Pemeliharaan Al-quran Secara Bertulis (Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya)

29
Pemeliharaan Al-Quran Secra Bertulis : Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya PEMELIHARAAN AL-QURAN SECARA BERTULIS (RASM) : KAEDAH PENULISAN SERTA KEUTAMAANNYA Oleh : Dr. Abd Rahman Abd Ghani al-Muqri’ Pensyarah Kanan Akademi Islam Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) مد ح ل ا له ل رب ن مي ل عا ل ا لاة ص ل وا لام س ل وا ى عل# رف& ش( ا اء ي+ ب# ن( لا ا ن لي س ر م ل وا ى عل و له5 ا ه حاب ص( وا ن م و دعا ه وب ع د ب> ك س م ت و ه تC ب س ب ى لG ا وم ي ن ي الد، ما( ا عد ب1. PENDAHULUAN Pemeliharaan al-Quran secara bertulis telah berlaku semenjak permulaan al-Quran diturunkan lagi. Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan semua ayat yang diturunkan di tulis oleh beberapa orang jurutulis wahyu yang dilantik sendiri oleh baginda. Penulisan tersebut terus berlaku sehingga al-Quran sempurna diturunkan dan dengan erti kata lain, ketika Rasulullah s.a.w. wafat semua ayat al-Quran telah ditulis dan tersimpan. Kalimah rasm ini boleh difahami dengan dua cara pemahaman iaitu bentuk tulisan al-Quran itu sendiri ataupun kaedah yang digunakan dalam penulisan al-Quran. Bentuk tulisan yang dimaksudkan di sini ialah jenis tulisan atau dikenali sebagai khat seperti khat al-Kufi, al-Thuluth, al-Riqa c ah dan lain-lain lagi. Sementara kaedah penulisan yang dimaksudkan pula ialah cara menulis sesuatu kalimah itu sama ada huruf-hurufnya ditambah, dikurangkan atau sebagainya. Terdapat tiga kaedah penulisan yang digunakan untuk menulis kalimah-kalimah Arab. Kaedah-kaedah tersebut 1

Transcript of Pemeliharaan Al-quran Secara Bertulis (Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya)

Page 1: Pemeliharaan Al-quran Secara Bertulis (Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya)

Pemeliharaan Al-Quran Secra Bertulis : Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya

PEMELIHARAAN AL-QURAN SECARA BERTULIS (RASM) : KAEDAH PENULISAN SERTA KEUTAMAANNYA

Oleh : Dr. Abd Rahman Abd Ghani al-Muqri’ Pensyarah Kanan Akademi Islam Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)

أشرف على والسالم والصالة العالمين رب لله الحمد بدعوته دعا ومن وأصحابه آله وعلى والمرسلين األنبياء

بعد أما ، الدين يوم إلى بسنته وتمسك

1. PENDAHULUAN

Pemeliharaan al-Quran secara bertulis telah berlaku semenjak permulaan al-Quran diturunkan lagi. Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan semua ayat yang diturunkan di tulis oleh beberapa orang jurutulis wahyu yang dilantik sendiri oleh baginda. Penulisan tersebut terus berlaku sehingga al-Quran sempurna diturunkan dan dengan erti kata lain, ketika Rasulullah s.a.w. wafat semua ayat al-Quran telah ditulis dan tersimpan.

Kalimah rasm ini boleh difahami dengan dua cara pemahaman iaitu bentuk tulisan al-Quran itu sendiri ataupun kaedah yang digunakan dalam penulisan al-Quran. Bentuk tulisan yang dimaksudkan di sini ialah jenis tulisan atau dikenali sebagai khat seperti khat al-Kufi, al-Thuluth, al-Riqacah dan lain-lain lagi. Sementara kaedah penulisan yang dimaksudkan pula ialah cara menulis sesuatu kalimah itu sama ada huruf-hurufnya ditambah, dikurangkan atau sebagainya.

Terdapat tiga kaedah penulisan yang digunakan untuk menulis kalimah-kalimah Arab. Kaedah-kaedah tersebut ialah Rasm cUthmani, Rasm Qiyasi dan Rasm cArudi. Daripada tiga kaedah tersebut, hanya Rasm cUthmani dan Rasm Qiyasi sahaja yang digunakan dalam penulisan al-Quran, sementara Rasm cArudi pula hanya digunakan dalam penulisan syair-syair Arab sahaja.

Selain dari membahaskan mengenai kaedah-kaedah yang digunakan dalam rasm tersebut, kertas kerja ini juga akan menerangkan tentang factor-faktor yang menyebabkan rasm tersebut sangat perlu diberi keutamaan ketika menulis atau membaca al-Quran. Di samping itu, kaedah-kaedah yang digunakan dalam Rasm Qiyasi juga akan dibahaskan, supaya ianya dapat dijadikan perbandingan.

2. PENGENALAN RASM cUTHMANI

Istilah Rasm Uthmani ini hanya mula wujud selepas zaman Sayyidina cUthman r.a sahaja. Ini di sebabkan rasm tersebut dinisbahkan kepada nama beliau sempena

1

Page 2: Pemeliharaan Al-quran Secara Bertulis (Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya)

Pemeliharaan Al-Quran Secra Bertulis : Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya

mengenang jasanya yang telah menilis dan membukukan al-Quran dalam beberapa buah mashaf untuk dihantar ke wilayah-wilayah Islam ketika itu.

Rasm cUthmani ialah tulisan mashaf-mashaf al-Quran yang digunakan dan dipersetujui oleh Sayyidina cUthman r.a untuk menulis kalimah-kalimah al-Quran dan huruf-hurufnya Ia juga ditakrifkan sebagai satu ilmu untuk mengetahui perbezaan antara mashaf-mashaf Rasm cUthmani dengan Rasm Qiyasi.

Sebahagian ulama mendefinisikannya sebagai sebarang yang menyalahi cara penulisan lafaz-lafaz di sebabkan ziyadah, hadhf, ibdal dan sebagainya. Dr. Syacban Muhammad Ismacil pula mendefinisikannya dengan lebih terperinci sebagai satu keterangan yang membicarakan mengenai mashaf-mashaf yang ditulis pada zaman Sayyidina cUthman r.a. dan diutus ke kota-kota Islam ketika itu. Kaedah penulisannya pula merangkumi tujuh huruf al-Quran, ditulis tanpa mempunyai titik dan baris serta terdapat semasa semakkan terakhir dan tidak dimansuhkan bacaannya.

Rasm cUthmani ini juga dikenali sebagai Rasm Istilahi kerana dinisbahkan kepada para sahabat yang bertanggungjawab untuk menulis mashaf-mashaf dengan menggunakan rasm tersebut. Di samping itu, ia juga dinamakan dengan Rasm Tawqifi kerana kebanyakan ulama berpendapat bahawa rasm tersebut adalah merupakan kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. dan bagindalah yang memerintahkan supaya ia digunakan dalam penulisan al-Quran pada ketika itu.

Daripada definisi-definisi yang dikemukakan oleh para ulama, kajian ini membuat kesimpulan bahawa Rasm cUthmani itu ialah tulisan asal al-Quran yang diwahyukan oleh Allah s.w.t. kepada Rasulullah s.a.w., dan rasm inilah yang digunakan oleh para sahabat untuk menulis ayat-ayat al-Quran, dan dinisbahkan kepada Sayyidina cUthman r.a pula adalah kerana beliaulah yang mengarahkan supaya al-Quran disalin semula kepada beberapa buah mashaf dengan menggunakan rasm tersebut.

3. KAEDAH PENULISAN RASM UTHMANI

Rasm cUthmani adalah merupakan satu kaedah tulisan yang diwahyukan oleh Allah s.w.t. kepada Rasulullah s.a.w., dan ianya jauh berbeza dengan kaedah penulisan biasa yang dikenali dengan Rasm Qiyasi. Oleh itu para ulama telah bertungkus lumus untuk mengkaji perbezaan-perbezaan tersebut dan akhirnya mereka mendapati bahawa terdapat enam kaedah yang digunakan dalam penulisan Rasm cUthmani ini. Kaedah-kaedah tersebut ialah al-Hadhf, al-Ziyadah, al-Humaz, al-Ibdal, al-Wasl wa al-Fasl serta apa yang mengandungi dua wajah qiraat, ditulis berpandukan salah satu daripadanya. 3.1 Kaedah Pertama : Al-Hadhaf.

Al-Hadhf ialah membuang atau mengurangkan sesuatu huruf pada kalimah-kalimah tertentu. Dalam Rasm cUthmani, al-Hadhf bermaksud huruf-huruf yang tidak boleh ditulis tetapi wajib dibaca, sama ada ketika wasal atau waqaf . Terdapat enam huruf yang dibuang mengikut kaedah Rasm cUthmani iaitu Alif, Waw, Ya’, Lam, Nun dan huruf-huruf di permulaan beberapa surah tertentu.

2

Page 3: Pemeliharaan Al-quran Secara Bertulis (Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya)

Pemeliharaan Al-Quran Secra Bertulis : Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya

1) Hadhaf huruf Alif. Contohnya seperti :

i. Huruf Alif selepas Ya ’ al-Nida’ seperti ( الناس يــأيها ).

ii. Huruf Alif pada Jamc al-Mudhakkar al-Salim seperti (العـلمين) iii. Huruf Alif pada Jamc al-Muannath al-Salim seperti (البينـت) iv. Huruf Alif yang menunjukkan bilangan seperti (ثلـثين) (ثمـنية) v. Huruf Alif pada Ha’ al-Tanbih seperti (هـذا) (هـكذا).

vi. Huruf Alif pada Isim al-Isyarah seperti (ذلك) (أولئك).vii. Huruf Alif pada Isim al-Mawsul seperti (الـتى) (الـئى).

2) Hadhaf huruf Waw. Contohnya seperti :

i. Huruf Waw yang kedua apabila sebelumnya juga terdapat huruf Waw,

sama ada ianya mufrad atau jama seperti( د داو ) ( ن يستو ال ) .ii. Huruf Waw yang menjadi surah bagi Hamzah, apabila selepasnya juga

terdapat huruf Waw, sama ada ianya berbaris atau sukun (tanda mati) seperti

. (الموءودة) (تـئويه)iii. Huruf Waw kalimah (صالـحو) pada firman Allah s.w.t { وصالح

{المـؤمنين

3) Hadhaf huruf Ya’. Contohnya seperti :

i. Huruf Ya’ di hujung kalimah yang disebut sebagai Lam al-kalimah seperti

firman Allah s.w.t. { الداع دعوة أجيب } { يسر إذا واليل } ii. Huruf Ya’ di hujung kalimah yang merupakan gantinama

orang yang berkata seperti firman Allah s.w.t. { يشفين فهو } iii. Huruf Ya’ di hujung kalimah yang membawa maksud nama yang diseru seperti

dan sebagainya, melainkan pada dua tempat iaitu firman (يـقوم) (يـعباد)

Allah s.w.t. { ءامنوا الذين يـعبادى } dan { يـعبادى أسرفوا الذين }.

iv. Huruf Ya’ yang kedua apabila sebelumnya juga terdapat huruf Ya’, sama ada di

tengah atau di hujung kalimah seperti ( يستحى ال (الحواريـن) ( v. Huruf Ya’ pada semua kalimah (إبرهـم) dalam surah al-Baqarah.

4) Hadhaf huruf Lam. Contohnya seperti :

i.Huruf Lam yang didahului oleh Alif Lam al-Macrifah, sama ada ia mufrad,

muthanna atau jamac, pada perkataan (الذى) ,(التى) ,(الذان) dan sebagainya.

ii.Huruf Lam yang didahului oleh Alif Lam al-Macrifah pada perkataan (اليل).

3

Page 4: Pemeliharaan Al-quran Secara Bertulis (Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya)

Pemeliharaan Al-Quran Secra Bertulis : Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya

5) Hadhaf huruf Nun. Contohnya seperti :

i. Huruf Nun pertama pada kalimah (تأمننا) { على تأمـنا ال مالك .{ يوسف

ii. Huruf Nun yang kedua pada kalimah (ننجى) { نـجى نشاء من فنـجى } dan { المـؤمنين }

6) Hadhaf huruf-huruf di permulaan surah. Semua mashaf cUthmani ditulis dengan membuang huruf-huruf permulaan surah tertentu seperti (

يا ها كاف ) , ( قاف ),( نون) yang dibaca (كهيعص) , (ق) , (نصاد عين ) dan sebagainya.

3.2 Kaedah kedua : Al-Ziyadah

Al-Ziyadah ialah menambah sesuatu huruf pada kalimah-kalimah tertentu. Dalam Rasm cUthmani, al-Ziyadah bermaksud huruf-huruf yang mesti ditulis tetapi haram dibaca sama ada ketika wasal atau waqaf. Terdapat tiga huruf yang ditambah mengikut kaedah penulisan Rasm cUthmani. Huruf-huruf tersebut ialah Alif, Waw dan Ya’.

1) Ziyadah huruf Alif. Contohnya seperti :

i. Huruf Alif selepas Waw pada Jamc al-Mudhakkar, sama ada pada ficl al-

Madi, ficl al-Mudari atau ficl al-Amr seperti (ءامنوا) ,( تنسوا وال ) , ( الله واتقوا )

ii. Huruf Alif selepas Waw pada akhir nama yang menunjukkan jama seperti (

.(كاشفوا) (ملـقوا

iii. Huruf Alif pada kalimah-kalimah berikut, iaitu (وألاوضعوا) (ألاذبحنه) (

) (وجاىء الجحيم إلالى (السبيال) dan (الرسوال) (الظنونا) (

2) Ziyadah huruf Waw. Contohnya seperti :

i. Huruf Waw selepas Hamzah pada kalimah (سأوريكم)

ii. Huruf Waw selepas Hamzah pada kalimah-kalimah berikut, iaitu (أولو) , () ,(أوالت أوالء هم .(أولئكم) dan (أولئك), (

3) Ziyadah huruf Ya’. Contohnya seperti :

i. Huruf Ya’ pada kalimah (أفإين) { أو مات أفـإين { قتل

ii. Huruf Ya’ pada tujuh tempat berikut, iaitu pada firman Allah s.w.t.{

المـرسلـين نبـأى من نفسى تلقـاءى من } { } {

ذى وإيتـاءى اليـل ءانـاءى من } { من أو } {

4

Page 5: Pemeliharaan Al-quran Secara Bertulis (Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya)

Pemeliharaan Al-Quran Secra Bertulis : Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya

حجاب وراءى بأيـيد بنـينـها } { } dan { بأيـيكم { المـفتون

3.3 Kaedah ketiga : Al-Hamz

Huruf-huruf Hamzah di dalam al-Quran terletak sama ada di permulaan, di pertengahan atau di hujung kalimah. Dalam mashaf-mashaf cUthmani, keadaan penulisan huruf-huruf Hamzah tersebut pula adalah berbeza antara satu sama lain berpandukan kepada kedudukannya.

1) Huruf Hamzah di pangkal kalimah.Semua huruf Hamzah yang terletak di pangkal kalimah ditulis dengan surah

Alif , sama ada ia fathah, kasrah atau dammah. Contohnya seperti (أمر) , ( dan sebagainya. Demikianlah juga sekiranya ia (أنزل) , (إبرهيم

didahului dengan huruf ziyadah seperti (سأصرف) (لبإمام) dan lain-lain lagi.

2) Huruf Hamzah di pertengahan kalimah.Huruf Hamzah yang terletak di tengah kalimah berbeza cara penulisannya antara satu sama lain :

i.Sekiranya sebelum Hamzah terdapat satu huruf sukun, maka ia ditulis tanpa surah.

Contohnya seperti (يسـئل), (سوءة) , (يجـئرون) dan sebagainya.ii.Sekiranya huruf Hamzah itu kasrah ataupun sukun dan sebelumnya

kasrah, maka ia ditulis dengan surah Ya’. Contohnya seperti (سئل) , (جئت) dan sebagainya.

iii.Sekiranya huruf Hamzah itu dammah ataupun sukun dan sebelumnya

dammah, maka ia ditulis dengan surah Waw. Contohnya seperti (يذرؤكم) , .dan sebagainya (المـؤمنون)

iv.Sekiranya huruf Hamzah itu fathah ataupun sukun dan sebelumnya fathah,

maka ia ditulis dengan surah Alif. Contohnya seperti (سألتم) , (مأوهم) dan sebagainya.

3) Huruf Hamzah di hujung kalimah

Huruf Hamzah yang terletak di hujung kalimah juga berbeza cara penulisannya di antara satu sama lain.

i.Sekiranya sebelum huruf Hamzah itu kasrah, ia ditulis dengan surah Ya’.

Contohnya seperti (قرئ) , (شاطئ) dan sebagainya.ii.Sekiranya sebelum huruf Hamzah itu dammah, ia ditulis dengan surah Waw.

Contohnya seperti ( امرؤا إن ) dan sebagainya.iii.Sekiranya sebelum huruf Hamzah itu fathah, ia ditulis dengan surah Alif.

Contohnya seperti (بدأ) , ( سبأ من ) dan sebagainya.

5

Page 6: Pemeliharaan Al-quran Secara Bertulis (Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya)

Pemeliharaan Al-Quran Secra Bertulis : Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya

iv.Sekiranya sebelum huruf Hamzah itu sukun, ia ditulis tanpa surah. Contohnya

seperti (الخبء), (دفء) dan sebagainya.

3.4 Kaedah keempat : Al-Ibdal

Ibdal ialah menukarkan sesuatu huruf kepada huruf yang lain. Dalam penulisan mashaf-mashaf Rasm cUthmani, kaedah ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu ibdal Alif kepada Waw, ibdal Alif kepada Ya’, ibdal Nun kepada Alif, ibdal Ta’ al-Marbutah kepada Ta’ al-Maftuhah dan ibdal Waw kepada Alif.

1) Ibdal Alif kepada Waw.

i.pada empat kalimah yang selalu berulang-ulang iaitu (الصلوة) , (الزكوة) , (.(الربوا) dan (الحيوة

ii.Pada empat kalimah dalam surah-surah tertentu iaitu (بالغدوة) (كمشكوة) (

. (منوة) dan (النجوة

2) Ibdal Alif kepada Ya’.a) Apabila Alif terletak dihujung kalimah, sekalipun ia berhubung dengan

damir (gantinama) Contohnya seperti (الهدى) , (مجريها) dan sebagainya, melainkan pada beberapa keadaan berikut :

i. Alif yang bersebelahan dengan Ya’ sama ada sebelum atau selepasnya

seperti (الدنيا) , (هداى) dan lain-lain lagi. Tetapi pada kalimah (

. ’ia tetap ditulis dengan huruf Ya , (وسقيـها) dan ,(يحيى

ii. kalimah-kalimah (تترا) , (كلتا) , (عصانى) , (األقصا) , (المدينة أقصا ) ,

( الماء طغا ) dan (سيماهم).

b) Huruf Alif pada kalimah (أنى) yang membawa maksud (كيف),

juga pada kalimah-kalimah (متى) , (بلى) , (حتى) , (إلى) , ( لدا } .melainkan pada firman Allah s.w.t ,(لدى) dan (على. { الباب

3) Ibdal Nun kepada Alif.

i. Nun Tawkid Khafiyyah pada kalimah (وليكونا) , (لنسفعا) dan (

.(فتعسا

ii. Nun pada kalimah (إذن) seperti firman Allah s.w.t. { ال فإذا {يؤتون

4) Ibdal Ta’ al-Marbutah kepada Ta’ al-Maftuhah. Contohnya seperti kalimah (

.dan sebagainya (امرأة) ,(سنة) , (رحمة

6

Page 7: Pemeliharaan Al-quran Secara Bertulis (Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya)

Pemeliharaan Al-Quran Secra Bertulis : Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya

5) Ibdal Waw kepada Alif. Semua kata nama dan kata perbuatan yang mempunyai tiga huruf dan asal huruf

yang ketiganya ialah Waw. Contohnya seperti (الصفا) , (شفا) , (سنا) dan

sebagainya, melainkan semua kalimah (الضحى) dan lima kalimah yang lain iaitu (

.(سجى) dan (طحيها) , (تليها) , (دحيها) , (زكى

3.5 Kaedah kelima : Al-Wasl wa al-Fasl

Al-Wasl wa al-Fasl ialah kaedah menyambung dan memisahkan tulisan pada huruf-huruf atau kalimah-kalimah yang tertentu. Di dalam penulisan Rasm cUthmani, terdapat banyak kalimah yang ditulis dengan cara bersambung pada sesuatu tempat, tetapi

ditulis dengan cara berpisah pula pada tempat yang lain. Contohnya seperti (أال) , (أما) , dan lain-lain. Begitu juga sebaliknya terdapat banyak kalimah yang (إنما) (عما)ditulis dengan cara berpisah pada sesuatu tempat, tetapi ditulis dengan cara bersambung

pula pada tempat yang lain. Contohnya seperti ( ما فى ) , ( ما من ) ( ما أين ) dan lain-lain.

3.6 Kaedah keenam : Ma fih Qira,atan (mengandungi dua wajah qiraat)

Sekiranya terdapat sesuatu kalimah yang mengandungi dua atau beberapa wajah qiraat, maka kalimah itu ditulis dengan salah satu dari wajah-wajah qiraat tersebut. Kaedah penulisan kalimah-kalimah yang termasuk dalam bahagian ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian.

1) Bertepatan tulisannya dengan dua wajah qiraat. Terdapat beberapa kalimah yang ditulis dengan hadhaf huruf Alif, tetapi bacaannya bertepatan dengan dua wajah qiraat iaitu sama ada dengan Alif (panjang)

atau tanpa Alif (pendek). Contohnya seperti kalimah (فكهين) yang boleh dibaca

dengan panjang atau pendek pada huruf Fa’ , kalimah (ملك) yang boleh dibaca dengan panjang atau pendek pada huruf Mim dan kalimah-kalimah yang seumpamanya.

2) Ditulis mengikut salah satu dari dua wajah qiraat. Apabila terdapat dua wajah qiraat pada sesuatu kalimah, maka ia ditulis dengan menggunakan salah satu wajah yang lebih mashyur. Sebagai contohnya, kalimah

ditulis dengan huruf Sad walaupun terdapat sebahagian qiraat yang (الصرط)membaca dengan huruf Sin dan huruf Zay yang diisymamkan. Ini di sebabkan bacaan dengan Sad itu adalah lebih mashyur dan banyak digunakan dalam qiraat-qiraat yang mutawatirah jika dibandingkan dengan bacaan-bacaan yang lain.

3) Berlaku penambahan di sebabkan wajah qiraat yang berbeza. Terdapat beberapa perbezaan qiraat yang melibatkan penambahan sesuatu huruf atau kalimah, dan ini menyebabkan kaedah tulisan yang digunakan bagi qiraat tersebut tidak sesuai digunakan bagi qiraat yang lain. Oleh itu ia ditulis pada

7

Page 8: Pemeliharaan Al-quran Secara Bertulis (Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya)

Pemeliharaan Al-Quran Secra Bertulis : Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya

sebahagian mashaf dengan satu kaedah dan sebahagian lagi mashaf dengan kaedah yang

lain. Contohnya seperti firman Allah s.w.t. { األنـهـر تحتها تجرى } , ia ditulis sedemikian pada sebahagian mashaf,182 dan mashaf yang lain pula dengan

penambahan kalimah (من) menjadi{ األنـهـر تحتها من تجرى } .

4. PENGENALAN RASM QIYASI / IMLA’I

Rasm Qiyasi ialah membentuk atau menggambarkan satu kalimah dengan huruf ejaannya, dengan mengambil kira cara untuk memulakan dan berhenti pada kalimah tersebut. Ia juga ditakrifkan dengan membentuk atau menggambarkan satu kalimah berpandukan huruf-huruf ejaannya, supaya bersesuaian antara tulisan kalimah tersebut dengan sebutannya. Rasm ini juga dinamakan sebagai Rasm Imla’i iaitu penulisan yang berpandukan kepada huruf-huruf ejaannya. Oleh sebab itu, cara penulisannya tidak dikaitkan dengan ziyadah, hadhaf, ibdal dan sebagainya.

Daripada definisi-definisi yang dikemukakan di atas, maka dapatlah diambil kesimpulan bahawa Rasm Qiyasi itu adalah satu kaedah penulisan yang dicipta oleh para ulama berpandukan kepada ejaan sesuatu kalimah. Hendaklah diketahui bahawa kaedah penulisan ini tidak pernah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk menulis al-Quran dan ianya tidak pernah pun digunakan oleh para sahabat dalam penulisan al-Quran di zaman tersebut dan ia hanya digunakan dalam penulisan kalimah-kalimah Arab sahaja. Penulisan al-Quran dengan menggunakan kaedah Rasm Qiyasi ini hanya berlaku selepas zaman para sahabat, dengan tujuan semata-mata untuk memberi kemudahan kepada orang ramai ketika membaca al-Quran.

5. KAEDAH PENULISAN AL-QURAN RASM QIYASI

Dalam penulisan al-Quran Rasm Qiyasi, para ulama yang mencipta rasm ini telah menggunakan beberapa metode yang tersendiri. Di antara metode-metode yang mereka gunakan ialah :

1) Menentukan sesuatu huruf itu berpandukan kepada cara ejaannya, tidak kepada sifat-sifatnya yang mendatang. Yang dimaksudkan dengan huruf-huruf ejaannya ialah bentuk huruf itu sendiri, tanpa melihat kepada sifat-sifatnya yang mendatang seperti Iqlab, Idgham dan lain-lain. Sebagai contohnya,

kalimah ( أنـبئهم ) tidak ditulis dengan ( أمبئهم ), begitu juga kalimah ( من .( ميوم ) tidak ditulis dengan ( يوم

2) Tidak terdapat sebarang huruf yang dihadhafkan. Contohnya adalah seperti huruf

Alif pada kalimah ( مالك ), huruf Waw yang kedua pada kalimah( يستوون ال ) ,

huruf Ya’ yang kedua pada kalimah ( الحواريين ) dan seumpamanya. Semua huruf-huruf tersebut dikekalkan mengikut kaedah penulisan Rasm

8

Page 9: Pemeliharaan Al-quran Secara Bertulis (Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya)

Pemeliharaan Al-Quran Secra Bertulis : Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya

Qiyasi, walaupun ianya dihadhafkan mengikut kaedah penulisan Rasm cUthmani.

3) Tidak terdapat sebarang huruf yang ditambah (ziyadah). Contohnya seperti huruf

Alif pada kalimah ( مائة ), huruf Waw pada kalimah ( سأوريكم ), huruf Ya’

pada kalimah ( أفإين ) dan seumpamanya. Semua huruf-huruf tersebut dihadhafkan mengikut kaedah penulisan Rasm Qiyasi, walaupun ianya dikekalkan mengikut kaedah

penulisan Rasm cUthmani, melainkan pada semua kalimah ( أنا ) seperti ( من وأنا .yang mana huruf Alif tetap dikekalkan walaupun ianya tidak dibaca ,( المسلمين4) Memisahkan sesuatu kalimah itu dengan kalimah yang sebelumnya, di samping memelihara cara untuk melafazkannya apabila memulakan bacaan. Contohnya seperti,

memisahkan kalimah ( ما أين لم إن ) , ( ما فى ) ,( )dan seumpamanya, dan apabila ingin memulakan bacaan, maka hendaklah bermula dari kalimah yang pertama atau kalimah-kalimah yang sebelumnya.

5) Memisahkan sesuatu kalimah itu dengan kalimah yang selepasnya,di samping memelihara cara untuk melafazkannya ketika waqaf. Contohnya seperti

memisahkan kalimah ( ما عن من أم ) ,( ما أين ) ,( ) dan seumpamanya, dan apabila ingin mewaqafkan bacaan, maka hendaklah pada kalimah yang kedua atau kalimah-kalimah yang selepasnya.

6) Huruf-huruf pembukaan di beberapa surah-surah tertentu seperti surah al-Baqarah, Ali cImran, Yasin dan sebagainya, ditulis dengan huruf-hurufnya sahaja tanpa menggunakan ejaannya. Contohnya seperti, ditulis dengan menggunakan huruf-

huruf berikut ( الم ), ( يس ), ( ن ) walaupun ianya dieja dengan ( الم الف سين يا ) ,( ميم ) dan ( نون ).

7) Semua huruf yang berbaris dua sama ada kasrah atau dammah, tidak ditulis

dengan tanda baris dua (huruf Alif) seperti ( عزيز ), ( رحـيم غفور ) melainkan sekiranya ia fathah seperti ( رحـيما غفورا ), dengan syarat huruf

tersebut bukan fathah yang maqsur seperti ( هدى ), atau diakhiri dengan huruf Ta’ al-

Marbutah seperti ( ورحمة ) atau diakhiri dengan huruf Hamzah seperti ( ماء ).8) Semua huruf Nun pada kalimah ( إذن ) dan semua huruf Nun Tawkid Khafiyyah

seperti ( وليكونن ) dan sebagainya, ditulis dengan huruf Alif menjadi ( إذا ) dan ( وليكونا ).

9) Semua huruf Hamzah al-Wasl dikekalkan kerana walaupun ia tidak wujud Ketika bacaan wasal, tetapi ia tetap wujud pada ejaan dan ketika memulakan bacaan.

Contohnya seperti ( الله ), ( الصائمين ) dan sebagainya.

9

Page 10: Pemeliharaan Al-quran Secara Bertulis (Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya)

Pemeliharaan Al-Quran Secra Bertulis : Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya

10) Semua hukum Ha’ al-Damir yang kasrah atau dammah, sama ada yang

bertemu dengan huruf Hamzah al-Qatc atau tidak seperti ( إن وبه وله ) ,( .dan seumpamanya, ditulis tanpa huruf Ya’ atau Waw selepasnya ( ما

11) Semua hukum Mim al-Jamc seperti (عليـهم), (إليـهم) dan sebagainya ditulis tanpa huruf Waw selepasnya (bagi qiraat yang membaca dengan silah Mim al-Jamc).

12) Semua huruf Ta’ al-Ta’nith dalam al-Quran seperti (رحمة) (نعمة) dan sebagainya ditulis dengan huruf Ha’ (Ta’ al-Marbutah).

Kaedah-kaedah yang dijelaskan di atas adalah merupakan cara-cara yang digunakan oleh para ulama yang menggunakan kaedah Rasm Qiyasi dalam penulisan al-Quran. Walaupun kaedah penulisan Rasm Qiyasi ini tidak berbeza sepenuhnya dengan kaedah penulisan Rasm cUthmani, namun sekiranya diperhatikan dengan teliti didapati bahawa terdapat beberapa perbezaan yang ketara di antara kedua-dua kaedah rasm tersebut dan perbezaan-perbezaan itulah yang mesti diperhatikan oleh sesiapa sahaja yang ingin menulis atau membaca mashaf al-Quran.

6. KEUTAMAAN RASM cUTHMANI

Dalam perbahasan yang lalu, telah diterangkan tentang pengertian Rasm cUthmani serta sejarah yang berkaitan dengannya. Keterangan-keterangan tersebut jelas menunjukkan bahawa Rasm cUthmani ini sangat perlu diberi keutamaan apabila seseorang itu hendak menulis atau membaca kitab suci al-Quran. Terdapat banyak faktor yang boleh dijadikan sandaran untuk memperkukuhkan kenyataan ini. Antara faktor-faktor yang dimaksudkan itu ialah kaedah penulisannya adalah Tawqifi daripada Rasulullah s.a.w., juga merupakan salah satu daripada rukun bacaan al-Quran, penulisannya merangkumi tujuh huruf al-Quran yang meliputi semua wajah-wajah qiraat yang mutawatirah di samping ianya bertepatan dengan pembentangan terakhir Malaikat Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w.

6.1 Tawqifi daripada Rasulullah s.a.w.

Satu perkara yang perlu diberi perhatian mengenai Rasm cUthmani ini ialah ianya adalah merupakan satu kaedah penulisan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat. Ini bermakna bahawa rasm ini sebenarnya datangnya daripada Allah s.w.t., kerana sebagaimana yang telah dimaklumi bahawa Rasulullah s.a.w. tidak akan mengajarkan sesuatu kepada para sahabatnya melainkan setelah mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Fakta ini diperkukuhkan dengan firman Allah s.w.t. dalam surah al-Najm ayat 1 – 4 yang berbunyi :

10

Page 11: Pemeliharaan Al-quran Secara Bertulis (Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya)

Pemeliharaan Al-Quran Secra Bertulis : Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya

Yang bermaksud :

“Demi bintang semasa ia menjunam . Rakan kamu (Nabi Muhammad s.a.w. yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu) tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar) dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah) . Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri . Segala yang diperkatakan itu (sama ada al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya”

Kenyataan tersebut adalah merupakan pegangan kebanyakkan ulama semenjak dahulu sehinggalah sekarang. Ia lebih diyakini di sebabkan bukan sahaja para ulama yang berpegang dengannya, malah para sahabat Rasulullah s.a.w. yang terdahulu juga turut mengamalkannya dan mereka tidak pernah sekali-kali pun mengingkarinya. Sungguhpun ada pendapat yang bertentangan dengan kenyataan di atas, namun pendapat itu perlu ditolak kerana kaedah penulisannya terdedah kepada kesilapan di sebabkan tiada sandaran yang kukuh. Di samping itu juga, sebarang kaedah penulisan yang lain tidak boleh digunakan untuk menulis al-Quran disebabkan ianya sering mengalami perubahan mengikut peredaran zaman, dan sekiranya ia berlaku terhadap kitab suci al-Quran, sudah tentulah ia akan membawa kepada satu penyelewengan yang pastinya tidak boleh dimaafkan.

Satu kenyataan yang perlu difahami oleh umat Islam ialah, setiap huruf-huruf al-Quran itu ada mempunyai mukjizatnya tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah s.w.t. semata-mata. Sebarang penambahan atau pengurangan terhadap huruf-hurufnya bererti seseorang itu telah menambah atau mengurangkan mukjizat al-Quran dan sekiranya ia berlaku, sudah pasti orang yang melakukannya akan bertanggungjawab di akhirat kelak.

Oleh sebab itu, Rasm cUthmani ini sangat perlu diberi keutamaan dalam penulisan al-Quran, agar kaedah penulisan tersebut betul mengikut apa yang sebenarnya diperintahkan oleh Allah s.w.t.

6.2 Salah Satu Dari Rukun Bacaan al-Quran

Para ulama al-Quran telah bersepakat mengatakan bahawa rukun bacaan al-Quran yang betul ada tiga perkara dan salah satu daripadanya ialah hendaklah ia bertepatan dengan salah satu daripada mashaf-mashaf cUthmani, sama ada yang dihantar oleh

11

Page 12: Pemeliharaan Al-quran Secara Bertulis (Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya)

Pemeliharaan Al-Quran Secra Bertulis : Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya

Sayyidina cUthman ke Makkah, Madinah, Kufah, Basrah, Syam ataupun mashaf al-Imam yang disimpan sendiri oleh beliau.

Perkataan rukun adalah bermaksud perkara yang perlu ada pada sesuatu, dan sekiranya ia tiada, maka Allah s.w.t. tidak akan menerima perbuatan atau amalan tersebut. Sebagai contohnya, ibadah sembahyang seseorang itu tidak akan diterima oleh Allah s.w.t. sekiranya ia tidak dilengkapi oleh semua rukun-rukunnya. Oleh yang demikian, amalan bacaan al-Quran seseorang itu hanya dianggap betul dan boleh diterima sekiranya ia berpandukan kepada salah satu daripada mashaf-mashaf cUthmani sahaja.

Selain daripada bertepatan dengan salah satu daripada mashaf-mashaf cUthmani, terdapat dua lagi perkara yang menjadi rukun dalam bacaan al-Quran iaitu hendaklah ia mutawatir sampai kepada Rasulullah s.a.w. serta bertepatan dengan salah satu daripada wajah-wajah bahasa Arab. Sebahagian ulama pula menamakan satu lagi rukunnya iaitu hendaklah mempunyai sanad yang betul. Al-Syaykh Makki bin Abi Talib al-Qaysi telah berkata : Qiraat yang sahih itu ialah qiraat yang betul sanadnya sampai kepada Rasulullah s.a.w, bertepatan wajah bahasa Arab dan bertepatan dengan kaedah penulisan mashaf cUthmani. Ibn al-Jazari juga telah menjelaskan dalam bukunya Tayyibah al-Nasyr dengan katanya :

للرسم * وكان نحوى وجه وافق ما فكل } يحوى احتماال

* فهذه القرءان هو اسنادا وصح األركان الثالثةلو * شذوذه أثبت ركن يختل وحيثما

السبعة فى أنه }

Yang bermaksud :

“Maka semua (qiraat) yang bertepatan dengan wajah Nahu . Dan ia juga bertepatan dengan Rasm cUthmani . Dan betul sanadnya iaitu al-Quran . Maka inilah tiga rukunnya . Dan sekiranya cacat atau kurang salah satu daripada rukunnya . Maka ia dianggap qiraat yang Syadh, sekalipun ia adalah qiraat yang tujuh”.

6.3 Merangkumi Tujuh Huruf al-Quran

Satu lagi faktor yang sangat penting sehingga menjadikan Rasm cUthmani itu perlu diberi keutamaan ialah kerana kaedah penulisannya berkaitan dengan tujuh huruf al-Quran dan ini menjadikan ianya bertepatan dengan wajah-wajah qiraat yang pernah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat. Banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menerangkan bahawa al-Quran itu diturunkan dalam tujuh huruf, antaranya sebagaimana sabda baginda s.a.w :

12

Page 13: Pemeliharaan Al-quran Secara Bertulis (Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya)

Pemeliharaan Al-Quran Secra Bertulis : Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya

عقيل حدثني قال عفـير بن سعيد } حدثنا عبــد بن اللــه عبيــد حــدثني شهاب ابن عنــه عنهمــا الله رضي عباس ابن أن الله حدث قال وسلم عليه الله صلى الله رسول أن

فلم فراجعتــه حــرف على جبريل : أقرأنىــتزيده أزل ــدنى أس ــتى ويزي إلى انتهى ح

أحرف{ سبعة Yang bermaksud :

“Telah menceritakan kepada kami Sacid bin cUfayr, ia telah berkata, telah menceritakan kepadaku cUqayl bin Ibn Syihab , telah menceritakan kepadaku cUbayd Allah bin cAbd Allah , bahawa Ibn cAbbas r.a. telah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : Jibril a.s. telah mengajarkan kepadaku satu huruf, maka aku sentiasa mengulanginya dan aku juga sentiasa memintanya supaya ditambahkan, dan akhirnya ia menambahkan kepadaku sehingga selesai tujuh huruf”.

Sabda baginda lagi :

بن الحســن حــدثنا مــنيع بن أحمــد } حــدثنا بن زر عن عاصــم عن شــيبان حدثنا موسىــول لقى ، قال كعب بن أبي عن حبيش رس

: فقــال جبريــل وسلم عليه الله صلى الله منهم أمــيين أمــة إلى بعثت إنى جبريــل يــا

ــير والشــيخ العجــوز ــة والغالم الكب والجاري يـا . قـال قـط كتابـا يقـرأ لم الذي والرجل

أحرف{ سبعة على أنزل القرآن : إن محمدYang bermaksud :

“Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Manic , telah menceritakan kepada kami al-Hasan bin Musa, telah menceritakan kepada kami Syayban daripada cAsim daripada Zir bin Hubaysy daripada Ubay bin Kacab ia telah berkata, Rasulullah s.a.w. telah bertemu dengan Jibril dan baginda berkata : Wahai Jibril, Sesungguhnya aku diutuskan kepada satu umat yang buta huruf dan di kalangan mereka ada orang-orang tua yang lemah, uzur, kanak-kanak, hamba dan orang-orang yang tidak boleh membaca satu cara bacaan semata-mata. Jawab Jibril : Wahai Muhammad, sesungguhnya al-Quran diturunkan dengan tujuh huruf ”.

Terdapat berbagai-bagai pendapat ulama mengenai maksud tujuh huruf yang diterangkan dalam hadis-hadis yang lalu. Salah satu pendapat yang disepakati oleh

13

Page 14: Pemeliharaan Al-quran Secara Bertulis (Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya)

Pemeliharaan Al-Quran Secra Bertulis : Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya

kebanyakkan ulama, tujuh huruf itu adalah bermaksud tujuh cara bacaan yang berbagai-bagai yang merangkumi di dalamnya perselisihan nama-nama sama ada ianya mufrad, muthanna atau jamac dan sama ada mudhakkar atau muannath, perselisihan pada cara iacrab, perselisihan pada cara tasrif,perselisihan sama ada mendahulukan atau mengakhirkan sesuatu huruf atau kalimah, perselisihan dari segi ibdal (tukar) sama ada pada huruf atau kalimah, perselisihan dari segi menambah atau mengurangkan sesuatu huruf atau kalimah dan perselisihan pada lahjah sama ada tebal, nipis, imalah, tashil, isymam dan sebagainya. Pendapat ini dipersetujui oleh kebanyakkan ulama seperti Ibn Qutaybah, al-Qadi Abu al-Tayyib, dan lain-lain.

Oleh itu sekiranya kaedah penulisan Rasm cUthmani itu tidak digunakan dalam penulisan al-Quran, maka sudah tentulah mashaf-mashaf yang akan dihasilkan itu tidak merangkumi semua huruf-huruf yang dimaksudkan di atas dan ini menjadikan sesuatu mashaf itu hanya sesuai digunakan untuk membaca qiraat yang tertentu sahaja, tidak bagi qiraat yang lain.

6.4 Bertepatan Dengan Pembentangan Terakhir

Selain daripada tiga faktor di atas, terdapat satu lagi faktor penting yang membuktikan bahawa Rasm cUthmani itu sangat perlu diutamakan dalam penulisan al-Quran iaitu, ianya bertepatan dengan pembentangan terakhir al-Quran oleh Rasulullah s.a.w. bersama Malaikat Jibril a.s.

Sebagaimana yang diketahui bahawa semasa Rasulullah s.a.w. melakukan semakkan terakhir al-Quran kepada Malaikat Jibril a.s., salah seorang sahabat yang begitu hampir kepada baginda iaitu Zayd bin Thabit turut hadir bersama-sama. Oleh itu apabila Zayd bin Thabit diberi tanggungjawab untuk menulis dan mengumpulkan al-Quran oleh Khalifah Abu Bakar r.a. dan Khalifah cUthman r.a., maka beliau menulis dengan berpandukan kepada apa yang telah beliau dengar semasa pembentangan terakhir.

Oleh yang demikian, beliau menganggap bahawa semua ayat al-Quran yang pernah diturunkan semasa hayat Rasulullah s.a.w., tetapi tidak dibentangkan semasa pembentangan terakhir adalah sebagai ayat yang telah dimansuhkan tulisannya dan beliau tidak menulisnya dalam suhuf dan mashaf tersebut. Begitu juga segala apa yang terkandung dalam mashaf-mashaf para sahabat seperti mashaf Sayyidatina cAisyah, mashaf Sayyidina cUmar, mashaf Ubay bin Kacab dan lain-lain lagi tidak dianggap sebagai al-Quran kerana ia tidak terdapat semasa pembentangan terakhir.

7. PERBEZAAN ANTARA RASM DENGAN DHABT

1) Rasm : Ia dibina bagi memelihara cara untuk memulakan bacaan pada sesuatu kalimah serta cara untuk mewakafkannya. Contohnya dikekalkan Hamzah Wasal dan dihazafkan Nun Tanwin pada firman Allah :

الله رسول محمد

14

Page 15: Pemeliharaan Al-quran Secara Bertulis (Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya)

Pemeliharaan Al-Quran Secra Bertulis : Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya

Dhab : Ia dibina bagi memelihara cara untuk menyambungkan sesuatu kalimah dengan kalimah yang berikutnya. Contohnya tidak diletakkan tanda sukun pada firman Allah :

ريهم من

2) Rasm : Ia berkaitan dengan sesuatu huruf pada sesuatu kalimah sama ada ditambah, dihazaf, ditukar, disambung atau dipisahkan dan sebagainya. Contohnya :

الصلوة ملك ءامنوا

Dhab : Menerangkan tentang sesuatu huruf itu sama ada ia berbaris, sukun, mad, syaddah, silah, tashil, imalah dan sebagainya. Contohnya :

مجريها َّإن ءاعجمي ملك له

8. PENUTUP

Daripada perbahasan-perbahasan yang lalu, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa terdapat dua kaedah penulisan yang biasa digunakan dalam penulisan al-Quran, iaitu kaedah Rasm cUthmani dan Rasm Qiyasi. Kaedah Rasm cUthmani ini adalah merupakan kaedah tulisan yang mula-mula sekali digunakan oleh para sahabat untuk menulis segala wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.

Kaedah Rasm cUthmani inilah juga yang digunakan untuk menulis suhuf al-Quran pada zaman Sayyidina Abu Bakar r.a. Malah ianya terus digunakan untuk menulis beberapa buah mashaf pada zaman Sayyidina cUthman r.a. Kaedah penulisan ini dinamakan sebagai Rasm cUthmani adalah bersempena dengan nama Sayyidina cUthman r.a. yang memerintahkan supaya disalin beberapa buah mashaf pada zaman pemerintahannya untuk dihantar kebeberapa buah kota Islam pada ketika itu. Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa penulisan ayat-ayat al-Quran yang awal adalah dengan menggunakan kaedah Rasm cUthmani dan rasm itu terus digunakan oleh para sahabat pada ketika itu.

Sekiranya dikaji dan diperhatikan secara mendalam, maka jelas kepada kita bahawa penulisan al-Quran yang menggunakan Rasm cUthmani ini adalah satu kaedah penulisan yang sangat unik dan luar biasa. Antara ciri-ciri yang sungguh luar biasa yang terdapat dalam kaedah penulisan ini ialah apabila terdapat beberapa huruf yang sepatutnya ditulis tetapi ia dibuang dan begitu juga terdapat beberapa huruf yang sepatutnya tiada tetapi ia ditulis. Selain daripada itu terdapat juga beberapa huruf yang digantikan dengan huruf-huruf yang lain dan di samping itu terdapat beberapa kalimah yang biasanya ditulis dalam keadaan bersambung, tetapi ia ditulis secara terpisah pada tempat-tempat yang lain.

Selain daripada Rasm cUthmani, terdapat satu lagi kaedah penulisan yang digunakan untuk menulis al-Quran iaitu kaedah Rasm Qiyasi. Penggunaan kaedah ini dalam penulisan al-Quran hanya berlaku selepas zaman para sahabat, di mana pada ketika

15

Page 16: Pemeliharaan Al-quran Secara Bertulis (Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya)

Pemeliharaan Al-Quran Secra Bertulis : Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya

itu telah ramai orang yang berkemahiran dalam bidang penulisan. Di kalangan mereka ada yang menganggap bahawa kaedah Rasm cUthmani hanya menyusahkan orang ramai untuk membaca al-Quran dan seterusnya mereka menganggap bahawa rasm tersebut sudah tidak sesuai lagi digunakan.

Justeru itu, sekiranya diimbas sepintas lalu, seolah-oleh membayangkan bahawa kaedah penulisan yang menggunakan Rasm Qiyasi itu adalah lebih betul dan tepat sementara kaedah penulisan yang menggunakan Rasm cUthmani agak menyimpang daripada kebenaran. Akan tetapi, perlu kita sedari bahawa perkara-perkara yang berhubung dengan wahyu atau kalam Allah s.w.t. itu tidak boleh diukur melalui akal atau zahirnya sahaja, kerana ia adalah merupakan sebesar-besar mukjizat yang Allah s.w.t. kurniakan kepada rasulnya, dan segala perkara yang terkandung di sebaliknya hanya dalam pengetahuan Allah s.w.t. semata-mata.

16

Page 17: Pemeliharaan Al-quran Secara Bertulis (Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya)

Pemeliharaan Al-Quran Secra Bertulis : Kaedah Penulisan Serta Keutamaannya

RUJUKAN

Al-Syaykh Muhammad Abd al-Azim al-Zarqani (1988), Ahmad Syams al-Din (ed.), Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran. Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Al-Syaykh Ahmad Muhammad Abu Zithar (1977(, Lata’if al-Bayan fi Rasm al-Quran. Kaherah : Dar al-Sya’b.

Husayni Syaykh Uthman (t.t), Haq al-Tilawah. Jordan : Maktabah al-Manar.

Al-Syaykh Ibrahim bin Ahmad al-Marghani al-Tunisi (1995), Dalil al-Hayran ala Mawrid al-Zam’an fi Fannay al-Rasm wa al-Dabt. Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Sya’ban Muhammad Ismail (Dr.) (1986), Al-Qiraat Ahkamuha wa Masdaruha. Kaherah : Dar al-Salam.

Al-Imam Badr al-Din Muhammad bin Abd Allah al-Zarkasyi (t.t), Muhammad Abu al-Fadl Ibrahim (ed.), Al-Burhan fi Ulum al-Quran. Kaherah : Dar al-Turath.

Al-Hafiz Jalal al-Din Abd al-Rahman al-Suyuti (1987), Mustafa Dib al-Bugha (Dr.) (ed.), Al-Itqan fi Ulum al-Quran. Beirut : Dar Ibn al-Kathir.

Al-Imam Abi Amru Uthman bin Sa’id al-Dani (1978), Al-Muqni’ fi Rasm Masahif al-Amsar ma’ Kitab al-Nuqt. Kaherah : Maktabah al-Kulliyyat al-Azhariyyah.

Ali Muhammad al-Diba’ (t.t), Samir al-Talibin fi Rasm wa Dabt al-Kitab al-Mubin. Mesir : Multazam al-Tab’ wa al-Nasyr Abd al-Hamid Ahmad hanafi.

Al-Allamah al-Syaykh Ahmad bin Muhammad al-Banna (1987), Muhammad Ismail (Dr.) (ed.), Ittihaf Fudala’ al-Basyr bi al-Qiraat al-Arba’ah Asyr. Beirut : Alam al-Kutub & Kaherah : Maktabah al-Kulliyyat al-Azhariyyah.

Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Yusuf al-Jazari (1983), Tahbir al-Taysir fi Qiraat al-A’immah al-Asyarah. Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

17