PEMENDAPAN SUNGAI

29
1.0 Pengenalan Air merupakan sumber kehidupan utama terhadap hidupan di dunia manakala sungai pula merupakan sumber air yang utama bagi hidupan. Hal ini dapat dikaitkan pula apabila sungai dikatakan adalah satu ciri landskap yang penting di seluruh dunia kecuali di kawasan-kawasan yang diliputiais seperti kawasan Artik dan kawasan Antartika. Sungai juga telah melakukan tiga fungsi utama iaitu menghakis, mengangkut dan memendap. Forkulasi merupakan satu proses pemendapan yang berlaku di dalam air sama ada sungai, tasik atau kolam. Jadi, proses ini akan menggalakkan lagi pemendapan sungai berlaku dan pemendapan ini hanya berlaku dibahagian-bahagian tertentu sungai sahaja. Menurut Jamaluddin Md. Jahi, 2000, sungai meliputi keseluruhan kawasan yang menyediakan air larian permukaan (runoff) dan menampung sebahagian atau keseluruhan aliran sungai, sungai utama atau cawangan-cawangannya. Likuan sungai merupakan satu fenomena alam semulajadi dan mewujudkan beberapa masalah di tebing-tebing sungai seperti hakisan dan pemendapan. Proses pemendapan ini berlaku disebabkan oleh pemendakan kerana halaju 1

Transcript of PEMENDAPAN SUNGAI

1.0PengenalanAir merupakan sumber kehidupan utama terhadap hidupan di dunia manakala sungai pula merupakan sumber air yang utama bagi hidupan. Hal ini dapat dikaitkan pula apabila sungai dikatakan adalah satu ciri landskap yang penting di seluruh dunia kecuali di kawasan-kawasan yang diliputiais seperti kawasan Artik dan kawasan Antartika. Sungai juga telah melakukan tiga fungsi utama iaitu menghakis, mengangkut dan memendap. Forkulasi merupakan satu proses pemendapan yang berlaku di dalam air sama ada sungai, tasik atau kolam. Jadi, proses ini akan menggalakkan lagi pemendapan sungai berlaku dan pemendapan ini hanya berlaku dibahagian-bahagian tertentu sungai sahaja.Menurut Jamaluddin Md. Jahi, 2000, sungai meliputi keseluruhan kawasan yang menyediakan air larian permukaan (runoff) dan menampung sebahagian atau keseluruhan aliran sungai, sungai utama atau cawangan-cawangannya. Likuan sungai merupakan satu fenomena alam semulajadi dan mewujudkan beberapa masalah di tebing-tebing sungai seperti hakisan dan pemendapan. Proses pemendapan ini berlaku disebabkan oleh pemendakan kerana halaju air yang lebih rendah. Kelajuan air dalam alur sungai menentukan proses-proses yang bertindak dalam alur tersebut iaitu sama ada ia menyebabkan berlakunya hakisan, pengangkutan ataupun pemendapan. Pemendapan ini akan berlaku apabila bahan-bahan yang hendak dibawa oleh sungai telah menjadi terlalu membebankan untuk digerakkan oleh sesuatu set kelajuan atau keadaan alirannya. Jadi, secara tidak langsung pertambahan kelajuan akan memulakan proses pengangkutan sedimen sementara itu, pengurangan kelajuan akan menghentikan proses tersebut dan sekaligus menyebabkan berlakunya pemendapan sungai oleh sedimen-sedimen.

Rajah 1: Ciri-Ciri Sungai BerlikuTambahan lagi, pemendapan sungai juga merujuk kepada proses pemendapan bahan-bahan yang diangkut oleh aliran sungai di bahagian tebing, dasar atau hilir sungai oleh aliran sungai itu sendiri akibat daripada hilangnya tenaga pengangkutan aliran air sungai tersebut. Setelah itu, apabila aliran air sungai tiba di kawasan tanah pamah, halaju sungai akan menjadi perlahan, jadi, dalam keadaan sebegini keupayaan sungai untuk menghakis dan mengangkut muatan akan berkurangan dan proses pemendapan akan bermula dengan pantas. Selain itu, pemendapan sungai paling banyak berlaku di hilir sungai kerana aliran sungai dibahagian ini adalah paling perlahan.Tugas utama bagi sungai di peringkat hilir sungai adalah pemendapan. Hal ini sekaligus akan meninngikan lagi dasarnya. Disamping itu, air sungai akan bertambah banyak apabila sungai-sungai lain bercantum dengannya.hal ini akan menyebabkan muatan-muatan yang kasar akan dimendapkan dahulu dan kelodak-kelodak yang halus pula akan dibawa sehingga ke kuala sungai. Dengan ini, muatan atau sedimen-sedimen ini akan banyak termendap di dataran yang rata tersebut sekaligus akan memecahkan sungai-sungai kepada terusan rencam yang dinamakan sebagai sungai bersirat.2.0Faktor Pemendapan SungaiPemendapan sungai juga boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang akan mempengaruhi pembentukan pemendapan sungai seperti isi padu air atau halaju air sungai, kecerunan, muatan sungai, bentuk alur, jenis batuan dan halangan.2.1Isi Padu dan Halaju Air SungaiFaktor yang menyebabkan berlakunya pemendapan sungai adalah apabila isi padu air semakin berkurangan dan sekaligus menyebabkan halaju air sungai turut menjadi perlahan. Hal ini juga dapat dikaitkan dengan iklim kerana apabila tibanya musim kemarau ia akan menyebabkan isi padu air sungai berkenaan semakin berkurangan. Secara tidak langsung, apabila isi padu air sungai ini berkurangan, ia akan menyebabkan partikel-partikel yang diangkut sebelumnya termendap ke dalam dasar sungai.Isi padu atau kuantiti air sungai amat mempengaruhi halaju air sungai berkenaan dan juga keberkesanan pemendapan bahan. Semasa isi padu air sungai tinggi terutamanya semasa banjir, air akan melimpahi tebing sungai. Air yang melimpahi tebing ini akan membawa bersamanya bahan seperti kelodak, pasir, lumpur dan lain-lain ke tebing sungai. Bahan ini kemudiannya akan dimendapkan dibahagian tebing selepas banjir surut. Tambahan lagi, aliran air yang laju mempunyai keupayaan yang tinggi untuk membawa lebih banyak bahan mendapan daripada hulu ke hilir sungai. Bahan-bahan ini seterusnya akan dimendapkan di bahagian hilir atau muara sungai.Disamping itu, isi padu air yang sedikit akan turut menyebabkan halaju air turut merosot. Halaju air yang perlahan menyebabkan arus sungai hilang keupayaan untuk mengangkut bahan-bahan dan berlaku proses pemendapan. Halaju air ini memainkan peranan yang penting dalam proses kejadian ini. Hal ini kerana menurut Arthur, N.S (2007), beban yang dibawa oleh sesuatu sungai berbeza-beza dari segi saiz serpihan, jumlah, kuantiti beban dan lain-lain.2.2KecerunanKecerunan di sesebuah tebing sungai juga akan mempengaruhi kecepatan proses pemendapan sungai terjadi. Hal ini kerana kecerunan di dasar sungai akan turut mempengaruhi halaju air. Tambahan lagi, kecerunan dasar sungai yang curam di kawasan hulu sungai akan menyebabkan halaju air sungai menjadi lebih tinggi. Secara tidak langsung, di bahagian hulu sungai ini, proses pemendapan akan berlaku secara berkurangan kerana terdapatnya proses-proses lain yang berlaku di hulu sungai ini seperti hakisan dan pengangkutan bahan secara besar-besaran di kawasan ini. Manakala di kawasan hilir sungai, cerun yang ada adalah landai dan sekaligus menyebabkan halaju air sungai menjadi perlahan. Disebabkan hal inilah banyak proses pemendapan berlaku di kawasan hilir sungai. Hal ini kerana halaju air sungai yang perlahan menyebabkan bahan-bahan yang diangkut oleh aliran sungai dimendapkan di kawasan ini.2.3Muatan/ Beban/ Sedimen SungaiBahan muatan sungai yang diangkut turut mempengaruhi proses pemendapan sungai. Muatan sungai ini merujuk kepada bahan-bahan yang dibawa oleh aliran air sungai seperti kelodak, lumpur, pasir kelikir dan lain-lain. Bahan-bahan ini terhasil daripada kegiatan proses hakisan yang berlaku ke atas tebing dan dasar sungai, hakisan permukaan yang berhampiran sungai ataupun proses luluhawa di bahagian hulu sungai. Secara tidak langsung, sungai yang mempunyai banyak muatan sungai akan menyebabkan proses pemendapan berlaku dengan kerap berbanding dengan sungai yang tidak mempunyai bahan untuk dibawa. Hal ini kerana jumlah bahan muatan yang banyak akan menyebabkan keupayaan mengangkut akan berkurangan dan sekaligus menyebabkan kadar pemendapan meningkat terutama di kawasan hilir sungai.2.4Bentuk Alur SungaiSelain itu, faktor yang mempengaruhi proses pemendapan sungai adalah bentuk alur sungai. Hal ini kerana alur sungai yang lurus akan menyebabkan aliran air sungai menjadi deras dan menggalakkan pengangkutan bahan berlaku secara maksimum dan keadaan ini akan mengurangkan proses pemendapan bahan di sungai. Disamping itu, butir-butir air dalam sungai tidak bergerak secara lurus atau selari antara satu sama lain. Laluan butir-butir ini ialah berliku-liku dan berpusar dan ini bermakna butir-butir air bergerak kemana-mana sahaja serta dengan kelajuan yang berbeza-beza. Gerakan tersebut dikenali sebagai aliran turbulen. Aliran ini adalah lebih cepat di sungai yang deras menyebabkan banyak bahan mendapan dibawa berbanding sungai yang arusnya perlahan. Aliran turbulen ini juga paling kuat berhampiran dengan tebing dan dasar sungai. Secara tidak langsung, alur sungai yang berliku ini akan menyebabkan aliran air sungai akan terganggu dan halaju pergerakan air menjadi kurang dan kesannya bahan-bahan yang dibawa oleh aliran air akan dimendapkan.2.5Jenis BatuanTambahan lagi, jenis batuan juga menjadi penyebab berlakunya pemendapan sungai. Hal ini demikian dapat dikaitkan dengan kuantiti, saiz, jumlah bahan yang diangkut adalah berbeza-beza sekiranya bahagian dasar dan tebing sungai terbentuk daripada batuan yang lembut daripada kumpulan batuan enapan, maka kadar hakisan ke atas tebing dan dasar sungai menjadi lebih giat. Hakisan yang giat ini ke atas dasar dan tebing sungai akan menyebabkan bahan (sedimen) banyak diangkut oleh aliran sungai tersebut. Kesannya pemendapan sungai ini akan berlaku secara giat. Sebagai contoh, batu tongkol mempunyai saiz yang besar berbanding dengan batu kelikir dan pasir. Hal ini menunjukkan bahawa semakin besar batuan semakin cepat proses pemendapan berlaku kerana ia boleh dikaitkan dengan proses luluhawa dimana batuan yang lebih besar mengambil masa yang lama untuk proses peleraian berbanding dengan batuan yang lebih kecil.2.6Halangan di Dasar Sungai Atau SekelilingDisamping itu, faktor halangan di dasar sungai atau sekeliling turut menjadi penyebab berlakunya pemendapan sungai. Hal ini kerana apabila halangan di kawasan sekitar terlalu banyak. Ia kan memudahkan bahan-bahan yang diangkut termendap di dasar sungai. Hal ini disebabkan oleh bahan-bahan yang diangkut itu tidak dapat mengalir akibat terdapatnya halangan-halangan di kawasan berkenaan. Tambahan lagi, sungai yang pada alurnya terdapat halangan sama ada halangan semula jadi ataupun buatan manusia akan berupaya untuk memerangkap bahan yang diangkut oleh aliran sungai berkenaan lalu memendapkannya. Sebagai contoh, batu-batu tongkol akan menghalang pergerakan dan menyebabkan arus menjadi perlahan. Apabila halaju sungai menjadi perlahan, maka sungai akan memendapkan bahan atau muatan yang dibawa. Jadi, arus sungai yang perlahan akan hilang tenaga kinetik dan menyebabkan proses pemendapan berlaku. Selain itu, terdapat halangan yang lain menyebabkan pemendapan sungai seperti pokok tumbang, paya bakau, pulau-pulau sekeliling dan lain-lain.

3.0Proses Pemendapan SungaiPemendapan sungai terjadi melalui proses tertentu yang dapat dikaitkan dengan faktornya. Proses pemendapan sungai ini amat berkait dengan isi padu air yang berkurangan dan apabila keadaan ini berlaku, bahan-bahan yang dibawa bersama akan mula dimendapkan di dasar sungai. Disamping itu, isi padu air yang berkurangan ini akan memberi kesan kepada halaju air sungai kerana halaju ini akan menjadi semakin perlahan dan seterusnya menyebabkan keupayaan air sungai untuk mengangkut bahan-bahan mendapan berkurang dan proses pemendapan akan terus berlaku.Setelah itu, proses pemendapan ini terus berlaku apabila alur sungai tersebut berliku-liku dan berkeadaan tidak rata. Jadi, ia akan menyebabkan tindakan graviti semakin berkurangan apabila cerun landai dan ini sekaligus memberi kesan kepada peningkatan bahan mendapan sungai. Seterusnya proses pemendapan sungai ini terjadi apabila sungai-sungai tersebut berliku-liku yang menyebabkan aliran sungai tersebut menjadi perlahan dan akhirnya bahan muatan yang dibawa bersama termendap di kawasan sekitarnya. Liku-liku ini menghasilkan kawasan pamah dimana alluvium dimendapkan dan ia juga sentiasa berubah-ubah menghala ke hilir akibat daripada proses hakisan yang berlaku. Lazimnya, ia mengekalkan bentuk yang sesuai dengan gradien pada bahagian alur itu dan berganjak dengan menglonggokan bahan di bahagian liku menghala ke hulu. Secara tidak langsung proses pemendapan ini akan mewujudkan sebuah dataran.Setelah itu, proses pemendapan terjadi setelah banjir berlaku. Hal ini mempercepatkan lagi proses pemendapan sungai terjadi. Semasa banjir, air yang ada tidak dapat lagi dibendung oleh alur sungai, maka air tersebut akan melimpah keluar melalui tebing sungai. Jadi, setengah daripada beban air tersebut akan dimendapkan. Apabila hakisan berlaku mengikut aliran yang paling sedikit halangannya, banyak liku-liku sungai yang membesar menjadi lingkaran lebar dengan ruangan yang sempit. Jadi, sekiranya banjir ini berlaku, maka momentum aliran sungai kadangkala dapat menembusi ruangan yang sempit itu sekaligus berlaku proses pemendapan sungai. Proses pemendapan sungai ini akhirnya akan mewujudkan bentuk muka bumi yang baru seperti tasik ladam, delta, tetambak dan juga dataran banjir.

Rajah 2: Proses Pemendapan Sungai

4.0Bentuk Muka Bumi Hasil Tindakan Pemendapan Sungai.Proses pemendapan sungai akan terus berlaku jika faktor-faktor tersebut tidak diatasi kerana ia amat mempengaruhi halaju sungai. Apabila halaju sungai menjadi perlahan maka sungai akan memendapkan bahan muatan yang dibawa. Justeru itu, di kawasan hilir sungai biasanya dikuasai oleh bentuk-bentuk pemendapan. Antara bentuk muka bumi hasil pemendapan sungai ialah dataran banjir,tetambak, delta dan tasik ladam.4.1Dataran BanjirProses pemendapan sungai akan menghasilkan bentuk muka bumi yang lain hasil tindakannya iaitu datarn banjir. Hal ini kerana discas sebatang sungai tidaklah serupa sepanjang masa kerana ada masanya discas tersebut terdapat di kawasan rendah dan adakalanya discas tersebut terdapat sungguh besar. Tindakan sungai ini amat berkesan di peringkat hilir iaitu dalam proses pemendapan. Secara tidak langsung, ia akan meninggikan dasar sungai dan menyebabkan air sungai menjadi cetek.Tambahan lagi, air sungai mudah banjir pada musim salji mencair atau musim hujan. Banjir yang melimpahi tebing sungai ini akan memendapkan bahan-bahan yang dibawanya seperti lumpur, kelodak, lempung, pasir, kelikir dan lain-lain. Kejadian banjir yang berulang-ulang ini menyebabkan bahan yang dimendapkan ini bertambah dan membentuk dataran yang luas dan lebar dan ia dikenali sebagai dataran banjir. Pembentukan dataran banjir ini menjadi lebihmudah dengan wujudnya liku-liku sungai di kawasan tersebut kerana dengan terjadinya pembentukan itu bermakna aliran air adalah lebih perlahan. Sekiranya air sungai tersebut melimpahi kawasan sekitarnya, bahan-bahan mendak yang dibawa bersama akan dimendapkan di dataran tadi untuk membentuk datran banjir. Dataran banjir ini biasanya ditenggelami air lebih kurang setahun sekali iaitu pada musim aliran air tinggi seperti yang terdapat di lembangan sungai Kelantan pada musim monsun timur laut.

Rajah 3: Pembentukan Dataran Banjir Atau Dataran Mendap

Rajah 4: Datarn Banjir4.2TetambakTetambak juga merupakan salah satu pembentukan muka bumi hasil daripada proses pemendapan sungai. Tetambak ini merujuk kepada permatang rendah yang terbentuk selari dengan tebing sungai. Ia terbentuk apabila banjir yang berlaku telah melimpahi tebing sungai dan sekaligus memendapkan bahan pada tebingnya. Jadi, timbunan bahan ini telah dibentuk secara berperingkat setiap kali berlakunya banjir.Selain itu, bentuk muka bumi ini juga menyebabkan cawangan sungai mengalir selari dengan aliran sungai utama sebelum bercantum dengannya. Cawangan sungai ini dikenali sebagai cabang sayung dan pembentukan ini berkait rapat dengan pembentukan dataran banjir. Hal ini kerana sungai-sungai yang terdapat pada dataran banjir tidak dapat memasuki sungai utama secara terus kerana terdapatnya tetambak dan dengan itu, sungai tersebut mengalir mengikut lembah selari dengan sungai utama sehingga di suatu tempat sungai itu dapat memasuki sungai utama. Contoh pembentukan tetambak yang terjadi ialah tebing Sg Hwang Ho Rhine dan Sungai Mississippi.

Rajah 5: Pembentukan Tetambak4.3Tasik LadamDisamping itu, daripada proses pemendapan sungai terbentuklah sebuah tasik yang dinamakan sebagai tasik ladam. Tasik ini juga dikenali sebagai carok di Lembangan Mississippi. Tasik ladam ini juga akan terbentuk daripada likuan sungai di peringkat hilir yang berbentuk hampir bulat. Tambahan lagi, pembentukan tasik ladam ini berlaku dalam tiga peringkat.Pada peringkat pertama, hakisan akan berlaku dengan giat di tebing luar likuan sungai manakala pemendapan berlaku di tebing dalam likuan sungai. Hakisan di luar likuan dan pemendapan di dalam likuan sungai menyebabkan kedua-dua lengkok likuan menjadi semakin rapat. Seterusnya, kedua-dua lengkok akan bertemu dan air akan mengalir terus dan pada peringkat terakhir, pemendapan yang berterusan telah membentuk likuan sungai yang terpisah daripada alur baru sungai. Likuan sungai asal yang terpisah daripada alur baru akan membentuk likuan terpenggal lalu menjadi sebuah tasik yang dikenali sebagai tasik ladam atau mort lake.

Rajah 6: Pembentukan Tasik Ladam

Rajah 7: Tasik Ladam4.4DeltaSelain itu, delta juga merupakan salah satu pembentukan hasil daripada proses pemendapan sungai. Delta merujuk kepada satu dataran mendap yang luas dan rata. Ia dibentuk oleh pemendapan lumpur, kelodak, pasir atau batu kelikir di muara sungai yang memasuki kawasan air tenang sama ada di tasik atau laut. Secara tidak langsung, pemendapan ini akan membentuk sebuah kawasan lanar yang berbentuk kipas dan dinamakan sebagai delta. Kawasan lanar ini sebenarnya ialah dataran mendap yang meluas ke laut. Halangan-halangan lanar yang telah dimendapkan menyebabkan sungai itu mengalir melalui beberapa terusan yang disebut sebagai alur delta. Terdapat beberapa faktor yang menggalakkan pembentukan delta iaitu aliran air sungai yang memasuki tasik atau laut mestilah membawa beban yang cukup untuk dimendapkan dihadapan muaranya. Selain itu, dasar yang terdapat di hadapan muara sungai mestilah mempunyai cerun yang landai kerana cerun curam tidak menggalakkan pemendapan. Tambahan lagi, beza antara pasang surut yang terdapat di muara sungai berkenaan mestilah tidak besar kerana beza antara pasang surut yang besar akan mengganggu pemendapan dan lain-lain.Disamping itu, bahagian delta yang berhampiran dengan laut biasanya berpaya atau ditumbuhi hutan dan adakalanya berlagun. Sekiranya delta yang terbentuk itu mempunyai bahan kelodak dan alluvium maka ia merupakan sebuah delta yang amat subur untuk aktiviti pertanian khususnya padi sawah di Delta Kelantan, Delta Mekong dan lain-lain. Oleh kerana terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan delta maka jenis delta, saiz, bentuk dan nama turut berlainan. Antara jenis delta yang terhasil ialah seperti delta busur, delta kaki burung, delta juringdan delta muara.

Rajah 8: Pembentukan Delta5.0Kesan Pemendapan SungaiProses pemendapan sungai ini turut memberi kesan yang negative terhadap sungai berkenaan. Hal ini sekaligus akan menjejaskan kualiti air sungai tersebut walaupun ia juga menghasilkan bentuk muka bumi yang baru. Antara kesan daripada proses pemendapan sungai ini ialah air sungai menjadi keruh dan kotor serta mencetekkan dasar sungai.5.1Air Sungai Keruh dan KotorMelalui proses pemendapan sungai, kesan yang sangat ketara berlaku terhadap sungai tersebut ialah air sungai berkenaan menjadi keruh dan juga kotor. Hal ini disebabkan oleh aliran air sungai yang telah membawa muatan-muatan dengan banyak terutama apabila banjir berlaku. Antara bahan muatan atausedimen yang dibawa bersama ialah kelodak, batu kelikir, pasir dan lain-lain yang sekaligus boleh menyebabkan air sungai tersebut tercemar. Bahan-bahan muatan ini akan bercampur kerana dibawa oleh aliran air yang sama dan akhirnya air sungai tersebut akan termendap dan menjadi keruh disebabkan bahan sedimen tersebut dan akhirnya sungai tersebut menjadi kotor sekaligus tidak dapat digunakan oleh penduduk setempat.5.2Dasar Sungai CetekSelain itu, proses pemendapan sungai ini turut menyebabkan dasar sungai menjadi lebih cetek. Hal ini kerana apabila hakisan berlaku di tebing sungai akan menyebabkan bahan muatan bertambah banyak dan apabila aliran air sungai menjadi laju, ia akan membawa bahan tersebut bersama-sama. Akhirnya bahan tersebut akan dimendapkan dan sekaligus menyebabkan dasar sungai yang mengalami proses pemendapan ini menjadi semakin cetek.

6.0 Langkah bagi mengatasi masalah pemendapan sungai di MalaysiaMasalah pemendapan sungai di Malaysia boleh ditangani berdasarkan 2 langkah utama, iaitu langkahstruktur dan bukan struktur.Antara langkah struktur yangutama ialah meluruskan sungai.Dengan cara ini,bahan-bahan mendakdapatdibawa terus ke kawasan muara sungai tanpa dimendapkan terlebih dahulu dikawasan sebelah atassungai.Selain mendalam,melebarkan alur sungai turut penting dalam menangani masalah kadar pemendapan sungai yang meningkat.6.1 Pembinaan Tebing Konkrit

Sungai KlangKaedah membina cerucuk atau membuat benteng konkrit juga mengurangkan atau menghalang meningkatnya masalah pemendapan sungai diMalaysia. Kawasan tebing di dilakukan dengan menggunakan kaedah penyimenan bertujuan melancar larian air permukaan yang hanya bergerak di atas lapisan yang diseminkan menuruni cerun. Tebing konkrit yang dibina sepanjang saliran sungai juga dapat mengelak peningkatan air sungai secara mendadak seterusnya melimpahi kawasan berhampiran. Keadaan ini sering terjadi apabila hujan lebat dalam masa yang singkat menyebabkan sungai tidak dapat menampung kuantiti air yang banyak akibat daripada bahan mendapan yang mencetekkan kedalam sungai. Kejadian banjir kilat akan berlaku walaupun mendapapan yang sedikit telah menggangu aliran air sungai. Selain itu, pembinaan tebing konkrit juga dapat mengukuhkan struktur tanah daripada longgar akibat hakisan sungai sterusnya menjadi bahan mendapan kepada sungai berkenaan. Keadaan ini dapat mengelak daripada kejadian tebing runtuh menyebabkan lebar sungai semakin bertambah manakala kedalaman sungai semakin cetek. Oleh yang demikian, tebing konkrit telah menyelamat sebarang aktiviti yang dijalankan di tebing sungai seperti petempatan, pertanian, perindustrian dan lain-lain. Kawasan sekitar dilihat lebih tersusun dan menarik sekiranya pihak berkuasa tempatan mengindahkan suasana di persisiran tebing sungai sehingga dapat menarik ramai pengunjung untuk aktiviti riadah seperti memancing, berjoging dan berkelah. Kerajaan telah memperuntukan berbilion ringgit bagi membina benteng konkrit di tebing sungai yang di kenalpasti berisiko berlaku hakisan yang mendatangkan kebimbangan kepada penduduk. Sehubungan itu, kontraktor yang dilantik bagi membina tebing konkrit mengikut kesesuaian setempat. Terdapat sesetengah tebing konkrit dibina melibatkan kos yang tinggi kerana melibatkan aktiviti penanaman cerucuk besi supaya tebing ini dapat bertahan dalam jangka waktu yang lama.

6.2Penanaman Pokok Tutup Bumi

Dengan cara meningkatkan penanaman pokok tutup bumi juga boleh mengurangkan masalah pemendapan sungai. Pokok di tanam membantu mengukuhkan struktur tebing daripada runtuh akibat hakisan sungai, kemudian mengankut bahan endapan ke kawasan tengah lembangan sungai. Selain itu, ia juga dapat mengindahkan kawasan sekitar tebing sungai secara semulajadi. 6.3Memperdalam Sungai atau muaraLangkah memperdalam sungai membantu melancar pengaliran air sungai dari kawasan hulu sungai ke hilir sungai. Kawasan memdapan sedia ada di dalam lembangan sungai akan menjadi lebih serius jika tidak melaksanakan langkah memperdalam sungai oleh pihak berkuasa. Bahan endapan dari hulu sungai bergerak dengan kekuatan arus air sehingga pergerakannya terhalang dengan sisa mendapan terdahulu di dalam sungai tersebut. Sekiranya, proses ini berterusan mengakibatkan kuantiti bahan mendapan sungai semakin meningkat. Keadaan ini akan menganggu aktiviti penduduk yang menjadikan sungai sebagai jalan perhubungan. Bahan endapan tersebut menyebabkan sungai menjadi cetek sehingga menyukar bot atau perahu untuk menyusur melalui alur sungai. Penumpang perahu terpaksa turun kemudiannya ditolak atau di angkat ke kawasan yang lebih dalam bagi mengelak kerosakan pada perahu dan enjin bot. Sehubungan itu, aktiviti memperdalam sungai perlu dilaksanakan dengan sempurna supaya kedalam sungai dapat melancarkan proses pemendapan. Bahan endapan yang terdahulu perlu digali sehingga sama paras kedalaman asal sungai berkenaan. Namun begitu, pemendapan mungkin berlaku kembali dalam jangka waktu terdekat bergantung kepada kuantiti angkutan bahan. Pihak berkuasa berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Sungai (JPS) harus peka dengan keadaan kedalaman sungai supaya masalah pemendapan sungai tidak terus berlaku. 6.4 Mengurang aktiviti penyahutanan di kawasan hulu sungaiAktiviti penyahutanan kebiasaan dilakukan oleh pembalak berhampiran sungai sehingga kawasan hutan menjadi gondol. Kerajaan telah mengeluarkan permit kepada pembalak bagi mengelak penebangan pokok secara besar-besaran menjejaskan alam sekitar. Sehubungan itu, kerajaan telah menetapkan beberapa kriteria penebangan pokok salah satunya melarang penebangan pokok berhampiran sungai biarpun pokok tersebut bernilai tinggi dipasaran. Sebagaimana yang diketahui, pokok membantu menyekat proses hakisan tanah kerana akar pokok mampu mencengkam tanah daripada poros atau longgar apabila terkena air larian sehingga menghakis, mengankut bahan endapan dan kemudian termendap di dalam sungai. Sungai merupakan kawasan yang paling rendah dari segi lapisan permukaan struktur muka bumi secara tiadak langsung mempercepat proses pemendapan. Selain itu, pihak Jabatan Perhutanan telah mewartakan kawasan yang perlu dikekalkan daripada sebarang aktiviti penebangan pokok. Bagi kaedah bukan struktur pula, penguatkuasaan undang-undang amat penting dijalankan.Dengan adanyaundang-undang, segala projek lembangan sungai perlu mengikut prosedur dan aktayang telahditetapkan.Hal ini dapat mengurangkan masalah tanah runtuh seterusnya mengurangkan masalah kadar mendapan yang tinggi.Di samping itu,kaedah pendidikan juga pentingdalam mengurangkan masalahpemendapan sungaidi Malaysia.Dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam kurikulum di sekolah seperti Hargailah Sungai Kita.Jagalah Kebersihan Sungai dan sebagainya boleh menyedarkan murid-murid sekolah untuk menghargai sungai.Kaedah kempen kesedaran juga penting terutama melalui media massa, cetakdan elektronik.Denagn adanyakempen seperti menjaga kebersihan sungai, maka orang awamakan didedahkan kepadabetapa pentingnyasungai.Denganitu, dapat mendidik orang awam untuk tidak mencemarkan sungai dengan sampah sarap sehingga meningkatkan kadar mendapan sungai.

7.0KesimpulanProses pemendapan sungai akan terjadi disebabkan juga oleh beberapa proses kerana ia saling berkaitan seperti proses hakisan dan juga proses pengangkutan sungai. Proses pemendapan ini akan kurang terjadi jika hakisan tidak berlaku di tebing-tebing sungai tersebut yang menyebabkan banyak bahan muatan yang dibawa oleh aliran sungai. Tambahan lagi, proses pemendapan ini terjadi disebabkan oleh beberapa faktor yang penting iaitu isi padu air sungai berkenaan akan mempengaruhi halaju air sungai tersebut. Hal ini kerana faktor tersebut saling berkait rapat antara satu sama lain.Selain itu, pemendapan sungai ini turut terjadi disebabkan oleh keceruanan sungai tersebut kerana semakin landai sungai berkenaan semakin banyak pemendapan berlaku. Ia juga disebabkan oleh bahan muatan yang dibawa bersama itu sendiri, jenis batuan yang ada serta halangan yang ada di sungai tersebut. Disamping itu, menurut Hamidi Ismail dan Tuan Pah Rokiah Syed Hussain 2003, banjir juga akan menyebabkan berlakunya pemendapan pada dasar sungai oleh sedimen-sedimen yang dibawa oleh arus ketika banjir berlaku. Sedimen-sedimen ini akan menyebabkan sungai mengalami pencemaran dan seterusnya menjejaskan kualiti air. Peningkatan bahan mendak turut mengganggu keadaan fizikal air terutamanya dari aspek kekeruhan, perubahan rejim hidrologi dan juga warna air.Tambahan lagi, proses pemendapan ini menyebabkan berlakunya pembentukan muka bumi yang baru dan ia memberi kepentingan yang tersendiri. Antara bentuk muka bumi yang baru terbentuk akibat proses ini terjadi ialah tasik ladam, tetambak, delta dan juga dataran banjir atau dataran mendap..

20