Pembuktian HHC9701

6
LAPORAN AKHIR PROGRAM KESEDARAN KANSER KOLEJ IBRAHIM YAAKUB 17 18 DISEMEBR 2013 Hasil Pembelajaran HHHC 9701 Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan (Set 5 Sesi 2013/2014) Pensyarah Prof. Madya Dr. Zinatul Ashiqin binti Zainol Nama Syahrul Syafiin Bin Sulaiman No.Matrik A145927

Transcript of Pembuktian HHC9701

Page 1: Pembuktian HHC9701

LAPORAN AKHIR

PROGRAM KESEDARAN KANSER

KOLEJ IBRAHIM YAAKUB

17 – 18 DISEMEBR 2013

Hasil Pembelajaran

HHHC 9701 – Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan

(Set 5 Sesi 2013/2014)

Pensyarah

Prof. Madya Dr. Zinatul Ashiqin binti Zainol

Nama

Syahrul Syafiin Bin Sulaiman

No.Matrik

A145927

Page 2: Pembuktian HHC9701

Pada 17 & 18 Disember 2013,Seketeriat Hal Ehwal Siswi Kolej Ibrahim Yaakub telah

menganjurkan program kesedaran kanser peringkat Universiti Kebangsaan Malaysia.Program ini

dianjurkan dengan kerjasama Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ibrahim Yaakub sesi

2013/2014,Majlis Kanser Nasional (MAKNA),Hospital Universiti Kebangsaan

Malaysia,Yayasan Kanser Malaysia,Pusat Kesihatan Daerah Hulu Langat,Breast Cancer Welfare

Association & Yakult Malaysia Sdn.Bhd.Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk

memupuk kesedaran para pelajar mengenai kanser di samping memupuk semangat bekerjasama

dalam kalangan ahli jawatankuasa program.

Perancangan program

Perancangan program kesedaran kanser telah bermula seawal bulan November 2013.Pada

perjumpaan pertama,kami dibahagikan tugas oleh ketua pengarah program,Saudari Winnie

Kariza Binti Bakri.Saya telah diamanahkan untuk menjadi Timbalan Pengarah Logistik

kesedaran kanser.Selepas pembahagian tugas selesai,gerak kerja dilakukan mengikut jawatan

masing-masing.Perjumpaan-perjumpaan seterusnya diadakan bagi membincangkan gerak kerja

Page 3: Pembuktian HHC9701

setiap ahli program di samping menyelesaikan masalah yang berlaku semasa gerak kerja

berlangsung.Perjumpaan diadakan setiap minggu pada hari Khamis,jam 9 malam.

Perlaksanaan Program

Program ini berlangsung selama 2 hari.Pada hari pertama (17/12/2013),kami melakukan

lawatan khidmat masyarakat ke wad Radioterapi dan Onkologi HUKM.Kami diberi penerangan

ringkas mengenai wad tersebut oleh ketua jururawat wad Radioterapi & Onkologi.Selepas sesi

taklimat,kami diberi peluang untuk melawat para pesakit & beramah mesra bersama

mereka.Pada sebelah petang hari tersebut,semua ahlijawatankuasa program membuat gerak kerja

persiapan tempat di Dataran 3F FSSK.Gerak kerja membuat persiapan tempat dilakukan

sehingga malam bagi memastikan susun atur tempat siap sepenuhnya.

Pada 18/12/2013,Program kesedaran kanser berlangsung di dataran 3F FSSK.Tentatif

program pada hari tersebut ialah pelancaran penutup oleh puan Nisha Sanita Mohd Norha (wakil

MAKNA) ,Forum "Kanser dalam kalangan remaja,bukan suatu gurauan) oleh Dr.Sallehudin Abu

Bakar(wakil Pusat Kesihatan Daerah Hulu Langat) dan Encik Royzilee Mustaffa (Bekas pesakit

kanser & Pengasas Yayasan Kanser Malaysia).Acara diteruskan dengan persembahan nyanyian

oleh kumpulan Tonawarna.Program turut diserikan dengan pembukaan booth pameran oleh

MAKNA,Yayasan Kanser Malaysia & Breast Cancer Welfare Association serta acara cabutan

bertuah kepada peserta forum.Pada hari tersebut,saya bertindak menjadi pengiring kepada para

tetamu jemputan di samping membantu ajk-ajk lain melaksanakan tugasan.

Pada sebelah petang,program diteruskan dengan tayangan multimedia mengenai

kanser.Program berakhir pada jam 4 petang.Selepas aktiviti berakhir,para ahlijawatankuasa

program berkerjasama mengemas tempat program.Kami juga membuat mesyuarat terakhir pada

sebelah malam bagi membincangkan post-mortem program.

Page 4: Pembuktian HHC9701

Bidang Tugas

Selaku Timbalan Pengarah Logistik,saya telah diamanahkan untuk menghubungi pihak

JPP bagi mengdapatkan kelengkapan-kelengkapan elektrik dan peralatan program kesedaran

kanser. Sepanjang berkomunikasi dengan pihak luar,saya telah mendapat bantuan daripada

beberapa orang ajk program demi memastikan kami mendapat respons positif daripada mereka.

Sepanjang menghubungi pihak luar bagi menghadiri program ini, saya telah mempelajari

pengurusan maklumat yang lebih sistematik. Saya menghubungi pihak terbabit melalui mel-e

dan telefon. Apabila ingin berurusan dengan mereka, laras bahasa yang digunakan juga berbeza.

Saya mempelajari bahawa setiap maklumat yang diperoleh melalui perbualan telefon mahupun

mel-e perlulah dicatat kerana setiap informasi yang diberi sangat penting. Antara pembelajaran

sepanjang hayat yang saya peroleh ialah kemahiran pengurusan. Saya dapat mempelajari cara

menghantar mel-e secara formal dan bercakap dengan gaya bahasa yang sesuai apabila ingin

berurusan dengan pihak luar.

Saya juga dapat mempelajari kemahiran keusahawana kerana pada hari program pihak

MAKNA dan Yayasan Kanser Malaysia telah membuka booth mereka dan menjual produk-

produk berkaitan kanser. Saya menggunakan peluang yang ada untuk mempelajari selok-belok

perniaagaan.

Pada hari kejadian di FSSK, saya ditugaskan untuk menjadi usher atau pengiring semasa

sesi melawat booth-booth pameran. Sebagai pengiring, saya perlu mengetahui perjalanan

program kerana tetamu akan bertanyakan pelbagai perkara yang berkaitan. Saya juga dapat

mempelajari etika dan protokol majlis formal.

Masalah yang dihadapi dan tindakan mengatasi

Antara masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugas ini ialah barang-barang yang

ditempah lambat datang dan berlaku perubahan kepada barang-barang yang diminta. Contohnya,

barang-barang yang diminta tiada pada saat-saat akhir kerana kekurangan peralatan dan banyak

program lain pada hari kejadian. Justeru, saya harus menggunakan pengurusan saya untuk

menyelesaikan masalah ini. Saya berbincang dengan Ketua Pengarah dan akhirnya kami

bersetuju untuk mengubah pelan asal susun atur program mengikut barang yang terhad. Masalah

ini berjaya diselesaikan dengan jayanya.

Semasa program berlangsung, kami juga menghadapi sedikit masalah apabila berlaku sedikit

masalah komunikasi antara pihak program dengan katering yang mneyediakan makanan. Pihak

Page 5: Pembuktian HHC9701

katering tersalah faham dengan mengatakan kami tidak menempah makanan tengah hari. Bagi

menyelesaikan masalah, ajk jamuan telah menelefon pihak katering secepat mungkin. Mujur

pihak katering sempat menyediakan makanan sebelum majlis tamat untuk dihidangkan kepada

pihak tetamu.

Pada hari program juga, krew menghantar barang telah menghantar barang ke tempat yang salah

iaitu ke Pusanika Aras 6 bukannya Dataran 3F201 FSSK. Oleh sebab itu, saya menghubungi

pegawai yang bertugas dan bergegaske Pusanika bagi menjelaskan tentang kesilapan mereka.

Mereka menerimanya dengan baik dan memindahkan semula barang ke FSSK.

Penambahbaikan program

Semasa mengiringi tetamu untuk pulang, saya ada bertanyakan mengenai masalah atau

kesulitan yang mereka hadapi semasa program ini. Kebanyakan mereka menyatakan bahawa

lokasi program yang kurang kondusif dan sedikit panas. Sekiranya program seperti ini akan

diadakan lagi pada masa akan datang, saya mencadangkan tempat forum dan pameran yang lebih

kondusif.Hal ini kerana para ajk program menerima sedikit aduan daripada pengunjung &

panelis forum bahawa tempat yang dipilih iaitu Dataran 3F FSSK agak panas dan kurang

selesa.Antara tempat yang boleh digunakan bagi meningkatkan lagi keselesaan adalah di

Auditorium Siswa Pusanika dan Dewan Anwar Mahmud, Fakulti Sains & Teknologi UKM.

Pemilihan tempat yang lebih baik akan membantu meningkatkan bilangan pengunjung yang

hadir.

Di samping itu, saya juga mencadangkan agar waktu program dipanjangkan.Program

dan pameran booth diadakan lebih dari sehari supaya memberi peluang kepada pengunjung

untuk melawatnya.Program kesedaran kanser hanya dilakukan sehari dan ini menyebabkan

sebahagian pelajar tidak sempat melawat program ini kerana berlaku pertindihan waktu dengan

kelas masing-masing.Sekiranya diadakan lebih dari sehari,para pelajar mempunyai pilihan waktu

yang lebih banyak untuk melawat program ini.

Hasil Pembelajaran

Melalui program ini,kesedaran saya terhadap kanser semakin bertambah.Saya lebih

memahami dengan lebih mendalam mengenai kanser dan cara-cara untuk

mengesannya.Walaupun terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh ahli jawatankuasa

program sepanjang membuat persiapan,namun masalah tersebut dapat diatasi dengan kerjasama

dan komitmen yang diberikan oleh sesama ahli dalam menyelesaikan masalah.Sepanjang

menjadi pengarah program,saya telah mempelajari pelbagai perkara baharu antaranya

berkomunikasi dengan pihak luar.Saya berpeluang untuk berkomunikasi dengan pihak luar dari

Page 6: Pembuktian HHC9701

pelbagai latar belakang kerjaya dalam usaha memastikan program ini berjalan lancar.Sifat sopan

dan beretika penting dalam berkomunikasi dengan pihak yang lebih berjawatan.

Selain itu,sifat bekerjasama dan bertanggungjawab dapat dipupuk semasa menjalankan tugas

dalam program ini.Setelah diamanahkan untuk menjadi Timbalan Pengarah Logistik kesedaran

kanser,saya juga mempelajari sifat kejujuran dan menepati masa.Saya mendapati bahawa

pengurusan masa penting bagi memastikan setiap kerja berjalan dengan lancar dan pada masa

yang sama tugasan-tugasan lain juga dapat dibuat.Saya juga belajar untuk membuat keputusan

pada saat-saat akhir bagi memastikan kelancaran program.

Walaupun terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh ahli jawatankuasa program

sepanjang membuat persiapan,namun masalah tersebut dapat diatasi dengan kerjasama dan

komitmen yang diberikan oleh sesama ahli dalam menyelesaikan masalah. Saya telah

mempelajari pelbagai perkara baharu antaranya berkomunikasi dengan pihak luar.Saya

berpeluang untuk berkomunikasi dengan pihak luar dari pelbagai latar belakang kerjaya dalam

usaha memastikan program ini berjalan lancar.

.Diharapkan segala pengetahuan dan kemahiran yang saya dan rakan-rakan peroleh

sepanjang menjalankan program ini dapat kami gunakan untuk mengendalikan program lain

pada masa yang akan datang Saya bersyukur program yang saya sertai ini berjalan dengan lancar

dan berlangsung seperti yang dirancang di samping kerjasama dan pertolongan daripada rakan-

rakan ajk program yang banyak membantu sepanjang perlaksanaan program kesedaran kanser

ini.