pemuliharaan warisan bina rumah kedai

19
qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuio pasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjkl zxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiop asdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklz xcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw ertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopas dfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxc vbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer tyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdf ghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvb nmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfg hjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiop asdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklz xcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran Jalan Raya Timur, Klang, Selangor Architecture Design Coursebook Uitm_Upena_2009

description

cabaran perlaksanaan

Transcript of pemuliharaan warisan bina rumah kedai

Page 1: pemuliharaan warisan bina rumah kedai

1

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw

Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran

Bandar: Isu dan Cabaran

Jalan Raya Timur, Klang, Selangor

Architecture Design Coursebook

Uitm_Upena_2009

Page 2: pemuliharaan warisan bina rumah kedai

Uitm | 2

Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran

PEMULIHARAAN WARISAN SENIBINA RUMAH KEDAI BAGI KEMAKMURAN BANDAR: ISU DAN CABARAN

Zalina Haji Samadi, Shahril Anwar Mahmud dan Mawar Masri

Jabatan Senibina Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur

Universiti Teknologi MARA Perak E-mel: [email protected]

Kertas Kerja telah diterbitkan Prosiding Seminar Kebangsaan Rupa Bandar Malaysia: Mengekal Warisan Membina Identiti, 28-29 November 2007,

Lumut, Perak. 384-394

Abstrak

Kesedaran tentang pengekalan warisan senibina di kalangan pereka dan pemilik bangunan pada peringkat global dan Malaysia telah menunjukkan peningkatan sejak kebelakangan ini. Senario ini dibuktikan dengan meningkatnya jumlah pembangunan yang melibatkan usaha kearah memulihara, mengekal, membina semula dan mengadaptasi bangunan untuk pembangunan baru. Sungguhpun demikian, bangunan rumah kedai bersejarah yang terletak di bandar yang tidak diwartakan sebagai bandar bersejarah ketika ini sentiasa menghadapi tekanan pembangunan kerana dalam pada kesedaran itu mula meningkat, masih banyak lagi pihak yang menentang pemuliharaannya. Oleh yang demikian berdasarkan situasi inilah, maka kajian telah dijalankan dengan mengutarakan isu dan cabaran yang dihadapi oleh rumah kedai warisan dan mencari resolusi terbaik dalam menangani masalah itu. Skop bagikajian ini mengupas tiga isu utama. Isu yang pertama adalah, mengapakah deretan senibina rumah kedaiperlu diiktiraf sebagai warisan? Kedua, sekiranya perlu dikekalkan, bagaimanakah pendekatan palingstrategik untuk menyepadukan kelebihan warisan senibina rumah kedai ke arah kemakmuran bandar?Dan yang ketiga, apakah garis panduan rekabentuk yang sesuai bagi usaha pengekalan warisan senibinayang mampu menyumbang kepada kemakmuran bandar? Kaedah kajian ini melibatkan dua aktiviti utamaiaitu kaedah: obstrusif dan tidak obstrusif. Kaedah penyelidikan meliputi kumpulan sasaran pertama iaitu pihak berkuasa tempatan dalam menangani pembangunan yang melibatkan rumah kedai berwarisan senibina ini dikawasan skop kajian. Kumpulan sasaran kedua adalah pengguna rumah kedai warisan yangmengambilkira konflik yang dihadapi oleh pemilik kedai, penduduk tempatan dan pengguna bangunan.Kumpulan yang ketiga adalah pihak pemaju, pereka dan perunding yang terlibat dalam pembangunan rumah kedai warisan itu.Hasil kajian ini mencadangkan keperluan pengurusan warisan yang cekap danberkesan oleh pihak berkuasa tempatan meliputi aspek kepakaran dan aplikasi teknikal dalampelancongan berorientasikan warisan. Sehubungan dengan itu, satu garis panduan yang sejajar denganpengekalan warisan adalah amat perlu dalam usaha mengiktiraf kawasan warisan dan seterusnyanyamembangunkan bandarnya sebagai bandar bersejarah dan mampan. Kata kunci: Pemuliharaan, pengekalan, pengurusan warisan

Page 3: pemuliharaan warisan bina rumah kedai

Uitm | 3

Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran

PENGENALAN Apakah yang ditakrifkan sebagai pemuliharaan warisan rumah kedai? Dalam konteks kajian ini, pemuliharaan bangunan rumah kedai ditakrifkan sebagai monumen bersejarah yang diwartakan sebagai monumen berusia lebih seratus tahun dan memiliki nilai sejarah atau seni yang penting dan unik untuk dipelihara. Kelebihan bangunan warisan rumah kedai bukan setakat pada usianya yang melebihi perekanya malah memiliki fasad dan susunatur dalamannya yang unik dan tersendiri sesuai dengan keperluan sosio budaya zamannya. Oleh yang demikian, usaha memulihara monumen seumpama ini amatlah wajar bagi melindunginya dari sebarang kerosakan dan kecacatan. Ini kerana bangunan monumen lebih terdedah kepada ancaman semulajadi seperti cuaca dan usia tetapi juga dari ancaman kemusnahan manusia melalui pelbagai kaedah pembangunan semula. Pemuliharaan bangunan seumpama ini memerlukan pengumpulan data bersistem dan pendokumentasian adalah data arkib bagi generasi akan datang (Idid, S.M. 1997). Kemakmuran bandar yang menjadi matlamat dalam kajian ini membawa definisi bandar yang memiliki pencapaian ketamadunan yang tersendiri yang membina kegemilangan penduduk setempat. Ciri-ciri yang terdapat dalam bandar ini adalah meliputi aspek pengekalan nilai sosio budaya setempat, tahap keselamatan dan kesihatan fizikal dan mental, halaju ekonomi dan kepesatan pembangunan yang terkawal, mesra penguna dari segi mobiliti dan alam binanya, dan mesra alam dari sudut persekitarannya.

Foto 1: Fasad rumah kedai warisan di, Jalan Raya Timur, Klang, Selangor

Page 4: pemuliharaan warisan bina rumah kedai

Uitm | 4

Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran

LATAR BELAKANG Perkembangan Pemuliharaan Warisan Bandar Di peringkat antarabangsa seperti diperingkat negara Eropah, teori, usaha, kajian dan praktis pemuliharaan bangunan dalam semua jenis bangunan telah dijalankan lebih awal berbanding dengan Malaysia. Perbandingan ini dilihat dari aspek perkembangan akta pemuliharaan dan garis panduan di negara tersebut lebih spesifik berkaitan dengan pemuliharaan bangunan. Fenomena ini adalah selari dengan kematangan tamadun barat itu sendiri. Berdasarkan kronologi perkembangan usaha pemuliharaan bandar, perbincangan peringkat UNESCO pada tahun 1972 telah diadakan persetujuan antarabangsa berhubung dengan perlindungan warisan budaya dan semulajadi. Misi utama persetujuan peringkat itu adalah untuk mengenalpasti dan melindungi warisan dunia, yang mana dari segi perlaksanaanya adalah menyenaraikan kawasan warisan yang memiliki nilai sejarah sosio budaya. Kemudian aplikasi deklarasi peringkat UNESCO lahirlah pula terjemahan pemuliharaan pada peringkat negara Amerika Syarikat (International Council on Monuments and Sites (ICOMOS) dan World Conservation Union (IUCN), Spain, Australia dan lain-lain yang kemudiannya telah memeterai beberapa persetujuan dalam gagasan terawal termasuklah Burra Charte 1987, Balgrade Charte 1993 dan yang terbaru adalah Krakow Charte 2004. Perkembangan di peringkat Asia meliputi negara benua Asia timur seperti Jordan, Nepal, Uzbekistan, dan yang terbaru di China. Dalam konteks kaedah pembinaan semula (reconstruction) digunapakai dalam pemuliharaan bangunan oleh Burra Charter 1987; namun dari segi perlindungannya ia sepatutnya dipulih dan dipelihara keaslian rupa, bentuk dan bahan asalnya seperti yang disetujui oleh ramai pengkaji UNESCO dan Eropah (Wood, 1996; Korkmaz, 1997; Evesian, 1997; Nistor, 1998, Mason, 2000; Harvard Research Centre, 2002) yang mana kaedah yang diketengahkan adalah sealiran pendapat dengan Barthelemy, 2004. Di peringkat negara kita Malaysia, penyenaraian masih giat dijalankan oleh para akademik melalui kajian di peringkat universiti dan juga oleh perbadanan swasta. Badan swasta seperti Penang Heritage Trust dan Badan Warisan Malaysia serta badan kerajaan seperti muzium negeri dan negara secara langsung telah mengklasifikasikan bangunan sebagai monument yang mesti dipulihara. Sungguhpun demikian, semenjak tahun 1980an kebelakangan ini di Malaysia telah diadakan pemuliharaan monumen dalam berbagai katagori bangunan meliputi jenis institusi, komersial dan rumah kediaman. Warisan bangunan berumur lebih dari seratus tahun diambilkira oleh pihak Muzium Negara sebagai monumen bersejarah.

Page 5: pemuliharaan warisan bina rumah kedai

Uitm | 5

Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran

Foto 2: Perspektif deretan rumah kedai lama di Jalan Raya Timur, Klang, Selangor. Fasad ini menggambarkan nilai masyarakat yang mementingkan keunikan seni kraf pada bangunan

Di peringkat kementerian pada tahun 2004 barulah diperkenalkan Kementerian Kesenian dan Warisan (KEKWA), namun fokusnya lebih kepada warisan budaya (cultural heritage) berbanding dengan warisan bangunan (built heritage). Namun demikian pemuliharaan warisan dari aspek alam bina masih perlu mendapat perhatian dan pembelaan dari pihak kerajaan. Perkembangan Kaedah dan Pengurusan Bangunan Warisan Gagasan peringkat UNESCO 1972, kemuadiannya memberi impak di peringkat negara kita Malaysia kerana pada hari ini kesedaran telah digiatkan lagi dengan gagasan dan perbincangan diperingkat negeri dan bandar. Kesedaran pada segenap peringkat diterjemahkan oleh badan kerajaan pada peringkat pihak berkuasa tempatan terutamanya pihak perancang bandar. Aktiviti pemuliharaan diperingkat ini juga telah menggandakan usaha dengan menjalankan kaedah melalui strategi mengadakan misi dan visi bandar yang didalam skop kawalkuasa mereka. Input misi dan visi ini terutamanya dari segi garispanduan adalah dari sumbangan para akademia yang bekerjasama menjalankan kajian dalam mencari kaedah yang paling komprehensif dalam mencapai matlamat misi dan visi tersebut.

Page 6: pemuliharaan warisan bina rumah kedai

Uitm | 6

Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran

Kaedah pengurusan dalam projek pemuliharaan bangunan warisan pula banyak diketengahkan oleh penyelidik tempatan dan badan warisan.termasuklah diantaranya adalah oleh penggiat warisan Prof. Madya Dr. Ghaffar b. Ahmad dari Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Wan Salleh Wan Ibrahim dari Universiti Teknologi MARA dan juga Syed Ahmad Idid dari Universiti Teknologi Malaysia. Penyenaraian bangunan bersejarah dibandar-bandar dalam setiap negeri Malaysia (Syed Idid, 1993) telah diadakan bertujuan untuk mendapat perhatian dan perlindungan warisan dari kepupusan. Usaha lain termasuklah dalam bentuk cadangan satu kaedah yang dinamakan dilapidation survey telah diusulkan oleh pengkaji dari Universiti Sains Malaysia yang diketuai oleh Dr. A. Ghaffar. Kaedah ini dicadangkan untuk mengira kos binaan anggaran bagi pembangunan semula bangunan sediada warisan. Kaedah ini amat penting dijalankan memandangkan kos ini kurang diambilkira oleh pemilik premis, kontraktor dan pemaju (A.Ghaffar Ahmad, 2004). Bagi perunding warisan yang berpengalaman kos ini mesti diambilkira dalam kos bina bangunan pemuliharaan kerana ia melibatkan kos pengekalan pada sebahagian besar struktur dan butiran sediada dan kemudian dicampur dengan kos cadangan tambahan yang baru pada keseluruhan pembangunan tersebut. Dalam perkembangan kaedah pengurusan dan pembangunan semula warisan sediada ini, beliau menegaskan agar kos pembangunan menyeluruh sehingga ke peringkat perlaksanaan amat teliti mesti dijalankan agar tiada kos yang terlepas dari diambil kira. Sungguhpun demikian, masih ada lagi ruang penambahbaikan dalam pengurusan bandar dari segi koordinasi setiap aktor atau sekurang-kurangnya tiga pihak asas yang berperanan (Bently, 1998) sebagai pengawal (pihak berkuasa tempatan), pengeluar (pihak pereka, pemaju dan pemilik) dan pengguna yang terlibat secara langsung dalam projek pembangunan semula warisan. Isu dan cabaran di peringkat ini perlu diselesaikan diantara tiga pihak utama yang terlibat bagi membuat keputusan yang tepat untuk mencapai matlamat pemuliharaan rumah kedai walaupun hanya melibatkan skala sekecil satu lot rumah kedai dua tingkat dalam satu-satu bandar. Ini adalah kerana fasad rumah kedai warisan adalah wajah utama selain fasad komersial yang lain yang melambangkan imej dan identiti sesuatu bandar. Skop Kawasan kajian Skop bagi kajian ini telah dilimitkan kepada Jalan Raya Timur, Klang Bandar Diraja, Selangor Darul Ehsan.

Page 7: pemuliharaan warisan bina rumah kedai

Uitm | 7

Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran

Rajah 1: kedudukan Jalan Raya Timur, Klang

Faktor pemilihan Jalan Raya Timur, Klang bandar diraja berkembang sejak 365 tahun lalu mulai tahun 1643 memiliki himpunan rumah kedai warisan yang tinggi dan menghadapi tekanan pembangunan tinggi tetapi tiada gazet warisan untuknya. Faktor ini adalah sebab utama ia dipilih sebagai paling berpotensi menjadi jalan warisan di bandar Klang ini. Kajian pilot telah dijalankan manakala fasa kajian adalah pada peringkat empat puluh peratus, akan meliputi peringkat pihak berkuasa tempatan, pemilik warisan rumah kedai dan pengguna. Jumlah penduduk keseluruhan di pusat bandar Klang adalah 523 puluh ribu, manakala penduduk metronya mencecah 828 ribu orang.

Page 8: pemuliharaan warisan bina rumah kedai

Uitm | 8

Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran

Foto 3: Jalan Raya Timur, fasadnya berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasanpemuliharaan rumah kedai.

Matlamat Kajian ini secara keseluruhannya adalah untuk mengenalpasti peranan, kawasan dan garis panduan rumah kedai berwarisan sejarah yang mampan menghadapi asakan dari aspek sosial komuniti majmuk, ekonomi di bandar diraja, Klang. Walau bagaimanapun pada tahap kajian fasa ini adalah berfokuskan pada isu dan cabaran yang dihadapi oleh pihak berkuasa tempatan dalam menangani tekanan pihak pemilik bangunan. Objektif Skop bagi kajian ini mengupas tiga isu dan cabaran utama di pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Klang. Isu yang pertama adalah, mengenalpasti keperluan deretan senibina rumah kedai untuk diiktiraf sebagai kawasan warisan. Kedua, sekiranya perlu dikekalkan, bagaimanakah pendekatan paling strategik untuk menyepadukan kelebihan warisan senibina rumah kedai ke arah kemakmuran bandar? Dan yang ketiga, apakah garis panduan rekabentuk yang sesuai bagi usaha pengekalan warisan senibina yang mampu menyumbang kepada kemakmuran bandar? Hasil kajian ini adalah diharapkan dapat memberi cadangan pendekatan strategik bagi membawa bersama pemilik kedai dan pengguna menjana kelebihan pemuliharaan fasad bangunan rumah kedai warisan bagi kemakmuran bandar.

Page 9: pemuliharaan warisan bina rumah kedai

Uitm | 9

Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran

ISU DAN CABARAN PEMULIHARAAN RUMAH KEDAI WARISAN Bagi rumah kedai komesial dikawasan gazet warisan di negara-negara Eropah, United Kingdom, Australia dan New Zealand, pada skala pemuliharaan bandar tempatan pada peringkat sebelum jenis pemuliharaan, perbincangan diadakan dan ketetapan dibuat di kalangan pereka bandar (urban designers) yang terdiri dari semua perunding yang mewakili tiga aktor utama: pengawal, pemilik and pengguna (Bently, 1998) yang ada di kawasan skop bandar itu sahaja. Peranan ketiga-tiga pihak ini telahpun dikenalpasti di Malaysia namun demikian perbincangan secara formal melibatkan mereka tidak dijalankan untuk mencapai persetujuan yang membawa kesedaran tentang warisan itu mampu menguntungkan semua pihak • Isu Globalisasi Menyedari kepentingan dan potensi rumah kedai warisan yang wujud lebih seratus tahun ini di dalam bandar yang pesat membangun di Klang, Selangor khasnya; bangunan seumpama ini menerima tekanan yang amat hebat akibat pengaruh globalisasi. Pengaruh globalisasi dunia tanpa sempadan sebenarnya membawa dua implikasi utama seperti yang dirumuskankan oleh Korkmaz, (1997) yang membahaskan implikasi globalisasi: yang pertamanya: Particularization of generalization dan yang kedua: generalization

of particularization.

Penekanan terhadap kepentingan imej dan identiti tempatan adalah disokong oleh rumusan ini tentang betapa pentingnya untuk memperkasakan imej dan identiti tempatan bagi sokongan identiti nasional. Dengan menonjolkan keunikan ini selain ianya menggambarkan aspirasi rakyat Malaysia dengan jelas menjadi faktor pembeza identiti Malaysia berbanding dengan negara lain. Pastinya dengan pengekalan keunikan ini dalam era globalisasi yang mencabar kemantapan identiti ia mampu menarik pelancong luar dan dalam untuk menikmati dan merasai keistimewaan yang tiada tolok bandingnya di tempat lain. Seperti mana yang telah di ketengahkan oleh Galagher yang menyebut tentang gagasan gerakan moden “The legacy of Modern Movement is obvious in every city today” (Galagher, 2001). Dalam hujah gagasan ini membentangkan bahawa dalam budaya ekonomi masakini definisi moden mencakupi terjemahan ‘simplicity’ atau ‘ringkas’ ataupun ‘functional’ iaitu ‘ memenuhi fungsi’ semata-mata berbanding keperluan lain-lain apalagi untuk memberi ruang dekorasi tempatan Teori ini amatlah selari dengan pendapat ahli geografi Whitehand, yang menyatakan bahawa gaya reka bentuk yang diwujudkan oleh manusia di alam persekitarannya adalah hasil dari aktiviti manuasia dan system sosialnya “patterns created in the physical environment through human activity and cultural systems” (Whitehand, 1992). Konsep bangunan moden pastinya amat bertentangan dengan konsep pemuliharan warisan yang amat mementingkan pemuliharaan seni tampak dalam bentuk butiran motif dalam ekspresi seni dan kraf yang

Page 10: pemuliharaan warisan bina rumah kedai

Uitm | 10

Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran

boleh dilihat pada elemen lantai, tiang, gerbang, laluan dinding, siling dan bumbung bangunan warisan. Elemen senitampak ini menjelaskan watak dan rupa fasad kerana ia memiliki kekayaan senitampak yang mencerminkan budaya dan masa sesuatu fasad. “This outlook brings in celebrative character of façade; fully decorated with richness of art and craft of the specific expression of culture and time “(Schoonenberg, 2002). • Isu ‘Mcdonalization’ Situasi era globalisasi dan gagasan moden juga diburukkan lagi membawa bersama pengaruh francais. Bangunan gaya prototaip “rubber stamping”dari pemilik asal perniagaan membawa rekabentuk fasad yang seragam dari negara asal tanpa mempedulikan imej dan identiti tempatan. Strategi utamanya hanyalah menonjolkan kuasa autonomi pemiliknya yang bermatlamatkan kekayaan ekonomi yang mahukan rekabentuk piawai bagi seluruh rangkaian francaisnya seluruh dunia “McDonaldization”. Matlamat ekonomi yang menjadi tunjang ini amat ditentang oleh Torre di France dan membuat tunjuk perasaan pada December 1999 World Trade Organization in Seattle (Torre, 1999). Fenomena ini jika dibiarkan pastinya akan berkembang dan menghasilkan bangunan prototype dan ulangbina (re-production). • Isu krisis imej dan identiti tempatan Pengekalan imej dan identiti tempatan amat penting untuk dikekalkan kerana dalam teori proses pembinaan bangunan didefinisikan sebagai hasil pemikiran dan aktiviti budaya tempatan. Sekiranya teori ini masih boleh diterimapakai, maka krisis imej dan identiti tempatan tidak timbul. Namun masalahnya adalah, kerana masyarakat Malaysia adalah majmuk dan dasar negara adalah terbuka, maka pengaruh budaya luar tidak dapat dibendung dari mempengaruhi senibina bangunan kita yang sekiranya tidak dibendung boleh menghasilkan rupa bentuk bandar yang sama dimana-mana juapun didunia ini atau disebut sebagai “anywhereville”(Law, 2002). • Isu identiti dan tekanan imej budaya majmuk Malaysia Isu ini bukanlah isu baru malah isu imej dan identiti nasional ini masih lagi dibincangkan. Selain dari faktor luar yang menekan contohnya seperti globalisasi, Mcdonaldization yang diberi ruang penghormatan dalam masyarakat majmuk Malaysia, warisan rumah kedai di Klang sememangnya menghadapi asakan budaya yang sudah sediakala rencam dengan berbagai budaya, adat resam, bahasa, agama dan budaya seperti Little India dan China Town. Kemeriahan budaya ini merancakkan lagi kerencaman budaya tanpa sebarang garis panduan dari pihak berkuasa tempatan, maka fasad rumah kedai warisan mengalami evolusi semulajadi dengan kreativiti bermotifkan keuntungan. Senario perkembangan fasad ini adalah sesuai dengan fungsinya sebagai fasad komersial yang direka dengan menonjolkan identiti dan imej pemilik dan menepati pelanggan sasarannya.

Page 11: pemuliharaan warisan bina rumah kedai

Uitm | 11

Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran

Foto 4: Imej Little India, di Jalan Tengku Kelana, Klang berhampiran Jalan Raya Timur.Pihak berkuasa tempatan tidak perlu mencari

imej dan identiti kerana kerencaman itulah sebenarnya imej dan identiti yang memeriahkan rupabentuk bandar Malaysia. • Isu Kurang Kesedaran di kalangan pemilik rumah kedai warisan Seperti yang dirumuskan dalam kesimpulan kajian sebelum ini; isu dan cabaran utama yang dikenalpasti adalah lemahnya kesedaran di pihak pengguna terutamanya di pihak pemilik rumah kedai warisan di Klang. Ini adalah kerana mereka pada mana-mana juapun rumah kedai warisan, pemilik inilah yang sebenarnya yang memiliki kuasa autonomi secara langsung dan pemilih utama dalam menentukan jenis pembangunan yang bakal dicorakkan kepada aset yang ada pada bangunan rumah kedai warisan milik mereka. Merekalah pihak yang paling berhak membuat keputusan dalam mencorakkan rupabentuk fasad dan susunatur dalaman rumah kedai mereka kerana rumah kedai itu hakmilik mereka dan kos pemuliharaan juga dari poket mereka. Keputusan mereka inilah sahajalah yang mampu menentukan arahtuju wujud atau musnahnya kesepaduan warisan yang mampu menyumbang ke arah kemakmuran bandar. Tanpa keputusan yang tepat dan penuh bimbingan terhadap golongan ini, segala visi dan misi pihak berkuasa tempatan akan musnah ditelan kejayaan ekonomi yang menjadi matlamat utama pemilikan

Page 12: pemuliharaan warisan bina rumah kedai

Uitm | 12

Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran

dan operasi harian mereka. • Isu garis panduan pemuliharan Ini satu ketetapan garis panduan yang dipraktiskan sebelum kaedah pembinaan dijalankan. Gabungan garispanduan yang pernah digunupakai dalam luar negara telahpun dirumuskan dalam satu rumusan cadangan tentang garispanduan yang telah oleh pengkaji tempatan dalam kajian yang telah dibuat yang bertajuk Integrating architectural heritage for urban revitalization (Zalina.S, 2006). Matlamat penyenaraian garispanduan untuk membuat keputusan ini amat penting sebagai semakan sebelum keputusan dibuat adalah kerana keputusan yang tepat mampu mengangkat warisan rumah kedai menjadi pemangkin pada kemakmuran kawasan dalam bandar dan seterusnya memartabatkan bandar menjadi bandar warisan. • Isu garispanduan bersifat deskripsi Dalam kajiannya mengenai strategi menyepadukan warisan rumah kedai bagi kemakmuran bandar, definisi integrasi rumah kedai warisan bermotifkan kemakmuran bandar telah diutarakan oleh Zalina, S. 2006 dengan sembilan prinsip utama perlu untuk dijadikan garispanduan. Garis panduan asasnya adalah seperti berikut: · Mengenalpasti hakmilik dan pemilikan sediaada dan masa depan

· Mengabadikan nilai tempatan dengan pengekalan komponen fizikal utama

· Mengekalkan pelan susunatur pembangunan asal tapak, lot, laluan, kawasan hijau dan setbak

· Mengekalkan keaslian rupa fasad: warna, bentuk, senitampak dan perabot jalan

· Mengekalkan kualiti dan keaslian elemen fizikal

· Pengekalan sejarah dan warisan fasad dan ruang dalaman

· Menggunakan teknik pembinaan yang sesuai dengan teknologi tempatan

· Memberi keutamaan penglibatan komuniti tempatan dalam pembinaan

· Pengekalan bersifat aktif: menjana ekonomi

Dalam kes kajian pada kali ini Klang Bandar di Raja dipilih memandangkan halaju kepesatan bandar ini sangat mengancam pengekalan fasad senibina warisan rumah kedai berbanding dengan bandar-bandar lain yang agak perlahan dari aspek kepesatan pembangunannya. Skop kajian kini memfokuskan pemuliharaan rumah kedai warisan dijalankan bagi menyampaikan matlamat yang kemakmuran bandar Majlis Perbandaran Klang kearah dengan skopmengenalpasti apakah warisan senibina rumah kedai yang mampu diketengahkan dalam usaha memakmurkan bandar Klang. • Isu Pemilikan Rumah kedai Warisan Harta Perkongsian Sebahagian besar pemilik rumah kedai warisan yang ada hari ini bukanlah pemilik tunggal. Dalam kes rumah kedai di Jalan Stesyen, Klang, hanya empat puluh peratus dimiliki oleh orang perseorang dan syarikat, manakala yang lainnya dimilki atau diwarisi sebagai harta pusaka dengan status hakmilik

Page 13: pemuliharaan warisan bina rumah kedai

Uitm | 13

Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran

perkongsian. Sebahagian besar pemilik rumah kedai ini benarnya bukan tidak mahu bekerjasama menjayakan visi atau menolak misi pihak berkuasa tempatan yang begitu bersemangat dalam melihat nilai sejarah, seni dan astetika bangunan ini; masalah mereka sebagai golongan yang lebih mengutamakan lebihan pendapatan mereka dalam urusan harian mereka tidak menyedari betapa tingginya asset yang mereka miliki ini. Pada mereka ia tidak lebih dari warisan lama yang perlukan kos pembaikpulihan yang tinggi lagi membebankan terutamanya bagi pemilikan warisan rumah kedai bersama. Masalah hak pemilikan warisan bersama (isu geran kongsi dengan adik beradik lain) juga merupakan masalah mesti dilalui sebelum masalah kos bina semula dapat diselesaikan kerana bajet bina semula perlu dikenalpasti asal dari mana sumber boleh Disamping menyelesaikan sumber kewangan bagi pemuliharaan ini, mereka tidak melihat kepentingan dan kekuatan dari segi senibina yang boleh menyumbang kepada kemakmuran sesuatu bandar sebaliknya mereka mementingkan keuntungan jangka pendek . • Isu kemahiran pereka dan perunding harta warisan Pada sudut pandangan pemilik rumah kedai warisan, sekiranya mereka berniat untuk membangunkan semula bangunan rumah kedai warisan, faktor utama yang fikirkan dalam misi pembangunan mereka adalah kos pembinaan dan jumlah pulangan yang bakal diperolehi hasil pembangunan baru itu. Sedangkan kos meruntuhkan bangunan lama sediada dan bina semula dengan bangunan baru adalah lebih murah berbanding dengan kos pengekalan atau pemuliharaan fasad sediaada dan bina tambahan baru. Ditambah pula dengan senario dimana tidak ramai perunding warisan (heritage consultant) yang sedia menawarkan khidmat menyeluruh terutamanya yang mencakupi analisa perbandingan tentang kos bina semula dengan kos pengekalan dan bina tambahan baru. Maka dengan masalah yang sukar untuk diselesaikan, jalan yang termudah bagi sebahagian besar pembangunan ini hanyalah mengutarakan konsep pembangunan baru sahaja. Oleh yang demikian dalam konteks ini, keputusan oleh pemilik akhirnya menyebelahi pembangunan melibatkan kerja perobohan bangunan sediada secara total dan menjalankan pembangunan baru di atas lot rumah kedai warisan. Keputusan ini adalah amat disetujui oleh pihak pemaju, pereka dan kontraktor yang terlibat. Ditambah pula dengan pihak berkuasa tempatan yang tidak memberi sebarang bimbingan dan insentif kearah pemuliharaan warisan, maka pembangunan jenis ini menjadi pilihan utama lagi menguntungkan. • Isu kemorosotan kualiti fasad secara semulajadi Akibat kombinasi semua masalah yang terdahulu diketengahkan dan tanpa sokongan kesedaran diri terhadap kepentingan warisan kerana kepayahan pemilik kedai mendapatkan perunding yang mahir dalam pengekalan ini maka kaedah pemuliharaan sukar menembusi minda pemilik bangunan warisan sekiranya ia memikirkan tentang pembangunan semula rumah kedai warisan.

Page 14: pemuliharaan warisan bina rumah kedai

Uitm | 14

Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran

Dalam komplikasi penyelesaian ini, kualiti fasad rumah kedai bangunan rumah kedai warisan secara semulajadinya semakin merosot selari dengan pertambahan usianya. Pihak berkuasa tempatan pula menyaman bangunan warisan rumah kedai yang tidak diselenggara tanpa mengenalpasti masalah pemilik. Ini menyebabkan golongan ini lebih pasif dan tidak bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan. Bantahan ini diluahkan melalui fasad warisan terbiar tanpa penyenggaraan dan menghasilkan ruang negatif yang mengundang aktiviti negatif. Impak ini semakin memburukkan lagi kualiti rupabandar dan seterusnya menyimpang jauh dari usaha menggunakan warisan untuk memakmurkan bandar . Keadaan ini berlaku terutamanya pada bandar yang tidak mewartakan bandarnya sebagai kawasan bandar bersejarah. Kesimpulan segala isu dan konflik ini dapat dilihat dengan jelas kerana pihak pentadbiran bandar iaitu pihak pihak berkuasa tempatan sendiri dalam proses menanganinya dengan menghadapi cabaran utamayang boleh dikategorikan meliputi tiga pihak utama: pihak pengurusan dalaman pihak berkuasa tempatan, pihak pemilik dan operator kedai warisan dan cabaran dari pihak pengguna yang semakin meneliti kualiti bandar. Cabaran diperingkat pihak Penguatkuasa: Majlis Perbandaran Klang • Cabaran 1: tahap kesedaran pengurusan warisan di pihak berkuasa tempatan. Di kalangan ahli Majlis Perbandaran Klang terdapat tahap kesedaran yang berbeza diantara seorang ahli majlis dan ahli yang lain berkaitan isu pemuliharan warisan ini. Pada peringkat perancangan terdapat misi dan misi yang tertentu namun ia tidak diterima seratus peratus oleh semua ahli majlis. Percanggahan penerimaan di kalangan ahli majlis adalah berkisar dalam krisis imej dan identiti tempatan. Isu ini bukan pada peringkat pengurusan dalaman malah ke peringkat orang awam. Di pihak pihak berkuasa tempatan, tanpa misi dan visi atau gazet warisan yang jelas, adalah sukar untuk menjawab persoalan bagaimana rupabentuk yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki untuk bandar Klang. Isu ini memang sering diketengahkan oleh pelbagai pihak dalam industri pembinaan dan adalah amat wajar ianya diambilkira oleh pihak majlis untuk memberi ruang untuk mencari persetujuan di antara mereka. Menerusi program melibatkan orang awam atau dalam pembentangan dan perbincangan visi dan misi itu sendiri kesedaran tentang warisan dapat dipertingkatkan lagi. Diantara penyumbang utama yang paling aktif untuk meneguhkan garis panduan warisan adalah dari sudut pandangan pihak berkuasa tempatan yang didukung oleh pihak pengkaji yang terdiri oleh para akademia. Penyumbang kedua aktif adalah dari pihak ahli majlis yang berbekalkan pengalaman mereka melawat bandar-bandar warisan.Penyumbang ketiga dari pihak pengguna: pemilik bangunan, penyewa kedai, golongan ini berpeluang menyumbang secara terus terhadap imej dan identiti melalui rekabentuk hiasa melalui paparan iklan, pameran produk pada fasad muka depan kedai. Selain itu rekabentuk, hiasan dan susunatur dalaman juga menyumbang pada imej dan identiti rumah kedai. Penyumbang ini adalah pasif dari segi pendapat tapi sebaliknya merekalah yang paling pro-aktif bertindak

Page 15: pemuliharaan warisan bina rumah kedai

Uitm | 15

Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran

secara langsung pada fasad rumah kedai warisan milik mereka. • Cabaran 2: Pemuliharaan rumah kedai dalam bandar tanpa gazet bandar warisan Dalam pembangunan rumah kedai di Malaysia, mana-mana pihak majlis berkuasa tempatan di peringkat proses membuat keputusan pembangunan imej dan identiti rumah kedai warisan biasanya pihak yang terlibat secara langsung dalam pastinya mengalami pertembungan pendapat diantara ahli majlis mahupun pihak pereka dan pemaju. Dalam proses pemuliharaan sekurang-kurang tiga pihak yang terlibat: pemilik bangunan bertindak sebagai sebagai pemaju, pereka dan pihak berkuasa tempatan. Dalam kes Majlis Perbandaran Klang sekiranya isu pemuliharaan diketengahkan oleh pihak penguasa tempatan semua pihak yang terlibat menegakkan hujah mengikut kepentingan dan peranan masing-masing. Berikut adalah tiga katagori kelulusan pembangunan rumah kedai warisan: Kes 1: Dalam kes yang paling mudah pihak pereka mengutarakan cadangan bagi pihak pemaju dan pihak pengawal menerima cadangan tanpa mengambilkira butiran rupabentuk fasad bangunan komersial yang dipohon sekiranya kerja pemulihan hanya melibatkan perubahan minima fasad. Kes 2: Dalam kes dimana proses kelulusan melibatkan kurang lima puluh peratus perubahan fasad, pihak berkuasa tempatan biasanya memberi komen berdasarkan nilai astetik persepsi majlis untuk menerima dan memberi komen fasad. Kes 3: Dalam kes yang mengalami komplikasi kelulusan sekiranya skop pembangunan melebihi lima puluh peratus fasad dan pembangunan asal. Dalam kes 2 dan 3, biasanya dalam amalan paktis majlis berkuasa tempatan di Malaysia ahli majlis yang paling berkuasa adalah hero dalam perjuangan menentukan keputusan perselisihan pendapat tentang imej dan identiti tempatan. Ini amalan yang biasa berlaku sekiranya tiada garis panduan khas rumah kedai warisan dan bandar digazet warisan . Oleh itu, cabaran utamanya adalah melepasi kelulusan tanpa apa-apa garispanduan tentang kualiti fasad atau sebarang usaha pemuliharaan fasad rumah kedai. • Cabaran 3: Misi dan visi perincian bangunan Walaupun perancangan dibuat dengan mengutarakan misi dan visi makro namun pada pendekatan sebaliknya dari peringkat mikro juga amat perlu diteliti agar perlaksanaan kemakmuran bandar dinikmati penduduk tempatan. Dari segi praktiskanya setiap pereka (perancang bandar, akitek, akitek lanskap, akitek interior, jurutera dan semua perunding) bertindak dengan misi masing-masing tanpa visi yang bersepadu. Bertitik tolak dari skala kecil inilah dengan jenis pemuliharaan jenis bangunan warisan rumah kedai, dijadikan kes kajian dan kaedah isu dan cabaran yang mungkin boleh diintegrasikan bagi kemakmuran bandar. • Cabaran 4: pemilik dan operator yang mementingkan keuntungan peribadi Aspirasi utama dalam setiap perniagaan adalah keuntungan. Dengan tahap kesedaran yang rendah tentang

Page 16: pemuliharaan warisan bina rumah kedai

Uitm | 16

Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran

nilai yang tersembunyi di sebalik fasad warisan rumah kedai yang ada yang dimiliki secara persendirian atau perkongsian jika dibandingkan dengan keuntungan hasil dari operasi rumah kedai warisan, maka keuntungan operasi perniagaan adalah lebih nyata mengatasi semua visi dan misi pihak berkuasa tempatan. Apatah lagi misi dan misi yang bersifat subjektif dan tidak selari dengan matlamat operasi rumah kedai, sudah tentunya pemilik atau operator hanya berfikir tentang cara meminimakan skop dan kos operasi dan memaksimakan keuntungan. Dalam hal ini, matlamat pihak pihak berkuasa tempatan tidak sejajar dengan matlamat pemilik dan operator rumah kedai dan dalam menuju visi dan misinya mereka saling bertentangan di antara satu sama lain. • Cabaran 5: pengguna yang mementingkan mesra pelanggan Kelompok pengguna rumah kedai termasuk pengguna jangkamasa pendek yang terdiri dari pihak pelanggan dan pelancong (tempatan dan luar negara) adalah penyumbang pasif dalam pembentukan imej dan identiti. Golongan ini merupakan penyumbang ekonomi sebagai pembeli atau pengguna barang keperluan harian, pakaian, rumah, sekolah dan perima perkhidmatan, kesihatan dan salon kecantikan. Golongan ini mementingkan kualiti ruang yang kondusif bagi memenuhi keperluan fikizal dari aspek kemudahan akses laluan dari satu lot ke satu lain, mobiliti dan parkir pergi balik ke rumah kedai warisan. Aspek yang kedua adalah legibiliti iaitu kualiti maklumat melalui ruang paparan fasad dan iklan di muka hadapan rumah kedai. Aspek ketiga adalah keselesaan kemudahan ruang luar dan dalaman yang ditawarkan ole rumah kedai warisan. Rangkuman dari ketiga-tiga aspek ini merupakan cabaran mesra pelanggan yang sepatutnya dijaga oleh semua pihak dalam pembangunan rumah kedai warisan. KESIMPULAN Negosiasi antara semua aktor utama dalam proses pemuliharaan Dalam menangani isu dan cabaran pemuliharaan warisan rumah kedai, sepatutnya pihak pengawal, pemilik dan pengguna di beri ruang dan peluang untuk menyampaikan masalah dan cadangan. Dengan adanya ruang komunikasi setiap pihak yang terlibat dam pembangunan bandar kesedaran dan kerjasama dapat dipadukan menuju kegemilangan bandar. Ruang luaran dan dalaman bangunan rumah kedai warisan dapat dijadikan platform bagi aktivit positif yang boleh menguntungkan semua pihak. Pihak majlis boleh berperanan dan pro aktif dalam perkara ini agar kelebihan warisan kerana ia boleh digunakan sepenuhnya demi kemakmuran bandar. Kelebihan Bandar Bergazet (warta) warisan Ironisnya, pada bandar yang telah mewartakan bandar sebagai bandar bersejarah, seperti Bandar Hilir Melaka, kelebihan yang ada pada monumen rumah kedai warisan ini telah membuktikan bahawa rumah kedai warisan mampu melalui cabaran masa dan kekal berkualiti serta memiliki nilai tahap adaptasi yang

Page 17: pemuliharaan warisan bina rumah kedai

Uitm | 17

Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran

tinggi bagi kegunaan semasa contohnya seperti di Jalan Tun Tan Cheng Lock dan Jonker’s Street, Chan W.F. (1999). Pada jalan tersebut itu, kepentingan sejarah, seni, budaya dan nilai aestetika yang ada pada rumah kedai warisan inilah menjadi pusat rujukan kepada bangunan lain. Ini kerana butiran fasadnya dapat menyerlahkan nilai sosial, nilai ekonomi, nilai politik dan nilai persekitaran pada zaman bangunan itu diciptakan. Keunikan rupabentuk fasad rumah kedai warisan ini juga adalah bukti keputusan yang dibuat berdasarkan kompromi akta, perundangan dan garis panduan pihak berkuasa tempatan pada zamannya. Berdasarkan definisi dan kepentingan yang disenaraikan maka potensinya untuk dipulihara dan didaptasi kegunaannya memenuhi keperluan semasa sebagai hotel, galeri seni, museum, kedai antik, butik, pusat kecantikan, kedai buku, restoren atau apa jua jenis rumah kedai perniagaan bertema adalah amat relevan. Penonjolan imej dan identiti oleh rumah kedai warisan tempatan pada bandar bersejarah tersebut dan sepertimana pada zaman ia diciptakan oleh perekanya.telah dibuktikan oleh bandar bergazet warisan mampu memakmurkan bandar dan seisi masyarakatnya. Bertitik tolak dari model inilah, kajian dijalankan pada fasa seterusnya bagi mencari strategi mengaplikasi kelebihan warisan rumah kedai bagi tujuan kemakmuran bandar.

Page 18: pemuliharaan warisan bina rumah kedai

Uitm | 18

Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran

RUJUKAN

A. Jalil, A. Ismawi, N.N. Woon. (2005). “The Practice of Documentation in Conservation in Malacca,” 1. proceedings of 4th Management Institute of Research Conference (MICRA), University of 2. Malaya, Malaysia, 2005. 3. A.Ghafar Ahmad (2004), “Understanding Common Building Defects: The Dilapidation Survey Report”, 4. School of Housing, Building and Planning, USM, Malaysia "Majalah Akitek", Volume 16, Issue1, First

Quarter 2004, pg. 19-21 5. Azlan. N.I. (2004). Applying Heritage Tourism Model to City of Taiping, Malaysia: Lesson for the Citizensand

Stakeholders. IFLA World Congress,Taiwan . 6. Barthelemy, J. (1997). Recasting Cultural Policy: The Architectural Heritage as Factors influencing

Trends in development. The Power of Culture UNESCO Journal. 7. Belgrade Charter. (1975). Conservation in Belgrade, European Commission UNESCO, International

Conference, Spain. 8. Bently,I. et.al. (1998). Actors and Battlefield in the built making processes. Oxford: Butterworth-Heinemann. 9. Birregurra District & Action Group. (2002). Heritage Walk. Retrieved from

http:birregurraanddistrict.org.pdf/walk/pdf. 10. Burra Charter. (1978). Conservation Guidelines in Moscow. Australia: ICOMOS. 11. Chan W.F. (1999). You see Antique Gallery, Jonker Street. The Encyclopedia of Malaysia. Volume 5.

University of Malaya, Kuala Lumpur. Archipelago Press. 12. Christchurch City Council, New Zealand. (2006). Heritage Walk. New Zealand: Council Publishing. 13. The Charter of Krakow, (2000). Paper presentation in the International Conference of Conservation on

23/26th October 1999 held in Crakow. 14. Gallagher, T. (2001). Shapes The Mind. Graham Foundation: public dialogue concerning architecture and

the built environment. Cambridge University Press, UK. 15. Hassler, U. et al. (2002). Cultural Heritage and Sustainable Development in SUIT. Paper Presented

UNESCO Conference September, 2002. 16. Idid, S.Z.A. (1996). Pemeliharaan Warisan Rupabentuk Bandar. Kuala Lumpur, Badan Warisan Malaysia. 17. J. Kromkowski. (1991). Relationship between Cultures and Cultural heritage and Contemporary Change

18. Series. Culture & Value, Volume 4, Washington. The Council for research in values and philosophy. 19. Korkmaz, F. (1997). Urban Regeneration of Old and Historical Sites. Univ. of Harward 20. Law, C. M. (2002). Urban Tourism: The Visitor Economy and the Growth of Large Cities. London.

Continuum.

Page 19: pemuliharaan warisan bina rumah kedai

Uitm | 19

Pemuliharaan Warisan Senibina Rumah Kedai Bagi Kemakmuran Bandar: Isu dan Cabaran

21. Nistor, S. (1998). Romania Urban Architectural Heritage between Neglect and Revitalization. Paper Presentation, UNESCO.

22. Torre, M. (2000), Heritage Conservation and Values in Globalizing Societies. Getty Conservation Institute. http://www.chtalliance.com/about.htm Retrieved April, 2003 http://www.chtalliance.com/about.htm

23. Whitney, G. (2004). “City of Larkspur, Virginia,” Research thesis, University of Wisconsin, Milwaukee,August. 2004

24. Zalina, S (2006). Integrating architectural heritage for urban revitalization. Universiti Teknologi MARA. MSc. Built Enviro.Thesis.