pemikiran za'ba mengenaiislam+

18
MALAYSIA dari segi SEJARAH PEMIKIRAN ZA'BA MENGENAIISLAM+ WAN Z. KAMARUDDIN BIN WAN Au* PENGENALAN Pendita Za'ba atau Zainal Abidin bin Ahmad merupakan salah seorang daripada tokoh pemikir Melayu yang muncul pada akhir abad ke-19 dan awal ke-20 serta memberikan sumbangan yang sangat besar dalam banyak aspek pemikiran Islam. Namun begitu, artikel ini hanya memaparkan beberapa aspek dartpada pemikiran Za'ba tentang Islam dan hal-hal yang berkaitan denga,nnya. LATAR BELAKANG ZA'BA Pendita Za' ba (1313/1895 - 1393/1973) adalah salah seorang cendiakawan Melayu Islam dartpada kaum muda yang begitu dikenali dan dikagumi umum sebagai pejuang bangs a, negara dan juga agama. Walaupun beJiau tidak disenaraikan sebagai seorang ulama, namUR sumbangannya mengenai Islam begitu besar terutama kepada orang Melayu di Malaysia. Beliau mempunyai latar belakang keagamaan yang kuat kerana dart semenjak kecil lagi diajar mengaji al-Quran, soal-soal agama dan dilatih dengan disiplin dan adat sopan orang Melayu. Dengan asuhan kedua orang tuanya, beliau telah menjadi seorang tokoh yang mempunyai keperibadian yang kuat dan tidak mudah terpedaya dengan pengaruh luaran terutama BaraL' Beliau mulai bergiat dengan masalah keislaman di sekitar tahun 1335/ 1917 dengan menulis artikel-artikel pendek dalam majalah-majalah Lembaga Melayu, Pengasuh dan al-Ikhwan, diikuti risalah Umbi Kemajuan atau + Artikel ini dibentangkan di Seminar Za'ba: Pejuang Bangsa. Akademi Pengajian Melayu pada 19-20 Oktoher 1995. Universiti Malaya. * Penulis ialab Peffiyarab labatan Akidah dan Pemikiran Islam. Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya , Kuala Lumpur. Za'ba, Falsafah Takdir. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 1980. him. 18-19. 70

Transcript of pemikiran za'ba mengenaiislam+

Page 1: pemikiran za'ba mengenaiislam+

MALAYSIA dari segi SEJARAH

PEMIKIRAN ZA'BA MENGENAIISLAM+

WAN Z. KAMARUDDIN BIN WAN Au*

PENGENALAN

Pendita Za'ba atau Zainal Abidin bin Ahmad merupakan salah seorang daripada tokoh pemikir Melayu yang muncul pada akhir abad ke-19 dan awal ke-20 serta memberikan sumbangan yang sangat besar dalam banyak aspek pemikiran Islam. Namun begitu, artikel ini hanya memaparkan beberapa aspek dartpada pemikiran Za'ba tentang Islam dan hal-hal yang berkaitan denga,nnya.

LATAR BELAKANG ZA'BA

Pendita Za' ba (1313/1895 - 1393/1973) adalah salah seorang cendiakawan Melayu Islam dartpada kaum muda yang begitu dikenali dan dikagumi umum sebagai pejuang bangs a, negara dan juga agama. Walaupun beJiau tidak disenaraikan sebagai seorang ulama, namUR sumbangannya mengenai Islam begitu besar terutama kepada orang Melayu di Malaysia.

Beliau mempunyai latar belakang keagamaan yang kuat kerana dart semenjak kecil lagi diajar mengaji al-Quran, soal-soal agama dan dilatih dengan disiplin dan adat sopan orang Melayu. Dengan asuhan kedua orang tuanya, beliau telah menjadi seorang tokoh yang mempunyai keperibadian yang kuat dan tidak mudah terpedaya dengan pengaruh luaran terutama BaraL'

Beliau mulai bergiat dengan masalah keislaman di sekitar tahun 1335/ 1917 dengan menulis artikel-artikel pendek dalam majalah-majalah Lembaga Melayu, Pengasuh dan al-Ikhwan, diikuti risalah Umbi Kemajuan atau

+ Artikel ini dibentangkan di Seminar Za'ba: Pejuang Bangsa. Akademi Pengajian Melayu pada 19-20 Oktoher 1995. Universiti Malaya.

* Penulis ialab Peffiyarab labatan Akidah dan Pemikiran Islam. Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Za'ba, Falsafah Takdir. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 1980. him. 18-19.

70

Page 2: pemikiran za'ba mengenaiislam+

PEMIKIRAN ZA'BA MENGENAI ISlAM

Falsafah Takdir dan seterusnya Asohan Budi pada tahun 137811958 yang merupakan koleksi hasil-hasil ceramahnya di Radio Malaya dari tahun 13711

1951 - 137311953'

DASAR PEMIKIRAN ZA'BA

Za'ba merupakan salah seorang tokoh yang terkenal dalam pemikiran pembaharuan (Islahlreformasi) Islam, terutama menerusi pengaruh gurunya, Syaikh Muhammad Tahir JaIaI ai-Din' yang merupakan salah seorang ulama kaum muda yang terpengaruh dengan aliran pemikiran golongan reformis Mesir seperti aI-Sayyid Jamal aI-Din ai-Afghani (m. 1315/1897), Muhammad 'Abduh (m. 1323/1905) dan Muhammad Rasyid Rida (m. 135411935).'

Gerakan aliran ini adalah bertujuan untuk memperbaiki cara berfikir dalam kehidupan umat Islam. Sebagai kesannya, lahirlah mazhab aI-Salaf (al-Salafiyyun) yang bertujuan untuk mempropagandakan untuk tidak berpegang kepada salah satu mazhab . Ia menyeru umat Islam untuk mempersatukan mazhab-mazhab dan kembali kepada pokok hukum syariah serta semangatnya yang sebenar-benarnya agar umat Islam maju di dalam peradabannya. '

Demikianlah juga dengan konsep pembaharuan Za'ba yang dikatakan bertujuan "untuk membaiki segala hal ehwal yang kekurangan. mengubahkan segala sifat keadaan yang buruk dengan yang baik, menggantikan segala hal manusia yang mundur dengan maju mengikut zaman, menggantikan segal a jalan fikiran yang kuno dan kolot, segal a kepercayaan yang lapuk dengan fikiran baru yang segar yang disaksikan benar melalui al-Quran yang bersendikan akal dan i1mu pengetahuan."

2 Za'ba. Perangai Berganlung Kepada Did Send;ri, Dewan Bahasa dan Pustaka 1982. hIm. VU (Bhg. Pengenal.n) .

3 Kenyataan ini dapat dilibat daripada usaha penterjemaban Za'ba kepada kitab Syarh 'Aqa 'id ai-Saarin; yang mengandungi perbahasan ulama ten tang konsep al-qada ' dan al-qadr. di alas permintaan gurunya Oi dalamnya. terdapat kenyataan oleb Syaikb al­Islam (lbn Taimiyyah) dan Muhammad 'Abduh. (Lihat: muqaddimah kilah Pendapalan Perbalwsan Ulama Pada Kejadjan Perbuatan dan Perusahaan Hamba. ed. al-Syaikb Muhammad Tahir lalal ai-Din. The lelulong Press. Penang. 1353/1934).

4 Za·ha. Falsafah Takdir. him. 19-20. 5 S.R. Mahmassani. Falsafah aI·lasyri ' fi ai-Islam. (Ielj . Fashal l . Ziadeh). Leiden. 1961.

blm. 93 ; Abdur Rahim. The principles of Muhammadan Jurisprudence. Labore. U .. blm. 175-176; H.A.R. Gibb. Modern Trends in [slam. New York. 1972. hi. 34-35: NJ. Coulson. A Hislory of Islamic Law. Edinbusgh. 1964. him. 202.

/ 71

Page 3: pemikiran za'ba mengenaiislam+

MAl.AYSIA darj segj SEJARAH

Beliau seterusnya mengatakan: "Kita mahu pemulihan dan pembaharuan, bukan hendak berkokok pada jalan yang telah hanyut dari tujuan asalnya dan bukannya hendak berdegil hendak menyimpan jalan filoran lama yang !elah membeku menjadi adat atau kepercayaan-kepercayaan lama yang sudah berkulat dan bercendawan.'"

Menurut Za' ba, beliau berkecimpung dalam bidang pemikiran Islam bukanlah sebagai seorang ulama tetapi hanya masuk mengganggu di kawasan mereka kerana sehingga kini tiada sesiapa pun di antara mereka yang tampi! ke depan untuk memberikan perhatian dan berfikir mengenai selok-belok sena perjalanan agama orang Melayu di Malaysia ini'

Thmpuan perbincangan Za' ba kelihatan lebih menjurus kepada persoalan­persoalan yang agak jarang dikupas dalam majlis-majlis pengajian agama, terutamanya persoalan akhlak.

Pembahasan dalam masalah-masalah agama yang dibicarakannya memperlihatkan tahap pengetahuan dan pemikiran agama yang tinggi. Namun Za' ba lebih suka mengambil sikap merendah diri dan tidak mahu dirinya dikatakan seorang alim daripada kaum ulama. Beliau lebih suka dirinya dikenali sebagai seorang pendidik yang suka berfikir mengenai hal-hal kehidupan yang berhubungan dengan agama'

Beliau memperolehi konsep pembaharuan ini menerusi pembacaan dan pengkajian buku-buku mengenai Islam, sama ada berbahasa Arab, Inggeris dan Melayu. Buku-buku agama yang tertulis dalam bahasa Inggeris boleh dikatakan hampir semuanya ditulis oleh tokoh-tokoh ulama atau pemikir Islam yang berasal dari India, Pakistan dan Iran.'

Justeru itu, tidaklah menghairankan sekiranya Za'ba mengembalikan Islam kepada bentuk asalnya sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran dan al-Hadith dan menyelaraskannya dengan zaman kemajuan berdasarkan petunjuk ilmu dan akal."

Pandangan Za' ba mungkin berbeza dengan pandangan golongan ulama kaum muda walaupun beliau mengakui dirinya salah seorang daripada mereka, kerana beliau kelihatan tidak tenarik untuk membicarakan persoalan-persoalan berhubung dengan alddah seperti perbahasan mengenai sifat 20, rukun Iman,

6 Za'na, Asohan Budi MenRrusi Islam. H.M.E. Enterprise, Kuala Lumpur. 1958. him. 38. Sclcpas ini. disebutkan Asohan Budi.

7 Ibjd., him. lX. 8 Ibjd .. him. lX. 9 Lihat: biblio grafi buku Asohan Budi. him. 309-318. 10 Za 'ba. Falsafah Takdir . him. 29.

72

Page 4: pemikiran za'ba mengenaiislam+

PEMIKIRAN ZA'BA MENGENAI ISlAM

rukun Islam, hukum-hulcum ibadat seperti sah batal, halal haram, wajib sunat, ma)mJh, mubah, hukum-hulcum fiqh meliputi mu'amalat, munakahat dan jinayah, ilmu tasawwuf dengan persoalan-persoalan penyucian batin, tariqat, haqiqat, ma'rifat, wahdat aI-wujud walaupun ada aspek-aspek tasawwuf yang diakuinya benar," persoalan-persoalan alam arwah, kubur, hari akhirat, mizan,

a1-sirat, syurga dan neraka. 12

Beliau hanya membincangkan sepintas Ialu perkara yang terbabit dalam perbahasan persoalan-persoalan khilafiyyah mazhab yang berkait dengan usul dan furu ', perselisihan Ahli aI-Sunnah dengan Mu'tazilah , (persoalan takdir) atau qada' dan qadr, kecuali yang dirasakannya perlu."

Sumbangan pemikiran Za'ba mengenai Islam dapat dilihat menerusi beberapa buah hasil karyanya seperti berikut:

(I) Umbi Kemajuan atau F alsafah Takdir dalam Agama Islam (Sukatan Azali) , Pulau Pinang, 1932 @ Falsafah Takdir, (ed.) Hamdan Hassan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1982.

(2) Asohan Budi Menerusi Islam , Kuala Lumpur, 1958. (3) Malay festivals and some aspects of Malay Religious Life, Singapore

1949. (4) Pendapatan perbahasan ulama pada kejadian perbuatan dan

perusahaan hamba, (terj. Za'ba), (ed.) aI-Syaikh Muhammad Tahir JaIaI ai-Din, The Jelutong Press, Penang, 1353/1934.

PANDANGAN ZA'BA MENGENAI AL-QURAN DAN AL-HADITH

Za'ba memberikan penekanan dan perhatian yang besar kepada al-Quran sebagai sumber Islam yang paling autentik dan sahih. Ini kerana menurutnya, al-Quran adalah lebih awal daripada aI-Hadith dan ia merupakan asas kepada Islam I

'

Menurut Za'ba, al-Hadith merupakan pentafsir al-Quran tetapi sekiranya ia berlawanan dengan al-Quran, dengan sendirinya ia ditolak walaupun dianggap sahih oleh ahIi-ahIi aI-Hadith."

11 Ibid., blm. 20 12 Za'ba, Asohan Budi, hlm. VII. 13 Ibid .• blm. XV. 14 Za'ba. Falsafah Takdir, blm. 27. 15 Ibid .. blm. 27.

73

Page 5: pemikiran za'ba mengenaiislam+

MALAYSIA dari segi SEJARAH

Dalam pembahasannya berhubung dengan isu-isu utama Islam, Za'ba lebih mengutamakan al-Quran dan hanya menggunakan sedikit hadith yang menurut pandangan beliau, tidak bercanggah dengan kebenaran al-Quran," logik aka! dan mempunyai tujuan yang baik.17

PANDANGAN ZA'BA MENGENAI AKAL DAN TAQLID

Penekanan yang besar terhadap kepentingan agama dan aka! dalam Islam diberikan oleh Za'ba kerana agama sahaja tanpa aka! boleh menyebabkan kepatuhan dan keinsafan tidak akan memberikan kesan."

Pacta masa yang sama, Za'ba turut mengkritik golongan yang bertuhankan akal semata-mata. Akal menurutnya, boleh dibahagikan kepada dua:

(1) Aka! yang bertunjangkan a1am kebendaan. (2) Aka! yang tidak bertunjangkan a1am kebendaan.

Beliau menegaskan bahawa untuk mencari Tuhan, akal yang tidak bertunjangkan a1am kebendaan boleh mencapai Tuhan." lni diperlihatkan oleh beliau dalam suatu perbahasan yang panjang dan agak mendalam mengenai aka! yang diperkuatkan hujah-hujah dari perspektif al-Quran2" dan a1-Hadith.21

Beliau menjelaskan bahawa dalam soal-soal yang berkait dengan peInikiran, kepercayaan dan fahaman-fahaman agama sebelum diama! kan, wajiblah diberikan pertimbangan dengan aka! dan Hmu pengetahuan, a1au dengan kala-kata lain manusia tidak disuruh bertaqlid buta dengan tiada bersoal-jawab.22

Dalam hal ini, Za'ba turnt sarna menekankan kepentingan aka! yang disertai dengan Hmu dan beliau mengemukakan banyak ayat al-Quran dan a1-Hadith untuk memperkuatkan kenyataan tentang kewajipan memberi makan kepada aka! dan otak, hati dan fikiran dengan Hmu.23

Kenyataan ini ketara membezakan beliau daripacta peInikiran golol1gao

16 Ibid .. him. 28. 17 Za'ba. Asohan Budi, him. 132. 18 Ibid .. hlm. XI. 19 Ibid .. hlm. 243·244. 20 Za'ba, Perangai bergantung kepada diri sendiri. hlm. 25. 21 Za'ba. Asohan Budi. hlm. 23, 32, 53. 22 Za'ba. Perangai bergantung kepada diri sendiri, hIm. 23. 23 Za'ba. Asohan Budi, him. 47.

74

Page 6: pemikiran za'ba mengenaiislam+

PEMIKIRAN ZA 'BA MENGENAI ISlAM

Ahli al-Salaf (al-Salafiyyun) secara umum, lni kerana al-Salafiyyun yang sebenar tidak begitu memberatkan penggunaan akal sedangkan Za'ba secara i<husus dan kaum muda secara umum memberikan penekanan dan keutarnaan kepada akal.

Begitu juga dalam persoalan taqklid (taqlid), Za'ba merupakan tokoh yang kuat menentang budaya taklid (buta) yang diwarisi oleh orang-orang Melayu dalam pembelajaran agama. lni diperlihatkannya menerusi kritikan dan cclaannya" terhadap orang-orang yang belajar agama tctapi lidak mengetahui pelajaran dunia. Menurut Za'ba kepada 'orang-orang yang dernikian, tidak ada agama melainkan taklid, tidak ada kebebasan akal melainkan mengikut keputusan orang-orang dahulu sahaja."

Dalam aspek ini, Za'ba temyata cuba mengembalikan pernikiran orang Melayu kepada bentuk pernikiran yang lebih terbuka. Za'ba menegaskan bahawa Allah telah mcnjadikan Rasullulah sebagai teladan untuk manusia. Oleh itu, setiap orang Islam hendaklah mengikut Nabi dan bukan mengikut orang-orang lain walaupun mereka terdiri daripada "keramat" besar-besar atau para imam mujtahidin26

lni kerana Allah dan Rasul-Nya sendiri tidak suka kepada orang bertaldid buta." Dernikian juga, para imam mujtahid turut tidak membenarkan perkara tersebut kerana mereka sendiri pun bukan orang maksum (terpelihara daripada dosa dan salah)"

Za'ba menerangkan lagi bahawa tiada ulama-ulama mujtahid yang mengakui semua pendapat dan fahaman yang pemah mereka keluarkan benar belaka dan mesti dipersetujui, dan semuanya tetap sesuai dalam segala keadaan dan zaman.

Za' ba memetik kata-kata ulama yang menyebutkan: "sekiranya ada apa­apa perkataan atau pendapatku yang didapali orang-orang kemudian bersalahan atau berlawanan dengan hadith Nabi (s.a. w.), maka lemparkanlah ke tembok! Apa lagi jika sekiranya ada didapati bersalahan dengan ai-Qurall.""

24 Za'ba Peranga; bergantung kepada diri sendir;. hlm. 23. 25 Za'ba. Asohan Budi, hlm. 22: Mubibb aI-Din bin 'Abd al-Syakur. Fawatib al-rahamut al­

syarb musallam al-tbubut fi usul. Misr. 1356/1937. him. 254 : Ibn Qayyim al-Jawzi. I'lam a:I -muwaqqi 'in 'an rabb al·'alamin. Beirut. 1966. II, hlm. 257 .

26 Za'ba. Asohan Budi. him. 10. 27 Za'ba. Perangai bergantung kepada diri sendir;, him. 25. 28 Ihid .. him. 26. 29 Ibid .. him. 26.

75

Page 7: pemikiran za'ba mengenaiislam+

MALAYSIA dari segi SEJARAH

PANDANGAN ZA'BA MENGENAI PERSOALAN ALLAH DAN PERBUATAN-NYA

Berhubungan dengan persoalan tersebut, Za'ba tldak sealiran dengan pemikiran Abu ai-Hasan aI-Asy'ari (m.324/935) dan aI-Asya'irah. 30

lni kerana al-Asy 'ari mengatakan Allah tidak mustahak mengikuti sebarang undang-undang (peraturan). Perbuatan Allah yang dikatakan "zalim" menurut pemikiran manusia tidak boleh dikatakan "Allah zalim" kcrana Dia memang bermaharajalela. Sekiranya Allah terikat dengan undang-undang, tentulah Dia bukan Thhan. 'I .

Dalam hal ini, Za'ba cuba mengemukakan dalil-dalil naqli dan aqli bahawa Allah (s. w.t) bekerja mengikut ketetapan yang telah ditetapkan-Nya sendiri iaitu undang-undang taqdir-Nya" Dalam persolaan ini, Za'ba dilihat menghampiri pemikiran al-Quran yang menunjukkan bahawa Allah (s. w.t) sendiri menetapkan peraturan ke alas diri-Nya."

PANDANGAN ZA'BA MENGENAI FALSAFAH TAKDlR

Persoalan falsafah takdir merupakan persoalan yang paling banyak diUmbulkan dan dibahaskan oleh Za' ba dalam kebanyakan hasil tulisannya mengenai Islam dan hubungannya dengan orang Melayu. Za'ba mengemukakan kritikannya terhadap pemikiran aI-Asy'ari dan al-Asya'irah berhubung dengan persoalan takdir (al-qada ' dan al-qadr).

Sebelum menghuraikan persoalan ini dengan lebih lanjut, adalah lebih baik dilihat pandangan al-Quran mengenainya. Dari perspektif al-Quran, persoalan al-qada' (ketetapan takdir) dan al-qadr (kebebasan kehendak) begiN banyak dikemukakan. Dalam hal ini, ayat-ayat al-Quran terbahagi kepada dua bahagian:

(I) Ayat-ayat al-Quran yang menunjukkan bahawa Allah Maha Berkuasa ke atas segala perbuatan manusia." Contoh:

30 Al-Asya' irah alau aI-Asy'ariyyab terdiri daripada para pengikut kepada Abu a1- Ha"," aI­Asy 'ari. pengasas akidah kepada ma7..hab AW al-Sunnab wa al-Jama'ah yang umumnya menjadi mazhab yang dianuti oleh majoriti orang Melayu .

31 Za·b .. Falsafah Takdir, hlm. 28: aI-Asy·ari. a1-lbanab 'an Usu1 al-Diyanab. Dar ai -Ansae, 1397/ 1977, hlm. 25 .

32 Ibid .. hlm. 29: Asohnn Budi, him. 110. 33 AI-Quran, surab aI-An'am (6): 12 dan 54. 34 Za 'ba, Pendapalan perbahtuan ulama. blm. I .

76

Page 8: pemikiran za'ba mengenaiislam+

PEMIKlRAN Z;\'BA MENGENAI ISlAM

I. "Yang demikian itu adalah Allah, Thhanmu, Pencipta segal a se­suatu, tiada Thhan melainkan Dia.""

2. "Dia menciptakan segal a sesuatu dan Dia mengetahui segala sesuatu."36

3. "TIada Thhan selain Dia, pencipta segala sesuatu maka sembahlah Dia dan Dia adalah Pemelihara segal a sesuatu. ""

4. ''Padahal Allah-Iah yang menciptakan kamu dan apa yang kamu perbuat itu.""

5. "Adakah sesuatu pencipta selain Allah yang dapat membenkan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi1""

(2) Ayat-ayat al-Quran yang menunjukkan bahawa manusia bebas melakukan perbuatan menurut kehendaknya sendiri. Contoh:

I. "8arangsiapa membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali Iipat amalnya. dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak diben pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya sedang mereka sedikit pun tidak dianiayai (dirugikan)."'o

2. "Sesungguhnya hari kiamat itu akan datang, Aku merahsiakan (waktunya) agar supaya tiap-tiap din itu dibalas dengan apa yang ia usahakan. "41

3. "Hai manusia. sesungguhnya janji Allah adaIah benar, maka sekali­kali janganlah dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah orang pandai menipu memperdayakan kamu tentang Allah,"42

4. "Supaya Allah membenkan balasan kepada orang-orang yang benman dan mengerjakan amal yang saleh.""

35 AI·Quran, ,urab Gbaflr (4): 62. 36 AI-Quran, ,urab aI-An'am (6): 101. 37 AI-Quran, ,urab ai-An 'am (6): 102. 38 AI-Quran, ,urab aI-Sarat (37): 96. 39 AI-Quran, ,ucab aI-Fa'ic (35): 3. 40 AI-Quran, ,urab aI-An'am (6): 160. 41 AI-Quran, ,urab Taba (20): 15. 42 AI-Quran. ,urab Fatic (35): 5. 43 AI-Quran, ,urab Saba' (34): 4.

77

Page 9: pemikiran za'ba mengenaiislam+

MALAYSIA dari segi SEJARAH

5. "Janganlah mengikuti hawa nafsu orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan orang-orang yang tidak beriman kepada

kehidupan akhirat.""

Seterusnya, pandangan mazhab-mazhab dalatn Islatn secara ring\(as dikemukakan di sini untuk memudahkan pemahaman kepada persoalan tersebut:

(1) A1-Jabariyyah, aI-Mujbirah @ aI-Murji'ah A1-Jabariyyah mengatakan manusia tidak berkuasa ke alas perbuatannya," dan mereka menganggap nasib atau rezeki seseorang itu sudah ditentukan sejak azali lagi dan manusia tidak merniliki daya ikhtiar untuk mengubah kehendak Allah."

(2) A1-Qadariyyah, aI-Mu'tazilah @ AhI aI-'Adl wa aI-Thwhid A1-Qadariyyah pula mendukung kebebasan ikhtiar manusia kerana mereka mengatakan manusia itu merupakan pencipta kepada perbuatannya, 41 dan justeru itu manusia bertanggungjawab terhadap perbuatannya sendiri."

(3) Imarniyyah Ithna-Asyariah Golongan Syiah di atas berpendapat Allah memliki segala pengetahuan tentang perbuatan manusia, tetapi Allah tidak memaksa mereka melakukan sesuatu mengikut keadaan-keadaan tertentu.

Realitinya adalah jalan tengah di antara dua pendapat yang melatnpau. Kenyataan ini berdasarkan perkataan Imam Ja'far aI-Sadiq (r.a.): ''1iada paksaan (jabr) (daripada Allah), tidak ada kekuasaan mutlak (tafw;d) (daripada Allah kepada manusia), tetapi kedudukan sebenarnya adalah di antara dua keadaan yang melampau itu.""

Dengan kata-kata lain, segala perintah dan larangan dalam Islam berada dalatn kuasa dan kematnpuan manusia kerana manusia boleh

44 AI-Quran. surah aI-An'am (6): 150. 45 AI-Syabrastani, aI-Miiai wa aI·Nihai, aI-Qabirab, 138711968, I. b1m. 85; Fakhr ai-Din

aI-Razi, I'riqadat firaq aI·mwlimin wa aI-mwyrikin, aI-Qabirab, 1398/1978, b1m. 107. 46 W.G. SbeUahcar, Mjarah Melayu. Singapore. 1950, b1m. 187; Za'ba. Asohan Budj, him.

231. 47 AI-Bagbdadi, al-Farq bain aI·Firaq, aI-Qahirah, t.l. , b1m. 130; Fakbr ai-Din al· R .. i,

I'tiqadat }iraq al-muslimin. wa al-musyilcin.. hlm. 27. 48 W.G. Sbellabear, op. cil., b1m. 187; Za'ba, Asohan Budi, b1m. 230. 49 Muhammad Rida ai-Muzaffar, 'Aqa 'id aI-lmamiyyah, t.l. b1m. 44.

78

Page 10: pemikiran za'ba mengenaiislam+

PEMIKIRAN ~'BA MENGENAI ISUIM

mernilih sarna ada untuk melakukannya atatipun meninggalkannya.

(4) Asya'irah dan Ahl al-Salaf @ Ahl - al-Sunnah wa al-Jama'ah Ahmad ibn Hanbal (m. 241/855), tokoh terkemuka dalarn golongan Ahl al-Salaf (al-Salafuyyun) yang umumnya diikuti oleh Kaum Muda berpendapat al-qadr, baik dan jahat, keeil alau besar adalah daripada Allah. TIada seorang pun boleh melawan kehendak Allah ataupun melepasi qada' -Nya, tetapi semua (manusia) adalah datang daripada apa yang Allah ciptakan untuk mereka. lnilah keadilan daripada-Nya. Mereka juga berpendapat berzina, mencuri, rninum arak, membunuh, memakan harta yang haram, menyembah berhala dan semua perbuatan dosa adalah dengan ketentuan dan keizinan Allah.50

Al-Asy'ari (m. 324/935) menekankan kekuasaan (qudrah) Allah, semua perkara sarna ada baik mahupun jahat adalah dikehendaki Allah, dan Allah menjadikan perbuatan manusia dengan menjadikan kuasa untuk melakukan setiap perbuatan dalarn diri setiap manusia.52

Berhubung dengan persoalan ini, al-Asy'ari mengaitkan perbuatan harnba atau manusia itu dengan konsep kasb atau iktisab (usaha). Doktrin al-kasb ini bererti· suatu usaha atau perbuatan yang dilakukan seseorang dengan kekuasaan yang baru (ma'na al-kasb an yakuna alji'l bi-qudrah muhdathah)." la merujuk kepada manusia sebagai pelaku (fa'il @

muktasib) kepada sesuatu usaha atau perbuatan secara kiasan sahaja, sedangkan pelaku yang sebenar ialah Allah s.w.!.

AI-Gahzali (m. 50511111) menjelaskan {tidak ada perbuatan manusia walaupun ia dilakukan semata-mata untuk dirinya, bebas daripada kehendak Allah kerana kewujudannya, dan tidak berlaku sarna ada dalarn dunia kebendaan ataupun kerohanian, perbuatan mengerdipkan mata dan berfikir melainkan semuanya dengan keizinan, kuasa, kehendak dan kemahuan Allah. lni terrnasuklah buruk dan baik, untung dan rugi, jaya dan gagal, salah dan benar, taat dan ingkar serta syirik dan kufur.""

Menurut 'Allarnah Muharnmad Syibli al-Nu' mani (m. 133211914), kepercayaan ini diciptakan oleh Bani Umaiyyah (40/661 - 1321750) semasa

50 Ibn Abi Ya'l .. Tabaqar al·Hanabilah. al-Qabirah. 1952. I. him. 24-31. 51 AI·Asy'ari, al-Ibanah, n. him. 23. 52 Ibid .. n. him. 25. 53 AI·Asy 'ari. maqalar al·lslamiyyin wa Ikhlila/ al -Musallin, al-Qabirab, 138911969. II.

him. 218. 54 Za'ba. Pendapatan perbahasan ulama. him. 33.

79

Page 11: pemikiran za'ba mengenaiislam+

MAurSlA dari segi SEJARAH

di bawah pengaruh kekuasaannya, bertujuan untuk menjadi perisai bagi meJindungi segala kekejaman dan kezaJiman mereka. Katanya:

"Biarpun semua faktor yang wujud menyebabkan perbezaan dalam kepercayaan, namun perbezaan poJitik memainkan peranan penting kerana pemerintahan Bani Umaiyyah adalah dipenuhi kekejaman dan pertumpahan darah , dan timbul suatu semangat di kalangan orang awam untuk menentangnya, tetapi bagi golongan yang meredai pemerintahan tersebut sering kali melemahkan umat Islam dengan kata-kata bahawa setiap sesuatu yang berlaku adaIah dengan kehendak Allah dan justeru itu orang ramai tidak boleh membangkang sarna sekali. Segalanya sudah ditetapkan, dan apa sahaja yang berlaku, sama ada baik atau buruk adalah dengan kehendak Allah dan kita perlu mengakuinya."

Berbalik kepada perkembangan pemikiran Islam di Malaysia, corak pemikiran Islam yang diajar oleh para ulama Melayu mulai abad ke-7H113M dan 8H114M pada umumnya adalah bercorak Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah dengan penekanan kepada mazhab al-Asy'ari dan al-Asya'irah dalam persoaJan akidah." Ini terbukti kerana kebanyakan kitab Jawi ulania Melayu yang mengupas persoaJan al-qada' dan al-qadr adalah bersumberkan kitab-kitab golongan al-Asya'irah.57

DaJarn persoaJan ini, Za'ba sebagai salah seorang tokoh kaum muda mempunyai pendapat yang agak berbeza berbanding dengan pendapat kebanyakan ularna Melayu Islam yang mengikuti ajaran aJ-Asy'ari dan aJ­Asy'airah. Justeru itu, keJihatan beliau mengkritik al-Asy'ari dan al-Asy'airah dalam persoaJan ini.

BeJiau menjelaskan bahawa umat Islam di seluruh dunia mengatakan bahawa "nasib" setiap orang sama ada baik atau buruk, semuanya daripada Allah atau telah ditetapkan dan ditakdirkan oleh Allah. Menurut Za'ba, pemikiran seperti ini "menidakkan ikhtiar kepada manusia" kerana kewajipan manusia untuk menanggung segala perbuatannya sudah tiada lagi."

Za'ba menganggap ia merupakan salah satu daripada alasan dan penyakit

55 'AUamah Muhammad Syihli al-Nu'mani. al-Kalam. I. hlm. 17. 56 W. Hussein Azmi, "Islam di Malaysia: kedatangan dan perkembangan (abad 7-20),

Tamadun Islam di Malaysia , KuaJa Lumpur, 1980. Wm. 135-157. 57 Ibrahim al-Laqani. Jawharal aJ-Tawhid. (terj .) Surabaya. Lt., him . 27: 'Ulhman bin

'AbduUah bin Yahya. Kirab Sifa! Duo Puluh. Pulau Pinang. Lt., Wrn 17. 58 Za·ba, Falsafah rakdir, him. 25 .

80

Page 12: pemikiran za'ba mengenaiislam+

PEMIKIRAN ZA 'BA MENGENAI ISlAM

yang beSar sehingga rnenyebabkan urnat Islam tidur, dhaif dan rnundur selama hampir 1000 tahun." Za'ba rnenjelaskan bahawa sepatutnya neraca yang dipakai adalah dengan rnengarnbil yang baik dan'rneninggalkan yang tidak baik (amr bi 'I-rna 'rut wa nahy 'an al-munkar)60

Menurut Za'ba, kebanyakan orang Melayu Islam turut sarna rnernaharni dan memeprcayai bahawa "segala sesuatu telah ditentukan Allah" dan bahawa takdir itu sama dengan untung, nasib, janji asal dan sebagainya. Apa yang terjadi ke atas din umat Islam Melayu, baik atau jahat, dalam segala aspek telah dijanjikan oleh Allah sejak azali lagi. Ia tidak boleh diubah kerana nasib manusia demikian dan sudah tersurat di Lauh Mahjuz."

Pemikiran orang Melayu sama dengan pemikiran aI-Jabariyyah dan menyimpang daripada Islam. Pengertian ini menurut Za'ba dapat membunuh dengan suatu pukulan yang dapat "mematikan akar umbi" segala peraturan akhlak yang baik." Menurut Za'ba lagi, segala kelakuan dan perjalanan hidup Nabi Muhammad (s.a. w.) adalah sebesar-besar contoh yang menunjukkan baginda sangat memberatkan us aha dan ikhtiar, tidak mahu bertawakal atau berserah buta sernata-mata63

Za'ba mengkritik pepatah Melayu, di antaranya: rezeki secupak lakkan jadi segantang; kalau bukan rezeki, dalam mulul pun jaluh. Za'ba rnengatakan pepatah Melayu tersebut adalah pegangan akidah aI-Jabariyyah yang sangat salah dan sesat pada ajaran Ahl aI-Sunnah wa aI-Jama'ah." Jalan yang betul menurut Za'ba adalah jalan Ahl aI-Sunnah wa Jama'ah yang mengatakan bahawa usaha dan ikhtiar rnanusia dengan kebolehan dan kernahuan yang dikurniakan Thhan manakala kudrat iradat, inayat dan tawfiq adalah daripada Allah."

Dalam persoalan ini , Za'ba menterjemahkan kitab Pendapatan perbahasan ulama pada kejadian perbuatan dan perusahaan hamba, yang berasaskan pendapat Abu Ishaq aI-Isfara' ini (m. 418/1027) (al-Safarini), salah seorang ulama aI -Asya'irah dalam kitab Syarh 'aqa'id aI-Safanni yang mengandungi pendapat para ulama AhI aI-Sunnah wa aI-Jama'ah termasuk Ibn Taimiyyah. Pemikiran falsafah takdir Za'ba rnendapat tentangan daripada Sultan Perak (dan para ulama kaurn tua) yang tidak mernbenarkannya kerana 59 Za·ba. Falsafah Takdi, him. 29. 60 AI-Quran, ,urah a1-Zumah (39): 18. 61 Za'ba, op. cit .. hlm. 24: Pendapatan perbabasan ulama hlm. 33. 62 Za·ba. Fa/safah Takdir, him. 25. 63 Ibid .. him. 28 . 64 Za· ba. M ohan Budi, him. 145. 65 Ibid. him. 231.

81

Page 13: pemikiran za'ba mengenaiislam+

MALAYSIA da ri segi SEJARAH

dikatakan bercanggah dengan ajaran takdir majoriti umat Islanl (SUnni)"

PANDANGAN ZA'BA MENGENAI PERSOALAN AKHLAK

Menurut Za' ba, kemuliaan akhlak mcrupakan perkara terpenting daJam Islam kcrana akhlak yang mulia membolehkan manusia mencapai kebahagiaan hidup

dunia dan akhirat. Hadith Nabi (s.a.w.): "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempumakan akhlak yang mulia (makarim al-akltlaq)".

Sehubungan dengan aspek pendidikan akhlak juga, Za'ba mcnjelaskan bahawa manusia dipcrintahkan mengesakan Allah dan tidak menyengutukan­Nya. Manusi a tidak perlu takut atau menyembah sesuatu yang lain kerana semua benda itu adaJah makhluk Allah.

Apa yang perlu di lakukan adalah beru saha membuatkajian dan penyclidikan tcrhadap benda-benda tersebut sehingga dapat mengctahui segaJa rahsianya dan mengambil faedah untuk kepentingan manusia" DaJam huraian mengenai aspek akhlak, Za'ba kclihatan menggunakan banyak hadith dan kata-kata hikmah yang disebutkan oleh ahli faJsafah (hukama') dan ahIi tasawwuf. 68

PANDANGAN ZA'BA MENGENAI PERSOALAN AMALAN AGAMA ORANG MELAYU

"Orang Melayu mcskipun sudah memcluk Islam selama 600 tahun yang laJu, tetapi mereka masih tetap berkelakuan seperti kcadaan zaman sebelum mereka mcnganut agama Islam. Mereka masih percaya kepada perkara-perkara karut dan seolah-olah Islam tidak mampu menghilangkan unsur-unsur kepercayaan masa lampau daripada orang-orang Melayu."" Za'ba memang tidak meragui keislaman orang Melayu . waJaupun mereka tidak mengerti ajarannya dengan betul. Menurutnya. orang Melayu percaya kepada Islam berdasarkan kebenaran umum dan bukannya percaya kerana mengetahui hakikat ajaran Islam menurut wahyu Allah dan Nabi Muhammad."'o

TIngkat dan tahap pengajaran agama Islam orang Melayu rendah kerana

66 Za' ba. Falsafah Takdir. him. 24. 67 Ibid .. him. 22. 68 Za·ba. Mohan Budi. him. 49-59. 69 Za·ba. op. ci/ .. him. 22: Mohan Budi. him. 269. 70 Za· ba. Falsafah Tokdir. him. 23 .

82

Page 14: pemikiran za'ba mengenaiislam+

PEMIKIRAN ZA'BA MENGENAI ISlAM

mereka tidal< diajar pelajaran agama bersungguh-sungguh sejal< kecil kerana mereka hanya diajar al-Quran dan sedilcit fardhu 'ain. TIngkat dan tahap pelajaran agama di kampung-kampung masih diliputi kepercayaan-kepercayaan bidaah dan khurafat seperti meminta berkat daripada kubur-kubur keramat dan makam-makam wali.71

PANDANGAN ZA'BA MENGENAI PARA ULAMA MELAYU

AhIi agama, alim (ulama) dan tuan guru merupakan golongan manusia yang menjadi sasaran Za'ba berhubung dengan masalah agama orang Melayu. Menurutnya, mereka sepatutnya berperanan mengajarkan ajaran-ajaran akhIak dan falsafahnya kepada orang Melayu dari segi agama dan akaln

Za'ba berpendapat seseorang itu dikatakan ulama dengan syarat dia setia dengan jubah dan serban, wara' dalam ibadat, mahir dalam ilmu agama dengan bahasa Arab dan Melayu dan berkelulusan tinggi dalam pelajaran­pelajaran moden.

Banyal< kritikan dihadapkan kepada golongan tersebut, di antaranya:

(I) Metode pengajaran agama yang berdasarkan kepada penggeral< "umpan" (pahala, syurga) dan penggeral< ''talrut'' (dosa, neraka) yang dikatal<an berkesan hanya kepada orang awam dan tidal< berkesan bagi golongan yang berpendidikan tinggi.

(2) Pendapat ulama yang mengatakan akal dan sumber wahyu (yang mengandungi suruhan dan larangan Allah) adalah berlainan dan kedua-duanya tidal< boleh bersamaanH

(3) Ajaran-ajaran dan seruan ahIi-ahli agama yang tidal< keluar daripada garisan lcitab-lcitab agama, kata-kata dan fahaman ulama dahulu walaupun sesetengah pendapat ulama itu kuno dan reput.74

(4) AhIi-ahli agama dikatakan tidal< berani mencungkil pendapat mereka sendiri, dan persoalan agama pula, mereka tidak banyak menjuruskan huraian baik dan buruk kepada akal fikiran."

(5) Dalam masalah ekonomi (al-Iqtisad), Za'ba mengkritik ulama kerana menggunakan hadith: "sekiranya kamu bertawakal kepada Allah

71 Za'ba, Mohan Budi, hlm. 5, 60. 218, 221, 270, 273. 72 Ibid .. blm. XI-Xll. 73 Za'ba, Mohan Budi, hlm. 106-107. 74 Ibid, hlm. 47. 75 Ibid. , hlm. 143.

83

Page 15: pemikiran za'ba mengenaiislam+

MALAYSIA dari segi SEJARAH

dengan sebenar-benar tawakal, tentulah Allah meberikan rezekj kepadamu sebagaimana burung , , , ,""

(6) AhIi-ahli agama yang menggalakkan mengingati Allah dan akhir. serta membuang dunia sarna sekali turut dikritik" keralll berpandukan hadith: "Dunia adalah bangkai dan pencarinya adalab anjing,"

(7) AhIi agama yang tidak berpelajaran dan sesetengah ahIi tasawWUf yang separuh masak"

(8) AhIi-ahli tasawwuf yang dikatakannya berpura-pura membuat zahid, meniru-niru sesetengah ahIi sufi ,"

(9) Alim-a1im yang menuduh orang-orang yang cuba kembali kepada al-Quran dan aka! (iaitu orang yang melepaskan diri daripada taqlid) sebagai "sesat dan menyesatkan, memandai-mandai, membawa bidaah, mengubah jalan daripada yang telah diatur oleh para orang dahulu kala (nenek moyang) , , , ,"80

(10) Cara berfikir ulama Melayu yang mengatakan ilmu manusia sentiasa semakin kurang daripada orang-orang dahulunya dan tiada yang boleh sampai a1imnya seperti imam-imam"

(II) Para im'am besar yang terdahulu juga dikritik kerana keilmuan mereka yang tidak meUputi semua ilmu yang telah dibukakan Allah pada zaman tersebut. 12

(12) Alim ulama yang menuUs kitab yang melafazkan perkataan al-ajra wa al-thawab sebagai upah penat mengarang kitab, ataupun perkataan "mudah-mudahan diberi Allah pahala akan Fakir dan dijadikannya kitab ini jalan kelepasan bagi Fakir di akhirat.""

76 Ibid.

lni kerana menurut Za'ba, a1im tersebut hanya mengharapkan pertolongan kitab itu kepada dirinya sendiri sahaja dan bukannya tentang manfaat kitab itu kepada orang lain, Perbuatan berbuat kebajikan untuk mendapat balasan atau keselamatan din adalah dipandang rendah dan hina dalam nilaian darjat akhlak yang tinggi

77 Ibid. , hIm. 84. 144; Lihat: IqbaJ, The recofUtruclion of religious thought, Lahore. 1971, him. 150; Said Ramadan. Islamic lAw. Karachi, 1970, hlm. 80..81.

78 Za'ba, Ibid" him, 144, 79 Za'ba, Asohan Budi, him, 145, 80 Za'ba, Perangai bergantung kepada diri sendiri. hIm. 33. 81 Za'ba, op. cit .. hIm. 40: AJ·Syawkani. irsyad al-Fuhul ilo lohqiq al.haq. hlm. 254. 82 Ibid., Za'ba, htm, 40, 83 Ibid, htm, 84,

84

Page 16: pemikiran za'ba mengenaiislam+

PEMIKlRAN Z<\ 'BA MENGENAI ISlAM

kerana ia bukan khalis berbuat kebajikan kepada Allah. 84

(13) Alim ulama yang berfikiran sempit dalam memberikan tafsiran mengenai perkara-perkara tertentu. Contoh: amalan jahat hanya dirujuk kepada perkara yang melanggar hukum syarak menurut pendapat imam-imam mazhab lebih daripada WOO tahun dahulu" manakala amalan jahat yang bercanggah dengan hukum-hukum akhlak, adab kesusilaan umum dan kesopanan sesama manusia tidak salah dan berdosa seperti perbuatan mengeluarkan fatwa agama mengikut kehendak raja-raja dan mencari jalan untuk membolehkan sesuatu yang mereka sukai dan sebagainya.86

Menurutnya, para alim ulama sendiri tidak nampak kepincangan agama yang menghalang kemajuan dan kejayaan orang Melayu" dan kerana itu orang Melayu terus berada dalam keadaan lemah.

Oi antara faktor-faletor yang dikemukakan oleh Za'ba menyebabkan berlaku perkara-perkara di atas adalah:

(I) Akibat salah faham mengenai kegunaan dunia dan cara menggunakan dunia untuk mendapatkan kejayaan dalam kehidupan akhirat.

(2) Pengertian dan pemahaman yang salah tentang tujuan dan hikmah hukum-hukum dan had-had yang ditentukan Allah dalam Islam.

(3) Alasan terbesar kepada kemunculan fahaman sempit itu adalah kejahilan dan kurang pelajaran." Faktor inilah yang terbesar menurut Za'ba menyebabkan kecelakaan, kehanyutan dan kemelaratan umat Islam berkurun-kurun lamanya.89

Za'ba memetik kata-kata Sayyid Jamal al-Din aI-Afghani yang membuat perbandingan kejayaan orang-orang Kristian dan kelemahan orang-orang Islam untuk menyimpulkan kelemahan umat Islam Melayu iaitu "kerana orang­orang Kristian (Nasrani) telah meninggalkan pengajaran al-lnjil sedangkan orang-orang Islam pula meninggalkan al-Quran."'o

84 Za'ba, Mohan Budi. hlm. 85. 85 Ibid., hlm. 88. 86 Ibid .. hlm. 89. 87 Za 'ba, Falsafah Takdir, hlm. 23. 88 Za'ba, Mohan Budi, hlm. 89. 89 Ibid" hlm. 90. 90 Ibid. hlm. 97.

85

Page 17: pemikiran za'ba mengenaiislam+

MALAYSIA dari segi SEJARAH

Saranan Za'ba untuk mengatasi masalah ini di antaranya: (1) Nabi (s.a. w.) menyuruh umat Islam tennasuklah orang MelayU

beq>egang kepada al-Quran dan a1-Sunnah, bukan kepada kilab­kitab karangan ulama, fahaman atau pemahaman ulama dengan tanpa diperiksa dan dibandingkan kepada asalnya 91

(2) Keputusan-keputusan para imam mujtahidin perlu diperiksa dengan a1asan dan hujah sebelum diterima.

(3) Orang-orang a1im perlu pergi terus kepada al-Quran dan a1-Hadith seperti orang-orang a1im terdahulu." Mereka tidak boleh berhenti berusaha menambah, memperdalam dan meluaskan ilmu'3

(4) J<jtab-kitab dan tafsiran al-Quran dan a1-Hadith serta syarahannya

hendaklah dijadikan panduan. (5) Pendapat-pendapat ulama terdahuu yang benar hendaklah diterima

dan yang salah ditolak. Za'ba menganjurkan agar fahaman lain yang lcbih sesuai tetapi tidak lari daripada tujuan asalnya dihasilkan'4

PANDANGAN ZA'BA MENGENAI PERSELISIHAN DALAM MAZHAB (IKHTlLAF Fl'L-MADHAH1B)

Dalam masalah perselisihan mazhab (ikhlilaf fi'l-madhahib), Za' ba masih bcrada dalam kerangka mazhab Ahl al-Sunnah wa lama' ah dcngan membawakan pendapat Muhammad ' Abduh. Za' ba beq>endapat perselisihan faham mazhab-mazhab adalah baik kerana ia memberikan kelcgaan, kelapangan dan meluaskan tempat beredar serta menyenangkan bergerak dan berpindah-pindah di dalam mazhab-mazhab tersebut"

RUMUSAN

Za'ba tidak dianggap sebagai tokoh ulama atau pemikir Islam kerana mungkin pembahasannya tentang aspek-aspek atau isu-isu Islam tidak meluas dan mendalam. Selain itu, Za'ba tidak sehaluan dan sealiran dengan pemikiran

91 Ibid .. hlm. 47. 92 Ibid .. hIm. 48. 93 Ibid .. him. 49. 94 Za'ba. Mohan Budi. hlm. 50. 95 Ibid .. hIm. 42-43.

86

Page 18: pemikiran za'ba mengenaiislam+

PEMIKIRAN ZA 'BA MENGENAI ISlAM

ulama Islam Melayu tempatan yang lain dalam beberapa persoalan termasuk takdir (qada' dan qadr). Oleh itu, beliau boleh dikatakan tokoh yang tidak popular <Ii kalangan ulama,

Za'ba dengan lantang mengkritik amalan-amalan orang Melayu yang lebih menjuruskan kepada perkara-perkara furu' sedangkan akidah mereka dikaburi khurafat, bidaah dan kepercayaan-kepercayaan tahyul, karot yang bertentangan dengan ajaran-ajaran Islam. Dalam hal lain, Za' ba cuba mengelakkan diri daripada menimbulkan kontrovesi yang hangat dengan para ulama Melayu tempatan dalam pembicaraan mengenai isu-isu Islam termasuk falsafah takdir, Beliau hanya menghuraikan tajuk persoalan tanpa pembahasan aIiran-aliran pemikiran atau mazhab atau tokoh-tokoh daripada sesuatu aliran mazhab.

Za'ba sebagai seorang pejuang bangsa yang gigih dan tegas, boleh dikatakan tokoh Melayu-Islam yang bersifat moderate, Beliau kelihatan lebih terbuka kesan pengaruh aliran pernikiran Sayyid Jamal ai-Din ai-Afghani, Muhammad 'Abduh dan Muhammad Rasyid Rida yang lebih liberal berbandi ng dengan ali ran pemi kiran Muhammad 'Abd al-Wahhab (Muhammadiyyah) yang lebih rigid,

87