Pemikiran Muhammad Iqbal Baru

17
FORMULA PEMBINAAN NEGARA MENURUT SIR MUHAMMAD IQBAL Syed Haashim Bin Syed Abdul Rahman No Matrik: P78833 Syah Rizal No Matrik: P77193 Penyelia Tugasan: Dr Wan Fariza Alyati Wan Zakaria FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

description

ok

Transcript of Pemikiran Muhammad Iqbal Baru

FORMULA PEMBINAAN NEGARA MENURUT SIR MUHAMMAD IQBAL

Syed Haashim Bin Syed Abdul RahmanNo Matrik: P78833Syah RizalNo Matrik: P77193

Penyelia Tugasan: Dr Wan Fariza Alyati Wan Zakaria

FAKULTI PENGAJIAN ISLAMUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA2015

FORMULA PEMBINAAN NEGARA MENURUT SIR MUHAMMAD IQBALAbstrakPembentukkan sesebuah Negara tidak hanya dilihat pada sudut pembangunan fizikalnya sahaja. Aspek spiritual, intelektual dan nilai insani adalah elemen yang utama dalam pembentukan sebuah negara Madani dan sifat manusiawinya memenuhi nilai kemanusiaan. Keruntuhan dan kehilangan sifat insani khususnya bagi kaum muslimin adalah satu penyakit yang amat bahaya. Kemelut kebendaan dan kerancuan terhadap ajaran Islam itu sendiri sesekali tidak memungkinkan pembentukkan jati diri dan menjadi teras di dalam jiwa kaum muslimin sebagai asas pegangan dan kepercayaan. Sistem demokrasi pada zaman ini adalah menjadi satu keperluaan kepada mana-mana Negara untuk mencorak dan melangkah kehadapan untuk kekal sebagai sebuah Negara yang ideal. Peninggalan ini yang disajikan oleh penjajah kepada Negara-negara umat Islam yang dijajah oleh mereka, telah bertukar menjadi satu budaya dan telah membentuk satu kefahaman yang dalam buat kaum muslimin, sehingga seluruh Negara umat Islam ini terpaksa menerima sistem ini. Nilai kemanusiaan dan sistem demokrasi ini, dicorak kembali dan dimasukkan nilai-nilai yang murni sehingga tidak menyanggahi nilai dan asas kemanusiaan.Kata Kunci: Nilai Kemanusiaan, Demokrasi, Ketuhanan.

1. PENDAHULUANAbad 20 ini telah menyaksikan bahawa seluruh Negara dan jiwa umat Islam, telah kehilangan tempat bergantungan dan nilai agama di dalam jiwa. Keruntuhan khilafah Uthmaniah dan penjajahan kuasa barat ke atas negeri umat Islam, bukan hanya berlaku pada sudut geopilitiknya sahaja, tetapi juga turut memberi kesan kepada jiwa, intelektual dan pegangan atau keyakinan mereka terhadap nilai agama itu telah hilang dari diri mereka. Pembebesan dan keterhapusan nilai ini memberi kesan yang amat mendalam ke dalam diri atau sudut pandang umat Islam terhadap kepercayaan mereka iaitu tidak lagi menjadikan Islam itu sebagai satu bentuk gaya hidup yang menyeluruh, tetapi hanya berlaku pada amalan ibadat semata-mata. Penjajahan yang berlaku dalam bentuk geopolitik telah meninggalkan kesan iaitu, tanah besar yang selama ini bernaung dalam sebuah kesatuan telah dipecahkan menjadi sempadan Negara-negara yang kecil.Namun lebih jauh daripada itu, kesan penajajahan meninggalkan luka yang amat dalam diri kaum muslimin. Kesatuan yang dibina di atas landasan persaudaraan satu akidah tanpa mengenal bangsa, kedudukan dan warna kulit. Penjajahan dalam ruangan epistemologi telah mengubah sudut pandang dan gaya hidup. Tambahan pula, penjajahan dalam ruangan epestemologi telah meninggalkan luka yang amat dalam kepada masyarakat Muslim. Budaya dan sudut pandang yang dahulunya Islam menjadi satu kebanggaan, namun kini telah dianggap sebagai ancaman kepada agama dan kepercayaan yang lain dan punca kepada kemunduran masyarakat. Syeikh Muhammad al-Ghazali menyataka dalam bukunya Jaddid Haytak:Sungguh sayang, banyak orang yang menzalimi hakikat keimanan kepada Allah dan hari Kiamat. Menurut mereka, keimanan menghalang seseorang untuk mendapatkan kehidupan yang sebenarnya sebagaimana bayangan bumi yang menghalangi sinar bulan sehingga terjadinya gerhana. Bagi mereka, keimanan merosak kehidupan sehingga terjadinya mereka terlempar ke dalam jurang keterasingan. Lebih jauh, keimanan dianggap telah menarik penderitaan, kesempitan, kesukaran, dan kesedihan dalam kehidupan. Pemahaman seperti ini tentu sahaja sangat keliru dan menyalahi hakikat agama. Rasulullah SAW tidak pernah mengajarkan bahawa keimanan akan merosak kehidupan.Penjajahan dalam bentuk epestemologi ini adalah penyakit yang sukar untuk diubati. Perubahan sudut pandang yang telah terbentuk ini, tidak hanya berlaku dalam ruangan idealogi sahaja, tetapi telah melahirkan satu budaya baru.Penjajahan yang begitu berstruktur oleh barat, berjaya memalingkan kiblat umat Islam dari kemurniaan ajaran agama, kepada kejelekkan dan penghambatan kepada agama. Perubahan ini berlaku menjadikan seluruh gaya hidup, bermula dari individu sehinggalah membentuk satu idealogi ketamadunan.Pembinaan dan pembangunan semula nilai manusiawi dan fikiran berlandaskan jalan dan halatuju yang betul harus dirungkai kembali kekusutannya dan disusun kembali. Muhammad Iqbal, adalah salah seorang sosok yang mengambil langkah ini dan membentuk kembali nilai-nilai Islam yang sebelum ini telah ditimbus oleh kefahaman nasionalisme dan metarialisme. Iqbal menyatakan:Bukanlah masalah berpecah, ia bukanlah hanya pemikiran, hanya perasaan ataupun hanya perbuatan, ia adalah ungkapan keseluruhan manusia. Ia bukanlah satu agama dalam erti kata yang biasa, ia adalah falsafah kehidupan yang berusaha menjaga perkembangan peribadi yang harmoni dan memenuhi nilai kemanusiaan. Al-Quran dan Negara, moral dan politik adalah dalam satu wahyu[footnoteRef:1]. [1: Maitre, Luce-Claude. 1985. Pengantar Ke Pemikiran Iqbal.Terj .Djohan Effendi. Hlmn 40. Jakarta. Pustaka Kencana.]

Pembangunan dan penyemaian kembali nilai Islam kedalam jiwa masyarakat muslim adalah agenda utama yang diketengahkan oleh Muhammad Iqbal, di samping menyediakan juga formula kepada tertegaknya kembali masyarakat dan Negara yang berdiri pada landasan dan mempunyai hubung jalin antara pembangunan spiritual dan fizikal.

2. BIOGRAFI MUHAMMAD IQBALSir Muhammad Iqbal dilahirkan di Sialkot iaitu sebuah Bandar yang terletak di Punjab pada 22 Febuari 1873.Nenek-moyang beliau, terdahulu sebelum memeluk Islam adalah sebagai ketua agama Hindu di Khashmir dan telah memeluk agama Islam dua ratus tahun sebelum.Daripada masa itu,keluarga Iqbal telah berubah sikap dan kepercayaan dengan semangat ketakwaan, kecintaan kepada agama dan pegangan kepada Allah. Bapa Iqbal sendiri adalah seorang Muslim yang taat dengan kuat berpegang kepada ajaran sufi.Beliau menlanjutkan pengajian di daerah kelahiran beliau sendiri iiatu di Sialkot. Setelah luluspeperiksaaan kelayakkan sekolah tempatan, beliau melanjutkan pengajian ke Intermediate College. Di sana beliau berkesempatan untuk bertemu dengan seorang yang tokoh ilmuan berkenaan ilmu kajian timur (Oriental Scholar), iaitu Shamsul Ulema Mir Hasan. Di bawah pengaruh ini guru besar Iqbal, terlalu, tertarik ke arah Pengajian Islam yang beliau dianggap menjadi apa-apa yang belum memihak kepada bahawa beliau tidak dapat lupa ia sepanjang hayatnya.Setelah menyelesaikan pengajian di Sialkot, Iqbal meneruskan pengajian pada Government College di Lahore. Pada tahun 1897, Iqbal berhasil meraih gelar BA, dan mendapatkan gelar M.A pada 1899 dalam bidang falsafah pada Colleg yang sama. Sebagai murid berprestasi penerima anugerah medali siswa cemerlang, Iqbal mendapatkan sokongan dari Sir Thomas Arnold untuk melanjutkan pengajiannya ke Eropah.Pada 1905 hingga 1908, beliau meneruskan pengajian peringkat doktor di Munich-Jerman. Dengan tesis bertajuk The Development Of Metaphysics in Persia, Iqbal meraih gelar doktornya. Dalam masa yang sama Iqbal menyelesaikan pengajian dalam bidang hukum di Lincolns In di Cambridge. Bidang pengajian yang tidak sempat ditamatkan oleh beliau semasa masih berada di India[footnoteRef:2]. [2: Nadwi. Syed Abu Hasan Ali. 1973. Glory Of Iqbal. Hlmn 22.India. Islamic Research And Publications. ]

Di samping institusi formal yang berkompeten yang mengasah kematangan berfikir Iqbal, sesungguhnya terdapat sebuah kekuatan Iman dan Cinta kepada Allah dan Rasul Nya sebagai internal institution and school dalam diri Iqbal. Untuk itu pemikiran dan gagasan Iqbal tampil begitu hangat dan bertenaga. Ini kerana Institusi hati dan sekolah kesedaran, tempat di mana pendidikan rabbani (devine education) dan kemajuan spiritual melekat kuat dalam keperibadian beliau.Iqbal adalah seorang yang menguasai pelbagai disiplin ilmu. Penguasaan beliau terhadap bidang ilmu Islam dan Barat khususnya dalam bidang falsafah, tasauf dan politik mampu untuk menghidupkan kembali wacana ilmu dan peradaban Islam yang baru. Menurut Maulana Abi Hasan Ali al-Nadwi ada lima unsur yang sangat berpengaruh dalam pembentukan karakter Iqbal, pertama, keimanan dan keyakinan yang teguh, kedua, al-Quran yang selalu mengilhami fikiran dan jiwa, ketiga, pengenalan yang mendalam tentang diri, keempat, kemampuan yang cemerlang dalam bidang syair. Kelima, Matsnawi[footnoteRef:3]. [3: Ibid. Hlmn 28.]

3. NILAI MANUSIAWI SEBAGAI ASAS KETAMADUNANKekuatan ketenteraan, peningkatan ekonomi yang pesat dan pembangunan infrastruktur yang maju, merupakan sebahagian daripada keperluan pembangunan sesebuah ketamadunan dan Negara. Namun, penglibatan pembangunan fizikal tidak sesekali mampu untuk membawa kepada kemajuan, kemakmuran dan pembangunan yang seimbang. Kesimbangan pengisian fizikal dan spiritual adalah langkah dan agenda dalam pembangunan sesebuah tamadun itu.Penyemaian dan pembangunan nilai kemanusiaan dan elemen spiritual ini merupakan tunjang utama dalam membentuk asas ketamadunan dan pembangunan Negara yang kukuh. Nilai kemanusiaan ini adalah satu perkara dan keperluan bagi manusia untuk berada di atas landasan yang betul. Kepercayaan kepada falsafah meterialisme dan individualisme menjadikan seseorang itu bertindak luar dari landasan manusiawi yang betul.Sikap kebergantungan kepada kepentingan diri dan keuntungan tanpa diresapi dengan kebersamaan menjadikan individu atau sesetengah masyarakat meggunakan segala kesempatan dan peluang yang ada hanya untuk kepentingan sendiri tanpa melihat kepada keperluan masyarakat yang lebih utama. Oleh itu, peluang yang diberikan akan digunakan untuk mengaut seberapa banyak keuntungan dan penyalah gunaan kuasa yang ada untuk menambahkan segala kehendak mereka mengikut nafsu dan kepentingan. Segala tindakan dan pembawaan mereka itu sesekali tidak membawa kepada ketundukkan dan kerendahan diri serta bertetapan dengan undang-undang yang ditetapkan. Oleh itu Muhammad Iqbal menyatakan:It demands a loyalty to God, not to thrones. And Since God is the ultimate spiritual basis of all life, loyalty to God virtually amounts man's loyalty to his own ideal nature[footnoteRef:4]. [4: Dr M. Moizuddin. 1982. The World of Iqbal. Hlmn 56.Lahore. Iqbal Academy Pakistan.]

Nilai ketuhanan dan sifat kemanusiaan seharusnya menajdi agenda utama dalam pembangunan sesebuah Negara atau tamadun. Keterikatan kepada undang-undang dan sifat ketauhidan yang mendalam, menjadikan seseorang itu akan sentiasa berada pada jalan yang betul dan menjadikan segala peluang dan ruang yang ada sebagai wasilah untuk membina delegasi yang baik. Hala tuju dan visi yang jelas turut berperanan dalam membina delegasi yang baik. Plato menyifatkan bahawa pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mempunyai hala tuju yang jelas dan idea untuk membangunkan sesebuah Negara dan masyarakat. Perkara ini keperluan yang penting, kerana visi yang jelas disertai dengan nilai ketuhanan dan sifat manusiawi, maka segala perjalanan dan langkah yang disusun mampu untuk sampai kepada satu tahap yang baik. Seperti yang dinyatakan oleh Iqbal;Vision and power both combined are essential to the spiritual expansion of humanity. Vision without power may bring moral elevation, but no lasting culture. Similarly, power without vision result in destruction and tyranny.[footnoteRef:5] [5: Dr M. Aziz Ahmad. 1973. Iqbals Political Theory. Iqbal As A Thinker. Hlmn 211-246. ]

Keseimbangan antara nilai kemanusiaan, visi yang jelas dan ketauhi dan adalah komponen yang sememangnya sesekali tidak dipisahkan dalam membangun dan membina wawasan yang jelas dan Negara yang maju.

4. DEMOKRASI DAN POLITIK NILAI Pemerintahan dalam sesebuah Negara merupakan sifat semulajadi yang wujud dalam diri manusia. Ibn Khaldun menyifatkan hidup secara bermasyarakat adalah keperluan hidup manusia.Manusia sesekali tidak mampu untuk hidup secara bersendirian[footnoteRef:6]. Oleh itu, kehidupan bermasyarakat memerlukan sistem dan bentuk pemerintahan yang bertindak sebagai pengatur segala urusan dan keperluan masyarakat. [6: Dr. Syarafuddin Jurdi. 2012. Awal Mula Sosiologi Modern: Kerangka Epistemologi, Metodologi Dan Perubahan Sosial Perpspektif Ibn Khaldun.Hlmn 4. Bantul. Kreasi Wacana. ]

Kesan daripada peninggalan penjajah ke atas tanah umat Islam, bukan hanya memecahkan sempadan kenegaraan, tetapi juga meninggalkan satu sistem yang mengubah bentuk pola pemikiran dan tindakan dalam penentuan dan pemilihan pemerintah. Kecelaruan dalam menentukan bentuk dan pola pemerintahan, menyebabkan umat Islam khususnya tidak lagi mampu berdiri dalam satu lingkungan dan landasan yang sama. Beteraskan kepada elemen ini, Muhammad Iqbal menyatakan:Biarkan orang-orang bodoh itu bertengkar mengenai bentuk pemerintahan, kata Alexander Pope. Aku tidak dapat bersetuju dengan falsafah politik seperti ini. Menurutku, sesebuah pemerintahan-apa pun bentuknya, adalah sebuah kekuatan yang menentukan dalam membetuk karekter sesebuah bangsa. Hilangnya kekuatan politik berarti hancurnya keperibadian Negara tersebut.[footnoteRef:7] [7: Ihsan Ali Fauzi dan Nurul Agustina. 1992. Sisi Manusiawi Iqbal.Hlmn 108. Jakarta. Penerbit Mizan. ]

Masa depan sesebuah Negara itu amat bergantung kepada kesefahaman dan kesatuan yang terjalin oleh penduduk Negara tersebut. Pergelutan dan kerancuan dalam menentukan pola pemerintahan adalah satu penyakit dan wabak yang perlu diatasi dan diperbetulkan agar kerancuan ini dapat dijalinkan kembali. Semangat perpaduan dan kecintaan kepada sesebuah Negara itu adalah sifat yang harus dipelihara dan disemai bagi memastikan perjalanan dan pembinaan Negara tersebut tidak dihilangkan dan dapat disambung oleh generasi yang mendatang.Sistem demokrasi atau penentuan dari rakyat dalam pemilihan dan penentuan bentuk pemerintahan adalah jalan yang di ambil untuk meneruskan delegasi pola pemerintahan ini.Keperluan kepada pemerintahan ini merupakan asas yang penting dalam mengurus, mentadbir dan yang paling penting adalah sebagaipusat penyatuan segala kelompok, kaum, agama dan bangsa.Penyatuan yang terbentuk melalui segala elemen ini membentuk satu kesepakatan dan kekuatan sesebuah Negara.Penglibatan dalam pembinaan sebuah Negara ini memerlukan keampuhan dan hubungan yang erat bagi memastikan asas kukuh dan wawasan yang jitu. Semangat nasionalisme atau kecintaan kepada tanah air adalah satu nilai yang perlu dijaga bagi memastikan wawasan yang dibentuk tidak rapuh dan digugat oleh segala bentuk kefahaman yang menyeleweng.Pembebasan segala kefahaman, pola pemikiran dan pemerintahan daripada kesan peninggalan penjajah adalah usaha yang berterusan bagi melahirkan satu bentuk Negara yang berlandasakan ajaran, nilai dan tingkah laku bertepatan dengan nilai Islam. Muhammad Iqbal menyatakan;Aku menentang nasionalisme sebagaimana difahami di Eropah kerana kulihat di dalamnya benih meterialisme tak bertuhan, yang kuanggap merupakan bahaya besar bagi umat manusia di zaman moden. Patriotisme adalah kebajikan fitrah yang sempurna, yang mempunyai tempat dalam kehidupan moral manusia. Sekalipun demikian, masalah paling utama bagi manusia adalah imannya, kebudayaannya dan tradisi sejarahnya.[footnoteRef:8] [8: Maitre, Luce-Claude. 1985. Pengantar Ke Pemikiran Iqbal.Terj .Djohan Effendi. Hlmn 40. Jakarta. Pustaka Kencana.]

Sikap dan semangat nasionalis, iaitu membebaskan tanah air dari segala bentuk penjajahan sama ada berbentuk fizikal atau berbentuk kefahaman yang menyeleweng dari asas yang benar, merupakan agenda yang perlu diutamakan oleh pemerintah dan menjadi langkah utama oleh masyarakat. Sikap nasionalisme yang disaluti dengan fahaman materialistik ini mampu meruntuhkan sesebuah tamadun. Pemerintah yang berkepentingan peribadi dan masyrakat yang bersifat individualistik, tidak mampu untuk membentuk satu agenda yang bersama dan berlakunya kepelbagaian dan kekhilafan.Pengamalan sistem demokrasi dalam sesebuah Negara memerlukan masyarakat memahami dan membentuk struktur yang tersendiri bagi menapis segala bentuk kefahaman yang menyeleweng dari nilai dan ajaran Islam itu sendiri. Pengaruh terhadap fahaman atau isme yang lain boleh menjadikan seluruh masyrakat dan Negara tidak berada dalam keadaan yang stabil, kerana setiap individu mengambil kesempatan untuk mencari kekayaan atau berlakunya penindasan.Sistem demokrasi adalah sebagai satu wasilah atau metod dalam membentuk atau menemukan titik perbezaan dan persamaan antara setiap individu atau kumpulan di dalam masyarakat tersebut. Sesungguhnya, nilai kemanusiaan, semangat beragama dan kecintaan kepada tanah air adalah agenda yang penting dan menjadi isu bersama dalam pembangunan Negara. Oleh itu, Iqbal menyatakan bahawa; Demokrasi Islam tidak tumbuh dari perluasan kesempatan ekonomi: ia merupakan sautu prinsip rohani yang didasarkan pada anggapan bahawa setiap wujud manusia adalah satu pusat dari kemampuan yang berkemungkinan dapat dikembangkan dengan peningkatan suatu cara yang tertentu.[footnoteRef:9] [9: Dr. H.H Bilgrami. 1979. Iqbal Sekilas Tentang Hidup Dan Pikiran-Pikirannya. Terj. Djohan Efendi. Hlmn 80.Jakarta. Penerbit Bulan Bintang.]

Terpengaruhnya seseorang itu terhadap fahaman materialistik, menjadikan jawatan dan ruang yang diperoleh oleh mereka sebagai peluang untuk mengambil kesempatan mengaut segala keuntungan dan mencipta nama walau bertentangan dengan undang-undang yang ditetapkan. Fahaman ini bukan sahaja membentuk satu fahaman yang bertentangan dengan nilai kemanusiaan tetapi turut mewujudkan sistem taraf manusia.5. IMPLEMENTASI PEMIKIRAN MUHAMMAD IQBAL DALAM ORIENTASI KEKINIANGelora arus pemikiran dan pembangunan masa kini sesekali tidak terlepas daripada fahaman materialistisme dan individualism. Kesan daripada ini, ummat Islam telah kehilangan sifat kemuliaan dan hala tuju dalam membina struktur kehidupan. Berpunca daripada keimanan dan kepercayaan terhadap isme ini, umat Islam khususnya telah kehilangan kekuatan kesatuan dan pembinaan jati diri. Pujangga menyatakan, dua perkara yang tidak dapat diketahui dengan tepat saat berlakunya, iaitu tidur dalam hidup seseorang dan saat runtuhnya suatu ummat[footnoteRef:10]. [10: Al-Nadwi. Syed Abu Hassan Ali. 1984. Apa Kerugiaan Dunia Terhadap Kemunduran Ummat Islam. Hlmn 159. Singapura. Pustaka Nasional PTE LTD. ]

Semangat, keazamaan serta membangun kepercayaan diri (Self Confidance) ummat Islam yang diterbitkan kembali oleh Muhammad Iqbal, ibarat menghidupkan kembali tanah yang telah mati. Kepercayaan kepada diri sendiri diibaratkan obor yang dinyalakan di tengah kegelapan dunia yang hilang nilai dan akhlak yang murni dalam diri masyarakat. Kemuliaan dan kepercayaan diri sendiri kepada ummat Islam khususnya seharusnya menjadi agenda dalam pembinaan kembali kehidupan pada masa kini, dalam menghadapi gelora dan ombak materialistik. Kemuliaan ini seperti yang dicatatkan dalam al-Quran Kamu adalah sebaik-baik manusia yang dikeluarkan untuk sekalian manusia[footnoteRef:11]. [11: Al-Quran. Al-Imran, 2:110.]

Pengembalian kepada nilai dan ajaran Islam itu sendiri adalah asas kepada pembentukkan jati diri dan sebagai penyemaian sifat manusiawi. Di samping itu, agenda dan matlamat seluruh umat Islam kearah pembentukkan dan penyemaian kembali semangat bahawa Islam boleh maju dan memimpin dunia di masa hadapan. Maulana Abu Hassan Ali Nadwi menyatakan: Walaupun demikian derita yang menimpa kaum Muslimin berupa penyakit dan kelemahan, mereka tetap satu-satunya ummat dipermukaan bumi ini sebagai lawan kepada bangsa-bangsa barat dan umat satu-satunya yang menjadi saingan mereka dalam perebutan pimpinan atas kehidupan bangsa lain di atas muka bumi ini. Hanya umat ini sahajalah yang suatu saat nanti diharapkan dapat menjadi penghalang bagi tata kehidupan jahiliah[footnoteRef:12]. [12: Al-Nadwi. Syed Abu Hassan Ali. 1984. Apa Kerugiaan Dunia Terhadap Kemunduran Ummat Islam. Hlmn 326. Singapura. Pustaka Nasional PTE LTD.]

Pembentukkan dan penyemaian kembali nilai dan kerangkan baru umat Islam adalah dengan mendorong umat Islam supaya terus maju, bergerak dan tidak tinggal diam. Iqbal berkata: Intisari hidup adalah gerak, sedang hukum hidup adalah menciptakan, maka Iqbal menyeru kepada umat Islam agar bangun dan menciptakan dunia baharu. Begitu tinggi ia menghargai gerak, sehingga ia menyebut bahawa seolah-lah orang kafir yang aktif kreatif "lebih baik" dari pada muslim yang "suka tidur".Kembali kepada Al-Quran dan Sunnah secara kaffah dan tidak memisahkan antara agama dan kehidupan dunia. Kuncinya adalah dengan mengadakan pendekatan rasional al-Quran dan mendalami semangat yang terkandung didalamnya, bukan menjadikannya sebagai buku Undang-undang yang berisi kumpulan peraturan-peraturan yang mati dan kaku.Penghargaan kepada tinggalan ummat Islam yang terdahulu harus dibangkitkan kembali tradisi keilmuan dengan membuka pintu ijtihad. Penerapan ajaran agama terhadap orintasi kekinian memerlukan kepada ketajaman intelektual dan ijtihad ulama yang baru berkenaan ajaran terkini. Sesungguhnya pintu ijtihad tidak pernah tertutup. Menurut iqbal ijtihad adalah mencurahkan segenap kemampuan intelektual. Hukum islam tidak bersifat statis, tetapi dinamis yang terus mengikuti perkembangan zaman. Paham dinamisme islam inilah yang menjadikan Iqbal punya kedudukan penting dalam pembaharuan islam.Penerapan kepada penyatuan antara politik dan agama adalah aspek dan formula yang utama menjadi batu asas kepada pembnetukan kembali semangat kebangkitan ummat Islam. Antara kaedah dan cara yang ditinggalkan oleh sekalian penjajah tanah umat Islam seluruhnya adalah menstrukturkan dan mencorakkan agar nilai agama dan politik tidak diadunkan bersama. Pecah dan perintah inilah yang menjadi pegangan utama para penjajah untuk melemahkan kesatuan ummat Islam.Pengembalian kembali kepada tradisi Islam, penilaian kembali terhadap teks untuk disesuaikan berdasarkan konteks dan penyemaian nilai Islam ke dalam sisitem politik pada masa kini, merupakan langkah yang diambil dan agenda utama umat Islam untuk mengembalikan kepada moral dan pembentukkan tradisi Islam yang terdahulu.

6. KESIMPULANDari pemaparan tentang konsep politik dan kenegaraan yang dikemukakan oleh Muhammad Iqbal, dapat penulis rumuskan, dasar utama pembentukan negara adalah Tawhid yang mengimplikasikan makna kedaulatan Tuhan.Negara Islam berorientasikan kepada Tuhan, sebagai Sumber Utama kehidupan. Prinsip tawhid akan melahirkan rasa kebangsaan dan kesetiaan kepada saudara seakidah tanpa ikatan sempadan. Pengertian sempadan hanya difahami sebagai sarana untuk pengenalan saja.Ini memandangkan ajaran Islam menghendaki berlakunya kesejahteraan dan keadilan sejagat.Sebagai refleksi kedaulatan Tuhan (Sovereignity of God), Negara Islam berpedomankan kepada al Quran, yang merupakan manifestasi kehendak Allah.Merujuk kepada Syariat Islam sebagai sumber hukum dan etika, kebebasan individu dijamin oleh hukum. Ditinjau dari aspek hukum dan politik, maka pemimpin dan rakyat mempunyai kedudukan yang sama di hadapan hukum. Prinsip demokrasi yang berteraskan kedaulatan Ilahi akan melahirkan tolerasi ke atas setiap golongan dan kelompok. Ia juga boleh membangun kekuatan ekonomi dan sosial yang berpedomankan keadilan dan kesejahteraan kepada seluruh individu. Kelihatan dalam huraian mengenai teori politik Iqbal ini, persoalan tentang sistem serta lain-lain hal teknikal yang melibatkan pengurusan negara dan rakyat ditinggal.Perkara ini bukanlah tidak penting dalam konteks kerangka berfikir Iqbal tetapi beliau pergi lebih jauh dari hanya berbincang tentang sistem tersebut.Beliau memilih untuk memberi perhatian terhadap falsafah, yakni asas dan dasar kenegaraan itu sendiri yang dikira tersangat penting, di mana persoalan ketuhanan dan fungsi kenabian mewarnai gagasan siasah beliau.Walau bagaimanapun persoalan sistem boleh berubah, menurut kesesuaian sesebuah negara.

BIBILIOGRAFIAl-Attas. Syed Muhammad Naquib. 1978. Some Reflection On The Philosophical Aspects Of Iqbals Thought. Seminar Pemikiran Islam: Iqbal And The Revification Of The Muslim Identity. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Andi Haryadi. 2003. Iqbal Dalam Pandangan Para Pemikir Syiah: Ali Khamenei, Ali Syariati, Murtadha Muttahari. Jakarta. Islamic Centre Jakarta. Annemarie Schimmel. 1963. Gabriels Wing: A study Into Religious Ideas Of Sir Muhammad Iqbal. Leidin. E.J Brill. Dar. Bashir Ahmah. 1978. Letters of Iqbal. Lahore. Iqbal Academy Pakistan.Dr. H.H Bilgrami. 1979. Iqbal Sekilas Tentang Hidup Dan Pikiran-Pikirannya. Terj. Djohan Efendi. Jakarta. Penerbit Bulan Bintang.Dr M. Moizuddin. 1982. The World of Iqbal. Lahore. Iqbal Academy Pakistan. Hafez Malik. 1971. Iqbal: Poet-Philosopher of Pakistan. London. Columbia University Press.K G. Saiyidain. 1971. IqbalS Educational Philosophy. Pakistan. Kashmiri Bazar.Maitre, Luce-Claude. 1985. Pengantar Ke Pemikiran Iqbal.Terj. Djohan Effendi. Jakarta. Pustaka Kencana.Maitre, Luce-Claude. T.t. Introduction To The Thought Of Iqbal. Terj. Mulla Abdul Majid Dar. Karachi. Muhammad Iqbal. 1964. Metafizika Persia. Terj. Joebaar Ayoeb. Indonesia. Penerbit Mizan. Muhammad Iqbal. 1989. Kitab Keabadian. Terj. Dr Muhammad Sadikin. Selangor. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Muhammad Iqbal. 1977. Pesan Dari Timur.Terj. Abdul Hadi. Bandung. Penerbit PUSTAKA-Perpustakaan Salman Institut Teknologi Bandung.Muhammad Iqbal. 1975. Rahsia-Rahsia Diri. Terj. Abdul Majid bin Haji Khatib. Kelantan. Penerbit Kelantan. Muhammad Iqbal. 1975. The Secrets Of The Self. Terj. Nicholson. Reynold A. Pakistan. Sh. Muhammad Ashraf Kashmiri Bazar.Mumtaz Hasan. 1982. Tribute To Iqbal. Lahore. Iqbal Academy Pakistan. Nadwi. Syed Abu Hasan Ali. 1973. Glory Of Iqbal. India. Islamic Research And Publications. Nadwi. Syed Abu Hassan Ali. 1984. Apa Kerugiaan Dunia Terhadap Kemunduran Ummat Islam. Singapura. Pustaka Nasional PTE LTD.Prof Muhammad Munawwar. 2004. Iqbal: Poet-Philosopher Of Islam. New Delhi. Adam Publisher And Distributors. Prof Muhammad Munawwar. 1981. Iqbal And Quranic Wisdom. Lahore. Islamic Book Foundation An Institute of Islamic Research and Publications. S.E Ashraf. 1978. A Critical Exposition Of Iqbals Philosophy. Delhi. Associated Book Agency Patna. Sh. Muhammad Ashraf. 1973.Iqbal As A Thinker. Lahore. Kashmiri Bazar. Sh. Muhammad Ashraf. 1976. Metafizik Iqbal. Terj. Abdul Majid bin Haji Khatib. Kelantan. Penerbit Kelantan.Sh. Abdul Qadir. 1975. Iqbal: The Great Poet Of Islam. Lahore. Chowk Urdu Bazar. Shaikh Mahmud Ahmad. 1961. The Pilgrimage Of Eternity. Lahore. Institute Of Islamic Culture.