Pen presentation
-
Upload
thamilaarasi-segaran -
Category
Documents
-
view
604 -
download
2
Transcript of Pen presentation
Cerita bermula dengan Pn. Barbara Thompson yang pulang ke rumah
bersama anak – anaknya Shawn dan Keshia. Walaupun Pn. Barbara berada di rumah dan menyiapkan makan malam, ingatannya masih masih mengelilingi anak muridnya Teri Leigh. Dia risau
akan anak muridnya itu. Tumpuannya hanya berfokus kepada Kurikulum
Kehidupan Keluarga yang baru diamalkan di sekolah.
Pn. Barbara kenal akan Teri Leigh
sejak awal persekolahan lagi. Fail
peribadi Teri dan guru pendidikan khas
Teri telah memberikan gambaran yang
jelas tentang Teri dan latar
belakangnya kepada Pn. Barbara.
Beberapa tahun dahulu, Teri mengalami
gangguan seksual oleh teman lelaki
ibunya. Teman lelaki ibunya telah
dihantar ke penjara. Selepas dia keluar
dari penjara , ibunya telah mengahwini
lelaki itu. Teri dan dua orang adik
lelakinya telah dihantar ke rumah
kanak – kanak yang berlainan.
Adik – adiknya telah dijadikan anak
angkat. Teri berasa sangat sedih kerana
dia tahu bahawa keluarganya tidak boleh
bersatu semula. Teri sentiasa menangis
di dalam kelas mengenangkan nasibnya.
Rekod Teri menunjukkan bahawa dia
mengalami masalah pembelajaran dan juga
masalah tingkah laku ( dunia khayalan). Pn.
Barbara juga pernah sedar bahawa Teri berada
dalam dunia khayalannya. Kadang – kala Pn.
Barbara juga tidak pasti sama ada Teri
bercakap kenyataan ataupun imaginasi dia
semata – mata.
Walau apapun terjadi, Teri tetap dengan
pendiriannya bahawa dia mengandung. Pn.
Barbara berasa sangat sedih kerana Teri
masih tidak dapat menerima kenyataan
bahawa dia tidak mengandung.
Pn. Barbara berjumpa dengan pengetua sekolah
dan dia diberikan beberapa gambar Teri. Pn.
Barbara seterusnya berjumpa dengan Teri dan
mendengar penjelasan daripadanya. Dia juga
menjelaskan kepada Teri kesan mengandung
pada usia semuda ini.
TERI LEIGH
PN. BARBARA THOMPSON
KAY MIDDLETON
BOB FERRIS
TERI LEIGH
Gadis berusia 12 tahun.
Mengalami gangguan seksual oleh teman lelaki ibunya
beberapa tahun dahulu.
Mempunyai kesukaran dalam pembelajaran.
Menghadapi masalah emosi dan tingkah laku.
Rekod mahkamah menunjukkan bahawa Teri berada
dalam dunia khayalan.
Sanggup buat apa sahaja untuk mencapai niatnya
(mengandung) .
PN. BARBARA THOMPSON
Seorang guru di sekolah yang sama Teri belajar
Mengajar subjek ‘Family Life Curriculum’ untuk kelas Teri.
Sangat prihatin terhadap keadaan dan keperluan anak muridnya.
Dipertanggungjawabkan oleh guru besar untuk menyelesaikan
masalah Teri.
Seorang ibu kepada dua orang anak.
Seorang yang bertanggungjawab ( ibu dan guru ).
KAY MIDDLETON
Guru pendidikan khas Teri Leigh.
Seorang guru yang bertanggungjawab kerana memberikan
gambaran yang jelas mengenai Teri kepada Pn. Barbara.
Memberikan tunjuk ajar kepada Pn. Barbara dalam usaha
menangani masalah Teri.
BOB FERRIS
Pengetua di sekolah Teri belajar.
Memberikan tanggungjawab kepada Pn.Barbara untuk
menyelesaikan masalah Teri.
MODEL DISIPLIN ASERTIF CANTERMODEL DISIPLIN ASERTIF CANTER
Guru menetapkan peraturan dan memberikan arahan yang tegas, jelas dan ringkas. Menjelaskan akibat yang akan dikenakan jika melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Mewujudkan hubungan yang rapat dengan murid-murid. membantu murid-murid memahami tingkah laku yang dapat membawa kejayaan dan kegagalan.Gunakan langkah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid.
Pn. Barbara mengawasi tingkah laku Teri dengan tegas supaya dapat mengawal masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah.
Pada mulanya, beliau memerhati tingkah laku Teri yang kurang baik. Contohnya, beliau mendapat tahu bahawa Teri membawa pakaian bayi ke bilik darjah.
Pn. Barbara menjelaskan akibat yang akan dikenakan jika melanggar peraturan yang telah ditetapkan di dalam bilik darjah.
Perkara ini akan mengelakkan Teri berkelakuan seperti bercanggah dengan peraturan.
Pn. Barbara mewujudkan hubungan yang rapat dengan Teri. Sebab itu, beliau dapat sentiasa mengawasi pergerakan Teri dan dapat mengelakkannya daripada mengambil tindakan yang salah untuk mengandung.
Beliau juga dapat berbincang dengan Teri untuk mengetahui masalahnya dan berusaha untuk menyelesaikannya.
Pn.Barbara membantu Teri untuk memahami keburukan daripada tingkah laku yang tidak diingini.
Beliau menjelaskan akibat daripada mengandung pada usia muda ini.
Pn. Barbara menggunakan langkah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Teri.
Beliau juga memerhati tingkah laku Teri dengan menggunakan rekodnya yang menunjukkan bahawa dia mempunyai masalah pembelajaran dan gangguan emosi.
Pn. Barbara membawa Teri untuk lawatan sambil belajar dan memberi kaunseling untuk memastikan dia tidak melakukan perkara yang kurang baik.
MODEL GLASSER
Berlaku dalam suasana yang saling percayai – mempercayai
dan hormat menghormati
• Barbara telah meyakinkan Teri bahawa Teri boleh mempercayai Barbara .Pemahaman inilah menjadi asas yang kukuh yang membuatkan Teri memberitahu tentang masalahnya serta meluahkan perasaan yang terpendam.
tidak Bersifat memaksa
• Seorang guru harus tidak boleh memaksa murid murid untuk membuat sesuatu ataupun memberitahu tentang masalah yang mereka hadapi itu secara paksaan.
• Barbara tidak memaksa Teri untuk memberitahu tentang masalahnya malah dia telah mewujudkan satu keadaan seperti berprihatin dan mengambil berat terhadap Teri . Barbara juga mencuba untuk membina rapo yang baik. Situasi ini membuatkan Teri sendiri meluahkan perasaannya.
Bukan BerBentuk hukuman
• Barbara telah mengelakkan daripada mendenda atau menghukum apabila Teri berkelakuan buruk.
• Malah beliau telah mendekatkan dirinya dengan Teri supaya dapat mengetahui masalahnya dan sebab dia berkelakuan tidak bermoral itu.
memBantu murid memBuat pilihan yang wajar.
Barbara menyedari yang Teri berada dalam arah yang salah.
Beliau telah mangambil peranan sebagai seorang kaunselor dan membantu Teri untuk membuat pilihan yang betul dan menyedarkan Teri tentang kelakuannya yang tidak bermoral itu serta kesannya jika Teri mengulanginya .
mengajar murid memikul tanggungjawaB secara periBadi
Sebagai seorang pembimbing, beliau telah memberikan kesan akibat
daripada penglibatan diri dalam aktiviti yang tidak bermoral dan tidak
bersahsiah seperti itu.
Pendedahan seperti ini akan dapat mewujudkan kesan atau implikasi
yang positif terhadap dirinya agar dapat mengawal dan menarik dirinya
daripada kegiatan yang membawa padah kepadanya.
Beliau menerangkannya supaya Teri tahu tanggunggjawabnya iaitu
menjaga maruah diri serta kesihatannya.
Memerlukan murid membuat penghakiman berunsurkan nilai terhadap tingkah laku
mereka
Barbara juga telah mengadakan perbincangan
dengan Teri mengenai masalah yang dihadapi.
Barbara telah memberi peluang kepada Teri agar
dia dapat membuat penilaian yang berunsurkan
nilai yang berhubung dengan apa yang telah
dilakukannya.
Membantu murid merancang ke arah perubahan tingkah laku
Menurut Model ini , tingkah laku murid yang bermasalah dikesan dengan mudah kerana emosi mereka tidak tertumpu dan sentiasa melayang dalam dunia hayalan.
Dalam kajian kes ini Teri selalu berada di dunia khayalan. Barbara telah memberi perhatian yang berterusan dan sokongan positif kepada Teri. Barbara juga telah memainkan peranan sebagai kaunselor dan berbincang dengan Teri secara bersendirian.
LANGKAH-LANGKAH
1. Galak untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya
Murid – murid akan berasa lebih selesa apabila bergaul dengan rakan sebaya. Mereka dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain.
Pn. Barbara harus menggalakkan Teri untuk bergaul dengan murid yang berkelakuan baik supaya dia dapat mengubah pemikiran negatif Teri.
2. Memberi nasihat dengan kasih sayang
Teri tinggal berasingan daripada keluarganya dan dia juga amat sedih kerana adik-adiknya telah diabil sebagai anak angkat. Sebab itu, dia menginginkan kasih sayang.
Guru boleh memberikan kasih sayang yang secukupnya sebab guru merupakan orang yang kedua yang meluangkan lebih masa bersama murid- murid.
3. Memberitahu akibat mengandung
Guru harus memberitahu murid itu tentang akibat mengandung pada usia muda. Mengandung bawah umur akan membawa kesan buruk kepada bayi dan juga ibunya sendiri.
4. Memberi motivasi
Guru harus mengawasi pergerakan Teri dan dapatkan idea untuk memotivasikannya secara berkesan melalui pelaksanaan beberapa aktiviti. Guru perlu bijak mengetahui cara untuk mengalihkan fikiran buruk daripada minda murid.
5. Gunakan nada yang tegas
Guru boleh gunakan nada yang tegas apabila murid tidak menumpukan perhatian semasa memberi arahan. Ketegasan yang ditunjukkan oleh guru akan membawa kesan yang positif seperti murid berkelakuan baik, dengar arahan guru dan sebagainya.
6. Memberi didikan agama dan moral
Guru boleh menekankan aspek yang terdapat dalam Pendidikan Moral semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Nilai – nilai yang terdapat agama juga perlu diajar kepada murid-murid supaya dapat membentuk insan yang berakhlak mulia. Ia juga akan membantu murid untuk berfikir secara positif dan bijak mengambil keputusan.
7. Mendapatkan nasihat daripada kaunselor dan doktor psikatrik
Teri harus dihantar kepada kaunselor atau pakar psikatrik untuk mendapatkan nasihat yang secukupnya untuk mengelakkan fikiran negatif Teri. Mereka juga harus mencadangkan beberapa langkah kepada Teri untuk mengetahui cara hidup yang teratur.
8. Guru perlu prihatin terhadap pembelajaran pelajar
Rekod Teri menunjukkan bahawa dia mempunyai masalah pembelajaran. Guru harus menggalakkan rasa keinginan dalam diri Teri untuk belajar. Kalau dia menumpukan segala perhatian dalam pembelajaran, dia tetap akan lupa pada perkara yang tidak penting. Dia juga tidak akan ingat untuk berkhayal. Perkara ini akan membantu dia untuk belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dalam kehidupan pada masa depan.