

Objektif mata pelajaran Sains daripada aspek psikomotor ialah pelajar boleh

meningkatkan kemahiran berfikir (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000).

Sebagaimana diketahui bahawa soalan di akhir bab adalah salah satu cara untuk

melatih pelajar dalam kemahiran berfikir iaitu untuk membuat keputusan bagi

memperolehi jawapan yang tepat. Maka, jelas menunjukkan bahawa jika soalan di

akhir bab dalam sesuatu buku tidak menekankan penglibatan pelajar, pelajar tidak

dapat memenuhi objektif tersebut. Jika masalah ini tidak diatasi segera, dikhuatiri

bahawa pelajar tidak dapat membuat keputusan sendiri apabila menghadapi sesuatu

masalah dalam kehidupan seharian kerana seperti diketahui bahawa sains banyak

digunakan dalam aplikasi kehidupan seharian.

Page 28: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran ... bab perkara muka surat borang ... kesimpulan dan cadangan 5.0 pendahuluan

9

1.1.4 Ringkasan Bab Yang Kurang Penglibatan Pelajar

Bahan P&P yang bermutu mengandungi ringkasan bab yang boleh

dikategorikan kepada aspek-aspek (Romey, 1968):

a. Mengulang kesimpulan bab.

b. Mengemukakan soalan-soalan baru di mana jawapan segera tidak diberi dalam

teks atau tertakluk pada kajian semasa.

Daripada penilaian kuantitatif yang dilakukan oleh Teyew (2001) terhadap

buku KBSM Sains Tingkatan 3 (Choong et al., 1990), Wan Norliza (2001) terhadap

buku KBSM Sains Tingkatan 2 ( Lim et al., 1990), Sharifah (2001) terhadap buku

KBSM Sains Tingkatan 5 ( Tan et al., 1992), Husna (2001) terhadap buku KBSM

Sains Tingkatan 5 (Tan et al., 1996) dan Rosliza (2001) terhadap buku KBSM Fizik

Tingkatan 5 (Chong et al., 2000) mendapati indeks bagi ringkasannya 0.00.

Berdasarkan Jadual 1.1, nilai indeks 0.00 menunjukkan tiada penglibatan pelajar.

Ringkasan bab yang mempunyai indeks sifar menunjukkan bahawa ringkasan

bab yang diberi hanya digunakan untuk menghafal fakta semata-mata dan tidak

menguji pemikiran saintifik para pelajar (Teyew, 2001). Ringkasan bab yang

menunjukkan nilai sifar ini jelas menunjukkan bahawa aras kognitif pelajar tidak diuji

dan jawapan bagi soalan baru yang dikemukakan tidak terdapat di dalam teks (Wan

Norliza, 2001).

Nilai indeks sifar juga menunjukkan buku-buku ini hanya membuat kesimpulan

sahaja tanpa mengemukakan soalan-soalan baru di mana jawapannya tidak terdapat di

dalam buku teks yang dianalisis. Ini jelas menunjukkan seolah-olah konsep sesuatu

sains itu bersifat tertutup sehingga tidak membenarkan pelajar melakukan sesuatu

penerokaan ilmu sains (Sharifah, 2001). Selain itu, ringkasan bab yang menunjukkan

nilai sifar ini membuktikan bahawa buku ini hanya membuat kesimpulan tanpa

Page 29: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran ... bab perkara muka surat borang ... kesimpulan dan cadangan 5.0 pendahuluan

10

mengemukakan persoalan baru (Husna, 2001).

Objektif mata pelajaran Sains KBSM Tingkatan 4 ialah pelajar boleh

mengembangkan kemahiran saintifik (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003).

Sebagaimana diketahui bahawa ringkasan bab adalah salah satu cara untuk melatih

pelajar untuk mengembangkan kemahiran saintifik kerana ringkasan di dalam sesuatu

bab merangkumi aspek pengenalpastian masalah (isi penting), merancang, memilih

teknik untuk memaparkan ringkasan dan seterusnya rumusan atau ringkasan bab

dibuat. Maka, jelas menunjukkan bahawa jika ringkasan bab dalam sesuatu buku tidak

menekankan penglibatan pelajar, pelajar tidak dapat memenuhi objektif tersebut. Jika

masalah ini tidak diatasi segera, dikhuatiri bahawa pelajar sebagai pewaris generasi

akan datang tidak dapat membuat kajian secara saintifik apabila berada di alam

pekerjaan kelak. Pada masa akan datang, negara amat menekankan mutu sesuatu

barangan dan perkhidmatan yang diberikan. Tanpa kajian secara saintifik, mutu yang

tinggi tidak akan diperolehi.

1.1.5 Objektif Pembelajaran Yang Kurang Penglibatan Pelajar

Bahan P&P yang bermutu mengandungi aspek objektif pembelajaran bagi

setiap bab yang terdapat di dalamnya. Daripada penilaian kuantitatif yang dilakukan

oleh Wan Norliza (2001) terhadap buku KBSM Sains Tingkatan 2 (Lim et al., 1990),

Teyew (2001) terhadap buku KBSM Sains Tingkatan 3 (Choong et al., 1990), Husna

(2001) terhadap buku KBSM Sains Tingkatan 5 (Tan et al., 1996), Zaireen (2001)

terhadap buku Pintas Cekap SPM Fizik Tingkatan 4 dan 5 (Zakaria, 2000) dan Noor

Hayati (2001) terhadap buku Sains Tingkatan 1 (Bah et al., 2001) mendapati indeks

bagi objektifnya 0.00. Berdasarkan Jadual 1.1, nilai indeks ini menunjukkan tiada

penglibatan pelajar.

Page 30: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran ... bab perkara muka surat borang ... kesimpulan dan cadangan 5.0 pendahuluan

11

Nilai indeks sifar menunjukkan bahawa buku ini tidak mempunyai matlamat

dalam mempelajari sesuatu bab (Wan Norliza, 2001). Objektif pembelajaran perlulah

diberi penekanan penting di dalam pembinaan sesuatu bahan P&P agar pelajar diberi

pendedahan secara am tentang isi kandungan yang terdapat pada setiap tajuk yang

dibincangkan di dalam sesuatu buku (Husna, 2001). Nilai sifar juga jelas

menunjukkan bahawa buku ini tidak memberi sasaran terhadap sesuatu pembelajaran

yang diberikannya (Noor Hayati, 2001).

Setiap sesuatu perkara yang dibuat dalam kehidupan ini mempunyai objektif.

Jika dilihat daripada perspektif pendidikan, rancangan pelajaran yang dibuat oleh

setiap guru mempunyai objektif yang berbentuk tingkah laku agar ia boleh dicapai oleh

pelajar di akhir sesuatu sesi pengajaran. Di sini jelas menunjukkan bahawa objektif

turut memainkan peranan penting di dalam persembahan sesuatu isi pelajaran sama ada

dalam sesi pengajaran amnya atau khususnya dalam sesuatu buku. Apabila sesuatu

objektif dinyatakan, maka pelajar mengetahui bahawa objektif tersebut perlu dicapai

oleh mereka mengikut kemampuan diri masing-masing. Selain itu, pelajar bukan

sekadar mencapai sesuatu objektif malahan tanpa disedari motivasi diri mereka turut

ditingkatkan iaitu mereka akan terus berusaha untuk mencapai sesuatu objektif. Bak

kata pepatah, usaha tangga kejayaaan. Hal ini bersesuaian dengan objektif mata

pelajaran Sains iaitu pelajar perlu mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni (Pusat

Perkembangan Kurikulum, 2000).

1.1.6 Aktiviti Yang Kurang Penglibatan Pelajar

Bahan P&P yang bermutu mengandungi aspek aktiviti pembelajaran yang

sesuai dengan bilangan muka surat yang terdapat di dalamnya (Romey, 1968).

Daripada laporan teknik penilaian kuantitatif yang dilakukan oleh Zaireen (2001)

terhadap buku Pintas Cekap SPM Fizik Tingkatan 4 dan 5 (Zakaria, 2000) mendapati

indeks bagi aktivitinya 0.14 dan Husna (2001) terhadap buku KBSM Sains Tingkatan 5

(Tan et al., 1996) mendapati indeks bagi aktivitinya 0.33. Berdasarkan Jadual 1.1,

Page 31: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran ... bab perkara muka surat borang ... kesimpulan dan cadangan 5.0 pendahuluan

12

nilai indeks ini menunjukkan soalan di akhir babnya bersifat autotarian dan kurang

mencabar. Jelaslah bahawa, terdapat sangat sedikit aktiviti yang memberi peluang

kepada penglibatan pelajar, dikemukakan dalam buku ini (Zaireen, 2001).

Daripada penilaian kuantitatif yang dilakukan oleh Teyew (2001) terhadap

buku KBSM Sains Tingkatan 3 ( Choong et al., 1990) mendapati indeks bagi

aktivitinya 0.64, Wan Norliza (2001) terhadap buku KBSM Sains Tingkatan 2 ( Lim

et. al, 1990) mendapati indeks bagi aktivitinya 0.68 dan Khamawiyah (2001) terhadap

buku KBSM Sains Tingkatan 5 (Tan et. al, 1992) mendapati indeks bagi aktivitinya

0.75. Indeks ini, menunjukkan aktivitinya lebih baik tetapi masih kurang melibatkan

penglibatan pelajar. Buku ini masih perlu dibaiki aktivitinya agar ia lebih berorientasi

pendekatan penemuan yang dapat mencabar pemikiran pelajar ke arah proses P&P

yang berkesan.

Aktiviti di dalam sesuatu buku perlu lebih berorientasi pendekatan penemuan

agar pelajar dapat belajar melalui pengalaman. Hal ini turut ditegaskan oleh Piaget

(1896-1980) yang menyatakan bahawa salah satu faktor utama yang mempengaruhi

perkembangan kognitif adalah aktiviti yang dilakukan secara aktif melalui pengalaman

atau pengetahuan sedia (Meor Ibrahim, 2001). Maka, jelaslah bahawa pendekatan

penemuan akan memberikan kejayaan kepada pelajar daripada aspek akademik. Selain

itu, pendekatan ini, akan memberikan pemahaman yang lebih baik kepada pelajar

mengenai sesuatu konsep. Bak kata ahli pujangga China, Kung Fu Tze, kalau saya

dengar saya lupa; kalau saya lihat saya ingat; kalau saya buat saya faham. Hal ini

dikukuhkan lagi dengan menunjukkan data satu kajian awal yang pernah dijalankan

untuk menujukkan pola hubungan aktiviti dengan ingatan iaitu seperti Jadual 1.2.

Page 32: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran ... bab perkara muka surat borang ... kesimpulan dan cadangan 5.0 pendahuluan

13

Jadual 1.2 Tafsiran Pola Hubungan Antara Aktiviti Dengan Ingatan

(Sumber: Ubahsuai: Jamaludin et al., 2000)

1.1.7 Bahasa Melayu Merentas Kurikulum

Pada masa kini, bahan P&P di pasaran mempunyai kelemahan daripada aspek

pencemaran bahasa disebabkan oleh masalah pinjaman bahasa asing. Masalah ini

perlu diatasi segera agar Bahasa Melayu tidak lekang dek panas dan tidak reput dek

hujan. Maka kita perlu berusaha untuk memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa

perhubungan utama, bahasa perpaduan, bahasa ilmu pengetahuan dan bahasa yang

mencerminkan akal budi (Ee, 1995). Namun, usaha untuk memperkasa Bahasa

Melayu tidak akan tercapai seperti yang dikehendaki dalam pembaharuan pendidikan

Bahasa Melayu Merentasi Kurikulum (BMMK) sekiranya masalah penggunaan bahasa

Inggeris yang dimelayukan digunakan sewenang-wenangnya walaupun sebenarnya

sudah terdapat perkataan Bahasa Melayu yang mampu memberi penjelasan konsep

yang ingin diungkapkan (Nawi, 1995). Jelaslah bahawa BMMK memberi kesedaran

kepada para guru bahawa bahasa memainkan peranan penting dalam proses P&P

(Halijah, 1995).

Aktiviti % Ingatan

Apa yang dibaca

Apa yang didengar

Apa yang dilihat

Apa yang didengar + dilihat

Apa yang didengar + dilihat dan disebut

Apa yang disebut+ dilakukan

10%

20%

30%

50%

70%

100%

Page 33: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran ... bab perkara muka surat borang ... kesimpulan dan cadangan 5.0 pendahuluan

14

Buku KBSM Sains Tingkatan Empat (Chong et al., 2001) mempunyai masalah

pencemaran bahasa. Sebagai contoh banyak penggunaan perkataan eksperimen yang

diambil daripada perkataan bahasa Inggeris. Adalah lebih baik sekiranya buku ini

mengubah perkataan tersebut menjadi uji kaji. Pada muka surat 60 pula, perkataan

koordinasi badan. Adalah lebih baik sekiranya buku ini mengubah perkataan tersebut

menjadi tindakan atau gerakan badan. Buku Siri Sumber & Rujukan KBSM Sains

Tingkatan 4 (Chai et. al, 2002) juga mengandungi pencemaran bahasa iaitu pada muka

surat 75, perkataan arkeologi boleh diganti dengan kaji purba.

Buku Semak Cepat SPM KBSM Sains (Chin et al., 2001) mempunyai masalah

pencemaran bahasa. Sebagai contoh pada muka surat 79, perkataan kesan nutrien.

Adalah lebih baik sekiranya buku ini mengubah perkataan tersebut manjadi bahan

makanan berkhasiat atau zat makanan. Pada muka surat 109 pula, perkataan getah

sintetik mempunyai sifat hampir sama dengan getah asli. Adalah lebih baik sekiranya

buku ini mengubah perkataan tersebut menjadi tiruan atau getah yang diperbuat

daripada bahan tiruan.

Buku Fokus Ungu Masteri SPM Sains (Chong et al., 2003) mempunyai

masalah pencemaran bahasa. Sebagai contoh pada muka surat 83, perkataan variasi

pada manusia. Adalah lebih baik sekiranya buku ini mengubah perkataan tersebut

menjadi kelainan atau pelbagaian pada manusia. Buku Lestari Bitara SPM Sains

(Chok et.al, 2002) juga mengandungi pencemaran bahasa iaitu pada muka surat 115

perkataan imej yang dibentuk oleh cermin satah. Adalah lebih baik sekiranya buku ini

mengubah perkataan tersebut menjadi gambaran, cerminan atau bayangan.

Page 34: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran ... bab perkara muka surat borang ... kesimpulan dan cadangan 5.0 pendahuluan

15

1.2 Pernyataan Masalah

Bagi mengatasi masalah bahan P&P yang kurang bermutu, maka kajian tentang

kesesuaian bahan P&P perlu dibuat oleh penyelidik. Dalam konteks kajian yang

dilakukan, penyelidik ingin mengetahui sama ada MPK yang dibina bertajuk : MPK 1:

Perubahan Kimia dan Perubahan Fizik, MPK 2: Perubahan Haba dalam Tindak Balas

Kimia dan MPK 3: Kereaktifan Logam sesuai digunakan sebagai bahan P&P bagi mata

pelajaran Sains tingkatan empat.

1.3 Objektif Kajian

Di akhir kajian ini, diharapkan agar penyelidik dapat:

1. Membina tiga MPK bertajuk Tenaga dan Perubahan Kimia: MPK 1: Perubahan

Kimia dan Perubahan Fizik, MPK 2: Perubahan Haba dalam Tindak Balas

Kimia dan MPK 3: Kereaktifan Logam berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran

Sains Tingkatan Empat (PPK, 2003).

2. Menilai kesesuaian MPK bertajuk Tenaga dan Perubahan Kimia daripada segi

penglibatan pelajar dan memenuhi Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tingkatan

Empat (PPK, 2003).

3. Menilai kesesuaian MPK bertajuk Tenaga dan Perubahan Kimia oleh guru mata

pelajaran Sains merentas kedudukan sekolah.

Page 35: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL … · kendiri tenaga dan perubahan kimia bagi mata pelajaran ... bab perkara muka surat borang ... kesimpulan dan cadangan 5.0 pendahuluan

16

1.4 Persoalan Kajian

Bagi mencapai objektif kajian beberapa persoalan perlu diselesaikan, maka

persoalan kajian yang ingin diselesaikan oleh penyelidik adalah:

1. Adakah Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) oleh guru mata pelajaran

Sains ke atas MPK bertajuk Tenaga dan Perubahan Kimia menunjukkan

bahawa ianya sesuai digunakan sebagai bahan P&P dalam mata pelajaran Sains

Tingkatan Empat?

2. Adakah Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) oleh guru mata pelajaran

Sains ke atas MPK bertajuk Tenaga dan Perubahan Kimia menunjukkan

bahawa ianya sesuai digunakan sebagai bahan P&P dalam mata pelajaran Sains

Tingkatan Empat?

3. Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK bertajuk Tenaga dan

Perubahan Kimia yang dibina dalam PFSS oleh guru mata pelajaran Sains

terhadap kedudukan sekolah?

4. Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian MPK bertajuk Tenaga dan

Perubahan Kimia yang dibina dalam PFKK oleh guru mata pelajaran Sains

terhadap kedudukan sekolah?