Pemetaan Perwakilan Visual Data

12
Perwakilan Visual Data. Definisi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pemetaan perwakilan visual data boleh didefinisikan sebagai: 1. Perwakilan: beberapa orang utusan (dalam konteks ini beberapa jenis visual data) 2. Visual: dapat dilihat. 3. Data: butir atau maklumat yang diketahui atau yang telah dikumpulkan tentang sesuatu dan dapat dijadikan asas untuk membuat kajian. Data dan sifat data. 1. Dua jenis data iaitu: o Data diskret : mengambil nilai-nilai yang tepat. Misalnya; bilangan pelajar di dalam setiap kelas. bilangan kereta Proton Saga yang digunakan oleh pelatih IP Keningau. bilangan ikan yang ditangkap oleh nelayan setiap bulan. o Data selenjar : tidak boleh mengambil nilai-nilai tepat. Ketepatannya bergantung kepada alat pengukuran. Misalnya; jisim durian-durian dari sebuah dusun. tinggi pelatih lelaki di Institut Pendidikan Guru Keningau.

description

Mathemtics

Transcript of Pemetaan Perwakilan Visual Data

Page 1: Pemetaan Perwakilan Visual Data

Perwakilan Visual Data.

Definisi.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pemetaan perwakilan visual data boleh

didefinisikan sebagai:

1. Perwakilan: beberapa orang utusan (dalam konteks ini beberapa jenis visual data)

2. Visual: dapat dilihat.

3. Data: butir atau maklumat yang diketahui atau yang telah dikumpulkan tentang

sesuatu dan dapat dijadikan asas untuk membuat kajian.

Data dan sifat data.

1. Dua jenis data iaitu:

o Data diskret : mengambil nilai-nilai yang tepat. Misalnya;

bilangan pelajar di dalam setiap kelas.

bilangan kereta Proton Saga yang digunakan oleh pelatih IP Keningau.

bilangan ikan yang ditangkap oleh nelayan setiap bulan.

o Data selenjar : tidak boleh mengambil nilai-nilai tepat. Ketepatannya

bergantung kepada alat pengukuran. Misalnya;

jisim durian-durian dari sebuah dusun.

tinggi pelatih lelaki di Institut Pendidikan Guru Keningau.

masa yang diambil untuk pelatih untuk pergi ke kuliah.

2. Perwakilan data atau data boleh diwakilkan melalaui beberapa kaedah.

Antaranya:

i. Carta palang

ii. Carta palang berkomponen

iii. Carta palang berpasangan

iv. Carta piktogram / carta gambar

v. Carta pai

vi. Carta garis

vii. Histogram

viii. Poligon kekerapan

Page 2: Pemetaan Perwakilan Visual Data

ix. Ogif

Carta palang.

1. Carta palang merupakan suatu perwakilan data dengan menggunakan jalur

mencancang atau mengufuk.

2. Carta palang biasanya digunakan untuk membuat perbandingan di antara dua

atau lebih perkara pada sesuatu masa.

3. Contohnya membuat prbandingan bilangan murid memperolehi keputusan

cemerlang dalam UPSR bagi enam tahun mulai tahun 2005 hingga tahun 2010.

Rajah 1

4. Palang-palang segi empat sama dengan panjang yang sesuai digunakan bagi

menyatakan data yang berkenaan dengan kajian.

5. Lebar setiap jalur adalah sama dan tinggi atau panjangnya adalah berbeza

mengikut kekadaran maklumat yang diperolehi.

6. Palang-palang boleh digambarkan secara menegak (Rajah 1) ataupun secara

mendatar/melintang (Rajah 2).

Page 3: Pemetaan Perwakilan Visual Data

JUMLAH EKSPORT KAYU BALAK MALAYSIA KE BENUA EROPAH

Rajah 2

Carta palang berkomponen.

1. Carta palang berkomponen merupakan salah satu cabang dalam carta palang.

2. Carta palang jenis ini digunakan untuk menggambarkan pelbagai jenis data dalam

suatu carta.

3. Carta palang jenis ini membenarkan kita untuk membuat perbandingan beberapa

perkara dalam satu palang yang sama.

4. Setiap palang dibahagikan kepada beberapa bahagian tertentu bergantung

kepada bilangan perkara yang ingin dibandingkan.

5. Carta palang berkomponen juga digelar sebagai carta palang berganda.

6. Rajah 4 di bawah menunjukkan contoh carta palang berkomponen.

BILANGAN PELAJAR MENDAPAT ‘A’ DALAM SUBJEK BAHASA

INGGERIS DI KELAS 4 CERDAS

Page 4: Pemetaan Perwakilan Visual Data

2007 2008 2009 20100

5

10

15

20

25

30

35

84-8089-85100-90

Rajah 3.

Carta palang berpasangan.

Rajah 4.

1. Rajah 4 menunjukkan contoh carta palang berpasangan.

2. Carta palang berpasangan ialah carta palang yang mempunyai lebih daripada

satu jalur atau baris untuk setiap maklumat.

3. Digunakan untuk membandingkan dua atau lebih maklumat dengan mudah.

Carta piktogram / carta bergambar.

Page 5: Pemetaan Perwakilan Visual Data

1. Carta pictogram menggunakan gambar yang dilukis bagi menggambarkan data

yang berkenaan.

2. Rajah 5 di bawah jelas menunjukkan carta piktogram.

PENGUNJUNG KOPERASI SMK KENINGAU

Mei Jun Julai Ogos

Mewakili 5 orang pelajar.

Rajah 5.

Carta pai.

1. Carta pai merupakan suatu bulatan penuh yang bernilai 360 yang dibahagikan

kepada beberapa sektor mengikut nilai yang diwakilinya.

2. Carta pai boleh menggambarkan taburan dan menunjukkan kadar peratusan.

3. Saiz bulatan menggambarkan jumlah keseluruhan ciri yang dikemukakan.

4. Biasanya ditandakan dengan warna yang berbeza untuk mewakili kumpulan yang

berbeza.

5. Contoh carta pai boleh dilihat di bawah.

Page 6: Pemetaan Perwakilan Visual Data

PERATUSAN KAUM DI KELAS 3 CERDAS

Rajah 6.

Carta garis.

1. Carta garis juga dikenali sebagai graf garisan.

2. Diwakili oleh garisan lurus yang menyambungkan titik-titik yang mewakili data-

data yang dicerap.

3. Kebiasannya digunakan untuk menunjuukan keuntungan dan kerugian sesebuah

syarikat.

4. Juga digunakan untuk membuat kenaikan dan penurunan terhadap suatu data

yang diperolehi.

Page 7: Pemetaan Perwakilan Visual Data

PERATUS LULUS UPSR BAGI SK ULU

2007 2008 2009 20100%

10%

20%

30%

40%

50%

60%

70%

80%

90%

100%

6 Cerdas6 Tekun6 Usaha

Rajah 7.

Histogram.

1. Histogram ialah penyajian data dengan menggunakan carta palang bagi taburan

kekerapan dan kuantitatif.

2. Histogram juga merupakan sejenis carta palang untuk data diskret atau selenjar/

3. Luas setiap palang adalah berkadaran dengan kekerapan kelas.

4. Histogram juga boleh digambarkan dengan menggunakan kekerapan relative.

5. Gambar rajah histogram dibina bagi mempamerkan data yang besar dalam

bentuk yang mudah difahami.

6. Carta palang tak bersambung tidak digunakan bagi melakar histogram.

7. Lihat rajah di bawah untuk memahami bentuk histogram.

Page 8: Pemetaan Perwakilan Visual Data

Rajah 8

Poligon kekerapan.

1. Poligon ialah penyajian data dalam bentuk graf garis yang dilukis dengan

menyambungkan titik-titik tengah puncak setiap palang dalam histogram yang

mempunyai lebar yang sama.

2. Poligon kekerapan sesuai digunakan untuk menunjukkan perbandingan antara

dua atau lebih taburan kekerapan.

Rajah 9

Page 9: Pemetaan Perwakilan Visual Data

3. Lengkung kekerapan terbentuk apabila bilangan selang kelas dalam suatu

taburan kekerapan semakin banyak.

4. Lengkung kekerapan lengkung licin yang diperoleh dengan menyambungkan titik

tengah kelas pada hujung setiap palang dalam sesebuah histogram. Tanpa melukis

histogram, polygon kekerapan boleh dilukis secara langsung dengan memplotkan

kekerapan bertentangan dengan titik tengah kelas dan menyambungkan titik-titik itu

secara licin.

Rajah 10 Rajah 11

Ogif.

1. Ogif merupakan graf garis yang menunjukkan kekerapan melonggok melawan

sempadan kelas atas.

2. Terdapat dua jenis ogif;

I. ogif ‘kurang daripada’

II. ogif ‘lebih daripada’

3. Kebiasaannya, hanya ogif kurang daripada yang sentiasa diguna pakai.

Page 10: Pemetaan Perwakilan Visual Data

Rajah 12: Ogif ‘kurang daripada’

4. Untuk melukis ogif, kita mesti bina jadual kekerapan longgokan dahulu.

5. Melalui ogif, banyak nilai statistik seperti pesuku pertama, penengah, pesuku

ketiga, per sepuluh, per seratus dan sebagainya dapat dianggarkan.